Rakan Seperjuangan

Sunday, January 31, 2010

Ulamak Vs Menteri Vs Politik

Seperti yg telah aku janjikan pada org...aku akan menulis pasal tajuk kat atas tu...dah lama bermain dalam kepala aku nak menulis pasal ni...well, sempena hari kelahiran aku mengikut kalendar org putih ni..aku pun nak tribute la kat blog aku ni satu entri...hehe...

Camne nak mulakan ye...hmm...lebih kurang camni lah...btw, ni suma hanya pendapat peribadi aku...org xsetuju ke ape...aku xpeduli pun...seperti yg kita tahu sekarang ni kebanyakan negara umat islam ada 3 unsur ni...tapi 3 unsur ni wujud secara berasingan...ada ulamak, ada menteri, ada politik...paling malang sekali...3 unsur ni xleh nak bersatu...klu buleh...biar satu je mewakili 3 unsur ni...dialah ulamak, dialah menteri dan dialah juga ahli politik...

Tentu dah ada yg kompius maksud aku ni...bg org yg politik sempit...mmg awal2 dah fobia dengar politik ni...apelah nak takut..nama je besar...tapi ia satu sistem je...yg digerakkan oleh kita sume...byk kali dah sentuh pasal politik dalam blog aku ni...politik tu kotor bagi org yg xmau dekat dengan politik...politik tu kotor pasal org2 baik sume xnak terlibat dengan politik...tu pasal politik makin lama makin kotor...pasal yg tinggal majoritinya org2 yg kurang baik...sori to say la...tapi umum tahu politik ni mcmna...even nak bezakan org baik dengan xbaik...org baik ni xmasuk politik...haha...

Selagi org2 baik xmasuk dalam politik...maka selama2nyalah politik tu kotor...malang sekali politik tu adalah tunggak utama negara...kerana politik, ada yg jadi YB, ada yg jadi menteri...depa nilah yg uruskan negara...so bagi org yg anggap politik tu kotor...maka kita telahpun biarkan negara kita kotor pasal yg uruskan negara kita ni adalah org2 politik...

Saranan aku adalah agar lebih ramai ulamak2 dan cendekiawan islam ni masuk politik...agar dapat membersihkan politik...agar mereka ni dpat jadi menteri...pasal ape aku cadang mcm tu? sebab menteri2 sekarang ni bukan ulamak...meskipun tahu pasal islam, tapi mereka ni biarkan saje hal2 yg islam larang...dari segi aurat, hiburan, rasuah dan sebagainya...dari segi ibadat pun satu..elok2nya menteri yg jadi imam2 masjid...tapi berapa kerat je yg mmpu buat camtu...

Ok satu hal lagi...kat negara ni...klu nak kuasa melakukan sesuatu, kena jadi menteri dulu paling kurang...baru ada kuasa nak arahkan polis, bomba, tentera dan sebagainya...umum tahu para ulamak berbuih mulut menyuruh org buat baik dan hindar maksiat...tapi ulamak ni xde kuasa nak jatuh hukuman...tapi klu menteri yg arahkan...baru pihak berkuasa bukak mata...jadinya, kalau menteri tu adalah seorang ulamak, maka sudah pasti kes2 maksiat kat negara ni dapat dikawal...pasal menteri dalam negeri contohnya adalah ulamak...dah pasti pihak2 polis, fru ape sume tu akan ditekankan dengan ilmu agama yg lebih...sekarang ni bukan xbagus...tapi aku rasa lebih bagus lagi klu menteri tu adalah org alim dalam soal2 agama...

Masalahnya klu nak jadi menteri dalam kabinet...kena bertanding melalui politik dulu...org kita pulak klu ulamak nak masuk politik...maka dicop ulamak tu dah "tidak suci" lagi...lawak betul kan? seolah2 kita mengaku bahawa org politik yg merangkap menteri2 yg memerintah negara ini adalah golongan yg teruk kan? mcm mana negara ni nak maju agaknya...politik tu baik, tapi pasal org pandang ia sebagai kotor...maka hanya org2 kotor sajelah yg masuk politik...jika ulama mula bergiat dalam politik, mcm2 tuduhan buruk dilemparkan...aku pun xpaham sampai bila politik negara ni nak bersih...

