Rakan Seperjuangan

Thursday, April 30, 2009

Gelang Magnet..

1. Hukum memakai gelang magnet ini hanya harus apabila mencukupi syarat2 berikut :

-Disahkan oleh pakar perubatan ia memang berkesan meredakan penyakit.

-Tidak dibuat menyerupai gelang perhiasan. Sebahagian besar gelang magnet ini adalah menyerupai perhiasan.

-Si pemakai tidak berniat untuk berhias tetapi berniat untuk berubat.

-Si pemakai hendaklah memakai baju lengan panjang untuk menutup dari dilihat orang kerana akan menimbulkan fitnah.

-Tidak ada campuran logam emas didalamya.

wallahua'lam

Petikan dari laman web ustaz azhar

____________________________________________________________________________________

inila penjelasan yg ustaz azhar bg..aku pun dah letih nak kaji isu ni..dah byk blog aku jupe yang duk bahas bende ni..ada yg kata xboleh,,ade yang kata boleh..bg aku ia adalah syubhah(meragukan)..baik tinggal je ragu2 ni..

golongan kuffar mmg selalu cuba nak hakis pegangan org islam..mereka tau selagi kita berpegang pada quran dan hadis..xde chance mereka nak tewaskan kita..tapi antara kejayaan besar mereka adalah bola sepak..satu sukan yang amat diminati..sukan tu xsalah..cuma kita je yang lalai nak beribadat gara2 bola ni..bukan nak kata la..qiamulail atau sahur malas bgun malam..tapi demi bola kita sanggup bgun malam..igtla nnti kat padang masyhar kita akan dibangkit dgn perkara yang melalaikan kita dari beribadat..aku rasa ramaila yang dibangkitkan dengan bola sepak terutamanya..nauzubillah..

pasal isu gelang ni pun sama..nak juga dlm bentuk gelang..nape xbuat bentuk baju magnet ke..stokin magnet ke..tapi nak juga dlm bentuk tali jam (majoriti gelang magnet)..yg nmpak mcm perhiasan..yela..medan magnet bumi dah kurangla..apela byk lagila..aku pun kompius..matlamat xhalalkan cara..nasib baik depa kata dlm bentuk gelang..klu dia kata dlm bentuk subang kat hidung? kita pun akan ikut juga..janji baik sakit..mcm org dulu cari bomoh dan guna jampi serapah..janji baik sakit..xkan kita ni jahil macam org2 dulu2 kot..xkanla dah xde jalan lain nak berubat selain dari gelang magnet tu..aduhai manusia akhir zaman(termasuk aku)..sama2la kita cegah dari dapat penyakit..nnti dah bdn sakit2..otak pun jadi sakit..xnak terima ilmu2 agama..xnak dengar kuliyah2 agama..xnak dilihat sebagai penganut agama islam,pandang serong mereka yang nak pada agama, pandang serong mereka yang ikut sunnah nabi(pakaian,perkahwinan,amalan),pandang serong mereka yang menyeru supaya kembali pada agama..dan mcm2 hal lagila..sbelum itu berlaku(mmg dah berlaku pun)..sama2 kita berubah kearah kebaikan..igtla dunia ini sementara saje..nak mati esok lusa pun kita xtau..cari duit xsalah..tapi jgn lalai dari ibadat..jgn halang org nak buat ibadat..jgn hina org yang ikut sunnah nabi..jgn bg sokongan pada mereka yang xsuka pada sunnah nabi..jgn bagi sokongan pada mereka yang xmau amalkan islam secara menyeluruh(macam politik je ni)..hehehe...

umat islam sekarang mmg dah kena penyakit...cintakan dunia dan benci pada mati(akhirat)..mana tak nya...media2 sekarang ni hangat pasal hiburan..cubala ckp pasal kematian klu xtakut kena ban(haramkan) oleh pihak2 tertentu..aku pun xmau mati lagi pasal bekal akhirat aku belum cukup..tapi aku xleh nak elak kematian..aku cuma takut aku mati nnti roh aku tergolong dlm roh2 yang celaka..nauzubillah..

P/s:sebelum aku dimatikan,aku harap agar segala dosa2ku telah dikafarahkan(disucikan)..ckp mmg senang..tapi nak capai tu susah..huhu..

Bunuh Cicak?

Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak,antaranya:

1. Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

3. Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.

Petikan dari laman web ustazazhar.com
____________________________________________________________________________________

Sebagai ahli separa akademik..aku kena bgtau sumber aku petik klu x nnti aku dikatakan plagiat atau menipu..dlm akademik..ia kesalahan serius..huhu..

aku bukan ape, aku sebelum ni ragu2 pasal ade ke hadis yang kata sunat bunuh cicak..bg aku mmg cicak tu sejahat2 binatang..tapi selagi aku xtgk hadis yang kata bunuh cicak tu sunat..aku jadi ragu2..sekarang dah jumpe..jadi keraguan pun hilang..majoriti kat umah kita ada cicak..berak sesuka hati je binatang ni..xkiralah atas org ke, dlm nasi ke..tapi mmg binatang ni suka aim org klu dia nak berak..hehehe..

so aku harap lepas ni xdela sape2 yang rasa kesian tgk cicak..tapi jgnla azab dia pulak..tuhan jadikan ia pasti ada gunanya..mcm babi juga..tuhan buat pasal saje2 nak bg kita pahala jika kita bunuh binatang2 ni..sekarang ni duk kecoh satu dunia pasal SWINE FLU..mmber aku kata ia selesema babi..dulu JE..nama bukan main grand..

P/s: aku mmg xsampai hati nak bunuh cicak saje2..bukan saje cicak tapi binatang2 yang lain juga..tapi aku pernahla bunuh cicak..dan semut dan nyamuk..

Wednesday, April 29, 2009

Binatang halal dimakan

tajuk ni agak luas nak dihurai...tapi aku akan cuba ringkaskan kepada yang penting2 sahaja..aku nak fokus pada binatang atau keadaan binatang yang kita boleh makan dan xboleh makan..

pertama binatang dua alam.hidup dlm air dan atas darat..setakat yang aku dgr dari kuliyah ustaz azhar(asyik2 aku rujuk dia, tapi mmg hujah dia senang diterima)..binatang dua alam yg haram dimakan adalah jenis yang kuat pada dua2 habitat..maknanya dlm air dia kuat, atas darat pun dia kuat..macam kura2 atau penyu..dlm air dia boleh duduk lama..atas darat pun dia boleh hidup lama..

manakala ada sesetengah spesis binatang seperti ketam dan ikan tembakul yang hidup dua alam tapi kat atas darat spesis ni xleh duk lama2..ikan tembakul misalnya boleh naik kat gigi2 air yg lembap..ketam pun sama..xleh stay lama2 atas darat..tapi kat sini ketam nipah agak susah nak tentukan halal haram pasal ketam ni buleh bertahan lama kat atas darat..itu pasal ada yg kata haram makan..

mengenai binatang buruan pula..kita boleh guna anjing buruan..dgn syarat anjing tu mmg dilatih utk ikut arahan kita..maknanya anjing tu hanya akan kejar binatang buruan apabila kita arahkan ia kejar..jika ia kejar tanpa arahan kita..maka kita haram makan binatang buruan itu kerana ia adalah rezeki anjing tersebut..jika kita bg arahan baru dia kejar..kita hendaklah niat dgn nama Allah..andai kata time kita sampai kat binatang yg dikejar anjing tadi masih hidup..kita hendaklah sembelih ia secepat mgkin..jika binatang tadi sudah mati digigit anjing buruan kita..maka hukumnya halal kita makan binatang itu pasal masa kita lepas tadi..kita niat dgn nama Allah..hehehe..tapi sekarang ni ade ke yg guna anjing buruan?aku tulis kat sini sebagai panduan je..

P/S:utk penjelasan lebih lanjut..sila rujuk pada yg betul2 pakar..

Penghargaan

Di sini aku ingin merakamkan penghargaan bg sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi blog aku..sape2 yg penah klik link aku bg pun dah kira ok gak..sape2 yg bookmark blog aku ni lagila aku ucap terima kasih..melihat pada pengunjung yg datang dari pelusuk dunia dan serata malaysia..buatkan aku lebih semangat untuk menulis..

utk pengetahuan sume..bukan aku xmau tulis dlm bahasa yg lebih standard tapi golongan yang aku sasarkan adalah golongan remaja..aku ni dah kira remaja tua..umur dah mencecah 26 tahun..bukan aku xreti nak tulis dlm bahasa standard..tapi mlsla..baik aku guna shortform dan ringkasan dan segala mcm bentuk gaya penulisan agar tulisan aku ni xboring..

aku ni anak jati tganu xbermakna aku xleh nak berbahasa standard..selagi belum ada request utk aku tulis dlm bahasa standard.aku akan tetap menulis dlm gaya bahasa seperti ni..

tujuan aku tulis hal2 yang berkaitan dengan permasalah agama seharian ni adalah utk kita sama2 pikir dan muhasabah diri..dan juga utk kita sama2 mengambil pengajaran..mgkin penulisan dan hujah aku byk kekurangan..al maklumla aku ni bukanla lulusan sekolah agama..bukan lulusan pondok..tapi lulusan spm,stpm,ijazah dari institusi kerajaan..sekarang ni aku tgh berhempas pulas nak abihkan buat master..tinggal tesis je lagi..tesis dlm bahasa inggeris pulak tu..kena buat dlm 100 pages..mati aku..hahaha..

satu lagi..aku belum pikir aku dah ready nak tulis kut dlm english..takut nnti org yang baca lagi keliru..hehehehe..

P/S:teruskan mmberi sokongan pada blog aku..xpayah kuar duit..cuma baca dan bg komen..agar kita sama2 mendapat manfaat..

Tuesday, April 28, 2009

Hiburan dlm Islam..

Islam adalah agama untuk sekalian manusia..xkira rupa, bangsa, tempat..islam tidak mmbezakan pangkat dan keturunan..setinggi mana kedudukan raja atau pemerintah..ketika mereka solat..mereka tetap kena sujud pada Allah..klu sembahyang berjemaah..mereka pun sujud dekat kaki jemaah dihadapan..tapi xbermakna mereka sujud pada org..huhu..

Oleh kerana Islam adalah agama samawi(dari langit) yang bererti ia bukan agama yang direka2 oleh manusia..kitab suci al quran pula tidak turun dlm masa sehari..tapi berpuluh2 tahun kerana mengikut suasana dan keadaan..tapi xbermakna kandungan al Quran dah pun xleh dipakai buat masa sekarang..klu kita anggap mcm tu..kita boleh terbatal islam..jgn main2..

aku nak citer sket pasal hiburan..islam xlarang terus kita ni berhibur..kerana kita ni manusia secara fitrah atau semulajadi sukakan bunyi2an dan suara yang merdu..cuma islam ada tetapkan batas2 yang kita perlu ikuti agar kita tidak lalai dlm beribadat..agar kita xdela nak berhibur sepanjang hari tanpa igt akan mati dan tidak mengerjakan amal ibadat pada tuhan..

isu hiburan adalah isu yg masih belum mendapat kata sepakat dari ulamak..nabi pula tidak melarang sahabat2 berhibur, cuma nabi bila dgr nyanyian, baginda tutup telinga..bila lihat tarian, baginda tutup mata..tapi xdela nabi ckp haram terus..

yang jadi haram ni contoh nyanyian yang kata2nya menghina islam dan melalaikan org dari mengingati mati dan beribadat..adepun lagu2 yang menimbulkan semangat utk berjuang ke jalan Allah amat dituntut oleh Islam..

tentang hukum main gitar pun sama..xsemua fatwa kata haram, melainkan jika duk main gitar siang malam, time solat dia xsolat, time azan dia xstop main gitar..itu haramlah hukumnya..klu utk tujuan hiburan yang xmelalaikan xjadi masalah..tgk sajela Yusuf Islam pun main gitar..tapi lagu2nya adalah lagu2 dakwah..xde pun ulamak2 yang stop atau larang..

cuma ulamak kat sini rata2 xgalakkan kita main gitar pasal takut nnti kita sume ni jadi lalai..mmg majoriti yg main gitar tu lalai..asyik main gitar je xkira masa..pasal tu ulamak2 kat sini xkata harus atau boleh..takut nnti sume nak main gitar pastu lalai dlm beribadat..

