Rakan Seperjuangan

Wednesday, September 1, 2010

Soal Jawab Tudung Kepala

Malam tadi pada malam yg ke 21 ramadhan 1431...bersamaan 31 ogos 2010...aku buka fesbuk dan tertarik dengan satu video dakwah yang dipaparkan..sekarang ni bulan ramadhan dah jadi semacam trend pulak banyak kandungan keagamaan di share dan di postkan oleh pengguna fesbuk...aku amat tertarik dengan kandungan video tersebut...

Ia mengisahkan tentang konflik seorang perempuan yang dipaksa bertudung...dalam bahasa inggeris namun ada terjemahan bahasa melayu kat bawah tu...aku cuma nak petik dialog dalam tu...letak kat sini...jgn marah ar...

Pakai tudung adalah lebih elok bagi perempuan? Siapa cakap?
- Ia jelas disebutkan dalam al Quran...

Tidak pakai tudung bukan termasuk dalam dosa2 besar, menegur manusia untuk solat adalah lebih penting.
-Dosa besar bermula dengan dosa kecil.

Apa yang dipakai adalah tidak penting, yang penting adalah memiliki hati yang suci dan bersih.
-Mengapa menghabiskan masa yang lama setiap hari untuk bersolek?Banyak wang dihabiskan untuk membeli alat solek, rawatan rambut dan sebagainya.


Tudung menghadkan kebebasan saya, saya tidak suka bertudung...
-Adakah losyen dan kosmetik lain buat anda bebas?

Ramai yang tidak pakai tudung dan mereka itu adalah orang yang baik dan orang yang pakai tudung tu ramai yang jahat.
-Jadi, jika orang yang baik dengan kita itu kaki botol, kita kena jadi kaki botol juga?

Saya bukan fanatik agama, saya ok tanpa perlu pakai tudung ni..
-Maknanya anda merupakan fanatik sekular dan ekstremis dalam mengingkari perintah tuhan.

Jika saya pakai tudung, siapa hendak kahwin dengan saya?
-Adakah semua yang pakai tudung itu tidak pernah berkahwin?


Jika saya kahwin, suami saya tidak suka saya pakai tudung?
-Lelaki yang tidak patuh pada perintah agama tidak patut dikahwini.


Siapa yang akan ambil saya bekerja jika saya bertudung?
-Tentulah syarikat yang menghormati pekerjanya seadanya.

Walaupun selepas 11 september?
-Ramai wanita bekerja di hospital dan sektor korporat selepas 11 september dan mereka ini bertudung.

Kenapa berkira sangat tentang agama yang hanya melibatkan secebis kain penutup kepala itu?
-Kenapa berkira sangat dengan perempuan hanya kerana kasut tumit tinggi dan warna gincu mereka?

Awak tidak menjawab soalan saya.
-Hijab bukan hanya secebis pakaian, ia adalah melambangkan kepatuhan, ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi oleh setiap wanita. Tapi baju lengan pendek dan seluar singkat awak?

Itu dinamakan fesyen. Pertama sekali, tudung adalah agenda lelaki yang mahu mengawal wanita.
-Bagaimana pula dengan isteri yang melawan suami mereka untuk memakai tudung?Dan wanita yang dipaksa oleh lelaki untuk menanggalkan tudung mereka?Apa pendapat anda tentang itu?Orang yang suruh awak pakai tudung itu bukan wanita kan?

Betul...tapi...
- Tapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki membuatkan awak bebas?Betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi?


Saya belum habis cakap...
-Nak cakap apa? awak ingat lelaki mengawal wanita dengan menggunakan tudung?

Ya..
-secara spesifiknya bagaimana?


Dengan mengarahkan wanita macam mana nak pakai dan apa yang perlu dipakai.
-Bukankan tv, filem, majalah beritahu awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana untuk kelihatan cantik?Bukankah itu kawalan namanya?Mempengaruhi awak untuk memakai apa yang mereka mahu awak pakai?Mereka bukan sahaja mengawal awak tapi juga mengawal pasaran.

Apa maksud awak?
-Lelaki yang mencipta majalah itu mahu lihat awak kurus seperti wanita dalam kulit depan majalah itu.

Saya tak faham, bagaimana tudung ada kena mengena dengan produk?
-Ia memang ada kena mengena, awak perasan tak, tudung adalah ancaman kepada konsumerisme(kepenggunaan), wanita menghabiskan berbilion dolar untuk kelihatan kurus dan hidup dalam standard fesyen yang direka oleh manusia. Tiba-tiba datang Islam untuk memberitahu, luaran itu tidak penting sebaliknya memfokuskan terhadap kerohanian. Jangan risau tentang apa yang orang lain fikir tentang penampilan kita.

