Rakan Seperjuangan

Thursday, September 30, 2010

Khitan@Sunat@Jawi@Circumsicion

Entri Ke 255, aku bukan dalam keadaan terbaik untuk menulis, tapi aku gagahkan juga pasal aku perlu melawan sifat malas ini...daripada taip kena tengok keyboard hingga taip tak perlu tengok keyboard, rasanya aku tidak sepatutnya malas untuk berkongsi ilmu.

Sekarang dah akhir zaman, semua orang tidak segan silu nak bercakap pasal hukum, macam aku jugaklah...tapi aku memang tak berani nak tetapkan hukum sendiri, aku bukan nabi, aku bukan alim ulamak, ular dalam semak lebih mulia dari aku...aku cuma nak berkongsi setakat mana yang aku tahu dan aku dengar, jika ada pro dan kontra, itu adalah perkara biasa kerana ia bukan persoalan pokok, sedangkan solat yang rukun Islam pun ada bercanggahan pendapat, bukan dari segi kewajipan tapi dari segi pelaksanaan.

Orang melayu lazimnya biasa dengan sunat atau masuk jawi atau khatan ini, biasanya ia merujuk pada lelaki yang perlu membuang lebihan kulit pada kemaluannya agar tidak menanggung najis ketika solat, atas kesedaran yang semakin baik, tidak seperti zaman dulu yang mana lelaki hanya akan bersunat bila hendak berkahwin, soal menanggung najis tidak menjadi perkara utama kerana ramai yang bersunat walaupun selepas akil baligh...

Sekarang ini budak2 seawal darjah 3 pun sudah bersunat, secara beramai2 dan dalam satu majlis yang agak meriah, dan peluang untuk mendapat duit juga bagi sesetengah kanak2...tidak kiralah macam mana sambutannya, perkara pokok disini adalah budak2 lelaki yang sudah berkhatan tidak lagi dikira menanggung najis. Berbanding mereka yg belum berkhatan dimana dikira menanggung najis kerana terdapat sisa2 air kencing dalam lebihan kulit pada kemaluan mereka.

Khitan merupakan sunnah nabi bermula sejak zaman nabi Ibrahim lagi dan seterusnya terus diamalkan oleh nabi kita dan menjadi amalan hingga sekarang. Hikmah yang paling besar adalah bebas dari sebarang najis ketika hendak beribadat kerana tidak ada lagi sisa2 air kencing yang tertinggal tanpa dibasuh. Zaman sekarang bukan penganut islam sahaja yang berkhatan tapi ia turut diamalkan oleh penganut2 agama lain, yahudi pun termasuk.

Khitan bagi lelaki bukan satu masalah besar, yang menjadi masalah besar adalah khitan bagi perempuan. Malah ramai yang memandang remeh akan perkara ini dan tidak kurang juga ada yang menganggap ia suatu perkara yang kejam dan tidak berperikemanusian. Lebih2 lagi dunia dimomokkan dengan peristiwa kematian budak perempuan akibat khitan. Lebih teruk lagi ia digelar sebagai genital mutilation oleh barat, bukannya circumsicion, kerana mutilation itu amat kasar bunyinya dan menggerunkan.

Perkara ini pernah dipaparkan dalam National Geographic tentang amalan khitan bagi perempuan ini, macam biasa yang kontra itu adalah orang islam yang dari luarannya memang tidak mahu kepada islam, perempuan islam yang tidak bertudung pulak tu yang mengatakan ia tidak ada dalam Quran..lantak dia lah...

Bagi mereka yang tidak tahu, khitan pada perempuan dilakukan ketika budak itu masih bayi, dan ia hanya melibatkan pemotongan sedikit lebihan kulit pada kemaluan perempuan, ada ustaz sebut ia sebagai "potong sedikit lebihan kulit pada kawasan "butir geli". aku pun kurang arif dalam hal kat mana yang dibuang sedikit, tapi orang2 perempuan dulu2 pasti tahu. So tanyalah mereka untuk penjelasan lanjut. Tidak timbul lagi isu khitan bagi perempuan yang dah besar, ustaz tu melawak lagi dengan menyatakan kesanggupan dia untuk menjadi mudim jika ada pempuan dewasa hendak khitan, menunjukkan ia patut dilakukan ketika budak itu masih kecil.

