Rakan Seperjuangan

Monday, November 23, 2009

Awas Kepada 3 Golongan Ini

Dah lama nak tulis pasal ni, sekarang baru ada peluang...Ia berkenaan 3 golongan yg mula2 sekali disoal di hadapan ALLAH di akhirat kelak...golongan yg dimaksudkan itu adalah golongan org yg mati syahid, org yg mengaji/mengajar Quran, dan org yg belajar/mengajar agama...

Seperti yg umum semua tahu, 3 golongan ini adalah org2 yg mmg terbaik dari perspektif Islam, namun begitu, bukan semua dari 3 golongan ini yg akan masuk syurga...ini kerana, ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu yg tersurat mahupun tersirat.

Golongan pertama adalah org yg mati syahid pada pandangan masyarakat...bila disoal di depan ALLAH, org ini mengaku mati demi berjuang di jalan ALLAH, namun ALLAH S.W.T yg maha mengetahui akan segala sesuatu akan mendedahkan bahawa ada golongan yg mati di medan perang ni bukannya mati syahid kerana niat mereka sebelum keluar perang adalah untuk menunjukkan keberanian dan bukannya demi agama ALLAH. Justeru kerana niatnya yg semata2 ingin menunjukkan keberanian atau niat lain yg bukannya utk mempertahankan Islam itu tidak akan diterima, menyebabkan mereka tidak termasuk dalam golongan org2 yg mati syahid.

Golongan Kedua adalah golongan yg belajar dan mengajar Quran, termasuklah mereka yg selalu membaca Quran ketika hidup. Golongan ini termasuk dalam golongan yg mula2 sekali ditanya oleh ALLAH, mereka menjawab bahawa ketika hidup, mereka selalu membaca, belajar dan mengajar Al Quran, justeru mereka harap akan mendapat ganjaran dari ALLAH...Namun begitu, ALLAH akan menempelak sesetengah dari golongan ini dengan mendedahkan bahawa ada antara mereka yg sengaja membaca Quran dengan suara yg kuat utk menunjuk2 agar dipuji org bahawa dia mempunyai suara yg sedap dan pandai membaca Quran. Niat yg tidak ikhlas demi ALLAH ini menyebabkan amalan itu tidak diterima...begitu juga org yg konon belajar dan mengajar Quran, yg mahu dilihat agar mereka ini adalah org2 yg baik, bukannya semata2 ikhlas kerana ALLAH.

Golongan Ketiga dan terakhir adalah golongan yg belajar dan mengajar ilmu agama semasa hidupnya...mereka ini termasuklah pelajar agama, ustaz2, pendakwah, guru2 dan seangkatan dengannya. Demi ALLAH yg maha mengetahui segala sesuatu, mereka ini akan ditanya dihadapan ALLAH dan mereka akan menjawab bahawa ketika hidup, mereka telah banyak belajar tentang ilmu agama dan telah banyak mengajar org lain tentang agama, justeru mereka mengharapkan agar ALLAH memberikan ganjaran yg setimpal dengan hasil usaha mereka. Namun begitu, ALLAH mendedahkan bahawa ada dikalangan mereka ini yg belajar dan mengajar ilmu agama agar dipandang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka ini hanya mahu dilihat sebagai org yg berilmu yg mampu mengajar ilmu agama, bukannya atas Islam yg sebenar.

Oleh yg demikian, sesuai dengan hadis, "Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat"...yg bermaksud amalan dan niat mesti selari, begitu juga niat dan amalan mesti selari...niat nak solat subuh tapi buat 4 rakaat, maka ia akan tertolak, begitu juga menunaikan solat subuh 2 rakaat tapi sebelum solat, tidak berniat, maka akan sia2 juga.

Awas juga golongan2 yg tidak menyedari bahawa mereka telah berlaku riak dalam beribadat ini...riak dalam erti kata, hanya dia yg tahu, hanya dia yg terbaik, hanya dia yg betul, hanya dia yg ikhlas dan sebagainya...riak ini adalah umpama virus dalam ibadat kita, kerana tanpa kita sedar, riak itu menyebabkan segala amalan kita tertolak. Sebagai contoh, kita bingkas bangun selepas solat jemaah utk bersolat sunat, tapi dalam hati asyik mengutuk org lain yg tidak melakukan solat sunat seperti kita.


P/s: Berhati2 agar kita tidak mudah terpedaya dengan hati kita, jika ada lintasan yg tidak baik, jgn dilayan kerana itu berpunca dari syaitan...contohnya ketika kita sedang baca Quran, jgn dilayan hati yg mengatakan bahawa "aku sorang je baca Quran, org lain tu xbaca pun, maka aku lebih baik dari mereka"...kita harus cepat2 melawan kata hati atau lintasan ini...yg menyebabkan amalan kita menjadi riak...Wallahua'lam...

1 comment:

Nurul said...

entry menarik..sy nak share cket kt cni..

‎10 sifat hati ahli neraka (dihurai oleh Imam Al-Ghazali dalam Bidayatul Hidayah, Minhajul Abidin dan Ihya Ulumiddin serta Tanbihul Ghafilin) ;
1. Ujub
2. Riak
3. Takbur
4. Dengki
5. Hasad
6. Cemburu
7. Dendam
8. Pemarah
9. Thulul-amal(tunda buat baik/taubat)
10. Sum’ah

Sia-sialah amalan jika dilakukan kerana riak..ia memakan semua amal yg diperbuat..benda ni sgt halus,coz tak nampak oleh mata kasar..selalulah bermohon kpd Allah utk berlindung dari syaitan kerana syaitan sering membuat perkara dosa itu indah di mata manusia..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...