Pasal penyanyi perempuan tu mana2 fatwa pun kata haram..tilawah bg wanita pun haram..inikan pula nyanyi..wanita bukan xleh nak tilawah, tapi org lelaki xleh dgr kecuali mahram mereka..nyanyi pun sama..klu lelaki bukan mahram dgr, hukumnya HARAM..pempuan ni haram tinggikan suara pada lelaki bukan mahram..AZAN pun xleh pasal azan ni kena tinggikan suara..iqamah xpela pasal iqamah ni xwajib tinggikan suara..

tapi kat sini lain pulak..penyanyi wanita dan qariah wanita buleh je go on..bukan mufti xtegur, cuma org xmau ikut..pasal kita ni lagi pandai dari ulamak2..hehehe..klu ada yang terasa tu,,mmg itulah realiti..

P/S: lelaki klu nyanyi lagu2 yang lagho seperti memuja perempuan, hukumnya makruh..tapi klu pempuan nyanyi lagu nasyid depan lelaki bukan mahram..hukumnya HARAM..

Nazar...

Aku dah mula hilang idea ape aku nak tulis dlm blog aku..pagi yang berbahgia ni..aku pilih utk xmau tido..aku nak menulis pasal permasalahan nazar..maybe ada org yang kurang jelas pasal nazar ni..dlm kuliah ustaz azhar, perkara ini sering menjadi persoalan para hadirin..

kali ni aku dgn sedaya upaya nak terangkan ape yang aku tahu melalui ape yang aku dgr dlm kuliyah2 dan xlupa juga ape yang aku dengar dari bapaku..

nazar ni senang saje sebenarnya tapi kita yg kurang ilmu akan jadikan ia sebagai suatu yang rumit dan membebankan..nazar ini syarat2 ialah berlafaz pada mulut dan kerana Allah..klu dlm hati tu xdipanggil nazar..klu terlepas ikut mulut je dipanggil nazar..contohnya kita kata..klu aku dpt kerja ni, aku nak bg makan anak yatim(anak yang xde mak bapak). Ataupun kita kata, klu aku dpt keje ni, aku wajibkan atas diriku bg makan anak yatim seramai 20 org..sebenar2nya xde lafaz yg betul2 spesifik untk nazar ni..tapi ia mestila utk tujuan yang baik dan biasanya sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah kerana sesuatu hajat kita dipermudahkan..

Tapi igt..nazar ni xsah jika kita bernazar utk bende2 yg wajib..contohnya kita kata..klu aku baik sakit ni, aku xnak tinggal solat 5 waktu..itu xsah nazarnya pasal solat 5 waktu ni mmg wajib sentiasa...hehehe..

satu lagi yg selalu jadi masalah ialah nazar yang kena korban binatang ni..ini yang kena amati betul2..ramai yang xtau bende ni..aku nak bg contoh..jika kita kata(bukan niat dlm hati),"jika aku baik sakit ni, aku nak sembelih kambing nak bg makan org ramai"..maka jika kita baik sakit dan sembelih kambing bg makan org..maka HARAM HUKUMNYA org yg bernazar itu makan daging kambing itu..kerana apa? kerana dia xberniat utk makan sama daging itu..dia hanya niat nak bg makan org..lain kali klu nak bernazar..ckp mcm ni.."jika Allah sembuhkan aku dari penyakit ni..aku nak sembelih kambing nak bg org makan, AKU PUN NAK MAKAN JUGA"..dengan lafaz nazar itu..baru kita boleh makan daging kambing tu..klu xsebut kita nak makan sama, maka HARAM kita makan daging kambing tu..

aku cuma nak tambah sket bab2 lafaz nazar dan lafaz talak yang xsah atau "lagho" pada jumhur ulamak..antaranya lafaz talak yang berbunyi, "jika engkau solat 5 waktu sehari semalam, maka jatuh talak satu"..hal ini adalah tidak sah dan talak tidak jatuh..contoh macam org yg sembuh dari gastrik bernazar xmau tinggal puasa ramdhanla..

P/s:hati2 nak bernazar..better niat dlm hati je..pasal nazar ni klu dah cukup syaratnya wajib kita tunaikan..klu x, saje dapat dosa..kita pun xwajib bernazar..lebih baik niat dlm hati je..klu kita xtunai pun xberdosa..

Monday, April 27, 2009

Surat, emel, sms berantai..

Soalan tentang perkara ini telah diajukan kepada ustaz azhar..sape yang tanya tu xtaula aku..tapi aku pun klu diberi peluang nak tanya juga pasal hal ni..aku dari dulu lagi xpercaya perkara karut marut ni..bukan bermakna aku xpenah dpt sms atau emel berantai tu..tapi aku delete je..abih citer..

Ustaz azhar ni rupanya bekas pelajar sekolah pondok dan mula popular sejak 3,4 tahun kebelakangan ini di Terengganu..mmg terhibur dan asyik dengar ceramah dia..ditambah lagi dengan soalan2 daripada para hadirin yang kadang2 mencuit hati..antaranya pasal isu sms berantai..

sms atau emel berantai ni sume tau..kandungannya menyuruh org berbuat baik..paling terkenal ialah tentang penjaga makam nabi yang bermimpi nabi hadir dlm mimpinya dan menyuruh penjaga makam itu menyebarkan sesuatu..bagi aku itu xde masalah..tapi yang masalahnya kat belakang atau ending tu yang suruh org yang baca tu sebarkan pada org lain sekurang2nya 20 org atau lebih..klu x, kita ditimpa bala..amboi3..tu dah melampau dan aku rasa tu dah masuk kategori syirik..xkanla kerana xsebarkan ia memberi mudarat..hahaha..

Mengikut ustaz azhar pulak..dia kata kita xusahla sibuk2 atau risau tentang perkara ni..xperlula nak percaya dan sebarkan..dia ckp ada kemungkinan ia adalah niat xbaik pihak tertentu yang mengambil keuntungan..contoh kita sms kat 20 org..dah berapa byk syarikat telekomunikasi untung..dlm sehari je buleh untung beribu2..klu kena fotostat pulak kedai fotostat dpat untung..klu emel,syarikat internet dpat untung..kita yang rugi..dan percaya ia mendatangkan bala tu mmg xpatut..nasihat dia agar delete je mesej2 camtu..

aku pun nak pesan..xpayahla nak 4ward2 kat aku..xsesuai dgn cara kita org islam pasal kita harus percaya cuma ALLAH sahaja yang mampu beri mudarat pada kita..bukan surat2, emel2, dan sms2 yang seperti itu..tidakkah kita berasa bodoh..contohnya sms yang ckp jangan angkat nombor yang panjang dan berwarna merah..klu hp tu kaler xpela..klu yg hitam putih tu mcmna?hahaha..santau tu mmg wujud..tapi yg kita duk 4ward mmbuta tuli tu yang bdoh..buat bazir kredit je..baik derma kat tabung bersamamu tv3..hahahaha...

P/s: aku dah xsanggup nak delete emel2 berantai dan sms2 berantai..so jgn nak 4ward kat aku..hahaha..

Tampal ayat Quran pada cermin kereta

Aku dengar ade org ajukan soalan ini pada satu kuliyah ustaz azhar..ape hukumnya tampal ayat quran pada cermin belakang kereta..ustaz azhar mcm biasa la jawab sambil berseloroh..hukumnya adalah harus kerana kita xletak ayat itu pada tempat xsepatutnya seperti di kusyen kereta yang mana kita akan duduk kat atasnya..adepun di cermin depan atau belakang kereta..itu xjadi masalah...katanya lagi..daripada duk tampal sticker2 jenama seperti ADIDAS yang adidas xbayar satu sen pun kat kita.baik tampal ayat quran..at least ade juga org tgk dan baca..dapt pahala org yang baca tu..

Tapi ade juga pendapat lain yang kata berdosa tampal pada cermin kereta pasal nmpak cam kita xhormat..siap ade terkoyak xdijaga..tinted ayat quran nak elak dari panas dan segala bentuk perbuatan yang xpatut kita buat pada kereta yang ada ayat quran tu, contohnya memandu laju..

bg pendapat aku pulak..xsalah jika nak tampal pada kereta agar kita ni selalu igt pada tuhan..bukan nak buat tangkal atau azimat..org kata cam ambil berkat la..tapi pada masa yang sama kita kenala hormat pada ayat2 suci itu..pendapat kata haram tu kena kaji semula la..xkan nak letak imej islam kat kereta pun xboleh..kita ni islam..aku percaya xramai yang suka2 letak ayat quran kat kete mereka melainkan mereka ni berniat nak muliakan ayat quran tu..cuma kita ni lepas dah tampal tu kenala jaga kesucian ayat quran tu..baru org xpandang serong pada niat kita..Nak tunjuk betapa kita ni Islam dan berpegang pada Quran...wallahua'lam..

P/s: aku xde kereta lagi buat masa ni...lesen memandu pun xde..hehe..

Sunday, April 26, 2009

Hukum lelaki pakai gelang..

aku dah lama nak cari pasal isu ni..adakah lelaki buleh pakai gelang? aku mmg dah lama pegang pendapat lelaki xleh pakai gelang..seperti biasa aku akan jelas isu ni mengikut apa yang ustaz azhar telah ceramahkan..

Mmg xde khilaf(perselisihan) dikalangan ulamak mengenai isu yang mengharamkan lelaki pakai gelang ni..pasal gelang ni xtermasuk dlm kategori perhiasan bagi org lelaki..gelang ni hanya perhiasan bagi kaum perempuan..gelang, rantai, subang, kalung, kertuk itu adalah termasuk dlm perhiasan perempuan..

ada hadis dari nabi..MELAKNAT OLEH ALLAH AKAN LELAKI YANG MEMAKAI PERHIASAN PEREMPUAN...tuhan akan laknat..jauh dari rahmat..klu cincin tu xpe..utk lelaki dan perempuan..cuma lelaki xleh pakai lebih dari 3 bentuk cincin dan xleh pakai di jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari..

byk lagi perhiasan lain yang islam xlarang..pakai baju kemeja, kot, jaket, kasut kulit, seluar jeans..asal tidak mendedahkan aurat..

mengenai pakaian org kafir..kita xleh pakai pakaian yang terhad kepada golongan kafir saje..contohnya pakaian2 sami buddha..mmg kita org islam haram pakai..adapun seluar jeans itu sume org pakai..xterhad pada org kafir saja..maka hukumnya xlah haram..

islam larang lelaki pakai perhiasan wanita..gelang sekarang ade macam2 jenis..tapi tetap pakai kat tangan utk perhiasan..lelaki klu pakai..tuhan laknat..amboi3...kita ni xkisah klu tuhan laknat? kebal ke?hahahah...

P/s: ade pendapat mengatakan buleh pakai gelang magnetik jika terbukti benar oleh pakar perubatan bahawa ia mmpu menyembuhkan penyakit..zaman nabi ade nabi larang lelaki pakai gelang tembaga untuk perubatan..nabi suruh buang gelang tu kerana ia xkan mendatangkan ape2 faedah dari segi perubatan..Wallahua'lam..