Cuba bayangkan kita menteri yg juga ulamak tadi buat satu garis panduan tentang hiburan dinegara ni...penyanyi pempuan islam, haram menyanyi depan lelaki, pempuan yg dedah aurat akan dikenakan tindakan...lelaki yg dedah aurat akan dikenakan tindakan...maka bukankah itu adalah lebih baik...barulah dinamakan umat islam jika ikut cara2 islam...nnti ada org tanya, org bukan islam camne...hehe...ini pun nak kecoh...kita bukan nak halau mereka dari sini...mereka pun tentu lebih yakin dengan ketelusan org2 islam yg mengikut agama islam yg sebenar...percayalah dengan agama islam yg menyeluruh ni...nama je islam tapi takut nak beramal dengan islam...takut dengan imej islam...apa dah jadi dunia ni...

Saranan aku ni pasti org xkan pandang pun buat masa ni...tapi tunggu jelah klu panjang umur...betapa nnti kita perlukan 3 unsur ni bergabung menjadi satu...pemimpin yg ilmu agama tinggi, ada kuasa menteri dan bijak berpolitik...

P/s: Happi besday to me...

Thursday, January 28, 2010

Perihal Rambut

Blog ini mmg banyak membincangkan tentang isu rambut...namun kali ini ia akan membincang isu rambut tapi bukan dari segi aurat rambut perempuan sahaja...entri kali ini akan mengulas sedikit tentang fesyen rambut menurut Islam...

Pertama sekali adalah bagi golongan lelaki...perlu diketahui bahawa adalah haram hukumnya bagi lelaki membotakkan sebahagian dari rambutnya...kerana Nabi sendiri pernah melarang seorang lelaki, dengan alasan perbuatan itu adalah perbuatan org zaman jahiliyah...so, klu nak botakkan kepala, kenalah botakkan seluruh kepala...bukannya buat macam stail ronaldo pemain bola sepak brazil, bukannya stail punk atau trojan dan sebagainya...begitu juga lelaki yg menyimpan rambut panjang seperti perempuan, yg jika dilihat dari belakang, seolah2 mcm rambut perempuan, hukumnya adalah haram kerana haram lelaki menyerupai perempuan...jika nak buat juga atas alasan fesyen, maka org itu telah membelakangkan perintah nabi sendiri...kat akhirat nnti, sebenarnya dalam kubur pun dah kena andainya jika xsempat nak taubat sebelum mati...

Yang kedua adalah rambut perempuan...berkenaan bab skala kepanjangan rambut perempuan, jika panjang melebihi bahu, hukumnya sunat kerana mengikut rambut para isteri2 nabi yg diriwayatkan membuka sanggul ketika hendak mandi...so klu ada sanggul tu, pastilah panjang melebihi bahu kan? Jika rambut panjang mencecah bahu, hukumnya adalah harus, jika pendek kurang dari paras bahu, hukumnya adalah makruh...dan jika pendek seolah2 rambut lelaki, yg mana jika org tgk, rambut perempuan tu pendek macam rambut lelaki, maka adalah haram hukumnya, bukan kerana haram tayang rambut, tapi juga haram kerana haram hukumnya perempuan menyerupai lelaki..andai kata perempuan rambut pendek seperti lelaki tadi bertudung, ia terlepas dari dosa membuka aurat, tapi dosa kerana menyerupai lelaki itu tetap ada...

P/s: Islam ni agama yg syumul dan menyeluruh...setiap perkara mesti ada rujukan dalam agama..cuma atas usaha kita lah nak rujuk kepada agama atau nak memandai2...

Wednesday, January 27, 2010

Boleh ke berkabung?

Sebelum tu nak jelaskan disini...ini bukan fatwa aku suka2 buat..tapi bende ni dah lama aku dengar...pasal hukum2 berkabung, bagi yg xtau berkabung tu ape...berkabung ni adalah ritual atau perlakuan yg menunjukkan kita berasa sedih atas kematian seseorang...tapi dalam konteks malaysia...biasanya berkabung atas pemergian raja atau sultan atau agong...persoalan yg timbul ialah adakah agama Islam mmbenarkan umatnya berkabung?

Jawabnya mmg ada...tapi untuk perempuan yg kematian suami sahaja...berkabung selama 4 bulan 10 hari...itu pun tidak dinamakan berkabung, sebaliknya dinamakan iddah..iaitu tempoh masa yg ditetapkan dimana perempuan itu tidak dibenarkan keluar dikhalayak ramai utk berseronok seolah2 tiada ape2 yg berlaku...perempuan itu dikehendaki berada dirumah sahaja..melainkan perlu keluar kerana mencari rezeki, tapi xboleh melebihi batas...sebaik sahaja lepas 4 bulan 10 hari tu..bulehla menjalani kehidupan seperti biasa...

