Rakan Seperjuangan

Tuesday, July 28, 2009

Kepupusan Ulamak Vs Kepupusan Artis

Antara tanda2 berlakunya kiamat adalah ILMU DIANGKAT...ape maksudnya? diangkat dijulang atau ditarik balik? sudah tentu jawapannya ilmu agama ditarik balik..ditarik balik ni dalam bentuk kematian para ulama dan ilmuan Islam...kematian para Ustaz dan mereka yg bergiat cergas dalam menyebarkan ilmu2 Islam..

Zaman sekarang ni tgk ajelah berapa ramai ibubapa yg sanggup hantar anak mereka ke maahad tahfiz, hantar anak mereka ke sekolah agama? berbanding ibubapa yg hantar anak mereka ke sekolah elit agar anak2 ini menjadi jurutera, doktor, dan sebagainya..

Zaman lepas sekolah pulak, berapa ramai anak2 muda yg memilih utk mendalami ilmu agama dipondok2 dan menghadiri ceramah agama, menadah kitab dan mencari guru2 agama untuk mendalami ilmu agama..berbanding anak2 muda yg mencari hiburan, dan yang paling xtahan sekali adalah menjadi artis, termasuklah penyanyi ke, model ke, pelakon ke ape ke, janji berkait dgn dunia glamour..ditambah pula dengan sokongan ahli keluarga, mak ayah atuk nenek sume pakat sokong depa jadi artis...sanggup mengeluarkan belanja sendiri nak sokong agar depa budak2 muda ni jadi artis..hehehe..bila kita lihat, ini adalah org2 Islam, mak pakai tudung apa suma..kalau org bukan Islam tu lantak depalah kan?

Nak hadir majlis2 agama jauh sekali budak2 muda ni, yg kita nmpak sume dah tua2 pencen yg duk menadah kitab...budak2 muda sibuk nak jadi artis...dunia yg popular, satu negara kenal..berbanding dgn para Ustaz yg selalu dipandang serong oleh org islam sendiri...sampaikan nampak ustaz pun lari..takut kena dakwah, takut kena ajak g masjid..hehehe...

Berbalik pada tajuk utama aku, tanda2 kiamat antaranya kematian para Ulama yg menjadi rujukan umat Islam..kematian ulama2 yg mmpu tulis kitab berjilid2..ulama sekarang ni berapa kerat je yg mampu tulis kitab2 utk rujukan umat Islam..ramai ustaz sekarang ni duk baca je ape yg telah dikarang oleh ulama2 terdahulu..tapi tidak mampu nak mengarang kitab yg tebal2 dan menjadi rujukan umat Islam..kalau kat malaysia ni berapa kerat je yg mampu hasilkan kitab seperti kitab BAHRUL MAAZI, kitab syarahan imam Syafie sebanyak 23 jilid(klu xsilap)...

inilah yg dimaksudkan ilmu diangkat, maknanya kita semakin kekurangan tokoh2 agama, tokoh2 seperti imam2 terdahulu...sekarang ni, rujukan utama puak sunni adalah Sheikh AL Azhar..cuma dia sorang je..pasal ilmu dia agak tinggi..kalau ada tokoh lain pun, tidak diberi liputan meluas...

Sekarang ni dunia pun digegarkan dgn kematian artis2 bertaraf dunia, Michael Jackson antaranya yg kematiannya diratapi oleh umat Islam sendiri...ade ke patut? ape sumbangan MJ tu pada umat Islam, sampai kita pun turut bersedih...mmg gila lah jika kita xbersedih atas kematian org alim, tokoh2 Islam, tapi kita cukup sedih dengar MJ meninggal..inilah tanda2 kiamat tu..ilmu diangkat, org Islam xkisah dah xnak ambil tahu siapa ulama2 terkenal kat dunia ni, tapi artis2 yg bukan Islam tu, kita usaha nak cari hasil karya mereka, disanjung2 bagai pejuang Islam..