Saturday, April 25, 2009

Dajjal..

aku pernah dgr ceramah ustaz shamsuri..pasal hadith sahih yang menceritakan pasal dajjal..yg mana pada zaman nabi ade krew pedagang yg masih beragama nasrani pada ketika itu..telah berjumpa dgn dajjal dan balik menceritakannya pada nabi kita dah org itu dan krew2nya telah masuk islam..

aku cuma nak ringkaskan je..bahawa si pedagang itu dan geng2nya telah belayar ke laut dan telah terdampar ke sebuah pulau xberpenghuni akibat dipukul ribut..kat situ pedagang itu berjumpa satu makhluk yang badannya penuh bulu..makhluk tu ckp kat pulau tu ada satu org yang nak jumpa dan tanya pada pedagang tu..

maka pergila pedagang tu..mereka jumpa satu makhluk yang agak besar dan kaki tangannya terikat..makhluk tu duk tanya pasal perkembangan kat negeri arab..last sekali makhluk tu ckp dia la dajjal..tapi masih belum diizin keluar lagi..sb bukan masanya lagi dia keluar utk menyesatkan manusia..

pergh..rupa2nya dajjal dah lama wujud..zaman nabi kita dia dah ada..dan dajjal ini adalah satu makhluk yang diberikan kelebihan oleh Allah..kat dahi dia ada tertulis kafir.KAF FA RA..yang hanya dapat dibaca oleh org2 yg beriman sahaja..tujuan dajjal ni hanya utk menyesatkan manusia agar menyembah selain dari Allah..dia dapat menghidupkan org mati..buleh turunkan hujan..buleh cpatkan malam dan siang..buleh buat kemarau..dan banyak lagi kelebihan yang tuhan bagi kat dia..mmg padanla..org sekarang ni pun klu dgr pasal agama je dah tarik muka..

contoh klu ada mmber kita ajak g dgr ceramah agama..pasti kita ni duk tohmah yang bukan2..ala xnakla..nnti mesti ceramah tu kata pasal politik..last kita juga yang sesat pasal xmau belajar langsung..takut kena dgr ceramah pasal politik..tapi klu bab2 gosip artis xpe pulak kita nak dgr..klu ajak g konsert2 melalaikan ringan pula hati dan kaki kita ni..sanggup bayar beribu2 nak tgk artis hollywood..tapi tabung masjid tu dia buat dek je..lalu depan kita.kita sorong je kat org sebelah..

mcmna kita ni nak berhadapan dgn fitnah dajjal..aku menyeru pada org yg baca ni..sedarlah..carila ilmu agama..nabi dan pesan..selagi kita berpegang pada Al Quran dan sunnah..kat mana kita duduk pun..kita xkan sesat..

P/S: pernah dpt emel bahawa dajjal dah ade kat india..siap ade gambar lagi..hahaha..tapi itu andaian org yg kurang ilmu agama..

Malaikat Rahmat

Kali ni aku nak kena buat pembetulan lagi..pasal aku penah tulis kat blog aku yang klu kita ada pamer gambar2 bernyawa kat umah..maka malaikat xmsuk..maksud aku disini yang xmasuk tu adalah malaikat rahmat..tapi malaikat2 lain ada masuk...contohnya yang catat amalan kiri kanan kita..

so elakkanla dari pamerkan patung2, arca2, gambar2 bernyawa dan gambar2 xsenonoh..nnti malaikat rahmat xmasuk..tapi ade pendapat yg mengatakan jika itu gambar2 pemimpin yang adil atau gambar2 orang alim..dgn tujuan klu kita tgk, kita nak jadi mcm depa atau mmberi kesedaran kepada kita..pasal pemimpin adil tu bukanla bermakna pemimpin parti keadilan..hahahaha..

at least pemimpin2 yang alim, xrasuah, jujur dan segalanya baikla..

P/s: yang gantung gambar bini org2 besar yang xpakai tudung tu mcmna pulak? adoila..aku malas nak katala..dahla benda tu haram..duk gantung dan pamer untuk umum pulak..manusia akhir zaman betul..hahaha..

Wangi-wangian

Aku mmg dari dulu lagi sukakan wangian..tapi aku masih igt lagi zaman aku budak2 yg klu bau je minyak attar..pasti aku akan pening...tapi sejak zaman sekolah..nak cover peluh punya pasal..habis aku rembat bedak2 abg aku..time keje baru aku guna minyak wangi..keje buruh, main dgn ikan..balik keje mmg badan bau ikan..so aku pakaila perfume byk2..hahaha..time tu aku xtau ape..pakai cuma nak elak bdn bau busuk je..

Setelah aku "layan" kuliyah ustaz azhar, aku baru tau..jika kita pakai wangi wangian..malaikat akan selalu dampingi kita..dituntut juga pakai wangi wangian jika nak pergi masjid utk solat jumaat dan sebagainya..pakai wangi2 ni sunat sebenarnya pasal nabi kita mmg suka pada minyak attar..klu xsilap aku ada hadis jika org hulur minyak attar(wangi) kita xleh tolak..melainkan kita ada alergik kulit..xleh pakai minyak wangi..

cuma aku nak tekankan disini..nabi pernah kata seelok2nya lelaki pakai bau2an yang keras dan pempuan pakai yang lembut.tapi zaman sekarang ni terbalik..pempuan yang pakai keras..bajet dlm jarak 50(klu angin sesuai) dah boleh bau..saje2 je pmpuan tu dapat dosa..lainla pakai utk suami dan mahram..ini nak g keluar rumah je pakai wangi semacam..xlehla camtu..kita ni dah msk islam kenala ikut cara islam..

bg pempuan2 tu..bukan xleh pakai perfume..tapi cukupla utk halang bau busuk..ini tidak..klu dah kwin tu xmau pulak pakai wangi2..terpaksala suami tahan hidung..nak marah karang takut isteri kecik hati..sape xsayang bini oii..bak kata P ramlee..

pasal minyak wangi ade alkohol pulak..ade perselisihan dikalangan ulamak..ada yang kata xleh buat sembahyang..tapi majoriti ulama sekarang ckp ianya dibenarkan..pasal kandungan alkohol itu amatla sedikit dan sumber alkohol pun dari sumber2 yang tidak mengotorkan..alkohol sekarang ni kan bahan kimia je..xmcm alkohol zaman dulu yang kotor cara penghasilannya..google sendirila..aku nak pakai pendapat yang benarkan alkohol sedikit tu..aku xrasa ragu2 pun..

P/s: xkisahla nak beli perfume harga beratus2 ke beribu2 ke beringgit2 ke..janji klu kita tau itu sunnah nabi..kita akan dapat pahala..dan malaikat juga akan selalu dampingi kita mudah2an..

Mencari Pasal...

Al kisahnya malam malam tadi dlm kul 11 mcm tu..aku dgn exited dan bangganya telah dpt tiket untuk menonton tayangan larut malam..citer coming soon dari thailand..masa mula2 ok je citer tu..tapi bila dah dia start part2 seram bodoh giler dia..aku mmg xtahan takut..xpenah aku rasa takut camtu time tgk movie..dahla ramai kat pawagam tu tapi aku masih takut..time nak balik pun satu hal..xpenah aku rasa seram cam tu..masih terbayang2 kesan solekan dlam filem tu..

ustaz azhar penah kata..manusia zaman sekarang ni pelik..tgk citer sedih kita nangis..tgk citer seram rekaan kita takut..tapi citer seram yang sebenar dan citer sedih yang sebenar kita xrasa ape2 pun..citer sedih sebenar adalah kita ni pasti meninggalkan dunia yang sementara ini..citer seram yang sebenar yang menanti kita adalah azab kubur dan azab kat akhirat..bukankan aku ni mcm bodoh klu takut pasal cerita rekaan yang xlogik tu smpai trauma..tapi bila aku dgr atau baca mcmna dasyhatnya azab kubur dan azab kat akhirat..aku xdela trauma..mcmla aku ni terlepas dari sume tu..amal pun ciput..huhu..

ternyata aku lebih takut pada solekan dan kesan bunyi filem..aku pun tahu bahawa pada hari akhirat..kita akan dibangkitkan bersama2 barang2 yang buatkan kita lalai utk berzikir dan beribadat kepada Allah..andai kat kat dunia ni kita asyik dengan bola..maka kita akn dibangkitkan dengan bola gantung kat leher..tapi bola tu bukanla bola kat dunia ni..ianya daripada api neraka yang maha dashyat itu..

P/s: sesungguhnya Allah itu maha pengampun..andai kata kita bawk dosa sebesar dunia kat Allah..nescaya Allah akan mengampunkan kita dgn rahmat dan kebesarannya(dgn syarat kita dah taubatla xnak buat lagi) tapi klu kita syirikkan Allah dgn sesuatu..maka itula dosa yang xkan diampun selama2nya..so jauhkanla dari perkara2 syirik..mohon ampun dari Allah..agar kita diampunkan kerana kejahilan kita..

Friday, April 24, 2009

Serba sedikit perihal riba...

Ade sorang mmber yg suruh aku sentuh pasal ni..aku mcm biasa akan komen dan ulas perkara ini seperti yang telah diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus..Riba atau Faedah atau Interest atau Bunga..nama lain2 tapi maksudnya sama je..cuba bank tulis kat situ "Riba 5%" mmg xde yang nak buat pinjaman..tapi klu bank tulis "Faedah atau Interest 5%"..ia tetap riba namun ia macam lembut sket..tapi dari segi hukum..dua2nya haram..

Prinsip asal riba ni senang je..
Riba= tiap2 hutang yang kita bg pinjam kat org lain pastu kita mengharapkan untung dari hutang itu..contohnya kita bg hutang 2000 hinggit tapi kita suruh atau wajibkan org tu bayar balik dengan 2500 hinggit..pertambahan atau untung 500 hinggit dari yang asal..

tapi jgn keliru dgn contoh ini..
kita bg pinjam kat mmber kita 100 hinggit..dgn harapan mmber kita pun akan byr 100 hinggit..xde pertambahan dari jumlah hutang sebenar..tapi mmber kita tu nak byar balik kat kita 150 hinggit..kita pulak mmg xde niat atau xpaksa dia nak byr lebih..tapi dia tetap nak byr lebih..kita pun xckp "ya, kamu kena bayar lebih dari 100 hinggit"..klu mmber kita hutang 100 tapi dia bayar 150..kita buleh je terima duit lebih tu..itu bukan riba pasal mmg dari awal xde persetujuan atau perjanjian dari kedua2 pihak tentang jumlah akhir yang dibayar lebih dari kadar asal..malahan ianya mmg digalakkan dalam islam..itu xtermasuk dlm riba..pasal kita yang bagi hutang ni mmg xpaksa org yang berhutang tu bayar lebih..klu mereka nak bayar lebih jugak, mgkin kerana mereka terhutang budi dgn kita ke ape..kita buleh je ambik duit tu..itu bukan riba...

pasal duit kita kat bank2 yang kita xtau bank2 ni melabur ikut mana..itu dinamakan bunga..tapi klu kita tahu bank2 ni melabur pada syarikat atau perniagaan yang halal je..maka tu xdinamakan bunga..tapi bank2 sekarang ni susah nak percaya..oleh itu..kita xleh biarkan bunga atau interest kita kat dalam akaun simpanan tu dlm bank..kita wajib keluarkan ia agar kita dapat guna utk kegunaan ramai..contohnya baiki jln rosak..buat bustop ke ape..klu kita biar je bunga tu kat dlm bank lama2..maka kita akan dapat sekali saham yang haram andai kata bank tu melabur kat jalan yang haram..kita bersubahat kerana bunga kita tu digunakan oleh bank utk melabur ke jalan yang xharam..

ini bukan pendapat aku tapi aku cuma ringkaskan ape yang ustaz azhar idrus ckp..maklumla dia tu ckp tganu dlm kuliyah dia..org luar dari tganu mgkin xpaham sepenuhnya..aku ni anak jati tganu..mmg patutla kiranya aku terangkan semula dalam bahasa yang kurang formal mcm ni..malas aku nak tulis bahasa standard..aku tulis camni pun dah ok..jimat masa..huhu..

pasal beli secara cash dan beli secara ansuran..dah tentu beli secara ansuran ni kena bayar lebih..andai kata kita xmmpu nak beli cash..maka kita SETUJU beli ansuran dan SETUJU byr lebih dari harga cash..itu pun xdikira riba..aku dah lupa ustaz mana yang bgtau..lagi satu pasal bank islam..contoh harga bank islam dah tetapkan 50 ribu..tapi bank biasa cuma 30 ribu tapi ade interest 5% contohnya..klu kita pilih yang bank islam 50 ribu tu..ia xdikira riba pasal kita xperlu bayar lebih dari harga yang dah tetap itu..ade sumber yang ckp bank islam ni dah kira betul2 akan jumlah akhir yang perlu dibayar..xmcm bank biasa yg menyebabkan kita bayar lebih dari ape yang dah ditetapkan..wallahua'lam..(yang ni bukan dari ustaz azhar-yang ni aku dengar dah lama)

P/s: untuk penjelasan lanjut..sila tanya yang lagi pakar dari aku..aku ni bukan lulusan agama pun..aku lulusan sains dan sastera..tapi aku cukup minat nak tahu pasal permasalahan agama seharian..

