Rakan Seperjuangan

Monday, November 23, 2009

Awas Kepada 3 Golongan Ini

Dah lama nak tulis pasal ni, sekarang baru ada peluang...Ia berkenaan 3 golongan yg mula2 sekali disoal di hadapan ALLAH di akhirat kelak...golongan yg dimaksudkan itu adalah golongan org yg mati syahid, org yg mengaji/mengajar Quran, dan org yg belajar/mengajar agama...

Seperti yg umum semua tahu, 3 golongan ini adalah org2 yg mmg terbaik dari perspektif Islam, namun begitu, bukan semua dari 3 golongan ini yg akan masuk syurga...ini kerana, ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu yg tersurat mahupun tersirat.

Golongan pertama adalah org yg mati syahid pada pandangan masyarakat...bila disoal di depan ALLAH, org ini mengaku mati demi berjuang di jalan ALLAH, namun ALLAH S.W.T yg maha mengetahui akan segala sesuatu akan mendedahkan bahawa ada golongan yg mati di medan perang ni bukannya mati syahid kerana niat mereka sebelum keluar perang adalah untuk menunjukkan keberanian dan bukannya demi agama ALLAH. Justeru kerana niatnya yg semata2 ingin menunjukkan keberanian atau niat lain yg bukannya utk mempertahankan Islam itu tidak akan diterima, menyebabkan mereka tidak termasuk dalam golongan org2 yg mati syahid.

Golongan Kedua adalah golongan yg belajar dan mengajar Quran, termasuklah mereka yg selalu membaca Quran ketika hidup. Golongan ini termasuk dalam golongan yg mula2 sekali ditanya oleh ALLAH, mereka menjawab bahawa ketika hidup, mereka selalu membaca, belajar dan mengajar Al Quran, justeru mereka harap akan mendapat ganjaran dari ALLAH...Namun begitu, ALLAH akan menempelak sesetengah dari golongan ini dengan mendedahkan bahawa ada antara mereka yg sengaja membaca Quran dengan suara yg kuat utk menunjuk2 agar dipuji org bahawa dia mempunyai suara yg sedap dan pandai membaca Quran. Niat yg tidak ikhlas demi ALLAH ini menyebabkan amalan itu tidak diterima...begitu juga org yg konon belajar dan mengajar Quran, yg mahu dilihat agar mereka ini adalah org2 yg baik, bukannya semata2 ikhlas kerana ALLAH.

Golongan Ketiga dan terakhir adalah golongan yg belajar dan mengajar ilmu agama semasa hidupnya...mereka ini termasuklah pelajar agama, ustaz2, pendakwah, guru2 dan seangkatan dengannya. Demi ALLAH yg maha mengetahui segala sesuatu, mereka ini akan ditanya dihadapan ALLAH dan mereka akan menjawab bahawa ketika hidup, mereka telah banyak belajar tentang ilmu agama dan telah banyak mengajar org lain tentang agama, justeru mereka mengharapkan agar ALLAH memberikan ganjaran yg setimpal dengan hasil usaha mereka. Namun begitu, ALLAH mendedahkan bahawa ada dikalangan mereka ini yg belajar dan mengajar ilmu agama agar dipandang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka ini hanya mahu dilihat sebagai org yg berilmu yg mampu mengajar ilmu agama, bukannya atas Islam yg sebenar.

Oleh yg demikian, sesuai dengan hadis, "Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat"...yg bermaksud amalan dan niat mesti selari, begitu juga niat dan amalan mesti selari...niat nak solat subuh tapi buat 4 rakaat, maka ia akan tertolak, begitu juga menunaikan solat subuh 2 rakaat tapi sebelum solat, tidak berniat, maka akan sia2 juga.

Awas juga golongan2 yg tidak menyedari bahawa mereka telah berlaku riak dalam beribadat ini...riak dalam erti kata, hanya dia yg tahu, hanya dia yg terbaik, hanya dia yg betul, hanya dia yg ikhlas dan sebagainya...riak ini adalah umpama virus dalam ibadat kita, kerana tanpa kita sedar, riak itu menyebabkan segala amalan kita tertolak. Sebagai contoh, kita bingkas bangun selepas solat jemaah utk bersolat sunat, tapi dalam hati asyik mengutuk org lain yg tidak melakukan solat sunat seperti kita.


P/s: Berhati2 agar kita tidak mudah terpedaya dengan hati kita, jika ada lintasan yg tidak baik, jgn dilayan kerana itu berpunca dari syaitan...contohnya ketika kita sedang baca Quran, jgn dilayan hati yg mengatakan bahawa "aku sorang je baca Quran, org lain tu xbaca pun, maka aku lebih baik dari mereka"...kita harus cepat2 melawan kata hati atau lintasan ini...yg menyebabkan amalan kita menjadi riak...Wallahua'lam...

Latarbelakang Pendidikanku

Ketika berumur 6 tahun(1989)= pra sekolah di PASTI(PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM) Seberang Marang, sekarang dikenali sebagai PASTI Fatimah Az Zahrah...kat sini aku diajar dengan byk doa2 seharian...(AKU DAPAT NO 2 DALAM KELAS AKU)

Umur 7 Tahun, Darjah Satu(1990)= Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Marang, tahun 1 Merah, Guru Kelas= Pn Norhashimah Bt Yong.
Umur 8 Tahun, Darjah Dua(1991)= Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Marang, tahun 2 Merah, Guru Kelas= Allahyarham En Nazri Abdullah, meninggal pada tahun 1997, jika xsilap.
Umur 9 Tahun, Darjah Tiga(1992)= Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Marang, tahun 3 Merah, Guru Kelas= Pn Masri Awang.
Umur 10 Tahun, Darjah Empat(1993)= Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Marang, tahun 4 Kuning(Kelas Pertama), Guru Kelas= Pn Salmie Mokhtar.
Umur 11 Tahun, Darjah Lima(1994)= Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Marang, tahun 5 Kuning(Kelas Pertama), Guru Kelas= En Mohd Nafi *Yusoff(*jika xsilap)
Umur 12 Tahun, Darjah Enam(1995)= Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Marang, tahun 6 Putih(Kelas Pertama), Guru Kelas= En Khasperi Muda.

