Aktiviti atau kerja yang berkaitan dengan dakwah merupakan suatu yang amat mencabar dan memakan masa, tenaga dan terpaksa berhadapan dengan banyak sekali cabaran berbanding dengan aktiviti lain terutamanya pada akhir zaman ini.
Para pendakwah di akhir zaman terpaksa melalui pelbagai cabaran dan keperitan bagi menyampaikan dakwah dan menyeru kepada kebaikan, menyeru orang ramai supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar khususnya memberikan kefahaman kepada orang ramai.
Tidak perlu mengambil contoh yang rumit, kita ambil saja contoh Nabi junjungan kita yang terpaksa melalui bermacam2 tentangan, cacian dan penghinaan dalam usaha menyampaikan ajaran Islam. Bahkan nasib yang sama juga menimpa kepada nabi2 dan rasul2 sebelum itu. Semuanya terpaksa berdepan dengan karenah manusia dan kaum sendiri yang menentang dakwah para nabi hingga ada nabi yang dibunuh kerana menyampaikan dakwah.
Jika para nabi dan rasul pun mendapat tentangan semasa menyampaikan dakwah, apatah lagi kita semua yang jauh lebih rendah dari para nabi dan rasul. Justeru bila kita membuat keputusan untuk menyampaikan kerja2 dakwah, maka kita perlu melengkapkan diri dan bersedia untuk menghadapi segala macam kemungkinan yang bakal berlaku samaada baik atau buruk.
Pada zaman nabi, ada seorang sahabat yang sudah tidak tahan dengan kerja2 dakwah kerana sudah tidak tahan dengan karenah masyarakat yang memandang hina dan tidak menghargai kerja2 dakwah malah menentang kerja2 dakwah. Kerana tidak tahan dengan tindak tanduk masyarakat ketika itu, salah seorang sahabat telah meminta izin dari nabi untuk mengasingkan diri dari masyarakat atau ’UZLAH’ iaitu tidak mahu mencampuri urusan masyarakat. Dia hanya mahu duduk dirumah dan mahu beribadat semata2 tanpa terlibat dengan masyarakat lagi.
Namun begitu, nabi telah melarang sahabat itu dari berbuat demikian dan nabi menjelaskan pahala pahala dan ganjaran besar menanti kepada siapa yang melakukan kerja2 dakwah. Antara ganjaran yang menanti pendakwah yang ikhlas fiisabilillah adalah setiap kali melakukan kerja dakwah akan dibalas ganjaran seumpama 70 tahun pahala beribadat di rumah secara berseorang. Bayangkan betapa besarnya ganjaran yang menanti para pendakwah yang ikhlas melakukan kerja2 dakwah demi menuju keredhaan ALLAH.
Ganjaran yang besar dijanjikan oleh ALLAH kerana kerja dakwah bukannya mudah, ia tidak semudah menyanyikan lagu, tidak semudah mengajak orang menjamu selera, ajak tengok konsert dan sebagainya. Sebaliknya kerja mengajak orang mengamalkan ajaran Islam ini akan terpaksa berhadapan dengan penentang2 yang terdiri dari orang Islam sendiri. Hakikat paling menyedihkan apabila org Islam sendiri yang mengugut para pendakwah dari melakukan kerja2 dakwah. Pelbagai ancaman dan sekatan akan menanti para pendakwah sejak dulu hingga kini. Justeru tidak hairanlah mengapa ganjaran yang besar menanti para pendakwah setiap kali melakukan kerja2 dakwah.
Pada zaman moden ini ada pelbagai medium atau cara dakwah yang boleh dilakukan, antaranya melalui lisan, tulisan, sebaran dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang ustaz datang menyampaikan kuliyah agama, salah seorang yang hadir merakam ceramah itu dan kemudian disebarkan kepada rakan2 dan kenalannya dan seterusnya disebarkan di internet, ada ramai orang muat turun dan mendengar ceramah itu, kemudian ada yang mengambil inisiatif berkongsi isi penting dan kandungan ceramah itu dalam penulisan seperti blog, laman web dan sebagainya. Semua golongan diatas adalah dikira sebagai pendakwah kerana bersama2 menyebarkan ajaran islam meskipun yang keluar dan berceramah hanyalah seorang ustaz tadi, namun usaha2 yang dilakukan oleh orang yang mendengar ceramahnya dan menyebarkan pada org lain turut dikira sebagai berdakwah. Tapi usah dipersoal yang mana dapat pahala lebih kerana tujuan kita sepatutnya adalah ingin menyebarkan ilmu kepada orang ramai khususnya mereka diluar sana yang tidak berkesempatan mendengar ceramah, maklumlah zaman moden ini, manusia makin disibukkan dengan pelbagai agenda

No comments:
Post a Comment