Rakan Seperjuangan

Monday, June 21, 2010

Orang Islam Nak Bela Anjing Jugak Ke?

Situasi: Aku dapati ramai orang yg google pasal anjing...aku pasti itu adalah org2 islam yg nak tahu lebih lanjut pasal anjing dari sudut mazhab2...dalam blog ni aku cuma fokus lebih pada mazhab syafiee sahaja...kerana aku tidak begitu terdedah dengan mazhab2 lain melainkan hanya sedikit...

Intro: Islam tidak melarang umatnya membela anjing...AKAN TETAPI, ia perlulah mengikut lunas2 atau peraturan2 atau batas2 yg telah ditetapkan oleh hukum syarak...jika tidak yakin, sila dapatkan penjelasan dari yang betul2 pakar dan bertauliah dan kredible...bukan hanya dari cakap2 kosong kat kedai kopi...ckp2 kosong kat forum internet...heboh satu malaysia, mazhab maliki boleh pegang anjing...dengan aku sekali pun terkejut...tapi mujurlah aku ambil keputusan nak siasat sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

Permasalahan: Kajian aku, dakwaan mazhab maliki boleh pegang anjing tu kurang tepat...ini kerana, wajib juga menyamak dan membasuh selepas pegang anjing dalam mazhab maliki...cuma alasannya bukan atas najis berat tapi kerana patuh pada hadis nabi yg menyuruh membasuh dan menyamak...jadi apa beza mazhab maliki dengan mazhab hanbali, hanafi dan syafiee? Bezanya cuma 3 mazhab anggap anjing sebagai najis berat, mughallazah, wajib disamak jika menyentuh atau tersentuh anjing, air liur anjing, najis anjing, bulu anjing...mazhah maliki tidak mengatakan bahawa tidak perlu menyamak apabila tersentuh atau menyentuh...cuma alasannya bukan kerana najis tapi mengikut hadis yang menyuruh menyamak...FAHAM? UNDERSTAND?

Realiti: Lepas org dengar mazhab maliki boleh pegang anjing, ramailah org2 yg sebelum ni takut dengan anjing mula berkira2 nak bela anjing, malah ada yg lebih ekstrem dengan posing gambar sambil pegang anjing...Moga kalian diberi rahmat dan petunjuk...ada juga yang nak bela anjing kerana anggap ia kittun(dalam bahasa arab kucing)...kemana pergi al kalb(anjing)...aku pun xtau...tapi mereka anggap tak ada beza kucing dengan anjing...so bolehla nak bela mcam org bukan islam bela tu...banyak cantik!!!

Keharusan: Islam xmelarang bela anjing dengan syarat anjing itu dilatih untuk jaga harta, jaga ternakan, jaga kebun, berburu, dan panduan...tapi keempat2 mazhab melarang bela anjing tanpa tujuan, iaitu mcm bela kucing, buat haiwan peliharaan, duduk dalam rumah...mazhab maliki pun kata haram...nabi tak kata haram direct tapi nabi kata, siapa yang bela suka2, maka akan hilang pahala sebesar bukit uhud dalam sehari...bagi yg tahu berfikir...ia bermaksud haramlah..bagi yang jahil...ala..hilang pahala je..bukan dapat dosa...

Kesimpulan: Jarum2 yahudi dan nasrani semakin lama semakin mendapat tempat dalam hati umat islam sehinggakan umat islam menjadi keliru dengan hukum hakam islam...umat islam semakin malas nak mendalami islam dengan pelbagai bentuk kelalaian yg diwujudkan oleh yahudi dan nasrani ini...bab anjing ini adalah salah satu daripadanya...bagi yg jahil...pasti memilih utk mengabaikan pandangan mazhab dan mahu bertindak mengikut budi bicara sendiri...akhirnya semakin ramai yg terikut2 dan semakin ramai akan sesat...sesat kerana tidak mahu merujuk hukum2 yg sedia ada...dengan alasan tidak jumpa hukum sedangkan tidak mahu mencari...

P/s: Terima kasih kerana membaca sampai habis...

Tiada "Anggap" dalam Islam

Situasi: Masih bermalas2an nak buat tesis...sem depan melayang duit lagi lah...padan muka...

Intro: Malam tadi dengar ceramah pasal suami dayus atau lelaki dayus, tapi ada satu part dalam ceramah tu yang dah lama aku cari2 sebelum ni...iaitu 'anggap'.

Permulaan: Orang kita ni susah kalau nak ditegur, pasal mereka ada ungkapan anggap ni...dalam bahasa omputih dipanggil assume. Contohnya aku kata, "lelaki tak usahlah pakai inai...4 mazhab kata haram kecuali jika kuku berpenyakit". Dengan tak semena2 aku dianggap ekstremis, tidak berhikmah, dan cuba nak melawan adat dan kehendak mak bapak.

Permasalahan: Inilah masalah orang yang belajar agama secara tidak menyeluruh ni...kita tegur bukan kerana kita dengki dia kawin, bukan kerana kita dengki dia nak tunjuk kat masyarakat dia baru kawin, tapi kita tegur kerana hukum syarak tidak membenarkan. Aku percaya ramai orang lepas ni akan cari ustaz yg mengatakan hukum berinai bagi lelaki adalah harus...sebelum ni pun aku dah sebut pasal hukum berinai, aku sebut pun bukan dari otak aku, tapi dari perkataan ulamak2 dulu...aku ni ape tahu.

Kesan: Oleh kerana anggap ni masih ada dalam agama, contohnya pakai inai bukan nak menyerupai perempuan tetapi nak tunjuk lelaki tu dah kawin, pasal jika pakai nak menyerupai perempuan, jelas haram. Itu pasal dia "kona" kot lain dengan 'anggap' nak tunjuk dah kawin...xmau lari dari adat, nak tunaikan permintaan mak bapak...mcm2 anggap lagilah agar bende tu buleh jadi...konon inai tu inai mekah, jadi lelaki pakai tak haramlah ye? banyak cantik...kitab sesat mana dia pakai? Kes lain adalah perempuan yg xtutup aurat dengan anggapan dia dah tua, org xnampak, org xmau tgk dan mcm2 anggapan...anggap macam anaklah, anggap mcm cuculah apelah...tak habis2 dengan anggap...penyakit anggap ni kalau dibiarkan...pasti hancur Islam ni...pakai anggap je...nnti keluar pulak ajaran...dia anggap tuhan dah faham kesetiaan dia pada tuhan, dah xperlu solat dah...anggap je tuhan dan faham...kita bukan sembah tuhan lain pun...lainlah zaman dulu sebelum masuk islam sembah berhala...jangan2 ada fahaman anggap sebegini...dengan anggapan tuhan mengetahui segalah yg tersurat dan tersirat dalam hati.

