Tadi sebelum khutbah jumaat..ada sorang pendakwah telah mmpromosikan buku2nya sambil menceritakan pengalaman dia menjalankan aktiviti2 dakwah.. dia telah menolak tawaran utk menjadi pensyarah di universiti kerana sayangkan aktiviti2 dakwahnya..dia merupakan bekas seorang kristian dan sejak dia masuk islam, dia telah berjaya mengislamkan lebih 4000 org..syukurlah tuhan bagi dia kelebihan nak dakwah org masuk islam..aku ni pun setakat ni belum mampu mengislamkan sape2..mgkin cara aku masih belum sempurna..
Dalam pada tu, aku cukup tertarik dgn kenyataan pendakwah yg berasal dari sabah ni..dia kata org kita sekarang ni dah terlalu moden hingga lupa tanggungjwab menyebarkan dakwah..melupakan tugas kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini..telah melupakan betapa pentingnya kita menyebarkan fahaman islam bagi mengelakkan prasangka yg tidak baik terhadap ajaran islam..dia kata, org sekarang ni hanya pergi keje, balik keje, tido, esok g keje lagi, hujung2 minggu pergi shopping dgn anak2 dan isteri..hingga tiada masa utk melakukan dakwah..
Ya, itulah hujah yang aku cari selama ni..aku bukan anti moden tapi aku anti org yg melupakan islam demi dunia...org moden ni hanya anggap tugas2 dakwah ni hanya patut dilakukan oleh pendakwah2, ustaz2 dan ulama2..maknanya org keje pejabat atau keje yg xde kaitan dengan agama ni xperlu nak dakwah..byk cantik? hehehe..
Mmg rata2 umat islam sekarang macam tulah..jgn kata nak luangkan masa berdakwah..nak g dgr kuliyah atau syarahan agama pun liat..lebih suka duk rumah dgn keluarga..tgk tv citer2 yg seram, gameshow, nyanyian dan segala mcm mak nenek yg tersedia kat depan tv tu..hehehe..sapelah nak tgk rancangan ehwal islam yg keudara seminggu sekali tu..rancangan halaqah dan al kuliyyah tu...tajuk pun kadang2 xmenarik..tgk drama korea lagi bagus..xpun tgk drama indonesia yg kadang2 terlalu mengarut tu..ade ke bunuh hero bunuh diri atas kubur? pastu roh dia jupe kekasih dia..nak muntah aku tgk..huhu...
Time dia khutbah pulak..ada sebut pasal makanan2 yg syubhah atau diragui halal haram puncanya atau bahan2 dlmnya..menurutnya..makanan2 yg seperti ini yg jadikan hati umat islam ni gelap..xmau terima kebenaran, xmau terima islam, benci bila nak kaitkan sesuatu dgn islam(yg ni aku tambah)...
P/s: mmg bagus jika ada tazkirah sebelum khutbah jumaat...sebab masa khutbah separuh dari jemaah tu dah tido..yg datang awal ni biasanya mmg mahukan pahala lebih..so jika ada tazkirah, mmg molek sangatla..huhu..
3 comments:
ha'a kn..knp eh bila khutbah jumaat jd ngantuk x pasal2..selain dr kesalahan diri sendiri adakah juga kerna sbb khatib bce teks direct 100% menyebabkn kita hlng tumpuan??tp bile tazkirh sblm jumaat ok je dngr.siap leh paham satu-persatu&khusyuk lg.bgs jgk wat tazkirah sblm jumaat..mnta pndpt dr hady83..
mmg ketika khutbah tu syaitan2 akan tiup telinga kita...lagipun tajuk yg kurang menarik dan xsentuh sgt pasal isu semasa pun satu faktor...selain dari mmg dah niat awal2 nak tido masa khutbah...dan suara khatib yg monotonous pun menjadi faktor...selain itu, keletihan pasal kerja dan tabiat makan nasi sebelum g mesjid pun boleh jadi punca mengantuk...dan akhir sekali...mmg kita ni xkisah khutbah tu tajuk ape..dlm hati merunggut2 bila khutbah nak abih pasal lepas smayang byk keje lain nak dibuat...tapi tazkirah sebelum khutbah tu mmg patutla diamalkan selalu...Wallahua'lam...
P/s: bukan xmau guna nama sebenar..tapi takut kena dakwa ISA..hehehe...
takut kne dakwa eh.hehe
Post a Comment