Hentikan sahaja syarahan awak tu, saya tidak akan pakai tudung!!! Ianya pelik, ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masyarakat hari ini.
-Baiklah...

 Saya tak boleh melakukannya.
(Video berakhir dengan wanita itu tidak jadi untuk memakai tudung)


Dan rugilah mereka yang mengotorkan jiwanya.(Quran 91:10)

Bagi mereka yang ada fesbuk...boleh klik sini untuk melihat video tersebut yang berjudul, DILEMA SEORANG GADIS..

P/s: Ini mungkin last update aku untuk ramadhan kali ini...esok pagi aku akan balik kampung...kat rumah tak ada internet...hehehe...

3 comments:

Selene said...

Hi hadi
sy non-muslim (at the moment)
tapi sy suka baca blog awak
sebenarnya sy memang suka belajar sejarah islam...dulu waktu amik stpm saya dapat BM C tapi Sejarah A & mostly time tu sy jawab pasal sejarah islam.
Sekarang ne sy studi kat upsi so jauh dri famili (sy orang sabah) byklah peluang belajar pasal islam.sy slu dengar radio ikim, tapi bila kawan sy yg beragama islam datang ke ruma sy...mereka ketawakn sy dengar siaran tu & mereka terus tukar ke H##fm...sy pun suka baca buku panduan solat orang islam... sampai sy boleh hafal maksud al-fatihah dlm bm tapi kawan2 muslim sy selalu kata sy orang Xislam tak boleh buat mcm tu...tapi sy memang minat bukan nak menghina. so sy nak tanya kat awk...betulkah? buku panduan sembahyang pun sy tak boleh nak baca....(sorryla sy tanya awk pula cuz sy rasa selesa tak paya face2face, nak juga tanya ustaz/ustazah kat upsi tapi sy takut mereka tanya status agama sy)

Hady83 said...

Hi Selene,
Terima kasihla sudi baca blog saya ni...at least saya tahu ada jugak org baca...

Setakat yang saya tahu, tidak ada halangan pun bagi awak untuk baca buku panduan sembahyang, bahkan tidak ada halangan pun bagi awak nak baca Al Quran sekalipun...cuma bagi mengelakkan salah faham, buku2 keagamaan dan Al Quran itu perlulah dijaga dengan baik dan tidak dirosakkan atau dibiarkan bersepah, takut nnti ada org islam anggap awak mempermain2kan islam pulak...

Tapi sebenarnya tidak ada pun mana2 ustaz atau ustazah yang akan menghalang awak dari membaca buku2 pasal islam...cuma yang xberapa nak paham tentang islam je yang akan larang...awak beri contoh rakan2 muslim awak yang mcm xmau awak mendekati islam...yang sebenarnya tindakan mereka itu adalah tidak bertepatan dengan ajaran islam terhadap mereka yang mahu mendekati Islam...

Ramai orang islam anggap mereka dah arif sangat pasal islam hingga xmau dengar radio2 islamik, tapi nampaknya awak dibukakakan hati untuk mendengarnya, itu adalah sesuatu yang baik bagi awak, sy cukup terkilan dengan tindakan kawan2 awak tu, maybe mereka tidak begitu arif pasal islam...

Yang tak boleh adalah awak dengar dan baca untuk mencari point untuk menghentam islam...tapi kalau awak dengar dan baca kerana berminat...maka teruskanlah...saya nasihatkan awak cari orang yang lebih arif tentang islam...mereka akan dapat menjawab segala persoalan awak...

Saya berharap satu hari nnti...awak akan mendapat jawapan yang awak cari selama ini tentang islam...

wnatikah said...

to selena...
tidak ada halangan utk awk mempelajari sesuatu yg baru.. dlm hal kwn awk ketawakn awk sbb dgr ikim, itu hak mereka..
pedulikan ape mereka nk kata atau ckp psl awk..
sbb stiap manusia ader pndpt dan pandagan masing2 yg kter xboleh nk halang...
cbe kter ambik cth...klo awk sukakn satu brng ni sngt2..
kemudian awk tnye kwn awk, adkh ia cntik dan wajar utk sy beli?
tp kwn awk ckp xcntik dan xske dgn pilihan awk. tp biler awk blik ke rumah,msti awk asyik teringt-ingt barang 2 kn?
dan msti awk menyesal sbb xbli..
jd akhirnyer awk yg rugi.
jd sm la jgk dgn hal ini. awk ske smthing tp kwn awk xske. hati awk msti ttp nk dgr radio 2 even kwn awk ckp cm 2 kn?
its depends on youself 2 make a choice. not people around u...
sy harapkn yg terbaik utk awk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...