Rakan Seperjuangan

Thursday, October 29, 2009

Hati-hati: 10 Golongan Yg Tak Diterima Solatnya

Aku bukan nak berlagak tuhan disini...cuma nak kongsi bersama salah satu dari hadis nabi yg mengatakan terdapat 10 golongan yg jika dia solat, maka ALLAH xkan terima solatnya...perlu diingatkan bahawa nabi adalah pesuruh ALLAH...bukan nabi suka2 cakap ikut sedap mulut dia...yg cakap sedap mulut tu aku...tanpa berlengah...ini dia 10 Golongan Yang dimaksudkan itu

1. ORANG YANG SOLAT SENDIRIAN TANPA MEMBACA AL FATIHAH :-
Kerana Al Fatihah adalah rukun solat, dalam mazhab lain, ada yg berpendapat, jika solat berjemaah, maka imam akan tanggung, maka makmum xperlu baca al fatihah, tapi dalam mazhab syafiee, kita perlu baca al fatihah, sama ada sendirian atau berjemaah...pas ni jangan memandai2 xnak baca al fatihah time solat, dengan alasan susah nak hafal atau sebagainya...


2. ORANG YANG TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT :-
Solat membezakan antara islam dan musyrik, manakala zakat pula membezakan antara beriman dengan munafik, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, sia solat jika xmau mengeluarkan zakat apabila telah cukup nisabnya...


3. ORANG YANG MENJADI IMAM(PEMIMPIN) PADA SUATU KAUM SEDANGKAN KAUM ITU MEMBENCINYA:-
Oleh yg demikian, berhati2 memilih pemimpin dan hati2 jika nak jadi pemimpin...jika orang bawahan kita xsuka pada kita, maka solat kita xditerima...tapi jgn pula org xsuke pemimpin itu kerana pemimpin itu adalah pemimpin yg adil...xguna juga jika pemimpin itu zalim namun org suke dia jadi pemimpin...

4. HAMBA YANG MELARIKAN DIRI DARI TUANNYA :-
Jika hamba melarikan diri dari tuannya, maka amalannya xkan diterima selagi ia tidak kembali pada tuannya...islam tidak pernah memansuhkan sistem hamba, kena paham baik2, hamba dari sudut islam adalah bagi menghapuskan ego pada manusia, agar ia kembali pada islam..lazimnya hamba yg menganut islam akan dimerdekakan...akan terjadi pada akhir zaman nnti apabila Islam yg diketuai oleh Nabi Isa dan Imam Mahdi berperang dengan org2 kafir, Islam akan menang, dah org2 Islam akan memperolehi ramai hamba2 dari kalangan bukan Islam, diceritakan bahawa seorang tentera ada yg mempunyai hamba seramai 200 org, yg terdiri dari perempuan2 rom dan parsi...


5. PEMINUM KHAMAR(ARAK) ATAU PEMABUK :-
Setitik arak jika masuk dalam badan, maka 40 hari xditerima ibadat, bayangkan jika seteguk, segelas dan sebotol...arak merupakan induk kepada kejahatan, seperti cerita yg berlaku kepada ahli ibadat dari bani israel yg mati dalam kafir, hanya kerana mula meminum arak, pastu berzina, dan bunuh org...

6. WANITA YANG TIDUR MALAM MEMBUAT SUAMINYA MARAH :-
Ada hadis menyebut, jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia, maka akan disuruh isteri sujud pada suami, begitulah tingginya kedudukan suami, jadi jika isteri buat suami marah, tidak hairanlah ALLAH menolak amalan isteri tersebut...

7. WANITA MERDEKA TANPA MEMAKAI TELEKUNG YANG SEMPURNA :-
Wanita merdeka ni adalah wanita yg bukan hamba kepada sesiapa, maka jika terkeluar rambutnya walaupun seurat rambut, maka batal solatnya...ALLAH tidak bernafsu, tapi nak mengadap ALLAH, diperintahkan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, apatah lagi berhadapan dengan lelaki yg bernafsu yg bermacam2...tapi org sekarang xmahu memahami hikmah disebaliknya...

8. ORANG YANG MEMAKAN RIBA :-
Pemakan riba akan berenang dalam lautan darah di padang mashsyar, diisythtiharkan perang oleh ALLAH, dan ada hadis menyebut, akan dibangkitkan dipadang mahsyhar dalam bentuk anjing dan babi...riba ni ada lebih 70 jenis, dosa riba yg paling kecil adalah seperti berzina dengan ibubapa sendiri...so hati2 dengan riba, nabi dah pesan pada akhir zaman, sume akan terlibat dengan riba, klu xterlibat secara langsung, debu2 riba pun kena...umum tahu bahawa sistem perbankan konvensional mmg mengamalkan riba...so, pandai2lah ye...bukan yg makan je...yg terlibat dengan riba pun termasuk sekali...kerani2, akauntan2...heheh...

9. PEMIMPIN YANG MENYELEWENG DAN DERHAKA PADA ALLAH :-
Tidak diterima solat pemimpin yg derhaka kepada ALLAH...tidak mahu mengikut perintah ALLAH...balasannya diletakkan didasar neraka Jahannam, digoyangkan diatas titian sirat, dan kekal di neraka Jahannam selama 50 ribu tahun...bukan tahun dunia, tapi tahun akhirat...

10. ORANG YANG SOLATNYA TIDAK MENCEGAH IA DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN :-
Tanda solat tidak diterima adalah, kita xdpt mengelakkan diri dari melakukan kemungkaran, ini kerana, solat sepatutnya mendekatkan diri dengan ALLAH, bukan menyebabkan kita jauh dari ALLAH, jika kita ni solat, tapi masih lagi melakukan perkara mungkar dan maksiat, masih lagi berdegil xmahu mengikut islam, itu adalah tanda solat kita tidak diterima...

P/s: Penting utk kita tahu, amalan pertama dihitung adalah solat, jika solat kita xditerima, maka sia2lah amalan2 lain, jgn terkejut apabila kita dibangkit dengan amalan yg kosong, kerana kita tidak menjaga solat kita...amalan2 lain tidak dapat membantu kita, kena paham betul2 apa maksud solat itu tiang agama...derma satu billion sekalipun, jika tidak pernah solat, tidak jaga solat hingga menyebabkan solat xditerima...maka pahala derma itu akan tersekat dari dihitung...Wallahua'lam...jgn tunggu dah tua baru nak taubat, berubahla dari sekarang...

Wednesday, October 28, 2009

Bodoh xboleh nak ajar, Cerdik xleh nak ikut

Ibubapa aku suka sangat menggunakan ungkapan ini...tahukah anda ape maksudnya? Ataupun dalam konteks realiti masyarakat akhir zaman ni, JAHIL xleh nak bimbing, ALIM xleh nak ikut...Miskin xleh nak tolong, kaya xleh nak tumpang...

