Rakan Seperjuangan

Wednesday, August 12, 2009

Siri Israk Mikraj 2

Assalamualaikum...
Disini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda tentang apa yang saye peroleh ketika mendengar syarahan agama bersempena Isra’ Mikraj lalu. Ade la seorang kawan yg menyuruh saye share disini..(hady83 aka admin)..

Peristiwa Isra’ Mikraj dimana Nabi Muhammad saw naik ke langit, bertemu JIbrail dan memohon kepada Allah sehingga solat yang wajib umat Islam tunaikan menjadi lima waktu sehari dari jumlah asalnye sebanyak 50 waktu..bayangkanlah jika kita disuruh menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari sedangkan solat lima waktu pun adakalanya kita tertinggal juga..Nabi Muhammad melakukan ini adalah untuk memberi kesenangan kepada umatnya juga diseluruh dunia..

Berbalik kepada syarahan agama tersebut, ketika nabi dalam perjalanan naik ke langit, terdapat seorang perempuan tua yang menegurnya dan bertanya kemana baginda hendak pergi..lalu nabi tidak melayan pertanyaan dan meneruskan perjalanannya..tetapi Nabi sempat memandang kearahnya dan melihat wanita tersebut mamakai perhiasan emas yang banyak lalu baginda bertanya kepada Jibrail mengenai wanita tersebut.. Jibrail pun berkata bahawa wanita itu adalah seorang yang begitu cintakan dunia dan sayang untuk tinggalkannya..maknanya disini, Jibrail menyamakan ia dengan perhiasan yang dipakainya, dimana kehidupan sehariannya adalah semata-mata kerana dunia dan tidak kerana bekalan akhirat kelak.

Kupasan syarahan agama tersebut adalah mengenai wanita..bagaimana mereka boleh masuk syurga..dan apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT. Kaum wanita adalah kaum yang mudah untuk masuk syurga akan tetapi banyak juga yang masuk neraka.

Antara yang boleh membuatkan seorang wanita dijanjikan syurga oleh Allah SWT adalah:

1) Berbuat baik kepada anak-anak yatim
2) Berbuat baik kepada orang miskin
3) Menjaga solat
4) Menjaga aurat
5) Menjadi isteri solehah

Tetapi Allah swt juga menguji hambanya melalui dua perkara iaitu kemuliaan dan kenikmatan.. apa yang diperkatakan dengan perkara tersebut adalah melalui amalan kita seharian..Adakah kita bangga akannya? Kemuliaan yang ada dalam diri kita, adakah kita akan merasa bangga dengannya atau pun sentiasa merendah diri..Apabila seseorang memuji kita, apakah perasaan kita? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh diri kita sendiri. Begitu juga dengan kenikmatan dalam mencari rezeki..jika kita mempunyai harta yang banyak, adakah kita akan mengeluarkan zakat keatasnya..
Inilah yang dikatakan sayangkan dunia..apabila seseorang itu mula lupa akan kewujudan Allah swt..melebih-lebihkan dunia walhal dunia adalah kediaman sementara sahaja sementara menunggu akhirat kelak...
Diharap apa yang disampaikan dapat memberi satu pengajaran kepada kita semua..selamat membaca..

hady83 aka admin ok ke? Too short or too long...well that’s all..bye

ARTIKEL INI DISUMBANGKAN OLEH RAKAN SEPERJUANGANKU MERANGKAP CO WRITER BLOG NI = NASMA.


P/s: kita ni duk main sambut je israk mikraj tapi bila ditanya tentang israk mikraj, kita hanya boleh jawab pasal kewajipan solat dan nabi dinaikkan kelangit...tapi kita seolah2 xmahu mengambil pengajaran darinya...malang sungguh bagi umat islam akhir zaman..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...