Rakan Seperjuangan

Friday, July 31, 2009

Aku kena serang

"alah.. menyampah giler aku org yg kuat komen pasal tudung2 ni.. apa ko bajet baguss sgt ke ?? kalo setakat nk pakai tudung perangai cam jahanamm berlambak kt atas muka bumi ni.. bagi korang2 yg rasa bagus pakai tudung, apa korang ingt dh di jamin msk syurga ke? sedarlah diri sket.. adeii.."
>>>>> ini ada org komen..

"(orang yg bagi komen mcm ni gerenti masuk syurga pasal dia bersungguh2 sekali nak pertahan org xbertudung..ape jahil sgt dia ni? bertudung tu hanya sebahagian dari tuntutan agama. xusah nak kata baikla klu ingkar perintah ALLAH ni.klu mcm tu mmg xperlu mahkamah atas dunia ni, pasal hakim tu belum tentu masuk syurga, belum tentu hakim tu baik. klu dah kena aniaya tu, xyahla nak ngadu kat sape2.kita sendiri bertanggungjwab atas diri sendiri. org mcm kat ni ternyata jahil pasal hukum2 agama.xde sapa kata bertudung ni baik, tapi ia adalah tuntutan agama, ditetapkan dlm al quran.apa dia ni xpaham quran ke?)
>>>>>>ini aku cuba jawab..

ok, kalau ko dah rasa bbbaikkk sgtt... aalllimmm sgt.. bbaggusss ssgt, tolong jawap persoalan aku nih.. aku tgk skrg ni, dah ramai betina2 yang pakai tudung ayu cantik tapi 'kOp*k" tersembul keluar dah byk menghiasi byk2 website porno. lagi satu, yang byk masalah sosial skrg ni.. semua dalam kalangan yg pakai tudung.. apa kau yg rraassaaa bbaaggusss aallliimm sgt tu.. mmg dh conpirm masuk syurga sbb mereka pakai tudung..? walaweyy.. pakaii tudung tu hanya nk mencari adat sahaja.. bukan apa2 pun. aku lebey suka kalau seseorang wanita tu.. cantik luar dan dalam. yg penting dalaman. hati baik. reti hormat orang tua, tahu adab sopan,dan yg penting tahu jaga kehormatan diri. itu dah cukup. kalau betudung, itu sudah 1 bonus. aku tgk skrg ni, berlambakkk berderett betina2 pakai tudung tp berkepit dgn jantan di usung di sana sini. habis pakaii buang!.. hah?! bajet baguss konon! jahil sejahil aku pun, xderlah aku tgk luaran shj. so, ko yg alim tu.. apa lg.. jawaaappp lew!! ahaks2

>>>>ini aku dihentam balik...

yg ikhlas,
xxxxx xxxxx

kpd yg 'ust' yg bajet bagus. ahaks2"

P/s: aku dah mula perang2 komen kat blog2 lain..tapi xberani guna nama sendiri..pasal aku xcukup sabar dan xcukup berani..

Dakwah tetap dakwah

Tadi sebelum khutbah jumaat..ada sorang pendakwah telah mmpromosikan buku2nya sambil menceritakan pengalaman dia menjalankan aktiviti2 dakwah.. dia telah menolak tawaran utk menjadi pensyarah di universiti kerana sayangkan aktiviti2 dakwahnya..dia merupakan bekas seorang kristian dan sejak dia masuk islam, dia telah berjaya mengislamkan lebih 4000 org..syukurlah tuhan bagi dia kelebihan nak dakwah org masuk islam..aku ni pun setakat ni belum mampu mengislamkan sape2..mgkin cara aku masih belum sempurna..

Dalam pada tu, aku cukup tertarik dgn kenyataan pendakwah yg berasal dari sabah ni..dia kata org kita sekarang ni dah terlalu moden hingga lupa tanggungjwab menyebarkan dakwah..melupakan tugas kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini..telah melupakan betapa pentingnya kita menyebarkan fahaman islam bagi mengelakkan prasangka yg tidak baik terhadap ajaran islam..dia kata, org sekarang ni hanya pergi keje, balik keje, tido, esok g keje lagi, hujung2 minggu pergi shopping dgn anak2 dan isteri..hingga tiada masa utk melakukan dakwah..

Ya, itulah hujah yang aku cari selama ni..aku bukan anti moden tapi aku anti org yg melupakan islam demi dunia...org moden ni hanya anggap tugas2 dakwah ni hanya patut dilakukan oleh pendakwah2, ustaz2 dan ulama2..maknanya org keje pejabat atau keje yg xde kaitan dengan agama ni xperlu nak dakwah..byk cantik? hehehe..