Antara hikmah khitan bagi perempuan adalah untuk mengurangkan nafsu syahwat yang berlebihan. Lihat sahajalah perempuan barat yang tidak khitan itu, adakah mereka malu untuk berzina dan bertukar2 pasangan? malah dianggap kolot jika masih dara jika umur dah belasan tahun. Itulah petanda akibat tidak khitan, iaitu tidak malu pada lelaki dan juga tidak malu untuk berzina, kuat nafsu dan sebagainya.

Tidak akan dapat dibuktikan secara saintifik kaitan antara khitan dengan tabiat perempuan tapi kita sebagai orang islam perlu berpegang pada pendapat mereka yang lebih alim dalam hal2 yang berkaitan dengan agama islam itu sendiri, tidak salah hendak percaya pada sains, tapi janganlah agama islam tidak diendahkan dan ditolak.

Barat memang sejak beribu2 tahun dahulu memang tidak akan merestui Islam, jadi tidak hairanlah macam2 cara digunakan bagi meracuni pemikiran umat islam. Contoh mudah adalah amalan khitan yang mula ditinggalkan pada tahun 80an dan 90an...kesannya yang dapat kita lihat adalah meningkatnya kes perzinaan dikalangan umat islam dinegara ini, budak2 perempuan seolah2 tidak segan silu melakukan zina dengan pasangan dan bertukar2 pasangan dan mengadakan seks rambang, sebijik macam kat negara barat, bezanya kat sini budak perempuan melayu yang beragama islam.

Kita pun dapat lihat betapa budak2 perempuan sekarang ini tidak takut dengan lelaki, tidak malu dengan lelaki, seolah2 tidak ada sebarang batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Video lucah semakin bertambah, kebanyakannya adalah rakaman sendiri, dimana sahaja, termasuk dalam kelas dengan berpakaian sekolah, siap perempuan bertudung dan memakai baju kurung lagi. Aku bukan nak kata perempuan itu masa kecik tidak khitan ke ape, tapi antara hikmah khitan adalah bagi mengekang nafsu perempuan agar mereka dapat mengawal nafsu dan menjaga maruah diri.

So kalau ada lihat perempuan2 tak malu dengan lelaki tu, yang bergaul bebas tanpa batasan tu, kemungkinan besar masa kecik dia xsunat lah tu...hahahaha...lawak2 jugak, saban hari ada je kes buang bayi lah, kes sumbang mahramlah, macam2 kes yang tidak sepatutnya berlaku pada orang islam...sekarang ni lagi best, mengandung anak luar nikah time sekolah, ada sekolah khas, malahan kalau nak buang bayi pun ada tempat buang bayi, memang terbaiklah penyelesaian ni, entah kitab sesat mana yang dirujuk, sedangkan Quran tak mahu rujuk...

Nak cerita kat sini, zaman dah canggih, peluang untuk kematian akibat khitan itu amat tipis, lagipun ia hanya melibatkan luaran sahaja, dan proses pun sekejap sahaja...jangan perjudikan nasib anak2 kita, kembalilah pada islam, jgan terikut2 dengan barat yang sudah hancur itu, mereka sudah hancur, amat bodohlah jika kita nak ikut acuan mereka, gadis2 mereka, remaja2 mereka dah hancur, seks sebelum kahwin adalah lumrah, kita tak boleh ikut mereka, dalam islam penzina lelaki dan perempuan kena hukum sebat dan rejam...dan jika terlepas hukum dunia, hukum ALLAH menanti, siksa kubur pun menanti, so igt2la sikit...

Aku percaya nanti ada yang tuduh aku ekstremis mati2an pertahan adat kuno yang menindas perempuan...lantaklah, ada sebab mengapa islam tak benarkan perempuan jadi pemimpin, ada sebab mengapa kuasa talak tidak diberikan kepada perempuan, ada sebab mengapa perempuan tidak dibenarkan poligami, ada sebab mengapa perempuan hanya dapat satu bahagian dan lelaki dua bahagian harta pusaka, ada sebab mengapa perempuan tidak boleh solat dan puasa penuh, ada sebab mengapa perempuan islam perlu tutup semua badan kecuali muka dan tapak tangan, ada sebab mengapa perempuan tak boleh jadi imam kepada lelaki, ada sebab mengapa perempuan dikenakan iddah...ada sebab mengapa perempuan tidak ada suami yang ramai dalam syurga...ada sebab kenapa perempuan paling ramai masuk neraka...

