Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 3, 2013

Kembali menulis

Last entry aku beberapa bulan lepas tentang keadaan emak aku yang terlantar di hospital...Alhamdulillah..sekarang dah boleh berjalan..kalau sebelum tu..kena dipapah langsung tidak ada upaya..sekarang ni dah pulih sedikit demi sedikit..

Sekarang aku kembali menganggur setelah setahun berhempas pulas membanting kudrat dan minda...kontrak ditamatkan kerana berlaku masalah antara aku dengan pihak atasan..aku selalu pesan kat student aku bahawa majikan hanya suka pada pekerja yang menurut kata...pekerja yang tunjuk pandai tak akan bertahan lama..dalam kes aku..aku belum betul2 tunjuk pandai..mujurlah ia tidak berakhir sebagaimana yang aku rancang..

3 tahun lebih pengalaman kerja dalam sektor awam...setahun pengalaman kerja dalam sektor swasta..jauh sekali bezanya..mcm langit dengan bumi..masing2 ada kelebihan dan kelemahan...

Alhamdulillah..aku diberikan rezeki dalam bentuk kelapangan masa..kalau dikenang semasa aku kerja..dapat cuti 2 hari pun kira rahmat..kerana aku kerja 6 hari seminggu..masa lapang amat terhad..cuti sehari diisi dengan qada tidur saja..

Harap2 lepas ni aku kembali rajin menulis..sebelum ni bukan tak ada modal nak menulis tapi komitmen lain ada byk..blog ni dah lama bersawang..dah lama tenggelam..

P/s: Stay tuned...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...