Mmg rata2 umat islam sekarang macam tulah..jgn kata nak luangkan masa berdakwah..nak g dgr kuliyah atau syarahan agama pun liat..lebih suka duk rumah dgn keluarga..tgk tv citer2 yg seram, gameshow, nyanyian dan segala mcm mak nenek yg tersedia kat depan tv tu..hehehe..sapelah nak tgk rancangan ehwal islam yg keudara seminggu sekali tu..rancangan halaqah dan al kuliyyah tu...tajuk pun kadang2 xmenarik..tgk drama korea lagi bagus..xpun tgk drama indonesia yg kadang2 terlalu mengarut tu..ade ke bunuh hero bunuh diri atas kubur? pastu roh dia jupe kekasih dia..nak muntah aku tgk..huhu...

Time dia khutbah pulak..ada sebut pasal makanan2 yg syubhah atau diragui halal haram puncanya atau bahan2 dlmnya..menurutnya..makanan2 yg seperti ini yg jadikan hati umat islam ni gelap..xmau terima kebenaran, xmau terima islam, benci bila nak kaitkan sesuatu dgn islam(yg ni aku tambah)...

P/s: mmg bagus jika ada tazkirah sebelum khutbah jumaat...sebab masa khutbah separuh dari jemaah tu dah tido..yg datang awal ni biasanya mmg mahukan pahala lebih..so jika ada tazkirah, mmg molek sangatla..huhu..

Wednesday, July 29, 2009

Kelebihan Istighfar

Aku sendiri dah lupa sama ada aku dah sebut pasal ni dlam entry2 aku sebelum ni..tapi kalau dah sebut pun apa salahnya...

ceritanya pada tahun 2007, aku bukak tv, ada rancangan larut malam yg mmg dah kul 2 atau 3 pagi kat tv1..xlain xbukan rancangan keagamaan la..time tu ada mufti atau timbalan mufti negeri mana pun aku dah xigt..aku cuma igt pesan dia je..

Dia pesan, jika kita menghadapi masalah yg bg kita dah xde jalan keluar..kita mmg dah buntu pikir penyelesaian tapi masih xdpt lepas..maka kita digalakkan utk BERISTIGHFAR sebanyak paling kurang pun 70 (tujuh puluh) kali sehari..aku pun masuk tido la lepas tu kot..

Masa berlalu dan aku masih ingat pesan org tu, time aku ada masalah yg besar..aku hanya berharap pada ALLAH sahaja dan aku pun beristighfar dengan byknya..tapi yg menariknya..ALHAMDULILLAH..syukur yg amat kerana aku berjaya mengharungi semua masalah tu..kadang2 dengan cara yg misteri dan xpernah tercapai dek akalku yg singkat ini..tapi aku pun mcm org lain juga..dah senang sket mula lupakan tuhan..time susah baru igt tuhan..tapi setakat ini..cara beristighfar sekurang2nya 70 kali sehari tidak pernah mengecewakan aku..

Ada jugak aku pesan pada mmber2 lain..tapi aku xsurela depa amal ke tidak..cuma aku nak nyatakan disini...ALLAH maha kuasa...mintalah pertolongan dari ALLAH dengan sabar dan mengerjakan solat..jgnla mintak hari ni esok nak dpt terus..huhu..

P/S: sekian sahaja ilmu yg aku nak kongsi di pagi yg berbahagia ni..diakhiri dgn "DOA ITU ADALAH SENJATA PALING HEBAT BAGI UMAT ISLAM"

Tuesday, July 28, 2009

Kau macam Yahudi, macam Nasrani

Nabi kita dah banyak kali sebut pasal yahudi nasrani ni, dua golongan yg akan memusuhi umat Islam, tidak akan redha pada ajaran Islam, sampai hari kiamat. yahudi dan nasrani(kristian) ini akan menjadi ikutan umat Islam pada akhir zaman, segala tindak tanduk yahudi dan nasrani akan turut diikuti oleh umat Islam, nabi beri contoh, jika yahudi dan nasrani masuk dalam lubang biawak yg kecil dan jijik itu pun, umat Islam akan ikut sama masuk dlm lubang biawak..nak tunjuk betapa bodoh dan jahilnya umat Islam akhir zaman, xmahu dah ikut Quran Sunnah, tapi lebih rela ikut yahudi dan nasrani.

Kebencian nabi pada golongan ini terserlah apabila nabi sendiri mahu menghalau semua org yahudi dan nasrani dari tanah arab. kerana yahudi dan nasrani ni sudah tidak boleh dibawa berunding. selalu tikam belakang.

Tiap2 hari dlm 17 rakaat sembahyang kita mintak doa agar kita tidak mengikut jejak yahudi dan nasrani.iaitu dalam surah Al Fatihah yg menjadi rukun solat:

"Tunjukkanlah kami jalan yg lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai(YAHUDI), dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat(NASRANI).

golongan yahudi adalah golongan yg paling dimurkai oleh ALLAH, golongan ini pernah mmbunuh Nabi Yahya dan Nabi Zakaria, mahu mmbunuh Nabi Isa, meracuni Nabi Muhammad..dan golongan ini juga yg telah mengaku membunuh seramai 30 org nabi dalam hari yg sama.

golongan Nasrani pulak sesat pasal mereka ni anggap Nabi Isa tu anak tuhan dan dari dulu golongan ini menjadi kuda tunggangan org Yahudi.