Thursday, April 23, 2009

Panduan Pemakaian Perempuan Islam



Aku dah lama nak tulis pasal ni..tapi belum jupe waktu dan rujukan yang sesuai..sekarang aku dah jupa kat satu blog ni

siap ade terjemahan ayat quran lagi..hahaha..

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Al-Nur:31)

aku cuma nak pesan skit je...pempuan xsalah nk pakai seluar ketat..janji baju mereka labuh melebihi paras punggung..klu lelaki pakai seluar ketat nmpak susuk punggung xjatuh haram tapi makruh je..tapi klu perempuan pakai seluar ketat dan baju singgkat xtutup punggung..maka hukumnya haram..haram ni berdosa..berdosa ni tuhan marah..tuhan marah nnti kena seksa..bukan seksi lagi dah..huhu..klu nak pakai ketat2 xpe..syarat dpan suami sahaja..atau pun depan mahram mereka..depan ayah depan mak xpela..


P/s: nasib baik tuhan jadikan aku lelaki..huhu..

Hantaran Sirih Pinang..

Kali ni aku nak story mory sket pasal budaya yang dah lama bersemi dlm adat melayu yg kita semua patut kaji balik samaada ianya menyalahi hukum2 islam atau x..antaranya yang pernah disebut oleh Ustaz Hassan Din al hafiz tentang pemakaian inai hiasan yg menjadi satu budaya masyarakat hindu tidak sepatutnya diamalkan oleh org islam..xpayahla nak ikut budaya org xtentu pasal..klu xpuas hati..kajila sendiri sebab2 pengharamannya..

kali ni aku bukan nak cerita pasal inai di tangan tu..tapi aku nak cerita pasal sirih..bukan makan sirih tapi sirih semasa hantaran pinangan atau hantaran kawin..kita org2 melayu ni mmg wajib sirih ni..klu xde sirih mmg pantang..silap haribulan kena halau balik ooo...tapi tahukah anda ianya asal dari agama hindu? yang kita duk pertahankan sampai arini tu ape kes?dahla hias cantik2 macam nak puja..menurut ustaz azhar idrus..ape yang dia baca la..dia kata hantaran berupa sirih ni mmg xboleh..pasal org zaman sekarang dah xmakan sirih..hias cantik2 lepas tu buang camtu je..mcm ala2 pemujaan je..kira pelengkap hantaran mcm agama hindu pulak..depa buleh tahan lagi depa makan kot..tapi kita yang dah xmakan sirih ni..konon buleh kanser mulutla apela..tetap juga nak pertahankan adat yang xde kena mengena dgn Islam ni..ape kesla korang ni..klu dah tahap ulamak tu xpela jugak..ini ilmu agama xcukup pun dah nak melenting..belajar lagila..yg mana haram yang mana syubhah yang mana makruh yang mana kena tinggal...

So bagi mereka yang dah terbuat atau terlanjur terlibat dalam hantaran sirih yang bukan untuk dimakan oleh bak pihak perempuan atau pihak lelaki ni..harap kita sume istighfar jela byk2..agar tuhan xhukum kita atas kejahilan kita dimasa lampau..
"Robbana La tuzigh qulu bana..."xkan doa ni pun xtau..huhu..

adapun klu nak juga hantar sirih xpe..tapi dengan syarat adela org yang makan sirih tu..pesal xguna je reben2 yang cantik..ini tetap nak guna sirih..pastu layu dan buang..mmg dah sahla kita ni ikut budaya hindu..hehehe..

P/s: soryla klu terasa..tapi bende mcm ni mmg perlu diberikan perhatian juga..takut kita ni dalam xsedar telah menyimpang dari lunas islam yang sebenar pasal terikut agama2 lain secara membuta tuli..

Bala dari tuhan...

Aku duk dengar perdebatan yang berkisarkan Tsunami:Bala atau kejadian alam diantara Ustaz Hassan Tantawi dari Pahang dengan Astora Jabat yang merupakan kedua editor majalah Al Islam ketika itu..dlm hujah2 ustaz hassan tu yg suaranya macam TG Haji Hadi, dia ade gak sebut pasal hadis nabi yg menjelaskan tentang perkara yang menghalalkan dan menyegerakan atau mempercepatkan turunnya bala dari Allah..

ni la yang sempat ustaz hassan tantawi sempat huraikan

1.Harta negara berlegar dikalangan org tertentu sahaja..xbahagikan kepada mereka yang berhak,xdibahagikan kepada rakyat dan mereka yang memerlukannya..pendek kata..tidak adil dlm mengurus harta negara(ni aku tambah sendiri)

2.Amanah dijadikan sebagai batu loncatan utk mencari kemewahan atau kekayaan..contohnya kita amanahkan wakil rakyat utk bela nasib kita tapi depa ni pulak duk sibuk cari rumah besar dan kete besar dan segala bentuk kemewahan..

3. Zakat jadi mcm hutang, org mula mmbenci zakat, menyampah bila ade org kutip zakat dan sebagainya..ibarat org yg kutip zakat tu dah kita anggap mcm org datang nak kutip hutang..

4.Suami taat pada isteri..bab ni mmg aku nak gelak..besela klu isteri gaji besar ke ade pangkat ke..sedangkan lelaki itu ketua pada perempuan..klu ikut ckp isteri buat benda baik xpela jugak..ni klu isteri xbg g mesjid pun ikut mmg nak cari bala la tu..

5.Derhaka pada ibubapa..tapi dgn kwn2 berlaku baik..ini mmg dah lumrah zaman sekarang ni..klu dgn ibubapa xpenahnya nak ckp dgn elok2 tapi dgn kawan2 dia baik je..ckp pun lembut je..contohnya org tgh bercintala...kata2 mak bapak depa xhirau tapi klu kata2 pasangan depa ambik berat..

6.Mengangkat suara dlm masjid dengan maksud mmbuat bising agar menganggu org buat ibadah...setakat ni kat sini ok lagi kot..xtaula kat negara2 atau tmpat2 lain..aku percaya bende ni mmg berlaku..


7. Ketua suatu kaum yang dilantik termasuk dlm golongan yang paling jahat dan bukan orang yang baik dan taat kepada Allah..ini pun biasela kat sini..konon ustaz2 ni xreti pasal hal2 pentadbiran..ulamak2 ni tahu ape pasal ekonomi? hahaha..jadi yang dilantik tu ade rekod rasuah, pecah amanah, skandal pun xpe..janji mereka ni tahu pasal2 pentadbiran dan pandai bab2 ekonomi..suka hati bapak tiri laki mak korang la..aku mmg pilih tok guru..huhu..

8. Hormat atau muliakan org bukan kerana kebaikan tapi takut kejahatan dia menimpa kita..ini pun perkara biasa..kita dah tau org tu jahat dan ahli maksiat..tapi kita tetap mengampu dia..tabik spring kat dia..pasal klu kita tentang dia..kita mgkin kena buang keje..kena posting kat pedalaman ke..nak xnak taat jela kat org jahat tu..klu mcm tu..kita sama2la tunggu bala dari Allah..

9.Minum arak secara terbuka dan berleluasa..ini pun dah jadi lumrah jgk..siap bangga lagi sampai ambik gambar buat kenangan..org tgk pun xkisah pasal mereka ni artis..aku pun layan juga blog2 artis..mmg bykla gambar2 sosial artis kita bergambar dgn botol2 arak..

10.Makin ramai yg pakai sutera..aku pun xberapa clear pasal ni..tapi aku mmg tahu org lelaki diharamkan pakai sutera asli..tapi org lelaki sekarang ni ambil kisah ke halal haram? janji mereka xmau dicop sebagai xikut trend..nasib baik trend pakai sutera..aku rasa klu trend pakai kertas pun depa ikut..lelaki xleh pakai sutera..itu pakaian kat dlm syurga..kat dunia ni degil nak pakai..tunggula bala datang..

11.Penyanyi2 wanita dijulang dan dipuja..part ni aku mmg terkejut..mcmna nabi pada 1400 tahun lalu dah cerita pasal ni..org dulu2 pasti heran dan xpercaya..tapi ternyata benar sekali..bukan saje penyanyi2 wanita tu islam..malah yang bukan islam pun kita org islam ni puja dan agungkan lebih2..

12.Muzik2 yang keterlaluan dan alat muzik yang melalaikan menjadi rutin..alamak!!! ni macam kena kat batang hidung aku sendiri ni..huhu..tapi sekarang ni aku dah tau..moga tuhan ampunkan dosa aku zaman jahiliyah sebelum ni..huhu..islam xharamkan muzik dan nyanyian..tapi jgn sampai time org azan kita masih nyanyi lagi..masih karaoke lagi..berpada2 la..

13. Org kemudian memperlekehkan umat2 dahulu,ulamak2 terdahulu..konon org sekarang ni lagi pandai dan lagi adil dari umat terdahulu..ni pun aku buat pada zaman jahiliyah aku..tapi aku dah insaf dah..ala..contohnya aku penah pikir..klu betul sahabat2 nabi tu..(umar,usman,ali) tu hebat..nape sume tu mati dibunuh?huhu..aku time tu zaman jahilyah lagi..aku sekarang dah xpikir macam tu dah..huhu..aku xmau mengundang bala dari Allah..

Sahabat pun bertanya kepada nabi apekah bentuk bala yang akan menimpa..nabi pun jawab antaranya dapat angin ahmar(stroke), gempa bumi(termasukla tsunami kot), manusia hilang perikemanusiaan..dan ada ulamak yang mentafsirkan manusia hilang rupa fizikal manusia..(maybe mcm contoh mutasi akibat dari nuklear camtu-aku tambah sendiri je)huhu..

cuak gak aku dengar..pasal sebab2 tu mmg dah berlaku sekarang ni..nabi kita dah warning lama dah..tapi ape nak buat..kita ni dahla jahil tapi tetap xmau keluar dari belenggu kejahilan..bila bala datang mulala nak salahkan tuhan..tuhan ni xadil la ape la..padahal itu berpunca dari kita..ade maksiat kita biar je..ade munkar depan kita pun kita xbuat ape2..

P/S: bala=ujian..termasukla bende2 buruk dan nikmat dari tuhan sebagai ujian dan balasan pada hambanya..mudah2an sebagai kafarah@penebus dosa2 kita terdahulu dan akan datang..

Wednesday, April 22, 2009

Perihal Solat

Aku ade dengar dari ceramah dari ustaz azhar idrus sebelum ni yang mengatakan bahawa ketika solat..seelok2nya rambut dilepaskan dari ikatan..terutamanya perempuan yang ada sanggul tu kena lepaskan sanggul ketika solat kerana ada nas atau hadis dari nabi yg menjelaskan perkara ni..bahawa mereka yang mengikat rambut ketika belum solat,,hendaklah buka ikatan rambut agar rambut tidak terikat..tujuannya ialah agar rambut2 kita akan sujud dan rukuk bersama2 dgn kita..perlu diketahui bahawa rambut2 kita pun mahu sujud dan cari pahala..andai kita biarkan ia terikat..maka kita dah halang ia dari sujud dan rukuk bersama2 dengan kita..

Berkenaan solat pakai baju lengan panjang tapi disinsingkan lengan baju..menurut para ulamak2..ianya makruh jika kita(lelaki) menyinsing lengan baju yang panjang ketika kita solat..kerana ulamak2 telah qiaskan perkara itu dgn hadis diatas yang berkenaan melepaskan rambut yang terikat ketika solat..oleh itu klu bulehla..kita lepaskanla lengan baju selepas kita ambil wudhuk..klu xbuat pun xpe..xpakai baju pun xpe(lelaki) pasal zaman nabi dulu ade sahabat yang xpakai baju time solat dan hanya letak serban je pada kepala bahu..