Persoalan yg timbul adalah berkabung di negara ini terutamanya bagi meratapi pemergian sultan, raja atau agong...biasanya ada dibuat lilitan di songkok, bendera separuh tiang, kena pakai tudung tertentu, lilitan di lengan dan sebagainya...setahu aku yg mengenakan lilitan pada pakaian yg dipakai demi niat berkabung itu adalah haram kerana meniru perlakuan agama lain...

Persoalan lagi kenapa kena buat juga klu haram...masalahnya disini adalah kerana ulama2 bukan menteri yg berkuasa mutlak...lainla ulama tu perdana menteri...org kat sini xpandang pun pendapat ulama2 dalam soal2 mcm ni...soal berkabung, soal patung atau tugu dan sebagainya...meskipun difatwakan haram, tapi tiada tindakan yg dilakukan utk pelaksanaannya...

Justeru xheranla jika melihat ramai org2 islam, pekerja2 kerajaan terutamanya dikehendaki memakai songkok hitam yg ada lilitan putih kat tengah utk menunjukkan berkabung atas kematian(org dah mati dah xde pangkat) sultan raja agong...nak kata jahil ke atau takut diberi amaran ke ape ke tak tahulah aku...tapi setakat ape yg aku tahu...mmg haram berkabung dengan cara itu...

"BARANGSIAPA YG MENGIKUT CARA SATU KAUM ITU, MAKA IA TERMASUK DALAM KAUM ITU"

jika kita meniru berkabung ala2 nasrani dengan melilit kain pada pakaian, nauzubillah, kita ni telah termasuk dalam golongan nasrani...walaupun kita xberniat nak masuk nasrani...tapi pasal kita ikut cara mereka, yg telah dilarang oleh syara'...maka termasuklah dalam golongan nasrani...apakah agama islam ni lemah sehingga terpaksa ikut agama lain...klu betul pun nak bersedih atas pemergian raja...sedekahkan la al Fatihah ke ape...bukan dengan melilit kain pada pakaian sebagai tanda berkabung...terus terang nak ikut agama lain...

P/s: Umat akhir zaman ni mmg mcm tu...nabi dah bagitau...org kafir masuk lubang biawak pun, org islam akan ikut...org islam sendiri xmau ikut cara islam...huhu...

Wednesday, January 20, 2010

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Lepas ni sila berhati2 jika nak cari pasal dengan org yg melakukan solat fardu subuh secara berjemaah...org yg sentiasa solat subuh berjemaah maksud aku...

Ini kerana barang siapa yg melakukan kezaliman atau penganiayaan kepada golongan ini...maka kezaliman atau penganiayaan atau kejahatan atau kecelakaan tu akan berbalik kepada siapa yg menzalimi itu tadi...

Sesuai dengan hadis nabi yg maksudnya lebih kurang camtulah...jika buat jahat pada org yg sentiasa solat subuh berjemaah, maka kejahatan itu akan berbalik pada diri sendiri...Selari dengan kisah selepas zaman khalifah islam iaitu hajaj yg sebelum bunuh org, dia tanya dulu solat subuh tadi dekat mana...jika kat masjid, maka dia xbunuh...takut nnti dia pun dibunuh org...

P/s: Ada byk sangat kelebihan solat subuh berjemaah ni...tapi yg ni aku paling senang nak igt...hehe...

Tuesday, January 19, 2010

Kecantikan Perempuan

Tajuk kali ni pasal kecantikan perempuan...bukan kerana aku buang tebiat nak tukar genre blog aku ni kearah blog kecantikan perempuan, tapi aku nak sentuh sikit pasal ape yg aku dengar bulan lepas...pasal perempuan ni cantik dimata lelaki, cantik disini maksudnya lelaki tgk dengan perasaan bernafsu, xkiralah besar atau kecil...tapi ape yg penting adalah perempuan tu, jika lalu sorang2 kat tempat sunyi...mmg cari nahasla..huhu...

