Rakan Seperjuangan

Saturday, March 28, 2009

Basuh lagi?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Tentang Doa...

Doa-doa yang makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda doa yang makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa".

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon segera dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).

Sama2 beringat

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Hikmat Ayat al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya di mana kesemua malaikat itu memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir solat Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wednesday, March 25, 2009

Posting Lagi?

Assalamualaikum sume..

aku dah jadi ketagih nak menulis ni..nak tulis pulak bukan isu remeh temeh tapi isu2 keagamaan pulak tu..bukan ape..aku ni mmg pemalas..tapi klu dah rajin tu camnila jadinya..sementara mood rajin aku masih ada..better aku manfaatkannya..

bukan ape,,aku dlm 2,3 bulan ni selalu je duk donlod, baca, dengar dan tgk bahan2 keagamaan khususnya pasal Islam..sebelum aku rasa aku dah tau byk tapi ternyata yang dlm tahu banyak tu, aku byk yang takwil sendiri dan malangnya ia xselari dengan hukum..

sekarang aku rasa aku amat jahil tentang hukum2 islam dan aku juga xmau org2 lain jahil mcm aku..so ape yang aku baru tahu, aku rasa nak kongsi dengan org..xkisahla org nak dgr ke x, janji aku dah ckp..

tugas nak amal makruf nahi mungkar ni bukan sesenang nak belanja mmber kita makan or tgk wayang..hahaha..siap2 aku dicop fanatik islam pulak..xdela, xde niat aku nak jadi fanatik..aku cuma nak sampaikan je..at least aku harap nnti dlm buku catatan amalanku, adela juga usaha2 menyeru kearah kebaikan..

ceritanya cam ni..aku bru ni dgr ceramah pasal Israk Mikraj..pasal seksa org yang meninggalkan sembahyang..korang tau ke ape seksa dia? pada ketika itu, nabi kita diperlihatkan balasan2 yang minimpa ke atas umat baginda pada hari akhirat kelak..

nabi lihat ade manusia yang menghantukkan kepala dia kat batu sampai pecah, then kepala tu ok balik, then hantuk lagi sampai pecah dan begitula seterusnya..nabi tanya pada malaikat Jibril dan Jibril jelaskan bahawa itu adalah seksa atau balasan bg org yang meninggalkan solat masa kat dunia..tapi ustaz tu siap bg contoh lucu..pasal ade org agama kat malaysia ni pernah bg fatwa bahawa "boleh tinggalkan solat demi mengharumkan nama negara"

then nabi jumpa lagi wanita2 yang merenggut2 buahdada mereka sendiri...nabi diberitahu itu adalah balasan mereka yang masa kat dunia melacurkan diri aka jadi pelacur..tapi ustaz tu siap bg contoh lucu..pasal ade org agama kat malaysia ni pernah bg fatwa bahawa "perempuan boleh melacurkan diri jika darurat"..korang taula sape kan..

then nabi jumpa org2 yg bercucuk tanam sambil menuai..nabi diberitahu itula org2 yang masa kat dunia dulu suka membelanjakan harta pada jalan Allah..satu pohon tu akan mengeluarkan tujuh (7) tangkai manakala setiap 7 tangkai itu mengeluarkan seratus (100) tangkai lagi..perumpamaan 1 derma akan memberikan 700 ganjaran...

umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik..byk sekali amalan2 yang mendatangkan ganjaran pahala yang berlipat ganda..hidup pun singkat berbanding umat dahulu yang umur beribu2 tahun..kita umur kurang dari seratus tahun pun xlarat nak ibadat..bukan susah pun..cuma kita dilalaikan dgn dunia sahaja..

hehe..sekian..

Link Sahaja

sedang aku berajin rajinan cari sesuatu kat intenet..terjumpela bende ni..

klik la klu berani..hehehe...

http://www.umno-reform.com/mei03/yusuff24052003.htm

harap sape yang ragu2 tu siasatla..

___________________________________________________________________________

dlm pada itu aku ade jumpe juga link yang menarik pasal hamba Allah ni duk kritik hudud pas..

http://www.e-bacaan.com/artikel_hududpas.htm

mmg dia ni lain sikit..mcm ade buat kajian..tapi yang herannya kajian dia ni macam separuh siap je..yela, aku xsalahkan dia 100%..tapi ape salahnya klu dia buat kajian lagi dan tolongla lengkapkan hudud pas yang xlengkap tu..mmg terer la mamat ni..siap ambil petikan ayat Quran lagi tu...dia ckp kandungan hudud pas tu melampau batas..dlm islam xde hukuman rejam batu dan salib..aku rasa dia ni mcm anti hadis pun ade..pasal dia rujuk Quran je..hahahaha..

ni la jadinya org2 zaman sekarang..Kaji Quran sahaja xcukup klu kaji hadis sama...

yang baik dari tuhan aku dan tuhan dia..yang bruk tu datang dari kelemahan aku..