(Penilaian kelas bermula bila aku masuk darjah 4, dimana aku terus dimasukkan dalam kelas pertama hingga aku tamat sekolah)

Umur 13 Tahun, Tingkatan Satu(1996), Sekolah Menengah Kebangsaan Marang, Tingkatan 1 Arif(Kelas Pertama, Aliran Agama), Guru Kelas= Pn Suraya Abd Kadir.
Umur 14 Tahun, Tingkatan Dua(1997), Sekolah Menengah Kebangsaan Marang, Tingkatan 2 Arif(Kelas Pertama, Aliran Agama), Guru Kelas= Pn Rosliza Abd Razak.
Umur 15 Tahun, Tingkatan Tiga(1998), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara(ditukar nama), Tingkatan 3 Arif(Kelas Pertama, Aliran Agama), Guru Kelas= En Harun Mohamad.
Umur 16 Tahun, Tingkatan Empat(1999), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Tingkatan 4 Amanah(Kelas Pertama, Aliran Sains Tulen), Guru Kelas= Pn Khatijah.
Umur 17 Tahun, Tingkatan Lima(2000), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Tingkatan 5 Amanah(Kelas Pertama, Aliran Sains Tulen), Guru Kelas= Pn Haminah Mahmood.

(Setelah habis SPM, aku menunggu tawaran dari universiti, tapi hampa, lalu aku meneruskan pelajaran di tingkatan enam)

Umur 18 Tahun, Tingkatan Enam Rendah(2001), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Tingkatan Enam Rendah 4 (Aliran Sains), Guru Kelas= Pn Norhasani Abd Rahman.
Umur 19 Tahun, Tingkatan Enam Atas(2002), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Tingkatan Enam Amanah 4 (Aliran Sains), Guru Kelas= Pn Norhasani Abd Rahman.

(Kerana keputusan STPM yg agak teruk dalam aliran sains, aku terpaksa mengulang STPM pada tahun 2003 dalam aliran sastera)


Berikut Adalah Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM aku...

Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), 1995:-
Bahasa Melayu Kefahaman= A
Bahasa Melayu Penulisan= A
Bahasa Inggeris= B
Matematik= B


Penilaian Menengah Rendah(PMR), 1998:-

Bahasa Melayu= A
Bahasa Inggeris= A
Bahasa Arab= B
Matematik= B
Sains= A
Sejarah= A
Geografi= A
Pendidikan Islam= A
Kemahiran Hidup Bersepadu= A


Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), 2000:-

Bahasa Melayu= 1A
Bahasa Inggeris= 3B
Sejarah= 4B
Pendidikan Islam= 2A
Matematik= 5C
Fizik= 5C
Kimia= 6C
Biologi= 5C
Matematik Tambahan= 8E
Prinsip Akaun= 7D


Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM), 2002:-

Pengajian AM= A
Ekonomi= D
Kimia= Lulus Sebahagian R
Matematik Tulen= Gagal


Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM), 2003:-

Pengajian AM= B+
Bahasa Melayu= A-
Ekonomi= B
Geografi= B-


Pada tahun 2004, aku berjaya diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia, kampus Bangi, ditawarkan jurusan PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, pada tahun 2007, aku berjaya menamatkan SARJANAMUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN,(BA HONS) PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, kepujian kelas dua bahagian bawah, (2nd Class Lower) dengan pointer hanya 2.97)

Pada Disember tahun 2007, aku diterima melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi, Jurusan Pengajian Bahasa Inggeris, kali ini ke peringkat Sarjana atau Master. Belum lagi menyiapkan tesis sarjana...InsyaALLAH...bulan Ogos 2010, aku akan menamatkan pelajaran.

P/s: Terasa mcm tulis resume pulak...hajat dihati nak tulis nama2 guru...tunggu jelah pada masa lain...hehe....

Sunday, November 22, 2009

Dunia Vs Neraka

Kali ni nak cerita pasal penghuni neraka...campur2 sumber dari Quran dan hadis...berdasarkan kuliyah Ustaz Azhar berdasarkan kitab agama...

Perlu kita tahu bahawa penghuni neraka itu, wajahnya semua hitam, mata buta/kelabu dan hilang akalnya...walaupun kat dunia kita ada kulit yg putih, mata yg celik dan sempurna akal(kerana terlalu sakit)...tetapi jika kita dimasukkan ke neraka, maka kita akan jadi hitam, buta dan xsempurna akal dan sentiasa menanggung kesakitan...

Perlu diketahui bahawa keadaan ini akan berterusan, dalam jangka masa yg sangat lama, jauh beza dengan masa kat dunia, so agak bodohla jika kita asyik fokuskan dunia dan mengabaikan akhirat...

Tidak hairan jika kat dunia kita berkulit gelap, tapi bila dibangkitkan di padang masyhar, kita menjadi cerah, putih dan berseri...kerana dengan amalan baik kita semasa didunia...

Keadaan fizikal ahli neraka ni, kepala sebesar kubah, badan sebesar bukit, rambut seperti ranting2 kayu, kulit ada 70 lapis, setiap lapisan kulit dilapisi oleh api neraka...kenapa besar, kenapa kulit banyak? ia kerana kulitlah yg buleh buat kita merasa sakit...klu badan makin besar, makin byk sakit, kulit banyak, lagi berganda2 sakitnya...ALLAH dan beri amaran tentang ini...tapi kenapa kita masih nak cari sakit...

Klu kat dunia, ada org larang agar jangan lalu kawasan tu kerana ada harimau, nescaya kita xkan lalu...tapi hairan bila kita tahu dasyhatnya keadaan neraka, kita selamba rock je tetap buat maksiat...ceritalah ape sekalipun tentang neraka dan keadaan ahli neraka...kita tetap xrasa ape2 kan?

Kat neraka ni, jika kita sabar mcmna pun, kita diam mcmna pun, seksaan tetap sama, xkan diringankan walau sedikit pun...kerana akhirat bukan tempat sabar, bukan tempat ibadat, bukan tempat sujud, menyesal mcmna pun tetap kena seksa jugak...rasakanla seksa yg berpanjangan, kerana masa singkat kita kat dunia, kita xmanfaatkan utk mentaati perintah ALLAH...kat akhirat ni, kita akan hidup selama2nya...klu kat neraka, maka akan deritalah selama2nya...klu masuk syurga, akan nikmat selama2nya...