Antara perbuatan2 yg mengikut cara yahudi dan nasrani:

1. Sambutan harijadi xlengkap tanpa kek, lilin, dan nyanyian.
2. Berpakaian hitam ketika berlaku kematian
3. Pakai tanda pada tubuh atau melilit sesuatu pada badan tanda berkabung
4. Meletakkan kalungan bunga, menghormati, tabik pada patung2, tugu dan sebagainya
5. Sekadar bertafakur bg mengingati kematian
6. Bermegah2 dan menunjuk2 kemewahan pada majlis perkahwinan
7. Memakai pakaian ala2 nasrani dan ritual2 ala nasrani seperti acara memotong kek dan sebagainya
8. Membina binaan indah pada kubur, dah macam kubur agama lain
9. Meletakkan kalungan bunga pada kubur
10. Undang2 yg berasal dari yahudi dan nasrani
11. Melantik org yahudi sebagai penasihat kewangan
12. Riba yg sudah menjadi darah daging dan dilindungi undang2 di negara Islam
13. Beramal sebahagian(solat,puasa) dan kufur pada sebahagian(ekonomi, undang2)
14. Mahkamah yg tetapkan penceraian, cerai kat rumah kena denda

Banyak lagilah yg akan menjadi lumrah bg umat Islam, tapi yang hairan bila kita cakap "Kau ni macam YAHUDI, mcm NASRANI"..pasti dia marah..mcm kita kata kat pencuri "Kau ni pencuri"..pencuri itu pun marah..inilah realiti umat islam sekarang, cukup marah bila kita cakap mereka sama mcm yahudi nasrani, tapi perbuatan mereka tu jelas mengikut yahudi nasrani..cara berpakaian anak2 muda Islam, mengikut cara pemakaian org yahudi dan nasrani..mewarnakan rambut, lelaki pakai subang, rantai, gelang..mendedahkan aurat dan sebagainya..malu utk berpakaian yg dianjurkan oleh Islam.

Sudah xjauh beza cara hidup org Islam sekarang dgn cara hidup golongan yahudi nasrani, baik dari segi pakaian, ekonomi, perundangan, perayaan, kematian dan sebagainya..

P/s: pendek kata, ramai umat Islam menganggap:

Andai kata hukum datang dari Islam, ia membebankan.
Andai kata hukum datang dari Quran, ia xboleh dipercayai, kejam dan sebagainya.
Andai kata hukum datang dari Sunnah, tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang.

Kepupusan Ulamak Vs Kepupusan Artis

Antara tanda2 berlakunya kiamat adalah ILMU DIANGKAT...ape maksudnya? diangkat dijulang atau ditarik balik? sudah tentu jawapannya ilmu agama ditarik balik..ditarik balik ni dalam bentuk kematian para ulama dan ilmuan Islam...kematian para Ustaz dan mereka yg bergiat cergas dalam menyebarkan ilmu2 Islam..

Zaman sekarang ni tgk ajelah berapa ramai ibubapa yg sanggup hantar anak mereka ke maahad tahfiz, hantar anak mereka ke sekolah agama? berbanding ibubapa yg hantar anak mereka ke sekolah elit agar anak2 ini menjadi jurutera, doktor, dan sebagainya..

Zaman lepas sekolah pulak, berapa ramai anak2 muda yg memilih utk mendalami ilmu agama dipondok2 dan menghadiri ceramah agama, menadah kitab dan mencari guru2 agama untuk mendalami ilmu agama..berbanding anak2 muda yg mencari hiburan, dan yang paling xtahan sekali adalah menjadi artis, termasuklah penyanyi ke, model ke, pelakon ke ape ke, janji berkait dgn dunia glamour..ditambah pula dengan sokongan ahli keluarga, mak ayah atuk nenek sume pakat sokong depa jadi artis...sanggup mengeluarkan belanja sendiri nak sokong agar depa budak2 muda ni jadi artis..hehehe..bila kita lihat, ini adalah org2 Islam, mak pakai tudung apa suma..kalau org bukan Islam tu lantak depalah kan?

Nak hadir majlis2 agama jauh sekali budak2 muda ni, yg kita nmpak sume dah tua2 pencen yg duk menadah kitab...budak2 muda sibuk nak jadi artis...dunia yg popular, satu negara kenal..berbanding dgn para Ustaz yg selalu dipandang serong oleh org islam sendiri...sampaikan nampak ustaz pun lari..takut kena dakwah, takut kena ajak g masjid..hehehe...