Semua tu ada sebab, dan hanya perempuan yang beriman sahaja yang akan bersyukur kerana dilahirkan sebagai perempuan, hanya perempuan yang beriman sahaja yang akan bersyukur menjadi penganut agama islam, hanya perempuan yang beriman sahaja yang menganggap islam meletakkan perempuan pada satu tahap yang tinggi...namum sekarang ini dunia kecoh pasal isu tidak sama rata antara lelaki dan perempuan, isu konon islam melayan perempuan dengan teruk, maka tidak hairanlah kenapa masa israk mikraj, nabi melihat neraka itu dipenuhi oleh kaum perempuan...

P/s: Ini bukan tempatnya aku nak jelaskan satu persatu tentang isu khitan@sunat@jawi@circumsicion ni...cuma aku harap dapat menyumbang sedikit ilmu dan sedikit nasihat dan peringatan...sekian...

Monday, September 27, 2010

Gemuk --> kurus = tutup --> bukak

 Satu lagi artikel yang singgah kat emel aku, sumbangan dari co-writer aku...harap kita sama2 ambil manfaat...

Aku bukan bias pada perempuan tp dunia suka guna kn korang utk mencelakakan zaman skrg. korang adalah subjek utk dimanipulasikan dlm pelbagai perkara contohnya, kecantikan, penampilan, status, kepuasan, kekejaman, keenakan, kemusnahan dan macam2. kecantikan xpayah nk ckp laa dari aku kecik iklan dlm TV mmg utk korang laa..penampilan? huuhu yg iklan tunjuk PUNGGUNG-PUNGGUNG anak perempuan korang tu aper cer? oh silap tu adik perempuan korang ke? cisss jantan dayusss... kepuasan? tak perlu nk cakap laa korang dh tau pun..haruan ratah anak, abg join skali..tggu mak xde kt rumah..adusss.. dah jelas sikit kan..

tapi taget aku kali ini adalah trend 10 tahun lepas lg dah ada kot.. produk menguruskan berat badan disamping diajar membukak tudung dan pakai pakaian  ketat! korang perasan x??gambar2 yg terdapat dalam majalah2 dan akhbar yang menjual produk kurus tuu.. Yelaaa gambar membuktikan berjayanya hasil produk belia..bce nie

GAMBAR SEBELUM - perempuan gemuk pkai baju kurung dan bertudung tanpa mekap
GAMBAR SELEPAS - perempuan nampak macam kurus pkai t-shirt ketat dan berbonjol2, free hair dan make up, of course bulu kening dah pandai ckurrrr...

kepala bapak aku tak sanggup tgk warga perempuan terdekat aku yang gemuk berhijrah kpda kurus dgn pakej masuk neraka sekali...bodoh sgt laa..korang bukannye kurus pun tp korang makin mededahkan atau buat2 nk jadi seksi kn, sebelum xde gincu pun pucat jer..selepas, bibir merah, brush laa, eye shadow laa, kening meruncing n yang paling penting dh free hair n paki ketat! jelas sangat bukan baju kurung jadi tshirt confirm laa menonjol..Islam dh ajar leklok tp terpesong jgak.. makin confidence laa konon dh kurus..taik kucing makin jd santapan kucing2 kurap gersang adalah.. korang bijak kan..xkn pandai ckp jer hitam n putih...bikin laa putih

tabloid2 ini mmg saluran iblis2 laa..guna utk kita hanyut lupa suruhan dan buat kita dh xtau aper yg benar dan ape yang sesat.. jelas sangatkan kita sesat..iblis tiup slow hal mcm nie lama2 kita terima laa wlpn dh tau salah tp ckp..dh masyrkt skrg trima dh xsalahkan...

macam iklan punggung, dulu aku rasa xde pun..skrg dh selumber tunjuk2 punggung,.

taik kambing x salah!!! wahai perempuan jgn duk terpengaruh sangat...mmg nk gunakan korang..ingat ko hanya utk suami ko jer..baik burukk ko dia tanggung sumerrr..lgpun dia mmg janjikn akn jg ko masa akad dulu..so ape de hal??

p/s: dulu budak lelaki sembunyi dalam semak pijak duri2 n digigt nyamuk dalam gelap semata2 nk ushar gadis..skrg xpyh susah2 dh bukak TV je..mcm2 ko bleh tgk...siap joget2 lg...oh mudahnyerr

Friday, September 24, 2010

Artis Vs Gro? Ada Beza Ke?


Aku terasa berminat pulak nak kongsi benda ni...aku copy paste dari blog member aku merangkap co-writer aku.

