Rakan Seperjuangan

Saturday, May 29, 2010

Senarai Anak Rasulullah

Pendahuluan: Sebagai orang islam sejati...wajib bagi kita mengetahui nama2 cahaya mata Nabi junjungan kita yang berjumlah 7 orang kesemuanya...3 putera dan 4 perempuan.

Putera:-

1. Qasim bin Muhammad:Putera baginda dari Siti Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.

2. Abdullah bin Muhammad: Juga putera baginda dari Siti Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.

3. Ibrahim bin Muhammad (wafat 10Hijrah): Putera baginda dari Mariah Qibtiah yang hanya hidup selama 18 bulan.

Puteri:-

1. Zainab binti Muhammad (wafat 8 Hijrah): Puteri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’. Dia memeluk agama Islam dan ikut hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sampai dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah dia masuk Islam, Rasulullah SAW. mengahwinkan mereka kembali.

2. Ruqaiah binti Muhammad (wafat 2 Hijrah): Puteri Rasulullah SAW. dari Siti Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Dia memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya hijrah ke Abessina (habasyah ), kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu pula.

3. Ummi Kaltsum binti Muhammad (wafat 9 Hijrah): Puteri Rasulullah dari Siti Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang ertinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) dia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab. Sepeninggal kakaknya, Ruqaiyah, isteri pertama Usman dia dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.

4. Fatimah binti Muhammad (wafat 11 Hijrah): Puteri bongsu Rasulullah SAW dari Siti Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Dia tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara. Berkahwin dengan Ali bin Abu Thalib. Dia meninggal 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Dan dari Fatimah Az-Zahrah ini lahirlah zuriat Rasulullah sampai sekarang.

Kredit to Islam2u.

P/s: Berdasarkan ceramah, aku baru tahu bahawa wajib bagi umat Islam mengetahui putera dan puteri nabi kita...artis kita buleh ingat...xkanlah anak nabi kita kita xmau ingat...

Apo Nak Dikato

Situasi: Sejak akhir2 ni mengalami perubahan jadual fizikal...aku menjadi nokturnal iaitu aktif malam siang tido...at least ok lagi bagi penganggur macam aku...walaupun sedang menuntut ilmu di IPTA ni...tapi aku rasa mcm penganggur...opss...ini bukan nak cerita pasal menganggur...

Pendahuluan: Baru semalam mendengar suatu yg agak pedas dalam ceramah agama yg aku download...siapa lagi klu bukan Ustaz Azhar Idrus...penceramah yg sedang menempa nama di Terengganu...di youtube dan juga dah merebak ke negeri2 lain...umum tahu ustaz yg terkenal dengan TAKBIR ULTRAMAN di youtube...pesanan dalam gurauan...mmg itu trademark dia...

Permasalahan: Dalam ceramah itu ada menyebut tentang realiti umat Islam yg dari muda sampai tua sampai mati pun masih jahil pasal hukum hakam agama...jika nak dibandingkan dengan aspek lain...rumah semakin lama semakin besar dan selesa, kereta pun sama...perabot dan kelengkapan duniawi...mmg semakin lama kita semakin mengidamkan yg lebih baik dari sebelumnya...tapi dalam ilmu agama, kenapa kita masih jahil tentang bnyk perkara...sejak dari muda sampai nak mati...dari sekolah sampai pencen...masih lagi ramai antara kita pandang mudah soal2 agama...

Realiti: Sebagai contoh, berapa ramai antara kita yg reti solat jenazah, bukan mengimamkan tapi jadi makmum pun berapa ramai yg xreti, berapa ramai yg boleh menguruskan jenazah dan memandikan jenazah, berapa ramai antara kita yg boleh mengetuai bacaan doa selamat dan tahlil, berapa ramai antara kita yg hafal 100 hadis dalam kepala, berapa ramai antara kita yg hafal 20 surah dalam kepala...berapa ramai antara kita yg arif tentang ilmu2 Islam...Semua ini jika dibandingkan dengan ilmu dan keperluan dunia...bezanya antara langit dan bumi.

Perbandingan: Berapa ramai yg tahu kewajipan bagi setiap umat Islam mengetahui 10 malaikat, 25 nabi, anak2 dan isteri2 Nabi Muhammad S.A.W...jgn kata yg itu...bulan islam pun masih keliru...jika ditanya tarikh lahir...pantas jawab dalam bulan masihi, tapi dalam bulan Islam...berapa ramai yg ambil tahu? nak pilih tarikh perkahwinan dan pertunangan pun pilih tarikh masihi yg konon senang nak hafal...adakah kita lupa bahawa kalendar Islam mempunyai banyak tarikh2 yg menarik?