Ada banyak faktor yg menyebabkan perempuan itu cantik dimata lelaki...antaranya mekap, pakaian, bentuk badan, haruman, dan sebagainyalah...xperlu nak terang satu persatu...nnti xsampai point sebenar yg aku nak kongsi disini...sebelum tu nak bagi contoh...

Kalau sebelum kawin, isteri kita(aku belum kawin) tu mmg nak menggiurkan, seksi, anggun, cantik jelita, vogue de vass dan segala mcm perkataan yg buleh menggambarkan bahawa kita tertarik dengan kecantikan dia...bukan saje kecantikan malah sume aspeklah kata org...asyik rindu je nak jupe(org bercinta tahulah bende ni)...pendek kata mmg menawan hati sentiasa...tapi bila dah kwin...perasan tu akan hilang atau mula luntur....

Ape yg aku nk ckp disini adalah bukan kerana perempuan tu xpandai nak jaga diri seperti sebelum kawin, walaupun ada kes mcm tu, tapi yg sebenarnya berlaku adalah tiada lagi hasutan yg membisikkan ke telinga dan hati lelaki itu utk mengagumi isterinya seperti mana ia sangat dambakan isterinya sebelum berkahwin...kerana ape? kerana sebelum kawin, syaitan akan hasut agar si lelaki ini xsenang duduk jika xdpt lihat, bercakap, dating, dengan pempuan yg belum dikahwini itu...syaitan akan hasut agar berlakunya perkara2 yg buleh mengakibatkan kearah maksiat...

Point yg amat penting yg aku nk nyatakan disini ialah, antara sebab perempuan itu cantik dihadapan lelaki adalah kerana syaitan akan "menempel" pada perempuan itu agar perempuan itu kelihatan menggoda...walaupun perempuan itu xcantik mana pun, pakaian pun xseksi mana, tapi sebab syaitan2 akan menghiaskan perempuan itu agar mana2 lelaki yg tgk akan tergoda...

Nabi Muhammad juga pernah mengalami situasi ini dimana pada suatu hari ketika Nabi keluar rumah, Baginda terserempak dengan perempuan yg cantik dan menggoda...ape yg Nabi buat adalah, lekas2 patah balik kerumah dan mendatangi isteri baginda...ia bagi mengawal nafsu akibat melihat perempuan cantik yg mgkin telah dihiaskan oleh syaitan tadi...Nabi seterusnya mengatakan bahawa ape yg ada pada perempuan itu juga ada pada isteri kita, jadi jgn terpedaya dengan tipu daya syaitan....

Persoalan timbul bila kita yg belum kawin, camne nak kwal nafsu ni?huhu...antaranya adalah dengan berpuasa dan mengelakkan diri dari melihat perkara2 yg boleh membangkitkan nafsu syahwat...

Entri ni bukan nak menyuruh perempuan agar tidak berhias langsung, tapi klu nak berhias, berhiaslah utk suami, pasal haram isteri berhias utk org lain...perempuan2 yg belum kawin tu, jgnla berhias lebih2...cukuplah sekadar xnmpak jelik dimata org yg melihat..tapi jika mekap tebal, wangi semerbak, pakaian nipis, jarang, ketat dan seksi...maka harapnya dapat bertaubat sebelum mati...huhu...

Tentu sekali anda tidak mahu dapat suami yg tertarik pada kecantikan anda sahaja...so, pandai2lah pikir sendiri...jgn sampai kita nmpak cantik dimata lelaki kerana syaitan2 telah menempel dibadan hingga lelaki yg melihat xsenang duduk...pasal tu islam suruh tutup aurat dengan sempurna..agar dapat menjaga kehormatan dan membendung niat jahat lelaki...

P/s: Sebaik2 penyeri wajah adalah solat yg sempurna dan wuduk yg sempurna...Wallahua'lam...

Friday, January 15, 2010

Kaitan Solat Dengan Rupa

Pada hari jumaat yg berbahgia dan sejuk ni...aku nak kongsi sket pasal ilmu yg aku dengar beberapa hari lepas...iaitu pasal solat..kata penceramah tu..solat itu adalah nur atau cahaya..so katanya lagi sape yg banyak melakukan solat maka mukanya akan turut mempunyai cahaya atau dalam erti kata lain atau dalam bahasa yg mudah...muka ada seri...hehe...

Bersambung lagi..tadi aku xberapa selesa nak menulis pasal ada org kat sebelah duk jeling2 je...

