Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 25, 2012

Tahap-tahap pekerja yang perlu diketahui

Selamat berpuasa pada mereka yang mampu berpuasa...kali ini aku nak berkongsi sikit tentang apa yang baru aku dengar tentang tahap2 pekerja...


Taraf wajib-
Kehadiran pekerja jenis ini amat diperlukan-kalau pekerja ini tak datang kerja maka keadaan tempat kerja akan  menjadi janggal...bukan itu sahaja malah kehilangan pekerja yang bertaraf wajib amat dirasai oleh pekerja2 lain...pendek kata..kalau dia xda..maka susahla keadaan pada hari itu...
 
Tarat sunat-
Bagi yang bertaraf sunat pula, kehadiran pekerja ini amat menyenangkan ramai pihak akan tetapi kehilangannya tidaklah begitu dirasai seperti mana pekerja taraf wajib..selain itu kenangan terhadap pekerja taraf sunat ini juga tidak begitu mendalam...

Taraf mubah@harus-
Bagi yang tahap ketiga ini...pekerja ini kalau ada dengan tak ada sama sahaja..kalau tak datang kerja pun tidak akan mendatangkan apa2 kesan baik manfaat atau mudarat...aku percaya ramai pekerja tergolong dalam keadaan ini...termasuklah aku kot...

Taraf makruh-
Tarak ke 4 ni kalau boleh kenalah ubah...ini kerana pekerja ini kalau dia ada maka akan berlaku masalah...dipendekkan cerita kalau dia tak ada atau xdatang kerja maka pekerja lain akan jadi senang...

Tahap haram-
Bagi yang bertaraf haram...kehadiran pekerja itu sangat merugikan...malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ketiadaannya amat diharapkan...lebih baik berhenti saja dari menyusahkan pekerja2 lain...

Pada bulan mulia dan penuh berkat ini marilah kita sama2 muhasabah dan menilai diri pada tahap manakah kita berada...adakah kita ini pekerja yang bertaraf wajib, sunat, harus, makruh atau pun haram...

P/s: Sebelum dapat kerja janji tekun bekerja, sudah diterima cuti dan mc saja...belum dapat gaji nak jimat tak nak rugi...sudah dapat gaji duit habis dijoli...habis dijoli kesana sini...(lirik lagu senario sebelum dan sesudah)

Sunday, July 22, 2012

Ibadat Vs Kerja Vs Tidur

Salam ramadhan ku ucapkan pada semua pembaca tak kira yang datang secara sukarela atau pun yang datang setelah dicadangakan oleh pihak gugel search.

Kali ini aku nak tulis pasal kaitan antara 3 perkara ni...mula2 aku nak buat disclaimer dulu..aku ni bukan ustaz, aku xpenah masuk sekolah agama...aku xpenah menadah kitab..tak pernah mengadap mana2 tok guru...pasal aku baru saja tgk satu video tentang kredibiliti yang diperlukan sebelum seseorang itu berhak utk menegur orang lain..aku xtaula apa maksud sebenar dia..tapi aku pasti apa yang dia maksudkan adalah berceramah ikut kepala sendiri tanpa terlebih dahulu mendalami tentang agama...

Well, tajuk yang aku nak tulis pada kali ini bukanlah sesuatu yang asing bagi aku dan rasanya tidak asing bagi ramai golongan..tugas aku cuma hendak memperhangatkan kembali...sesuai dengan tuntutan di bulan puasa ni..

Bagi yang keliru apa kaitan dengan ibadat, kerja, dan tidur..meh sini baca dengan teliti aku nak kasi perjelas sikit...mungkin umum mengetahui bahawa ibadat hanya terhad kepada solat puasa zakat haji saja...tapi sebenarnya pengertian ibadat tu amat luas...buleh dikatakan setiap perkara yang mendatangkan kebaikan dan manfaat dan pahala itu merupakan satu ibadat...