Ahli neraka ni, dibekalkan dengan belenggu dan rantai...diperbuat dari api neraka, yg sekali kena badan, tinggal tulang je..habis hangus segala2 isi badan...dasyhat sekali kan? INI KISAH BENAR...seringan2 seksa kat neraka, bila diletakkan besi panas pada tumit, akan menggelegak/mendidih otak kita...yakinkan kita bahawa kita akan mendapat siksa yg paling ringan?

Dalam perut ahli neraka, ALLAH letakkan ular, dimana ular ni berbunyi seperti haiwan liar...dibekalkan juga dengan pemukul besi, yg sentiasa memukul kepala kita...serta diheret dengan rantai dengan muka menyembah tanah...diheret dengan muka, bygkanlah azabnya...muka diseret dalam neraka, neraka ni semuanya panas, semuanya api...

Penghuni neraka akan keluar air busuk dari rongga badan mereka dan terbuka aurat mereka...air paling busuk keluar dari kemaluan penzina, hingga ahli neraka lain tidak tahan baunya...sedangkan ahli neraka itu semuanya berbau busuk, tapi yg paling busuk keluar dari kemaluan penzina...bukan xde pakaian bagi penghuni neraka, tapi ia bukan pakaian seperti kat dunia, pakaian mereka dari TAR api neraka, tar kat dunia ni, cecair hitam yg buat jalan tu...Jauh sekali beza dengan penghuni syurga yg perhiasannya amat indah sekali...

Ketika dalam neraka, ramai ahli neraka insaf dan percaya kepada keesaan ALLAH...namun ketika itu...penyesalan dan xberi sebarang manfaat lagi...akhirat ini hanyalah tempat balasan...bukan tempat nak buat amal seperti kat dunia...kat akhirat, dah xde solat puasa zakat haji...dah xde halal haram...ianya adalah tempat balasan...sementara kita masih hidup kat dunia ni...sementara masih buleh buat amalan...manfaatkanlah ia sebaik mungkin...jgn kerana nak kejar kesenangan dunia, kita abaikan akhirat...

P/s: Sesungguhnya neraka itu adalah seburuk2 tempat balasan...

Sedikit Lagi Peringatan

Ini aku copy paste dari blog Ustaz Zamihan...tanpa rasa segan silu...hehe...

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu
Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

*************************************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie :

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'



Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.



Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.



Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :

Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".



Daripada Abu Hurairah dia berkata:


“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".

(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam.

P/s: ini bukan hasil penulisan aku..aku cuma right klik, copy, and paste...hehe...

Sedikit Peringatan

Kali ini aku nak menulis pasal peringatan khususnya utk aku dan sape2 yg turut mengikuti dan membaca blog aku ini secara sengaja atau tidak sengaja..samaada tergoogle atau teryahoo...terklik atau sengaja klik...

Dari dulu aku telah menegaskan bahawa aku bukannya mendapat didikan agama secara formal...ini bermakna aku tidak mempunyai guru agama yg formal, yg aku hadir kuliahnya hari2...yg aku buleh tanya soalan pada bila2 masa...aku hanya salah seorang pengguna internet yg menggunakan kemudahan ini utk mendownload kuliah2 dan membaca artikel2 dan juga berforum bg bertukar2 pendapat dan soalan...

Aku belum sampai tahap dimana aku buleh buat fatwa sendiri melainkan aku hanya menyatakan ape yg telah difatwakan atau diputuskan oleh ulamak2 terdahulu...walaupun aku jarang menyebut sumber2nya...tidak bermakna aku suka2 hati memutuskan sendiri hukum halal haram yg aku nyatakan dalam blog aku ni...

Jika dirasakan ape yg aku tulis ini bercanggah dengan Quran dan hadis...jangan segan silu nak tegur...kerana blog ini bukan buku...org buleh baca dan bagi komen on the spot...dan aku buleh dikatakan tiap2 hari memantau blog aku ni...jika ada soalan atau komen...aku akan terima dengan hati terbuka...

Ilmu aku belum cukup tinggi bagi aku memetik dalil dari Quran dan Hadis kemudiannya aku buat fatwa sendiri...aku bukannya ahli tafsir...cuma aku menggunakan kaedah yg paling selamat iaitu aku hanya menyatakan kembali ape yg ustaz2 nyatakan, yg telah dinyatakan oleh guru2 mereka dan telah dinyatakan oleh guru2 sebelum mereka...yg aku rasakan xsalah jika aku kategorikan sebagai ulamak...

Tak kuasa aku nak baca buku2 agama yg tebal dan baca tafsir Quran tanpa guru yg mursyid, pastu putuskan sendiri hukum pasal itu pasal ini...sekali lagi aku tegaskan bahawa aku hanya org awam, aku hanya pengguna, bukan pengeluar...ibaratnya aku cuma pengguna kereta, tapi aku xtahu mcmna nak buat kereta...aku hanya guna hukum yg telah ditetapkan oleh ulamak2 terdahulu, bukannya aku suka2 buat hukum sendiri..cuma bahasa je aku guna bahasa ikut suka hati aku...pasal aku rasa ianya cool dan catchy...

Dari segi bahasa pun orang dah buleh nilai bahawa aku bukannya lulusan agama yg formal...aku hanya ahli kaji bahasa je...tahu sket2 pasal ICT...pasal kebanyakan masa aku digunakan mengadap komputer...entah mcmna satu hari tu aku nekad nak dedikasikan blog aku bg menerangkan pasal agama...

Aku rasa tindakan aku sesuai kerana aku rasa kebanyakan org sekarang, termasuk aku sendiri...mmg suka mentakwil hukum ikut suka hati...tanpa terlebih dahulu merujuk pada yg betul2 pakar dan buleh bagi hujah dan sandaran dalil yg mantap...contohnya jika org tanya aku, apekah dalilnya kita kena baca bacaan tertentu ketika rukuk dan sujud?aku akui, mmg aku penah dengar dalil tu, tapi aku dah lupa...aku penah dengar hadis tu...tapi aku dah lupa...klu dulu, aku akan jawab, ianya ada dalam buku panduan solat...hehe...

