Rakan Seperjuangan

Sunday, December 19, 2010

Solat Duduk Atas Kerusi

Entri 282: Aku dengar dalam ceramah Ustaz Kazim Elias, kakak beliau cedera kena api, bengkak muka, paatu ada blogger hentam dia. Blogger itu bukan aku dan aku dah baca entri blogger yg dimaksudkan.

Balik pada tajuk..Menurut beliau, didapati ramai antara kita yg belum betul2 paham tentang solat yang sempurna dan diterima, beliau menyentuh tentang mereka yang solat duduk atas kerusi, alasan sakit sendi, sakit belakang, sakit kaki atau apa sajalah..yang menyakitkan kalau berdiri lama, xleh rukuk sujud dan sebagainya..

Beliau kata, ramai yang mampu jalan kaki, mampu naik tangga, mampu melangkah, mampu berdiri, tapi bila nak solat, duduk atas kerusi dan angkat takbir...itu menyebabkan solat tidak sah...kerana mampu angkat takbir berdiri, tapi tidak melakukannya...elok je jalan tak pakai kerusi roda, elok je naik tangga, elok je melangkah walaupun slow, elok je berdiri, tapi time nak solat, terus duduk atas kerusi dan angkat takbir ketika duduk, itu menyebabkan solat tersebut menjadi tidak sah...

Apa yang perlu dibuat adalah, berdiri dulu, angkat takbir sambil berdiri, habiskan bacaan, pastu time rukuk, bulehla duduk atas kerusi, tunduk lah sikit, lepas tu time sujud, tunduk lebih dari tunduk rukuk tadi...dan kalau buleh berdiri, bangunlah semula dan baca fatihah...tapi kalau bangun tu buatkan jatuh, xpayahlah bangun...cuma time angkat takbir tu pastikan berdiri...kerana ape? kerana tadi masuk masjid elok je jalan, naik tangga semua..cuma sakit ketika rukuk dan sujud..maka dibolehkan duduk ketika rukuk dan sujud saja..ini tidak..mampu berdiri tapi terus duduk dari awal sampai akhir..pasal itu solat tidak sah..

Baru ini pun aku ada perhati sorang jemaah kat masjid kat sini..dia jalan masuk dalam masjid menggunakan tongkat yang siap ada kerusi tu..dia bukak tongkat tu, jadi kerusi...dia berdiri tegak, angkat takbir, aku igt dia nak duduk terus lepas takbir...rupanya dia habiskan al fatihah dulu..time rukuk baru dia duduk kat kerusi sambil tunduk badan sket, time sujud dia tunduk juga...igtkan dah lepas, rupanya dia kembali berdiri lepas tu dan baca fatihah sampai habis, time rukuk  baru dia duduk...aku tgk macam org jakun je..itu pertama kali aku perasan org buat begitu..sbelum ni biasanya aku tgk elok je bawak motor, naik tangga masjid, tongkat pun xde..jalan hinjut2 sket...pastu cari kerusi terus duduk dan angkat takbir ketika duduk...rupanya itu menyebabkan solat tidak sah...kerana mampu berdiri..bukan sejam pun angkat takbir tu...3 saat je kot..kalau tak tahan berdiri lama sangat, baru buleh duduk, tapi pastikan takbir tu ketika berdiri..melainkan dari awal lagi mmg dah xleh berdiri..

Sebelum aku terlupa, ini untuk solat fardhu je tau, kalau solat sunat, ikut lah nak duduk ke baring ke walaupun sihat..bagi solat sunat, duduk tu separuh pahala dari berdiri, baring separuh dari duduk...kerana kita mampu berdiri, tapi kerana malas sangat..kita solat sambil baring je..penuh perut ketika berbuka, terawih sambil baring..ianya sah..cuma pahala kurang...

P/s: Ada banyak lagi info solat ni..yang mana org xmau ambil tahu, itu pasal solat xpenah tinggal tapi masih buat dosa besar dan buat maksiat...rupa2nya kalau diselidik, solat tidak sempurna, tomakninah xde, bacaan xbetul apa sume tu..ilmu solat ni fardhu ain..wajib kita belajar, itu pasal kalau solat tak sempurna, kita solat pun masih berdosa, kerana solat tak betul dan kita tak mahu betulkan, atau tanya pakar, solat kita ni dah sempurna ke?

6 comments:

bintuhanafi said...

salam...suka la ayat enta...sempoi je..senang faham kot~

Hady83 said...

wsalam..barang kali kerana bahasa begini lebih dekat dengan jiwa remaja..dan mmg remaja yang ada masa beronline berblog ni..huhuhu..

Anonymous said...

Salam. Kalau boleh rukuk dan sujud tp takboleh duduk antara dua sujud,tahiyyat awal dgn tahiyyah akhir. Mcm mana ye?

Anonymous said...

pendapat aku laa seeloknya bagi yang ada masaalah bila solat pakai kerusi lebih baik jgn datang utk berjemaah dimasjid sbb apa?Sbb akan jadi bahan cemuhan.Rasanya baik solat dirumah saja sapa pon tak nampak.Sedangkan Jemaah yg sakit lutut guna kerusi ketika solat rasa begitu perit utk kemasjid solat jemaah tapi ada pula oghang dok perati utk komen.

Hady83 said...

Wsalam...kalau tak mampu duduk antara dua sujud..rasanya boleh solat atas kerusi..duduk utk ganti perbuatan duduk antara dua sujud, tahiyat...rukuk dan sujud seperti biasa..wallahua'lam..entri ini lebih khusus kepada berdiri dahulu sebelum solat duduk dan bukannya terus duduk...bagi yang mampu berdiri..berat sangat ke nak berdiri beberapa saat...lainla langsung xleh berdiri diluar solat..ini diluar solat buleh je berdiri..tapi time solat terus duduk...apapun perbezaan pendapat itu adalah rahmat...

A~list said...

Assalamualaikum...nk tnya,kalu mampu berdiri tapi memudaratkan kesihatan bagaimana pula hukumnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...