Realiti: Penyakit anggap dalam beragama ni adalah serius dan perlu dibendung...ikut hati rasa nak lempang je kalau bagi alasan anggap2 ni...kita nak halang dia dari buat dosa, dia bagi alasan, dia anggap itu, dia anggap ini yg buat org kurang sabar mcm aku ni rasa bengkek je...bende2 kecik macam nilah yg org kita kurang ambil peduli..pasal mereka nampak bende2 besar je...zina haram dosa besar...tapi sedang bertunang heret tunang kesana kemari, berpeluk berpimpin bercium tu tidak mengapa pulak...siap dpat lampu hijau lagi dari keluarga...kitab sesat mana dia pakai ni...atau dia anggap dah ok pasal dah bertunang...

Kesimpulan: Banyak lagi perkara yang aku malas nak sentuh...sikit2 dahla..bagi org yg berfikir, xperlu kemukakan 1000 dalil...satu dua dalil dah cukup...lagipun niat aku cuma nak perbetulkan persepsi masyarakat yang semakin kronik dan parah dan mementingkan diri ini...yg kerjanya mencari duit siang malam tanpa ada keinginan nak mendalami agama...tambahan pulak ini musim bola...mana2 pergi org sembang bola...sudah xdengar lagi org ckp pasal palestin dan penderitaan saudara sesama islam...

P/s: Terima kasih kerana baca sampai habis.

Thursday, June 17, 2010

Batal Syahadah

Situasi: Serabut dan tertekan kerana tiada motivasi nak buat tesis, hati membuak2 nak update blog pasal tajuk ni...sebelum aku lupa dan dilalaikan dunia...ini adalah hasil perbualan kosong penuh berisi antara aku dengan ayah aku...aku cuba ringkaskan...

Intro: Ada 5 perkara pokok dalam rukun islam iaitu mengucap kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji...majoriti orang islam tahu solat boleh batal,  puasa boleh batal, zakat boleh batal dan haji pun boleh batal...dan terbatalnya 4 perkara itu amat mudah sekali...batal solat jika terkentut, batal puasa jika makan minum, batal zakat apabila tidak cukup nisab, batal haji jika tidak menyempurnakan rukun2 haji...bab kena bayar dam tu lain cerita...kompleks sket...aku pun belum arif...

Permasalahan: Pernahkan kita bertanya pada diri...apakah syahadah kita tidak akan terbatal? seperti mana mudahnya terbatal rukun2 islam yg lain? aku tidak hairan kerana memang dunia sekarang mmg bukan dikawal oleh org islam...jadi sistem pendidikan pun bukanlah betul2 islamik...agama dipinggirkan tu adalah lumrah...gagal kertas agama tidak mengapa...tapi gagal sains, gagal matematik, gagal bahasa inggeris..itu adalah masalah...inilah yg dunia mahu umat islam percaya...agama islam akan terpinggir...justeru tidak hairan jika kita tanya budak2 sekolah...adakah syahadah boleh terbatal? pasti mereka akan keliru...

Kesan: Ayah aku cuba bagi contoh yg mudah dan ringkas bila ada budak2 yg mahu bertanya tentang islam...dan bab kafir mengkafirkan org...ayah aku cuma tanya mereka adakah syahadah tidak terbatal sedangkan puasa, solat, zakat haji boleh terbatal? budak2 pun tercengang katanya...termasuk aku sendiri..aku tahu perkara2 yg membatalkan syahadah tapi belum betul2 mengambil berat tentangnya...aku juga mcm budak2 tu...dengan yakin dan bangga memikirkan syahadah susah nak batal...malah xkan batal...

Kajian: Dalam solat...kita diwajibkan memperbaharui syahadah sekurang2nya 5 kali sehari...klu pikir logik akal pun, pasti ada hikmahnya kan?dalam sedar xsedar...pasti kita ada buat atau ckp perkara2 yg boleh membatalkan syahadah kita antaranya...aku petik dari sini...
  1. Bertawakkal dan bergantung selain dari Allah.
  2. Mengingkari nikmat Allah sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
  3. Berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah.
  4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah.
  5. Mentaati selain Allah tanpa keredhaannya.
  6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah.
  7. Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
  8. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap Akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utama.
  9. Menghina salah satu dari ajaran Al Quran atau Sunnah, mempersendakan orang2 alim atau orang2 yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum2 Allah.
  10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalNya.
  11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al quran dan Sunnah.
  12. Mengangkat orang2 orang2 kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang2 islam dan orang2 mukmin.
  13. Tidak beradab dalam bergaul dgn Rasulullah saw.
  14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik. 
  15. Menyatakan bahawa al Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung didalamnya.
  16. Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat2 ketuhananNya atau mengingkari nama-namaNya.
  17. Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat2 yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya  atau menghina sifat2 yang terpuji tersebut atau tidak menyakini bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
  18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
  19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku' bukan bukan kepada Allah, atau tawaf di sekeliling selain dari Kaabah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
  20. Berperasaan riya'.
Kesimpulan: Sama2 kita menilai dan muhasabah diri kita...adakah sebelum ini kita pernah melakukan perkara2 yg membatalkan syahadah secara jahil atau tidak sengaja? Bukannya tidak pernah datang peringatan kepada kita namun kita sendiri yang lalai dan jangan pula kita menyalahkan ALLAH kerana tidak memberikan kita petunjuk dan hidayah...

P/s: Syahadah boleh batal dengan mudah...sama seperti rukun2 islam yg lain...jadi berhati2lah...jauhilah perkara2 yg membatalkan syahadah... 


Tuesday, June 15, 2010

PRO N KONTRA PROGRAM IMAM MUDA

Situasi: Co writer aku terpanggil nak balas surat pembaca berita harian tentang program imam muda astero...link kat sini... dia pun rasa terpanggil nak jawab..tapi dia beri peluang kat aku letak kat sini...sama2 kita ambil manfaatnya...berikut adalah tulisan co writer: Emi.

salam...saya pon baru tbaca kat paper surat pembaca ni...personally saya pk ade jugak betulnye dr kenyataannya...cume bg pembaca lain, boleh jdi timbul x snang...terpulang la bgaiaman cara pemahamannya...

spt encik cidan..ade pro n kontranye...pada saya...yg:

pro:
-sbgai alternatif kpd hiburan bbentuk realiti..kite dok asik cakap AF mentor OIM dll sbg x baik..lagho..so bile ade bende ni sdkit sbayak kite leh ade opsyenel nk tgok yg baik ke yg tak baik..