Tulisan aku ni aku tujukan kepada sesiapa sahaja termasuk aku sendiri, tajuk kali ini agak sempoi, tapi bagi sesetengah org, baca tajuk sahaja dah rasa meluap2 nak marah...bukan ape, itulah padahnya jika merasakan diri ini selalu betul, diri ini lebih baik dari orang lain...pendek kata, bodoh sombong, dahla bodoh, sombong pulak tu...mana tidaknya...langsung xmau dengar pandangan org, sedangkan yg menegur tu, majoritinya bermotifkan utk membimbing, bak kata org, marah kerna sayang, sayang anak tangan2kan...sayang murid rotan2kan...hehe..dahla xde masa aku nak mengajar bahasa melayu kat sini...

Manusia ni xkira siapa, bila dah sampai satu tahap tu, maka dia akan berubah, tahap dimana dia sudah tidak boleh menerima kritikan atau teguran dari org lain, apatah lagi dari org yg xsealiran pendapat, atau tidak sebulu dengan mereka...aku selalu berharap agar aku tidak termasuk dalam golongan ini...mujurla ada member2 rapat yg sedar dan cuba mengembalikan aku ke peringkat normal...

Sebagai contoh, aku rasa macam tercabar bila org yg aku anggap lebih jahil dari aku dapat memberikan hujah yg bernas terutamanya dalam soal2 hukum hakam agama...time tulah aku rasa aku ni dah melampau melebihi batasan, hanya kerana aku selalu dengar ceramah xbermakna aku lebih alim dari depa...tapi aku xpenah nak melayan lintasan hati yang mengatakan aku ni hendak menunjuk2...itu adalah lintasan syaitan yg xperlu dilayan..jika dilayan, xbertambahla pengetahuan aku...klu dengar ceramah pastu nak kongsi dengan org tu dianggap menunjuk2, maka semakin lama semakin jahil lah aku...jadi lintasan sebegitu xperlu layan...

Aku dah mula nak mengarut ni, maksud sebenar tajuk diatas adalah berkenaan sesetengah org yg tidak mahu mendengar nasihat atau tunjuk ajar org lain...walaupun org tu lebih pakar dari dia...dan bila dia mengeluarkan pendapat atau melakukan sesuatu, ia amat mengelirukan dan boleh sampai kepada tahap menyesatkan jika diikuti...bodoh xleh nak ajar, cerdik xleh nak ikut...org macam ni adalah hampeh atau tidak berguna jika dia tidak berubah...teguran org tidak memberi sebarang makna, dia tetap dengan cara dia yg xbetul itu...xkiralah dalam konteks ape sekalipun...

Dalam konteks agama, aku bagi contoh, katakan ada seorang ni yg kita tahu dari segi tindak tanduk, percakapan dan gaya pemikiran dia, dia masih jahil dalam hukum hakam agama, tapi bila ada org nak nasihat dia, dia langsung xmau terima dan diberinya macam2 alasan seperti, bila tahu banyak, lagi byk dosa, klu xtahu, maka kurang sikit dosa...so xleh nak belajar ilmu agama banyak2, pasal xberdosa jika kita wat suatu perkara dosa yg kita xtahu itu dosa...ataupun alasan, kubur lain2, tuhan maha pengampun, pintu taubat masih terbuka, nak taubat bila dah tua dan sebagainya...hanya org2 jahil sahaja yg bercakap dengan nada seperti itu...tapi bila kita nak nasihat dia kearah kebaikan, dia kata kita ni menunjuk2, xde guna tuhan buat neraka jika xde org duduk, dan sebagainya...

Mereka ni sememangnya jahil dalam bab2 agama, tapi mereka ni mmg CERDIK dalam mmberi pelbagai alasan yg bagi mereka, alasan itu adalah cukup bernas, padahal alasan2 mereka itu adalah sesat dan jahil dan tidak boleh diikuti sama sekali...sekarang ni alasan paling popular ialah, sebelum nak nasihat org, cerminkan diri dulu, entah dari mana datangnya alasan yg amat popular ini...kalau macam tu, biarkan saja maksiat berlaku depan mata, kerana kita xleh nak nasihat org, pasal diri sendiri pun xsempurna...biarkan saje lelaki lain heret anak perempuan atau adik perempuan kita, kita xleh nak marah pasal kita pun masa muda2 penah heret perempuan jugak...klu mcmnilah sikap umat islam akhir zaman, maka xheranlah umat islam makin hari makin ditindas...Quran dan sunnah dipermain2kan...dan byk lagilah...

Pendek kata, lebih mudah nak bagi peringatan pada org yg betul2 jahil berbanding mereka yg berilmu tapi sesat...sesat dalam erti kata xmahu menerima dengan memberikan pelbagai alasan...contohnya dalam isu kegemaran aku iaitu rambut wanita...

Jika kita ckp pada org yg baru nak tahu hukum hakam islam, kita ckpla rambut ni aurat, perlu ditutup kerana itu adalah perintah ALLAH...tapi bagi yg berilmu tapi sesat ni, depa akan jawab, perempuan bertudung pun ada yg mengandung anak luar nikah, ditangkap khalwat dan sebagainya...bertudung ni adalah penyekat kebebasan wanita, bertudung ni merosakkan rambut, bertudung menyukarkan kerja2 seharian, dan mcm2 alasan yg kalau kita dengar, makin sakit hati...maklumlah kita ni bukan nabi, tinggi mana sangat tahap kesabaran kan?

Sekarang ni trend baru, nak bertudung ni ikut suka hati bapak tiri laki mak dia je...klu dia rasa nak bertudung dia pakai, klu xnak pakai, dia xpakai...ada pulak jenis bengong yg kat luar bertudung tapi dalam laman2 web sosial seperti frenster, fesbuk, myspace dan sebagainya, dia letak gambar2 dia yg seksi2 dan xpakai tudung...tidak kah mereka tahu bahawa gambar mereka juga mempunyai aurat...maybe depa pikir zaman nabi, nabi xde gambar, video dan sebagainya...pasal tulah gambar2 mereka yg xtutup aurat ni tidak dikira berdosa....dey pergi mengaji lagila...terdesak sangat ke sampai terpaksa tayang rambut kat internet...baik tayang depan aku, ada jugak show free...ini kat luar elok je pakai tudung...

Mana ada lelaki yg xsuke tgk perempuan xpakai tudung, mana ada lelaki yg xsuke tengok perempuan pakai seksi...melainkan lelaki itu kurang normal atau lelaki songsang...tapi kita hidup ni ada peraturan, ALLAH tetapkan perempuan kena tutup rambut, pakai pakaian tutup aurat, jadi janganla berdegil dengan tuhan...kat dunia ni mungkin xjadi ape...tapi kat akhirat sure jadi ape2...malang lagi jika mati xsempat nak taubat...jika kita mengaku kita ni hamba ALLAH...maka taatilah perintah ALLAH...jangan nak memandai2 bantah...jadi kepada perempuan2 yg aku maksudkan dalam kategori bengong tu, silalah muhasabah diri ye...dah elok bertudung kat luar, nape nak dedah dalam internet pulak...bukankah itu hipokrit dan xikhlas...aku ni mcm xde modal lain ye...tiap2 bulan mesti sentuh pasal aurat perempuan...hehehe...

P/s: Jika aku rajin taip tesis sarjana aku sebagaimana aku taip kat blog ni...nescaya aku dah berjaya menyiapkan dua buah tesis...nnti aku hantar blog ni kat supervisor aku baru tahu....huhu...