Kelalaian: Kita buleh menghafal beratus2 lagu dan beratus2 nama artis, judul filem dan tarikh lahir artis, anak artis, ibu artis dan segala mcm yg berkait dengan perihal dunia...tapi bila ditanya tentang perkara yg berkait dengan Islam contohnya berapa bilangan anak2 nabi dan isteri2 nabi?berapa sahabat yg dijamin syurga? berapa hadis yg lekat dalam kepala, berapa bnyk surah lazim ada dalam kepala...jawapannya amat menggerunkan...mcmlah nnti artis dapat bagi perlindungan dalam kubur...mcmlah munkar nakir tanya pasal artis dalam kubur...betapa lama kita telah dilalaikan...bila ada segelintir yg nak menegur...akan dicop extremist...what the tutt..

Jenaka: Jika ditanya kaki maksiat, bila mati nak masuk neraka atau syurga? pasti dengan pantas jawab syurga, tapi seumur hidup berapa kali buat perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya?adakah kita semua ni mcm rumput2 kering...lepas mati, matilah...tidak ada pembalasan...saban hari pasti ada org yg menyeru pada kebaikan...tapi kita akan tutup mata, tutup telinga, kubur masing2 katakan...hidup kita, ikut suke kitalah nak buat ape...Ditanya pada org yg tidak solat, siapa tuhan kau? sure dia jawab ALLAH...tanya lagi kenapa xsolat? maka bersedialah kena maki hamun dengan dia...kita cuma mengingatkan...selebihnya terserahlah pada dia...ketika dia kena azab kubur...bukan kita dengar pun...bukan kita nmpak pun kan?

Huraian: Betapa umat Islam dilanda penyakit takut pada ajaran Islam...hingga nak berpakaian cara islam pun ada halangannya..belum lagi nak menganjurkan ceramah dan kuliah agama...mcm2 prosedur kena lalui...walaupun dlam negara umat islam...dalam khutbah jumaat bukan main doa diatur...agar negeri kami bertambah makmur dan berkat...jauhi wabak penyakit, banjir besar...tapi realitinya...Org islam sendiri pandang serong pada islam...ceramah agama dan kuliah masjid akan diboikot...mana tidaknya...dengar saja ada konsert atau pesta atau pasar malam...beribu2 org berpusu2 nak pegi tengok...tapi part bekalan akhirat, ilmu agama...berapa kerat je yg pergi...oleh itu tidak hairanlah sampai mati pun jahil pasal agama...dalam hati xpernah nak meramaikan majlis2 agama...itu pun kadang2 join sekaki ketika tahlil kematian kawan rapat atau saudara mara...

Kesan: Kesannya mgkin belum jelas ketara lagi sekarang ni...mana2 pergi pun mata dah lali melihat gelagat muda mudi yg tak ingat kepada mati...pakaian entah dari mana ditirunya...bukan saje xtutup aurat...sakit mata dan sakit hati pun ada...geli pun ada masing2 duk tayang bulu betis...rokok dan shisa tu xusah ceritalah...subang rantai gelang tindik tu satu hal...macam org gila pun ada...seluar koyak rabak, baju sendat giler...mmg sakit mata dan sakit hati mata yg melihat...mujurlah ada juga yg jenis igt mati...menjadi kaki surau...tapi majoriti muda mudi sekarang mcm tulah...luaran mmg hancur...hati tu xleh nak kata pasal manusia xleh nampak...tapi luaran menampakkan dalaman...

Kesimpulan: Ilmu agama dipinggirkan oleh umat Islam...yg mereka nampak cuma ilmu dunia, xkisahlah anak xreti baca quran, janji dapat 15A, janji masuk universiti, janji dapat kerja gaji lumayan...xkisah pun jika bila kita mati...bukan anak kita tu yg mandikan dan imamkan jenazah kita...org2 surau, org2 masjid, kan ada...dulu masa hidup org2 surau masjid ni lah yg paling kita nak elak dari bertembung...tapi bila dah nak mati...tgh nazak...maka dipanggillah utk bacakan yasin, pastu tolong mandikan, kafankan...solat jenazah lagi...bukan xde anak...ank pulak bukan calang2...kerja gaji besar...tapi bab2 agama mmg serah pada org surau masjid jelah...dalam kubur nnti xtahulah mcm mana keadaan ye...atas dunia pun dah jadi mcm tu...