Berbalik pada tajuk utama aku, tanda2 kiamat antaranya kematian para Ulama yg menjadi rujukan umat Islam..kematian ulama2 yg mmpu tulis kitab berjilid2..ulama sekarang ni berapa kerat je yg mampu tulis kitab2 utk rujukan umat Islam..ramai ustaz sekarang ni duk baca je ape yg telah dikarang oleh ulama2 terdahulu..tapi tidak mampu nak mengarang kitab yg tebal2 dan menjadi rujukan umat Islam..kalau kat malaysia ni berapa kerat je yg mampu hasilkan kitab seperti kitab BAHRUL MAAZI, kitab syarahan imam Syafie sebanyak 23 jilid(klu xsilap)...

inilah yg dimaksudkan ilmu diangkat, maknanya kita semakin kekurangan tokoh2 agama, tokoh2 seperti imam2 terdahulu...sekarang ni, rujukan utama puak sunni adalah Sheikh AL Azhar..cuma dia sorang je..pasal ilmu dia agak tinggi..kalau ada tokoh lain pun, tidak diberi liputan meluas...

Sekarang ni dunia pun digegarkan dgn kematian artis2 bertaraf dunia, Michael Jackson antaranya yg kematiannya diratapi oleh umat Islam sendiri...ade ke patut? ape sumbangan MJ tu pada umat Islam, sampai kita pun turut bersedih...mmg gila lah jika kita xbersedih atas kematian org alim, tokoh2 Islam, tapi kita cukup sedih dengar MJ meninggal..inilah tanda2 kiamat tu..ilmu diangkat, org Islam xkisah dah xnak ambil tahu siapa ulama2 terkenal kat dunia ni, tapi artis2 yg bukan Islam tu, kita usaha nak cari hasil karya mereka, disanjung2 bagai pejuang Islam..

Kat Malaysia baru2 ni dikejutkan dgn kematian yasmin ahmad, baru je..tapi lihatlah, satu negara terasa kehilangan, tiada pengganti, pengarah kreatif, berbakat besar dan segala jenis pujian..aku bukan anti dia, tapi aku heran, kenapa umat Islam ni jadi lagu tu?Yasmin ni bukan ulama besar, bukan penceramah agama, bukan pendakwah bebas, tapi merupakan seorang artis,yg pernah satu ketika, ada mufti yg xpuas hati dgn dia..bukan niat nak aibkan simati, bukan platform yg baik aku nak jelaskan disini..kerana aku tahu xramai yg open minded..tapi mcmna nak dikatakan baik jika seumur hidup jarang nampak ke masjid atau ke surau..kadangkala kita perlu juga buka aib seseorang agar perbuatan yg tidak baik itu tidak diikut oleh org lain..contoh jiran kita yg kita sedia maklum xpenah g solat jumaat, lepas mati org tanya mcmna dia ketika hidup..kita xkan nak ckp jiran kita tu baik..seolah2 kita ni bersubahat pulak..tapi org kita ni pantang jika kita aibkan org mati...kuat giler pada pesan nabi, tapi maklumlah, kita ni bukan tinggi mana pun ilmu, sebab tu cepat melatah..kita cuma pakai hadis tapi kita xkaji ketika mana hadis tu diturunkan...

Dah byk aku kritik ni, tapi aku tahu berapa kerat je yg baca sampai tahap ni...aku cuma xpuas hati tgk media2 kat malaysia ni melebih2 bg penghargaan pada artis2 ni.bukan aku dengki pada artis, tapi kita sedia maklum dunia artis ni..agak2 kalau debat dengan ustaz, nangis2 la artis ni kot..mcm kes fauziah nawi dulu ketika rancangan fenomena seni..menangis dia bila tahu punca rezeki dia duk tanggung keluarga selama ini adalah dari punca yg tidak elok..dia berlakon jadi ibu, berpeluk2 dgn lelaki yg bukan anak dia..bukan ke itu haram?

Aku rasa kita suma setuju bahawa kita lebih utamakan artis dari ulama...dalilnya jika kita tahu ada artis datang kampung kita, satu kampung berpusu2 nak tgk..tapi kalau ustaz yg masuk mahu mengajar kitab...cuma yg tua2 yg dah pencen2 je pegi tgk kot..better duk rumah tgk tv...ini adalah realiti masyarakat sekarang, kita xkisah jika kita dan keluarga kita jahil hukum agama, yg penting kita xjahil dlm dunia hiburan..yg penting kita berbangga dpt bergambar atau bersalam atau dpat autograf dari artis pujaan kita...

Dekat tv pulak mcm2 rancangan yg dibuat utk melahirkan bakal2 artis, rancangan agama pun ada, pukul 6.30 petang, pukul 3 pagi..time tu mmg berapa kerat je yg tgk..nama saje Islam tapi tulah, kita ni makin dilalaikan..berapa ramai diantara kita sanggup bersekang mata mengaji kitab2 agama..baca jawi pun tersekat2..yg rumi pun malas nak baca..tapi majalah hiburan tiap2 bulan xmiss beli..hahaha..adoila..sedarlah wahai umat islam akhir zaman..sesungguhnya dunia ini hanya jambatan ke akhirat...

Suka aku nyatakan dunia dan akhirat dalam perumpamaan berikut...