Bekas Penuh dengan Bekas Kurang Penuh

Pernah dengar pasal perumpamaan dari org2 tua ni? Soryla, penulisan kali ini agak emo sket...aku pun manusia biasa...bagi sape yg xtahu tajuk entry kali ni..aku nak mengambil masa nak jelaskan sedikit...ia bermaksud jika ilmu kita dah cukup, kita memilih utk mendiamkan diri sahaja...yg jadi masalah tu jika ilmu kurang sempurna...kita akan mudah melenting...aku pun termasuk dalam golongan ni...cuba eksperimen sendiri dengan bekas berisi air...klu dah penuh, ia xkan berbunyi jika digoncang, tapi yg xpenuh tu, bila digoncang akan berbunyi...hehe...

Itu xkena ini xkena, itu xboleh ini xboleh...well aku amat menghargai sesiapa sahaja yg nak beri kritikan positif terhadap blog aku, baik dari segi gaya bahasa, layout dan sebagainya...pertama sekali adalah gaya bahasa, mmg aku pilih nak tulis macam ni pasal aku rasa cool...dan sememangnya kandungan dengan tajuk aku agar caca merba(berterabur)...pasal ape?pasal aku nak menarik golongan muda utk membaca, kerana aku rasa boring jika baca artikel macam bace novel atau baca paper...jadi pada siapa yg xsuke dgn cara aku...lantaklah...klu yg baca ni org2 muda, aku yakin depa buleh paham..

Gelinya hati aku bila ada org anggap aku taksub pada satu guru semata2...yg ni yg paling lawak sepanjang aku cuba menulis blog ni...sejak dari kecik, rumah aku xsunyi dari ceramah2 agama, mak ayah aku xpenah lekang dari beri "Ceramah free" kat aku, bermula dari zaman mendengar dan menadah, zaman kaset, zaman vcd hingga zaman internet ni...rumah aku xpenah sunyi dari itu...pasti ada saje ceramah free dari mak dan ayah aku...dan seperti aku, depa ni jarang nyatakan dalil..jika ada pun, aku mudah lupa...

Kat sekolah, aku paling suke subjek agama ni, pasal sume ustaz dan ustazah suke kat aku(bukan nak sombong tapi itu kenyataan)...maybe pasal nama aku kot...aku menumpang nama seorang tuan guru yg terkenal dikawasan aku...

Nak dipendekkan cerita, bila aku bangkit dari zaman kejahilan, aku mula menjinakkan diri dengar ceramah2 yg aku rasa org awam patut tahu, yg seingat aku masa sekolah, perkara ini xsempat ditekankan...mcm biasalah, pasti akan berlaku ulangan berulang2 kali tentang ape yg aku dengar dan alami semasa kat rumah dengan ape yg aku dengar dari ceramah2 yang aku donlod dari internet...

Aku kemudiannya menulis berdasarkan ape yg aku dengar, aku harap org lain yg xde masa nak mendengar sempat membaca ape yg telah aku cuba ringkaskan...kebetulan pulak aku ada sebut ustaz itu ustaz ini...jika aku sebut ustaz kat kampung aku, atau mak aku, atau ayah aku, atau ustaz2 dan ustazah2 aku...pasti org kurang percaya...

So, jgnla salah paham ye...tapi yg jelasnya, ustaz2 yg aku rujuk tu, pastinya lebih arif dari aku...dan aku tidak hanya dengar sahaja..ada juga aku bertanya pada member2 aku yg berada dalam aliran agama...klu isu tu penting, aku tanya pendapat mereka dulu...ada juga aku dah post baru aku minta depa komen...seperti yg sume tahu, aku ni bukan lulusan agama...jadi depa pun kadang2 pening dengan soalan2 aku yg bg mereka xkan ditanya oleh org2 kebanyakan...aku akui mmg aku ni jenis suke bertanya bende yg pelik2...

Akhir kata, aku akan terus menulis selagi ada kerajinan dan masa dan peluang...aku akan improve blog ini dari semasa ke semasa...dan aku rasa aku tergolong dalam bekas yg kurang penuh tu..aku akan mudah melenting jika ditegur oleh sesetengah org...hehe...

P/s: Renungilah satu hadis yg mengatakan bahawa jika kita berdebat dengan seseorang, jika kita undur diri, utk mengelakkan pertelagahan, sedangkan kita yakin kita boleh menang, maka diciptakan satu syurga bagi kita...xkisahla ni hadis kategori ape...tapi ia mmg berguna pada masa ini...Wallahua'lam...

Tuesday, October 27, 2009

Apa Itu Bidaah?

Wow..xsangka ada org ambil pot pasal ape yg aku tulis kat sini..ini dah kira bagusla...daripada aku menulis tapi xtahu setakat mana penerimaan org terhadap ape yg aku tulis...better la jika aku tulis kat sini, pastu ada org respon kat tempat lain...igtla aku menulis kat sini bukan nak menunjuk2...tapi aku rasa terpanggil utk kongsi tentang ape yg aku tahu...jika ada salah silap, mmg itu tidak disengajakan...jika aku tertulis pasal suatu yg sesat atau "menegakkan" bidaah..."menguatkan" hadis dhaif(lemah), ini adalah hasil dari pemahaman aku terhadap ceramah2 dan kuliyah2 yang aku dengar....

Kita org melayu ni bagusla...org kata ape pun, kita xkisah, mmg budaya kita mcm tu...org kata amalan kita tu bidaah, kita relax je...cuba sekali g tegur pak2 arab kat Masjidil Haram tu time depa tgh solat terawih...p kata kat depa...

"Ya, syeikh, ape yg sheikh buat ni adalah bidaah, nabi xbuat mcm ni, nabi xsolat terawih berjemaah, ini adalah bidaah, sesungguhnya setiap bidaah itu adalah sesat"

Aku rasa time tu jugak kita kena sepak(lempang) sampai jatuh...pasal depa ni bukan mcm kita...kita ni senyap je org nak kata ape...hehehe...

Bagi yg "kurang paham" tentang bidaah ni...mmg mereka ni mudah melenting...ya, mmg diakui byk amalan kita hari ini adalah bidaah, yg mana zaman nabi dulu, nabi xbuat...kalau nak yg lagi spesifik, apa yg kita buat hari ini seperti doa qunut, wirid lepas solat, talqin dan maulidur rasul itu adalah bidaah...

Ianya menjadi bidaah kerana tidak ada nas2 yg jelas atau hadis yg disandarkan itu kurang elok sanadnya...tapi aku dah terang byk kali bahawa xsalah kita nak beramal dengan hadis dhaif, asalkan hadis itu bukan hadis maudhuk atau palsu...

Tahukah anda ape itu hadis dhaif? hadis dhaif atau lemah ini asalnya daripada Nabi sendiri, cuma ia menjadi dhaif jika pembawa hadis itu(SANAD) tergolong dalam beberapa kategori seperti lemah ingatan, kencing berdiri, dan pernah melakukan kesalahan yg menyebabkan hadis yg dibawanya itu turut terjejas...oleh sebab itu ia jatuh kepada hadis dhaif atau lemah...bukan hadis palsu...boleh jadi pembawa hadis itu mendengar sendiri dari mulut nabi, tapi org lain xpercaya pada dia kerana dia terkenal dengan ingatannya yg lemah serta seorang pernah melakukan dosa...