Penamat: Kita cukup marah bila ada org kata kita xcukup ilmu agama, kita cukup marah bila org suruh kita mendalami ilmu agama, kita cukup marah bila org kata kita jahil, kita cukup anti dengan golongan yg xde keje lain ajak kita pegi surau masjid, kita cukup pantang dengan org yg nak berpakaian mengikut sunnah...kita cukup geram melihat org xhenti2 berzikir tasbih ditangan, kita cukup menyampah dengan jiran yg selalu ajak pegi kuliah agama, kita cukup benci melihat kanak2 kecil yg dipakaikan jilbab, kita cukup geli melihat org menyimpan janggut, kita bukan main bengang bila azan mengganggu kita tidur...kita mmg xleh sabar bila bunyi kuliah agama begitu lantang mengganggu kita nak tgk tv...kita mmg tak suka bila ada org datang mintak derma nak buat sekolah atau masjid...kita dengan sinis melihat org berpusu2 pegi ke masjid bila azan berkumandang...

Renungan: JIKA anda termasuk dalam KITA ni...ketahuilah bahawa anda perlu mengubah diri mulai sekarang...anda telah dilalaikan dengan dunia..igtlah sebanyak mana harta dikumpul...dalam kubur...hanya kain kafan je buleh dibawa...bantal pun org ambil..tali pengikat kafan pun kadang2 org ambil...harta ratus2 ribu dalam bank tu, jadi rebutan waris2 kita...bukan dapat rasuah malaikat pun...bukan buleh letak tanda vip kat keranda tu...

P/s: Banyakkan mengingati kematian...agar hati lembut...

Friday, May 28, 2010

Kemencarian Kesalahan

Mencari Salah Part 1
1. Part Solat sunat lepas jumaat dalam masjid...klu ye pun nak solat sunat...carilah tempat yg bukan org lalu lalang.

2. Pasang Audio Mengaji atau ceramah...klu ye pun nak pasang...jgnlah hingga ganggu org nak tido kul 12 malam keatas. klu time maghrib xpe...hukumnya bukan dapat pahala tapi dah berdosa ganggu org tido...

3. Part Baca Hadis Tanpa Syarahan...klu setakat baca hadis pastu tafsir sendiri...xde gunalah ulamak duk mengaji hadis paling singkat 30 tahun..kita baca sekali terus nak tafsir...pastu mulalah terbabas...org tegur marah...

4. Part Nasihat...percayalah lebih mudah nak nasihat org lain dari mmber sendiri atau org2 yg rapat...

5 Part Poligami...buat ape tetapkan undang isteri pertama wajib bagi izin...sampai mati pun xkan dapat poligami...kena penjara, denda, lagi adalah...

Bersambung....

Mencari Salah Part 2
Ape nak jadi...klu umur 5 tahun tu tak mengapalah jahil dalam agama...ini dah berpuluh tahun.

1. Haram ucap merry krismas, happy wesak, heppi deepavali, happy easter, dan segala benda yang berkaitan dengan perayaan agama lain. Boleh gugur Islam.

2. Dalam Islam ni koman sangat ke para nabi, rasul ulamak dan kitab sampai umat jadi jahil macam tu.

3. Ulamak juga cakap jangan nak pakai baju baru pada hari perayaan orang bukan islam. Nak banding kita dengan ulamak, siapa lebih arif?

4. Hari ini hari wesak, tengoklah berapa ramai orang islam konon toleransi dengan mengucap selamat hari wesak.

5. Beza orang mengaji agama dengan mengaji ilmu dunia tu amat jauh, bukan nak suruh tinggal dunia, tapi Islam tu dah cukup lengkap.

6. Teguran untuk memperbaiki kelemahan, bukan nak menghina.

7. Kereta bunyi lain macam sikit dah bawak pergi bengkel, tapi bila orang tegur bab agama, kita melenting, bukan nak perbaiki diri pun. Kereta lebih penting dari bekalan akhirat?

8. Bertuah jadi umat nabi Muhammad, balasan ditangguhkan sampai akhirat...kalau diikutkan, dah lama bumi ini hancur, umat dulu dihancurkan kerana sombong, menipu dalam timbangan, homoseks, bekerja dihari ibadat dan perkara lain yang jika banding dengan dunia hari ini...ia adalah lumrah.