-sbg motovasi n roll model...ikutkan smua calon IM tu ok2 malah hebat orgnye...so sdkit sbanyak ia leh jd model cth kepada pemuda n belia dluar betapa bestnye kalu mereka jadi cam tu...dimuliakan dan disuka masyrakat...boleh jadi mereka leh la jd baik skit skit..kan?

-tambah ilmu...tang ni mmg..saya rasa cam kerdil je bila tgok mcm2 aktvt mereka wat..ikutkan secara teori leh je kite tau tp yg prektikel2 tu mmg berpeluh gak la kalu d reliti...mereka mg hebat..haha...

yg kontra lak:

-adekala mlalaikan...terpulangla...yg pntg jgn kerana obses dgn program ni sampai bende lain x setel..solat..masak..makan..study dll..haha

-membuatkan penonton memuja mereka..ha..nasib baik xde sistem undi...kalu tak....mmg la ade gado2 nk pilih calon mana dalam sms... kadang2 ade d kalangan penonton pompuan berangan2 jugak..ha..camana tu...tu rasanya paham2 la...haha...

-perasan riak..takbur..hebat dlm diri calon IM...mentang2la mereka ni pandai agama...hebat bcakap..bersyarah..khutbah...hafaz quran dll..tp saya rasa dlm hati tu de la over cam tu...ye..harap xde la cam tu..tp mana tau bg pihak family mereka...sure2 heboh satu kampung..haha...

-hadiah? erm...sbb ade hadiah ni la dilihat sbgai mempersendakan ilmu allah..seolah2 ilmu tu satu bende yg diperdagangkan..erm...harap2 ia bukan sbgai matlamat utama mereka yg bakal memenanginya...

kesimpulannya.......dripada surat tu...mmg ade rasionalnye...takkan baru ditabalkan sbsg Imam muda da boleh jalani tugas spt imam tua..hehe...banyak lg pgalaman diorg perlu amik....lg2 kalu nk jadi jurunikah..haha..bayangkan kali IM syakir yg menikahkan org...camana la agaknye...hehe...nampaknye die kene nikah dulu kot..sblum nikahkan org..haha..

k la..maaf la bantyak cakap...biasala..saya pon salah sorg follower program tu....asik2 la terbayang..kalaula saya di situ..huhu....

ARTIKEL INI DITULIS OLEH PENULIS JEMPUTAN MERANGKAP RAKAN SEPERJUANGAN AKU: EMI..


P/s: Benedictine order...ia sedang meresap dalam jiwa umat islam....

Sunday, June 13, 2010

Sandal crocs

Kecoh kat internet pasal logo bawah tumit sandal crocs yg seakan2 menghina nama Allah...bagi yg teliti..pasti akan nampak bagaimana ia dihina...logo berlainan dari logo asal itu diletakkan betul2 bawah tumit bahagian dalam sandal tu...minggu ni aku asyik bengkek dan sakit hati saje...tgk org islam duk bangga2 pakai sandal tu...siap bawak pegi masjid lagi...aku dah lama tak baca paper..maybe dah ada fatwa mengatakan boleh pakai kot...tapi bagi siapa yang ada kasut dan sandal crocs tu...silalah tgk betul2 bahagian tumit yg kita pijak...bukan tapak tapi bahagian dalam betul2 bawah tumit...ada satu logo yg mencurigakan..yang kalau diamati...ia adalah seakan2 tulisan ALLAH dalam bahasa arab...

Patutlah aku dari dulu mmg xhingin nak beli...dahla buruk...org kata ia selesa...lantaklah...dengan isu terbaru ni...lagilah aku bertambah2 benci bila nampak org pakai..nak tegur karang, nanti ada org mulut lembik akan kata, nak nasihat ada caranya...ada banyak cara...entah sape ajar kalau nak nasihat mesti guna cara lembut...lantak pi lah org kedah kata...nasihat tu kena cara berhikmah...jika berkait dengan halal haram...mesti tegas...dan berhikmah...bukannya berlembut setiap masa...jika yg baru berjinak2 dengan agama tu bulehla nak berlembut2...org baru sehari masuk islam baca quran xbetul, mmg bodohla jika kita marah bagai nak rak...tapi kalau dah nak mampus pun baca quran masih xbetul...mmg patutla kita marah...lagu buleh hafal, quran xnak belajar...

Begitu juga cara nasihat, klu org tu baru je datang minat nak tahu hukum, kena cakaplah dan jelaskan elok2...tapi kalau yg jenis semua benda xmau nak kaitkan dengan hukum...yang ni mmg aku pantang...bukannya bende tu xpernah disebut dalam kitab2 hukum...tapi dah jenis kepala batu...ikut suka bapak tiri laki mak dia je nak buat atau laksanakan sesuatu...atas dasar islam ni lembut kot dia paham...hahahaha...org mcm ni patut diketawakan...otak pandai cari duit je...pasal hukum sume nak tolak tepi...xnak tahu lebih2 konon...adalah satu peristiwa berlaku pada aku baru ni...malas nak ceritalah...benda dah lepas...at least aku dah cuba nak bagitau..cuma belum sampai tahap memaksa...tapi aku dah bagi ayat...pilihlah antara hukum dengan adat..pilih antara nabi dengan mak bapak...ternyata adat dan mak bapak mendapat kemenangan berbanding hukum dan nabi...

Aku ada buat research 5 minit kat internet...ada org islam yg mati nak pertahan logo crocs tu...konon yg dakwa menyerupai kalimah ALLAH tu adalah org berimaginasi lebih...well aku yakin depa ckp macam tu memandangkan depa dah habis beratus2 ringgit utk beli barang yang simple tu...andai hanya beli harga pasar malam..sure xkan teragak2 nak buang...konon ori punya xde menyerupai lah...aku pun tgk tapak bahagian dalam yang tak ori..yg ori belum tgk lagi...so bagi sape2 yang dah terbeli dan terpakai...harap nilai baliklah...tanda pada kasut tu lebih jelas dari tanda pada batu, ikan, buah, bunga, awan yang satu dunia duk kecoh...tapi part kasut pulak...xnak kecoh...itulah tandanya...kristian dan yahudi berjaya...mereka xperlu nak risau, org islam sendiri akan menjatuhkan martabat islam...