Tidak salah nak beramal dengan hadis dhaif, cuma hadis dhaif ini tidak boleh dijadikan hujah...kedudukan hadis dhaif ini adalah lebih rendah dari hadis hassan sahih(betul dan baik)...justeru kita yg hanya nak berpegang kepada hadis yg sahih sahaja tidak sepatutnya memandang rendah pada mereka yg beramal dengan hadis dhaif ini...itu hak mereka, selagi ia bukan tergolong dalam perkara mudarat dan maksiat...

Contoh pendapat yg mengatakan bahawa roh akan pulang pada malam jumaat, roh simati bangkit bila kita seru namanya sebanyak 3x(hujah bg amalan talqin) serta bacaan qunut dalam solat subuh...itu semua tergolong dalam hadis dhaif...nak percaya xsalah, xnak percaya pun xsalah...jadi xperlulah nak kecoh2...ulamak2 dulu dah berbuih mulut ckp pasal ni...tapi kita ni masih lagi nak perbesar2kan...

Aku percaya, jika niat kita adalah baik, kita akan diberikan petunjuk dari ALLAH...jika niat kita hanya utk mencari kebenaran, dan bukannya nak mencari salah org lain...buat ape nak bertelagah pasal perkara2 kecil ni padahal dalam perkara yg menjadi kata sepakat para ulamak, kita buat2 bodoh je...bab tutup aurat, hiburan melampau, pergaulan bebas...

P/s: Akhir kata, aku gembira kerana tahu ada juga org yg baca ape yg aku tulis kat sini...dan aku bukannya ulamak, aku hanya nak berkongsi2 pendapat disini...kalau nak tahu lebih lanjut...sila cari guru2 yg mursyid....klu nak baca kitab, silakan, tapi klu jumpe part2 yg mengelirukan, sila rujuk pada yg pakar...pasal tu aku belum berani nak baca kitab2...aku hanya menadah telinga sahaja mendengar guru2 membaca dan menghuraikan kitab2..seperti mana yg telah diajarkan kepada mereka oleh guru2 mereka dan seterusnya....

Doa Selepas Iqamat

Seperti mana yg kita tahu...azan dan iqamat merupakan salah satu perkara yg penting dalam islam...bayi yg baru lahir diazankan ditelinga kanan dan di iqamatkan pada telinga kiri...bila masuk waktu, bilal akan azan...bila nak tunaikan solat, bilal akan iqamat...dan patut kita tahu bahawa syaitan2 akan lari bila azan dan iqamat dilaungkan...lari sehingga tidak kedengaran lagi azan dan iqamah...so bg siapa yg solat bersendirian, jika rasa nak iqamah...xde masalah...buat je..pasal iqamah ni perlahan, dan syaratnya xmengganggu org lain...

Yang diatas itu mukaddimah atau permulaan sahaja...ape yg aku nak tekankan kali ini adalah berkaitan doa selepas iqamah...seingat aku, masa kat sekolah dulu, dalam Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA), turut diajar tentang cara menjawab azan dan iqamah dan juga doa selepas azan dan iqamah...tapi bila dah besar ni, aku berjumpa pula dengan golongan yg mengatakan bahawa doa selepas iqamah itu merupakan bidaah...aku pun xpuas hati dan akhirnya mengambil keputusan utk bertanya kepada org yg lebih pakar dari aku...Ustaz Azhar Idrus, di ForumDigitalMukmin...
______________________________________________________________________________________
Soalan Aku:
Salam pada semua...

Soalan saya pada kali ini..adakah membaca doa selepas iqamah adalah bidaah?

Sekian terima kasih...

*************************************************************************************
Jawapan Ustaz:
harus berdoa lepas iqamah kerana hadith yg umum yg bermaksud diantara tempat mustajab doa itu ialah antarar iqamah dan sembahyang.

*************************************************************************************
Respon rakan:
Doa iqamah ngen doa selepas azam sama ke ustaz? Dok tahu sungguh hok.

*************************************************************************************
Jawapan Ustaz:
sama saja.

*************************************************************************************

So lepas ni harap xperlulah nak bertelagah sesama sendiri...klu kita xnak doa lepas iqamah, itu hak kita, jgn duk larang orang lain nak buat...bertelagah dalam perkara khilaf ini adalah tindakan yg bodoh...selagi ia bukan pada tahap wajib...xusahla nak bertelagah...

Perempuan menyanyi yg jelas haram tu xde sape pulak nak ambil tahu...haram perempuan melunakkan suara pada lelaki bukan mahram sekalipun sedang mengaji Quran...Azan pun xboleh sedangkan azan itu memuji kebesaran ALLAH, tetap haram bagi perempuan melaungkan Azan...kerana Azan perlu meninggikan suara...

Akhir kata, klu nak doa lepas azan dan lepas iqamat, silakan berbuat demikian...klu ada org marah, org tu adalah bodoh dan singkat ilmu agamanya...

P/s: teringat aku masa zaman jahiliyah dulu, aku tahu benda tu haram, tapi masih buat juga, aku xambil kisah langsung, janji ramai org yg buat mcm tu...sekarang ni aku dah mula jauhkan diri dari perkara2 yg haram, walaupun masih ada yg belum ditinggalkan sepenuhnya, tapi aku berazam utk meninggalkannya...moga aku diberikan kekuatan...moga kita sume diberikan kekuatan...

Sunday, October 25, 2009

Kisah Pembunuhan Wali

Sebelum ini aku dah dengar ceramah dari Ustaz Kazim Elias tentang seorang pemerintah selepas zaman nabi dan juga selepas zaman khalifah yang keempat...kisah ini berlaku pada zaman pemerintah Yazid Bin Muawiyah...Muawiyah adalah khalifah ke 5 yang menggantikan Saidina Ali...Yazid merupakan anak kepada Muawiyah...

Kisah seorang pemuda berani dan gagah bernama Hajaj bin Yusuf dan seorang Wali bernama Said bin Jubir...mula2 nak cerita tentang hajaj yang pada mulanya seorang tentera dibawah pemerintahan Yazid...pada zaman itu, umat islam telah pun mula berpecah belah...diceritakan bahawa hajaj inilah yang bertanggungjawab memancung dan menyepak kepala cucu nabi yang ingin lari ke Iraq...

Hajaj bertanggungjawab membunuh seramai 120 ribu nyawa dalam penjara dan tahanan...tidak termasuk org yg dibunuh tanpa sebab yg munasabah...jika dia lalu org itu tidak mengelak, maka akan dibunuhnya, dia suka2 membunuh tanpa sebab yg kuat...tapi sebelum dia bunuh, ditanya dulu, samaada org itu solat subuh berjemaah atau tidak, kerana dia paham satu hadis nabi, org yg sembahyang subuh berjemaah dipelihara oleh ALLAH...jika yg menjawab itu solat subuh sendirian, maka akan dipancung kepala org itu...

