Rakan Seperjuangan

Wednesday, May 27, 2009

Mastautin, mukim, musafir..

Mastautin= org yg tinggal di satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir kat tempat lain..contohnya Ahmad yg lahir kat Amerika tapi dia dah berpindah ke Malaysia dan menetap disini dan xde niat nak berpindah ke Amerika lagi(melawat tu lain citer)..maka Ahmad yg tinggal di Kampung Pinang sebatang kat Malaysia ni dah dikira sebagai pemastautin dan masuk dlm 40 makmun solat jumaat..

Bermukim= org yang tinggal di satu tempat LEBIH dari tiga (3) hari..org itu tidak berniat utk kekal selama2nya kat situ tapi dia tinggal kat suatu tempat tu melebihi 3 hari..maka dia dikira sebagai bermukim..org itu tetap diwajibkan solat jumaat dan tidak boleh nak jamak dan qasar solat seperti musafir..

Musafir=org yg tinggal atau singgah di suatu tempat KURANG dari tiga (3) hari..maka org ini dikira sebagai musafir...xwajib atasnya solat jumaat..dan dia juga buleh qasar dan jamak solat..akan tetapi jika tempat dia singgah tu rumah dia atau kampung halaman dia..maka dia xdikira sebagai musafir, walaupun singgah kurang dari 3 hari...melainkan dia dah jadi pemastautin kat tempat lain...


P/s: utk mendapatkan penjelasan lanjut..dapatkan penjelasan pakar..Wallahua'lam..

Monday, May 25, 2009

Makan Ulat Sagu?

makanan ini mmg xpopular kat malaysia barat(semenanjung) tapi mmg popular kat malaysia timur(sabah sarawak)..ulat2 ni besar yg menghuni batang sagu...sebesar jari..mereka yg makan mendakwa rasanya sedap...

Islam mmg tidak benarkan kita makan makanan yg kotor seperti ulat sagu ni..xdinafi mmg ia makan batang sagu je..tapi ia nmpak jijik...adepun nabi cakap buleh makan ulat dgn syarat:

"ulat tu kecik dan susah nak buang dan ada dlm buah atau jenis makanan" contoh ada ulat dlm jambu air, buleh makan dgn buah..tapi klu kita nmpak ada ulat..mmg kita xmau makan kan..ulat sagu ni besar bukan main beb..merayap2 beb..geli!!!!..

ulat sagu ni termasuk dlm "khabiisat" iaitu keji atau kotor disisi syarak...klu ulat dlm buah tu besar2 pun kita xleh makan..dibenarkan ulat2 yg kecil dan susah nak buang..

P/s: taubatla atas kesalahan2 lalu, moga2 tuhan xbalas atas kejahilan kita..amiiinn...

Memuji Rumah Ibadat Agama Lain...

Sejak dahulu manusia mmg sukakan kecantikan dan keindahan..ditambah pula dgn kepandaian mmbina bangunan2 yg memukau mata yg melihat..antaranya adalah rumah2 ibadat..manusia sejak dahulu mmg berlumba2 untuk menghias dan mencantikkan senibina2 rumah ibadat masing2..maka xheranla jika kita mudah rasa terpegun bila melihat kuil2, tokong2, gereja2, gudwara2 dan mcm2 lagi rumah ibadat agama lain...

Islam tidakla melarang kita berasa kagum dan memuji keindahan senibina2 rumah ibadat agama lain..yg Islam haramkan adalah menyeru atau mengajak atau mempromosikan org lain agar pergi atau melawat rumah2 ibadat itu..gaya percakapan yg boleh buat org rasa tertarik nak pergi melawat pun xboleh..pasal rumah2 ibadat agama lain tu dikira sebagai tempat yg haram dan mungkar..

Contohnya kita kagum melihat bangunan2 kuno seperti piramid masih utuh walaupun dan beribu2 tahun, itu xde masalah walaupun tempat itu adalah makan firaun2 yg ingkar..kita sekadar mengagumi senibina itu..tapi jika kita promosi org utk pergi tu..dah kira haram..pasal sume tahu piramid tu memakan masa dan tenaga kerja yg byk...mereka mengerah rakyat jelata utk membinanya..berlaku kekejaman disitu...

Islam itu indah dan Allah suka pada keindahan..xperlulah nak terlalu mengagung2kan rumah2 ibadat dan tempat2 penyembahan agama lain...

P/s: jgn kita melakukan suatu yg menampakkan kita ni jahil sangat..sedangkan menuntut ilmu fardu ain tu adalah wajib kepada setiap umat Islam..

Permasalahan mewarnakan rambut?

Zaman sekarang ni rmai yg tidak mengetahui tentang hukum mewarnakan rambut..umum tahu bahawa pewarna yg digunakan itu mestilah halal dan tidak mengandungi bahan2 yg tidak dibenarkan oleh syarak..bahan yg digunakan utk mewarnakan rambut pula mestilah sah utk dibawak sembahyang..

Tapi berapa ramai yg tahu tentang keadaan dimana seseorang muslim itu dibenarkan untuk mewarnakan rambut..samaada nak tukar jadi kaler perang ke biru ke coklat ke hitam ke merah ke? berapa ramai yg tahu?

Aku pun baru je tahu..tentang pewarna halal tu mmg satu hal, mmg wajib guna yg halal, tapi xbermakna halal kita suka2 nak tukar warna rambut jadi biru atau coklat..part ni ramai yg ambil mudah..

Dalam Islam, seseorang itu hanya dibenarkan mewarnakan rambut apabila rambut sudah beruban..itu pun xboleh warnakan dgn warna asal iaitu hitam(dlm medan perang tu hal lain)..nabi hanya benarkan kita warnakan rambut yg sudah beruban itu dgn warna yg lain selain dari hitam..

Tapi realiti yang kita lihat sekarang ni..budak2 muda suke2 hati je warnakan rambut dgn alasan pewarna tu halal tapi pada masa yg sama mereka ni xnak ambil tahu keadaan yg benarkan kita mewarnakan rambut...xkan muda2 lagi rambut dan beruban kot..

Ini berdasarkan dalil kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah (maka mereka yg melakukannya akan mendapat LAKNAT ALLAH)...tapi kalau rambut tu dah beruban sampai putih kepalanya, maka time tu baru sunat warnakan rambut pasal nabi ada galakkan...klu yg muda2 ni saje nak ikut fesyen atau trend semasa..bersiap sedialah nak jwab depan tuhan..ape lagi perempuan Islam yg wajib tutup rambut tapi depa xmau tutup, pastu g warnakan lagi rambut mereka tayang depan sume org..itu pun kena laknat sama..sape aku yg berhak kata mcm tu? ini bukan pendapat dari hati aku tapi ia adalah hasil dari dalil yg sah...klu org xmahu mendalami ilmu agama ni, syaitan dengan mudahnya akan menghasut mereka utk melanggar larangan2 dlm Islam...

P/s:sama2 kita belajar dan mendalami ilmu agama..xkan nak harapkan org agama lain nak kaji agama kita klu bukan kita sendiri yg kaji dan mendalami..agar kita termasuk dlm golongan yg tidak jahil..mereka yg betul2 mahu mencari ALLAH, maka ALLAH xkan mensia2kannya..Wallahua'lam...

Sunday, May 24, 2009

Pabila berlaku kematian..

"Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga disembahyangkan, maka ia mendapat satu Qirat. Sesiapa yang menghadirinya sehingga pengkebumiannya, maka dia mendapat dua qirat." Kemudian ditanya: "Apa yang dimaksudkan dua qirat itu?" Baginda menjawab : " Seperti dua gunung yang besar." ( Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya)

"Apabila ada orang muslim yang mati kemudian disembahyangkan oleh jemaah kaum muslimin
(sampai Tiga saf) maka diampunilah dosanya"

Jarang sekali aku start entry aku dgn hadis..tapi kali ni aku dah xde choice...

_______________________________________________________________________________________

Saya nak tahu pasal ziarah kubur bagi org perempuan.

Ada orang kata Haram g ziarah kubur perempuan yang sedang haid@mari kotor?

Kalu ustaz tak keberatan , apakah syarat2@requirement yg perlu dipatuhi jika lelaki@perempuan ingin ziarah kubur di kubur?

Jawapan:
Menziarahi kubur kerana mengingati mati itu perlu sama ada bagi lelaki atau perempuan tetapi dalam masa yang sama mestilah menjaga adab-adab antaranya:

i. Menutup aurat.
ii. Menjaga akhlak /adab sopan.
iii. Tidak meratap, meraung atau merayu kepada si mati.
iv. Mesti ditemani oleh mahram.
v. Jika wanita tidak boleh lama duduk di perkuburan.
vi. Tidak selalu pergi menziarahi kubur jika perempuan.
vii. Tidak bercakap dengan perkataan yang bathil.
______________________________________________________________________________________

Kajian lanjut aku mendapati hukum perempuan ziarah kubur adalah makruh sahaja...xkirala time tu perempuan suci atau datang bulan..yg penting kenalah jaga adab..

pada zaman nabi, nabi telah menghalau balik perempuan2 yg berkumpul dirumah si mati..nabi bertanya adakah mereka ini nak solat jenazah, perempuan jwab tidak..dan byk lagi soalan2 yg nabi tanya..mmbuatkan golongan wanita yg datang tu balik ke rumah masing2..

tapi klu nak kata haram perempuan gi kubur iringi jenazah tu xdela..bygkan yg mati tu suami yg ada isteri dan anak perempuan yg datang bulan..adakah mereka xboleh nak iringi jenazah?mmg mereka xboleh jika mereka ni mensia-siakan hak suami, memperagakan diri, kemungkinan menangis, meratap dan sebagainya...

P/s:ada hadis yg melarang terus..dan ada juga hadis yg kata boleh..xkiralah dlm suci atau haid, klu tujuan tu baik, nak igtkan pada kematian...boleh je kan..wallahua'lam..

Friday, May 22, 2009

Langgar Sumpah..

Apa hukumnya seseorang yang bersumpah, kemudian dia melanggar sumpahnya tersebut?Ramai yg kurang tahu atau kurang jelas pasal langgar sumpah ni..

Seorang yang melanggar sumpah yang telah dibuatnya mesti membayar denda sumpah. Dalam keadaan sekarang ini denda yang boleh dibuat ialah dengan berpuasa tiga (3) hari atau memberi makan sepuluh (10)orang fakir miskin dengan makanan yang mengenyangkan.

Hati2 sebelum bersumpah suka2..jgn main2 sumpah..contoh, "Demi ALLAH mulai hari ini, aku nak berhenti merokok"..pastu dia masih lagi merokok..maka dah langgar sumpah...oleh itu kena denda sumpah..adepun nak batalkan sumpah pun sama...kena denda sumpah juga..xdela wajib puasa 3 hari berturut2 tapi selagi belum cukup 3 hari, maka xleh lagi nak bebas dari sumpah..

P/s: tabiat2 bersumpah ni xdigalakkan dlm islam..ini tabiat org2 yahudi dan nasrani..bukan ape..nnti org lain mudah pandang rendah pada agama dan tuhan kita..sikit2 nak bersumpah..huhu..better elakkanla..Wallahua'lam..

Awas Kahwin Lari...

Zaman sekarang ni mmg popular kes kahwin lari..kahwin tanpa pengetahuan keluarga dan pengetahuan umum..kahwin kat negara jiran...golok misalnya..guna wali hakim..sah ke kahwin tu..klu ikut syarat mmg sah..cume bab wali yg mungkin ramai yg keliru..suke2 nak guna wali hakim...

