Rakan Seperjuangan

Saturday, August 8, 2009

Fidyah Dan Puasa Ganti

Dari ceramah ustaz Mohamad Irwan

Bermula dari persoalan Haid=paling pendek sehari semalam, paling panjang 15 hari, kebiasaan 7 hari

Haid teratur(perempuan dara)= jika haid mmg tetap 7 hari, maka kena pegang 23 hari suci, darah yg keluar selepas dari 7 hari tu adalah darah penyakit, bukan haid.

Haid xteratur(biasanya perempuan dah berkahwin)= haid xmenentu, ada 7 hari, ada 8 hari, ada 9 hari. maka kena pegang hari yg maksimum(15 hari). andai kata 7 hari keluar haid, hari ke 8 hingga ke 12 suci, tapi hari ke 13 keluar darah, maka ia dikira sebagai darah haid, bukan penyakit.

Persoalan wiladah=darah yg mengiringi kelahiran(semasa kelahiran), berlaku pada masa kelahiran

Persoalan nifas=darah yg keluar selepas bersalin=paling pendek sehari semalam, paling panjang 60 hari, kebiasaan 40 hari

Haram puasa ketika haid, wiladah dan nifas..

Puasa ketika mengandung atau menyusukan anak= wajib puasa tapi harus(tidak salah) berbuka.

Jika berbuka kerana fikirkan diri= hanya wajib ganti puasa, xwajib fidyah.
Jika berbuka kerana fikirkan anak= wajib ganti dan bayar fidyah.

Kadar Fidyah= sehari tinggal puasa= secupak beras.
_________________________________________________________________________________

Golongan 1: yg tinggal puasa bulan ramadhan tapi xwajib ganti atau fidyah=mereka yg meninggal pada bulan ramadhan pada tahun itu juga atau meninggal pada satu syawal tahun itu..

Golongan 2: yg tinggal puasa bulan ramadhan dan wajib ganti puasa sahaja tanpa perlu byr fidyah= mereka yg sempat ganti puasa yg ditinggalkan sebelum masuk tahun lain.

Golongan 3: yg tinggal puasa bulan ramadhan dan wajib ganti puasa dan wajib bayar fidyah=perempuan mengandung yg tinggal puasa atau perempuan menyusu yg tinggal puasa ramadhan kerana risaukan keselamatan anak.

_________________________________________________________________________________

Contoh 1: tinggal puasa 10 hari tapi tidak ganti sehingga tahun berikutnya=kena ganti puasa 10 hari dan wajib bayar fidyah 10 cupak beras.

Contoh 2: tinggal puasa 10 hari pada tahun 2000 tapi masih belum ganti sehingga sekarang(tahun 2009)= wajib ganti puasa 10 hari, tapi fidyah ada sebanyak 80 cupak beras (gandaan 8 tahun) kerana tahun pertama masih tidak dikenakan fidyah.syaratnya tidak melebihi ramadhan tahun 2009..jika lebih maka wajib bayar 90 cupak beras tapi puasa tetap sama iaitu 10 hari.

Contoh 3: tinggal puasa 30 hari sewaktu berumur 20 tahun, tapi sudah ganti puasa semasa berumur 30 tahun, tapi fidyah belum dibayar hingga ke hari ini..umur dah 40 tahun= xperlu ganti puasa lagi, tapi fidyah dikira selama 9 tahun(tahun pertama fidyah belum dikenakan), bermakna 180 cupak beras.puasa dah ganti, cuma fidyah belum bayar.

YANG BERGANDA CUMA BERAS, BUKAN BILANGAN HARI...
FIDYAH TIDAK LAGI DIKIRA SELEPAS PUASA DIGANTI...
SELAGI BELUM GANTI PUASA, FIDYAH BERGANDA...
GANTI PUASA ADALAH WAJIB, FIDYAH PUN WAJIB DIBAYAR..

Contoh 4: tinggal puasa 10 hari kerana risaukan kesihatan anak(bg ibu mengandung atau menyusu)=wajib ganti puasa 10 hari puasa dan fidyah 10 cupak beras.

Contoh 5: tinggal puasa 10 hari (bg ibu mengandung) bukan kerana risaukan anak tapi risaukan diri sendiri =wajib ganti puasa 10 hari puasa dan xperlu byr fidyah.

Contoh 6: ibu mengandung tinggal puasa 10 hari pertama ramadhan kerana risaukan anak. melahirkan pada 11 ramadhan dan terpaksa tinggal puasa kerana nifas= 30 hari tinggal puasa. maka wajib ganti puasa 30 hari dan bayar 10 cupak beras. andai masih tidak ganti puasa pada tahun pertama hingga sampai tahun kedua, maka jumlah fidyah menjadi 40 cupak, kerana asal fidyah 10 cupak digandakan menjadi 20 cupak(tinggal puasa kerana anak). manakala 20 cupak lagi kerana xganti puasa 20 hari kerana nifas. tahun pertama wajib bayar 10 cupak sahaja, tinggal puasa kerana nifas tidak dikenakan fidyah. andai dah masuk tahun seterusnya, puasa belum ganti, maka 10 cupak menjadi 20 cupak(tinggal puasa kerana anak) dan tambahan 20 cupak kerana tidak ganti puasa akibat bersalin(20 hari). andai suami tolong membayar fidyah sahaja pada tahun itu sebanyak 40 cupak, tapi isteri belum ganti puasa, maka tahun seterusnya isteri kena ganti puasa 30 hari dan fidyah 30 cupak beras.
(Contoh 6 ni paling rumit)

____________________________________________________________________________________


FIDYAH BOLEH GANTI DARI BERAS KEPADA DUIT.

AMBIL KADAR SEGANTANG BERAS DIBAHAGI DENGAN EMPAT

KAEDAH PALING MUDAH = AMBIL KADAR ZAKAT NEGERI DIBAHAGI DENGAN EMPAT, tapi kurang afdal kerana kadar beras xsama dgn individu...jika makan beras mahal, maka kadar fidyah lebih tinggi..

LAFAZ BAYAR FIDYAH GUNA DUIT:

PEMBAYAR: "BISMILLAHIRAHMAANIRRAHIM, INI DUIT BAGI MENGGANTIKAN BERAS, BAGI MENGGUGURKAN FIDYAH PUASA YANG WAJIB YANG TERTUNGGAK KE ATAS (nama pembayar contohnya si fulan bin si fulan)BAGI TAHUN INI/BAGI YANG KEBELAKANG INI/BAGI YANG SEBELUMNYA/BAGI YANG TERTUNGGAK KERANA ALLAH TAALA, AKU SEDEKAHKAN DIKAU"

PENERIMA: "AKU TERIMA AKAN IA"

(akad untuk meyakinkan dihati semata-mata)


P/s: memang susah juga part2 mengira ni...kesimpulan, jgn suke2 tinggal puasa dan jgn tangguh2 ganti puasa..

2 comments:

Anonymous said...

Maaf , tapi bukankah 270 cupak beras fidyah yang perlu dibayar. 30 * 9 =270

Hady83 said...

Terima kasih kerana menegur...ralat tak disengajakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...