Sebelum wafat, Nabi telah menceritakan tentang dua org yg sangat celaka, salah seorangnya mengaku menjadi nabi dan seorang lagi adalah penumpah darah...ramai yg berpendapat bahawa hajaj inilah yg dimaksudkan dengan penumpah darah itu...kerana dia telah banyak menumpahkan darah...termasuk membunuh cucu nabi dan saki baki keluarga Bani Hasyim yang lari ke Iraq yg seramai 80 orang...Ini bukannya atas arahan khalifah Yazid utk membunuh cucu nabi, hajaj hanya diperintah utk menghalang mereka dari sampai ke Iraq...tapi oleh kerana dia inginkan pangkat dan nama...dia telah membunuh tanpa rasa kesal...

Hajaj juga bertanggungjawab menembak Kaabah hingga runtuh kerana memburu cucu Abu Bakar Assiddiq bernama Abdullah bin Zubir yang tidak bersetuju dengan tindakan Muawiyah yg menurunkan takhta kepada anaknya Yazid bin Muawiyah...justeru Abdullah bin Zubir tidak bersetuju dengan sistem monarki ini, dan mengisytihar tidak bersetuju dengan dengan kerajaan Yazid...Mekah ingin menubuhkan kerajaan Mekah dengan cara lantikan...maka diarahkan kepada hajaj oleh Yazid agar menangkap Abdullah...lalu dikejar oleh hajaj sehingga bersembunyi dalam Kaabah...hajaj dengan selambanya menembak kaabah hingga runtuh dan membunuh Abdullah bin Zubir yg bersembunyi dalam Kaabah, walaupun haram menumpahkan darah pada tempat itu...

Mayat Abdullah digantung selama 3 bulan tanpa dikebumikan sehinggalah ibunya iaitu Asma' binti Abu Bakar, kakak kepada Aisyah, isteri nabi yg pada ketika itu berumur lebih 100 tahun datang ke Mekah utk menunaikan umrah...lalu Asma' pergi kepada hajaj, hajaj bertanya, "apa perasaan kamu melihat anak kamu digantung begitu"...Maka Jawab Asma', "sesungguhnya kamu telah merosakkan dunia anak aku dengan membunuh dan menggantung dia tanpa dikebumikan, maka dengan sebab kamu telah merosakkan dunia anak aku, maka anak aku ini akan merosakkan akhirat kamu."

Hajaj yg mendengar jawapan Asma' terus menurunkan mayat Abdullah bin Zubir dan mengebumikannya...namun kekejaman Hajaj tidak berakhir disitu...tapi apa yang pelik, Hajaj ini apabila solat, dia menjadi imam, dan dia juga memberi khutbah, dan antara yg menjadi makmum kepada hajaj adalah Abu Hurairah, apabila ditanya, Abu Hurairah menjawab, Hajaj tidak melakukan kekejaman ketika solat...dia hanya melakukan kekejaman diluar solat...

Jangan sangka kerana hajaj ini dipihak yg benar maka dia masih lagi hidup dan bermaharajalela membunuh dan melakukan kekejaman...sesungguhnya kisah hajaj ini merupakan satu pengajaran berguna kepada kita semua, menang xsemestinya betul(hak) dan kalah xsemestinya salah(batil)...

Nak dijadikan cerita, pada suatu ketika, hajaj telah naik marah ingin membunuh seorang wali Allah yg bernama Said bin Jubir...Said bin Jubir sempat ketawa kerana hajaj melakukan sesuatu kerana tidak mengikut hukum, lalu hajaj yg marah kerana Said tidak bersetuju dengan hajaj, maka mahu dibunuhnya Said,sebelum dijatuhkan hukuman mati, Said sempat berpesan kepada pengikut dan anak2 muridnya, agar tidak membalas dendam atas kematiannya kerana dia merupakan org terakhir yg dibunuh oleh hajaj, selepas itu, hajaj tidak mampu lagi membunuh orang lain...

Maka hajaj pun yg pada ketika itu menjadi gabenor dan raja yang sangat zalim, telah memancung kepala Said bin Jubir sehingga putus. Diceritakan bahawa darah yg memancut dari badannya itu terkena bumi, darah itu membentuk kalimah ALLAH sebanyak 3 tulisan...dan kepalanya yg telah putus itu masih sempat lagi menyebut kalimah syahadah LAAILAHAILLAH sebanyak 3 kali...selepas itu baru diam kepalanya...namun kejadian itu tidak sikit pun mendatangkan gerun kepada hajaj...hajaj sempat lagi mengadakan pesta pada malamnya kerana berjaya membunuh orang alim yang terkenal.

Dengan kuasa ALLAH, pada ketika dia sedang berpesta itu, hajaj nampak kelibat Said bin Jubir datang kepadanya...lalu hajaj pun hairan dan bertanya kepada Said, bukankah kamu sudah mati? maka tiada sebarang jawapan dari Said, dan perkara ini hanya dialami oleh hajaj sahaja, hanya dia yg nmpak Said ketika dia hendak tidur, hendak makan, mandi dan sebagainya...dengan sebab itu, hajaj telah jatuh sakit kerana xlalu makan dan minum...siang malam hajaj menyeru pada Said, supaya Said lari darinya...sambil tangannya selalu menepis Said...dan akhirnya Hajaj mati dalam keadaan sakit dan dera tidak boleh makan dan minum dan menderita siang dan malam...


P/s: setiap kejahatan dan maksiat yg kita lakukan, ianya akan mengikut kita, hanya menunggu masa saja untuk membelenggu kita...kejahatan dan maksiat yang kita lakukan menunggu masa sahaja utk "mematuk" kita...jadi kita jangan sekali2 berasa aman bila kita buat maksiat, lambat laun, ia sentiasa mengekori kita dan menunggu masa untuk "mematuk" kita...marilah kita jauhkan diri dari Bala ini dengan bertaubat, berzikir, bersedekah dan sebagainya moga2 bala ini diangkat dan dijauhkan dari kita.

Friday, October 23, 2009

Punca Hati Menjadi Keras

Aku rasa dah ramai tahu punca hati menjadi keras ni tapi mcm biasalah...buat xendah je...termasuklah aku...mak aku berkali2 ckp jgn tido lepas subuh, hati jadi keras...tapi tido lepas subuh tu adalah rutin seharian...aku rela ponteng kelas, xsarapan pagi demi mata yg tercinta...hahah...

Rupa2nya aku baru tahu ada hadis nabi yg mengatakan ada tiga (3) punca hati menjadi keras..hati keras ni maknanya susah nak terima kebaikan, yg nampak hanya keburukan....mmg pun, pasal aku ni mmg berfikiran negatif...

Aku xnak letak hadis tu kat sini...saje nak suruh pembaca2 aku cari sendiri...hehe..antara kandungan hadis yg pendek itu adalah:

Tiga punca hati menjadi keras iaitu:-

1) Kuat Tidur 2) Suka bermewah2 atau bersenang lenang 3) Suka makan

Mmg diakui org yg kuat tido ni adalah keras hatinya...contoh terdekat adalah aku sendiri...

Suka bermewah2 atau bersenang lenang atau berehat tu pun masuk dalam sifat aku juga, mujurlah aku ni selalu kekurangan duit, tapi aku mmg suka berehat jika xde keje nak buat...dan menurut mak aku...aku ni mmg masuk dalam kategori hati keras...