P/s: sape2 yang ade nak tambah silakanla..

Was-was dlm ibadat…

Pada hari yg berbahgia ini aku terasa ingin menulis satu lagi entry kat blog aku yang bertajuk was2 dlm ibadat..Alhamdulillah..dah ramai org masuk blog aku..Cuma aku heran xramai yg bagi komen..klu buleh aku nak juga tau part mana aku perlu tambah.part mana aku perlu kaji semula..tapi setakat ni belum ade lagila yang menentang tulisan2 kat blog aku ni…

Cukupla pasal tu..aku tulis ni pun nak kongsi ilmu dan tukar2 pendapat..pasal was2 dlm ibadat ni khususnya dlm solat..mmg sukar nak elak..aku sendiri pun heran tgk org lain terutamanya time nak solat tu takbir berulang2 kali dan bukan main lama..lucu pun ada..kesian pun ade..klu kat tepi aku mmg aku terasa nak marah pun ada..duk takbir byk kali..ape depa ni niat nak makan ke niat nak solat…

Sebelum perkara ini berlanjutan..aku rasa aku patut jelaskan dan cuba rungkaikan bab2 was was dlm ibadat ni terutama bab2 solat..mula2 aku nak ckp pasal niat..dlm mazhab syafie yg majority kita ni ikut..klu anda semua nak tahu..memadai atau cukuplah kita niat mcm ni…SAHAJA AKU SOLAT FARDU ZOHOR…yang lain2 tu hanyalah sunat sahaja..aku ulang "yang empat rakaat tunai mengadap kiblat kerana Allah taala" tu SUNAT je..

Tapi bg org yang xtau..depa mungkin igt benda2 tu wajib..pastu mulala angkat takbir byk kali..hehehe..mengikut ape yang aku dgr cari ustaz azhar idrus..kita nak niat dlm bahasa melayu pun xpe..xperlu nak "ussoli fardu zuhri" jika kita susah nak masuk niat..dah mmg tugas syaitan ni menggangu dan mendatangkan rasa was2 pada kita..itu pasal la kita kena belajar pasal agama agar kita xmudah sesat..

Byk perkara yang kita igt hanya sunat dlm solat tu yg kita anggap wajib..itu yang mendatangkan was2 juga..ade pulak yg wajib kita igt sunat..paling ketara ialah duduk tahiyyat akhir..bukan main lagi kita duduk tahiyyat akhir sampai terduduk atas kaki org lain..dah tau sempit masih lagi nak duduk mcm tahiyyat akhir tu..padahal itu Cuma sunat saja..klu dah tau akan terduduk atas kaki org lain..dah xsunat lagi dah..duduk je mcm tahiyyat awal..abih cerita..klu org lain marahtgk kita duduk mcm tahiyyat awal, sah mereka xbelajar bab2 solat atau belajar xabih..huhu..

Antara was2 dlm ibadat adalah was2 ketika dalam solat..tgh2 baca al fatihah tu terdetik kat hati..contohnya betul ke aku niat solat subuh tadi? Itu jgn layan..itu dah kira hasutan syaitan..jgnla berhenti solat..satu lagi rasa terkencing..mmg selalu la ni terutama mereka yang kencing sebelum solat..mereka terasa masih ade sisa2 kencing yang keluar time mereka solat…ini pun jgn layan melainkan seluar atau kain dah basah kuyup..hehehe..kentut atau keluar angin pun sama..sama ada ia keluar dari kemaluan belakang atau hadapan..klu kita rasa mcm ade keluar angin tapi xde bau..bunyi pun xde..jgn layan..teruskan aje solat..lainla klu xbunyi tapi bau ada..itu mmg kena solat semula setelah ambik wuduk semula..

Was2 dalam ibadat terutamanya ketika solat ni bukan perkara yg boleh diambil mudah..kita perlu tahu ape punca2 dan cara2 nak hadapinya…aku cadangkan beli jela buku2 agama yg berlambak2 kat luar tu..

Klu tgk gerai CD kita sanggup singgah tapi klu part2 buku keagamaan cepat2 kita lari…klu ade org nak promote cpat2 kita tarik muka masam..mcmla kita ni tahap ulamak..ulamak pun baca buku keagamaan..kita ni takut sesat pasal berguru dgn buku ke?hahaha..alasan xmau baca buku je..sekarang ni ramai ustaz yg boleh kita rujuk..xmcm zaman dulu..so aku cadangkan..jinak2kan la diri dgn ilmu2 agama..agar nnti kita dimasukkan dlm golongan yang berilmu dan dipandang tinggi dan diaaikkan darjat disisi Allah..

Bab2 bacaan dlm sembahyang pun sama..klu xreti nak tafsir pun,,sekedar reti terjemah cukupla..agar kita tahu ape yang kita baca..agar kita lebih khusyuk dlm solat..sekarang ni byk buku2 panduan solat..pastikan kita rujuk yang "sunnah wal jamaah" punyer..jgn rujuk mazhab2 lain yg boleh buatkan kita lagi confuse…

P/s. satu cd harga 40 hinggit kita sanggup beli tapi satu buku agama dlm 20 hinggit kita rasa mahal dan xmmpu nak beli..sama2 kita muhasabah diri..

Perihal Jin Siri 2..

Semalam aku g teman mmber aku g midvalley..cari hadiah utk mmber aku yang bakal sambut besday beberapa hari lagi..pegi naik komuter je..dlm dua jam dua aku kat midvaley kot..aku singgahla MPH bookstore..kedai buku yang aku agak kagum dgn cara2 depa susun buku..xmcm library kat universiti aku ni..hehehe..aku pun segera cari part rujukan islam..pasti aku akn jupe tajuk yg catchy..mmg jupe pun..aku pun belila satu buku yg bertajuk "berdialog dgn jin: diari seorang perawat"..ditulis oleh ustaz abd majid hassan, terbitan hijjaz record..ustaz ni ternyata bekas pelajar dr haron din..pengasas darul syifa'..

petang balik tu terus aku baca..mmg ketagihla..pastu balik makan malam aku baca lagi..kali ni aku dah mula rasa lain dah..aku rasa aku dah terlebih tahu pulak..kisah2 yang dia ceritakan dlm buku tu pasal pengalaman dia rawat pesakit ni ternyata xbeza sgt dgn ceramah yang aku dgr pasal jin ni oelh dr ismail kamus..cuma yg ni lebih kepada jenis2 jin dan sifat2 mereka dan cara nak berhadapan dgn mereka..aku ni bilik double tapi aku duduk sorang..takut juga pasal lampu utama bilik aku dah lama xberfungsi..harap dua lampu study tu manala terang sangat..klu takdir time aku syok baca tu blackout..aku la paling kuat menjerit kot..

serius aku mmg merasakan seolah2 aku berada ditempat kejadian..bahasa dia pun lagi sempoi dari bahasa aku..mmg editor dia aku tabik la..aku bukan ape..aku rasakan bahawa aku ni mcm ade je tanda2 diganggu jin..klu mak aku tu mmg aku dah tau dia mmg diganggu jin..apelagi..aku pun mulala buat pelbagai andaian..last sekali aku decide aku nak sambung baca esok..tinggal 1/4 je lagi..tapi apepun buku ni mmg aku rekemen kat kita baca..agar kita xterpesong aqidah..dan kita pun buleh ambil tahu pasal alam yg kita xnmpak ni..hakikat ada alam lain selain alam kita mmg benar..siap ade ayat2 dan cara2 utk kita nmpak alam2 jin ni..itu yang buat aku cuak..cara2 nak tikam jin..keluarkan jin..kurung jin..dan sembelih jin pun ade..pergh..

nak lagi aku mmg believer..tapi perlu diingatkan..cuma Allah je yang benar2 berkuasa..jgn sesekali terpedaya dgn tipu helah iblis dan kuncu2nya...

Sekian...

Pembetulan...

malam tadi sebelum tido aku sempat lagi layan kuliah satu round..bukan susah mana pun..donlod je pastu play..huhu..dlm pada syok2 aku meleyan kuliyah tu..ternyata aku telah melakukan kesalahan dlm posting2 aku yang lepas..antaranya pasal isu musafir(aku dah betulkan sebelum tido)..satu lagi isu adalah isu dosa tgk pempuan...

aku penah tulis yang dosa2 kecik macam dosa tgk perempuan adalah tergolong dalam dosa2 kecik(bg lelaki) dan aku juga tulis yang dosa2 tu akan gugur jika kita wudhuk..

tapi ternyata ilmu aku belum cukup..aku belum buat penelitian yang betul..ustaz azhar idrus ckp..kita xleh nak anggap dosa2 tgk pempuan tu akan hapus bila kita wuduk..ini boleh menyebabkan seolah2 MEMPERMAIN2KAN dosa2 kecik ni...mcm nak mempersenda2kan hukum pulak..jgn kita igt itu dosa kecik maka kita buleh buat selalu..

ustaz tu jelas lagi bahawa maksud dosa2 kecil yang gugur time wuduk tu adalah dosa2 kecil yg kita xsengaja buat..contohnya terpandang aurat perempuan..ustaz tu jelas lagi takut2 dosa2 kita xtertanggal pasal kita seolah2 mmperkecil2kan larangan Allah..mentang2 dosa tu senang hapus maka buleh buat selalu tanpa segan silu la?...huhu..aku pun nak mintak maaf atas kejahilan aku..

Wallahua'lam..

Tuesday, April 21, 2009

Jin...

Kali ni aku nak kongsi sket pasal topik yang agak hangat sejak 10 tahun kebelakangan ini..xlain dan xbukan..topik pasal hantu, citer seram, syaitan dan sewaktu dengannya..

Aku nak kongsi pengalaman aku yang dan ilmu yang aku ade..aku dari dulu peminat citer2 seram..bodoh xbertempat..tiap kali aku tgk citer seram atau baca kisah2 seram..aku akan trauma berminggu2..tapi lepas tu aku teruskan juga..

Aku mmg xmalu nak mengaku aku ni penakut..kelas malam kat sekolah pun aku xjoin pasal aku takut..surau kampong aku pun jarang aku pegi mlam2 pasal aku takut..aku dari kecik sampai sekarang mmg otak aku dimuatkan tentang citer2 hantu yang dialamu oleh org2 kampung aku dan kejadian pun dlm kampong aku jugak..pergh,,time aku tulis ni pun aku terpaksa menahan seram…aku pasang surah Al Baqarah..baru tenang sket..

Beberapa tahun lalu aku pernah dgr kuliyah Dr Ismail Kamus pasal jin dan gangguan2 jin dan cara mengatasinya..sejak dari hari itu..aku seolah2 diberikan sedikit keberanian pasal aku dah tau hakikat kejadian kaum yg ghaib ni…

Aku mula diganggu semasa tidur sejak aku form 5..then selepas form 5, aku diganggu hampir tiap2 malam semasa aku cuba nak menghafal surah Yasin..last2 aku stop nak hafal surah Yasin..pada hemat aku..pasal bacaan aku xberapa betul kot…

Masa aku kat luar rumah pun sama jugak..aku mmg cpt seram bulu tengkuk..masa aku camping ke, tido tempat baru ke..mmg selalu je rasa seram xtentu pasal…masa aku masuk universiti pun sama jugak..kena ganggu masa tidur jugak..aku klu malam xleh nak tido mengiring ke kiri dan xleh juga tido terlentang..risiko kena ganggu tu besar,,,huhuhu..

Lepas aku dgr ceramah ustaz ismail kamus masa aku tahun akhir kat universiti..aku dah ok sket..xla takut mcm dulu..pasal aku tahu makhluk2 ni akan diazab dan dibicarakan di padang masyhar nnti..

