Rakan Seperjuangan

Monday, May 30, 2011

Aku Vs Filem Melayu

Entri yang ke dekat 300 barangkali...well..mula2 sekali aku nak ambil kesempatan nak bagitau bahawa aku masih hidup dan masih ingat lagi bahawa aku ada blog ni..cuma akhir2 ini aku tidak mempunyai masa yang sesuai untuk update kandungan blog ini tiap2 hari macam dulu...kerana dulu kerja aku adalah mengadap internet 10 jam sehari...sekarang kalau dapat 3 jam direct pun dah cukup bertuah...well bukan senang nak update blog yang seumpama ini...kalau buat cincai..nnti orang salah tafsir..kes bahaya tu..

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal filem melayu yang semakin menjadi2 sekarang ni..yang nampaknya makin mendapat sambutan hangat dari orang kita untuk membayar tiket untuk menonton filem melayu...dulu filem dapat 2 juta pun dah heboh...sekarang ni dah nak cecah 10 juta tu..pasal tu yang ramai yang buat filem..kerana nak jadi jutawan barang kali..konon kualiti tetap jaga walau kuantiti banyak..ye..banyaklah sangat kualiti kat dalam filem2 tu...

Come on la..mostly pelakon2 dalam filem tu adalah orang melayu Islam...tapi kenapalah teruk sangat pemakaian dan gaya sampai mengalahkan orang bukan Islam...kalau betul pun nak tunjuk realiti...ia bukan realiti..ianya lakonan je pun..apa engkau ingat sekadar lakonan pun tak mendatangkan dosa ke ape?...

Kalau bab pakaian aktress dalam beberapa filem melayu yang aku dah tgk..mintak maafla ckp...kalah filem avatar yang berbillion dolar tu...aku serius rasa nak menyumpah seranah je kat pihak yang terlibat dalam membogelkan aurat pempuan melayu Islam dalam filem..kita ni ada agama..ada adat..ada moral..tapi kemana suma tu hilang bila kat dalam filem...

Kalau tak percaya kata2 aku..pergilah tengok semula filem im still virgin yang duk campur sosial dan islamik tu..mcm tuttt je...kalau terdesak sangat nak tunjuk realiti..xkanlah sanggup menjual aurat..pakaian mengalahkan pempuan sundal..skrip pun kadang2 tak masuk akal...agaknya orang melayu suka kot gabungan sosial dengan islamik..gabungan scene arak dan scene masjid.. scene peluk cium dan scene solat...adoi..apa dah jadi...

Bayangkan dalam satu pinggan yang sama ada najis dan makanan...itulah perumpamaan aku bagi filem yang seumpama itu...aku berpendapat..filem melayu sekarang ini belum ada lagi yang sampai tahap menginsafkan orang...kerana apa? kerana pemilihan pelakon pun satu hal...diambil pelakon yang sosial untuk watak konon islamik..memang tak kena dan aku rasa itu dah tahap menyindir...

Dalam satu filem tu..ada dialog yang mualaf omputih kata kat wife dia yang baru insaf(konon)..."i akan terima u sebagai wife i tapi i xmau pakai macam batman ni"...pakai macam batman tu merujuk pada penampilan isteri dia yang dah bertudung...bagi aku..ia seolah2 menghina...dan scene konon kena seksa tu..xpayahla buat..dah mcm filem indonesia dah tu..filem sana tak apa..semua halal..tapi sini lain..ada sensitiviti yang perlu kita jaga...

Kebelakangan ini...dah banyak filem melayu yang dah menyimpang...culture shock barang kali...filem hong kong dah buat sejak tahun 80an lagi kita baru nak tiru...pastu kalau menjadi sikit..maka berlumba2 lah orang buat filem yang serupa itu...sekarang ni tema filem seram..adoi...tolonglah...buatlah filem yang mengasah akal sikit...jangan pentingkan untung semata2...klu nak buat islamik..buatla betul2 islamik..xpayahla buat scene dalam umah berdua dengan suami pun bertudung...bangang namanya tu...xpayahla buat scene dalam umah..

Aku rasa hala tuju filem melayu sekarang ni masih belum jelas...sekarang ni zaman cerita hantu..maka mcm2 filem hantu lah yang keluar..awal filem ada ayat quran...ending filem pun ada ayat quran...tapi dalam filem..pergh..serius macam tak ada makna je ayat quran pembuka dan penutup filem...macam majlis yang awal dirasmikan dengan doa..penutup pun dengan doa..tapi dalam majlis ada sesi melalak campur laki pempuan...hmm...ayat quran dan tak ada makna...doa pun tak ada makna..sekadar hiasan je...apa nak jadi aku tak tau lah...silap tang mana..asuhan ke diri sendiri...

Disini aku cuma nak luahkan rasa terkilan aku dengan sesetengah filem melayu yang secara sengaja atau tidak...secara langsung atau tidak..yang menghina umat islam dan agama islam...dan juga memperlekeh sesetengah golongan...kalau dalam drama pun kerap kali orang yang beragama tu dikaitkan dengan golongan yang ekstrem dan taksub...kalau dalam filem pun tak kurang hebatnya..seolah2 nak menghina pulak cara pemakaian yang islamik...kadang2 menghina cara pemakaian nabi...sekadar untuk dijadikan bahan lawak...


Nak buat macam mana? yang buat filem dan produser filem tu bukan ustaz pun...mereka ni ceduk sana ceduk sini..bubuh dalam satu filem...itu yang campur aduk semua tu...atas nama hiburan..seolah2 dalam islam tidak ada langsung menyebut tentang batas2 hiburan...

Cakap banyak pun tak guna...pasal yang islamik pun bukan kaki wayang..jadi terpaksalah produser jaga yang kaki wayang ni..kena jaga hati yang kaki wayang ni...depa yang kasi untung sama itu filem...bukannya yang mcm aku ni...bukannya ustaz2..pasal ustaz2 bukan kaki wayang...seumur hidup pun xpernah jejak wayang kot...

 Jadi klu begitulah anggapan penerbit dan pengarah...dan kerajaan pun tak buat apa..ngo pun tak buat apa...maka sampai bila2 pun filem melayu kita akan bercampur aduk...hingga melampaui batas2 agama...malang sekali kerana golongan yang terlibat dengan filem itu semuanya cerdik pandai...bukannya yang bodoh tak lepas SPM...

 Justeru marilah kita doakan agar satu masa nnti..filem kita akan benar2 memberi kesedaran dan membantu memberi semangat pada rakyat...bukan hanya menakutkan.. memberahikan..mengetawakan..dan memualkan...

P/s: Zaman hitam putih dulu ada filem isi neraka, sumpah semerah padi...tapi sejauh mana ia memberi kesedaran dan keinsafan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...