Sunday, March 22, 2009

Masa untuk ringankan mulut yang berat...

aku rasa dah sampai masa aku untuk bersuara skit..kali ni masih lagi topik pasal agama kita Islam..

seluruh dunia Islam dah dikecam dan dipermain2kan...aku bagi contohla..
pegi youtube taip nama org ni "wafa sultan"..klu hati kita masih xmmbara lagi xtaula ape nak kata..point2 dia ni sebijik mcm org yang belajar Islam sehari pastu dah nak bg komen pasal Islam..mmg sape yang xbelajar mendalam pasal Islam mmg aku rasa termakan dengan point2 dia...

pada tahun 2001..11 september..hari malang bg umat Islam..kita jgn jadi katak bwh tempurung ok.. pegila kat youtube, google video..tgk dokumentari pasal insiden tu yang dibuat oleh rakyat amerika sendiri..klu xpaham bahasa inggeris, suruh org terangkan..kat sekolah belajar english lebih 10 tahun xkanla xreti langsung beb..

aku malas nak bg link..cari sendirila..kita akan rasa tertipu yang amat..aku bukan percaya 100% point dokumentari tu yang kata Islam xterlibat dalam tragedi tu..tapi point2 tu agak jelasla..maklumla kat sana media dia berani skit nak soal org2..wartawan2 dan aktivis2 dia berani nak mampus cari pasal dengan pihak berkuasa semata2 nak suruh kerajaan dia siasat semula kes tu..

911 was an inside job!!!!

slogan ni berkumandang kat sana...sepanduk2 pun penuh kat tepi jalan bila tiba ulang tahun 911..aku cuma mampu tgk jela..aku ni xde kuasa ape..

bersepah dokumentari2 pembohongan kerajaan amerika ade kat intenet tu, siap dgn bukti2 lagi..cuma kita ni xde masa nak tgk..bukannya mempengaruhi hidup kita kat sini pun..kita kan jauh...hahaha.. aku ade juga download video2 dokumentari pasal conspiracy kerajaan mereka ni..aku nak percaya atau x tu terpulang pada aku la..hahaha..

pasal conspiracy mendarat di bulan..yang ni betul2 conspiracy..xde sape pun penah sampai ke bulan..better ubah semula mindset kita..klu aku nak terang satu persatu buleh buat PHD la aku..hahaha..

memandangkan ni blog aku..ikut suka aku la nak tulis ape pun...klu aku xbtul ke salah fakta ke xpayahla nak susah2 pikir...lagipun tulisan aku ni bukan akademik pun..xde sumber2 yang sah..aku cuma tulis ikut kepala aku je...hujah aku xperlu disokong oleh hasil2 penulisan ahli akademik lain pun..

aku xberani la nak kata lebih2 kat akademik ni..cuma aku rasa akademik ni perlu diberi kuasa yang lebih..ape yang aku tgk..ahli2 akademik ni jadi penghias je..pendapat mereka didengar je tapi xde tindakan pun diambil..kita hanya minta mereka buat kajian...tapi byk mana sangat yang ambil pusing pasal hasil kajian mereka..aku malasla nak cakap politik2 ni..ni bukan platform yang sesuai...

tapi aku yang ringan mulut ni nak ckp juga...kita org Islam ni kekal pada Islam ni pasal ape? adakah kerana prinsip2 islam itu sendiri ataupun kerana org2 islam..
sebab mak bapak kita org islam..kwn2 kita islam..bangsa kita majoriti islam?

ok..klu kita rasa kita tetap kekal dlm islam pasal agama islam tu menyeru pada kebaikan, Alhamdullillah...dari sudut yang lain, klu kita teguh dlm islam sebab org2 islam(mak bapak kita islam, masyarakat kita islam, mmber2 kita islam), inila yang kita kena pikir betul2..

jauh betul aku menyimpang ye..ape yg aku nak ckp ni senang dimulut berat dihati..hahahaha...Islam ni adalah agama yang menyuruh kita buat perkara2 yang baik dan melarang kita berbuat perkara yang dilarang..semua org Islam wajib patuh pada arahan ini..

yang aku nak ckp adelah..klu org2 islam ni dah xberpegang pada jalan2 tuhan..katakanlah majoriti org islam ni dah xmau ikut islam lagi..adakah pada masa itu kita patut cari alternatif lain? masuk agama lain atau buat agama lain yang pengikutnya lebih baik dari pengikut2 islam yang dan menyeleweng itu?

sekali lagi aku tegaskan ini cume pendapat dgn akal cetek aku...hehehe...
politik kat malaysia ni rumit sketla nak diterangkan..bg org islam, mereka buleh pilih nak masuk mana2 parti politik..budak2 pun tahu parti kat malaysia ni..
ade umno,keadilan,pas..aku sebut yang major jela...