Perlu tahu wali fasik ni xsah nak jadi wali dlm pernikahan..sape golongan fasik ni? fasik ni antaranya org yg buat dosa2 besar dan belum bertaubat...klu bapak xsolat, xsah jadi wali tu..

Susunan wali...

bapa
datuk belah bapa
adik beradik lelaki sama bapa
anak kepada adik beradik lelaki (anak saudara)
adik beradik lelaki bapa (bapa saudara)
sepupu laki2 belah datuk

Klu xde jugak..guna wali hakim..

andai kata bapa yg fasik tu ugut..buleh je nak kwin berwalikan bapa yg fasik tu..tapi ia adalah kawin olok2 sahaja..xsah kwin tu pasal wali fasik..hendakla lepas tu kwin berwalikan wali yg tidak fasik atau wali hakim..

Buleh juga guna wali hakim setelah mendapat kebenaran dari wali asal..contohnya tempat akad tu terlalu jauh dan wali asal xdpt nak hadir..contohnya majlis akad tu berlangsung kat afrika..wali ada kat malaysia..buleh nak pakai wali hakim kat sana..dgn syarat wali asal kat sini bg persetujuan..

so bg mereka yg hadapi masalah wali fasik ni..hendaklah nasihat wali tu dgn cara yg baik agar bertaubat..kerana disaat mereka bertaubat, saat itu juga mereka buleh jadi wali..

Ade ulamak yg fatwa kan..lelaki pakai seluar pendek menampakkan aurat sampai tiga kali (3x) dgn sengaja dan dlm keadaan dia tahu haram buat mcm tu..maka lelaki itu dah jadi org fasik (Syeikh Nawawi Bentan)..

P/s: Org sekarang ni suka hati je pakai seluar pendek menampakkan peha pasal depa igt klu sesama lelaki tgk xberdosa..padahal ia mmg berdosa pasal nabi bersabda.."haram lelaki melihat aurat lelaki yg lain"(lutut pulak ade perselisihan dikalangan ulamak, ada yang kata bukan aurat tapi ia perlu ditutup)alang2 tutup biarlah tutup lutut sekali ye, bukan susah pun kan?...Wallahua'lam..

Menguap..

Tahukah bahawa menguap ini bukan sahaja menandakan kita ini patut masuk tidur, tapi ia juga kadang kala merupakan gangguan syaitan yg meniup pada telinga anak2 adam ketika mereka mendengar perkara2 agama..paling jelas adalah time khutbah..ade pendapat kata kena celak iblis(tiada nas sahih)...

Bila masa khutbah mmg ramai yg mengantuk dan tertido..mmg mengantuk giler la kata org..yg mmg mengantuk pasal xcukup tido tu lain cerita..cuma aku nak ckp yg mengantuk time khatib baca khutbah..sampai tabung derma lalu pun xsedar..ape kesla..buat malu kat budak sekolah je..kopiah atas kepala pun buleh kalah dgn budak2..

Yg peliknya time habis khutbah tu ok je bangun..lepas habis salam terus hilang rasa mengantuk..ade ulamak yg ckp ia adakalanya berpunca dari gangguan syaitan yg meniup ke telinga manusia agar jadi mengantuk agar nnti manusia xdpt nak serap sepenuhnya kandungan perkara2 agama yg didengar..

Time masuk masjid ok lagi segar..duduk time khutbah je terus rasa mengantuk yg amat..apelagi kalau baru je lepas makan..mmg xtahan2 ngantuknya...

Pergerakan2 lain seperti garu2 badan pun salah satu dari gangguan syaitan agar kita lalai ketika solat..mmg biasa ni..klu time solat tu la gatal situ gatal sini..garu situ garu sini..sapu situ sapu sini..tujuannya pun sama..nnti kita akan lalai dan hilang fokus time solat..time lagu NEGARAKU ok je xde gatal2 pun..tegak macam patung lagi..hahahaha..

P/s:aku selalu elak makan sebelum khutbah agar tidak mengantuk..

Selawat...

Hukum selawat keatas nabi bila kita dgr org sebut nama nabi adalah SUNAT sahaja..ketahuilah bahawa ade byk versi selawat keatas nabi..

"Sollallahualaihi wasallam"
"Solaatullahu alaih"
"Allahummasolli alaih"

Sunat sebut walaupun khatib tgh baca khutbah dgn syarat suara kita tu xsekuat suara khatib..dgr saja khatib sebut nama nabi..kita bulehla nak selawat..kerana setiap selawat tu, kita akan dapat 10 pahala insyaALLAH..bygkan khatib sebut nama nabi 10 kali..maka kita yg turut serta berselawat ke atas nabi akan dapat 100 pahala insyaALLAH..

Contoh bila khatib kata "telah bersabda nabi S.A.W(baca Sollallahualaihi wasallam)"..maka kita pun sambut dgn selawat keatas nabi...

Jgn kita duk konpius dgn bercakap2 ketika khutbah...yg ni selawat, bukan bercakap2..

P/s:ini bukan pendapat aku...tapi ini adalah hasil perbincangan ulamak2..

Monday, May 18, 2009

Xsuka Ulamak

Mengapa pada zaman ini(zaman dahulu pun ada) tidak suka pada org2 alim dan org2 yg beramal soleh? xcukup dengan itu, mereka juga mempermain2kan cara pemakaian org2 alim yg lazimnya bekopiah, jubah, janggut, serban, tasbih, tudung labuh(jilbab) dan sebagainya..

Klu tgk kat tv pun..cara pemakaian org alim pun dipermain2kan contohnya golongan alim ni bg nasihat xkena tempatla, golongan yg memakai serban dan jubah ni mmprotes secara mmbabi buta la..dan byk lagila yg nmpaknya merendah2kan martabat dan cara pemakaian org2 alim ni..mmgla pakai mcm alim tu xsemestinya menunjukkan org tu alim..at least kita ni kena sangka baik pada mereka la..jgn nak tuduh depa ni riak dan menunjuk2 pulak..

Umumnya atau secara mata kasarnya, org2 yg xsuka pada org2 alim ni lebih suka menurut hawa nafsu...pasal org2 alim ni lazimnya akan melarang atau cuba menegah atau menegur perkara2 yg berkait dengan nafsu...jadi jika org itu jiwanya tidak ada nur iman dan suka menurut hawa nafsu tidak suka lah pada org2 alim..

Tidak suka org alim, xsuka dengar atau hadir kuliah agama. xsuka hukum dan syariat islam, xsuke tgk cara pemakaian islam..ini sume adalah kerana perkara2 tersebut adalah bertentangan dgn nafsu...

Nnti jika dibiarkan org2 alim berkuasa, maka tiada lagi lah hiburan2 melampau, konsert2 yg melalaikan, hiburan2 melalaikan seperti karaoke, kelab malam, pub, clubbing, dangdut, nombor ekor, pusat judi dan sebagainya yg bercanggah dgn hawa nafsu manusia..

Mereka tahu org alim akan menghentikan atau menghadkan hiburan2 dan menutup atau mengawal ketat premis2 seperti nombor ekor, pawagam, disko, kelab malam dan sebagainya..nnti xdela artis2 terkenal nak datang nak buat show secara bebas, klu yg datang pun kena nyanyi lagu2 berunsur islam..hehehehe..pasal tula agaknya ramai org takut dan xsetuju jika org2 alim ni diberi kuasa...

Contoh bila terengganu(negeri aku) diambil alih oleh PAS pada tahun 1999 hingga 2003..panggung wayang dan pusat no ekor terus ditutup..manakala pesta pantai yg lazimnya ada ramai artis datang buat persembahan terus xde...tapi org sume xfokus bende2 ni..org DIFOKUSKAN dengan kerajaan negeri yg xde duit nak memerintah..halau budak tadika kemas dari balairaya dan sebagainya...royalti minyak pun dinafikan terus bila PAS memerintah, takut nnti kepimpinan ulamak tu guna utk kepentingan parti..tapi bgus juga..dapatla rakyat tganu merasa "Wang Ehsan" kat tangan sendiri yg sebelum tu xpenah dpat..baru2 ni ade pulak kerajaan pulangkan ROYALTI MINYAK pada kerajaan tganu yg baru..padahal wang royalti yg lesap berbilion2 tu xde sape pun tahu kemana pergi..

Tapi xpe..yg buat lesap berBILION tu bukan kepimpinan ulamak yg buat..tapi kepimpinan mereka yg pandai memerintah negeri..pandai ekonomi,pandai pentadbiran dan pandai undang2..mereka saja yg mmpu memajukan negeri terengganu itu(bilion2 ringgit lesap)..repot polis dah dikemukakan, saman telah dikemukakan..hehehe..terpolitik la pulak..(iklan sekejap)...

Yelah aku ni sape nak mengutuk kerajaan..mcm kata mmber aku, dia xsuke betul org kutuk kerajaan sedangkan org yg mengutuk tu belum tentu lebih baik dari kerajaan..hehe..klu kerajaan tu sungguh nak laksanakan pemerintahan mengikut cara2 islam, nak laksanakan tuntutan Allah dan Rasul dalam sistem pemerintahan..mmg sah2 la kerajaan tu perlu disokong...wajib pulak org2 islam sokong pasal kerajaan tu nak laksanakan hukum2 atau undang2 atau cara2 yg ditetapkan dlm islam...aku ulang, wajib sokong walaupun mereka tu bukan alim ulamak, kerana mereka ni mahu menjalankan pemerintahan secara islam, mencegah perkara mungkar dan menyuruh perkara kebaikan...

Akhir kata...golongan2 alim ni perlu turut serta mendekati golongan2 yg selama ini mencemuh mereka..org2 alim ni perlu memikirkan cara yg terbaik agar org2 yg kurang alim ni xtakut bila nmpak org alim..tapi jgnla org2 alim ni turut sama merempit sama2 dgn perempit2 tu..kena slow2la..mcm cameraman nak ambik gambar haiwan ganas kat habitat asal..xleh terus g macam tu je...ada cara2 dia..kena start dari jauh2 dulu..klu haiwan tu dah biasa baru dia g ambik gambar dekat2..

Mcm org2 alim ni..xlehla kali pertama jumpe nak terus ceramah..itu tabligh..sume org lari tgk tabligh..jumpe2 terus dakwah beb..siap ajak g outing 40 hari 40 malam beb..org2 alim ni, perlula slow2..bg salam dulu ke..ajak belanja makan ke..dah lama2 jadi rapat barula nak dakwah pun..huhu...

P/s: mmber aku ckp gaya penulisan aku ni mcm gaya ABC (air batu campur)..pasal sume ade..aku ni xfokus pada satu2 topik je..hehehe..aku tulis pun ikut suka hati aku je..xde draf pun..tujuan aku utk menyedarkan org agar jgn lupakan agama..jgn lupakan tujuan asal kita diutus ke muka bumi ini..bukan utk berhibur tapi utk siapkan bekalan utk dunia seterusnya..Wallahua'lam...

Sunday, May 17, 2009

Siri Israk Mikraj..

Sume dah tau kisah israk mikraj ni..cuma bg mereka yg dah lupe tu..aku nak igtkan disini bahawa antara tanda2 kekuasaan Allah adalah diperlihatkan kepada Nabi kita bentuk2 penyiksaan yg akan dihadapi oleh manusia2 yg ingkar pada perintah Allah..