Suka makan pun terkena pada aku jugak...aku xkan tolak rezeki...tapi xpenah aku tahu bahawa suka makan ni menyebabkan hati keras...mmg aku akui hati aku mmg keras...aku buleh je tgk gambar2 mengerikan seperti gambar mayat kena potong, bakar, sembelih tanpa rasa ape2..cuma aku xleh tgk video je...dan bila aku dengar saudara mara mati, aku pun xde rasa ape2...apatah lagi nak mengeluarkan air mata...kawan aku mati pun aku xrasa ape2 jugak...dulu aku igt aku ni kira hebatla...hehehe

Well, selepas mengetahui tentang punca keras hati tu, aku juga mengetahui pasal perkara yg boleh menghidupkan hati kita semula...antaranya adalah mengingati kematian dan antara yg terbaik adalah mengiringi jenazah ke kubur, dan selalu pergi ke kubur...sekadar utk muhasabah diri...

kalu nak rasa efek..sila pegang batu nisan tu, sambil pikir kat bawahnya ada manusia yg pada suatu ketika hidup macam kita, dan kita bakal menjadi seperti dia, ditanam dalam tanah...sorang2 dalam kubur yg gelap...(ini adalah petua aku sendiri, klu xnak ikut, jgn buat isu pulak)

Orang2 yg keras hati ni, bila datang kepadanya perkabaran yg baik, susah dia nak terima, tapi bila datang perkhabaran yg buruk, dia terima time tu jugak...contohnya jika diberitahu jirannya yg baru pindah (bekas banduan) telah pun insaf dan bertaubat...dia xkan percaya bulat2...tapi jika ckp jirannya itu suka bermusuh2an...tanpa berfikir panjang, dia akan terus percaya...hehehe...itu je contoh yg aku dpt pikir time aku tulis ni...

Antara lain adalah, jika nak bagi nasihat agama, dia xpercaya bulat2, dia nak juga tgk dalil dan penafsiran tu hendaklah dari org2 yg dianggap alim sahaja...pasal tu aku memilih utk tidak letak dalil kat blog aku ni...klu depa xpuas hati...cari sendiri...

P/s: Aku memBLOG, bukan kerna nama...

Saturday, October 17, 2009

Apa Itu Islam Liberal?

"HARI ini penganut Hindu di seluruh dunia menyambut Hari Deepavali. Mengikut kepercayaan penganut agama berkenaan, ini adalah hari istimewa BAGI MEMPERINGATI KEJAYAAN DEWA KRISHNA MENUMPASKAN KUASA JAHAT NARAKASURA."- sumber dari Kosmo Online 17 Oktober 2009.

Tajuk entri aku kali ini adalah pasal Islam liberal itu Islam yang hanya berpandukan logik akal dan tidak lagi merujuk pada hukum hakam Islam yang sebenar...contohnya hari ini sahaja, berapa ramai orang Islam yang mengucapkan selamat menyambut hari deepavali kepada rakan2 dan kenalan yang menyambut deepavali...atas apa alasan sekalipun, deepavali ini mmg dirayakan oleh kaum hindu sempena kejayaan dewa mereka menewaskan kuasa jahat...

Persoalan yang timbul adalah, org Islam tidak patut mempercayai kewujudan dewa, tetapi seolah2 turut memberikan semangat pada kaum lain utk memperingati dewa...itu adalah salah satu dari cabang Islam liberal...dimana suatu tindakan itu, walaupun menyalahi dari segi hukum syarak, tetapi tidak dipandang salah dari kacamata masyarakat, maka ia diterima...INILAH ISLAM LIBERAL...dan IANYA ADALAH FAHAMAN YANG SESAT...

Dalam Islam hanya ada dua perayaan iaitu raya puasa dan raya haji, dimana raya haji adalah lebih besar dari raya puasa, tapi realitinya, umat islam tidak meraikan raya haji seperti raya puasa...sudahlah raya haji semakin terpinggir sambutannya, ditambah pula dengan sambutan perayaan oleh kaum2 dan agama lain yang kadangkala turut disambut oleh org islam melebihi sambutan raya haji...

Sebut sahaja tahun baru cina, krismas, deepavali, kongsi raya, merry raya, deeparaya...org islam kat negara ini suka beraya...sedangkan adalah haram hukumnya mengucapkan selamat pada golongan yang menyambut deepavali dan krismas ini...tahun baru cina tu aku xberapa sure, rasanya xde kaitan dengan dewa kot...sekarang permulaan kalendar baru, tapi jika ada unsur2 dewa, maka haram bagi kita meriahkannya...kalau deepavali, thaipusam, krismas tu dah jelas haram...silap2 buleh jatuh murtad pasal kita tanpa sedar telah mengiktiraf kepercayaan yang bercanggah dengan Islam ini...

Islam liberal mudah sekali menular dikalangan masyarakat yang meminggirkan ilmu agama...mereka tidak lagi cuba untuk merujuk kepada hukum syarak, tapi hanya mengikut logik akal semata2...sekalipun perkara tersebut adalah haram, seperti perbuatan mendedahkan aurat dikhalayak ramai, tetapi masyarakat tidak memandang serong perbuatan seperti ini..maka ia terus diamalkan tanpa segan silu...

Berikut adalah edited version 2010:-

Dari laman web Ustaz Azhar Idrus...


Joined: Fri Nov 05, 2010 3:54 am
Posts: 6
Post Larangan mengucapkan "Selamat (Perayaan Kafir)"
Assalamualaikum,

Seperti yang kita ketahui seorang muslim tidak boleh mengucapkan "Selamat (Perayaan Kafir)" kepada orang kafir. Saya nak tanya ustaz, saya pernah terlibat dalam situasi begini:

Saya sedang duduk dalam satu ruang kemudian didatangi oleh sebuah kumpulan yang saya hanya kenal pada muka. Kemudian ada seorang lelaki dalam kumpulan itu (kemungkinan besar muslim) mengucapkan kepada seorang yang beragama kristian ni "We wish you a merry Christmas".

Adakah pada masa itu menjadi WAJIB untuk saya halang/nasihat? Pada waktu tersebut saya hanya mendiamkan diri kerana berpegang dengan prinsip "selemah-lemah iman (halang dengan hati)". Ataupun adakah saya BERDOSA kerana tak halang? Kadang-kadang benda ni berlaku dengan cepat dan orang yang lakukan benda tu adalah orang yang kita tak beberapa kenal. Tak tahu macamana nak "approach".

2. Bagaimana pula menyanyi lagu "We wish you a merry Christmas" berseorangan tanpa menujukannya kepada sesiapa? Dukacitanya saya pernah berbuat sebegini kerana pengaruh melodi dalam lagu tersebut. Sekarang saya harap dijauhkan.

Sila beri penjelasan. Terima Kasih.
 

Joined: Sat Jan 03, 2009 12:58 pm
Posts: 7206
Post Re: Larangan mengucapkan "Selamat (Perayaan Kafir)"
 
Lagu berkenaan memang bermaksud syirik atau kepercayaan kristian tentang Jesus dan Siti Mariam yg bercanggah dengan Quran.
Olih itu haram mennyanyikannya sekalipun tanpa ditujukan kpd sesiapa.
Wajib atas jln fradhu kifayah melarang orang Islam lain berbuat demikian.