org pas kata mereka nak tubuhkan negara islam iaitu nak jadikan malaysia ni negara islam..dgn cara politik sajela cara yang terbaik klu nak jadikan malaysia ni negara islam..xperlula nak memberontak dah lakukan rampasan kuasa utk ambil alih tampuk pemerintahan...org2 pas ni mereka pada umumnya berjuang atas dasar Islam itu sendiri..tidak timbul masalah bangsa dan keturunan..

org umno pulak nak kekalkan cara pemerintahan sedia ada..mereka kata negara ini dah pun negara islam..pasal yang memerintahnya org islam..ada usaha nak kembangkan islam,,ada bina masjid, pertandingan mengaji..ada mufti2 dan penasihat agama..yang penting dlm perlembagaan dah tetapkan agama rasmi negara ini adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu agama Islam..umno ini pada umumnya untuk mmbela dan mmperjuangkan nasib org2 melayu dinegara ini..oleh kerana majoriti melayu itu islam, maka xlangsung jg mcm membela Islam...

keadilan ni parti yang baru saje ditubuhkan selepas pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu anwar ibrahim...masa tu ramai rakyat yang marah dan kemuncaknya tertubuhnya parti baru..mereka ni umumnya mahu kerajaan yang lebih adil dan tulus..aku pun xtahu sgt pasal keadilan ni..so klu salah harap maaf jela..huhuhu...

dari dulu sampai sekarang xabih2 isu org2 pas duk kata org2 umno (BN) ni kafir..isu ni mmg berat..aku nak tulis kat sini pun takut kena saman..huhu..

cuma aku nak ckp ni je..parti pas ni..bak dari perlembagaan dan menifestonya..jelas tertulis dlm undang2 tubuh pas iaitu berpandukan Quran, Hadith,Ijmak,Qias..aku pun xsure ape tu ijmak dan qias..tapi bg aku Quran dan Hadith tu dan cukup nak yakinkan aku...

oleh kerana itu, org2 pas ni kata mereka ni berjuang pada jalan kebaikan dimana tujuan mereka sokong pas ni bukan untuk dpat kebendaan tapi mereka nak undang2 islam dan perlaksanaan hukum islam berlaku dinegara ini..sepertimana yang kita tahu..menjalankan hukum islam dan tertulis dlm quran..jadi xheranla org2 pas ni yakin perjuangan mereka itu adalah perjuangan bg menegakkan syiar2 islam di malaysia ini..

dlm pihak umno pula..mereka xsetuju la org2 pas kat mereka ni kafir..pasal mereka pun mengucap kalimah syahadah, semhahyang, zakat, pegi haji puasa..sume rukun islam mereka buat..lagu mana org buleh kata mereka ni kafir...hehehe..

berbalik pada rukun iman pulak..

percaya pada Allah..pas dan umno percaya
percaya pada malaikat..pas dan umno percaya
percaya pada rasul..pas dan umno percaya
percaya pada kitab..pas percaya dan umno mungkin percaya
percaya pada hari kiamat..pas dan umno percaya
percaya pada qada' dan qadar..pas umno percaya

persoalan..nape yang part percaya pada kitab tu umno mungkin percaya?
ni yang menyebabkan aku dilema sekejap ni..

menurut penjelasan yang aku dengar..mmg org umno percaya asalnya kitab2 tu datang dari Allah..So, mana part yang mungkin percayanya?

sabar2..percaya disini xhanya tertumpu pada percaya saje..contoh klu kita percaya ada Allah tapi kita xiku suruhan dia..kita ni dipanggil beriman ke? percaya pada rasul tapi xikut pada suruhan dan sunnah rasul..permain2kan sunnah rasul..malasla aku nk explain..ala mcm simpang janggut tu jijik..pakai jubah dan serban tu xsesuaila..byk lagila..percaya pada hari akhirat tapi masa kat dunia xbuat bekalan akhirat pun..klu setakat percaya saja xsempurna lagi iman kita..kita bukan saja kena percaya tapi kena BERAMAL juga tau..part ni yang ramai silap ni..heheheh...igtkan percaya pun dah cukup..huhuhu..

org pas kata dlm Allah dah tetapkan secara detail tentang hukum2 HUDUD ni..klu mcm solat pun xberapa nak jelas dlm quran sampai kita kena rujuk hadith..tapi cuba kita ckp yang solat tu xwajib buat..silap kena pulau la..hehehe...

dlm Quran dah jelas klu mencuri hukum dia mcmna, berzina hukum dia mcmna, bunuh hukum dia mcmna..sebab tu org2 pas ni mmg nak sgt hukum ini dijalankan dimalaysia..bukan kerana nak tengok org kena rejam,org kena potong tangan ke ape..tapi kerana dlm Quran dan tetapkan wajib jalankan undang2 itu bagi mendapatkan keredhaan Allah...mereka xmau berhapan dengan Allah nnti dlm keadaan xberusaha langsung utk menegakkan perintah Allah yang terkandung dlm Quran itu..klu nak tau surah mana..cari sendirila...hehehe..