Cerita ni ikut suke hatila nak percaya atau tidak..maybe dlm Quran xsebut dgn detail..so, mmg malangla klu masih ada org zaman ni yg mahu berpegang pada Quran je..pasti solat pun berterabur..pasal dlm Quran xsebut pun solat subuh berapa rakaat, pastu xsbut pun pasal sujud berapa kali, rukuk berapa kali(khusus untk golongan anti hadis peringkat bawahan)...hehehe..

Aku cuma nak tulis kali ini pasal balasan azab bg perempuan2 islam yg xmahu tutup rambut pada bukan mahram mereka..nabi ade tgk perempuan2 yg digantung pada rambutnya dan badan mereka itu dalam api neraka..nabi bertanya kenapa mereka diazab sebegitu dan malaikat menjawab mereka semua itu adalah wanita2 yg kat atas dunia ni xmahu menutup rambut mereka(dari pengelihatan bukan mahram) semasa kat atas dunia dulu..

Soal tutup aurat ni sekarang ni perempuan2 islam buat main2 je..

"bukan xmau pakai tudung, cume belum sampai seru",
"bukan xmau pakai tudung, cume belum nmpak cahaya turun dari langit",
"bukan xmau tutup rambut, nnti balik haji pakaila"..
"yg kamu duk sibuk tu ape kes?family aku pun xkisah aku xpakai tudung"..
"bukan xmahu pakai tudung, tapi belum ready lagi"..
"bukan xmahu pakai tudung, nnti lepas kahwin pakai la"..
"bukan xmahu pakai tudung, tapi slow2 la, nnti xikhlas pulak"...
"bukan xmahu pakai tudung, nnti2 dah tua pakaila".
"eleh, tgk yg pakai tudung pun ramai buat maksiat"
"tuhan xnilai dgn tudung, tapi tuhan nilai hati"
"walaupun kami xbertudung, tapi hati kami baik"
"jgn sebut pasal ni buleh x?, nnti kubur lain2 tau"
"kamu nak suruh aku pakai tudung, ape kamu igt kamu pakai tudung tu baik la?"
"buat ape pakai tudung kalau masih buat maksiat"
"ala..relaks la..nnti aku taubatla..tuhan kan maha pengampun"
"walaupun aku xpakai tudung, tapi aku sembahyang dan puasa juga tau?"

Itulah antara alasan2 yg bakal didengar jika kita nasihat perempuan agar bertudung..yela..bende ni xleh nak paksa kan..lainla perempuan tu anak kita..mmg kita buleh paksa..tapi klu mmber2 sendiri..kita doa2kanla agar terbuka pintu hati mereka..

Perempuan sekarang mungkin igt kalu mereka bertudung, maka mereka ni xkan laku dan xkan dipandang lelaki..hahaha..wahai perempuan2 yg igt mcm tu..suke cite aku maklumkan..hanya lelaki mata keranjang je yang nak tgk...klu lelaki beriman tu, tgk pun rasa kesian memikirkan saudara seagama mereka masih lagi xmahu ikut perintah tuhan..

so pilihla, nak tarik perhatian lelaki2 mata keranjang ke nak tarik perhatian lelaki2 beriman?kat dunia ni mmgla belum nmpak lagi kelebihan lelaki beriman ni..saat nyawa dihujung halkum, baru la tau langit tu tinggi ke rendah..baru la tau kebenaran janji2 tuhan..tapi time tu sesal dah xde guna..taubat pun dah xditerima..

Pikir2la..kita nak dunia ni nak harapkan keredhaan dari sape lagi klu bukan dari ALLAH..habis klu xmau ikut perintah ALLAH mcmna nak dapatkan keredhaan Allah..nak pakai tudung takut kena perli oleh mmber2..ade ke mmber yg perli tu buleh bg syafaat kat akhirat nnti?..buleh ke jawab depan tuhan..

"aku mmg nak pakai tudung, tapi nnti mmber2 aku ni perli pulak..oleh itu lepaskanlah aku dari seksaan ini..KAU seksalah mmber2 aku ni ya ALLAH"

hehehe..itu namanya lawak serius..mmber2 dan family pun sama langsung xbagi dorongan suruh pakai tudung..

"awak ni pakai tudung nmpak tua la pulak,hahahaha"
"awak ni kalau pakai tudung nmpak mcm mak cik cleaner pun ade, hahahaha"
"awak ni klau pakai tudung nmpak mcm org gaji indonesia pun ade,hehehehe"
"awak ni kalau pakai tudung dah jadi mcm org tua, hahaha"
"awak ni pakai tudung nak tunjuk alim ke?hahahaha"
"awak ni klau pakai tudung, mmg xcantik langsung, hahaha"

Itu cuma sebahagian je kata2 dorongan(baca hasutan) dari mmber2 dan family agar xmeneruskan usaha nak pakai tudung..igtla kita pakai tu bukan kerana org..tapi nak tunjuk kita patuh pada perintah Allah..bukan suruh letak besi berat atas kepala pun..mudah2an kita dapat ganjaran dari Allah kerana cuba nak laksanakan perintah yg telah disyariatkan..klu xsuka dengan perintah Allah..sila cari bumi lain..mcm juga klu xsuka undang2 JPJ..buatla jalan sendiri..

Bg mereka yg dah elok pakai tudung tu..kekalkanlah..jgn ikut fesyen zaman sekarang yg mengarut2..pakai tudung tapi leher nmpak, telinga nampak, baju ketat, bju lengan pendek, kain terbelah..tapi pakai tudung..igt tudung ni fesyen ke ape? Tahu la asal perempuan dari rusuk lelaki, mudah terpengaruh dengan pujuk rayu..tapi jgnla itu pulak dijadikan alasan..klu lelaki kata wanita ni lemah, melenting wanita2 zaman sekarang..tapi realitinya tgkla sendiri..malasla aku nak panjangkan..

P/s: Bg mereka yg nak mula pakai tudung tu, doa2la moga Allah berikan kekuatan agar dapat menangkis segala unsur2 jahat yg menghalang dari melaksanakan sebahagian dari tuntutan agama ini..seperti yg semua tahu..tutup rambut ada sebut dlm Quran dan xde pulak perselisihan dikalangan ulamak2 Sunni pasal kewajipan tutup rambut( beserta leher)..pakai2 elok2la..dlm solat elok je pakai tutup sume..kenapa bila luar solat nak tunjuk leher dan telinga dan jambul pulak? Wallahua'lam...

Bidadari?

Selepas menulis entry yg agak kontrolbesi...ni aku nak tulis pasal entri yg buat org lelaki suke dan perempuan pulak mgkin xberapa nak suke..aku ulang ye..mgkin sahaja..lelaki yg normal aku percaya sumenya suka dgr pasal bidadari ni..bidadari aku maksudkan disini adalah bidadari kat syurga yg telah pun ada dan menunggu2 saat kehadiran kita sume para lelaki ahli syurga..hehehe..

Betul ke mereka dah ade wujud sekarang ni? jawapannya tidak mustahil kerana Allah maha berkuasa..adepun bidadari2 kat syurga ini diperbuat dari mutiara..cantik tu mmg xleh nak digambarkanla..pasal sume bende kat syurga ni mata xpenah lihat, telinga xpenah dengar, otak xleh nak imagine..jadi jgn persoal la nikmat tuhan nak beri kat manusia ni..pasal ape? pasal kat dunia, lelaki2 islam ni terpaksa tahan nafsu mereka..nak kawin lebih pun isteri marah..nak berzina dan tukar2 pasangan lagila xboleh..so mmg berbaloila kesabaran para lelaki kat dunia ni duk tahan nafsu..

Timbul pulak persoalan hasil dari pemikiran dangkal manusia..ape nnti isteri xcemburu ke pasal lelaki yg paling rendah tarafnya "koman" kat dlm syurga nnti akan dapat seramai 70(tujuh puluh) bidadari..ape lagi yg lelaki yg byk amalannya kat dunia..isteri ahli syurga pulak xkan cemburu pasal perempuan dalam syurga nnti semuanya perempuan2 yg beriman..bukan yg mcm kat dunia sekarang ni..so mmg xkan timbul isu cemburu2 ni walaupun suami mereka ada ramai bidadari..

Diceritakan nnti ahli syurga bertanya pada bidadari dlm syurga..mcm mana bidadari tu buleh kenal mereka?padahal belum pernah berjumpa..maka jawab bidadari..Allah telah menulis nama ahli syurga pada dada bidadari2..so mmg xkan timbul kekeliruan la..hehehe..

So klu nak dpat lagi byk bidadari..kenala kita buat banyak kebajikan..derma, solat sunat, dan sebagainya..klu seribu kebajikan, seribu bidadari menunggu kita..tapi igt, jika solat fardu xlengkap..kebajikan yg kita buat tu xkan dikira dan ditangguh dulu..

Jika bidadari2 berasa rindu kat suami2 mereka kat dunia ni..maka mereka pun keluar dari syurga, maka ditegah oleh malaikat Ridhuan(penjaga syurga), disuruh kembali masuk dlm syurga..dan disuruh bidadari2 ni tengok ke atas..dari situ mereka akan dpat lihat ape yg dibuat oleh bakal suami mereka kat dunia ni..klu mereka tgk kita tgh buat baik xpela juga(tentu depa gembira)..ni klu depa tgk kita..time tu kita tgh buat maksiat, xtaula nak ckp ape(kecewanya depa)..huhu..

So..perempuan2 beriman kat dunia ni xperlula nak berasa iri hati dgn nikmat tuhan ni...pasal nnti klu dah masuk syurga..hati dah bersih..xkan rasa cemburunya tgk suami mereka bersama bidadari2..perlu diketahui umur ahli syurga adalah 17 tahun kesemuanya..tidak ade yg tua..perempuan solehah bila masuk syurga nnti..wajah akan bertambah cantik..so jangan risau la..pastikan amal tu cukup agar dpat masuk syurga Allah..

Tentang lelaki pulak..kekuatan mereka akan ditambah..sama dgn 100 ekor kuda klu xsilap aku..wow..mmg power la beb? mana xpowernya..bidadari ramai..kat syurga nnti lelaki buleh jimak tanpa henti..xmcm kat dunia ni..hehehe..so klu nak masuk syurga, buatla ape yg disuruh oleh Allah..tinggalkan ape yg dilarang oleh Allah..mudah2an kita sume akan dimasukkan kedalam syurga dgn rahmat Allah..

P/s:Ni baru serba sedikit pasal nikmat2 kat syurga..byk lagi bakal menanti..kat neraka pun lagi dashyat woo..huhu...

Saturday, May 16, 2009

Politik dlm Islam?

Bukan ke islam dengan politik xsama? agama suku, politik suku..islam suku, pemerintahan suku..mana boleh campur dua?hehehe..pendapat ni mashyur dan terkenal dan terpahat dlm minda umat2 islam moden...tapi kli ni aku nak sertakan pendapat orientalis pulak..klu ulamak ckp susah org islam nak percaya..

Buleh baca artikel penuh kat sini...

1. Dr. V. Fitzgerald (4) berkata: "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekade-dekade terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mengklaim diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gugusan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahwa kedua sisi itu saling bergandengan dengan selaras, yang tidak dapat dapat dipisahkan satu sama lain".