Aku tidak mempunyai guru agama yg rasmi, melainkan jika guru pendidikan Islam masa sekolah dulu buleh dikira sebagai guru rasmi, maka sampai SPM sajelah aku mempunyai guru agama...dah masuk universiti, maka aku tidak lagi mempunyai guru rasmi...aku cuma mendengar kuliah yg disampaikan oleh ustaz2, itu pun bukan dalam semua bidang...bab kata org, aku ceduk situ sket, ceduk sana sket, dan kemudian aku tulis kat blog...betapa tidak akademiknya aku...

Namun begitu...niat aku hanya utk berkongsi ape yg aku tahu, kebanyakannya adalah berkisar tentang ape yg aku baru tahu...jauh sekali aku nak tunjuk hebat...jauh sekali nak menunjuk2...nak kata aku ni aliran fiqh, bukan, syariah, pun bukan, quran sunnah, pun bukan, usuluddin, pun bukan, tasawuf, pun bukan juga...aku ni cuma org awam...yg cuba mencari ilmu agama utk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik...

Kadang2 ada juga aku teremosi sket melihat masyarakat sekeliling yg nampaknya begitu mengambil mudah tentang agama islam...bagi mereka, agama ni suatu yg akan menimbulkan masalah jika dibincang secara terbuka...kalau boleh, biarlah xde sape yg mengingatkan mereka tentang agama..xde yg larang mereka bersosial bebas, tidak menutup aurat, xsolat, dan pelbagai maksiat lain...

Akhir kata, aku bukannya ustaz, juga bukan ulamak, juga bukan mufti(tahukah anda syarat nak jadi mufti adalah mampu menghafal sekurang2nya 400 000 hadis?), jelas disini bahawa aku xlayak nak fatwakan hukum sendiri...sebaliknya, aku cuma org awam yg mahu berkongsi tentang ape yang aku tahu...khususnya dalam hal2 agama...kerana aku yakin, ilmu aku xkan luak jika aku kongsi dengan org lain...cuma aku memerlukan komputer dan internet bagi meneruskan blog aku ni...setakat ini...blog aku dah mencecah 200 muka surat..aku pun kagum mcm mana aku mmpu taip sebanyak itu...itu tidak termasuk artikel yg aku copy paste...huhu...

P/s: Hidup kita seharian lebih mudah jika kita tahu pasal agama, bermula dari kita bangun tido sampailah kita tido balik pada malamnya...sume nabi ada ajarkan..betapa lengkapnya Islam ni...amat rugi jika kita mencari alternatif lain selain dari Islam, dan amat rugi jika kita merasakan alternatif itu lebih baik dari ape yg nabi telah ajarkan...

Wednesday, November 18, 2009

Hukum Sambut Halloween

Ketika malam sambutan halloween beberapa minggu yg lepas...aku igt lagi malam tu aku bersiar2 kat the curve damansara...tiba2 dekat2 midnite tu...time aku dah nak balik, ada sekumpulan manusia pakai tanduk merah kecik yg ada mentol lampu...ooo, hari halloween rupanya...oklah tu, lantak depa lah...bukan depa ni islam pun...

Beberapa hari lepas tu...aku duk sibuk menyelak dan menyelongkar facebook dan blog hiburan, aku nampak sesuatu yg menjengkelkan...rupa2nya ada org melayu islam kita yg sambut perayaan ni...siap pakai topeng hantu...pakai tanduk, conteng muka..buat jamuan makan2 lagi...atas alasan ape aku malas nak ambil tahu...maklumlah...org islam sekarang ni ikut je ape yg dibuat oleh org2 kafir...cuma belum sampai tahap kawin kat gereja je...lepas burung? ada, lalu bawah pedang? ada, kwin konsep taman? ada... pakai gaun ala kristian? ada...pendek kata,,,sume adalah...cuma xguna paderi je...jika dipandang dari jauh...xde beza majlis perkahwinan org islam dengan bukan islam...

Oklah...topik sebenar adalah pasal org islam sambut halloween...lantakla ejaan betul mcmna..ape aku peduli...yg pasti org islam yang sambut ni bodoh nak mampus...raya haji yang bercuti umum tu xde pulak nak sambut besar2an...tapi time halloween yang tidak bercuti ni sambut pulak...

Aku ada sediakan soalan kepada dua org ustaz yang terkenal di utube dan fesbuk...iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias...

*******************************************************************************
Soalan: Salam Sejahtera Pada Semua...

Soalan saya kali ini pasal org islam yg sambut halloween, pakai kostum yg ada tanduk setan, buat jamuan makan2...pakai topeng hantu...

Apekah ia sama dengan hukum sambut krismas? adakah ia islam plural atau liberal?

Harap ustaz sudi jawab, kerana ilmu saya belum cukup mantap...

Sekian, Terima Kaseh...

*********************************************************************************

Jawapan:

Ustaz Azhar= Perayaan ini berasal dari barat yang kristian dan ada padanya bercampur dengan mitos yang khurafat.

Hukum orang Islam turut merayakannya adalah haram dan bolih meosakkan aqidah.

Wajib pihak kerajaan mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan perayaan seperti ini yang kadangkala bolih menyebabkab syirik kerana ada padanya kepercayaan kepada syaitan.

Ustaz Kazim= Salam Hady83,
Helloween adalah adat bukan islam, adalah haram jika kita menyambutnya. Islam hanya islam, tidak ada liberal ataupun plural.

********************************************************************************

So, bagi mereka yg bagi alasan...bukan nak sambut mcm kita percaya...tapi sekadar suke2 je...well, mcmla islam ni koman sangat...sampai kena turut bersama raikan pesta agama lain...islam ada dua perayaan besar iaitu raya puasa dan raya haji...paling besar adalah raya haji...tapi umat islam sekarang anggap raya puasa lagi besar...ape nak buat...pemikiran terlalu moden...kat malaysia ni...setahun ada banyak perayaan...org islam kat sini pun turut memeriahkan semua perayaan ini...al maklumla masyarakat berbilang bangsa katakan...