Kesimpulan dari ceramah itu…hantu2 yang pelbagai rupa tu adalah golongan jin2 yang menggangu kita..kita kan tahu jin ni ada yang islam dan ada yang kafir..yang kafir tu dikenali sbg syaitan..yg islam tu kita ckp jin islam..yang ganggu manusia tu jin kafir..yg membisikkan dan menyesatkan anak adam pulak adelah syaitan…

Jin2 kafir ni mmg selalu ganggu org…pernah ke kita dengar sekolah cina atau sekolah India diganggu makhluk halus? Pasti jarang kan..tapi klu sekolah2 agama dan sekolah2 yang majority islam..mmg selalu ada gangguan hysteria dan sebagainya..yg terbaru ialah sekolah tanjung Lumpur kat pahang..berbulan2 kot kes tu..

Jadi kat sini mmg jelasla ini perbuatan jin2 kafir yang menganggu org2 islam..aku rasa aku terlalu penat nak huraikan sume..so aku buat kesimpulan jela..jin2 kafir ni tinggal kat tempat2 tinggi..dlm air..dan tempat2 yg xdibaca kalimah2 suci..jumlah keseluruhan jin melebihi jumlah manusia..mereka mmg ramai..

Andai kita dapt lihat mereka..jarum yang kita gugurkan dari tangan kita xkan jatuh terus ke lantai sebaliknya jatuh ke atas jin2..nisbah jin dgn manusia klu xsilap 1 manusia bersamaan 7 atau 9 jin..aku pun xsure tepat..

Mereka ni makhluk dan kita xperlu tunduk pada mereka..mreka mmg ade kelebihan2 seperti merasuk badan manusia..dan byk lagila..tapi mereka sama mcm kita..mereka xtau perkara2 ghaib..pasal mereka dah xleh naik kelangit..

Cara nak hindarkan gangguan mereka antaranya baca surah al baqarah..mereka xkan masuk dlm rumah kita atau bilik kita selama 3 hari..mereka(jin2 kafir) mmg pantang dengan ayat2 suci quran..contohnya ayat qursi..ungkapan seperti “SALAAMUN A’LA SULAIMAANU FILL A’ALAMIN”..pasal ade nabi Sulaiman kat ayat tu..golongan jin ni menurut kata ustaz ismail kamus akan lari bila dgr nama nabi sulaiman….

Makanan jin2 ni adalah asap dan tulang2..jin islam makan tulang2 yg disembelih dgn nama Allah..najis binatang pula menjadi makanan kepada binatang ternakan jin..perlu diigtkan bahawa golongan jin ini hidup lebih lama dari manusia..semakin tua, bdn mereka menjadi semakin muda..mereka juga dimatikan..

Jin ni biasa merupakan diri dlm bentuk ular, anjing dan sebagainya..oleh itu..jgn sembarangan mmbunuh ular yang masuk rumah kita..perlu kita halau dulu..lebih dari 3x..baru buleh nak bunuh ular itu..klu ular tu xlari la..

Byk lagila perihal jin yg aku xmmpu nak kongsi dgn sume..pasal aku letih nak taip..tapi antara tanda2 diganggu jin..susah nak tido..mimpi binatang seperti beruk ular anjing dan sebagainya..tido mata celik..dan byk lagila..

Dlm badan kita mmg ada jin..mereka melalui saluran2 darah dan boleh mengambil alih otak kita..contohnya bila kita tgk org dirasuk..ustaz ismail kamus juga pesan agar kita xbaling batu pada waktu malam..buang air dan tuang air panas kat tempat terbuka..takut nnti jin ingat kita sengaja nak baling kat mereka..padahal mmg kita xnmpak mereka..

Kejadian budak2 menangis waktu malam juga kemungkinan berpunca dari gangguan jin pasal mereka mmg nak menyesatkan ank2 adam..nnti kita akan cari tangkal utk dipakaikan kepada anak2 yang ternyata tangkal itu adalah syirik..justeru, jin telah berjaya menyesatkan akidah kita..

Klu kita dapat mimpi buruk..bgun tido..kita kena ludah belah kiri tiga kali sebagai penghinaan kepada jin yang membisikkan kita dari telinga kiri..berdoala selalu agar kita dijauhi dari gangguan jin yang nak menyesatkan dan menggangu kita..

Akhir kata..jgn terlalu pandang remeh tentang jin dan jgn pula terlalu takut sampai lupakan dan abaikan perintah tuhan..hanya tuhan yang maha berkuasa ke atas makhluk..tiada makhluk lain yang boleh menandingi Allah..

P/s: seram betul time aku tulis ni..tapi aku teruskan juga…huhu..Wallahua’lam..

Solat Hormat Waktu?..

Aku ni mmg agak jahil part2 solat selain dari solat 5 waktu..klu tanya aku bab2 solat sunat mmg aku blur2 sket..huhu..baru2 ni aku dgr pasal solat hormat waktu..ape bende solat hormat waktu ni..

Dari ape yang aku dgr dari ustaz azhar idrus..solat ni adalah solat yang dilakukan sekiranya kita xsempat nak tunaikan solat fardhu kerana sebab2 tertentu..contohnya terperangkap dlm kesesakan jalan raya..terkurung dalam rumah atau sebagainya..dimana mmg kita xkan sempat nak tunaikan solat fardu pada masanya…

Contohnya kita balik dari ofis kul 5 petang..bajet nak solat asar kat umah..tapi kita terperangkap dengan trafik jam..mmg xsempat nak solat asar la pulak..klu kita sampai rumah..waktu asar pun dah abih..so dlm keadaan ni..buleh kita solat hormat waktu..

Solat hormat waktu ni tujuannya agar kita xmmbiarkan waktu solat itu berlalu begitu saja…nnti kita akan berdosa kering mcm tu je..solat hormat waktu ni..xperlu ambik wudhuk pun..klu kita dlm kereta time tu..sembahyang je dlm kete..xperlula nak naik bumbung kete nak solat..solat kan ade kelonggaran juga..bolehla bergerak slow smbil tekan minyak ke..klu penumpang lagi senang..sembahyang je sambil duduk..bacala bacaan2 dlm sembahyang..

Tapi jgn igt lepas dah solat hormat waktu ni kita dah setel..belum setel lagi..nnti bila dah sampai destinasi atau tempat2 yang kita boleh solat..kita WAJIB qada atau ganti balik solat yang kita tertinggal tadi..solat hormat waktu ni sekadar xmmbiarkan kita berdosa kerana xsolat langsung sehingga luput waktu solat..contoh kita langsung xsolat asar sampai maghrib kerana tersangkut dlm trafik jam..

Ni la tujuan solat hormat waktu..pasal nnti kita akan berdosa besar mmbiarkan waktu solat berlalu begitu sahaja, tapi perlu diingatkan bahawa kita tetap wajib qada solat yang kita tertinggal itu…moga2 ibadat kita diterima..

Monday, April 20, 2009

Kelebihan Surah Al Ikhlas..

Kali ni pulak aku nak citer pasal kelebihan surah Al Ikhlas ni..antara surah 2 yang pendek dan paling mudah dihafal..tapi jgn pandang remeh surah ni tau..surah yang hanya mengandungi 4 ayat ni:

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

Bg sape yang belum tahu..surah ni klu dibaca 3 kali bersamaan dengan mmbaca satu al quran..pahalanya sama seperti mmbaca satu al quran…itu pun malas juga ke nak baca? Korang ni mmg xtaula aku nak kata ape..huhu..

Pada zaman nabi..ade sorang imam ni yang selalu baca surah ni setiap kali sembahyang..mmg xde surah lain yang dia baca..smpai org2 naik fedup pasal dia baca surah yang sama..maka sahabat2 yang xpuas hati ni duk mengadu pada nabi..nabi tanyala..betul ke dia asyik baca surah tu?..sahabat jawab mmg betul..nabi pun jawab..”maka surah itu akan membantu dia pada hari akhirat nanti”..balik mcm tu je sahabat2..huhu..

Ape yang penting adalah xkisahla surah tu pendek ke panjang..imam baca surah pendek..kita komplen pendek..imam baca panjang, kita komplen panjang..mmg kita ni serba xkenala..itula klu kita ada ilmu lebih ni, tuhan akan tinggikan darjat..

Klu kita byk ilmu..byk perkara akan jadi mudah..so, pilihla..nak jadi org yg berilmu ke nak jadi org jahil yang asyik komplen xtentu pasal…huhuhu,…

Perihal Al Faatihah...

Malam yg syahdu ini aku nak citer sket pasal surah Al Faatihah..antara rukun utama dalam solat dan surah pertama dlm quran..faatih maknanya buka..Al faatihah adalah surah pembukaan al quran..mempunyai tujuh ayat..

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Surah ini juga dikenali sebagai surah doa..kerana dlm surah ni ada doa2(buleh rujuk ayat 6)…perlu dibaca 17 kali sekali dlm 5 kali solat…juga dikenali sebagai ummu al kitab..

Mengikut kitab2 tafsir yang terkemuka dan mu’tabar..org2 yg tuhan murkai dlm al faatihah adalah bangsa Yahudi..org2 yang sesat pula adalah golongan Nasrani…

Yahudi ni mmg bangsa yang tuhan murkai sejak mereka menyimpang dari ajaran nabi..merekala bangsa yang membunuh para nabi..tidak ada bangsa lain yg membunuh para nabi selain dari kaum yahudi..golongan yahudi ni bukanla hebat mana pun..pasal time mereka berdebat dgn nabi dan para sahabat..mereka xpenah menang..golongan yahudi ni jadi kuat akhir2 ni pasal org2 islam dan xbersatu padu…andai kata Negara islam kat sekeliling palestin tu bersatu menentang Israel..kurang dari satu jam Negara Israel tu dah hancur..tapi ape nak buat, umat islam sekarang takut..takut nnti hilang minyak dan macam2 takut lagila..hehehe..

Kaum Nasrani pulak sesat kerana menganggap nabi Isa tu sebagai anak tuhan...ape yang diharapkan adalah kita ni paling kurang dapat terjemah surah al faatihah dah cukup..klu xpandai nak tafsir pun xpe janji kita tahu nk terjemah..tapi klu dapt tafsir lagi bagus..hehehe…

Surah al faatihah ni amat penting sekali bg umat islam..jika kit abaca al faatihah dengan sebutan yang betul…maka solat kita xditerima…aku ulang..klu baca xbetul maka solat xsah..melainkan mereka yang masih dlm belajar nak betulkan bacaan al faatihah..

Ini yang aku paling risau..ramai org masih xtau bende ni..kadang2 kita dengar ade org baca al faatihah xberapa nak betul terutamanya dari sudut sebutannya…dan ini kadang2 buat aku ragu2 nak ikut imam yang baca xberapa nak betul ni..huhu..

Oleh itu..marilah kita sama2 membaca surah al faatihah ni dgn betul…klu xreti. Cari org yg reti..jgn biarkan kita dalam kejahilan..bukan ambik masa yang lama pun..lagu2 kita sanggup hafal..ape salahnya al quran yang menjadi rukun solat ni..

Patung2 dan gambar bernyawa...

Arini aku nak tulis pasal gambar, lukisan, potret , grafik, ilustrasi dan segala mcm mak nenek yang berkaitan dengannya…

Tahukah kita sume bahawa antara sebab malaikat xmasuk rumah kita atau bilik kita atau tempat tinggal kita adelah kerana terpamernya atau tergantungnya atas terpaparnya gambar2 yang bernyawa?

Maksud gambar bernyawa ni termasuklah gambar2 org,,,gambar2 binatang..potret, poster org..dan paling malang lagi adalah gambo family dan juga gambo perkahwinan dan juga gambo konvo..bukan ape..kita sume ni dah terpengaruh dengan agama dan budaya org sampai hias rumah dgn gambar..

Dalam islam bukan xleh nak ada gambar..Cuma xleh gantung atau pamer gambar2 bernyawa je..susah sgt ke nak ikut?...hukum xmelarang kita simpan gambar sampai 50 album..Cuma jgn pamer berterusan je..xsalah pun klu rasa nak tgk kita belek album2 kita yang mengalahkan galeri foto tu..cuma jgn letak dlm frame pastu gantung atau pamer kat mana2 dlm rumah..

Xkanla kita xmau bg malaikat masuk rumah kita..huhu…so bg yg dah terbuat tu..sama2la kita berubah..carila sendiri hadis2 nabi yang melarang kita gantung gambar2 bernyawa kat umah..