pastu timbul pulak persoalan dikalangan org2 umno ni..negara ini kan berbilang kaum?mcmna nak laksana hukum hudud ni? xke mendatangkan rusuhan klu org agama lain kena potong tangan sebab mencuri? hehehehe...aku masa jahiliyah dulu pun pikir cam tu..tapi ustazah aku ckp klu org Islam ckp camtu..persoalkan hukum Allah camtu, maka org itu dah KUFUR AKHLAK..klu xmau buat senyap2 sudahla..jgn nak cuba persoal hukum tu dgn akal cetek kita ni..adakah kita lebih pandai dari tuhan?hahaha...

Ok2..aku nk serius sket..dlm soal org bukan islam, mereka ni buleh pilih samaada nak kena hudud ke nak guna hukum lain..tapi bg org islam..tiada pilihan bg mu..hahaha..so org bukan islam xpyah nak takut pasal HUKUM HUDUD NI HANYA UNTUK ORG2 ISLAM SAHAJA...hehehe..

berbalik pada realiti kat malaysia..bukannya xde langsung hukum islam kat sini..sape ckp xde tu mmg buta la..adela cuma xmenyeluruh mcm dlm Quran tu..klu bab1 cerai nikah tu masih pakai hukum islam yang dipanggil Takzir(xsure betul ke x ejaannya) yang kat dlm mahkamah syariah tu..klu khalwat lelaki pempuan tu kat Quran kurang jelas..jadi bulehla buat hukum takzir itu..selepas diputuskan oleh ahli2 agama selepas merujuk hadith2 dan sumber2 yang afdal..

persoalan bg org pas adalah bgaimana tentang hukuman zina kat malaysia ni..dah jelas kat dlm Quran..klu belum kahwin 100x sebat(bukan mcm warden sebat tu, dlm islam rotan xleh lebih dari bahu,90 darjah je,bukan 360 darjah cam sebat penjenayah tu)..klu dah dah kwin kena rejam dgn batu smpai mati..pergh..gerunnya..kejam pun ade..huhu..betul ke hukum tuhan ni kejam?

klu yang xmau belajar pasal hukum2 ni mmg nmpak kejam hukum2 ni..malangnya nasib mereka yang xmau belajar dan mendalami hukum2 ni..mengikut kajian..org yang belum kwin ni dia ada byk antibodi kat bahagian kat belakang dia..satu cara nak bg antibodi ni keluar ialah dengan cara sebat kat belakang..kira mcm perlindunganla klu ade penyakit2 seksual mcm siflis ke aids ke..klu sebat ni byk antibodi tu keluar jadi risiko kena penyakit STD (sexually transmitted desease) tu dpt dikurangkan...adapun org yang dah kwin ni..antibodi tu dah xde lagi atau kurang dengan sebab pernah melakukan seks byk kali..klu disebat pun antibodi tu tetap xmmpun nak lawan penyakit..so better mereka ni matila daripada merebakkan kat org lain..kejam juga? ala..mereka ni dah tau klu berzina lepas kwin kena hukum rejam, tapi masih nak buat juga..

tapi ramai juga yang pertikai, klu mangsa rogol tu mcmna pulak? byk soal pulak org2 zaman sekarang ni..dah Islam ni agama yang adil..tgkla ape sebab dia kena rogol tu..klu sebab dia pakai seksi ke ape ke? Islam ni adil la...hukum belum berjalan dah macam2 nak tanya..hahahaha..

lagi satu klu nak jatuh hukum zina ni..sume tau kena ade 4 org saksi kan..4 org saksi pulak tu kena tgk yang organ2 seks penzina2 itu dan mmg &(*&(&. pendek kata perumpamaan batang celak masuk dlm lubang celak..xtaula aku orang sekarang ni tau ke x bekas celak tu..ala yang org bwk balik dari mekah tu..ada dari tembaga..klu nak tau korang tanyala org tua..kat umah aku ade lagi bende tu..cuma xpakai je..huhu...

berbalik pada empat orang (4) saksi2 tadi..mereka sume hendaklah tidak FASIK..klu 3 xfasik tapi sorang lagi tu fasik maka xleh nak jadi bukti dan pesalah boleh dilepaskan tanpa byk soal..lepas bodo camtu je ke? yelah lepas camtu jela dah xde bukti nak sabitkan dia buat zina tu..sbb xcukup 4 org saksi yang tidak fasik nak buat bukti..klu camtu bykla pesalah zina yang terlepas?yelah bykla yang terlepas,dah tu kenapa takut nak buat hukum ni?ni sume tuhan dan tetapkan..walaupun dia terlepas dari undang2 hudud atas dunia,tapi dia tetap kena berhadapan dgn Allah..sape kita ni nak pertikai keadilan hukum Allah? hehehehe..