Aku cuma nak pesan, hati2 lah...nnti xpasal2 gugur akidah baru tahu...xpayahla nak turut sambut deepavali ke krismas ke pesta gawai ke...buleh jatuh syirik tau...syirik tu dosa besar...klu nak cermat...nak warak...elakkan perkara2 ini...xperlu nak nak jatuhkan martabat agama kita...dah elok jadi manusia..tiba2 nak pakai tanduk, pakai taring, pakai topeng hantu...klu rasa nak pakai sampai mati pakailah...ini tidak..bila dah mati kena kafan elok2 juga...insafla sket...jgn terlalu bebas sangat...jgn sampai org pandang hina pada umat islam...

P/s: Raya haji bakal menjelma...ini perayaan paling besar bg umat islam...tapi cuma 3 hari saje...tidak lebih dari itu...hanya kerana kita xperlu puasa, xbermakna raya haji ni rendah tarafnya...ada peristiwa besar yg kita perlu igt sempena raya haji ni...

Sunday, November 15, 2009

Bidaah Kononnya...

Berdasarkan Ceramah Ustaz Kazim yg bertajuk Penjelasan bidaah....amalan2 yg konon dituduh sebagai bidaah...dia ada memperjelaskan sikit sebanyak...contohnya solat dilaut, xleh berdiri, wlaupun sihat, tapi xleh nak berdiri tegak, buleh solat duduk, bukan xperlu buat langsung...

ISLAM ITU MUDAH= Perkara sunat tu klu nak buat pun xsalah, buat pun bagus...bukan paksa org supaya jangan buat perkara sunat...mudah tu ada pilihan, nak buat atau xnak buat xde hal...klu dah paksa jgn buat, itu bukan mudah...

Bab Wirid Lepas Solat= Kitab Bukhari, hadis 3113, 3705, 5361, Muslim, 2727...menceritakan nabi berwirid lepas solat...

Terawih 20 rakaat= Hadis nabi ada sebut solat sunat malam tu, dua rakaat dua rakaat...

Tazkirah Ramadhan= Nabi mmg xpenah buat tazkirah, tapi dlm masa sekarang ni, tazkirah mesti berterusan pasal terlalu banyak kemungkaran terlalu banyak dari tazkirah...disko pun 24 jam, xkan tazkirah nak bagi peringatan kat org pun xleh?nape xpertikai dangdut dan disko?

Qunut= Nabi buat qunut bila ada musibah dan mudarat je...tetapi yg buat qunut pada subuh tiap2 pagi adalah Umar Al Khattab(nak kata Umar tu bidaah?)- ikutlah sunnah sahabat2 aku dengan gigi geraham(ikut bersungguh2)...xnanti nak kemarau baru nak qunut, Kes Nurin, Palestin, Selatan Thai, nak pakai tudung kena buang universiti, apekah itu bukan musibah? Qunut tu mintak hidayah...qunut nazilah mintak supaya dihancurkan musuh2 Islam...ape salah mintak hidayah tiap2 hari...

Selawat masa solat terawih= tiada sape yg buat semasa solat, yg selawat tu lepas solat...dah lepas solat ikut suka lah nak buat ape pun...yg bidaahnya lepas al fatihah, sebelum rukuk, baca selawat...bukan selawat sedang solat, selawat selepas solat...hikmah selawat=dpt bagi rehat pada imam, sambil mengisyaratkan jumlah rakaat, xnak bagi lagha dengan sembang atau buat perkara xberfaedah, so better selawat je...bende dah habis solat...nak buat xpe, nak buat sudah...yg jadi masalahnya bila menjerit2 time selawat...ADA X NAS YG MELARANG BUAT? jika xde yg melarang, maknanya harus...nape xpertikai org yg xnak selawat?

Terawih berjemaah= Nabi xpernah terawih berjemaah sepanjang Ramadhan...tapi tunjukkan hadis nabi melarang terawih berjemaah?

Azan Jumaat Dua kali= zaman nabi xbuat azan dua kali...ia mula dibuat pada zaman Usman...adakah Usman itu bidaah...

Rakaat Terawih= Nabi mmg buat 8 rakaat, silakan buat sebanyak mana mampu..Umar buat 20 rakaat..Usman buat 40 rakaat..adakah dua khalifah ni bidaah...kenapa nak pertikai org yg xpergi solat terawih langsung?

Bacaan doa yg kuat= dari mana datang hadis nabi berdoa jika nabi doa sorang2? nabi doa kuat, pasal tu org buleh dengar...xkan nabi begitu kedekut xmau org lain dengar ape doanya...

Talqin= Ada hadis, nabi bercakap dengan org dalam kubur, dan nabi berdoa pada org dalam kubur...klu camtu, mmg sah2 doa tu sampai...lagi satu talqin ni utk peringatan org2 yg masih hidup...yg sanak saudara datang dari jauh..iringi ke kubur...beri keinsafan pada yg yg hidup...harapkan nak dengar ceramah, bila lagi masyarakat nak dengar ceramah, kat kubur tu dah elok...org2 dari jauh balik iring ke kubur...

Tahlil= Apabila mati anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara...sila fahami, amalannya sahaja...amalan org lain yg hidup akan sampai pada simati...ape guna nabi doa mintak pengampunan org mati klu doa xsampai...ada hadis sahih nabi menyuruh dibacakan Quran pada org yg dah mati...pasal amalan org hidup masih diterima...nak sedekah pahala tentulah boleh...

Bab Qunut...4 mazhab xpenah kata qunut tu salah, xleh diamalkan...abeh tu yg mengatakan qunut ni bidaah atau sesat ni guna mazhab ape ye? 4 mazhab xtolak, tiba2 ada satu fahaman ckp qunut ni sesat...sape yg sesat? menimbulkan kekeliruan, seterusnya menimbulkan perpecahan...

ISLAM NI MUDAH...nak buat xsalah, xnak buat pun xsalah...contoh selawat selepas solat terawih, kena fahamkan masyarakat bahawa jangan anggap selawat lepas solat terawih tu wajib...bukan larang org daripada selawat...

P/s: muzik dalam masjid(bunyi hanset) xdianggap bidaah pulak...ish3...

Khilaf dan Adab

Krisis hujung tahun paling hangat...isu penangkapan seorang bekas mufti yg mengajar di sebuah negeri tanpa memperolehi tauliah dari jabatan agama negeri tersebut...dan isu ini berlarutan hingga ada org yg xtahu menahu pasal wahabi pun dah tahu ape itu fahaman wahabi...blog2 agama yg sebelum ni xterkenal pun dah mula jadi terkenal...maka semakin galakla para blogger2 termasuk aku ingin turut serta...setelah kesabaran aku hilang...