2. Prof. C. A. Nallino (5) berkata: "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state). Dan batas-batas teritorial negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya".

3. Dr. Schacht berkata (6): " Islam lebih dari sekadar agama: ia juga mencerminkan teori-teori perundang-undangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan".

4. Prof. R. Strothmann berkata (7): "Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Karena pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politikus yang bijaksana, atau "negarawan".

5. Prof D.B. Macdonald berkata (8): "Di sini (di Madinah) dibangun negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama undang-undang Islam".

6. Sir. T. Arnold berkata (9): " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang kepala agama dan kepala negara".

7. Prof. Gibb berkata (10): "Dengan demikian, jelaslah bahwa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia meniscayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang independen. Ia mempunyai metode tersendiri dalam sistem kepemerintahan, perundang-undangan dan institusi".
______________________________________________________________________________________

Bg aku senang je..Islam dengan politik ni mmg xleh dipisahkan..klu dipisahkan jadila sekular..nak pisahkan agama dgn pemerintahan..mcm negara Turki tu..nak hapuskan imej Islam pada negara mereka..

Org kat malaysia ni umumnya berpikir politik ni cuma mengundi, kempen, manifesto, caci mencaci, fitnah memfitnah..pasal tu ramai anggap politik ni xde dlm islam..ini merupakan pandangan politik sempit..sebagaimana pandangan sistem politik sekarang ni adalah tinggalan tamadun yunani..so mmg xde politik dlm islam ni..hehehehe...

Kat sekolah aku percaya bende2 ni xdiajar kot..adepun sume patut tahu dlm islam mmg ade politik..ape bende politik ni?umumnya politik ni org igt pilihanraya jela..tapi itu hanya sebahagian dari politik..

Senario kat malaysia, negara demokrasi, mengamalkan sistem pilihanraya bagi menentukan pemerintah..kena undi calon dari parti2 tertentu..parti menang majoriti buleh bentuk kerajaan..(sume tahu bende ni)..umum anggap politik ni kotor..ulamak2 kat malaysia ni klu xmasuk politik xpe..tapi klu masuk politik, pasti ulamak itu akan dikecam dengan hebat..ape lagi klu masuk parti pembangkang..

Mcm dato dr Haron Din..terus dikecam bile dia masuk politik..org yg kecam tu pulak mmg terer(baca hampeh) bab2 agama ni..hehehe..bende ni mmg susah nk jelaskan sekelip mata..aku pun dulu igt politik ni xbuleh masuk dgn islam..sekarang ni dah berubah dah..

Org2 alim tahu bab2 pemerintahan berlandaskan islam biasanya xkan mendapat sokongan utk memimpin negara..pasal ramai yg takut org2 alim ni xtau nak handle ekonomi dan hal2 pentadbiran..so yg naik jadi pemimpin ni rata2 mereka yg berkelulusan tinggi dlm bidang ekonomi, undang2 dan sebagainya..ada juga yg kelulusan agama..tapi berapa kerat sangatla..

itu pasal negara malaysia ni xberapa nak seimbang, mmg xdinafikan ade ramai penasihat2 agama kat malaysia ni..klu nak banding ketua dgn penasihat atau ketua dgn timbalan, mana satu yg ade kuasa lebih..jadi org2 yg tahu ilmu agama ni selalu je duduk dibawah..kuasa pun terhad..ckp lebih2 karang kena buang kerja..hehehe...

Bg aku, biarla org alim ni jadi pemerintah..mereka mgkin xberapa tahu pasal ekonomi, tapi xkan kerana itu kita sanggup biar org yg kurang ilmu agama ni memerintah...tambahan pula ade parti politik yg mahu menjadikan negara ini sebagai negara yg menjalankan pemerintahan secara islam..tapi kerana pemikiran politik sempit umat2 islam akhir zaman..parti islam itu ditentang oleh orang2 islam sendiri..agaknya mereka nak tgk islam tu bangkit sendiri tanpa perjuangan kot..xperlula nak berjuang nak bangkitkan syiar2 islam..islam itukan agama yg betul..jika betul parti islam tu betul..kenapa sampai sekarang masih belum berjaya memerintah..hehehe..aku ckp bengong kang marah...

cuba kalu aku ckp klu betul la palestin tu milik islam..kenapa sampai sekarang islam masih ditindas dan diusir?hehehe..nabi sendiri pun xdela duk berdakwah je siang malam..sahabat2 pun sama..xdela nak duduk je satu tempat tu..tapi nabi dan para sahabat sentiasa cuba berjuang melebarkan sayap islam...sampai islam berjaya menakluki separuh dunia..

klu betul la politik ni xde kena mengena dgn islam, pastinya xde hukum hudud, nabi xmahu jadi ketua negara, sahabat2 pula xmahu jadi khalifah..islam pun xkan mengariskan bab2 cukai dan bab2 pemerintahan yg adil..pasal islam ni kan agama sahaja..solat, puasa, zakat, haji..bende2 lain seperti pemerintahan islam tu lantakla kan..banyak cantik muka?klu islam tu agama utk ibadat sahaja, ape beza islam dengan agama lain? islam ni kan agama yg syumul, agama yg lengkap..sumenya ada diajar dlm islam..bab bersuci, berjimak, bab tidur dan mcm2 perkara2 kecil yg lain..xkanla perkara besar seperti pemerintahan secara islam xde dlm islam kot? xke pelik tu...

ni merupakan satu agenda yg dah lama..nak mengasingkan islam dgn pemerintahan,,cubala bayangkan pemerintah2 negara islam sekarang ni betul2 memperjuangkan islam..pasti dah lama negara haram israel tu hancur..dan amerika pun xdela nak berlagak..tapi biaselah..yg jadi pemerintah sekarang ni sume kecut perut dengan negara2 kuffar...takut nnti xleh nak eksport barang..so, ape negara2 kafir nak buat kat negara islam lain tu lantakla..janji kita xcampur dan negara2 kafir tu xkan serang kita...hehhehe...

Sedarlah umat2 islam akhir zaman, imej islam semakin terhakis, dlm segenap segi..kita org2 islam lagi yakin kepada cara2 penyelesaian yg bukan islam..takut nk ikut cara2 islam pasal nnti negara jadi mundur...takut nak tunjukkan imej islam pasal nnti pelabur takut nak melabur..go to hell la org2 Islam yg mcm ni..org2 bukan islam ni tahu mereka xperlu takut selagi org islam betul2 berpegang pada ajaran islam..org2 bukan islam lagi takut pada org2 islam yg cuba mengelak dari mengamalkan ajaran islam..contoh paling mudah..mana kita lebih percaya..org awam bukan islam ke paderi2 atau sami2..tentu kita lebih percaya pada paderi2 atau sami2 kan..pasal mereka ni tetap pada pegangan mereka..berbanding dgn org biasa yg ikut suke nak ikut agama atau x..

P/S: klu aku tulis panjang2 nnti xdok sape nak bace..hehehehe..

Beramal dengan hadis Dhaif(lemah)

Saje aku nak menulis pasal ni..buleh ke kita nak beramal dgn hadis dhaif ni?

Hadis dhaif ni kita xlehla nak buat hujah..tapi buleh nak meriwayatkannya selagi ia tidak menyuruh perkara mungkar...kata imam ahmad,hadis dhaif itu adakalanya lebih baik dari perkataan manusia...

Harus kita guna hadis dhaif ini untuk mmberi peringatan kepada manusia supaya mengingati Allah dan hari akhirat...tapi klu xmau berpegang pada hadis dhaif ni xpe..pasal ia xmelibatkan aqidah..biasanya hadis2 dhaif ni berkait dgn perkara2 seperti roh org mati balik ke rumah setiap malam jumaat..nak percaya xde masalah..xnak percaya pun xleh jadi kafir..

P/s:xsalahla nak percaya dgn hadis dlm kategori dhaif ni..janji ia menyeru pada kebaikan..wallahua'lam..

Thursday, May 14, 2009

Kisah Pokok Krismas

Melalui ceramah agama yg disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias..perihal Nabi Ibrahim dan raja namrud…

Yg menarik perhatian aku adalah semua pokok yang dihimpunkan utk membakar Nabi Ibrahim xdapat dibakar..melainkan satu pokok yg diambil oleh org kristian sebagai pokok kebesaran mereka…dlm ceramah tu xsebutla direct pokok ape..tapi aku sendiri agak pokok tu adalah pokok krismas..

P/s: lain kali klu kita jupe pokok krismas yg dihias masa krismas..kita org islam ni jgnla duk rasa kagum..igtla kisah2 nabi terdahulu..wallahua’lam..

Monday, May 11, 2009

Tiup makan minum

Dari Satu hadis yg sahih..nabi bersabda..

"Jangan tiup makanan dan jangan bernafas sambil minum"

So hukum tiup makanan dan minuman yg makan adalah makruh tapi xdela berdosa..pasal ia boleh mendatangkan penyakit seperti sakit perut..adepun klu guna kipas xpela..jgn guna mulut..pasal bila kita tiup tu..karbon dioksida akan keluar..

P/s:pasni jgnla nak tiup makanan bg kat budak2..nnti budak tu sakit perut..wallahua'lam..

Saturday, May 9, 2009

"Bin atau Binti" Anak Luar Nikah..

Aku dgr ade org ajukan soalan ini kepada ustaz azhar..pasal permasalah nak bin atau binti anak anak luar nikah..org tu mintak penjelasan tentang tarikh yg sebenar utk bin kan anak dgn nama ayah atau nama ibu..

Ustaz azhar menjelaskan para ulamak mengatakan bahawa jika bayi yg lahir itu melebihi enam bulan selepas berkahwin..maka boleh di bin atau binti dengan nama ayah..kerana sekurang2 hamil adalah enam bulan..jika bayi itu lahir sebelum 6 bulan selepas berkahwin..maka perlu di bin atau binti kan dengan nama ibu..mana ada org bin atau binti dengan nama ibu?hehehe..yela pasal xde la zina dan anak luar nikah berleluasa kot..hehehe..anak yang lahir kesan dari rogol pulak camne? xreti aku nak jwb..tanyala yg lagi pakar...

P/s:jauhi seks luar nikah..kerana anak yg bakal lahir akan menanggung malu..mereka tanggung malu akibat perbuatan ibubapa mereka..

Cukur Bulu...

Fitrah manusia ada 5..antaranya memotong kuku, mencabut(cukur) bulu ketiak, dan juga mencabut(cukur) bulu kemaluan..berkhatan dan memotong misai...

Hadis Abu Hurairah r.a:
"Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Fitrah ada lima atau mungkin juga diriwayatkan Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai sifat semula jadi seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"

mungkin ada org tertanya2 kenapa bende2 yg tumbuh dibadan kita tapi kita perlu membuangnya..adakah tuhan ni saje nak bebankan manusia atau ini adalah hadis palsu?

berapa ramai org islam sekarang xcukur bulu ketiak?xcukur bulu kemaluan?aku rasa mmg ramai..nape xmau cukur? pasal kajian barat kata nnti mudah dpat kanser..

mgkin betul..buleh dapat kanser bila pakai deoderant..tapi depa juga ckp jgn pakai deoderant dlm masa 24 selepas cukur bulu ketiak..

aku yg herannya org kita islam ni..ramai yg cukur kening..padahal islam xbenarkan..simpan misai tebal2..padahal islam xgalakkan..xsuka janggut..padahal sunnah nabi..so aku rasa kita ni mmg pelik..ape yang islam tuntut kita xmau buat..tapi ape yg islam larang tu kita berebut2 dan berbangga2 nak buat..contohnya cukur kening..

aku bukan nak hurai panjang..cuma bg aku..tuhan saje nak bg pahala kat kita..bulu ketiak klu kita cukur dpat pahala..ia selalu tumbuh..maka kita selalu cukur..selalu dpat pahala..klu sekali cukur xtumbuh2..kurangla pahala...

mcm kuku juga..klu potong pada hari jumaat dpt pahala lebih sket..pendek kata kita manusia xpayahla nak berlagak lagi pandai dari tuhan..sia2 je tindakan sebegitu..mak aku selalu pesan..