_________________
my gallery : http://www.digitalmukmin.com/
my website : http://ustazazhar.com
The quickest way to make money at photography is to sell your camera

 
 

Dari laman web Drmaza....

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

"Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir."
(Jangan segan dan malu nak klik link2 itu)

P/s: kepada kawan2 bukan islam yang baca entry aku ini(rasanya xde)...aku xboleh nak ucapkan deepavali atau krismas...kerana agama aku tidak membenarkan aku berbuat begitu..tapi agama aku tidak menghalang kamu dari merayakan perayaan agama kamu...

Friday, October 16, 2009

Bila Islam dianggap ancaman

Hari ini,16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430, pada ketika Khutbah Jumaat dibacakan, aku rasa ada banyak isu yang patut aku muatkan dalam blog aku...antaranya ialah ketidakseimbangan pembangunan mengikut Islam dan bila Islam dianggap sebagai satu ancaman serta bila yang hak dianggap batil, yang benar dianggap salah, yang halal jadi haram...

Namun aku cukup tertarik dengan hujah khatib yang menyebut pasal program Usrah yang dianjurkan oleh mahasiswa2 kat tempat aku belajar ni telah dianggap sebagai satu propaganda yang mengganggu gugat pemikiran mahasiswa...

Xtaulah cerita ini benar atau tidak tetapi pernah aku terbaca pasal satut program Usrah yang dianjurkan mahasiswa kat tempat aku belajar dan bekerja ini telah dianggap sebagai ancaman...maybe tidak mendapat permit, atau kononnya didalangi pihak2 luar atau mahasiswa2 tersebut adalah dari pihak pembangkang...

Tapi itu bukan isu sebenar yang aku nak sentuh disini, itu hanyalah contoh kecil betapa orang islam sendiri fobia atau takut dengan cara hidup Islam...kalau dulu hanya org bukan Islam yang tidak memahami tentang Islam sahaja yang fobia tentang Islam ni...TAPI SEKARANG, ternyata org Islam sendiri yang takut dengan nilai2 Islam yang SYUMUL(menyeluruh)...

Sedangkan majlis2 konsert dan nyanyian dan tarian dan sewaktu dengannya pula tidak ada yang menghalang, malah cukup berbangga jika majlis tersebut dihadiri oleh artis2 terkemuka tanah air..pertandingan nyanyian dan karaoke kat tempat aku belajar dan bekerja ini(ia merupakan satu institut pengajian tinggi awam yang agak popular akhir2 ini) diadakan saban tahun...tapi tidak pula dianggap sebagai perosak minda mahasiswa...

Pelik kan? macam mana program Usrah yang mengajak org supaya kembali pada agama itu dianggap satu ancaman...jelas org yang berfikir sebegitu adalah golongan yang fobia pada kebangkitan islam...senario paling malang bagi generasi baru mahasiswa yang akan datang...agak2nya nak pakai kopiah pun dah xdibenarkan kecuali pada hari jumaat...

Orang yang takut pada Islam ni, mereka ni patut kaji apa itu Islam yang sebenarnya...tidakkah mereka tahu Islam itu adalah cara hidup, dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar2 perkara...semuanya dapat dijelaskan dan ada panduannya dalam islam...bangun tido, ada doa, masuk tandas ada doa, tengok cermin ada doa...semuanya ada dinyatakan dalam islam...tapi hairan pulak jika part perundangan kita xmau ada unsur2 islam...jenayah bertambah, anak luar nikah bertambah, sumbang mahram bertambah, rasuah bertambah...agaknya inilah kesan dari Undang2 sedia ada kot...ada duit buleh lepas...


P/s: Kepada para pembaca yang dihormati sekalian, sila buat kajian lanjut tentang ape yang aku tulis dalam blog ini...kerana aku bukan nabi...hujah aku ada kekurangan...aku cuma sekadar menyampaikan perkara2 yang aku rasa demi kebaikan bersama...

Wednesday, October 14, 2009

Aurat Gambar

Tahukah anda foto2 anda juga mempunyai aurat...sama seperti keadaan kita kat luar di dunia nyata ni...jika gambar kita xmenutup aurat, maka haram hukumnya dan sudah semestinya BERDOSA dan API NERAKA jika kita tayangkan pada org yang haram tgk aurat kita...

Tapi setakat yang aku tahu, ini tidak termasuk gambar kita pada zaman kanak2 yang majoriti tidak menutup aurat...jadi jika ada seorang mak cik yang tunjuk gambarnya pada masa dia kanak2 yang berseluar pendek, atau pakai lampin saja pun...maka hukumnya tidaklah jatuh haram...tapi jika mendatangkan fitnah tu lain pulak cerita, dah masuk bab lain..

Ini kerana kanak2 tidak dikira mendedahkan aurat jika nampak rambut atau berseluar pendek...tapi yang jadi haram adalah bila gambar2 kita yang sudah akil baligh dipamerkan pada org...contohnya kita tunjuk gambar kita yang pada ketika itu baru lepas spm tgh posing baeekk punya sambil pakai pakaian renang sahaja...time tulah baru jatuh haram...walaupun ia cuma gambar, tapi hukumnya tetap haram kerana ia mendedahkan kawasan aurat yang sepatutnya ditutup...

Aku dulu pun keliru, igt bila dah dewasa, maka gambar2 kita masa kecik pun xleh tunjuk kat org(gambar xtutup aurat)...jadi aku pun tanya orang yang lagi pakar dan berpengalaman dari aku...dia kata aurat gambar sama seperti diluar gambar...jadi xde masalah tunjuk gambar masa kecil yang belum baligh...yg jadi masalahnya dah tua pun xreti2 nak tutup aurat lagi...

Aku pun xreti dah nak tulis dengan bahasa lembut2...ni pun dah kira lembutla bagi aku...klu xsuke baca blog aku, sila pergi ke blog lain yang guna bahasa elok sket...tapi intipatinya sama je...

Aku cakap JOMLAH KEDARAH MENATANG NI...org lain cakap SILAKANLA MAKAN JUADAH INI...

Macam tulah perbezaannya gaya penulisan aku ni kot...tapi xpelah...niat aku cuma satu, untuk bagi peringatan pada diri aku dan orang2 lain juga...khutbah jumaat jika khatib baca lemah lembut, org akan tido...klu baca kuat2 dengan nada keras..baru org xberasa nak tido..tapi klu dah kaki tido tu tido jugak...

P/s: Ada hikmahnya Allah menyuruh umat Islam menutup aurat, anggaplah ia suatu tanda bahawa kita akan melakukannya kerana ALLAH...bukan kerana takut orang lain mengumpat...bukan nak tunjuk baik...tapi semata2 kerana itu SURUHAN yang WAJIB kita taati...amacam???lembut x nada aku ni?