Aku mula tahu pasal wahabi pada pertengahan tahun 2007, itu pun secara xsengaja...ape yg aku tahu, fahaman ini tidak mahu pakai mana2 mazhab...mereka hanya mahu mengikut sunnah nabi dan al quran saje...jika ada amalan yg tidak ada sandaran pada hadis dan quran...mereka akan kata ianya bidaah=sesat=neraka...

Aku xambil port pasal ni, pasal aku pikir, cuma org bodoh dan terdesak je buleh terpengaruh...dan org yg terpengaruh tu pun mmg orang2 yg betul2 cermat, pasal nak ikut ape yg jelas dalam quran dan sunnah..dan ianya mmg bagus...cukuplah dengan tahap ilmu agama aku yg hidup segan mati xmahu pada ketika itu...lagipun aku bukannya ambil peduli pasal perkara2 sunat ni...pasal aku malas...xde masa nak buat sunat2 ni...lagi ringkas lagi bagus...

Tapi sejak pintu hati aku terbuka nak mendalami agama islam, persepsi aku mula berubah...tapi xdelah sampai nak kaji pasal wahabi ni...pasal byk lagi perkara2 penting yg aku rasa aku perlu tahu...bab2 khilaf ni aku kurang gemar nak bicarakan...pasal ilmu belum cukup...

Berbalik pada topik diatas...isu wahabi mmg dah jadi perkara yg bermain dalam kepala aku tiap2 hari sejak kebelakangan ini...aku bukan nak tuduh wahabi ni sesat ke ape...dan mereka ni marah jika org ckp mereka ni wahabi...yeah, whatever, ular menyusur akar xkan hilang bisanya...aku xtuduh mereka ni sesat...tapi kurang adab...ibarat samsengla kot...

Baru aku tahu mereka ni bahasa mmg kurang ajar, mmg xde adab, aku igt aku dah lazer...tapi depa lagi lazer, lazer2 aku pun bab perkara wajib...tapi lazer depa ni dalam perkara khilaf...depa ni xmarah kita nak amalkan khilaf, tapi depa ni perli jika kita nak buat...alasan mereka, Quran dan hadis sahih dan cukup...xperlu lagi nak tambah amalan lain yg belum pasti kesahihannya, amalan yg jika dikaji pada zaman ni, ternyata bukan dari ajaran nabi, xde dalam hadis, xdisebut dalam Quran...

Amalan Qunut, tahlil, bacaan yasin, talqin dan sebagainya...yg menjadi khilaf dan telahpun dibahaskan oleh ulamak2 terdahulu, dan telah selesai pun sebenarnya...tapi puak2 belah sana(wahabi) ni tolak terus...depa kata, sape yg buat sume tu adalah bidaah...setiap bidaah tu sesat...yg sesat tu sume pegi neraka...

Bagi pendapat aku, orang2 belah sana ni saje nak tunjuk depa ni paling hebat, depa nilah yg sudi mengikut quran dan sunnah dengan sepenuhnya...depa nilah yg paling sayangkan nabi, pasal tu ape yg nabi xbuat, nabi xcakap, depa xkan buat...klu kita kata terpulangla pada kita nak buat atau tidak...depa akan melenting marah...dan kita akan dianggap sesat...kerana buat ape yg nabi xbuat...kerana kita buat ape yg tidak disebutkan dalam quran...

Xpaham aku dengan orang belah sana ni...dan jika diajak berhujah pun...hujah2 kita akan diSAMPAHkan...bodoh xleh nak ajar, cerdik xleh nak ikut...bawakla mai sejuta hujah pun...depa tetap dengan pendirian mereka...setakat ni...mereka mmg bertuah, kerana segala amalan mereka, sumenya ada dalil dan hujah yg kuat...pasal tu depa ni jadi kurang ajar sket...pasal depa anggap diri depa je yg betul...yg lain sume sesat, pasal mengada2kan ape yg nabi xbuat...

Bukan senang nak hurai kat sini satu persatu...bazir masa aku je...aku nak ambil contoh mudah...mazhab lain pun ada xbuat qunut, iaitu Hambali dan Hanafi...tapi dua mazhab ni, xpenah nak tuduh mazhab yg buat qunut, iaitu Syafiee dan Maliki ni sesat...

Tapi tiba2 muncul puak2 fahaman wahabi ni ckp buat qunut tu sesat...dan perlekeh dan perli org yg buat qunut...seolah2 jatuh haram jika baca qunut...seolah2 xsah solat jika baca qunut...dan aku percaya, org yg xmengaji je anggap qunut tu wajib...yg jadi salahnya jika kita anggap qunut tu wajib...lagipun qunut ni ada sandaran hadis, walaupun xsekuat hadis hasan sahih...kerana sanad hadis qunut ni, namanya aku dah lupa, dia ni masa hidupnya, org ckp dia ni xkuat ingatannya...tapi dia ni masih lagi sahabat nabi..dia ni solat dibelakang nabi, dan sempat bersama2 4 khalifah selepas nabi...jadi...amalan qunut ni bukannya bersandar pada hadis palsu...

Aku xnak peningkan org dengan huraian2 hadis...pasal ilmu aku belum cukup hebat nak explain kat org...nnti tersalah, kena serang dengan puak2 belah sana...tapi ada peringkat dimana hadis dhaif(lemah) itu dinaik taraf apabila ada banyak hadis2 sahih lain yg menyokong hadis dhaif itu...part ni mmg korang kena tanya org yg aliran hadis...

Sesama2 4 mazhab pun ada byk perkara khilaf, tapi belum pernah lagi antara 4 mazhab yg dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah ni mengutuk2 sesama sendiri...mazhab hambali kat mekah yg xbaca qunut pun xpenah nak labelkan mazhab syafiee dan maliki sesat kerana buat qunut...begitu juga sebaliknya...tiba2 ada satu fahaman yg mengutuk dengan keras dan kurang ajar dan dengan penuh kebiadaban terhadap mereka yg nak buat qunut...