1.PENINGNYER AKU Didada akhbar seringkali memaparkan betapa banyok nyer limpaham rakyat asing kt negara kita. tapi hok nyakit ati skali di bawak masuk gadis-gadis sebagai tukang urut , tukang layan , tukang jaga dan nukang paku dari negara taiwan, china, vietnam dan seketat asia tenggara laa. lebih kurang GRO laa..yang selalu kena tangkap dalam OPS Polisss tuu.

yang aku nak cakap...sama sahaja zaman kita nie dengan zaman jahiliaah duluuu...langsung tidak mermartabatkan wanita..jadi bahan dagangan atau pemuass untuk kaum lelaki shj. menjadi penghibur untuk lelaki..nk kata sentuh2 tuu xyah cakap laa. baseee bodoo blakeee...

tetapi fokus aku sebenarnyaa bukan perempuan2 ini tapi hok kita sumee duk suka tengok n gila2 sangat!..cuba korang jawab soklan akuu nie...

APA BEZA ARTISS-ARTISS DENGAAN GRO-GRO?

keje dia sama shj menghibur disamping menghalalkan yang haram...tetapi artiss ni berlesen dan di terima masyarakat malah disanjung dan konon ikon!.harramm jaddah r macam tu kan.. suami plak xde ckp pe.. dayuss agaknye tengok isteri berlakon dengan jantan lain pastu boleh plak pegang2 xmsuk peluk2 lagi tuu...kaluu tengok isteri aku gituu mampuss dia aku teranjang! nak mengatal pe lagii..
yang jantan plak pe lagii..inilah bidang pekerjaan yg baek untuk menghibur kn nafsuuu..per lagi sume ank2 gadis2 dia leh bawak berkepittt..tu diaa mak bapak tutup mata ka???
tu xmsuk lagi yg artis2 malaysia berlakon baik ngalahkan malaikat tapi perangai diorang kat luar ngalahkan iblis..

satu lagii... org biasa kna tgkap kalwat masuk paper diorg bg detail biodata siap ngan alamat sekali, artis kna tgkap khalwat sensor nama..tuu xmsuk ank datuk lagii tuu..

2. PENINGNYE AKUU..bila pilihan raya tibaa..pemimpim sama pemimpim ok sahaja senyum lawan temu lawan..tetapi penyokong yang bengap nie..siap xbertegur sapa..ayah ngn anak bergaduh sebab parti lain2..ahli jemaah surau berpecah dua parti plak! bangang gilerrr..padahal tuhan yang satuu bersatu r bangang..parti2 hal luarr laaa...knape jadi bengappp..ego lagi dariii tuhan kaa???

3. PENINGNYERR AKUU...pemain bola kita belanja berjuta nk training, cakap negara aman makmurrr tapi kalah ngn negara yang xpernah aman, negara2 yang makan xckup pn kita kalahhh..duit tu juta2 kita buat ape???

4. PENINGNYERR AKUU...last kali, (tuliss pun makin malas doh..makin sikit jee) kenappe bini aku suka sangat kata aku nie hensemmm..geram aku! dia nie, xfaham ke, xde mata??
aku nie bukannnyer hensemmm tapi aku niee Sangat hensemmm! paham!

ALL CREDITS GOES TO YAKUZAFOTO

Wednesday, September 22, 2010

Kelebihan Berdakwah

Aktiviti atau kerja yang berkaitan dengan dakwah merupakan suatu yang amat mencabar dan memakan masa, tenaga dan terpaksa berhadapan dengan banyak sekali cabaran berbanding dengan aktiviti lain terutamanya pada akhir zaman ini.

Para pendakwah di akhir zaman terpaksa melalui pelbagai cabaran dan keperitan bagi menyampaikan dakwah dan menyeru kepada kebaikan, menyeru orang ramai supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar khususnya memberikan kefahaman kepada orang ramai.

Tidak perlu mengambil contoh yang rumit, kita ambil saja contoh Nabi junjungan kita yang terpaksa melalui bermacam2 tentangan, cacian dan penghinaan dalam usaha menyampaikan ajaran Islam. Bahkan nasib yang sama juga menimpa kepada nabi2 dan rasul2 sebelum itu. Semuanya terpaksa berdepan dengan karenah manusia dan kaum sendiri yang menentang dakwah para nabi hingga ada nabi yang dibunuh kerana menyampaikan dakwah.