P/s: Benedictine order, siapa yang nak tahu...buleh try baca...pastu kaitkan dengan situasi sekarang...we are all doomed...kita umat Islam semua akan hancur...org islam sendiri akan sekat kemajuan islam...org islam sendiri akan lari dari hukum, bermati2an pertahan hukum bukan islam...

Sunday, June 6, 2010

Solat Sunat Sebelum Subuh

Situasi: Masing berjaga malam tapi bukan qiamulail...jadual biologi aku dah berubah...jadi siang tido malam berjaga dah dua bulan...

Intro: Asyik tertangguh saja nak update pasal entry ni...aku xmainlah auto update buat masa ni...maybe later kot...so sementara aku masih ingat ni...here it goes...

Huraian: Solat sunat dua rakaat sebelum subuh adalah amat digalakkan dalam Islam...dalam hadis ada menceritakan kelebihan solat sunat dua rakaat sebelum subuh...kelebihannya adalah lebih baik dari dunia ini dan segala isinya...jika nak digambar dengan pahala, kita xkan nampak pahala...tapi jika nak dibandingkan kelebihannya...ia adalah lebih baik dari dunia ini dan segala isinya...

Permasalahan: Orang sekarang bukan kata nak laksanakan solat sunat sebelum subuh...solat subuh pun xtertunai..terlajak tu perkara biasa...alarm pagi xmampu nak bangunkan...jika orang sms atau call senang je bangun...vibrate saje pun buleh bangun...tapi alarm subuh?tampar diri tanya orang...

Saranan: Dalam Islam bukan solat wajib saja ada qada atau ganti..tapi solat sunat pun ada ganti...cuma bezanya solat wajib wajib ganti, solat sunat hanya sunat sahaja ganti...ia jelas disebut dlam hadis dimana nabi ada qadha solat sunat...

Kesimpulan: Kelebihan tinggi diberikan kepada siapa yg mengerjakannya kerana ALLAH tahu bahawa tidak ramai yg mampu mengerjakannya...mcm barang dalam dunia.. mahal emas dan berlian kerana susah nak cari...jika emas bertaburan ditepi jalan, nilainya tidak akan tinggi...begitu juga ibadat di sepertiga malam...kerana kebanyakan org dilamun mimpi...ada yg bangun beribadat, yg bangun beribadat itu akan dapat ganjaran tinggi...

P/s: Solat adalah perkara pertama dihitung, jika ok, maka oklah ibadat lain...jika tidak...sia2 ibadat lain...

Saturday, June 5, 2010

Manusia Lebih Sesat Dari Binatang

Situasi: Baru sahaja balik dari makan larut malam, dibelanja oleh rakan...Alhamdulillah...moga bertambah berkat dan murah rezeki aku dan rezeki dia. Dalam satu ceramah beberapa hari lepas dan juga dalam khutbah jumaat siang tadi, tertarik dengan ayat:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A’raaf 7:179)"

Intro: Dalam Quran disebutkan bahawa manusia yang lalai itu lebih sesat dari binatang ternakan...dalam konteks negara ni...sesuai bagi contoh lembu je...maknanya manusia yg lalai dan sesat itu lebih sesat dari lembu.

Perumpamaan:
1. Lembu tidak perlukan saksi wali dan akad untuk melakukan seks...begitu juga manusia pada zaman ini yang sejak bangku sekolah dah berjinak2 dengan seks luar nikah...jadi apa beza kita dengan lembu?

2. Lembu tidak menutup aurat apabila berada bersama2 dengan kawanan lembu lain...begitu juga manusia hari ini yang tidak menutup aurat apabila berada di khalayak ramai...lembu lain tidak komplen, begitu juga manusia lain tidak komplen...apa beza kita dengan lembu?

3. Lembu jika diajak pergi memeriahkan masjid dan majlis agama, mereka tidak akan datang...begitu juga manusia hari ini yang cari macam2 alasan untuk tidak meramaikan masjid dan menghadiri majlis2 agama utk menambahkan ilmu dan melengkapkan ibadat...jadi apa beza kita dengan lembu?

4. Lembu kerjanya makan minum berak kencing mengawan tidur, tidak menunaikan solat dan puasa haji zakat...begitu juga ada manusia hari ini yang hidupnya tidak ubah macam lembu, solat, puasa zakat haji bagaikan tidak memberi sebarang makna pada hidupnya...apa beza mereka ini dengan lembu?

5. Bapak dan emak lembu tidak kisah anak betina mereka keluar dengan lembu jantan lain...begitu juga ibubapa yg sewenang2 membiarkan anak perempuan keluar dengan lelaki bukan mahram...apa beza ibubapa jenis ini dengan bapak dan emak lembu?

6. Bapak lembu bila anak betinanya dah besar, maka dia sendiri akan mengawan dengan anaknya...begitu juga berlaku sumbang mahram yang semakin menjadi2 sekarang ni...apa beza kita ini dengan lembu?

7. Abang lembu tidak kisah langsung bila adiknya keluar kepadang tanpa menutup aurat, kerana abang itu sendiri tidak menutup aurat...apa beza abang lembu dengan abang kita yang membiarkan adik perempuannya keluar tanpa menutup aurat...

8. Lembu tidak diwajibkan tahu hukum2 syarak, tidak ada halal haram bagi lembu...semuanya boleh dibuat...begitu juga manusia yg langsung tidak mahu belajar tentang halal haram, kalau tahu sekalipun, tidak diendahkan...jadi apa beza kita ni dengan lembu?

9. Lembu tidak reti membaca Al Quran...begitu juga ramai umat Islam zaman ini yg buta Quran dan malu nak belajar? apa beza kita dengan lembu?

Permasalahan: Walaupun kita dikurniakan dengan akal yang hebat, hingga boleh terbang di udara, namun hakikatnya kita ini lebih sesat dari lembu jika diukur dari segi agama...kita bangga dapat cipta kejayaan demi kejayaan diatas dunia tapi kita lupa nak siapkan bekalan utk dunia yg kekal abadi diakhirat nnti...cuma lembu tidak ada yg diheret ke neraka kerana bersekududukan, sumbang mahram, tidak solat, tidak puasa, dan sebagainya...dari itu kita yang ada akal ni lebih celaka dari lembu jika kita membelakangkan agama kita...