Kat sini aku cuma nak rujuk pasal qunut je dulu...tapi perlu diketahui bahawa ada banyak lagi perkara lain yg menyebabkan org belah sana berkurang ajar dengan kita...senang je nak cakap...org belah sana kena ajar ilmu adab...klu ye pun nak nasihat org...gunakan cara yg berhemah sket...lainla klu dalam perkara2 wajib...contohnya mengutuk atau mencerca org yg kata solat tu xwajib...atau org yg kata arak tu xharam...tapi klu dalam bab2 khilaf pun nak guna pendekatan yg keras...maka ini adalah lebih sesat...nabi xde pun ajar mcm tu...

Dalam kes zikir kuat dan zikir perlahan, dimana Umar memilih utk berzikir dengan kuat, manakala Abu Bakar memilih utk berzikir secara perlahan...nabi melihat perkara ni...dan memanggil kedua2nya dan bertanya...Umar menjelaskan, dia berzikir kuat kerana nak halau syaitan dan xmau org sekeliling mengantuk...Abu Bakar menjelaskan dia berzikir perlahan kerana ALLAH bukan pekak, ALLAH maha mendengar...nabi cakap, kedua2nya adalah betul...sumenya atas niat...jika niat dalam hati xnak baca qunut, pasal nak tunjuk dialah yg paling alim, paling warak...pun xkena juga pasal dah jadi riak...takabbur dan sebagainya...

Ilmu yg tinggi menggunung xde mendatangkan faedah jika xde adab...ibarat guru yg sering kata bodoh kat pelajar2nya...maka guru itu xkan dihormati..malah dibenci...so org belah sana...hargailah ilmu yg kamu ada...sila jaga ia dengan adab yg baik...kerana setakat ni belum pernah aku jumpe org belah sana yg baik adabnya...sumenya nak SAMPAHkan hujah org...sumenya membodohkan org...gaya tulis pun dah tahu...asyik duk ulang hujah yg sama je...naik jemu aku...org dah beribu2 kali jelaskan pun xnak ambil peduli...masih teguh dengan pendirian "mereka je betul, yg lain sume salah, sesat, bidaah".

Bagi geng2 aku, tolong jangan bazir masa dan tenaga duk melayan org2 belah sana...xpayahla nak sibuk berdebat sape betul sape salah dalam perkara2 khilaf ni...org bodoh jahil je yg duk pertikai bende2 camni...byk lagi perkara lain yg bukan khilaf seperti tutup aurat, baik diluar rumah, atau dalam laman web sosial...ianya wajib, tapi xde sape pun nak ambil peduli...duk sibuk berbalah pasal perkara2 sunat je reti...zina, seks sejenis, dan sebagainya dibiarkan saje...berjayalah musuh2 Islam menyesatkan kita...Palestin diserang, rakyatnya dibunuh saban hari, xde pulak kita nak ambil kisah...duk sibuk berbalah dalam perkara sunat je sampai hilang ukhwah sesama Islam...

P/s:Bukankah satu tindakan yg bodoh jika dua pihak yg mengaku nak daulatkan Islam bergaduh dan bertelagah dalam perkara sunat?Dah xde perkara lain nak dibincangkan? seperti isu murtad, buang anak, dan riba yg semakin berleluasa sekarang ni...

Friday, November 13, 2009

Jangan Benci Orang Alim

Sempena pagi Jumaat yg berbahagia ini, jam menunjukkan pukul 5 pagi...aku telah memutuskan utk update blog setelah sekian lama aku xmenulis panjang2...kali ni berkaitan dengan ceramah agama yg aku donlod dari laman web Ustaz Kazim Elias....bagi yg tidak tahu....beliau menubuhkan sebuah sekolah yg termasuk dalamnya sekolah pondok moden dan juga maahad tahfiz....yg dinamakan sebagai AL BARAKAH...

Antara kandungan kuliyah dia yg sempat aku dengar petang semalam adalah berkenaan dengan sikap masyarakat sekarang yg nampaknya semakin tidak senang dengan kehadiran alim ulamak ditempat kita, samaada di kejiranan atau kampung kita...contoh diberikan amat mudah, kita rasa segan nak panggil pemuzik2 sempena nak raikan kenduri2 kita, contohnya nak jemput kugiran waktu nak sambut hari jadi anak dan sebagainya...xlupa juga diberikan contoh org kita yg xsuka jika jiran kita adalah org alim, kerana org kita sekarang ni malas nak pakai tudung, dalam hati pasti akan dikutuk org alim jika keluar xpakai tudung...

justeru kita lebih aman jika jiran kita tu bukan org alim, kerana kita akan lebih bebas nak buat ape saje...maklumlah jika ada org alim ni...rasa kurang selesa nak buat itu ini, nak karaoke kat rumah pun xleh...nak buat parti kat rumah pun xleh...maklumlah org alim xmacam org kebanyakan, org alim ni majoriti akan tegur jika kita buat suatu yg menyalahi hukum syarak...

aku dulu masa first degree pun mengelak dari mmber aku yg kuat pegangan agama...pasal aku time tu masih jahil sangat, aku igt lagi bila aku pikir, aku xkan boleh berkelakuan sewenang2 jika teman sebilik aku ni org yg kuat agama, pasti tiap2 jam aku kena nasihat dan ceramah free...

Tapi sekarang aku dah xmacam tu lagi...aku dah berubah byk sejak dua tahun lepas...hehe...

Ape yg aku nak tekankan disini adalah kita tidak sepatutnya membenci org alim disekeliling kita...kerana mereka ini adalah rahmat kepada kita...samaada mereka itu alim nak menunjuk2 atau tidak..itu soal hati...hanya ALLAH je yg tahu hati ni...malaikat pencatat amalan pun xtau ape yg tersirat dalam hati...so kita janganla terlalu mudah menuduh org alim...

Orang2 alim ni sememangnya adalah rahmat kepada kita semua, kerana telah dijamin keturunan2 org alim ni akan dilindungi oleh malaikat...ini termasuk keluarga, anak cucu cicit dan juga jiran tetangga....semua akan dilindungi oleh malaikat...Ustaz Kazim ada memberi contoh tentang ulamak2 dahulu yg mempunyai ramai isteri...tapi bukan berpuluh2 isteri sekaligus...tapi ada ulamak2 yg kawin 4 sekaligus, pastu cerai...pastu kawin lagi...hingga ada yg pernah berkahwin seramai 80 org isteri...