Bersambung...

Thursday, May 20, 2010

Permasalahan Tatu atau Tatoo

Situasi...baru saje menunaikan hutang dengan ALLAH...hutang 5x sehari...dah berhari rasa nak tulis pasal ni...mujurlah arini ada mood rajin...so nak tulislah...kebetulan malam tadi tgk ada tatu pada artis barat yg didakwa ada seorang islam...xperlu lah nak sebut nama...nnti jadi kes lain...

Kajian: Setakat yg aku dengar dari ceramah...tatu adalah haram, sejak dari zaman sekolah lagi mmg haram org islam buat tatoo...kerana ia mengubah ciptaan ALLAH, ia menyebabkan air xsampai pada kulit, ia memudaratkan dan bnyak lagilah alasan utk tidak membuat tatu atau bercadang nak buat tatu...

Permasalahan: Maybe ada org tertanya2 mcm mana jika dah ada tatu kat badan? buat masa zaman2 muda, buat ketika mabuk, buat ketika dalam penjara, dan buat semasa belum islam...jawapan bagi persoalan ni tidaklah begitu sukar...

Realiti: Orang bukan islam buat tatu ada mcm2 sebab, ada yg nak kenangan, ada yg nak nampak garang, ada nak nampak berani, ada yg suka2, ada yg menunjuk2...tapi yg jadi hairan bila org Islam pun turut ikut sama...mostly buat kat tempat2 yg bukan anggota wuduk, konon sah wuduk kot...buat kat belakang dan sebagainya...mmg jahil sangat jika anggap sah wuduk kerana setiap org islam wajib mandi wajib...walaupun masa hidup xpenah keluar mani ke ape...tapi mati tetap kena mandi wajib..yg jadi masalah adalah air xsampai bila mandi wajib...

Penyelesaian: Bagi yg ada tatu sebelum masuk islam, xwajib bagi mereka buang tatu...tapi klu nak buang lagi elok selagi xmemudaratkan...Bagi yg buat tatu semasa islam, mmg wajib buang dengan ape cara sekalipun...kecuali klu buang tatu tu...akan mudarat hingga buleh jadi mati, lumpuh dan akibat yg buruk...setakat tinggal parut tu bukan tergolong dalam sebab xmau buang tatu...cuma yg buat masa zaman sebelum islam je xwajib nak buang tatu...pasal depa buat sebelum depa masuk islam...xtimbul masalah disitu...dah kira rahmat depa diberi hidayah nak masuk islam...jgn duk persoal keadilan ALLAH...begitu juga depa xwajib qada solat puasa sebelum depa islam(off topik jap).

Rujukan: Yg terbaru aku dengar dari ceramah agama pasal hukum tatu ni...buang ke mcmna...klu org islam ada tatu...time mati tu...ada pendapat kata kena buang(betulkan jika silap), sekali lagi ia xtermasuk org bertatu sbelum islam(betulkan jika silap)...yg pasti dan betul2 sure, mmg kena buang tatu pada badan...bezanya wajib dengan xwajib je...

Huraian: Jangan nak kecoh nak dengki pada org baru masuk islam yg ada tatu penuh satu badan...nnti nampak kejahilan kita tentang hukum2...yg penting adalah org islam yg islam dulu kini selamanya tu buat tatu...itu yg kena buang...gatal kulit sangat nak tatu...terimalah akibat kat akhirat nnti...tapi aku doa agar depa ni sempat taubat...aku pun belum sure mati dalam iman atau kufur...duk ngata kat org mmg best...hehehe...tapi sape yg xnak mati dalam iman kan? p ramlee dalam ali baba bujang lapok pun nak mati dalam iman walaupun dia ketua penyamun...

Kesimpulan: Jangan sesekali nak buat tatu pada badan...samaada besar atau kecil, terdedah atau berselindung, gambar atau tulisan...semuanya haram...walau letak tatu ayat quran pun haram...jgn nak tunjuk alim xtentu pasal...

P/s: Best juga tulis entry berformat ni...

Status Iklan Blog dan laman web

Situasi: Bangun dari tido dengan rasa gatal2 kat kaki...pastu ngadap intenet nak pegi klik iklan kat intenet...

Masalah: Aku rasa terpanggil utk menulis tentang hal ni...ini ada pendapat sendiri selepas membaca sedikit tentang keharusan upah iklan kat internet hasil penulisan Ustaz Zaharuddin, pakar rujuk tentang kes2 muamalat...