Teguran: Apa beza kita dengan lembu yang tidak berusaha mencegah kemungkaran depan mata? sedangkan lembu pun kadang2 menolong kawanan mereka dalam kesusahan...lembu yang kita pandang hina itu ternyata lebih mulia dari kita yang langsung tidak ambil tahu masyarakat sekeliling...

Peringatan: Andai lembu dapat berkata2, maka pastilah manusia akan diketawakan oleh lembu, kerana Al Quran ada menyebut manusia yg lalai itu lebih sesat dari binatang ternakan...contoh2 kat atas tu hanyalah secebis sahaja dari realiti sebenar...lihatlah disekeliling kita sekarang...dunia dikejar, akhirat dipulaukan...peluang utk mengejar dunia dibuka seluas2nya oleh orang yahudi dan nasrani...tapi peluang mengejar akhirat ditutup dan dihalang oleh umat islam sendiri...umat dan pemimpin islam sendiri takut dengan islam...lebih selesa berkiblatkan yahudi dan nasrani...sebodoh2 lembu, mereka xikut cara babi dan anjing...

Kesimpulan: Umat Islam semakin hampir dengan keadaan yg Nabi kita ceritakan pada 1400 tahun yg lepas...bilangan ramai tapi tidak berguna...dicabut rasa gerun org kafir pada umat Islam...islam hanya nama sahaja...yg mendiami penjara tu cuba tgk...majoriti org islam...islam pada nama sahaja...

Penutup: Bersatulah dibawah payung Islam, bukan dibawah kebangsaan dan kenegaraan...

P/s: ...pada hari yg tidak mendatangkan manfaat oleh harta dan anak pinak, melainkan mereka yg mengadap ALLAH dengan hati yang benar2 sejahtera...

Friday, June 4, 2010

Piala Dunia Vs Penderitaan Palestin Vs Kelicikan israel

Situasi: Baru mendapat pesanan dari salah seorang co-writer pasal dia dah emelkan satu artikel pada aku…berkenaan benci kat israel sekadar hangat2 taik ayam dan pasal kemungkinan org akan lupakan penderitaan Palestin bila piala dunia dah start. Berikut adalah artikel tersebut..

Salam...

Dunia akhir2 ni penuh emosi mengecam tindakan rejim israel aka zionis yang secara trang2an menyerang delegasi keamanan dari pelbagai negara...sungguh biadap dan berani mereka! Dakwaan konon nak memastikan keselamatan sebenarnya berniatkan untuk mmbunuh semua anak kapal mavi marmara. Kalau dah kejam, kejam jugak! Kali ni sebuah lagi kapal (terlupe pula namanya) sekali lagi berusaha untuk menjangkau misinya ke palestin...moga-moga sampai dengan selamat dan berjaya dalam misinya mmberi bantuan kemanusiaan kepada saudara kita di sana..

Sungguh, memang seluruh masyarakat dunia mengutuk habis kat israel tu..baik dunia islam dan umat manusia sluruhnye semuanya bangun menentangnye..tak terdaya berkerah tnaga, sekadar laungan slogan anti israel pun mamadai..nak buat bagaimana...apalah daya masyarakat dunia bbanding kuasa besar polis dunia amerika..

Tapi..sehingga bilakah kecaman ini bertrusan? Adakah sekadar 2 3 hari ni atau paling lama sminggu dua?

Mengikut pemerhatian lalu...situasi ni takkan berlanjutan lama..apabila dah senyap maka tak ada siapa lah yang nak ingat balik..konon-konon da ok lah kat sana tu..dah aman...

Tapi....lupekah kalian....dalam senyap yang dunia rasa palestin tengah aman damai tu lah sebenarnya penderitaan mereka masih berlarutan...

Lebih-lebih lagi tak lama lagi demam piala dunia kembali lagi..tempoh sbulan 11/6-11/7 nampaknya tempoh ideal yang cukup untuk palestin dihancurkan zionis.. Dikala semua masyarakat beralih arah berfanatik dengan bola tanpa disedari israel akan semakin ligat memusnahkan palestin..percaya lah..

Media memang lah sekarang tumpu pada isu serangan israel pada kapal keamanan tu tapi 3 4 hari lagi nanti tengok lah..silap hari bulan isu ni langsung tak disebut2..

Silap hari bulan lagi...selepas berakhir demam bola masyarakat banyak yang mandi korban di sana..sendirian lah mereka berjuang bukan saja untuk sjauh matlamat menyelamatkan tanah air, tapi untuk diri dan kelurga sendiri pun kesukaran..sedangkan warga dunia lain alpa dengan bola..bola dan bola..

Erm...memang licik israel ni...manusia2 ni saja yang tak sedar...huh!

ARTIKEL INI DITULIS OLEH PENULIS JEMPUTAN MERANGKAP RAKAN SEPERJUANGAN AKU: EMI..

P/s: Bumi Palestin xpenah aman, cuma kita ingat depa tu aman pasal xde liputan media...tgklah berita dunia kat rtm1 tu...tiap2 hari ada laporkan pasal palestin

Nasyid Retro Klasik

Situasi: Sedang melayan nasyid2 retro dalam simpanan aku...terpikir pulak nak kongsi dengan org lain...lagu2 nasyid ni selalu bermain di radio ketika maghrib zaman 90an dulu...penyanyi semua ni adalah perempuan...adalah diingatkan bahawa haram perempuan menyanyi...walaupun lagu nasyid...tujuan aku nak share ni adalah kerana lagu2 ni memang buleh buat airmata gugur...lagu bukan penenang jiwa tapi Al Quran lah penenang jiwa...mereka yg nak kembalikan nostalgia lagu nasyid dulu2...buleh request dengan aku...tapi bukan utk komersil...perempuan xpe dengar perempuan menyanyi...lelaki bukan mahram xleh dengar perempuan menyanyi...sekalipun lagu nasyid...so aku akan share dengan berat hati...link tidak disertakan...available upon request...

Senarai lagu:

Orkes El Suraya: Doa dalam irama, pinta dan doa, kasih ibubapa, selimut putih.

Orkes Sinar Murni: Bahagia Beriman, Cuba Renungkan, Keagungan Islam, Panggilan Haji, Pengembara, Selawat Junjungan, Selumut Putih.

Ibda Binafsik: Al Quran, Munajat.

Al Mizan: Seruan Suci, Assyakirin.

Al Jawaher: Seroja.