Aku nak tambah sikit lagi pasal patung permainan kanak2..patung ni klu ade kat umah,,malaikat pun xmasuk jugak..kecuali patung2 tu mmg kanak2 main..tapi klu kita simpan baik2 dlm almari..susun elok2 tu xleh…pasal xmau bg mcm kita hormat kat bende tu..jgn muliakan bende2 tu..contohnya kita buat hiasan or buat peluk time tido..itu mmg xboleh melainkan kita tergolong dlm kategori kanak2 bwh umur…

Akhir kata..tinggalkanla perkara2 yang syubhah atau meragukan kita..byk laig perkara2 baik yang kita boleh buat..buat apela nak teruskan juga perkara2 yang xde faedah langsung dan merugikan ini…hehehe…

Sumber2 aku...dakwah for dummies..

aku mmg dah lama rasa xsedap hati klu aku xdedahkan sumber2 aku..hehehe..sape2 yang kenal aku ni mmg sedia maklum aku ni bukan lulusan agama..dan aku jarang jgk g masjid..hehehe..

tapi alhamdulillah, sejak akhir2 ni aku jumpe link2 kat intenet pasal syarahan seorang tokoh agama yg agak terkenal dari terengganu..cara dia sampaikan mmg sempoi dan mudah memberikan kesan pada org2 muda khususnya..cuma dia ni klu kat terengganu mmg dia ckp terengganu..dan susah nak cari ceramah dia kat selangor yg dia ckp 'standard"...

dia ade laman web sendiri..celik IT ustaz ni..namanya ustaz azhar idrus..mula2 aku dengar ceramah dia..mmg aku susah nak terima pasal dia ckp tu terlalu laser dan keras..lebih kontroversi dari blog aku..hahaha..

lama kelamaan aku dah buleh terima point dia ni..kat youtube pun dah byk video2 ceramah dia..

cuma kali ni aku nak bg yang utama2 jela...

ni laman web dia… http://www.ustazazhar.com/v1/
yg ni pulak laman web yg menempatkan audio2 ceramah dia… http://www.kuliyah.net/V1/

yg ni pulak koleksi2 terpilih video2 dia dari youtube..blog pasal dia la… http://siputonline.blogspot.com/search/label/Ladang%20-%20Jumaat

tiga link ni dah cukup bg permulaan..dan kalau korang rajin..try je laman web yang kedua tu..kuliyah.net tu..byk lagi tokoh2 agam selain dari ustaz azhar idrus..

hehehe…dan kalu korang perasanla..aku cuma ulang balik je ape yang ustaz tu ckp..kiranya aku dah mudahkan lagila..for dummies..huhu..

selain itu..sumber utama aku adalah quran dan hadith yang pernah aku dengar orang tafsir yg aku xmmpu nk tunjuk kat blog aku satu persatu..

selamat mencuba…

Sunday, April 19, 2009

Kewajipan dan kemahuan....

"Kata Farah, jika bertudung nanti biarlah ia dengan keikhlasan hatinya sendiri untuk menunaikan perintah Tuhan. Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya"

http://www.izyan.com/2009/04/farah-af2-mula-belajar-bertudung.html

farah af2 yg cute tu..dia nak bertudung..tapi sebelum bertudung tu mcm2la publisiti yg perlu ada...ni pun kira publisiti jugakla..

alhamduillah..dah ramai pempuan kat negara ni dah pilih imej bertudung, tutup rambut, tutup sebahagian kepala...

daripada xtutup langsung.at least adela kesedaran tu nak tutup sebahagian..hehehe..

aku bukan ape, bende2 mcm ni lama kelamaan aku tgk ia jadi mcm perlumbaan artis2 atau selebriti atau idola2 atau org2 penting kat negara ni utk bertudung kepala..bermula dengan rancaknya pada ketika ogy ahmad daud dan selepas itu ramai selebriti2 yg mengikutnya...tapi aku paling respek wardina safiyyah..dia xde sikit pun mengurangkan jumlah keluasan tudungnya..xmcm sesetengah org yg hanya tutup rambut..

aduhai perempuan2 islam akhir zaman..dlm quran tu dah sebut dgn jelas lagi tentang kewajipan bertudung sehingga menutup paras dada..bukan aku saje2 reka ni..mmg dlm quran tu jelas..ayat2 pun jelas dan termasuk dlm ayat2 muhkamat..bukan ayat2 mutashabihat yang memerlukan tafsiran pakar agama..

tapi mcm yang aku selalu pegang..prinsip yg aku kadang2 lupa..tugas manusia ni hanya perlu smpaikan sahaja..tapi yg menusuk hati dan memberi kesedaran tu adalah bidang kuasa Allah..

persoalan kat akhirat nnti bila tuhan tanya nape xtutup aurat? buleh ke kita jawab..sesungguhnya yg memberi hidayah dan petunjuk itu adalah tugas MU ya Allah..maka lepaskanlah kami yg xdiberi petunjuk oleh MU ini..nak jwab mcm tu ke?

c'mon la..nak petunjuk mcmna lagila wahai umat2 akhir zaman..nak tunggu sampai nampak neraka dulu ke baru nak sedar..sikit2 ckp belum dpat seru lagi..belum diberi petunjuk lagi..dan macam2 alasan yg meloyakan taik telinga aku..hehehe..

adoila..xnak ckp karang rasa kena ckp..ini bukannya masalah kemahuan tapi hukum dah menetapkan..klu nak pakai bab kemahuan boleh..contohnya hukum ckp boleh makan makanan yang halal..org xleh paksa kita makan roti mcm kat negara arab tu pasal kat sini ade nasi..itu baru org xleh paksa kemahuan kita..tapi klu dah terang dan jelas dlm al quran, kita xde hak nak ckp pasal kemahuan kita..

"Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya"

contoh macam ayat kat atas ni..kalau dia ganti perkataan "bertudung" tu dgn "makan nasi" xpela..ini bertudung yang menjadi kewajipan setiap perempuan islam yang cukup syarat..boleh dia kata "bukan kemahuan"..klu aku sendiri yang tafsir ayat tu..dah lama aku ckp dia tergolong dlm org2 yang kuffar..pasal dia xmahu terima hukum yg tuhan dah tetapkan..

tapi nnti org kata aku ni fanatik pulak..utk pengetahuan korang sume..tolak satu huruf dari al quran tu dah kira kafir..inikan lebih dari satu huruf..ini kewajipan..sape yang xtau makna wajib..wajib ni suka ke xsuka ke kena buat..contohnya bgun solat subuh..sape yang suke bgun pagi pastu solat subuh?..tapi sebab bende tu dah wajib..kita kena buatla juga..terpaksa bgun pagi2 pastu solat dua rakaat..

mcm juga bertudung atau tutup aurat bg org islam..suka atau x, itu adalah kewajipan..bukan nabi yang tetapkan..bukan ulama yang tetapkan..tapi Allah sendiri yg tetapkan..buleh pulak kita main2 ye..umat sekarang ni mmg berani..klu umat nabi2 dahulu dah lama dah kena balasan..tapi umat nabi Muhammad ni umat yg paling baik..nabi sebelum wafat dah mintak kat tuhan agar jgn terus balas atau hukum umatnya kat dunia ni..klu xkerana permintaan dan belas kasihan Allah..pasti dah lama dunia ni hancur kot..umat nabi2 dahulu kerana sebab homoseks, terus kena azab..tipu dlm jual beli, terus kena azab..kerja pada hari yang diwajibkan ibadat..terus kena hukum..enggan terima dakwah nabi, terus kena azab..

tapi tgkla umat sekarang..masih senang lenang lagi..segala kemungkaran umat2 terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah, ade pada umat sekarang..siap berbangga2 lagi..contohnya perkahwinan sejenis..hehehe...

aku pun heran..seolah2 kita ni kebal dan menongkat langit..seolah2 kita akan hidup selama lamanya..sume org tahu mati itu adalah xdpt nak elak..tapi berapa ramai yang percaya lpas mati kita akn dibangkitkan semula?..itu perkara utama yg membezakan umat islam dgn bukan islam..

aku mlasla nak tulis dgn lanjut..bukan ramai pun yang baca penulisan aku ni..mmber2 pun asyik mengadu aku tulis panjang sangat..hahaha...

oklah aku stop dulu..klu ade nak tambah nnti aku tambah..

Saturday, April 18, 2009

Perkara2 sunat..

dlam pada aku duk syok2 nak curahkan ilmu aku melalui bentuk penulisan blog ni..aku ade jugak mintak pendapat mmmber2 aku pasal kandungan blog aku..agar aku xmelampau sangat menulis dan taksub nak salahkan orang..

dlm pada itu,,ade sorang mmber aku nak aku komen pasal ibadat2 sunat khususnya solat taubat..aku ni mmg tergolong dalam golongan yang jarang sekali solat sunat..huhu..bukan aku ni dah alim tapi tulah..aku sendiri pun jarang sangat solat sunat..bese gak dulu solat hajat..tapi tahajjud dan solat tasbih setahun sekali pun payah..dosa dah tinggi melangit..

mmber aku suruh komen pasal org sekarang ni mmg byk buat dosa..pastu jarang pulak solat sunat taubat..solat sunat biase pun jarang..mmg berat dugaan dunia sekarang ni..klu zaman nabi dulu umat islam dilarang dan ditentang kerana nak mengamalkan islam..tapi sekarang ni xde sape nak surh dan xde sape yang larang..itu yang soal2 agama ni (mintak maafla aku kata) mmg org dah xpandang dah..

terasa rugi klu xdpt g tgk konsert dari xdpat pegi belajo kuliah agama..belajo ilmu agama tu wajib..lainla klu kita dah tau byk..aku ni pun jrang juga g kuliah agama..cuma aku donlod dari internet je..ICT ni klu kita guna cara baik, maka dia jadi baikla..huhu..

sekian..

Musafir..

kali ni aku nak kongsi lagi ape yang aku dengar..pasal solat jamak bg musafir je..

seperti mana kita tahu..kita boleh solat jamak dan boleh solat qasar ketika kita dlm musafir..dgn syarat musafir tu tujuan baikla..bukan tujuan maksiat..hehe..

lagi satu yang aku xtau..jika kita dah tau kita akan duduk kat tempat tu lebih dari 3 hari..maka kita dah xleh nak jamak solat pada hari lain..kita xleh pakai hukum yg kata musafir tu 3 hari..pasal kita dah tau kita akan duduk situ lebih dari 3 hari..hari kedua pun kita nak jamak solat dah xboleh..hehehe...

contoh kita bertolak dari terengganu ke selangor yg jaraknya melebihi 90km...kita jamak asar dgn zohor dlam perjalanan sebelum sampai selangor..sebaik sahaja sampai selangor maka haram kita jamak dan qasar kerana hukum musafir telah gugur kerana kita berniat utk tinggal dia selangor melebihi 3 hari...

Jika kita mmg rancang nak tinggal(singgah) di selangor kurang dari 3 hari..maka dibolehkan kita solat jamak dan qasar selama kita dlm perjalanan dan selama dlm tempoh kita kat selangor..klu lebih dari 3 hari dah xpanggil musafir tapi bermukim..dah xleh nak solat jamak dan qasar..harap faham betul2..

dan aku nak bgtau pasal solat qasar iaitu memendekkan solat jadi dua rakaat..perlu igt bahawa itu hanya utk solat 4 rakaat saje..maghrib xleh qasar tau..huhu..subuh pun xleh qasar..jgn nak buat hukum sendiri..hahaha..

semoga kita sume dapat pengajaran..

Perihal aurat...

terlebih dulu aku pohon kalu nak baca tulisan aku ni, tolong bukak minda dulu..klu aku salah..betulkan aku..aku ni bukan nabi yang terima didikan langsung dari tuhan ok?

aku cume nak kongsi bende yang dah lama aku kompius..pasal aurat la..khususnya aurat pempuan..mcm ni citernya..kat tv ke kat mana2 ke, mmg kita dah xleh nak lari dari terlihat aku sengaja nak lihat aurat perempuan2 islam..aku bukan nak salahkan pempuan2 tapi xla nak salahkan lelaki..apelagi nak salahkan ibu mengandung..cuma aku kompius sekompius piusnya..

