Rakan Seperjuangan

Wednesday, April 22, 2009

Perihal Jin Siri 2..

Semalam aku g teman mmber aku g midvalley..cari hadiah utk mmber aku yang bakal sambut besday beberapa hari lagi..pegi naik komuter je..dlm dua jam dua aku kat midvaley kot..aku singgahla MPH bookstore..kedai buku yang aku agak kagum dgn cara2 depa susun buku..xmcm library kat universiti aku ni..hehehe..aku pun segera cari part rujukan islam..pasti aku akn jupe tajuk yg catchy..mmg jupe pun..aku pun belila satu buku yg bertajuk "berdialog dgn jin: diari seorang perawat"..ditulis oleh ustaz abd majid hassan, terbitan hijjaz record..ustaz ni ternyata bekas pelajar dr haron din..pengasas darul syifa'..

petang balik tu terus aku baca..mmg ketagihla..pastu balik makan malam aku baca lagi..kali ni aku dah mula rasa lain dah..aku rasa aku dah terlebih tahu pulak..kisah2 yang dia ceritakan dlm buku tu pasal pengalaman dia rawat pesakit ni ternyata xbeza sgt dgn ceramah yang aku dgr pasal jin ni oelh dr ismail kamus..cuma yg ni lebih kepada jenis2 jin dan sifat2 mereka dan cara nak berhadapan dgn mereka..aku ni bilik double tapi aku duduk sorang..takut juga pasal lampu utama bilik aku dah lama xberfungsi..harap dua lampu study tu manala terang sangat..klu takdir time aku syok baca tu blackout..aku la paling kuat menjerit kot..

serius aku mmg merasakan seolah2 aku berada ditempat kejadian..bahasa dia pun lagi sempoi dari bahasa aku..mmg editor dia aku tabik la..aku bukan ape..aku rasakan bahawa aku ni mcm ade je tanda2 diganggu jin..klu mak aku tu mmg aku dah tau dia mmg diganggu jin..apelagi..aku pun mulala buat pelbagai andaian..last sekali aku decide aku nak sambung baca esok..tinggal 1/4 je lagi..tapi apepun buku ni mmg aku rekemen kat kita baca..agar kita xterpesong aqidah..dan kita pun buleh ambil tahu pasal alam yg kita xnmpak ni..hakikat ada alam lain selain alam kita mmg benar..siap ade ayat2 dan cara2 utk kita nmpak alam2 jin ni..itu yang buat aku cuak..cara2 nak tikam jin..keluarkan jin..kurung jin..dan sembelih jin pun ade..pergh..

nak lagi aku mmg believer..tapi perlu diingatkan..cuma Allah je yang benar2 berkuasa..jgn sesekali terpedaya dgn tipu helah iblis dan kuncu2nya...

Sekian...

3 comments:

Anonymous said...

salam...ustaz majid hasan tu mmg bekas anak murid ustaz harun din tapi sudah terkeluar dari ajaran ustaz..keahliannya pon sudah ditarik balik kerana mengamalkan selain dari pelajaran darussyiffa..tapi klaim darussyiffa..satu lagi..iktikad darussyiffa adalah jin tidak boleh ditangkap sesuai dengan perlakuan rasulullah saw bahawa jin tidak boleh ditangkap oleh mana2 manusia kecuali nabi sulaiman yang berdoa kepada allah swt supaya tiada lagi manusia lain yang boleh menajinak dan menangkap jin selain baginda..peristiwa ini boleh anda tentang kisah nabi saw menangkap jin sewaktu baginda solat tetapi melepaskan semula jin itu kerana teringatkan doa nabi sulaiman tersebut..nabi saw sendiri xberani ingkar doa nabi sulaiman..apatah lagi kita??
wallahualam.

Anonymous said...

salam...satu lagi..jika kita membaca tentang kisah dan kehidupan jin..maka kita ibarat telah membuka gelanggang dengan mereka..pantang masyarakat jin ini adalah dia tidak suka manusia mengetahui tentang alam mereka..so terlebih dahulu kita sendiri mestila berguru dengan guru mursyid tentang perihal jin ini kerana ditakuti mereka akan menganggu kita jika kita tiada pedinding..perkara seperti ini banyak berlaku dimasa ini...buktinya klinik darussyiffa sentiasa penuh dan semakin bertambah dari sehari ke sehari...
wallahualam..

Admin said...

W'salam...terima kasih kerana beri pendapat...tentang keahlian ditarik balik tu, dlm buku tu ada juga sebut pasal isu tu, namun penulis tu ckp Ustaz Harun Din sendiri belum beri kata putus, cuma org2 dlam je yg ckp camtu...walau apepun, info kat dalam tu amat berguna utk semua..walaupun ada sesetengahnya yg susah nak percaya...tapi dengan inisiatf kumpulan hijjaz menerbitkan buku ini..pasti dah di edit mana2 yg tidak patut kan? hehe...

Berkenaan kisah2 jin yg dipostkan ke blog ni, sebelum tu Admin dah banyak dengar ceramah2 tentang jin dan pernah mengalami gangguan2 jin ini...selepas mendengar ceramah dari Ustaz Ismail Kamus, perasaan takut yg melampau tu dah berkurang, disamping ceramah2 dan bacaan2 sampingan yg lain, rasa tergerak hati nak tulis pasal jin ini...

Admin percaya bukan semua jin tu jahat, dan Admin menentang sekeras2nya hujah "sebaik2 jin, sejahat2 manusia"..jika hujah ini betul, maka xdelah jin yg masuk syurga...Akhir kata, admin mengalu2kan komen membina seperti ini...terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...