Realiti: Aku dulunya menganggap bahawa iklan internet ni adalah satu gangguan yg menyebabkan lambatnya nak loading internet...aku memandang rendah lawan web atau blog yg penuh dengan iklan2...berkelip2...dahla ayat power...berunsur lucah dan penipuan tu mmg banyak sangat...hinggalah pada bulan lepas aku berminat nak tahu apa hukum letak iklan kat blog atau website..iklan dimana kita akan diberikan imbuhan jika kita bersetuju menjadikan blog kita sebagai ajen iklan.

Kajian: Haruskah upah adsense dan nuffnang daripada website Ustaz Zaharuddin...lepas aku baca dengan teliti...ia mengambil masa juga bagi aku berkeputusan utk meletakkan iklan dalam blog aku...setelah aku dapati ada penapis yg mana kita buleh pilih xmau letak iklan arak dan tembakau dalam blog kita...dan ada juga penapis lain seperti xmau iklan cosmetik dan sebagainya...

Method@cara Iklan: Kebanyakan iklan yg dipaparkan kat internet ada tidak menepati hukum syarak iaitu tidak menutup aurat, berunsur lucah, berunsur penipuan, berunsur riba, berunsur judi dan bermacam2 lagi yg tidak menepati hukum syarak. Ini termasuklah blog2 org melayu islam yg dengan selamba rock letak iklan2 yg menunjukkan posisi seks, gambar lucah, seksi dan bermacam lagi...

Hukum: Bagi iklan yg tidak menepati hukum syarak, meletakkannya adalah haram, haram klik, haram juga dapat bayaran daripadanya...xde guna dapat duit ribu2 jika iklan tu berunsur haram...produk tu walaupun halal, tapi gambarnya ada gambar berunsur lucah, contohnya iklan ubat kuat dan sebagainya...matlamat xmenghalalkan cara, nak menarik org dengan cara letak gambar posisi org buat seks?ini jelas haram dari segi syarak...aku tgk pun sakit mata, pasal empunya website atau blog tu jelas islamnya..tapi letak iklan2 yg haram dari segi syarak...dia ingat iklan arak je ke yg haram?iklan perempuan xtutup rambut pun haram...haram letak, haram klik, haram terima bayaran.

Hasil Kajian: Umat Islam perlu berhati2 dan perlu lebih teliti agar tidak melanggar batas2 syarak dalam usaha nak mencari duit bersumberkan iklan internet...kesedaran umat islam tentang hal ini amat rendah sekali, ada yg terus memulaukan iklan2 itu kerana menganggap semuanya haram...ada pulak yg langsung xkisah halal ke haram janji masyhuk...aku sendiri pun kadang2 risau bila iklan keluar kat blog...iklan yg menunjukkan aurat perempuan...walaupun itu iklan syarikat perabot...tapi apa jadah keluar peha wanita...rosak blog aku ni!!! namun begitu, ada lagi iklan2 lain yg aku rasa tidak menyalahi hukum dan buleh diklik...

Huraian: Ada trend baru iaitu memaksa org utk klik iklan kat blog atau website kita, sampai tahap memaksa org tu, hukumnya buleh jatuh haram kerana berlaku unsur2 paksaan, adapun jika masing2 xkisah, saling tolong menolong, tiada unsur penipuan, maka xsalah...yg klik iklan tu perlu tahu bahawa tiada unsur penipuan berlaku dan dia pun klik pasal nak tolong sama2 member...dengan syarat ketat iaitu iklan tu mestilah iklan yg menepati syarat. Prinsip iklan internet yg aku letak kat blog aku, sekali org klik satu iklan maka aku dapat 25sen komisen...yg klik tu xdapat ape2 upah pun...itulah jadi haram jika paksa org klik...paksa ni adalah satu perbuatan keji bagi aku...sama2 kawan aku...masing2 klik jika ada keluar iklan...jika mereka xmau klik, aku xpaksa...cuma aku mengingatkan bahawa time ni ada iklan...pasal ape? pasal iklan ni bukan selalu keluar..igt senang ke depa nak bagi 25sen mcm tu je? Iklan tu wajib keluar pada pukul 12 malam...sapa yg bersengkang mata tu bulehla...3-5 iklan akan keluar dalam masa kurang sejam tu...