Dunia ni ibarat pulau yg bakal tenggelam, setiap org dibekalkan dengan sebuah bot yg boleh dikiaskan sebagai amalan baik, dan kita menuju ke tanah besar yg boleh kiaskan sebagai akhirat...mereka yg cerdik adalah mereka yg mmpersiapkan bot(amalan baik) utk menuju ke tanah besar(akhirat)..mereka akan memenuhkan bot mereka dengan bekalan(ibadat2 sunat) agar perjalanan mereka ke tanah besar tiada masalah..ini kerana mereka tidak pasti bila pulau itu akan tenggelam, tapi mereka pasti pulau itu akan tenggelam..ibarat org yg bodoh adalah mereka yg tidak mempersiapkan bot mereka dan tidak mengisi bekalan kedalam bot mereka, padahal mereka tahu suatu masa mereka akan menggunakan bot itu utk ke tanah besar...mcm kita kat dunia ni dah tahu, kita semua akan mati, tapi tetap liat nak siapkan bekalan utk hari akhirat..kita asyik bertangguh sahaja..jika ada sesiapa yg mengingatkan kita pasal akhirat, kita anggap mereka ni mundur dan menolak kemajuan...kita sangka buruk pada mereka..


P/s: cukuplah utk kali ini..bg mereka yg belum sedar2 lagi tu..sedarkanlah diri..maut datang tanpa dijemput...sekarang ni byk kes mati mengejut..ditambah pula kes H1N1..huhu..

Saturday, July 25, 2009

Umat Islam dibutakan



Awal bulan ini..satu dunia meratapi kematian seorang raja pop..bukak tv je ada berita pasal kematian raja pop..bukak radio je sume lagu2 dia..time pengebumian pulak disambut mcm pesta..tapi berapa ramai umat islam yg tahu pasal kisah seorang wanita islam yg ditikam sebanyak 18 kali dalam mahkamah di Jerman..aku ulang, dlm mahkamah tu..bukan dibelakang lorong gelap..ditikam 18 kali tanpa dihalang oleh sape2 pun..suami dia yg nak tolong pulak ditembak oleh polis dlm mahkamah tu dgn alasan tersalah tembak..dahla muslimat ni mati setelah 18 kali ditikam, suami dia yg turut ditikam 3 kali pulak ditembak polis..

Seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!


Allahyarhamah telah menang dalam kes ini dan jirannya dikehendaki mmbayar denda 2500..namun selepas itu jirannya terus menikam Allahyarhamah dikhalayak ramai di dalam mahkamah yg sama..

Lihatlah dunia, sedarlah wahai umat Islam sekalian, kita xleh nak harap pada mahkamah ciptaan manusia, kita xleh nak bergantung pada org bukan Islam utk mmbela kita..

tapi apa nak buat..umat Islam sendiri pandang hina pada hukum Islam..

P/s: umat islam di selatan thai ditembak didalam masjid, umat islam di iraq ditembak didlam masjid, umat islam di china ditembak di hadapan masjid..tapi apakah tindakan negara2 islam..pemimpin2 negara yg mengaku dia pemimpin islam?buat bodo je..bukan negara dia..inikah pemimpin yg kita nak bergantung harap?

Friday, July 24, 2009

Cara Paling Ringkas Solat Jenazah

Solat jenazah ada tergolong dalam fardhu kifayah..xdiwajibkan atas semua org..tapi klu tiada sorang pun yg melakukannya maka semua akan menanggung dosa..

solat ini amat mudah sekali utk dilaksanakan..namun begitu kita haruslah berusaha lebih gigih utk menghafal doa2 yg terkandung dlm solat jenazah..

solat jenazah adalah berbeza bg lelaki, perempuan dan kanak2 belum baligh..

Mula2 Niat: sahaja aku solat bg simati ini empat takbir fardhu kifayah kerana ALLAH Taala.
(niat dlm bahasa arab agak rumit, so bg yg mula2 nak berjinak2 tu, buleh je niat dlm bahasa melayu, bukannya wajib niat dlm bahasa arab)

Lepas niat angkat takbir pertama dan lepas takbir pertama baca surah AL Fatihah..

Lepas selesai AL Fatihah, angkat takbir utk kali kedua, lepas tu baca selawat keatas Nabi sekurang2nya ALLAHUMMASOLLIALA MUHAMMAD(sory tulis rumi), bagi yg advance buleh baca selawat mcm dlm tahiyyat akhir sampai Fillalamina innaka hamiidummajid(sory tulis rumi)

Lepas abih selawat angkat takbir utk kali ketiga dan bacalah doa yg ringkas ini iaitu
ALLAHUMMAGHFIR LAHU(bagi mayat lelaki) dan ALLAHUMMAGHFIR LAHA(bg mayat perempuan) dan bg kanak2 belum baligh kita mintak diampunkan kedua ibubapanya...

Lepas tu angkat takbir utk kali keempat, klu xmau baca apa2 pun xpe lepas takbir keempat ni..buleh je terus bg salam...