cerita bab Fasik ni..ramai juga yang xberapa nak ambil tahu sape yang fasik ni?untuk pengetahuan mereka yang malas nak bukak kitab2 agama nak kaji sape mereka yang fasik ni..ni la jwbnya..org fasik ni adalah org islam yang pernah melakukan dosa besar dan xpernah bertaubat atas dosanya2 itu dan terus melakukan dosa besar..contohnya org yang tinggal sembahyang, derhaka pada ibubapa, minum arak dah sewaktu dengannya..korang ni mmg poyo la klu masih xtau ape tu dosa2 besar..nauzubillahiminzaalik..

makna kata..cuma org yang xfasik je buleh jadi saksi dlm hukum hudud ni..klu hukum mencuri kena ada dua saksi(klu xsilap),zina kena ada 4 org saksi..pergh..ada ke saksi2 yang xfasik ni kat sini? senang ke nak cari?hehehe..dah tu mmg ramaila pesalah yang terlepas? yelah klu dah mmg xde saksi nak jadi bukti pesalah tu melakukan kesalahan..ni la dia hukum tuhan..yang kita dengar kat mana2 tu cume bila dah cukup sume saksi2 dan nak jatuh hukum tapi xde pula yang jelaskan prosedur2 sebelum hukum potong tangan atau rejam tu dijalankan..xheran klu org sume takut bila dengar potong tangan, pancung, rejam, salib..klu org Islam pun takut ape lagi yang bukan Islam...hahahahaha..kali ni mmg aku nak gelak..lawak sungguh org islam pun takut berpunca dari xmau belajar hal2 agama..xsalah nak belajar ilmu dunia tapi jgnla tinggal terus ilmu agama..ok? bukan nak marah tapi nasihat je...

org2 fasik ni juga xleh jd wali nikah, xleh jadi saksi berjual beli dan saksi ketika berhutang..so kena taubat la wahai org2 yang rasa mereka ni fasik iaitu melakukan dosa2 besar..Syeikh Nawawi Bentan pernah kata yang lelaki yang dedahkan aurat pada bukan MAHRAM(mahram ye, MUHRIM=org dlm ihram..jauh beza tu..klu sekali xjadi fasik lagi tapi klu dah sampai 3 kali buleh jadi fasik..nauzubillah..xsusah nak jadi fasik ni rupanya..abih tu ada yang kata lelaki tgk aurat lelaki xde hal..itu dah sesat tu..melainkan waktu darurat seperti berubat dan sebagainya..org sekarang ni pandai2 buat fatwa sendiri..nabi dah kata haram lelaki melihat aurat lelaki yang lain..huhu...ingt aurat pempuan je haram?mmg korang ni perlu belajar lagila ye..kesalahan atas kejahilan kita yg dah lepas tu nak buat mcmna..byk2la istighfar dan taubatla serta jgn diulang lagi kesalahan tu..

berbalik pada isu politik umno pas ni tadi..aku cume nak ckp..dari ape yang aku dgr dan ape yang aku baca dan ape yang aku belajar..xlehla nak ckp direct org umno ni kafir ye..klu ade jugak nak ckp org umno ni kafir..ni la syarat2 dia..ni bukan amanat aku..jangan saman ye..ini pendapat kebanyakan ulama..
syaratnya org umno ni TAHU HUKUM HUDUD NI DARI ALLAH, ade sebut dalam Quran tentang WAJIBNYA dilaksanakan TAPI:

1)mereka kata hukum ni dah XSESUAI dilaksanakan,
2)hukum ini MENINDAS org, hukum ini ZALIM,
3)hukum ini hanya sesuai pada ZAMAN NABI sahaja,
4)hukum ni TIDAK SEADIL hukum yang ade sekarang,
5)hukum sekarang LEBIH BAIK dari hukum hudud,
6)MENENTANG SEKERAS2NYA perlaksanaan hukum hudud
7)MEMPERMAIN2KAN hukum hudud(klu hukum ni jadi kat sini, ramaila org kudung tangan)

dan byk lagi yang sewaktu dengannya..xkuasa aku nak bg contoh byk2..cukupla yang kat atas tu..klu perkara 1-6 mereka buat oleh sebab mereka jahil pasal agama..itu xleh ckp mereka ni kafir lagi..cuma mintak2la agar Allah bukakan hati mereka..mereka kan saudara Islam kita juga..cuma ade gak ulama ckp dlm keadaaan jahil mereka buat perkara 1-6 tu, mereka jatuh dlm kategori fasik je..BUKAN KAFIR lagi..