Ini adalah kerana perempuan2 pada zaman itu mahukan zuriat yg berketurunan alim ulamak...ini kerana, ada hadis yg mengatakan bahawa zuriat dari org alim akan dilindungi dan dijaga dan diberkati oleh ALLAH dan para malaikat hingga anak cucu...tapi jika pada zaman ini...agak mustahil benda ni akan berlaku...pasal kita semakin hari semakin jauh dari nilai2 dan penghayatan islam...malaslah nak ulas panjang2..jika org cerdik, xperlu nak hurai panjang2...melainkan org jahil..bg seribu hujah pun masih belum terima...sat lagi adalah yg persoal anak isteri nabi pun masuk neraka...anak org alim pun berzina dan buat jenayah...lantakla nak pikir ape...klu hati dah gelap, xmaunya nak terima perkara kebaikan...nasihat dikatakan leteran...hehe...

Kita patut bersyukur jika kat tempat kita ada org alim...kerana mereka ni buleh dirujuk jika ada masalah yg berkaitan dengan agama...maybe kadar jenayah yg meningkat ditempat kita berpunca dari kurangnya org alim...maka kawasan kejiranan kita tidak lagi dilindungi oleh malaikat...kita nak biarkan anak2 kita bermain kat luar rumah pun bimbang...dengan meningkatnya kes culik...cabul dan sebagainya...xkira mangsa...kanak2 pun jadi mangsa...dah ternyata undang2 buatan manusia tidak mampu nak membendung jenayah...tapi lantaklah...sendiri buat sendiri tanggung...

Akhir kata...sama2 kita buang sikap memandang serong pada org2 alim...berhentilah sikap memuja2 artis dan atlet2 sukan...org alim ni xperlu puja...sekadar hormat dahla...dengar pandangan mereka...mintak nasihat dari mereka...buang sikap buruk sangka pada mereka...jgn pikir dunia je...akhirat nanti sume nak kepada agama...xpayah nak tunggu akhirat...nnti dah nak mati pun dah mula panggil jemaah2 surau dan masjid mintak tolong bacakan yasin...sedangkan masa sihat...mereka inilah yg kita nak elakkan...tapi bila kita dah nak mati...kita harapkan depa datang umah kita bacakan yasin...depa nilah yg mandikan dan kafankan kita...uruskan jenazah kita...buatkan tahlil utk kita...

Kenapa xpanggil artis2 yg poster mereka memenuhi ruang bilik kita je datang baca yasin, atau nyanyikan lagu utk kita waktu kita sedang sakaratul maut?

Panggil je atlet2 pujaan kita buat majlis tahlil utk kita...panggil je kawan2 kita uruskan jenazah kita...xperlu nak susahkan jemaah surau dan masjid...kerana pada masa hidup...xpernah kita nak jejakkan kaki kat surau atau masjid...

P/s: better aku stop sebelum aku terlalu emo....

Friday, November 6, 2009

Cara Mengenali Golongan Wahabi

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikan terhadap sistem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dan lain-lain.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dan lain-lain.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dan lain-lain.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dan lain-lain.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.


P/s: Wahabi ni xdelah bahaya mcm Syiah tu...cuma golongan mereka ni agak kurang asam dan kurang ajar, mcm nakkk tunjuk merekalah yg paling hebat, merekalah yg paling dekat dengan ajaran nabi...hehe...fahaman baru ni begitu mudah sekali diikuti oleh mereka yg mahu jalan pintas mendekati agama...

Monday, November 2, 2009

Mahkota Murahan, rambut perempuan Islam.

Tajuk kali ini dah jadi kebiasaan dalam blog aku ni..seolah2 tidak lengkap jika aku xsentuh pasal isu rambut perempuan, yg dikatakan sebagai mahkota wanita itu...haha...

Perempuan sememangnya mengambil mudah soal rambut depa ni...bukan depa xtau itu adalah aurat, berdosa jika tayang, tapi depa ni dah biasa sangat dedah rambut...dah mmg xde rasa bersalah atau segan silu dah pun...depa ni ikut suka je, klu rasa nak tutup depa tutup, xnak tutup depa bukak...

Aku bercakap tentang wanita islam yg mengaku ALLAH tu tuhan mereka, bukan perempuan yg menganut agama lain atau perempuan yg nama sahaja islam tapi islam pada nama sahaja...

Tidakkah merasa pelik jika kita g bazaar ramadhan, ramai perempuan pergi membeli juadah dengan rambut terdedah, dah tentu mereka ni sanggup berpuasa dan menahan lapar, tapi bab perintah menutup aurat depa ni xmau ikut pulak...ikut suka hati depa je, lainla jika ada turun perintah tutup rambut tu sunat...setahu aku setakat ni, yg ada cuma wajib, belum ada sunat lagi...

Tidakkah merasa pelik jika perempuan2 islam ni sanggup pergi ke salun2 yg dikendalikan oleh org bukan islam, sedangkan haram hukumnya perempuan bukan islam melihat rambut wanita islam, lihat saja dah haram, inikan pula pegang2 rambut wanita islam...dahla ada sesetengah salun tu dikendalikan oleh lelaki bukan islam...nmpaknya begitu murah sekali mahkota wanita islam ni ye...

Tidakkah merasa pelik dengan bangganya menayangkan gambar rambut dilaman2 web sosial yg buleh ditonton oleh satu dunia...Dekat profil tu tulis agama islam, tapi tanpa segan silu tayang rambut...adakah ini langkah terdesak? perempuan ni pikir xde lelaki yg nak kat mereka jika mereka pakai tudung?

Tidakkah merasa pelik, perlu mengenakan telekung jika nak berhadapan dengan tuhan yg tidak bernafsu, tetapi pakai pakaian seksi dan ketat dan mendedahkan rambut bila dikhalayak lelaki yg umum tahu ada mcm2 jenis nafsu, nafsu rimau, buaya dan sebagainya...

Tidakkah merasa pelik bila ditegur agar pakai tudung, maka org yg menegur itu dianggap sebagai busybody atau telah mengkhianati kebebasan wanita...

P/s: ada banyak lagi yg bakal menyusul, so tunggu jela...hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...