Solat jenazah ni berdiri je..xde rukuk dan sujud..

Bagi mereka yg nak belajar lebih lagi..sila klik pada link ni..

Apa yg aku tulis kat atas tu adalah cara paling ringkas bg mereka yg baru nak belajar..dan aku dgr sume tu dari kuliyah agama ustaz Azhar Idrus, bukan aku saja2 reka..huhu..

P/s: lepas ni harap2 xdelah alasan kita xmau solat jenazah pasal xreti..bukan ape pun, senang sgt nak mengerjakan solat jenazah ni..Wallahua'lam..

Monday, July 20, 2009

Badi Mayat

Assalamualaikum ustaz..

kali ni saya nak tanya pasal adat yg pelik yg masih berlaku di kalangan masyarakat melayu Islam di malaysia ni..ini berkenaan dengan BADI MAYAT..

Saya baru2 ni terdengar pasal cara2 yg pelik untuk mengelakkan dari terkena badi mayat..sy mendapat tahu bahawa org yg memandikan jenazah perlu menggunakan ABU DAPUR selepas memandikan mayat bagi mengelakkan dari terkena badi mayat..

saya amat terkejut mendengar tentang perkara ini dan saya mengambil keputusan untuk bertanya perkara ini kepada ustaz..adakah perkara seperti badi mayat ni ada dlm Islam?

Sekian, terima kasih byk2 ustaz kerana sudi menjawab soalan2 saya sebelum ni...

_______________________________________________________________________________________

Jawapan Ustaz Azhar Idrus seperti berikut:

w.salam

Tidak ada sebarang suruhan agama kepada tukang mandi mayat menggunakan abu dapur utk mengelakkan terkena badi mayat.

Apa yang datang didalam hadith ialah Nabi saw menyuruh tukang mandi maya melakukan mandi sunat selepas memandikan mayat.

Ia hanya kepercayaan masyarakat melayu sahaja.


wallahua'lam
_____________________________________________________________________________________

P/s: entah dari mana org melayu kita duk sibuk pasal badi mayat ni?takutlah pada azab kubur..yg duk takut kat badi mayat tu ape kes?

Tuesday, July 14, 2009

Hukum derma organ dan bedah siasat

Aku dah tanya perkara ni pada ustaz azhar idrus menerusi forum digital mukmin..ini dia soalan aku
___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum Ustaz...

Tadi ada non muslim tanya saya kenapa org Islam xdibenarkan derma organ...dulu saya pernah dgr melalui vcd ustaz bahawa derma organ bg org yang dah mati tu xboleh...pasal organ kita ni bukan hak kita tapi cuma dipinjamkan kepada kita..lagi satu setahu saya org yg sudah mati masih boleh merasa sakit..

Syeikh Yusuf Al-Qardawi pun cakap buleh derma organ selepas mati dgn syarat xberikan pada org kafir dan murtad..saya terus jadi keliru yg amat...apapun saya berpegang kepada org mati masih boleh merasa sakit...jadi xpatutla bedah badan mereka yg dah mati ni...

Ape pendapat ustaz, mufti johor noh gadut dan mufti wilayah hasyim yahya dan fatwa buleh derma organ selepas mati...dan dianggap sedekah pulak..

Bagaimana pulak hadis nabi yg larang kita mengasari mayat.."mematahkan tulang org yg sudah mati adalah sama seperti mematahkan tulang org hidup"...ilmu saya xbanyak Ustaz, saya xtahu ini hadis sahih ke, dhaif ke palsu ke..

Dari logik akal, mmg org mati xkan rasa sakit..dari logik akal lagi, org hidup xkisah bedah mayat pasal xpenah ade simati mengadu sakit ketika dibedah...ada pendapat kata derma organ ni mcm darurat juga(mcm dibenar makan babi nak selamatkan nyawa)...adapun derma organ org hidup ni rasanya xde masalah asal xmudarat...persoalannya adalah derma organ simati..meskipun simati dan pesan agar organnya didermakan, tapi badan kita ni bukan milik kita kan? lepas mati kena kembalikan ke tanah juga..

Harap Ustaz dapat jelaskan perkara yg penah jadi isu besar ini iaitu derma organ org yg telah mati dan hukum bedah siasat nak tahu punca kematian..saya yakin Ustaz dapat memberikan jawapan pada persoalan ini utk menyelesaikan kekeliruan semua pihak InsyaAllah...

Akhir sekali saya mintak maaf kerana tulis agak panjang..saya akan muatkan dlm blog saya jika Ustaz sudah mmberikan penjelasan...saya xberani nak buat hukum sendiri..ilmu saya xbanyak..

Sekian, terima kasih...
_____________________________________________________________________________________

demikianlah pulak jawapan dia..aku bukan reka2 tau..

"Saya cenderung kepada pendapat yang mengatakan derma organ hanya diharuskan ketika masih hidup.
Ada pun jika telah mati maka hukumnya adalah haram dan tidak termasuk dharurat sebagaimana kata setengah2 mereka yang mengharuskannya.