"ape beza klu tgk aurat pempuan yang terbuka sedikit berbanding dgn aurat yang terbuka byk"?

aku ni nak tahu dari segi hukum lelaki yang memandang..klu dari segi pempuan tu kita tahula kan..seurat rambut je dah berapa tahun kena seksa kat neraka..nauzubillahiminzaalik..

yg aku musykil ni adalah bg pihak lelaki..klu tgk aurat sikit tu buleh kata dosa besar..klu tgk aurat byk tu mcmna pulak? bab ni aku serius xtau..cuma aku pandai2 sukahati kepala otak aku je buat hukum sendiri..

"ala..alang dah tgk sikit, baik tgk banyak..sama je aurat jugak"

mcm xde beza klu pembunuh tu bunuh sorang atau sejuta org..dia hanya kena hukum mati sekali je..huhuhu...

time sekolah dulu ade gak mmber2 aku beranikan diri tanya cikgu agama aku..pasal tgk cerita2 lucah tula..cikgu aku pun xpasti nak jwab tapi dia "rasa" itu cuma dosa kecik je pasal kita "cuma tgk"..kita xbuat pun..hehehe..

aku pun pikir camni..sehelai rambut pempuan tu dah kira aurat..satu badan terdedah pun aurat juga..xde beza tgk rambut pempuan dgn tgk satu badan..sumanya dah kira nampak aurat..cuma byk dgn skit je..

sekali lagi aku jelaskan..ini dari sudut lelaki ok..setahu aku klu pempuan yg tutup aurat pun..klu lelaki tgk, itu dikira dosa kecik,,pempuan tu pulak lepasla dari dosa menampakkan aurat depan lelaki bukan mahram..

aku harap nnti aku akan jumpe penyelesaian pada masalah ni..sape2 yang tahu silala bgtau aku..huhu..

Sekali pandang xharam, dua kali pandang baru haram..

tentu lelaki2 sume dah tau pasal ni..yela, tgk pempuan sekali xberdosa lagi..tgk kali kedua baru berdosa..jadi klu nak tgk pempuan cantik atau pempuan seksi tu..tgk sekali je..jgn kelip mata..itu baru sekali..xdosa..hehehehe..aku pun mahu gelak diatas kejahilan aku sendiri..

lama jugak aku pakai hukum tu..sumbernya dari mulut org ramai..ternyata bila tuhan mula nak berikan kita ilmu2 agama..kita akan rasa bahawa kita ini terlalu jahil dan amat dahagakan ilmu2 agama..

ikut hukum yang sebetulnya..yang dimaksudkan sekali pandang itu xberdosa adalah pandang secara xsengaja..ini telah dijelaskan oleh saidina ali bin abi talib(klu xsilap aku)..yang kita ni sume duk takwil kut lain..sekali pandang walau sengaja pun xberdosa..pasal sekali pandang je..kali kedua baru berdosa...hehehe..

taubatla atas kesilapan2 lalu..jgn ulang lagi..cuma ape yang perlu kita tahu, dosa tgk pempuan adalah dosa kecil..samaada pempuan tu tutup aurat atau x, klu lelaki tgk, lelaki tetap berdosa..tapi klu pmpuan tu xtutup aurat..pempuan tu yg tanggung dosa lebih..bukan dosa kecil dah tu..huhu..

dosa2 kecil macam dosa tgk pempuan ni akan terhapus bila kita ambil wudhuk dgn sempurna..dosa2 tu gugur bgai daun ditiup angin..senang je kan? tapi klu mereka yang xpenah ambil wudhuk, mmg xdela keampunan dari tuhan..

pempuan perlu tahu, pmpuan wajib tahu..bahwa setiap inci tubuh mereka boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki..pasal tula islam suruh tutup kecuali tapak tangan dan muka..pasal xmahu bebankan pempuan..

mmg bohongla klu lelaki tgk rambut pempuan tapi xrasa ape2 pun..(nafsu songsang kot)hehehe..adoila..oleh itu..sedarla kaum2 hawa sekalian..berubahla sebelum terlambat...

Friday, April 17, 2009

Perihal Jin

pagi tadi aku ade dgr ceramah pasal saka..ade kena mengena dgn jin la jugak..cuma aku rasa tertarik bila dia kata..LEBIH BAIK BERKAWAN DGN JIN DARI BERKAWAN DGN PEMBUAT MAKSIAT..dia ckp dia penah ckp tentang tu kat tv3..dapt respon xputus2 dari org ramai..mana taknya..ape yang dia ckp tu mmg berbeza dari ape yang kita biaae dgr...

aku yg jahil ni pun dgr semacam je..hinggalah dia bg contoh2 yg buleh diterima akal..antara contoh2 ialah baik bersahabat dgn jin agar sama2 berbuat ibadat dari berkawan dgn org yg celik mata je nak buat maksiat dan kemungkaran..

tentang pendapat yg mengatakan 'sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia' adalah tidak benar sama sekali katanya..pasal xde pun hadith dan nas yg boleh dirujuk..klu x, sume jin masuk nerakalah katanya..padahal jin tu ada yg islam..jin kafir namanya syaitan..

siap dia bg contoh lagi..kita xleh buat hamba pada jin..jin buleh jadi makmun kita qiamulail jika ank isteri kita xmau bgun..dengan syarat kita mesti jadi imam..

begitu juga klu solat jumaat,,klu xcukup 40 org jemaah..jin buleh jadi jemaah dengan syarat mereka merupakan diri mereka sebagai manusia mulai dari azan sehingga habis solat..

wow..berat juga topik ni..sama2 kita pikirkan...

Athma or lelah..

pagi ni aku susah nak tido lagi..tgk tv lagi..ade citer pasal lelah atau asma(senang eja)..antara punca2nya adalah keturunan dan kutu2 rumah(debu2 dari karpet) dan jerebu..asma ni lagi teruk klu pengidap dia berjumpa dgn "allergen2" asma seperti debu, jerebu, cuaca sejuk dan yang paling teruk adalah asap rokok..

aku ade mmber yang penah mengidap asma..aku ada mak sedara pengidap asma...mmber aku ni pantang betul dgn asap rokok..tapi mak sedara aku tu setahu aku suaminya kuat merokok..anak2 dia pun ade asma..tapi depa duk jauh kat tawau sana..xtaula aku mcmna..

asma ni buleh mmbawa maut klu silap haribulan..huhu..

Bacalah dan kajilah...

Ni aku copy paste dari blog mmber aku..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela. .

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang...' - Hadith Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.


'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.


'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.


'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.


'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

Mustahil Al Quran itu ciptaan manusia..

tajuk ini agak catchy dan samar2 lagi sebenarnya..bg mereka yang loyar buruk tu bulehla ckp al quran tu dicetak oleh manusia juga kan?..tapi ape yg aku nak sampaikan adalah tentang isi kandungan al quran itu..

ceritanya cam ni..mlm tadi dlm kesukaran aku utk melelapkan mata..aku bukakla tv melalui hanset aku..ade rancangan bicara mufti..pelik aku nape la rancangan rupa ini disiarkan time majoriti org dah tido..hehehehe..aku pun kadang2 lupa nak tgk..tapi setiap kali aku tgk rancangan tu..pasti aku akn dpat ilmu baru...

balik pada rancangan tu..mufti atau timbalan mufti(aku xsure) ade duk cerita pasal keajaiban al quran dan serba sedikit pasal ibadah solat..katanya ibadah solat itu amat penting sehinggakan Allah telah menjemput Nabi kita ke langit utk menerima ibadah itu..bukan sebelum tu xde ibadah solat dlm islam tapi kali ni ibadah solat itu telah ditetapkan berapa jumlahnya dlm sehari mengikut waktu2 tertentu..mustahil la klu org islam xtau kisah israk mikraj ni kan?lainla budak2 or mereka yang baru satu minit memeluk islam..hehehe...

ustaz tu ckp lagi pasal keajaiban al quran dan kebesaran ilmu Allah yang ditonjolkan dlm al quran khusus bg mereka yang mahu berfikir..lebih kurang mcm ni la..bila ade org tanya nabi kiamat tu bile..Allah mmberi jawapan kiamat itu berlaku pada waktu SIANG ATAU MALAM..kenapa siang atau malam?bg yang mahu berfikir..zaman nabi belum ade satelit kat orbit bumi..teleskop hubble pun belum ade..org pun xtau bumi tu bulat...tapi quran telah bg klu..pasal bumi ni bulat..tempat kita maybe siang tapi tempat lain maybe malam..klu Allah kata kiamat tu waktu malam..maka ape terjadi dgn tempat yang pada masa yg sama adalah malam?

so bg mereka yang masih ragu2 tentang kandungan al quran tu..bertaubatla sebelum terlambat...ustaz tu ckp lagi..quran juga menyatakan bahawa jgn sangka gunung itu tetap pada kedudukannya..org masa tu mana ade ilmu sains yang tinggi yg dah tahu bahawa bumi ini sebenarnya sedang berpusing..maksud gunung2 juga turur bergerak telah menjelaskan bahawa bumi ini sedang berpusing...cukup mengkagumkanla klu org pada masa tu dah tau tentang sume ni..

Al quran itu mmg salah satu dari mukjizat nabi kita yang boleh dimanfaatkan oleh sume umat baginda..tapi nak buat mcmna klu hati kita dah dimatikan oleh Allah...aku sendiri pun buleh nangis time tgk filem org putih..tapi klu org citer bab2 kematian, alam kubur, akhirat, aku xdela rasa nak nangis..takut pun x..

tula yang pelik, filem tu rekaan semata2,tapi seksa kubur, akhirat tu mmg betul2 akan berlaku dan xde sorang pun dpat mengelakknya..kita dengar betapa dashyat balasan menimpa org yang berbuat dosa..tapi kita masih xrasa ape2..kita pun tau kita akan diseksa dgn siksaan yg maha dashyat..tapi kita langsung xtakut..apelagi nak terketar2 dan menangis seperti masa tgk citer hantu atau citer sedih kat panggung atau tv atau komputer dan sewaktu dengannya..

nilah umat islam akhir zaman..klu ada yg nak menyeru atau balik pada islam akan ditentang sehabis2nya oleh org2 islam sendiri...nak dapat permit buat ceramah agama lagi sukar dari permit buat konsert..hahahaha...adoila..org islam takut pada ajaran islam ke ape?buat malu je ngaku islam..

kita sebenarnya dah terlalu jauh dari landasan islam sebagai agama yang syumul iaitu menyeluruh..kita dah jadi mcm org2 kafir sebelum ni..agama hanya terhad pada sembahyang je..bab2 lain contohnya ekonomi kita xmau ikut islam..pemerintahan pun xmau ikut islam secara keseluruhan...

klu ikut hati aku..mampusla org yang baca blog aku ni..silap aku dicop fanatik...cuma aku tertarik dgn satu petanda kiamat dah dekat iaitu org berbangga2 membina dan menghias masjid..hahaha..aku xmau bg contoh yang jauhla..kat negeri aku ade MASJID KRISTAL..buat kat pulau..cantik giler..tapi buat masa ni, masjid tu xleh lagi nak dirikan jumaat..klu nak tau lebih lanjut korang kajila sendiri..aku pun dengar2 camtu je...masjid utk pelancong katakan..bak kat mb terengganu..klu buat sekarang harganya lagi murah berbanding klu buat 10 tahun dari sekarang..mmg dia pandai ekonomi betul la...huhu..

sekian...

Untuk mmber2 ku..

tujuan aku hebah blog aku aritu bukan ape..saje nak tgk..ternyata ramai yang perasan..xtau aku nak jwb camne..pasal aku takut kandungan blog aku buat org xselesa..itu pasal aku rahsiakan blog aku..ternyata(pinjam ayat mmber indonesia aku) rmai juga yang tau..hehehe..

malula xtau camne nak ckp..org cam aku posting pasal hukum2 agama..huhu..yang baik dari tuhan kita semua..yang kurang baik tu datang dari aku..

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...