Jika para nabi dan rasul pun mendapat tentangan semasa menyampaikan dakwah, apatah lagi kita semua yang jauh lebih rendah dari para nabi dan rasul. Justeru bila kita membuat keputusan untuk menyampaikan kerja2 dakwah, maka kita perlu melengkapkan diri dan bersedia untuk menghadapi segala macam kemungkinan yang bakal berlaku samaada baik atau buruk.

Pada zaman nabi, ada seorang sahabat yang sudah tidak tahan dengan kerja2 dakwah kerana sudah tidak tahan dengan karenah masyarakat yang memandang hina dan tidak menghargai kerja2 dakwah malah menentang kerja2 dakwah. Kerana tidak tahan dengan tindak tanduk masyarakat ketika itu, salah seorang sahabat telah meminta izin dari nabi untuk mengasingkan diri dari masyarakat atau ’UZLAH’ iaitu tidak mahu mencampuri urusan masyarakat. Dia hanya mahu duduk dirumah dan mahu beribadat semata2 tanpa terlibat dengan masyarakat  lagi.

Namun begitu, nabi telah melarang sahabat itu dari berbuat demikian dan nabi menjelaskan pahala pahala dan ganjaran besar menanti kepada siapa yang melakukan kerja2 dakwah. Antara ganjaran yang menanti pendakwah yang ikhlas fiisabilillah adalah setiap kali melakukan kerja dakwah akan dibalas ganjaran seumpama 70 tahun pahala beribadat di rumah secara berseorang. Bayangkan betapa besarnya ganjaran yang menanti para pendakwah yang ikhlas melakukan kerja2 dakwah demi menuju keredhaan ALLAH.

Ganjaran yang besar dijanjikan oleh ALLAH kerana kerja dakwah bukannya mudah, ia tidak semudah menyanyikan lagu, tidak semudah mengajak orang menjamu selera, ajak tengok konsert dan sebagainya. Sebaliknya kerja mengajak orang mengamalkan ajaran Islam ini akan terpaksa berhadapan dengan penentang2 yang terdiri dari orang Islam sendiri. Hakikat paling menyedihkan apabila org Islam sendiri yang mengugut para pendakwah dari melakukan kerja2 dakwah. Pelbagai ancaman dan sekatan akan menanti para pendakwah sejak dulu hingga kini. Justeru tidak hairanlah mengapa ganjaran yang besar menanti para pendakwah setiap kali melakukan kerja2 dakwah.

Pada zaman moden ini ada pelbagai medium atau cara dakwah yang boleh dilakukan, antaranya melalui lisan, tulisan, sebaran dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang ustaz datang menyampaikan kuliyah agama, salah seorang yang hadir merakam ceramah itu dan kemudian disebarkan kepada rakan2 dan kenalannya dan seterusnya disebarkan di internet, ada ramai orang muat turun dan mendengar ceramah itu, kemudian ada yang mengambil inisiatif berkongsi isi penting dan kandungan ceramah itu dalam penulisan seperti blog, laman web dan sebagainya. Semua golongan diatas adalah dikira sebagai pendakwah kerana bersama2 menyebarkan ajaran islam meskipun yang keluar dan berceramah hanyalah seorang ustaz tadi, namun usaha2 yang dilakukan oleh orang yang mendengar ceramahnya dan menyebarkan pada org lain turut dikira sebagai berdakwah. Tapi usah dipersoal yang mana dapat pahala lebih kerana tujuan kita sepatutnya adalah ingin menyebarkan ilmu kepada orang ramai khususnya mereka diluar sana yang tidak berkesempatan mendengar ceramah, maklumlah zaman moden ini, manusia makin disibukkan dengan pelbagai agenda

Wednesday, September 1, 2010

Soal Jawab Tudung Kepala

Malam tadi pada malam yg ke 21 ramadhan 1431...bersamaan 31 ogos 2010...aku buka fesbuk dan tertarik dengan satu video dakwah yang dipaparkan..sekarang ni bulan ramadhan dah jadi semacam trend pulak banyak kandungan keagamaan di share dan di postkan oleh pengguna fesbuk...aku amat tertarik dengan kandungan video tersebut...

Ia mengisahkan tentang konflik seorang perempuan yang dipaksa bertudung...dalam bahasa inggeris namun ada terjemahan bahasa melayu kat bawah tu...aku cuma nak petik dialog dalam tu...letak kat sini...jgn marah ar...

Pakai tudung adalah lebih elok bagi perempuan? Siapa cakap?
- Ia jelas disebutkan dalam al Quran...