Sunday, October 11, 2009

Ramalan Cara Moden







Akhir2 ni mcm2 cara dan macam2 jenis ramalan yg terdapat...melalui internetla yg paling top sekarang ni...aku dulu pun ketagih xigt dunia...tapi sekarang ni aku dah tahu bende tu haram...aku pun dah xbuat lagi...kali ni aku nak kongsi ape yg org lain tulis pasal ramalan internet ni...

"Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan tukang nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Sumber asli datang dari sini...

P/s: Tak kira lah nak ramal guna kad ke, tulang ke, kertas ke, selagi ia meramal, selagi itu ianya salah, nak percaya atau tidak itu lain cerita, yg pasti hati kita dah cenderung nak tahu...

Monday, October 5, 2009

Perumpamaan Kita dengan Pinggan

Co-writer aku telah mengemelkan aku artikel ini...dia pun dpat dari emel jugak...xkisahla sape yg tulis..janji mesejnya dpt difahami semua...artikel ini berbunyi...

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..




Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..



Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..




Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..


ARTIKEL INI DIFORWARDKAN OLEH CO WRITER MERANGKAP MEMBER AKU YANG SELALU BAGI DORONGAN KAT AKU= Hamba ALLAH..

P/s: Wahai tuhanku, aku tidak layak memasuki syurgamu...namun tidak pula aku sanggup ke nerakamu...

Saturday, October 3, 2009

Loteri dan Jual Beli Saham








Berikut adalah sesi forum aku bersama Ustaz Azhar Idrus.


Assalamualaikum dan Selamat hari raya kepada semua....

Saya ada dua soalan.(direct to the point sket)

1. Ape hukum non muslim yg baru menang loteri belanja org Islam makan. Tapi org islam tu buat perjanjian dgn non muslim tu, duit belanja tu bukan dari menang loteri. Adakah ia tetap haram kerana kita seolah2 meraikan org tu menang loteri?

2. Hukum jual beli saham yg xpasti duit itu dilabur atas syarikat mana. Perlu ke kita siasat satu persatu kemana duit itu dilaburkan sebelum kita beli saham?

Sekian...harap Ustaz sudi jawab...
______________________________________________________________________________________

1. Haram meraikan suatu majlis yang diadakan kerana suatu yang haram sekalipun duit kegunaan majlis tersebut dari harta yg halal.

2. Pelabur wajib mengetahui syarikat mana yg ia labur dan jenis perniagaan syarikat tersebut bukan dari yg haram disisi syarak.

*************************************************************************************

Tidak puas hati dengan itu...aku pun nak tahu status pekerja bank yg tidak mengamalkan sistem perbankan Islam...aku tanya pulak kat mmber aku yg kerjanya adalah Guru KPLI JQAF...dia ckp syubhah...pastu dia post soalan aku kat forum...

***********************************************************************************
salam..

saya di tanya oleh seorang kawan...
apakah gaji yang diterima bekerja di bank itu halal? sedangkan umum mengetahui bank menjana wang simanan pelanggan dengan melabur ke saham2 yang pelbagai bercampur aduk antara yang islamic dan konvensyenel disamping adanya sistem riba di dalamnya. pada saya mingkin namanya syubhah tapi dia tak puas hati dengan jawapan tu dan mengarap jawapan lanjut. tapi saya tak ada kearifan untuk menjawabnya, maka saya minta tolong lah kat kalian andai ada jawapan.. sekian, terima kasih.

antara kalian sure ada kerja d bank kan? so Kalau nak jawab dpersilakan..saya tak bmaksud nak timbulkan isu..hanya nak buka minda sama-sama bincang...k?

____________________________________________________________________________________

maka dijawab oleh bekas pekerja bank yg sekarang ni guru KPLI JQAF...


assalamualaikum
bagus soalan ni....
sekadar memberi pendapat boleh tak......dulu saya pun kerja kat bank CIMB.....siap jaga bahagian kredit kad lagi....
tapi berenti sebab dapat kpli dan rasa tak sedap hati pula sebab gaji yang diterima sah lah datang daripada faedah yang dicaj ke atas pengguna kredit kad dan faedah tu memang sah bukan cara Islam...........so better late than never alright....

ok kepada pendapat....
kita kena tengok department mana kerja tu.....sebab memang ada bank di malaysia yang amal kan urusniaga Islam.....

tapi serius cakap....semua bank terikat dengan undang-undang yang ditetapkan oleh Bank Negara....dan setakat ni kalau tak silap belum ada lagi urusniaga yang betul-betul Islamik, hanya plastik pembungkus sahaja.....

faedah kad kredit Islamik pun kalau diteliti, adalah sama dengan faedah konvensional, cuma mekanisme diubah supaya 'musang boleh berupa ayam'......

p/s: so fikirlah baik-baik...sekadar memberi pendapat dan sedikit info

*************************************************************************************

Forum ini masih lagi berlangsung...jika nak tgk...sila klik sini...


Bukan niat aku nak memperkecilkan taraf pekerja bank...aku cuma nak tahu je...pasal jual beli saham tu aku rasa dah jelas...lainla kalau org tu hati batu...xkan nak terimanya...lantak depalah...

P/s: Macam mana hati kita nak jadi baik sedangkan punca rezeki kita seharian belum jelas halalnya?

Friday, October 2, 2009

Doa Selamat Vs Nyanyian&Tarian







Salah satu yg aku tabik pasal majlis2 kat Malaysia ni ialah kebanyakannya dimulai dengan doa selamat...xkiralah majlis tu majlis ape...asalkan ada org Islam kat situ..maka kemungkinan besar ada dimulai dengan doa selamat...

Yang aku xsedap hati adalah dimulai dengan doa selamat...pastu diselangi pulak dengan nyanyian dan tarian...pastu ditutup pulak dengan doa pulak...habis campur aduk org kita ni...nak kata jahil mmg dah lebih dari jahil ni...klu nak nyanyi ke ape..xpayahla nak baca doa mintak berkat pada majlis tu..lainla jika nyanyian itu tidak melanggar peraturan syarak, seperti nasyid dan sebagainya...

Dan berapa kali perlu aku nak cakap adalah haram penyanyi perempuan menyanyi depan lelaki bukan mahram...asal lelaki bukan mahram dengar je...dah jadi haram benda tu...xkiralah nasyid ke ape...yg ni ramai yg pasti melenting bila dengar...almaklumlah sekolah xpenah kata pun bende ni xleh...hehehe...

Tidak ke kita mahu berfikir ape rasional dibacakan doa keatas majlis2 yg ada unsur2 maksiat?lepas ni pasti ramai yg kata aku ekstreme...lantak depalah...ape yg aku sebut ni adalah dari Quran dan Sunnah...bg org yg belajar ilmu agama, rasanya depa xde masalah nak terima pendapat aku...yg jadi masalah adalah mereka yg rasa dah cukup terer dlm hal2 agama...apakah tidak dinamakan maksiat jika ada lelaki perempuan bercampur gaul bebas, aurat entah kemana, menyanyi menari, terpekik terlolong...klu ini bukan maksiat, ape lagi?

P/s: Umat akhir zaman ni mmg ambil mudah pasal agama...xheranlah jika ramai yg jahil bangkit menentang ulamak2...nasib baik aku ni bukan ulamak...klu x, dengan aku sekali depa tentang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...