Dah lama aku dengar pasal muka org yg selalu bersolat ni, akan ada seri atau "cahaya keimanan"...walaupun kulit mukanya gelap, tapi seri tu xkan hilang...masyaALLAH, sampai macam tu sekali kan? kat dunia pun kita dah buleh nampak...

Tapi org sekarang ni senang je nak tau sape yg solat byk, ia dinilai dengan tanda hitam kat dahi, tanda kuat sujudla katakan...ada yg ada sampai dua tanda hitam, ada yg satu je...tapi klu ikut pengalaman akula...xsume yg bertanda hitam kat dahi tu mukanya ada seri..

Ada kes pasal parut kemalangan...buleh juga kot2 dia solat tu nak menunjuk2..tu yg kurang seri mukanya...tapi klu nak banding dengan ahli maksiat tu mmg jauhla beza...mekap tebal mcmna pun xde serinya..

Org2 tua agak pandai dalam menilai seri wajah ni...ia bukan seri kerana mekap atau hiasan tapi seri pasal banyak amalan...muka aku ni jauhla dari seri tu...seriau tu adalah kot...huhu...

Org yg muka seri pasal banyak solat ni xsama dengan seri pasal pakai susuk...nak kata cantik tu bukan, tapi bila tgk aje muka dia, kita tahu dia ni org baik...tenang je tgk muka dia...so, pasni cubalah tgk mmber2 yg solat xtinggal tu...cuba perhati baik2 muka dia..pasti ada kelainan...tapi klu jenis solat nak menunjuk2 tu..aku xtahulah...pasal hati ni tuhan je yg tahu...

Nak tambah info lagi sket...kita ni rajin2la berwuduk, klu buleh setiap masa berwuduk...xjadi salah jika kita ambil wuduk dalam keadaan kita masih ada wuduk...malahan kita akan ditambah dengan 10 kebaikan lagi...kelebihan berwuduk dengan sempurna ni terlalu bnyak...antaranya dapat menaikkan seri muka...dapat menghindari syaitan dan sebagainya...

P/s: xperlu nak berbelanja besar nak cantikkan muka, klu muka cantik tapi xde seri, xde nur, xguna juga...cukupla dgn kita berwuduk dengan sempurna...insyaALLAH akan ada keberkatannya...jgnla ada yg sanggup mensyirikkan ALLAH semata2 nak cantik dimata manusia dengan menggunakan sihir, susuk, pelesit dan sebagainya...kerana ia menyebabkan kita hina dan hodoh dihadapan ALLAH...

Monday, January 11, 2010

Iddah Bagi Lelaki?

Assalamualaikum sume bagi yg sudi mengklik ke blog ni...dah lama benor aku xupdate pasal aku dah xde komputer dah internet sejak beberapa lama...dikesempatan yg ada ni aku nak kongsi sketla pasal ilmu yg aku igt2 lupa ni...

Cerita bermula ketika aku berseloroh dengan mak aku...tiba2 dia ada sebut pasal idah lelaki...sebelum ni aku tahu lelaki mmg ada idah@iddah@eddah@edah...iddah ni adalah tempoh yg perlu dilepasi oleh lelaki sebelum dibenarkan berkahwin sekali lagi dalam keadaan tertentu iaitu jika lelaki itu ingin mengahwini iparnya atas alasan lelaki itu bercerai hidup dengan bekas isterinya dan bukannya sebab kematian isterinya ...lelaki yg mahu berkahwin dengan kakak atau adik perempuan bekas isterinya perlu menunggu tarikh iddah tamat iaitu perlu menunggu hingga bekas isterinya suci haid 3 kali...

Iddah yg kedua ialah apabila lelaki yg mempunyai 4 org isteri, kemudian hendak menceraikan salah satu dari isterinya kerana lelaki itu hendak kahwin lagi..maka dia perlu menunggu bekas isterinya yg baru diceraikan itu suci 3x haid...barulah lelaki itu boleh mengahwini perempuan lain...

Ini kerana selagi belum habis tempoh iddah, ia seperti lelaki tadi masih lagi ada hak keatas bekas isterinya dan buleh dirujuk bila2 masa...so untuk pastikan perkara tidak diingini berlaku...lelaki telah dikenakan tempoh menunggu atau dalam bahasa mudahnya iddah...

P/s: agak mengelirukan pada mulanya tapi sila dapatkan penjelasan pakar...pasti hilang kekeliruan itu...hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...