Rakan Seperjuangan

Wednesday, December 29, 2010

Segmen Mengira Hukuman Tayang Rambut

Entri 288: Sebelum ini dalam segmen mengira hukum tinggal solat, aku telah secara kasarnya mengira jumlah hukuman yang bakal diterima bagi orang yang ketika hidupnya sengaja meninggalkan solat dan tidak sempat taubat atau ganti sebelum mati...jumlahnya amat menggerunkan...

Kali ini aku ingin mengajak pembaca semua mengira jumlah hukuman yang bakal diterima oleh mereka yang masa kat dunia ini keras kepala tak mahu dengar suruhan tuhan, tak mahu endah suruhan nabi, tak mahu ambil port nasihat orang agar menutup KESEMUA rambut apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi atau bukan mahram atau bahasa panjangnya..lelaki  yang boleh dikahwini...termasuk lelaki Islam dan bukan Islam...

Lelaki jangan nak mengada2...kerana lelaki tidak wajib tutup rambut..yang dimaksudkan kat sini ada perempuan yang sengaja mendedahkan rambut pada lelaki...baik secara langsung, secara tak langsung seperti video dan gambar...gambar ketika belum baligh tidak dikira ye...

Berikut adalah formula yang aku buat...aku pun benci matematik tapi formula ini ringkas sahaja...

Bagi SEURAT@SEHELAI@SEUTAS rambut yang ditayangkan secara sengaja pada lelaki ajnabi, akan diseksa dengan digantung badan pada rambutnya dalam neraka sehingga mendidih otak selama 40 tahun.

1 urat rambut= 40 tahun akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia
40 tahun akhirat= 14 600 000 dunia

1 utas, urat, helai=14 600 000 (14 juta 600 ribu tahun)

Dengan menggunakan carian internet, aku tidak perlu menghabiskan masa mengira jumlah rambut yang ada pada manusia...sumber2 internet menyatakan bahawa purata rambut bagi manusia dewasa adalah 100 000 urat, helai, utas...pergh..banyak siot...aku ingat dalam 10 ribu je...rupanya2 seratus ribu...dan purata rambut gugur adalah 100 helai sehari...

Oleh yang demikian...formula kita bersambung lagi...

1 kali tayang= 100 000 helai rambut
1 helai rambut= 14 600 000 tahun kena seksa
100 000 helai rambut= (14 600 000x100 0000)= 1 460 000 000 000 tahun kena seksa

 1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera


Jadi cuba bayangkan dari akil baligh sampai mati tak pernah tutup rambut...aku rasa aku pun pengsan tengok jumlah tahun...tak reti dah nak sebut...huhuhu...

Sebab aku tulis kat sini adalah kerana umat Islam itu bersaudara...jadi aku tak sanggup kalau saudara sendiri terpaksa tanggung azab seksa...aku pun belum tentu lepas dari azab seksa...bukannya aku tak pernah buat dosa...aku bukan nabi...tapi itu bukan jadi penghalang untuk sama2 mengingatkan...

Ayuhlah para muslimat dan mukminat sekalian...selagi pintu taubat masih terbuka...bertaubatlah..masih ada masa lagi hendak berubah...aku sayang korang semua...itu pasal aku tak sanggup biarkan korang terus menerus menempah jumlah hukuman kat akhirat nanti...tapi kalau korang sendiri tak sayang diri...aku tak rugi apa-apa pun...cuma jelas kat situ iman aku belum sempurna kerana tidak menyayangi saudara seagama aku sebagaimana aku sayang diri aku sendiri...

Sepertimana aku nak elak diri aku dari kena azab seksa kat neraka dan azab kubur...seperti itulah aku tak mahu saudara seagama aku kena azab dan seksa...banyak lagi kesempurnaan iman seperti sabar, bersih dan sebagainya...tapi menyayangi saudara seagama adalah tanda-tanda orang beriman...

"Tidak sempurna iman kamu jika tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."


P/s: Aku sayang korang dunia akhirat...walaupun kat dunia korang tak pernah belanja aku makan...tapi aku tetap prihatin...kat akhirat pun kalau korang masuk syurga, terlepas dari seksa...aku yang tulis ini belum tentu lepas dari seksa...hari ini aku macam ni..10 tahun akan datang..aku tak tahu aku ni macam mana...cuma aku berdoa agar ditetapkan iman aku dan iman korang semua...

2 comments:

Syuk Jusoh said...

jumlahnya = BANYAK!!!!!!!!!!!!!

Hady83 said...

Tak mengapa...ramai orang kebal kat sana...kat dunia 10 minit bawah matahari dan mengadu panas...panas matahari tak sampai mendidihkan air...tapi panas kat sana...mendidih otak...berjuta2 tahun mereka boleh je tahan...mereka berjiwa kental...tak macam sesetengah orang tu penakut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...