Pertama sekali kerja...kerja merupakan satu ibadat..kerana kita bekerja demi mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga dan masyarakat...akan tetapi...ada syarat2nya sebelum sesuatu kerja itu menjadi ibadat..iaitu kenalah niat bahawa kita kerja itu adalah untuk mencari keredhaan ALLAH..bukan semata2 nak cari duit..bukan semata2 nak cari kebendaan..tapi kenalah ada niat dengan kerja itu..harap2 kita akan dapat makan dari sumber  yang halal..dan jika mampu...akan memberi sumbangan terhadap jalan agama...

Jika awal2 kita dah niat mcam itu..maka bayangkanlah kita kerja yang selama lebih kurang 8 jam sehari tu dikira sebagai suatu ibadah dan dikurniakan ganjaran pahala..manakala klu kita xda niat kerja itu sebagai satu ibadah..maka kerja 8-10 jam pun akan jadi sia-sia..bila kita anggap kerja tu satu ibadat dan diberikan pahala..sudah tentu tidak timbul lagi persoalan2 dan rungutan2 yang tidak masuk akal..meskipun tidak diberikan ganjaran setimpal oleh majikan..tapi kita wajib tahu bahawa kita turut mendapat ganjaran pahala kerana setiap ibadat itu akan diberikan pahala..justeru marilah kita sama2 mengubah niat kerja kita..bukan lagi utk byar loan, bukan kerana nak kawin, bukan kerana nama dan pangkat semata2...tapi kerana ibadat..demi pembangunan ekonomi ummah...umat akan mundur jika ekonominya mundur..tapi utk memantapkan ekonomi..kita perlu ilmu...justeru menuntut ilmu juga merupakan satu ibadat tapi aku xmau nak hurai panjang lebar pasal menuntut ilmu satu ibadah kerana nnti dikatakan lari topik pulak...

Masuk bab tidur pulak...tidur pun kalau kena dengan caranya..buleh menjadi satu ibadat...tapi bukannya tidur lebih masa sampai solat pun terlepas atau terlambat...tidur orang beriman adalah satu ibadat kerana jika tidur...maka tak akan berlaku maksiat dan sudah pasti dapat mengelak dari maksiat...bukan tak pernah dengar tentang tidur di bulan puasa adalah lebih baik utk memelihara anggota dari terjebak dalam maksiat...tapi bukanlah tidur dari lepas subuh hingga dekat asar..itu bukan lagi ibadat tapi mengelat...tidur yang jadi ibadat kat sini maksudnya kalau dia xtidur..kemungkinan akan tengok tv, dengar fitnah, dengar umpat dan sebagainya..justeru lebih baikla jika tidur sahaja..tapi janganla lama2..

Tidur orang beriman menjadi satu ibadat jika diniatkan tidur itu utk mengelak maksiat dan untuk merehatkan badan...tapi awas, jangan terlebih dos...tidur kita akan jadi sia2 sahaja jika kita xda niat tidur itu adalah satu ibadat...bayangkan tidur yang purata 7-8 jam sehari tu dikira ibadat..sudah berapa byk pahala kita dapat...tapi masalahnya bila dah tidur..xmau bangun bila masuk waktu solat..dan tidur pulak waktu bekerja...itu bukan lagi ibadat tapi maksiat dah tu...

Jangan nnti tertangkap dengan majikan kerana tido kat ofis waktu bekerja siap bagi alasan tidur tu ibadat..pastu nak refer blog ni pulak...melampau la tu...antara kerja dengan tidur..utamakan kerja dulu...antara kerja dengan solat..utamakan solat dulu..antara solat dengan makanan..sila makan dulu jika risau nnti solat tak khusyuk pasal makanan dah sedia hidang..

P/s: Aku cuma huraikan apa yg aku dengar sewaktu aku menghadiri sesi penghayatan nisfu syabaan beberapa minggu lepas..yang diberikan oleh seorang penceramah yang agak tersohor kat sini...sorryla klu terlebih hurai atau terkurang fakta..aku bukan ustaz..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...