Rakan Seperjuangan

Wednesday, December 15, 2010

Segmen Mengira Hukuman Tinggal Solat

Entri 278: Nak kata aku ni bebal sangat, tak mungkin, bebal dalam nombor dan kira2 tu adalah, tapi dalam kira2 yang mengarut dan tak tahu nak kira apa tu yang buat aku mental block. Tapi bab jumlah hari dunia bersamaan berapa hari diakhirat ini, dah berpuluh2 kali dengar pun masih lupa...adakah aku bebal atau ada benda dalam otak aku yang sengaja nak bagi aku lupa.

Sehari di akhirat bersamaan seribu tahun didunia, bukan seribu bulan tau...seribu tahun...

Surah Al-Hajj (22) Ayat 47:

"22:47. Dan mereka meminta kepadamu (Wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjinya; dan (Katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari Yang kamu hitung."


1 hari akhirat= 1000 tahun dunia.

Apa kaitan pulak? Ooo..maybe ada juga orang bebal nombor yang lupa dan mungkin berkata:

"alaa..relaxlah...kita buat dosa pun kena azab beberapa tahun je kat neraka...pastu masuklah syurga kerana kita orang Islam"..

Bengong ke bebal ke ape? Sanggup nak duduk neraka bertahun2..sedangkan kena panas terik sikit pun dah mengadu panas, bas tak ada air cond pun dah menyumpah2..itu belum lagi suruh duduk dekat api...neraka tu duduk dalam api terus...api yang 70x lebih panas dari api kat dunia...buleh dia cakap "xpe...mmg kita kena siksa dulu, tapi last2 masuk syurga jugak"...sah bebal atau tertipu dengan helah setonirojim ni...termasuk aku sekali kena tipu kadang2...aku pun mcm xde hal kena siksa kot..janji akhirnya masuk syurga...kadang2 memang ada terlintas itu macam...macamlah neraka tu tempat yang kurang selesa sikit berbanding syurga..padahal ia adalah seburuk2 tempat balasan..kita dah tau teruk...tapi kenapa kita tak rasa takut?jawapan mudah ialah kita tidak ada iman...

Dah bersedia nak belajar kira2 hukuman tinggal solat semasa hidup? Maksud aku yang tinggal secara sengaja, ketika jahil, terlupa, tertidur, terlalai dan sebagainya yang boleh masuk dalam kategori sengaja tinggal, termasuk yang tidak mahu kunci jam waktu subuh, meskipun dah tahu jenis tidur mati punya orang....

Satu waktu solat kita sengaja tinggal, maka kita akan diazab di neraka selama 80 tahun....

"ANDAIAN SETAHUN AKHIRAT ADA 365 HARI"

1 waktu solat= 80 tahun akhirat= 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat= 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat= 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat= 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat= 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)


Sekali tidak solat dah dekat 30  juta tahun kena azab!!!! 
Sehari tidak solat dah dekat 150 juta  tahun kena azab!!!
Setahun tidak solat dah berapa??? 53 290 000 000 (53.29 billion tahun dunia)


 1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera




Pergh...usah kata sejuta tahun kena api...pergi dapur..panaskan dapur gas...kasi besi tu merah..kita tutup api..pastu kita try duduk atas dapur tu..xpayah duk lama2...5 SAAT DAH CUKUP, agaknya apa akan jadi kat punggung kita ye...itu pun bukan api..cuma besi yang dah panas je...bukan cairan besi yang menjadi minuman kita sepanjang jutaan tahun kat neraka tu...yang sentiasa lapar dan dahaga tu...

Jadi apakah yang menyebabkan kita masih memandang rendah pada solat? Ada juga sesetengah dari kita yang risau untuk tinggal solat kerana risau rezeki akan menjadi sempit dan sebagainya. Solat itu wajib pada yang mampu, supaya ia dapat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar...tapi kenapa ada orang yang solat tak pernah tinggal tapi masih melakukan perbuatan keji dan mungkar? Jawapan pun senang saja, sama ada solat tidak sempurna, atau solat tak diterima...Aku ni tuhan ke sedap2 nak kata solat orang xditerima???