P/s: Aku akan emelkan atau letak kat mediafire...

Wednesday, June 2, 2010

Yahudi vs Monyet & Babi

Situasi: Dalam satu thread forum kat digitalmukmin dibawah soal jawab agama kategori lain-lain.


 Orang yahudi di sumpah jadi monyet

Assalammualaikum...


saya ada terdengar cerita yg orang2 yahudi dihukum menjadi monyet kerana ingkar perintah Allah iaitu larangan menangkap ikan pada hari sabtu.... adakah kisah ini benar???


harap ustaz dapat jelaskn

ustaz:  Re: Orang yahudi di sumpah jadi monyet

Kisah ini benar sebagaimana yg telah diceritakan didalam Al-Quran dalam surah Al-A'raf ayat 163-168

Aku pun mencelah...hehehe...pasal nak kepastian...

hady83:  Re: Orang yahudi di sumpah jadi monyet

Salam Ustaz...tumpang mencelah...sy cuma nak kepastian pasal pernah terbaca dan terdengar golongan ini hanya disumpah menjadi macam monyet dari segi perangai dan tingkah laku dan bukannya fizikal mereka menjadi monyet...Sejauh manakah dakwaan fizikal tetap manusia itu? Harap Ustaz dapat huraikan sedikit... :ymhug:

gabriel: Re: Orang yahudi di sumpah jadi monyet

salam ustaz...


jika org yahudi disumpah menjadi monyet kerana menangkap ikan pd hari sabtu,, bagaimana pula dgn mereka yg tggl di negeri2 "biru" yg terpaksa bekerja pada hari jumaat??... adakah mereka akan menerima bala dr Allah?




hrp ustaz dpt jelaskn...

ustaz: Re: Orang yahudi di sumpah jadi monyet

Firman Allah S.W.T:
“Dan sesungguhnya kamu mengetahui bagaimana buruknya akibat orang di antara kamu yang melanggar larangan pada hari sabtu, lalu Kami berkata kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina.” (Surah Al-Baqarah: ayat 65)


FirmanNya lagi:
“Katakanlah mahukan aku khabarkan kepada kamu tentang perkara yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan ada di antara mereka dijadikan kera dan babi. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari Jalan yang betul.” (Surah Al-Maidah: ayat 60)


Menurut pebdapat jumhur ulamak tafsir, mereka bertukar menjadi kera dan babi secara fizikal bukan perangai.


Wahbah Az-Zuhaili, di dalam Tafsirnya Tafsir Al-Munir, pada ayat ini (Al-Maidah: 60) Allah S.W.T menukar rupa bentuk mereka menjadi kera dan babi.


Al-Qurtubi di dlm tafsirnya mengenai ayat al-baqarah tadi, bahawa Ibn ruman menjelaskan perbuatan segolongan yahudi menangkap ikan pada hari sabtu, lalu ditegur sebahagian yang lain yg masih berpegang teguh dgn syariat nabi Dawud tetapi teguran itu tidak diamil peduli. Lalu mereka memanjat dinding yang dibina sebagai garis sempadan dgn golongan yang derhaka itu. Semua mereka yg ingkar bertukar menjadi kera dan babi. Binatang ini mengenali keturunan keluarga mereka yang berpegang teguh kepada syariat Nabi Daud A.S. Ahli keluarga mereka berkata: “Bukankah kami telah melarang kamu seblum ini dari menangkap ikan pada hari sabtu. Binatang-binatang itu mengangguk kepala.”


Imam Fakhrul Razi di dalam tafsirnya mengenai ayat 65 tadi, berdasarkan riwayat Ibn Abbas, peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Daud di sebuah Bandar yang dikenali dgn nama Ailah. Bandar ini terletak di tepi laut antara madinah dan syam. Ia merupakan tempat di mana ikan2 dari seluruh muka bumi berkumpul di situ selama sebulan dalam setahun, sehinggakan tidak dapat melihat airnya kerana terlalu banyak ikan2 yang datang ke situ. Lalu sesetengah penduduk menggali kolam kecil di tepi pantai dan membuat saliran air utk menangkap ikan tersebut. Apabila ikan tersebut masuk ke dlm kolamitu, mereka akan menangkapnya pada hari ahad. Perbuatan ini telah melanggar hukum Allah (pada ketika itu). Oleh kerana menjadi kebiasaan malah menjual ikan itu, lalu ditegur mereka oleh penduduk yang berpegang teguh kepd syariat. Tetapi teguran itu tidak diendahkan dan dengan beraninya mereka menjawab: “Sudah lama kami melakukan aktitiviti ini, tidak ada apapunyang menimpa kami melainkan kebaikan.” Lalu bertukar mereka menjadi kera yang hina dan hanya hidup selama 3 hari.


Selepas peristiwa tersebut tiada lagi bangsa2 lain ditukar menjadi haiwan.


Orang Islam yg bekerja pada hari jumaat tidak sama dengan orang yahudi yg bekerja pd hari sabtu.


Dalam syariat Nabi Muhammad saw, sunat tidak bekerja pada hari jumaat manakala dalam syariat Nabi Musa a.s. wajib hukumnya tidak bekerja pada hari sabtu.


Cuma menjadi suatu yg hina apabila pemerintah negeri umat Islam menjadikan hari ahad sebagai hari rehat kerana mengikut orang barat yg kristian.

hady83: Re: Orang yahudi di sumpah jadi monyet

Syukran Jaziila Ya Ustaz, 


Now I am more clear behind the real story...ckp english jap... ;;)




Rujukan : Klik kat SINI....

P/s: So tidak hairanlah jika yahudi dulu dengan sekarang macam tak ada beza...paling menyedihkan orang Islam pun ikut cara yahudi...BOIKOT israel!!!!!!

Tuesday, June 1, 2010

Boikot Anak Patung!!!

Situasi: Baru dapat kembali pada zaman moden...3 jam tanpa elektrik.

Intro: Aku dulu xendah pun pasal anak patung dan teddy ni...aku xsuke anak patung pempuan tu pasal aku lelaki...tgk pun aku rasa nak muntah...pasal teddy bear...penah juga aku zaman jahiliah duk bagi kat seseorang...tapi dia dah pulangkan balik...masa konvo aku dapat teddy besar...duk letak kat bilik mmber aku...mmber aku ckp nnti malaikat xmasuk...aku buat xendah je...pastu aku letak dalam stor...