"Tuhan mintak satu je...buat ape yang dia suruh, tinggal ape yg dia larang.."

P/s: sama2 kita saling ingat mengingati antara satu sama lain..

Solat Tiang Agama...

Kerana penting tajuk ni..aku dgn rasa penuh keinsafan nak tulis lagi pasal solat atau sembahyang atau prayer ni..sesungguhnya solat itu tiang agama..ibadat2 lain bergantung pada solat kita...

Contoh ustaz azhar beri..kita nak buat rumah..tapi pesan kat tukang rumah tu..tolong bina rumah ini, tapi jgn letak tiang lagi..buat atau dulu, dinding dulu, pintu dulu, tiang nnti letak time kita majlis nak naik rumah baru..tentu tukang rumah kata kita ni gila..mana mungkin nak dirikan rumah tanpa tiang..klu buat dinding dan atap tentula runtuh pasal xde tiang nak support..

begitu juga solat..klu kita ni jenis xsolat, sia2 je kita buat ibadat lain seperti puasa, haji, zakat dan sebagainya...pasal tanpa solat, ibadat2 lain tidak akan dikira pahalanya..melainkan selepas kita qada' semula solat2 kita yg terdahulu..

ibadat yg pertama sekali dihisab adalah solat..klu solat pun sambil lewa..rugila kita..puasa hanya dapat lapar sahaje..nabi dah ckp ramai umatnya yang puasa pada akhir zaman..tapi yg mereka dapat hanya lapar dan dahaga saje..pasal depa ni abaikan solat...

bg mereka yg selama ni solat ikut suka..sedarla..solat wajib 5 waktu tu jgnla tinggal sesuka hati..nnti kita heran pulak kenapa ibadat2 kita yg lain xdikira oleh ALLAH..huhu..

P/s: perumpamaan solat 5 waktu adalah umpama sebatang sungai dihadapan rumah..dimana kita mandi 5 kali setiap hari..

Friday, May 8, 2009

Perihal Aurat..

Aku ni tiba2 dpt idea nak tulis sesuatu yg aku rasa sume patut tahu...aku nak tulis pasal aurat kita dgn makhluk yg kita xnmpak...paling ketara adalah golongan jin..

Masa kita kat dlm tandas..kat dlm bilik, tgh tukar baju ke ape..walaupun xde org tapi perlu igt bahawa jin ada...mereka ni buleh tgk aurat kita..tapi ada cara agar mereka ni dihalang dari lihat aurat kita..dgn membaca Bismillahirrahmaanirrahim...sebelum kita nak salin baju dan sebelum nak masuk tandas kita digalakkan baca doa juga...

takut nnti ade antara jin ni akan ganggu kita..bukan lelaki je bernafsu tgk perempuan..jin pun ade juga yg bernafsu tgk perempuan..so bacala basmalah agar mereka xdpt lihat aurat manusia...

P/s: nisbah bilangan malaikat:jin:manusia adalah 90:9:1..maknanya sorang manusia bersamaan 9 jin dan 90 malaikat..

Solat ketika azan..

Mungkin ramai yg xtau bahawa kita boleh terus solat sunat ketika bilal sedang azan..xperlu nak tunggu azan habis..paling dituntut adalah kita terus je solat sunat tahiyatul masjid time kita masuk masjid walaupun time tu azan berkumandang..lepas kita solat tu..kita sambung lagi solat sunat sebelum zohor..kerana empat rakaat lebih baik dari dua rakaat..cume aku tgk ramai org duk tunggu azan habis pastu baru mula solat..

adepun jawab azan tu bukan wajib..sunat je..dan aku percaya jika ade org solat juga time azan tu..mesti dipandang serong..apela org kita ni..belajar agama xmau tapi suka buat hukum sendiri..ulamak2 mmg syorkan kita solat tahiyatul masjid jika kita belum duduk..kerana nak hormati masjid..klu kita terlupa nak solat dan terus duduk..maka segera la bgun..kecuali duduk tu dah lama, klu duduk tu baru 2,3 saat buleh lagi kita solat sunat tahiyatul masjid..xkisahla time tu bilal tengah azan ke..nnti lepas kita solat dua rakaat..kita sambung lagi solat rowatib dua rakaat lagi..

P/s: bende ni aku rasa xde dlm sukatan pelajaran time aku sekolah dulu..

Solat Jumaat...

Setiap hari jumaat time zohor..kaum lelaki diwajibkan g mesjid utk solat jumaat..kecuali golongan2 yg diberi pengecualian..hujan lebat..sakit..musafir dan sebagainya..aku cuma nak sentuh tuntutan datang awal ke masjid sebelum khatib mula khutbah..

diceritakan para malaikat akan duduk kat pintu2 masjid utk catat sape yang datang dan malaikat2 ini akan berhenti mencatat apabila khutbah mula dibaca..oleh itu barang siapa yg sampai masjid setelah khatib baca khutbah..maka akan luputla pahala solat jumaat..org kampung kata dpt "O" atau telur ayam...

pasal tula dizaman khalifah othman(klu xsilap)..azan dua kali..pasal azan pertama tu org buat xhirau je..pasal org2 dah mula lewat datang masjid..pasal tu azan dua kali..

manusia sekarang ni mmg sibuk..ari jumaat pulak hari bekerja..so pakai pun pakaian formal..pastu nak berkejar balik tempat keje semula..so kalu khatib khutbah lama2..ramai yang mula gelisah..ade jgk yg lari terus..huhu..

aku cuma nak igtkan..datangla masjid awal2..iktikaf kat masjid..dahla kita mmg culas nak ke mesjid..

P/s: bg yg xmau luput fadhilat jumaat.datangla awal ke masjid..

Toma'ninah...

Toma'ninah atau tomakninah adalah salah satu dari rukun solat..berdiri dgn tomakninah, rukuk dan sujud dgn tomakninah..apa dia tomakninah ni?

Bg mereka yg xtau..tomakninah ni adalah berhenti seketika..kekal dlm kedudukan utk seketika..tetap dlm kedudukan utk seketika..contoh time kita rukuk, kita hendakla rukuk dgn tomakninah..maknanya kita tetap dlm keadaan rukuk tu tanpa bergerak(mcm patung) untuk seketika...klu kita rukuk pastu terus iktidal tanpa tomakninah..xsahla solat kita..masa nak niat solat pun sama..xleh niat tika kita tgh berjalan..kena berhenti dan tetap seketika dulu baru buleh niat..sume perbuatan dlm solat kena ada tomakninah..bukan mcm aerobik tu..dlm solat kita hendakla tetap dlm keadaan contohnya time rukuk dan sujud..kita hendakla tetap dlm keadaan tu tanpa bergerak(kaku) untk seketika walaupun kita xmau baca ape2..susah betul aku nak explain dengan ayat ni..seketika kat sini xbermakna seminit..cukupla jika kita dah kaku pada keadaan itu..walaupun dalam 5 saat...sebelum meneruskan kepada sujud dan sebagainya...

P/s: klu aku tulis panjang2 org malas baca..baik aku tulis pendek2 je..hehehe..

Lipat Jari Kaki..

Dalam pemerhatian aku..ramai yg tidak lipat jari kaki dengan sempurna ketika sujud time solat..klu org tu sengaja xmau lipat kaki..maka xsah solat dia..mcm jugak xsah solat jika dahi xmenyentuh bumi(sejadah, alas tempat solat) ketika sujud..tapi aku percaya ramai yg pandang remeh bab ni..mmgla rukun solat ade 13 je..tapi dlm rukun tu xsebut cara duduk atau cara berdiri ke ape..

Itu pasal klu org tu xmahu mendalami ilmu agama..org tu akan mudah sesat..jari kaki perlu dilipat time sujud paling kurang ibu jari kaki..klu xde lipat langsung..maka xsahla solat..aku selalu duk perhati pada org2 yg solat..ramai yg luruskan jari kaki ketika sujud..harap2 mereka buat tu kerana jahil atau xtau atau xsedar..bukannya susah sangat pun nak lipat jari kaki time sujud..

byk lagi perbuatan dlm solat yg dituntut tapi kita xtau..contohnya time rukuk tu kita kena pegang kepala lulut dan bukannya pegang betis..walaupun kita mampu pegang ibu jari kaki..tapi cukupla sekadar pegang kepala lutut(taula korang ni pengamal yoga)hehehe..

antara lain adalah bg lelaki paha xleh sentuh perut time sujud(pengecualian jika terlalu gemuk)..siku pulak kena bukak dan xsentuh bumi(nabi larang siku sentuh bumi sbb itu mcm perlakuan binatang)...

P/s:pasni sama2la kita sempurnakan ibadat kita...yg mana dituntut tu buatla ye...

Alhamdulillah..

Ungkapan ini amat senang sekali disebut berbanding nama2 artis yg kadang2 berbelit2 lidah nak sebut tapi kita cuba juga nak sebut..ungkapan ALHAMDULILLAH ni xdela susah mana pun nak sebut..

Tahukah anda ape maksudnya..ia bermaksud "segala puji bagi Allah"...klu kita amalkan ia selepas buat sesuatu yg baik..maka kita akan dapat berkat..dimulakan dengan basmalah disudahi dgn hamdalah...

Basmalah= Bismillahirrahmaanirrahim..
Hamdalah= Alhamdulillah...

Klu setiap kali kita nak buat sesuatu yg baik..kita amalkan mulai dgn basmalah..diakhiri dgn hamdalah..maka pekerjaan kita tu akan dapat berkat..

dulu ada cerita pasal suami yang nak kenakan isteri dia yang selalu baca bismillah sebelum nak buat sesuatu..satu hari suami ni letak ular dlm bekas makanan..isteri dia macam biasa baca bismillah..tiba2 ular itu bertukar jadi emas..kesahihan cerita ini aku xtaula..tapi moral of the story nya mmg ada..xrugi pun baca bismillah..daripada duk menyanyi2 sambil buat keje..

P/s: sekali baca Alhamdulillah..dapat kebajikan atau pahala sepenuh mizan(timbangan)..klu banyak kali baca? lagi byk dapat..pikir2kan la..