Penyelesaian : Aku mengingatkan agar jangan klik pada iklan yg ada gambar perempuan xtutup aurat...tunggu bila gambar tu hilang baru klik(ini aku saje2 memandai) contohnya produk kesihatan, menunjukkan gambar ibu dan anak, si ibu xtutup aurat, maka aku akan tunggu gambar tu hilang, baru aku klik iklan tu...at least aku xklik masa gambar tu ada. Aku pun xletak iklan2 yg kemungkinan besar ada gambar perempuan xtutup aurat seperti iklan kosmetik...pendapatan sampingan ni bukanla besar...melainkan ada sindiket iaitu ajak member ramai2 klik iklan tu...team klik namanya...namun sekali lagi..jika ada paksaan...buleh jatuh haram...biarla sikit pun janji berkat...kelak kat akhirat..setiap satu sen akan ditanya dari mana sumber dan kemana dibelanjakan...terma2 dan syarat2 iklan pun aku dah teliti betul2...mereka pun ada trace siapa masuk dan keluar blog aku, mereka pun tahu mana satu pengunjung tu samaada aku atau org lain...mereka pun ada warning jika kita klik iklan kat blog sendiri...iklan tu adalah satu cara publisiti...daripada duk bayar cukai saje2...depa salurkan pada iklan...itu pasal mereka xkeberatan bayar...jumlahnya agak kecil...so janganlah nak paksa org klik sampai buleh jadi pergaduhan...

Kesimpulan: Tidak salah nak letak iklan, dengan syarat iklan tu tidak melanggar hukum syarak...ada org dapat berpuluh2 ribu dalam sebulan hanya kerana letak iklan kat blog mereka, tapi sayang, ada iklan2 tu tidak menepati hukum syarak...bahkan empunya blog tu pun jenis xmematuhi hukum syarak...macam tulah umat islam zaman sekarang ni...halal haram sume pakai bedal...maybe dia ingat letak iklan arak je haram kot. Jangan sesekali kita lalai mengerjakan suruhan agama...asyik duk klik iklan situ sini sampai solat waktu pun xhirau...klu org bukan islam lantaklah...ni masalahnya org islam...mcm mana lah nak jadi baik, nak terima kebaikan jika sumber yg duk makan hari2 tu entah dari mana datangnya...kelak nnti bahagian2 badan hasil dari sumber haram tulah yg akan dibakar dalam api neraka...kita org islam, ada peratuturan kena ikut...kuatnya islam itu kerana umat islam ikut islam...tapi jika umat islam xnak ikut islam, nantikan saja bala dari ALLAH...

P/s: aku akan tulis lagi pasal ni jika ada kelapangan...ilmu aku belum cukup tinggi lagi...setakat ni aku pegang halal jika iklan tu xmelanggar hukum syarak...aku pun xde kuasa mutlak nak kawal iklan nak pastikan iklan yg keluar tu menutup aurat dan sebagainya...tapi majoriti iklan yg keluar adalah "lulus"...cuma ada satu dua je ada gambar perempuan xtutup aurat...biarlah dpat sikit janji berkat...

Monday, May 17, 2010

Perihal Zihar

Zihar ni termasuk dalam ilmu2 yg wajib dipelajari oleh setiap umat islam...terutamanya yg nak berkahwin dan telah berkahwin....aku cuba nak ringkaskan sebaik mungkin...

Sejarah= Ia merupakan satu cara penceraian semasa zaman arab jahiliah...sebelum kedatangan Islam...

Zihar= Suami menyerupakan anggota si isteri dengan mahram si suami...(contoh ayat: kemaluan kau macam kemaluan mak aku, punggung kau macam punggung mak aku), garang(kau ni garang macam nenek aku)

Mahram= ibu, ibu saudara, nenek, adik beradik perempuan, adik beradik susuan,dan lain2 mahram.

Anggota zihar= Sesetengah ulamak kata cuma kemaluan sahaja, jumhur ulamak termasuk mazhab syafie mengatakan segala aurat yg wajib ditutup seperti tangan, punggung, payudara, peha , perut dan lain2 anggota yg wajib ditutup...

Pengecualian= disamakan dengan saiz(perut kau BUNCIT macam perut mak aku), warna kulit(GELAP macam kakak aku), cantik(CANTIK mcm mak sedara aku)...itu bukan zihar...sama seperti mengatakan (Peha kau macam peha jennifer lopez).

Kesan= Perbuatan zihar adalah berdosa...suami haram jimak isterinya selepas melakukan zihar pada isterinya..