Huraian: Anak patung dibenarkan oleh syarak tapi ada bersyarat...syaratnya adalah saiz yg kecil dan tidak cukup sifat dan hanya boleh dimainkan oleh kanak2 yg masih kecil...jika dah masuk universiti pun ada anak patung...haram dah hukumnya...lagi satu anak patung tidak boleh dibuat perhiasan seperti duk pamer dalam almari kaca dan sebagainya...itu haram hukumnya...cukuplah sekadar simpan kat satu tempat lepas budak2 tu main...jgn sampai anak patung itu dijaga macam barang berharga...

Sejarah: Hukum haram anak patung ni jelas...nabi pernah patahkan anggota anak patung agar ia menjadi cacat dan xsempurna sifat...Saidina Ali pula pernah memusnahkan anak patung dari tanah liat...sahabat menegur Saidina Ali dengan mengatakan bahawa itu adalah harta anak yatim...namun dibalas Saidina Ali...ia adalah benda haram...xleh dianggap harta dan perlu dimusnahkan. Betapa berat hukum dia hingga Saidina Ali memusnahkan anak patung harta milik anak yatim...

Realiti: Umat Islam sekarang gila dengan anak patung...xkira lelaki ke perempuan..besar ke kecik ke...malah dah duduk kat universiti pun masih ada anak patung...ada buat bantal, ada buat teman tido...ada gantung dalam kereta, ada gantung kat poket, ada yg heret belakang kereta dan macam2 lagi...kalau kita ada tengok orang besar ada anak patung, sahlah bahawa mereka ini xmendapat hidayah dari ALLAH...bukannya xdatang peringatan...tapi dah mereka degil ikut hawa nafsu...xmau ikut hukum...xkiralah kau xsembah ke ape...hukumnya haram...jauhkanlah...jgn degil...

Permasalahan: Syarat budak perempuan buleh main anak patung pun, anak patung itu mestilah lebih kecil dari empunya badan...jika anak patung tu lebih besar dari budak perempuan tu...maka haram juga hukumnya...ibubapa pun satu duk galakkan kanak2 main anak patung...sampai tua bangka pun masih xleh renggang dari anak patung...dahla malaikat rahmat xmasuk rumah...dapat dosa lagi...

Saranan: Tolonglah boikot anak patung atau teddy bear walau menarik dan cantik macam mana sekalipun...kita orang Islam, kena ikut cara Islam...jgn ikut cara org kafir...mereka buleh buat ape saje kat dunia ni...tapi kat akhirat...kekal dalam api neraka selama2nya...kita ni umat islam...dunia ni adalah penjara...kita xleh buat suka hati...segala ape kita buat hendaklah bersandarkan pada hukum hakam...klu x, ape guna diutuskan berpuluh2 ribu nabi dan rasul...JANGANLAH NAK HADIAHKAN ANAK PATUNG KETIKA HARIJADI, KONVO dan sebagainya...

Kesimpulan: Buanglah anak patung yg masih ada tu...kita dah besar...klu xmau buang..bagi kat anak2 kecil...dengan syarat anak patung tu lebih kecil dari anak kecil tu...xde faedah langsung duk simpan anak patung...dapat dosa kering je hari2...

P/s: Bukan aku suka2 kata...tapi ini adalah hukum yg dah ditetapkan alim ulamak...

Habbatus Sauda aka Jintan Hitam

 "Setiap penyakit, ubatnya adalah habbatus sauda kecuali sakit nak mati"

Situasi: Mendengar kembali ceramah Ustaz Kazim Elias tentang habbatus sauda...

Pendahuluan: Produk kesihatan yg terpinggir...mudah saja nak cari kat kedai jual ubat...habbatus sauda dalam bahasa arab bermaksud jintan hitam...org sekarang lebih percaya pada ubatan barat sedangkan habbatus sauda ni adalah disyorkan oleh Nabi kita sendiri.

Petua Ustaz: Beliau merupakan pengidap diabetes....tapi giat ceramah ke merata tempat...bangun pagi2 sebelum beliau pergi sembahyang subuh, biar madu lebah mula2 masuk dalam badan kita...lepas balik dari solat subuh nak pergi kerja dalam pukul 8.30 beliau mengambil oat satu gelas, dan habbatus sauda dua biji. Alhamdulillah...beliau dikurniakan kesihatan.

Realiti: Beliau mengesyorkan pemakanan habbatus sauda, diberikan kepada anak beliau yang demam panas dan beberapa pesakit selsema babi...dengan izin ALLAH..semua pesakit yg makan habbatus sauda itu sembuh walaupun belum dicucuk antibiotik...

Permasalahan: Orang Islam sendiri xpercaya tentang kelebihan habbatus sauda yang disyorkan oleh Nabi kita sendiri...

Kesimpulan: Sambil makan sambil tu kena doa dan menunaikan perintah serta menjauhi larangan ALLAH...yg menyembuhkan adalah ALLAH...kita cuma ikhtiar mengikut pesanan nabi...

P/s: Ustaz kazim mengesyorkan kepada semua org...aku pun ada syorkan pada emak aku...

Hukum Bela Anjing

Situasi: Menunggu Subuh...sambil dengar ceramah...tadi dah lepas satu ceramah.

Pendahuluan: Baru2 ni dah kecoh pasal org Islam bela anjing...konon ikut pandangan mazhab Maliki. Konon xde beza anjing dengan kucing...anjing dianggap al kittun, bukan al kalb...dan segala macam alasan yg mengelirukan org yg xde ilmu tinggi...termasuklah aku...

Kajian: Aku telah meninjau beberapa blog dan forum...termasuklah blog yg memaparkan org mazhab maliki kononnya tu...dia posing dengan anjing dia...pakai jubah dan serban lagi...waa..bukan main lagi...

Realiti: Aku pun ada terbaca pasal pandangan 4 mazhab mengenai anjing...3 mazhab, Hambali, Hanafi dan Shafie mengatakan bahawa anjing adalah najis mughalazah dan wajib dibasuh jika terkena anjing...kecuali mazhab Maliki yg mengatakan bahawa anjing itu tidak najis...tapi wajib basuh kerana itu perintah ALLAH...dah ALLAH suruh basuh, kena basuh, walaupun bukan najis...

Hukum: Hukum bela anjing adalah harus tapi dengan bersyarat iaitu tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan macam kucing, maknanya xleh bawak masuk rumah, main2 dengan anjing macam org kafir tu...Harus bela anjing utk menjaga rumah, menjaga kebun, menjejak penjenayah, berburu, memandu org buta tapi tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan macam kucing tu...kerana anjing jika disentuh(kecuali tangan kita dan anjing tu kering) maka wajib basuh 7 kali...basuhan pertama dengan air tanah dan dibilas 6 kali dengan air biasa.