Mamak aka India Muslim

Sekarang ni semakin byk restoran2 dan premis2 yg dikendalikan oleh mamak(mapley) kat serata malaysia..mereka mendapat sambutan yg agak baik..mana2 premis mereka dibuka..dijamin akan maju dan laris..setakat yang aku tgkla..ramai jg yg xpuas hati dgn kehadiran premis2 mereka ni..kenapa mereka ni maju dan laris?aku pun xsure punca sebenar..bg aku..asal mereka islam..kira okla..pasal nnti depa byr zakat..hehehe..byk juga isu lain seperti "mereka ni benar2 islam ke?" aku pun xberani nak bg jawapan..klu aku tgk depa kat masjid time solat jumaat aku mmg xde syak..tapi yg xpenah tgk tu..aku rasa syak juga..maklumla kita ni bukan sempurna sgt..

aku cuma heran, nak kata makanan depa sedap, xdela sedap sangat pun..nak kata mesra layanan..xdela mesra sgt pun..maybe pasal mereka ada gantung imej2 islam kat premis depa kot..mereka ni xgantung gambar2 yg menghalang malaikat rahmat dari masuk ke premis mereka..mgkin ada yg gantung gambar2 bernyawa tapi xdela sebanyak kedai2 org melayu kita..hehehe..

gambar2 yg biasa ada kat kedai mamak adalah tulisan2 khat..gambar mekah dan kaabah..tulisan2 ALLAH dan Muhammad..agaknya klu xde gambar2 dan tulisan2 ni..kita xberani nak masuk kot..

Hati kecil aku selalu tertanya2..kenapa mereka mesti gantung atau pamer imej2 islam ni..adakah kita masih bersikap berpuak2..mentang2 depa india..kena pamer imej2 islam..ape kita ni hebat sgt ke pasal islam?

Cuba bygkan kita kat negara arab nak bukak premis tapi kena pamer imej2 islam agar org2 sana berani masuk premis kita..aku kadang2 simpati gak tgk mamak2 ni kena pamer imej2 islam..macam dah terpaksa pulak aku tgk..hehehe..kena pakai kopiah..dan tutup kepala..agaknya depa pikir klu xbuat camtu..org islam xberani nak masuk premis depa..

tapi okla..premis depa ni selalu penuh..berpusu2 org datang..aku juga penah dgr pasal ramuan kari depa..tapi islam wajibkan kita siasat sampai tara tu..cukupla kita ada badan yg ditubuhkan utk siasat dan bg sijil halal iaitu JAKIM...

P/s: sama2 kita sokong org islam..xkira la bangsa dan warna kulit..janji akidah sama..daripada sokong bukan islam yang xkeluarkan zakat..hehehe...

Wudhuk Lepas mandi wajib..

Bg mereka yg tak tahu...bila kita dah angkat hadas besar, secara automatik hadas kecil akan terangkat sama..so, klu kita lupa nak wudhuk lepas mandi wajib tu xde hal la..cuma afdal jika kita ambil wudhuk sebelum mandi wajib..aku tulis ni takut ada yg keliru..nnti syak dan was2 pulak jika duk pikir dah wudhuk ke belum lepas mandi wajib..so mulai saat ini..ketahuilah bahawa wudhuk lepas mandi wajib tu xwajib..tapi xsalah jika kita nak wudhuk..dpatla pahala wudhuk..wudhuk ni sepatutnya xbazirkan air..klu tgh kekurangan air tu..pikirla dua kali sebelum nak wudhuk lepas mandi wajib..hehehe..

P/s:klu kita dlm hadas besar..xmau mandi wajib sebelum tido..memadai kita ambil wudhuk saje..dah bgun tido bulehla mandi wajib..

Thursday, May 7, 2009

Non Muslim Baca Quran?

Boleh ke non muslim baca quran..ulamak kini ramai yg mengeluarkan pendapat bahawa org bukan islam boleh membaca Al Quran..dgn syarat mereka tu xde niat nak pesongkan kandungan quran..tapi ulamak sepakat bahawa mereka(non muslim) tidak boleh menyentuh Al Quran kerana mereka ni bukan islam..org islam pun xleh sentuh quran jika berhadas..inikan pula org bukan islam..tapi klu mereka nak baca quran xde masalah..mudah2an mereka diberi petunjuk dan hidayah..isu yg kata mereka baca xkena tajwid, org islam sendiri berapa ramai xreti bab2 tajwid? paling malang sendiri org islam takut nak beramal dgn ape yg ada dlm al Quran..so, xpayah nak marah la kat non muslim yang cuba nak jinak2 diri dgn Al Quran...kita patut malu pasal kita sendiri pun dah ramai yg nak lari dari baca quran..berapa ramai yg xreti mengaji..

P/s:klu tgk non muslim pegang Al Quran..tegurla mereka dgn cara baik..ckp kat depa..klu Al Quran tafsir tu xpe...klu Al quran betul xbuleh pegang..

Wednesday, May 6, 2009

Belas Kasihan

Kita dituntut berbelas kasihan kepada manusia dan juga kepada haiwan..cuma aku nak sentuh pasal belas kasihan pada haiwan..

Kita wajib beri nafkah pada binatang dibawah jagaan kita..klu kita ade binatang peliharaan kita..wajib beri makan dah minum (klu bela ikan xpayahla nak bagi minum)..akan tetapi kita perlu berbelas kasihan pada semua binatang..

Islam ni agama yg tetapkan hukum tentang binatang..walaupun sunat bunuh cicak dan babi..namun dilarang kita azab binatang2 tu sehingga mati..

klu kita nak hukum binatang pun kenalah sepadan..xbulehla nak pukul kucing dgn kayu golf..klu kucing tu nak kencing dlm rumah(jantan tanda kawasan..cukupla kita bedal dgn penyapu lidi..agar tidak mencederakan tapi nak bg pengajaran pada kucing tu..

klu kita xbg nafkah pada binatang dibawah tanggungan kita..kita berdosa..melainkan jika binatang itu pandai cari makan sendiri tanpa bantuan kita..bukan setakat itu..kita juga wajib berbelas kasihan pada binatang lain walaupun bukan milik kita...jgnla cederakan ayam atau ternakan jiran yang masuk kwasan rumah kita..sekadar menghalau tanpa cederakan buleh..tapi klu cederakan..mmg berdosa la...

Kalau bab haiwan yg kita guna utk kerja..contohnya lembu atau kerbau atau kuda..kita tak boleh nak kerahkan tenaga mereka habis2san..mereka perlu diberi rehat yg cukup dan tidak boleh dibebankan dgn kerja yang melampaui had mereka...

P/s: Antara sifat org2 yang celaka itu adalah mereka yg tidak ada belas kasihan pada manusia dan binatang..senang je nak kenal org2 celaka kan?

Tidak Solat...

Perkara utama yang ditanya apabila matinya anak adam adalah solat..jika solat kita cukup sekurang2nya 5 waktu sehari semalam..andai kata dah cukup solat 5 waktu barula ibadat2 lain akan dikira...aku ulang, ibadat2 lain cuma akan dihisab atau dihitung jika solat 5 waktu dah cukup...

Inilah yg pelik bg org2 zaman sekarang..solat dianggap remeh...bulan ramadhan sanggup puasa dan tahan lapar tapi xmengerjakan solat...ORG YG TIDAK SOLAT ADALAH MUSUH ALLAH, MUSUH NABI, MUSUH ORG2 BERIMAN...

solat itu tiang agama..klu dah tiang xkukuh..xgunalah nak tambah tambah binaan2 lain kat atasnya..pasti runtuhnya binaan tu..itulah yg aku paham pasal solat itu tiang agama...sebaik mana pun org itu..tapi klu bab solat ni dia pandang remeh..ikut suka dia je nak solat atau x..xusah nak kata baikla org tu..pasal dia tu musuh bg Allah, nabi dan org2 beriman...

P/s:walaupun hidup seribu tahun, kalau xsembahyang apa gunanya...

Aku terima nikahnya...

Bg kebanyakan lelaki..mmg inila saat yg dinantikan..saat dimana diijab kabul kan nikah..."aku terima nikahnya...."

"Dan tidak dapat manusia itu melainkan apa yang dikerjakan"...sape buat baik dapat pahala, sape buat jahat dia dpat dosa...

Tapi awas para suami...anda berkemungkinan besar utk menanggung dosa isteri dan anak2 anda...kenape? bukankah ayat diatas ckp klu org tu buat jahat, dia sendiri dapat dosa, mcmna pulak dosa tu buleh pindah kat kita...

Ketahuilah bahawa jika suami xsuruh isteri tutup aurat, suami tanggung dosa...suami dah larang tapi isteri xmau ikut..suami terlepas dari dosa tapi isteri akan tanggung sendiri...suami tu bukan tanggung dosa xtutup aurat tapi dosa xtegur isteri...klu anak xsolat bapak tanggung dosa pasal xsuruh anak solat...anak pun dpat dosa juga..adepun jika suami xsolat, isteri xtanggung dosa suami..pasal lelaki itu ketua pada wanita...melainkan isteri hasut suaminya agar xsolat...

Isteri xsolat, isteri berdosa pada Allah, suami pun berdosa jika xsuruh isteri solat..tapi dosa suami tu bukan dosa tinggal solat tapi dosa xsuruh isterinya..isteri jgn igt semua dosa mereka ditanggung suami...suami dpat dosa jika xsuruh isteri solat atau xlarang isteri dia dedahkan aurat di depan bukan mahram...

So, igtla wahai lelaki sekalian..ungkapan "aku terima nikahnya" mungkin boleh jadi "aku tanggung dosa2 isteriku mulai sekarang"...klu dah ade anak..mgkin kena tanggung dosa anak pula..dosa xsuruh atau dosa xlarang..pasal setiap ketua bertanggungjwab atas org bwahannya..suami ketua keluarga..

P/s: Elakkan dari tanggung dosa org lain...dosa kita pun dah cukup byk..sama2 kita nasihatkan org2 dibawah jagaan kita...agar kita terlepas dari tanggung dosa akibat perbuatan yg kita xkerjakan...

Tuesday, May 5, 2009

Poligami...

Perempuan islam sekarang ni kan..mmg anti benar klu dgr suami menikah lain..adepun klu suami tu xsolat xpe(padahal xsemayang itu adalah sejahat2 org)..suami tu berzina dgn pempuan lain pun xpe..suami ada perempuan simpanan pun xpe..tapi klu suami kawin lain..maka perempuan akan bantah habis2an la..itula pengaruh dari agama lain dan budaya barat...

tapi buleh nak bantah suami kawin lain jika suami mmg benar2 xmmpu..buleh bantah depan kadi..tapi klu bantah hukum poligami tu mmg haram..dan buleh murtad..jangan main2 kaum2 hawa sekalian..klu x, nape tuhan benarkan lelaki kwin lebih dari satu? tuhan xberlaku adil ke...apepun kita ni dah mindset awal2 lagi..kita xkisah sgt jika jiran lelaki kita bersekedudukan dgn pempuan dan ade perempuan simpanan..kita xdela nak ambik kisah sgt..tapi klu jiran kita adalah lelaki yg isteri lebih pada satu..majoriti akan ckp lelaki tu jahat, gatal, miang dan sebagainya..padahal poligami tu dibenarkan..huhu..

P/s: Dari awal kita dan mindset poligami tu benda yg xelok...hubungan bebas pula xdela kita nak kisah sgt..huhu..

4 jenis perempuan yg menjadi Isi Neraka

1. Perempuan yg jahat mulut, jahat perkataan pada suaminya..aaaada je yg xkena..beli ikan kecik marah(susah nak siang), beli ikan besar marah(geli nak makan)...suami xde kat umah, dia buat maksiat dgn lelaki lain..klu depan suami,,asyik merendah2 dan mengutuk suami xhenti2...(sedarla, gaji awak berapa sgt nak compare dgn gaji saya)

2. Perempuan yg membuat akan suaminya akan barang yang xmampu..membodoh2kan suami(guna bomoh, ilmu penunduk, nasi tangas, nasi kankang)...lagi satu mmbebankan suami melebihi ape yang suami itu mmpu..(suami xmmpu beli kete, isteri paksa juga beli)..