Ia sekali2 tidak sama dengan dharurat makan yang haram sebab menyelamatkan nyawa kerana ianya dibenarkan dan ada perintahnya didalam Al-Quran.

Manakala mengambil organ mayat jelas diharamkan dalam hadith soheh yang melarang menyakiti mayat.

Jika mengambil organ mayat dikira memberi menafaat kepada org yang hidup maka semua mayat hendaklah dimabil organ mereka disebabkan orang hidup terlalu ramai yang menderita berbagai penyakit.

wallahua'lam"
_____________________________________________________________________________________

P/s: malas aku nak hurai panjang lebar.yg pasti kita yg hidup ni xkan dpat nak pastikan samaada org yg dah mati tu rasa sakit..tapi sebagai org islam kita ada hadis sahih daripada nabi kita yg menjelaskan bahawa org yg dah mati tu tetap berasa sakit..tapi ape nak buat, kajian sains belum lagi dapat buktikan tentang roh kita..tentang nyawa kita..kat mana nyawa kita..tapi kita dah berani tanggung risiko sanggup bedah lepas mati.hehehee...

Lu pikirlah Sendiri (Pinjam ayat Nabil)

Buat kesekian kalinya ini aku rasa aku nak tulis pasal ape yg aku kaji tatkala aku menghabiskan satu semester tanpa buat ape2..aku guna masa yg baik itu untuk aku mengenal diri dan dunia..hahahaha...ini gara2 aku mempunyai sambungan internet 24 jam sehari..dahla pakai PC(mmber aku punya)..mmg aku all out la guna intenet ni...

First yg aku kaji adalah kes yg mendatangkan fitnah yg besar kepada umat islam seluruh dunia pada tahun 2001 iaitu kes 911..serangan keatas amerika pada sembilan september itu dikatakan dilakukan oleh militan islam yg diketuai osama bin laden, ketua pergerakan al qaeda..

dengan menggunakan semua kepakaran yg ada, aku cari sume video2 kat intenet yg berkait pasal kes 911..bukan tgk saja tapi siap donlod lagi..hahaha..mmg byk giler video pasal 911 kat intenet..video yg dihasilkan oleh rakyat amerika sendiri..bukan satu tapi byk..cuma kena faham bahasa inggeris la..

kesimpulan ringkas yg boleh dibuat ialah ia merupakan konspirasi oleh kerajaan amerika sendiri..maybe aku tgk dari satu pihak saja namun bukti yg dikemukakan sudah jelas..sudah terang lagi bersuluh katakan..lepas tu baru aku sedar betapa media2 kat negara ni belum cukup meluas liputannya pasal kes tu..

walaupun kes tu dah lama berlalu tapi ia masih lagi menjadi isu yg besar..satu dunia terburu2 menuduh pejuang islam yg bertanggungjawab tapi hakikatnya ia adalah konspirasi yg ada kekurangannya sendiri..tapi malang bagi umat islam masih xtahu hakikat yg sebenarnya..salah siapa?

Ditambah dengan rasa benci yg meluat2..aku tukar tajuk lain..isu mendarat dibulan pada akhir tahun 60an..ini lagi satu konspirasi yg paling besar oleh amerika..ketahuilah bahawa tiada siapa pun buat masa ini dah mendarat dibulan..ini didedahkan sendiri oleh saintis dan aktivis yg bersungguh2 menyiasat perkara ini..suatu perkara yg dianggap mustahil pada ketika ini, mcmna boleh berlaku pada tahun 60 an..ternyata satu dunia dah kena tipu...

amerika mmg sebuah negara yg hebat, hebat dengan penipuan, konspirasi dan kelicikan..yg peliknya, xramai yg tahu pasal tu..org cuma ambil sikap endah x endah je..klu ikutkan bukanlah hebat mana pun negara amerika ni..org kata amerika hebat pasal yahudi..maybe betul tapi menurut pemerhatian aku, amerika hebat kerana kekejaman dan penipuan mereka..sampaikan UFO pun asyik mendarat disana..teknologi mereka pun hebat..

amerika mempunyai senjata terhebat dlm sejarah..pertama sekali diguna pada tahun 1945 utk mengebom jepun..tapi jepun ni entah ape motifnya, masih berbaik dengan amerika..oklah tu, bukan amerika bom negara kita..xperlu kita nak ambil hati..hahahaha...

aku nak tulis panjang2 dan detail pun malas..nnti siap satu tesis bertaraf PHD..pasal terlalu byk fakta yg jelas dan bukti yg nyata..video menunjukkan pola runtuhan WTC sama dengan pola runtuhan bangunan secara terkawal..angkasawan yg mengaku pernah mendarat dibulan mengelak dan dari apabila disuruh bersumpah atas kitab Bible dan byk lagi fakta yg buleh buat kita sakit hati..

sakit hati kerana kita begitu mudah ditipu sebelum ini..betapa bodohnya kita, percaya tanpa kajian yg mendalam..umat islam sekarang lagi malang, menjadi mangsa atas jenayah yg xde kena mengena dgn islam..smpai org islam sendiri xmahu ikut cara islam..