Well tuhan dah ajar kat nabi kita tentang solat yang tidak sempurna dan solat yang tak diterima, apa ke bebal sangat? bukan aku berlagak tuhan, tapi aku cuma ulang balik apa yang nabi sampaikan...nabi yang kita tahu setiap percakapan dan tindakannya adalah wahyu dari ALLAH...nabi ada cakap, terang panjang lebar..meskipun zaman dulu tak ada perakam video, perakam suara...tapi ada sahabat2 yang catat dan ingat...

Kembali pada kelas mengira kita, bagaimana pula dengan mereka yang sudah bertahun2 tidak solat?

Setahun 365 hari, pastu darab dengan 5x waktu solat sehari = 1825 waktu solat.


1825 waktu, darab dengan 80 tahun akhirat = 146 000 (146 ribu) tahun akhirat
146 000 tahun akhirat = 53 290 000 000 (53.29 billion tahun dunia)

P/s: Aku dah bengong kepala duk kira...rasa macam tak betul je...betul ke tak ni pengiraan aku... sehari akhirat=seribu tahun dunia..setahun akhirat=365x1000=365 000 tahun dunia...80 tahun akhirat= 29 200 000 tahun dunia?

4 comments:

anah nik mahmood said...

boleh ke kalau kita solat, niat dalam hati kita sebenarnya nak balasan dari Allah. contohnya kita harapkan doa kita diterima oleh Allah. bunyi macam tak ikhlas sebab kita harapkan balasan Allah di atas segala amal ibadat kita.

Hady83 said...

Dulu ada orang kata...solat kerana nak syurga bermakna kita dah syirikkan ALLAH...penah juga pegang beberapa tahun...gara2 takut syirik...

Yang sebenarnya tidak salah pun, kerana yang beri syurga itu ALLAH, yang makbulkan doa itu adalah ALLAH..."Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan mengerjakan solat"...

Lintasan hati kata kita xikhlas tu..pasal solat nak mintak doa makbul...itu xpayah dilayan sangat...kerana solat itu sendiri adalah doa, dan lepas solat pun ALLAH suruh kita doa lagi...Kita solat kerana patuh pada ALLAH yang wajibkan kita solat, ibadat paling berat sekali, selagi berakal, wajib laksanakan...

Kita tunai solat tatkala orang lain xkan tau pun jika kita tinggal solat..itu pun dah kira ikhlas tu...kita solat demi ALLAH...agar lebih dekat dengan ALLAH...agar doa kita lebih makbul...dan sebagainya...rasanya tak salah kan? Wallahua'lam...

anah nik mahmood said...

hmm tulah. terlintas dalam hati macam2. kadang2 kalau pakai pakaian tutup aurat. mesti terlintas jgk dalam hati-'aku pakai macam ni sebab nak tunjuk kat orang aku ni baik'- dan terlintas jugak dalam hati pakai macam tuh sebab nak suruh kaum lelaki lebih hotmat kita. macam tu kira demi Allah jugak ke?sebab nampak macam kita niat kerana manusia.

Hady83 said...

Fear not my friend...lintasan yang mcam itu adalah dari setonirojim...kalau ikut macam tu..memang tak ada orang pegi masjid, haji, orang tak puasa..pasal semua tu orang nampak...lintasan seperti itu adalah dari setonirojim yang kita tak perlu layan...kita tutup aurat bukan nak tunjuk baik tapi ianya wajib...matikan kat situ..tak usah layan lintasan hati yang mengarut tu...persoalan tentang ini pernah dijawab dengan kemas oleh Ustaz2 dan ulamak terdahulu...

Pakai pasal xmau lelaki kacau, nak suruh lelaki hormat, itu sebenarnya kita dah ikut suruhan ALLAH agar menutup aurat...berbanding yang buka aurat, yang tutup ni lelaki segan sikit..ALLAH dah tau, pasal tu diwajibkan tutup...lintasan hati yang xbaik dari syaitan memang sentiasa cuba menghasut kita konon jangan jadi hipokrit..masalahnya bukan hipokrit tapi wajib...macam makan jugak, kita xpenah makan depan orang..tapi selagi kita sihat..orang tahu kita makan...camtulah kot...usah layan sangat lintasan jarum setan tu...tetapkan Imanmu my frend..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...