Kat Malaysia baru2 ni dikejutkan dgn kematian yasmin ahmad, baru je..tapi lihatlah, satu negara terasa kehilangan, tiada pengganti, pengarah kreatif, berbakat besar dan segala jenis pujian..aku bukan anti dia, tapi aku heran, kenapa umat Islam ni jadi lagu tu?Yasmin ni bukan ulama besar, bukan penceramah agama, bukan pendakwah bebas, tapi merupakan seorang artis,yg pernah satu ketika, ada mufti yg xpuas hati dgn dia..bukan niat nak aibkan simati, bukan platform yg baik aku nak jelaskan disini..kerana aku tahu xramai yg open minded..tapi mcmna nak dikatakan baik jika seumur hidup jarang nampak ke masjid atau ke surau..kadangkala kita perlu juga buka aib seseorang agar perbuatan yg tidak baik itu tidak diikut oleh org lain..contoh jiran kita yg kita sedia maklum xpenah g solat jumaat, lepas mati org tanya mcmna dia ketika hidup..kita xkan nak ckp jiran kita tu baik..seolah2 kita ni bersubahat pulak..tapi org kita ni pantang jika kita aibkan org mati...kuat giler pada pesan nabi, tapi maklumlah, kita ni bukan tinggi mana pun ilmu, sebab tu cepat melatah..kita cuma pakai hadis tapi kita xkaji ketika mana hadis tu diturunkan...

Dah byk aku kritik ni, tapi aku tahu berapa kerat je yg baca sampai tahap ni...aku cuma xpuas hati tgk media2 kat malaysia ni melebih2 bg penghargaan pada artis2 ni.bukan aku dengki pada artis, tapi kita sedia maklum dunia artis ni..agak2 kalau debat dengan ustaz, nangis2 la artis ni kot..mcm kes fauziah nawi dulu ketika rancangan fenomena seni..menangis dia bila tahu punca rezeki dia duk tanggung keluarga selama ini adalah dari punca yg tidak elok..dia berlakon jadi ibu, berpeluk2 dgn lelaki yg bukan anak dia..bukan ke itu haram?

Aku rasa kita suma setuju bahawa kita lebih utamakan artis dari ulama...dalilnya jika kita tahu ada artis datang kampung kita, satu kampung berpusu2 nak tgk..tapi kalau ustaz yg masuk mahu mengajar kitab...cuma yg tua2 yg dah pencen2 je pegi tgk kot..better duk rumah tgk tv...ini adalah realiti masyarakat sekarang, kita xkisah jika kita dan keluarga kita jahil hukum agama, yg penting kita xjahil dlm dunia hiburan..yg penting kita berbangga dpt bergambar atau bersalam atau dpat autograf dari artis pujaan kita...

Dekat tv pulak mcm2 rancangan yg dibuat utk melahirkan bakal2 artis, rancangan agama pun ada, pukul 6.30 petang, pukul 3 pagi..time tu mmg berapa kerat je yg tgk..nama saje Islam tapi tulah, kita ni makin dilalaikan..berapa ramai diantara kita sanggup bersekang mata mengaji kitab2 agama..baca jawi pun tersekat2..yg rumi pun malas nak baca..tapi majalah hiburan tiap2 bulan xmiss beli..hahaha..adoila..sedarlah wahai umat islam akhir zaman..sesungguhnya dunia ini hanya jambatan ke akhirat...

Suka aku nyatakan dunia dan akhirat dalam perumpamaan berikut...

Dunia ni ibarat pulau yg bakal tenggelam, setiap org dibekalkan dengan sebuah bot yg boleh dikiaskan sebagai amalan baik, dan kita menuju ke tanah besar yg boleh kiaskan sebagai akhirat...mereka yg cerdik adalah mereka yg mmpersiapkan bot(amalan baik) utk menuju ke tanah besar(akhirat)..mereka akan memenuhkan bot mereka dengan bekalan(ibadat2 sunat) agar perjalanan mereka ke tanah besar tiada masalah..ini kerana mereka tidak pasti bila pulau itu akan tenggelam, tapi mereka pasti pulau itu akan tenggelam..ibarat org yg bodoh adalah mereka yg tidak mempersiapkan bot mereka dan tidak mengisi bekalan kedalam bot mereka, padahal mereka tahu suatu masa mereka akan menggunakan bot itu utk ke tanah besar...mcm kita kat dunia ni dah tahu, kita semua akan mati, tapi tetap liat nak siapkan bekalan utk hari akhirat..kita asyik bertangguh sahaja..jika ada sesiapa yg mengingatkan kita pasal akhirat, kita anggap mereka ni mundur dan menolak kemajuan...kita sangka buruk pada mereka..


P/s: cukuplah utk kali ini..bg mereka yg belum sedar2 lagi tu..sedarkanlah diri..maut datang tanpa dijemput...sekarang ni byk kes mati mengejut..ditambah pula kes H1N1..huhu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...