Penyelesaian= Suami akan dikenakan denda...iaitu memerdekakan hamba atau zaman sekarang ni berpuasa berturut-turut selama dua bulan (2 bulan)...xboleh selang sehari..kena puasa berturut2 selama 2 bulan...

Khilaf= ada ulamak mengatakan ia hanya berlaku dengan niat...tapi utk selamat...jgn sesekali buat tanpa niat atau dengan niat...zihar ni bukan main2.. Wallahua'lam.

P/s: sape yg xsuke cara entri aku ni..sila bagi pandangan...hehehe..

Thursday, May 13, 2010

Wajah Ahli Neraka

Pernahkan kita terpikir akan nasib wajah kita yg cantik dan halus mulus kat atas dunia ni bila kita dihumban kedalam neraka? adakah saiz badan kita tetap sama...muka kita tetap sama? kecantikan masih sama?

Pada entri kali ni...aku ringkaskan dari Bahrul Madzi Jilid 18...aku bukan anti hadis...saje xnak letak kat sini agar pembaca yg baca ada inisiatif lain nak dapatkan hadis pasal ni...

Menurut hadis yg hasan lagi sahih lagi gharib ini..wajah ahli neraka itu tersangat buruk kerana xmgkin org yg duduk dalam api menjadi cantik kan?wajah ahli neraka mmg buruk sekali..muka bengkak2 dan melendut...bukan setakat itu saje...kerana panasnya api neraka itu...bibir belah atas punyalah buruk disebabkan oleh api neraka hingga terselak sampai menutup pertengahan kepala...bibir belah atas kita sekarang ni paling bengkak pun xtutup hidung lagi...tapi kat dalam neraka...terselak dan bengkak hingga menutup setengah kepala...itu baru bibir atas...bibir bawah pulak melendut sampai menyentuh pusat...kat dunia ni tarikla mcm mana pun..xkan sampai pusatnya...dahla nampak gusi..muka melecur2 lagi...sebagai tambahan seksa...

Begitulah azabnya bagi org2 yg masa kat dunia lalai dari menunaikan perintah ALLAH...satu riwayat lagi mengatakan andai SEORANG ahli neraka keluar ke dunia sekarang ni...maka akan mati semua org atas dunia ni kerana hodoh mukanya dan busuk baunya...jgn main2...seorang saja dari ahli neraka dah mampu buat sume org kat dunia ni mati kerana buruk rupa dan busuk baunya...yelah...yg xpernah dilihat mata, xpenah dengar ditelinga, xpernah tergambar di fikiran...

Ada lagi riwayat mengatakan bahawa tebal kulit org kafir dalam neraka adalah 40 hasta lebih dan panjang lidahnya adalah 3 batu...menjela2 keluar sampai dipijak2 org...sape dia org kafir tu? org kafir tu adalah org yg ingkar dengan perintah dan larangan ALLAH...

P/s: aku pun belum tentu terselamat kat akhirat nnti...bekal xbanyak mana...padan duk lalai dengan dunia je memanjang...sekali sekala datang peringatan, datanglah insaf...huhu...

Saturday, May 8, 2010

Tanda Gangguan Jin

Terbahagi kepada dua yg utama iaitu ketika tidur dan ketika jaga...

Ketika Jaga atau ketika sedar:

1. Bercakap sorang2, ketawa tanpa sebab...yg ni banyak aku penah temui..

2. Suara berubah ketika marah...yg ni pun penah...pempuan keluar suara jantan ketika marah atau xsedar diri...

3. Mudah hilang akal, susah nak paham, lemah ingatan dan adakalanya menggigit lidah sendiri...

4. Berjalan terhoyong hayang macam org mabuk...

5. Cara makan yg menjijikkan...

6. Terasa berat hendak melakukan ibadat...mcm ada suatu yg menghalang

7. Tak suka pada bau2 wangi seperti kasturi.

8. Selalu pening yg kalu makan ubat pun xjadi ape.

9. Benci rumah, ahli keluarga sendiri.

10. Lupa atau sakit kepala ketika solat.

11. Susah nak tumpukan perhatian pada sesuatu...

12. Malas dan lemah badan tanpa sebab...

13. Seolah2 berhalusinasi...padahal tidak

14. Degupan jantung bertambah tanpa sebab...duduk santai pun mcm lepas jogging

15. Selalu mimpi pelik2...

16. Sedih tanpa sebab dan sedih dalam perkara remeh temeh.

17. Mengasingkan diri dari org ramai kerana anggap org xsuke padanya dan hilang kepercayaan pada org.

18. Mengabaikan kerja, rumahtangga, sekolah atau universiti.

19. Sakit tulang belakang bila bangun dari tido tanpa sebab munasabah.

20. Mengalami kebas anggota badan, susah nak gerakkan..

21. Haid xteratur...muda2 dah stop..tapi ramai org anggap ia stress, lantaklah...

22. Suka sangat berada dalam bilik air dan tandas...lama pulak tu...yg ni mmg ramai sangat...

23. Selalu was2...dah wuduk ke belum, dah sah niat ke belum, dah batal ke belum dsb.

24. Panas baran dan mudah buat silap

25. Lenguh2 badan tanpa sebab dan malas yg amat tanpa sebab..terutama ketika nak buat bende baik

26. Terasa seperti diekori...

27. Selalu pening2 tanpa sebab...

_________________________________________________________________________________

Ketika Tidur:

1. Mimpi yg menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yg menyedihkan.

2. Bercakap2 ketika tidur atau keluar suara tidak jelas seperti marah2 atau mengeluh...mengigau terlampau.

3. Mimpi berjalan atas air atau darah.

4. Mimpi seram yg jadi kenyataan...seperti mimpi kawan kemalangan, dan kawan tu betul2 kemalangan...buatkan kita jadi takut dan lemah semangat.

5. Susah tidur pada waktu malam kecuali dah lama baring baru dapat tido.

6. Kerap terjaga bila tido waktu malam...sikit2 jaga, sikit2 jaga...

7. Mimpi berjumpa haiwan seperti KUCING, ANJING, UNTA, ULAR, SINGA, SERIGALA dan TIKUS...so awasla sape2 yg selalu mimpi haiwan2 ni...

8. Berdiri atau berjalan ketika tidur tanpa sedar...omputih kata sleepwalking...

9. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

10. Bermimpi berada dikawasan kubur, tempat sampah atau jalan sunyi yg menakutkan.

11. Mimpi lihat manusia atau haiwan yg bersifat pelik atau melihat manusia hitam.

12. Mimpi berada dikawasan jin kafir iaitu di puncak2 bukit dan dikawasan berair...mimpi jatuh dari tempat tinggi dan lemas air maybe ada kaitan...

Kesimpulannya...JIKA SESEORANG ITU MENGALAMI SEKURANG2 TIGA TANDA WAKTU TIDUR DAN DUA TANDA WAKTU JAGA...MAKA BULEH KITA KATAKAN BAHAWA DIA SEDANG MENGALAMI GANGGUAN JIN...


P/s: Aku ambil mostly dari buku karangan ustaz Abd Majid Hassan...yg mana sebelum tu pun aku dah dengar perkara yg sama dari ceramah Ustaz Ismail Kamus...kedua2 tokoh ini saling melengkapi...

Punca Gangguan Jin

Aku cuma nak adaptasi dari hasil pembacaan dan pendengaranku...

1. Jin suka pada manusia..jin betina suke pada lelaki, jin jantan suke pada pempuan.

2. Manusia secara xsengaja menyakiti jin, curah air panas malam2, kencing tempat dia, terlanggar dan sebagainya..ada jin anggap kita sengaja padahal kita xnampak..

3. Ketika manusia terlalu dikuasai perasaan marah atau runsing

4. Ketika manusia itu takut xbertempat...nak turun rumah pun takut malam2..

5. Ketika manusia lalai dari beribadat...solat puasa xjaga..

6. Lupa dari mengingati ALLAH...jarang berzikir mengingati ALLAH..

7. Melakukan syirik pada ALLAH...yg ni bnyak kes...

8. Terdapat anjing atau gambar2 yg tidak dibenarkan syarak dalam rumah...bukan saja malaikat rahmat xmau masuk..malah ada potensi mendapat gangguan jin.

9. Memasuki tmpat2 kotor dan tempat2 maksiat tanpa baca doa mintak dipelihara dari gangguan jin.

10. Kanak2 keluar pada waktu maghrib..pempuan mandi waktu maghrib...

11. Tidak melaungkan azan ditelinga anak yg baru dilahirkan.

13. Ketika terkena sihir...

14. Mengamalkan amalan2 yg khurafat yg buleh menarik jin utk mendampingi kita

P/s: Ini saje yg dapat aku kongsi buat kali ini...hasil dari kuliah ustaz Ismail Kamus dan tulisan ustaz Abd Majid Hassan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...