3. Perempuan yg xmau menutup dirinya (mendedahkan aurat)...keluar dari rumah dgn perhiasan yg megah..pakai pakaian menjolok mata..(kalau saya pakai cantik, nnti org puji isteri awak cantik, awak juga yg dpat nama)..klu suami pun redha, dua2la masuk neraka..

4. Perempuan yang cita2 lain xde..makan, minum, tido..ibadat xmau, taat pada suami xnak..hanya makan minum tido je kerjanya...

P/s: Hukum perempuan yg bantah ckp suami dan derhaka pada suami..termasuk dlm dosa2 besar dan mendapat laknat dari Allah dan para malaikat...

Isteri yang taat...

Segala burung2 dan ikan2 akan mintak keampunan bg isteri2 yang taat pada perintah suami..bygkanlah berapa byk...hadis:

"Meminta ampun bagi perempuan yg mengikut suaminya itu oleh segala burung yg terbang di langit, dan ikan dilautan pun mintak keampunan dan segala malaikat dilangit, matahari dan bulan, selama mana isteri berada dalam keredhaan suaminya."

klu ikan bilis saje pun dah cukup tapi ini sume ikan2 yg ada dilaut..tapi perempuan ni xkisah sume tu..susah nak taat perintah suami..

Perempuan yg derhaka pada suami pulak mendapat laknat Allah..isteri yg keluar dari rumah tanpa izin suami,maka ibadatnya diterima sehingga isteri tersebut mendapat keampunan dari suami...

Contoh derhaka pada suami adalah bermasam muka pada suami (kecuali pada masa haid, ada pendapat kata time tu saje xpe)...satu saat(lahzah) isteri masam pada suami, ibadat ditolak, klu dua hari masam muka, dua hari ibadat ditolak..mendapt laknat dari Allah dan para malaikat..

P/s: Igtla bakal isteri dan isteri2 sekalian...taatla pada suami..besar pahalanya...jgn pula derkaha pada suami, besar dosanya..

Lelaki Dayus...

Dari Kuliyyah Ustaz Mohd Kazim Elias..Kitab Muhimmah...

Antara sebab suami xdpt cium bau syurga ialah dayus..dayus ni ada byk sebab..antaranya suami tidak cemburu,xkisah apabila isterinya bercampur dgn lelaki lain..hadis

"Adakah tiada kamu malu dan tiada cemburu dengan mmberi akan seseorang kamu kepada isterinya keluar ia diantara segala laki-laki yang lain padahal segala laki-laki tadi memandang kepada isteri dan memandang laki-laki itu kepada isteri dan isteri memandang kepada laki-laki lain."

Sepatutnya isteri dilindung dan djaga oleh suami agar tidak mempertontonkan kecantikan dan susuk tubuh kita pada lelaki lain..dlm bersandingan(hari pertama kawin),,kita dah biar isteri bersalam dgn lelaki lain, kita biar isteri dedahkan aurat, biar lelaki lain renjis air mawar pada isteri..kita pulak redha dan xrasa ape2..maka suka atau tidak, kita dah jadi dayus..xdpt cium bau syurga, apelagi nak masuk syurga...

P/s: kawin mmg senang..tanggugjwab tu yg kita kena tau..

Monday, May 4, 2009

Qiamullail

Tentang qiamullail ni sume org islam patutnya dah tahu..iaitu bgun pada waktu malam selepas tidur sejenak dgn tujuan utk beribadat kepada Allah..dgn melakukan ibadat2 seperti solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih dan sebagainya..bukan bgun nak gi buang air atau gi teguk air kat peti ais ataupun bangun nak tgk perlawanan bole..itu xtermasuk dlm qiamullail..qiamullail ni klu ikut bahasa adalah "bangun malam"..

walaupun tidak diwajibkan keatas umat islam, kerana islam itu bukanla agama yg mmbebankan umatnya..tapi qiamullail ni adalah amalan nabi kita pada tiap2 malam..walaupun baginda telah dijanjikan syurga dan bersifat maksum..namun baginda xpernah lupa utk beribadat..pernah diriwayatkan baginda berdiri terlalu lama ketika solat pada waktu mlm sehingga bengkak kaki..itulah iman nabi junjungan kita..

kita ni iman mmg xsetanding nabi..zaman dulu belum ada alarm yg boleh jadi alat utk kejutkan kita dari tido..pernah diceritakan pada satu malam nabi telah mengejutkan saiyyidina ali dan puteri baginda saiyyidatuna fatimah dari tidur utk qiamullail bersama2 baginda..namun jawapan dari saiyyidina ali pada ketika mengantuk itu adalah seperti berikut(lebih kurang)...

"jika Allah mengkehendaki aku utk qiamullail..nescaya Allah akan bangunkan aku dari tidurku".

nabi pun beredar sambil berkata.."inilah manusia,klu dah xmahu buat sesuatu itu, macam2 alasan dia bagi"..

sayyidina ali terdengar kata2 nabi itu dan terus insaf dan menyesal dgn kata2nya sebelum itu...

kita ni usahkan bgun malam..bgun subuh pun belum tentu..alasan paling POPULAR ialah terlajak tido atau xterjaga langsung..hahaha..konon mcm tuhan sengaja xbgunkan mereka dari tido dan mereka xperlula nak ambil inisiatif nak bgun sendiri..

aku ckup menyampah dgn mereka yang bagi alasan terlepas subuh pasal xterjaga..dgn zaman serba canggih ini..mcm2 alat penggera yg kita buleh guna..hanset pun buleh guna..jam loceng pun buleh guna..tapi ape nak buat, kita ni duk harap Allah akan kejutkan kita..bukan xleh doa pada tuhan agar kita dikejutkan pada waktu sekian2...tapi ape salahnya kita ikhtiar sket nak pasang jam loceng atau alarm bg bgun dari tido agar xterlepas time subuh...dengar mesej masuk buleh je bgun..tapi dgr alarm time subuh buat dek je..pelik kita ni kan?...

yg heran tu..jam2 penggera ni bukan mahal mana pun..5 hinggit dah buleh beli..klu payah sgt nak bgun..belila sepuluh jam penggera..klu xbgun jugak tu maknanya kita ni dah kembali ke rahmatullah la tu..huhu..

P/s:jgn mulakan hari anda tanpa menunaikan solat subuh(bg yg boleh solat)..byk kelebihan bgun solat subuh ni..setiap titik air yang kita wudhuk time sejuk2 tu..malaikat2 akan mintak doa utk kita..

Saidina atau Sayyidina?

Dua sebutan ni mmg remeh je bunyinya tapi ia tidakla seremeh itu..kita dlm solat terutamanya dalam tahiyyat disunatkan menyebut selewat keatas nabi..namun ucapan sayyidina tu xla wajib tapi sunat je..

klu kita nak sebut kena sebut betul2..bukan saidina Muhammmad tapi sebutan yang betul adalah Sayyidina Muhammad..saidina tu game mcm monopoli tu..Sayyidina pulak bermaksud ketua atau penghulu..

Cuma aku nak tambah sikit pasal gelaran siti ni..siti hawa, siti khadijah, siti hajar, siti zulaikha, siti asiah, siti fatimah, siti aisyah, sit sarah..perssan tak nama2 wanita yg terkemuka dlm islam tersebut..sumenya ada siti kat depan?..ape makna siti tu? mcmna dgn siti nurhaliza tu?..hehehe..

bg mereka yg xtau..siti tu adalah ringkasan dari Sayyidatuna iaitu penghulu kami yg perempuan..lelaki pulak sayyidina..sayyidina Umar, abu bakar, uthman, ali..sayyidina bermakna ketua atau penghulu kami yang lelaki..

oleh itu...amatla xwajar jika kita main2 nama Siti ni..buat bg nama binatang ke ape..pangkat sebesar dan semulia itu patut diletak pada tempatnya..sekarang ni xusah nak ceritala..syed ke sharifah ke siti ke..ramai jadi artis dan penyanyi..syed dan sharifah tu keturunan nabi..jgn buat malu keturunan nabi..bab nama siti pulak ramai juga jadi artis..mmg xkena mak ayah bg nama sedap2 dan baik2...

P/s:nasib baikla nama aku pun ok juga maknanya..huhu..

Saf Solat..

Pernah x ada ketika kita datang lewat nak solat berjemaah..tapi saf depan dah penuh dan kita mmg dah xleh nak masuk..kita sorang saja tinggal..ketika itu, kita hendakla angkat takbir dan cuit bahu org depan kita..agar org yg saf hadapan tu undur ke saf yg kedua..pasal saf sembahyang itu sekurang2nya dua org..klu kita sorang solat kat belakang, ia xdikira sebagai saf pasal kita sorang..tapi solat kita tetap sah..tapi lebih afdal jika kita solat dalam saf walaupun hanya dua org..

klu yg kita cuit bahu tu xmau undur..kita dah xleh nak buat apela..pasal tula klu nak cuit bahu org depan tu..kita agakla yg dia tahu pasal dia kena undur ke belakang bg wujudkan saf baru..

P/s; aku pun baru tahu pasal perkara ni..huhu..

Wirid lepas solat..

Ramai dah tau tentang ni..tapi aku tetap nak tulis bg panduan mereka yg kurang tahu...wirid lepas solat tu adalah sebahagian dari tuntutan selepas solat..tapi xdela termasuk dari rukun solat..cuma klu kita terus bgun tanpa wirid lepas solat tu buleh dikira sebagai bidaah..pasal nabi mmg tuntut perkara ini dilakukan..

Wirid ni xsemestinya panjang..sekadar

Astaghfirullahalazim..allazilailaahaillahualhayyulqayyum..waatuubuilaiih..

oleh itu bg siapa yg nak bgun dari lepas solat selepas salam..(nak solat sunat atau keluar dari tempat solat)..perlu berwirid bg memenuhi tuntutan nabi kita..

solat jamak pula tidak perlu wirid diantaranya..tapi perlu iqamah..dah selesai jamak baru wirid...

perlu betul sebutan wirid..klu x, xdpat pahala..kualiti lebih penting dari kualiti..sekali sebut kalimah Alhamdulillah pun dan memenuhi Mizan(timbangan)..so rajin2la kita wirid lepas solat..sebut betul2..xpayah nak laju2 tapi sebutan xkena..xde manfaat..


Lagi satu masa tahlil pun sama..perlu sebut betul2..jgn sebut "La' Ilahaillalloh"...sebut betul2 la.. "Laa Ilaahaillallah"..xde ulamak yg fatwa sebut kena sebut seratus kali..sekali sebut betul lebih baik dari seratus kali sebut tapi xbetul..

P/s:sila rujuk tulisan sebenar dlm bahasa arab..tulisan rumi aku tu nak bg contoh je..

Sambut Harijadi...

Dari Playlist Youtube

Hukum sambut harijadi adalah Bidaah Jaaizah(bidaah harus)..pasal xde disebut dlm hadis tentang keharusannya dan tidak pula terdapat hadis atau nas yang menyebut pasal larangannya...iaitu tiada contoh pada zaman nabi dan zaman sahabat yang menganjurkan sambutan harijadi...kita mengggunakan kaedah usul fiqh iaitu mengharuskan sesuatu perkara itu selagi tidak ada hadis atau nas sahih yang melarang perkara itu...akan tetapi golongan tertentu yang agak jumud pemikirannya menggunakan dalil "setiap bidaah tu sesat, dan sesat tu ke neraka"...