Kekeliruan: Ada yg cetek ilmu dan mahu nampak terer dan berbeza cuba bela anjing dengan alasan dia ikut mazhab maliki yg mengatakan anjing tidak najis...tapi dia tak tahu bahawa tiada khilaf dalam keharaman membela anjing sebagai haiwan peliharaan...yg boleh bela cuma untuk menjaga rumah, itu pun kena letak kat luar rumah...

Kesan: Ada hadis mengatakan bahawa org yg bela anjing sebagai haiwan peliharaan, maka org itu akan kehilangan pahala sebanyak satu qirat sehari...satu qirat tu bersamaan satu bukit uhud....sape yg penah pegi madinah tahulah besar mana bukit uhud tu...so klu rasa dah banyak pahala...silakan bela anjing...sehari hilang pahala sebesar bukit uhud...nabi xkata haram...tapi kita faham2 jelah...

Kesimpulan: Islam dah elok, kenapa perlu bela anjing kat rumah...kucing kan boleh dibela...penah ke dengar sahabat nabi bela anjing? Abu Hurairah bela kucing je...bukan anjing...pasal nabi dah cakap...klu bela sebagai haiwan peliharaan mcm kucing tu...akan hilang pahala...dalam bahasa tersembunyinya adalah berdosa..mazhab Maliki pun xde khilaf tentang ni..yg jadi masalah adalah org jahil tentang mazhab...yg ambil separuh2....

Penutup: Jangan jadi bodoh nak bela anjing pastu nak main2 dengan anjing mcam org kafir tu...Islam xpenah ajar buat mcam tu...jgnlah nak keras kepala sangat...nnti lagi terserlah kebodohan...

Rujukan: Buleh rujuk kat sini...KLIK SINI...

P/s: Kalau nak tahu pasal mazhab2, sila belajar dengan org yg betul2 tahu pasal mazhab...jgn malas...

Nak Cerita Pasal Tayamum

Situasi: Baru lepas klik2 iklan yg bernilai 25sen tiap2 satu...rasa terpanggil nak kongsi sket pasal tayamum ni...

Permulaan: Dulu aku penah diajar masa tingkatan dua tahun 2006 pakai bedak kat surau sekolah...seumur hidup belum pernah aku tayamum utk solat...tapi xbermakna aku xtahu mcm mana nak buat..cuma Alhamdulillah belum lagi ada keharusan utk aku bertayamum...selalu wuduk dengan air je...

Definisi: Tayamum dalam bahasa mudah adalah menggunakan debu2 tanah yg suci bagi menggantikan wuduk...tapi tayamum hanya sah utk sekali waktu solat dan tayamum ini hanya sah jika menepati keadaan yg telah ditetapkan...

Cara: Sapu debu pada tapak tangan, pastu hentak sket bagi lebihan debu gugur, pastu buleh sapu muka, pastu sapu tangan, ambil debu sekali lagi sapu pada tangan sampai siku...tangan kanan berdebu sapu tangan kiri sampai siku dan sebaliknya...

Syarat: Syarat sah tayamum adalah jika tiada air utk wuduk, contohnya kat padang pasir, air kena catu, musim kemarau, dalam hutan yg jauh dari sumber air, anggota wuduk xleh kena air, paling senang nak ingat adalah jauh dari sumber air...tayamum tidak sah jika ada air, kita saja2 malas nak wuduk...tentang cuaca sangat sejuk pun...kita buleh tayamum kerana cuaca sejuk kena air nnti sejuk dapat penyakit lain...

Penerangan: Syarat tayamum adalah agak ketat bagi memastikan tidak disalah guna...contohnya malas nak ambil wuduk, cukup dengan guna debu bawah sejadah...terutama kat masjid2 yg besar...ini adalah tidak menepati syarat sah tayamum...syarat sah tayamum juga xsah jika kita langsung xmencari air...terus nak tayamum mcm tu je...kena ada inisiatif cari air dulu...keluar rumah dulu dlam 100-200 meter...tanya jiran2...klu dah mmg betul xde air..baru sah tayamum...

Permasalahan: Debu tanah perlulah suci, bedak xsah digunakan...sekarang ni dah senang pasal debu tayamum dah ada dijual...belilah satu untuk kegunaan kemudian hari...klu accident ke badan xleh kena air...air xde cukup utk makan minum je...

Realiti: Tahukah anda bahawa haram wuduk dengan air cukup2 utk makan minum sahaja...kat negara ni mungkin xberlaku...tapi kat tempat lain, susah nak cari punca air bersih...air bersih yg tinggal utk minum tapi dibuat wudhuk, hukumnya haram...masa tu lah kena tayamum...menggunakan debu tanah yg suci...tanah tu bukan tanah yg ada najis dan kotoran...

Sejarah: Dulu zaman nabi ada dua sahabat kena mandi wajib lepas tido kat gurun, pagi tu mereka berdua ni tayamum...sorang tu tayamum cara biasa, sorang lagi guling2 dalam pasir...lepas tu depa tanya nabi...nabi jawab tayamum ni hanya sapu debu pada muka dan tangan dengan niat.

Peringatan: Bahagian wuduk yg hendak dibalut atau disimen hendaklah ditayamumkan dulu sebelum dibalut dan disimen..cukuplah ambil syarat tayamum...sapu kan debu tanah yg suci...pastu laplah...sila rujuk pada yg lebih pakar...inilah yg aku duk dengar dari ustaz2...betulkan jika aku tersilap dengar...

Kesimpulan: Tayamum ini hanya syarat nak mengharuskan solat...hanya skali tayamum utk satu waktu...xsama dengan wuduk yg selagi xbatal, buleh lagi dikira, tapi utk kes tayamum...setiap kali masuk waktu, setiap kali tu kena tayamum...contoh jika xde air selama sehari...maka kena tayamum 5 kali sehari lah menggantikan wuduk.

Penutup: Siapa yg ada nak tambah silakan, pasal aku rasa bnyk lagi org yg kurang tahu pasal tayamum ni...

P/s: Jumlah org Islam xmau solat makin banyak...mana2 je pasti ada...bila kita tegur dia melenting...kecik2 xnak mampus, besar2 menyusahkan org...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...