Rakan Seperjuangan

Friday, December 31, 2010

Segmen Mengira Hukuman Minum Arak

Entri 289: Susulan dari entri mengira hukuman tinggal solat dan tayang rambut...masa khutbah yang agak slow dan mendayu2 tadi...aku ada terpikir untuk memajukan segmen mengira hukuman ini...kali ini tentang mengira hukuman minum arak...disini dimaksudkan adalah dengan sengaja...kalau tak tahu itu arak..atau dipaksa minum dengan diberi pilihan hidup atau mati..

Minum arak termasuk dalam kategori dosa besar, orang yang sekali minum arak, terus jadi fasik dan tak sah jadi saksi dan juga tidak sah menjadi wali, sehingga dia bertaubat.....semasa Islam mula diasaskan...arak belum diharamkan sepenuhnya...inilah Islam dan Quran...kalau suatu ayat mahu diturunkan...mesti ada peristiwa yang menyebabkan...dalam contoh pengharaman arak ini apabila orang yang tengah mabuk minum arak turut serta solat tetapi tidak dapat fokus bacaan dalam solat...dalam erti kata lain...memang dah tak betul baca...dan mungkin berterabur bacaan..tunggang-langgang...dah mabuk kan...

"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya khamar (minuman keras), judi, patung-patung dan bertenun tilik itu adalah pekerjaan yang keji dari pekerjaan syaitan, jauhilah oleh kamu, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan."
(Surah al-Maidah-ayat 90)

Aku malas nak letak dalil banyak2...arak adalah benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal...dan memang memudaratkan...termasuklah segala macam minuman keras dan juga dadah dalam bentuk pil, serbuk dan sebagainya...

Tapi yang senang orang nak lihat adalah jika sengaja minum walau setitik arak...maka ibadat tak akan diterima selama 40 hari...

Jadi dengan otak aku yang belum bertaraf profesor matematik ni...aku tetap cuba nak buat formula agar orang yang bebal matematik macam aku pun boleh paham...

1 titik= 40 hari tidak diterima amalan
1 gelas= 3000 titik(lebih kurang-pasal aku dah search kat gugel)
1 gelas 8oz=4000++ titik...16oz=Cup slurpee 7e medium.

Jadi...kat situ kita buleh buat kesimpulan...segelas yang medium itu lebih kurang 3000 titik....


1 gelas=3000 X 40 hari = 120 000 hari
1 hari= 5 waktu solat
120 000 hari X 5 waktu solat= 600 000 waktu solat

1 waktu solat= 80 tahun seksa akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia


1 gelas= 600 000 waktu solat X 80 tahun akhirat= 48 000 000 (48 juta tahun akhirat)
1 tahun akhirat= 365 X 1000 = 365 000 tahun dunia
48 juta tahun akhirat= 48 juta X 365 X 1000= 17 520 000 000 000  (17.52 trillion tahun dunia)


 1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera

"Sesungguhnya syaitan itu mengkehendaki supaya kamu bermusuh-musuhan dan berbenci-bencian sesama kamu oleh kerana minuman keras (memabukkan) dan berjudi itu, serta menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Tidakkah patut kamu berhenti daripada yang sedemikian?" 
(Surah al-Maidah - ayat 91)

Antara azabnya di hari akhirat adalah...boleh baca selebihnya kat sini...

"Pada Hari Mahsyar, sewaktu berbangkit, mereka keluar dari kubur dengan bauan yang sangat-sangat busuk lebih dari bangkai, dan botol-botol arak itu digantung di leher dan gelas-gelas di tangan. Tubuhnya penuh dengan ular dan kala jengking dan kasutnya diperbuat dari neraka. Neraka bagi peminum arak adalah Hawiyah, disatukan dengan Firaun dan Haman."

Namun begitu...jika mereka sempat taubat sebelum mati..dan diterima taubat mereka dengan izin ALLAH, nescaya akan dihapuskan dosa2 walaupun pada awalnya dia menempah beribu billion tahun seksa akhirat...walaupun mati dengan botol arak ditangan (mana tahu dia nak pergi buang tiba2 sakit jantung dan mati)... kecuali dia minum depan kita dan mati time tu jugak...barulah kita kata kesiannya dia tu...huhuhu...

P/s: Kita yang tak minum jangan lupa akan 10 golongan yang turut dilaknat apabila berkaitan dengan arak...

8 comments:

affacino said...

izin nak share di FB

Hady83 said...

Terima kasih kerana sudi baca...silakan...

halms said...

assalamualaikum

saya bukan nak argue, tapi semata nak berbincang...

dari yang saya belajar, dan dari yang awak nyatakan, "walau setitik... ibadat tak akan diterima selama 40 hari", bukan setiap titik.

jadi bukan ke "walau setitik" bermakna jika setitik, atau sebotol, tetap sama, iaitu 40 hari? dan bukan "setiap titik... 40 hari.."

apa yang ustaz tu katakan, Allah bukan kejam. hukuman 40 hari bagi setiap titik adalah suatu yang kejam. lagi pun mustahil untuk mengira betapa titik yang diminum.

ini dari apa yang saya belajar. kalau ustaz tu salah, maka salahlah saya. ini bukan ustaz yg mengajar kat skolah tu. tapi ustaz yang mengajar di masjid.

Admin said...

Waalaikumussalam...terima kasih kerana sudi tinggalkan komen...

Jawapan ustaz tu mungkin ada betulnya...dan kat sini pun boleh juga nak tulis..walau dah minum satu lautan arak, tapi bertaubat nasuha...usah kata setitik..selaut pun InsyaALLAH diampunkan...

Segmen ini tidak merujuk pada mana2 ulama..cuma berdasarkan hujah walau setitik, 40 hari xterima...

Makna setitik tu mungkin bermaksud, walau setitik pun tetap 40 hari..nak tunjuk betapa sikit sangat pun haram...

Aku pulak syok sendiri dengan tafsir secara betul2 tiap2 titik..kerana xmustahil bagi ALLAH untuk tahu setiap titik malah setiap zarah...

Memang setuju bahawa ALLAH bukan zalim..tapi jangan lupa bahawa ALLAH juga amat berat siksaannya...cuma mintak jauh2 lah...

Apa pun terima kasih la sudi komen...yang pasti yang minum arak adalah berdosa...

Bab hukuman berapa tahun tu...itu adalah urusan ALLAH...Wallahua'lam.

Anonymous said...

Nak tanya, adakah hukum ambil ectasy sama dengan hukum arak. Meminum arak amalam tak diterima, adakah dadah pon sama ?

Hady83 said...

Hukum ambil ectasy..pil kuda..syabu..dan segala bende yang buleh menghilangkan kewarasan akal adalah sama seperti arak...segala yang membuat kita jadi mabuk dan khayal adalah haram dan ulama mengkiaskan bahawa hukuman sama seperti meminum arak...Wallahu'alam.

Unknown said...

Assalamualaikum saye nk taye kalau yng minum setitik arak amalan dia tidak di terima selame 40hari betul tapi kalau sebotol pon 40hari ke amalan ye tidak di terima??

Unknown said...

Masyaallah. Ya allah jauhilah aku daripada arak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...