Nak sambut harijadi buleh..tapi ade perkara yg buleh jadi haram dalam sambutan harijadi itu..antaranya tiup lilin dan nyanyi lagu..pasal dalil "siapa yg ikut adat yg hanya khusus pada satu kaum itu, maka dia termasuk dlm kaum itu" dlm kes tiup lilin,  ini adalah asal dari kristian..agama lain xde mulakan sambut harijadi dgn tiup lilin..pergh..aku pun baru je tahu malam ni..terus aku tulis kat blog aku..nyanyi lagu harijadi pun xleh gak..lebih baik selawat pada nabi..sekali selawat, sepuluh keampunan..klu harijadi kita selawat sepuluh kali, seratus keampunan kita dapat..daripada duk nyanyi 'hepi besday to you' yg xde faedah dan buleh jatuh haram tu...(P Ramlee maybe dah tau pasal ini..itu pasal dia ganti 'ALLAH selamatkan kamu')

P/s:islam ni xhalang semua..tapi ade sesetengah perkara yg khusus pada adat atau upacara pada agama lain tu..xlehla kita nak ikut..huhuhu..

Sunday, May 3, 2009

Tips Sihat..

MAHUKAH KITA SIHAT CARA RASULULLAH?

Rasulullah saw bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang baik untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan (metenteramkan jiwa).

SELALU MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencukur rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah saw : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaqun Alaih) .

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 unsur : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan .
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi ketenagan jiwa sehingga kita tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kesihatan hati & ketenangan jiwa, jauhilah sifat iri hati


Tips: Kelebihan Mandi Fajar



Daripada Imam Ahmad Asy-Syaraji ;
Dalam menjaga kesihatan, Rasulullah S.A.W
mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi.( sebelum subuh )
Kelebihan mandi fajar, antaranya:
1. Tidak terkena penyakit asma
2. Terhindar dari angkara jahat seperti sihir , baik dari jin atau manusia
3. Tubuh badan menjadi sihat
4. Wajah bercahaya
5. Doanya mudah dimakbulkan Allah
6. Wajah menjadi awet muda

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

Walimatul Urus..

Nak xnak aku kena juga sentuh pasal perkara ni..pasal bulan 6 nnti pasti ramai yg akn berkahwin...kawin tu xde masalah..cuma aku nak bg pendapat sikit pasal ape yg aku tau tentang adat melayu yg diimport khas dari agama hindu iaitu bersanding..iye..sabar2..aku belum jelas lagi..bersanding keliling api tu mmg jelas haram..sume tau..persoalannya sekarang ni mcmna persandingan tu buleh jatuh kepada haram?..
_____________________________________________________________________________________
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan daripada blog ni..


(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).

e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa �matlamat tidak menghalalkan cara�.
_____________________________________________________________________________________

aku malasla nak taip sume..jadi aku ambik je dari blog..dulu aku pernah dgr ustaz yg ckp persandingan ni hukumnya haram klu kita buat cara mcm sekarang ni..klu nak bersanding juga..bulehla buat majlis sanding yg hanya dihadiri org bukan mahram..pasal bersanding ni mmg akan tunjukkan perhiasan dan posing2 yg mcm2..cameraman suruh peluk, pasangan tu berpeluk, cameraman suruh cium pipi, pasangan tu cium pipi..klu cameraman tu mahram pengantin perempuan xpela..

ada ulamak yg ckp yg adat bersanding sekarang ni dah terlalu byk campur aduk dgn agama2 lain..bukan xleh ikut langsung tapi kenal pastila yg mana haram yg mana harus..cuma ada ulamak yg kata masa bersanding tu..martabat pengantin akan dijatuhkan oleh tetamu2 dan cameraman2 yg suruh posing mcm2..ini xmasuk lagi posing atas katil..konon nak tunjukkan kemesraan..yela baru kawin kan..tapi klu yg tgk tu bukan mahram..dptla dosa kering..

marhaban dan berzanji perempuan pun satu hal..dah terang2 perempuan xleh marhaban dan berzanji pasal mereka akan tinggikan suara..sedangkan azan yg kalimah2nya membesarkan dan memuji ALLAH perempuan xboleh..inikan pula marhaban dan zanji yg mana perempuan2 ni akan meninggikan dan melunakkan suara mereka yg mmg dilarang oleh ajaran islam..kalimah2 dlm zanji dan marhaban tu xsalah..cuma sekarang ni dah ade kumpulan marhaban dan berzanji perempuan..itu yg salah..klu didengar oleh mahram mereka xpela..mana mgkin..lainla sorang je perempuan dlm kumpulan tu dan yg dengar cume mahram dia..

kita ni jgnla igt kita cemerlang dalam subjek agama dlm SPM dah boleh tunjuk terer..nak bangkang ulamak yg dah byk mengaji kitab2, hadis2 dan sebagainya..aku pun rasa kita yg muda2 ni paham tapi nak buat mcmna..family tetap nak buat juga upacara sanding..sampai 5,6 persalinan...kebaya, kurung, gaun dan segala mcm baju dan perhiasan utk tontonan umum..dapat dosa kering je si suami tu..

satu lagi..sebelum terlupa..
____________________________________________________________________________________

Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : �Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.� Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
____________________________________________________________________________________

ada mata pandang, ada telinga dengar, ade mulut cakap, ade blog tulis, (ada otak lu pikirla sendiri,Assalamualaikum.; pinjam ayat nabil raja lawak jap)

P/s: terukla aku nak menjawab dgn mmber2 aku nnti..huhu...

Mati Bujang..

Topik ni biase je..cuma dikelirukan bila ada org yg tanya..kalau lelaki yg mati tu belum beristeri, kat syurga nnti akan dapat bidadari..persoalannya mcmna dgn perempuan yang kat dunia ni xde suami..kat syurga nnti sape suami mereka?..

aku ni lelaki..mmg xpikirla pasal tu..yg aku tau kat syurga nnti ada bidadari yg tugasnya melayan penghuni syurga..bidadari ni tuhan jadikan ia dari mutiara..kita manusia dari tanah..bidadari ni ganjaran kita duk tahan nafsu atas dunia ni..

kat syurga juga ada golongan WILDAN..iaitu pelayan kanak2 yg terdiri dari anak2 org kafir yg mati sebelum baligh..tugas wildan ni adalah pelayan penghuni syurga..

berbalik pada perempuan yg kat dunia xde suami..mereka ni akan berkahwin dgn lelaki yang kat dunia ni xde isteri..depa akan kawin kat syurga..tapi lelaki akan tetap dpat bidadari..isteri tu bgai permaisuri..perempuan2 dunia yg masuk syurga akan jadi cantik dan xde sifat cemburu..syurga itu tempat berseronok..dikatakan lelaki akan mempunyai kekuatan umpama 70 ekor kuda, dikurniakan paling kurang 70 bidadari...buleh jimak tanpa henti(ni part org lelaki tunggu2)..tapi klu kat dunia dah langgar perintah tuhan..kena azab dulula nmpaknya..huhu...

perempuan yg byk suami kat dunia pulak..ada ulamak kata, akan bersama dgn suami yg paling akhir..tapi ade jugak yg ckp akan bersama dgn suami yang paling sayang kat dia..ada pulak yg kata akan bersama dgn suami yg paling soleh antara mereka..tuhan tu maha adil..xpayahla nak menilai dgn akal kita yang singkat ni..

bg mereka yg kat dunia ni xmmpu nak kwin..jgn sedih..teruskan usaha..bykkan doa..

P/s: mintak2 aku ni masuk dlm golongan ahli syurga..amin...

Saturday, May 2, 2009

Tipu sunat..

tentu ramai yg xtau bahawa dlm islam ada keadaan yg jika kita bohong tu, kita akan dapat pahala..tapi umumnya berbohong itu dapat dosa..

tapi sekarang ni ramai yg ckp, tipu sunat tu xde dlm islam, yg ada hanya muslihat..apepun aku dah dgr penjelasan pasal isu ni..ada hadis pulak tu..jika kita berbohong tu dpat mendamaikan org, maka kita akan dpt pahala..contohnya dua mmber kita yang nak bergaduh..kita sebagai org tgh kerana xmau mereka ni bergaduh..kita ckpla bohong..tapi jgnla bohong melampau2..

cth yg kedua..kita kat umah, pastu ada pempuan ketuk pintu, kita bukak pintu pempuan tu ckp ada lelaki nak rogol dia..kita pun dgn kesian bgla perlindungan kat dia(tapi awas,ini mungkin taktik nak pecah umah),,pastu datang pula lelaki tadi yang mmg nak rogol pempuan tu kat umah kita..tanya ade x pempuan itu kat umah kita..masa tu kita buleh bohong..pasal klu kita ckp benar, pempuan tadi akan jadi mangsa lelaki lahanat tu..itula antara keadaan dimana kita boleh berbohong..bukan saje2 nak bohong..tapi mmg terpaksa..

P/s: aku mmg xsuka org tipu aku..anti bebenor..huhu..

Org alim dgn org jahil

tahukah anda bahawa org yg tahu ilmu agama islam dan hukum hakam agama islam..tapi dia tidak mahu mengikutnya..mereka akan diazab lebih dahulu dari penyembah berhala..huhu..bukan senang ni jadi org alim rupanya..contoh kita tau haram lelaki pakai gelang, tapi tetap mau pakai juga agar org nnti akn ckp kita ni ikut trend..maka kerana trend itula..kita akan diazab lebih dahulu dari penyembah berhala..ada ilmu xmau amal..atau lebih tepat lagi..dah tau haram tapi masih nak buat tanpa rasa bersalah..

P/s: harap2 aku dijauhkan dari golongan yang xmau beramal dgn ilmu agama yang aku ada...

Ucapan Perayaan Agama lain

Kat negara kita yg multi serba-serbi ni..byk perayaan yang kita sambut sama2..persoalannya kita ni org islam buleh ke tolong meriahkan perayaan agama lain..ramai yg xtau atau saja2 buat xtau..ucap merry krismas atau selamat hari natal tu hukumnya haram..ini seperti kita iktiraf kepercayaan org Kristian bahawa nabi isa itu tuhan..tapi yang pelik kat negara ni sume tu xjadi masalah..jahil sangat ke?..

klu selamat tahun baru cina tu xde hal pasal ia cuma tahun baru..tapi klu macam thaipusam tu dan lain2 yang bersangkut paut dgn agama lain..haram kita org islam ucap selamat pada mereka..haram tu maknanya klu kita buat..kita dpt dosa..

P/s:sama2 kita ambil iktibar..

Perhiasan perempuan belum kahwin

Ini cuma berkaitan dgn pempuan yang xde suami..adalah haram bg mereka pakai inai(mewarnakan kuku), memerahkan jari jika ia akan dilihat oleh lelaki bukan mahram..klu nak pakai cincin pun xleh pakai cincin yang terlalu menonjol..adepun klu dah bersuami tu xpela dgn syarat utk suami tgk..

so bg perempuan2 yg xde suami tu..sama2la insafkan diri..moga2 anda tidak dihukum atas dosa2 anda dikala anda tidak tahu..

P/s: trend sekarang ni mmg pelik2..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...