P/s:cukuplah utk kali ini..lain kali ada masa aku sambung lagi..aku kena fokus pada tesis sarjana aku yg belum siap lagi ni..huhu..

Wednesday, July 8, 2009

Perihal Tahlil aka kenduri untuk si mati

Dalam salah satu daripada entri kat forumdigitalmukmin

ada sorang hamba Allah yg tanya pasal permasalahan tahlil..aku pun nak juga tahu pasal perkara ni..sekarang ni mmg byk kes org mati..mmg kebelakangan ni kerap je aku dgr org mati..org dekat dgn aku atau org dekat dgn mmber2 aku..

masalah kenduri tahlil ni timbul apabila org sekarang ni dah mula nak ambil tahu pasal hukum2 dan nas2 bg setiap amalan yg dilakukan spt amalan tahlil dan talqin..ustaz azhar telah menjawab seperti berikut:
_____________________________________________________________________________________

Tahlil tidak ada nas yang menyebut dengan jelas.
Ia berasal dari amalan umat Islam di Yaman pada zaman salafu solih.
Walau bagaimana pun tidak ada nas pula yang melarangnya.

Olih itu siapa yang nak buat silakan dan siapa yang tak nak buat pun tidak menjadi kesalahan.

Ikhtiar membantu si mati tidak semestinya dengan tahlil bahkan boleh dengan apa jua amalan akhirat yang dilakukan seperti bersedekah, berzikir dan seumpamanya.

Jika nak buat kena jaga syarat2 berikut :

- Jangan diiktikadkan ianya adalah sunnah dan suatu kewajipan.
- Jangan ditentukan dengan bilangan hari seperti 3 hari atau 7 hari atau 100 hari.
- Tuan rumah berniat menghadiahkan pahalanya kepada simati bukan semata2 adat sahaja.
- Tidak memakai harta simati jika ada waris yang masih kecil.
- Para hadirin pula bukan bertujuan untuk makan tetapi untuk menolong simati.

Puak yang menghukumkan sebagai sesat pula adalah salah kerana memakai zohir hadith sahaja.

Suatu hari seorang lelaki bertanya kepada nabi saw adakah bolih ia bersedekah kepada ayahnya yang telah mati maka jawab Nabi saw : Ya. Boleh dengan memberi orang2 minum air.

Olih itu jika dibuat jamuan kepada tetamu yang hadir dengan niat sedekah pahalanya kepada simati maka hukumnya adalah harus kerana berdalil dengan hadith tersebut.

Rujukan : Kitab Fatawa Syeikh Nasr farid Wajdi Bekas Mufti Besar Negeri Mesir
_____________________________________________________________________________________

P/s: bg aku adalah lebih baik bagi kita belajar ilmu2 agama agar kita lebih mudah buat pertimbangan..lebih mudah bg kita nak tentukan halal haram..xrugi belajar ilmu agama ni..

Iklan lagi

aku dah xsure ape yg mahu aku tulis ni. nak tulis isu berat2 nnti ade yg terasa..cuma aku nak ckp buat masa ni aku rehat sebentar..aku cuma duk perang2 komen dalam blog atau laman web yg aku anggap memandang rendah pada hukum islam..aku ni bukan terer mana pun tapi aku cuma nak uji setakat mana aku mmpu berlawan hujah dgn mereka yg konon mengaku islam ni..

bg mereka yg xjemu2 lawat blog aku ni, aku harap agar jgn stop klik kat blog aku..klu lupa url, taip je hady83 kat mana2 search bar atau search engine..aku pasti kandungan blog aku ni dpat bantu mereka2 yg ragu2 pasal hukum2 agama..lagi sekali aku nak ckp, aku ni bukan terer sgt pun, tapi niat aku cuma satu je, nak menyedarkan aku dan mereka2 disekeliling aku..

kadang2 terpikir jugak agar blog aku ni terus hidup wlaupun aku dah mati..buleh gak jadi rujukan org..harap2 aku pun dpat syer..ilmu yg bermanfaat...maklumlah sekarang ni musim mati mengejut dan musim virus binatang..paling baru selesema babi yg xde vaksin..klu org ckp itu virus AIDS, pasti bankrap airport2 kat dunia ni..apepun harap2 kita org islam yg xpenah sentuh babi ni akan terselamat dari bala tuhan ni..

P/s: hairan tgk org2 islam yg xpenah sentuh babi terpaksa berkawal kat airport2 kat negara ni..merekalah org yg berisiko dpt jangkitan, padahal seumur hidup xpenah sentuh babi..pikir2kanlah ye...nape xletak yg bersekongkol dengan babi je berkawal? jwabnya pasal kita ni baik xbertempat..hehehe..maafla klu terasa..maybe better org islam yg berkawal, pasal kita percya org islam xkan buat sambil lewa kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...