satu perkara yg org pas sume tahu, kalau org umno ni dah jatuh kafir(kerana sebab tertentu), maka sembelihan mereka xleh dimakan, xleh jadi imam dalam solat dan byk lagila..mcm xleh kwin umno dgn pas..kat negeri aku mmg bende2 ni berlaku..cuma aku xmau nak ambik tahula samaada umno kat sana ni masuk kategori mana..dlm islam juga ckp adalah menjadi kesalahan yg besar jika tidak mengkafirkan org yang telah nyata kafirnya..tapi bg aku yang cetek ilmu ni..aku xberani nak kafirkan org..lainla klu mereka sendiri telah terang2 kafir..untuk org yg xtahu..org yang tinggal sembahyang tu xjatuh kafir lagi selagi mana dia percaya sembahyang tu wajib..tapi klu dia kata sembahyang dgn xsembahyang tu sama sahaja..maka kafirla org tu..wallahua'lam..dlm isu mengkafirkan org umno yang berlaku kat negeri aku ni..org pas berpegang pada hujah yang org umno ni xmau kepada hukum islam..pendek kata xsetuju dgn hukum Allah yang telah diwajibkan..xkira la org umno tu sembahyang xpernah tinggal,tunai haji, tunai zakat,mengucap kalimah syahadah pun tapi kalau dah menentang ape yang diwajibkan oleh Allah (Hukum Hudud),maka tetap mereka ni jadi kafir..atas alasan beramal dengan Islam secara separuh2 iaitu beramal dengan rukun2 islam tapi pada masa yang sama tidak beramal sepenuhnya dengan rukun iman(percaya dan beramal dgn kitab)...kes ni mmg berat dan aku pun berat hati nak ckp..

pasal undi pas masuk syurga pun satu hal..ini berdasarkan perjuangan ahli pas yang mahu melaksanaan syariat islam dan kerana itu, ape sahaja kebaikan yang dilakukan seperti memberi undi kepada parti yang mahu menubuhkan negara islam tu dikira mendapat pahala..bukan susah sgt nak paham pun..huhu..bukan makna perlu undi pas je pastu xperlu buat amal lain terus masuk syurga..huhu..isu ni byk diputar belit je..

tapi yang paling best bg aku adalah alasan org2 umno yang pemimpin2 pas yang xpandai nak memimpin dan mentadbir negeri dgn baik..ni pulak nak memerintah negara?hehehe...baiklah..mmg mereka xpandai nak tadbirla apela..janji2 kosong la..yang ni lagi best..klu org ilmu tinggi dia tahu ape kuasa2 yang ada pada kerajaan negeri dan wakil2 rakyat..ni pulak pihak pembangkang yang menentang kerajaan, pastinya sume tahu kuasa mereka hanya terhad..klu org yang baca ni ilmu pentadbiran dia tinggi la..klu xtau atau tau sikit2 xplu nak nak kecoh2..huhu..yang menarik perhatian aku adalah ramai yang xsedar bahawa org pas ni undi pas bukan kerana pemimpin2 pas tapi atas dasar perjuangan parti..pemimpin silih berganti tapi dasar parti tetap sama iaitu nak tubuhka negara islam..org pas tahu dan sedar ia agak sukar mahu menjadikan negara malaysia ni negara islam..mcm contoh aku dari awal2 lagi..klu org2 islam majoriti dah xmau ikut islam, adakah kita perlu cari atau buat agama lain?...

org pas ni kebanyakannya berpegang pada dasar parti yang undang2 tubuhnya adalah berdasarkan Quran, Hadith, Ijmak, Qias..yang mana tidak ade satu pun dasar dan menifesto parti pas itu menyimpang dari ajaran islam..dan utk org yang xtahu, wakil2 rakyat dan calon2 pas ini dilantik berdasarkan mesyuarat dan calon2 atau wakil rakyat pas itu hendakla tidak melakukan dosa besar dan tidak berkekalan melakukan dosa yang kecil..ni pulak kita yang mengaku islam tapi bila undi bagi sokongan kepada org bukan islam yang terang2 kafirnya..contoh kawasan dimana calon pas melawan wakil mic atau mca..ramai org islam memberi sokongan pada yang bukan islam ni..aku pun xtau nnti akhirat ni depa nak ikut mana..yang islam ke yang bukan islam..
c'monla..yang baca ni pun bukan budak2 lagi..bukakla minda anda..tidak ada manusia yang betul2 adil dan sempurna kerana adil dan sempurna tu hanya layak bagi Allah..

aku sebagai manusia hanya mampu bg nasihat saje..yang sampaikan kehati tu tugas Allah..ape yang baik datang dari Allah..yang bruk tu datang dari kelemahan aku..