Tidak pakai tudung bukan termasuk dalam dosa2 besar, menegur manusia untuk solat adalah lebih penting.
-Dosa besar bermula dengan dosa kecil.

Apa yang dipakai adalah tidak penting, yang penting adalah memiliki hati yang suci dan bersih.
-Mengapa menghabiskan masa yang lama setiap hari untuk bersolek?Banyak wang dihabiskan untuk membeli alat solek, rawatan rambut dan sebagainya.


Tudung menghadkan kebebasan saya, saya tidak suka bertudung...
-Adakah losyen dan kosmetik lain buat anda bebas?

Ramai yang tidak pakai tudung dan mereka itu adalah orang yang baik dan orang yang pakai tudung tu ramai yang jahat.
-Jadi, jika orang yang baik dengan kita itu kaki botol, kita kena jadi kaki botol juga?

Saya bukan fanatik agama, saya ok tanpa perlu pakai tudung ni..
-Maknanya anda merupakan fanatik sekular dan ekstremis dalam mengingkari perintah tuhan.

Jika saya pakai tudung, siapa hendak kahwin dengan saya?
-Adakah semua yang pakai tudung itu tidak pernah berkahwin?


Jika saya kahwin, suami saya tidak suka saya pakai tudung?
-Lelaki yang tidak patuh pada perintah agama tidak patut dikahwini.


Siapa yang akan ambil saya bekerja jika saya bertudung?
-Tentulah syarikat yang menghormati pekerjanya seadanya.

Walaupun selepas 11 september?
-Ramai wanita bekerja di hospital dan sektor korporat selepas 11 september dan mereka ini bertudung.

Kenapa berkira sangat tentang agama yang hanya melibatkan secebis kain penutup kepala itu?
-Kenapa berkira sangat dengan perempuan hanya kerana kasut tumit tinggi dan warna gincu mereka?

Awak tidak menjawab soalan saya.
-Hijab bukan hanya secebis pakaian, ia adalah melambangkan kepatuhan, ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi oleh setiap wanita. Tapi baju lengan pendek dan seluar singkat awak?

Itu dinamakan fesyen. Pertama sekali, tudung adalah agenda lelaki yang mahu mengawal wanita.
-Bagaimana pula dengan isteri yang melawan suami mereka untuk memakai tudung?Dan wanita yang dipaksa oleh lelaki untuk menanggalkan tudung mereka?Apa pendapat anda tentang itu?Orang yang suruh awak pakai tudung itu bukan wanita kan?

Betul...tapi...
- Tapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki membuatkan awak bebas?Betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi?


Saya belum habis cakap...
-Nak cakap apa? awak ingat lelaki mengawal wanita dengan menggunakan tudung?

Ya..
-secara spesifiknya bagaimana?


Dengan mengarahkan wanita macam mana nak pakai dan apa yang perlu dipakai.
-Bukankan tv, filem, majalah beritahu awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana untuk kelihatan cantik?Bukankah itu kawalan namanya?Mempengaruhi awak untuk memakai apa yang mereka mahu awak pakai?Mereka bukan sahaja mengawal awak tapi juga mengawal pasaran.

Apa maksud awak?
-Lelaki yang mencipta majalah itu mahu lihat awak kurus seperti wanita dalam kulit depan majalah itu.

Saya tak faham, bagaimana tudung ada kena mengena dengan produk?
-Ia memang ada kena mengena, awak perasan tak, tudung adalah ancaman kepada konsumerisme(kepenggunaan), wanita menghabiskan berbilion dolar untuk kelihatan kurus dan hidup dalam standard fesyen yang direka oleh manusia. Tiba-tiba datang Islam untuk memberitahu, luaran itu tidak penting sebaliknya memfokuskan terhadap kerohanian. Jangan risau tentang apa yang orang lain fikir tentang penampilan kita.

Hentikan sahaja syarahan awak tu, saya tidak akan pakai tudung!!! Ianya pelik, ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masyarakat hari ini.
-Baiklah...

 Saya tak boleh melakukannya.
(Video berakhir dengan wanita itu tidak jadi untuk memakai tudung)


Dan rugilah mereka yang mengotorkan jiwanya.(Quran 91:10)

Bagi mereka yang ada fesbuk...boleh klik sini untuk melihat video tersebut yang berjudul, DILEMA SEORANG GADIS..

P/s: Ini mungkin last update aku untuk ramadhan kali ini...esok pagi aku akan balik kampung...kat rumah tak ada internet...hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...