ni bukan aku yang ckp..tapi ulama yang dah bertahun2 merujuk kitab2 dan hadith2..aku ni cuma ambil ape yang mereka dah putuskan..sekali lagi aku igtkan..ni sume hasil dari ape yang aku dengar, baca, dan belajar..sape guruku?well xla secara langsung tapi melalui hasil2 penulisan dan video2 dan audio dan perbincangan dan perdebatan dgn rakan2 dan kdua org tua ku..aku kalau depan mak bapak aku, mereka cop aku ni org umno pasal selalu xsetuju dgn pandangan mereka..hehe..aku bukan ape..xmau ikut mmbuta tuli tanpa kajian lanjut..so korang yang baca ni janganla marah kat aku pulak..korang masih ade hak dan peluang nak pastikan kesahihan point2 dlm tulisan aku ni..korang tgkla aku xmasukkan mana2 hadith dan petikan ayat quran pun..pasal aku takut aku salah tafsir..cuma aku berharap agar ceramah2 yang aku dgr selama ini..ahli2 agama yang aku dgr tu dah buat byk penilaian tentang hadith2 dan ayat2 suci Quran sebelum mereka gunakannya...

nak cerita sikit pasal diri aku..aku ni lahir di marang terengganu, sama negeri dan sama daerah dan sama nama dengan presiden pas merangkap ahli parlimen marang dan ahli DUN rhu rendang iaitu Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang aka Haji Haji aka Ayoh Chik aka Hadi Awang...aku lahir tahun 83 dan umur Haji Hadi tu sama umur dgn ayah aku..ayah aku nama Awang..ayah aku namakan aku Abdul Hadi..kat mana2 nama aku ni bila org dengar riuhla sekejap..sejak mula dari aku masuk sekolah waktu hari penyampaian hadiah dan hari aku pertama kali masuk temuduga..mmg nama aku ni jadi perhatian sb sama nama dengan Haji Hadi..hehe..ayah aku bg nama aku begitu agar suatu hari nanti aku akan jadi seperti Haji Hadi(mak aku yang ckp)..hehe..pun begitu sekali pun aku xpernah jumpe Haji Hadi ni..paling dekat aku tgk dia pun dlm 20 meter masa aku budak2 lagi waktu dia datang kat surau kat kg aku..aku mmg klu buleh nak jupe dia nak bgtau nama aku sama dgn nama dia..hehehe..tapi aku ni xleh lwan dia diala..aku ni jahil dlm bab2 agama..dia tu tok guru..huhu...

Oklah dah 7 pages kat word aku tulis bende ni..byk lagi aku nak tulis tapi nnti kang aku disalah ertikan pulak..

aku tulis ni utk perpaduan umat islam..bukan nak laga2kan org..huhu..

sebelum aku undur diri..aku nak petik satu kisah tentang seorang sahabat nabi yang disegani iaitu amirul mukminin saidina umar al khattab..

sebelum dia meninggal, selepas ditikam oleh abu luq luq ah, dlm keadaan nazak itu org bertanya pada dia agar selepas kematiannya, salah seorang anaknya mahu diangkat menjadi khalifah yang menggantikannya..nak tau ape yg saidina umar ckp..

"jgn..cukupla dlm keluarga al khattab ini aku seorang sahaja yang dibakar api neraka"..maknanya bukan senang dan mudah tanggungjwab pemimpin ini..tapi sekarang ni org berlumba2 nak jadi pemimpin...

aku ingat lagi ayah aku pernah berkata, jadi pemimpin ni bukan mudah..seadil2 pemimpin pun kedudukannya dipuncak api neraka..contoh mcm imam solat dahla..klu makmun salah imam yang tanggung..bapa pulak klu anak buat salah dia yang tanggung..suami klu isteri buat salah dia yang tanggung..ini pulak pemimpin masyarakat..hehehe..aku klu buleh xmau jadi pemimpin..aku xrela tanggung dosa2 org..huhu...

Aku nak beri nasihat je..ikut pandai mungla nak percaye ke x..

“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Adakah penglibatan ana dlm Friendster termasuk dlm keteg0ri ini? Jika niat ana semata-mata krn Allah iaitu merapatkan ukhuwah dgn sahabat2 ana, cuba menjadi “qudwah hasanah” kpd org lain, mencari dan menyampaikan ilmu, adakah itu juga salah bg seorang muslimah seperti ana?

Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat atau berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.
wallahua'lam

___________________________________________________________________________________

Ni hasil daripada kajian tanpa sponsor aku pasal permasalahan agama seharian...
ape yang aku paham berdasarkan petikan kat atas tu..pempuan xleh tunjuk (haram) gambar2 dia pada bukan mahram..

pada sumber yang lain..lelaki yang simpan gambar makwe nak tgk utk hilangkan rindu pun xleh..dlm bahasa kasar dia haram la..

zaman sekarang ni..org dah xpeduli soal halal haram ni..org cume ambil tahu pasal makanan halal haram je...cube ckp dating yang bukan mahram tu haram kat mmber2 kita..silap haribulan buleh lebam biji mata...hahahaha...

mmg bykla benda yang kita buat hari2 tu termasuk dalam kategori haram..tapi bende2 ni xdiajar kat sekolah..so mcm xpentingla...xtaula silap sape..

cth perkara haram yang jadi lumrah...

gantung atau pamer gambar makhluk bernyawa kat umah..
penyanyi perempuan yang menyanyi dpan lelaki bukan mahram..
xtutup aurat (klu yang ni buih mulut org sound pun xjadi ape dah)

siot betul time aku nak tulis ni dah lari sume idea..anyway mmg banyakla perkara2 yang kita xsedar ia buleh jatuh jadi haram..aku pun byk lagi kena belajar..

sekian...

Lagu mane intenet mengubah hidup aku..

aku lame doh nok post kat blog aku gune bahse hok kau gune mase aku duk dumoh..bahse mende lagi klu bukang bahse tganu..utk pengetahuang oghang2 hok dok tau atau dok berape nok sedor..bahse tganung ade 3 jenis..bahse tghanung pertengahan, bahse hulu tganung, dang juge bahse dekat2 dengan kelantan..aku gune hok jenis bahse pertengahang..hok bese tubik kat tv hok oghang ghama suke ajuk..

klu aku nok hurai bende2 ni mmg penuhla blog aku..tapi xdok mase la aku nok buat mende tu buak mase ning...wei, bapokla susoh nok taip bahse tganung ning..dalang pale ni sebuk laing jaghi pulok taip bende laing..se lagi klu aku taip betul2 kekgi ade hok rasa sensitih..

xdok apela posting aku kali ni..cume aku nak kabo je lagu mana or guane or macang mane intenek ni mengubah hidup aku..

aku mula kenal intenet masa tingkatan satu, mula layari intenet mase aku umur 18 tahung..kebetulang aku ni panda sket bi jadi bulehla aku g jauh sket dgn intenet ni..dulu aku g CC je nok maing intenet..pastu masuk u pulok aku g lab kat u,,ade mase aku g cc gok..

lening aku ade intenet kat bilik diri doh..siang malang aku duk ngadak intenet ni..sampai boring pahtu sambung pulok..mmg ade je jupe bende2 baghu..tapi hok aku wase paling berguna ialah bab2 keagamaan dang juge hukung2 Islam dalang kehidupan kite sehariang..

intenet ni ade bende dok molek dang dok kurang ade gok mende2 hok molek..macang aku kate mende2 pasal agame nila...sedor dok sedor klte ni kebanyokangnye mmg jahil pasal bab2 agama kite sendiri..tapi hok aku herang tu..dalang pade jahil tu kita nok jugok tafsir dang takwil ikut akal dang logik kite sendiri..mmg kelakor..

aku ni bukang sekoloh agame, pondok pun bukang, cume aku minat pasal permasalahang agame ni...kat intenet tu macang2 ade,,masuk je youtube..mmg bestla klu layang komen2 orang..

satu pkare hok aku sedor lening ialah oghang lening acu buleh xmboh bincang pasal agame ni..klu buleh nok tolok tepi..konong2 xmboh balohla...hahaha...aku pong gitu gok...

pendek kate, intenet ni klu kita gune molek2 dia jadi molek..klu kite gune dok molek dia jadi dok molekla..

lengoh gok taik gune bahse diri ni...xpelah laing kali aku update lagi..

sekiang percubaang pertame dari aku... anok jati marang tghanung kite...

Kiamat aka Hari Pembalasan aka Judgement Day

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:

"Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?" Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda:

"Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!" Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas." Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala." Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?" Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?" Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku." Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!" Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.

Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?" Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.

Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini." Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu." Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita." Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala." Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!" Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"

Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam." Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?" Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu." Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala." Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala." Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!" Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam." Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan." Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?" Jibril menjawab: "Ya!" Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?" Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!" Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?" Jibril berkata: "Aku tidak tahu!" Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: "TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."

Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya." Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!" Isa as datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: "Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!" Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!" Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan." Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?" Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"

Allah Taala berfirman: "Aku percaya!" Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk." I

bnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis."

Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?" Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Taala." "Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka." L

alu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi." Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"

Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:" Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia." ( Abasa: 37) Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?" Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku." Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?"

Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin."

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: "Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah." Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!"

Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?" Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya."

Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya." Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!"

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat.

Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: "Di mana Muhammad?" Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja.

Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka." Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka." Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"

Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!"

Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!"

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: "Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian.

Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam." Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk.

Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka." Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!" Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. T

erdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku."

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!" Nabi Adam as bertanya: "Berapa ramai untukku kirimkan?" Allah Taala berfirman: "Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka."

Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan).

Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa.

Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas."

Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!"

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan." Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad!

Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu." Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.

Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.

Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

Kumpulan yang kelima berlari.

Kumpulan keenam berjalan.

Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"! Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat.

Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.

Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka.

Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku." Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia." Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka." Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...