Rakan Seperjuangan

Monday, June 21, 2010

Tiada "Anggap" dalam Islam

Situasi: Masih bermalas2an nak buat tesis...sem depan melayang duit lagi lah...padan muka...

Intro: Malam tadi dengar ceramah pasal suami dayus atau lelaki dayus, tapi ada satu part dalam ceramah tu yang dah lama aku cari2 sebelum ni...iaitu 'anggap'.

Permulaan: Orang kita ni susah kalau nak ditegur, pasal mereka ada ungkapan anggap ni...dalam bahasa omputih dipanggil assume. Contohnya aku kata, "lelaki tak usahlah pakai inai...4 mazhab kata haram kecuali jika kuku berpenyakit". Dengan tak semena2 aku dianggap ekstremis, tidak berhikmah, dan cuba nak melawan adat dan kehendak mak bapak.

Permasalahan: Inilah masalah orang yang belajar agama secara tidak menyeluruh ni...kita tegur bukan kerana kita dengki dia kawin, bukan kerana kita dengki dia nak tunjuk kat masyarakat dia baru kawin, tapi kita tegur kerana hukum syarak tidak membenarkan. Aku percaya ramai orang lepas ni akan cari ustaz yg mengatakan hukum berinai bagi lelaki adalah harus...sebelum ni pun aku dah sebut pasal hukum berinai, aku sebut pun bukan dari otak aku, tapi dari perkataan ulamak2 dulu...aku ni ape tahu.

Kesan: Oleh kerana anggap ni masih ada dalam agama, contohnya pakai inai bukan nak menyerupai perempuan tetapi nak tunjuk lelaki tu dah kawin, pasal jika pakai nak menyerupai perempuan, jelas haram. Itu pasal dia "kona" kot lain dengan 'anggap' nak tunjuk dah kawin...xmau lari dari adat, nak tunaikan permintaan mak bapak...mcm2 anggap lagilah agar bende tu buleh jadi...konon inai tu inai mekah, jadi lelaki pakai tak haramlah ye? banyak cantik...kitab sesat mana dia pakai? Kes lain adalah perempuan yg xtutup aurat dengan anggapan dia dah tua, org xnampak, org xmau tgk dan mcm2 anggapan...anggap macam anaklah, anggap mcm cuculah apelah...tak habis2 dengan anggap...penyakit anggap ni kalau dibiarkan...pasti hancur Islam ni...pakai anggap je...nnti keluar pulak ajaran...dia anggap tuhan dah faham kesetiaan dia pada tuhan, dah xperlu solat dah...anggap je tuhan dan faham...kita bukan sembah tuhan lain pun...lainlah zaman dulu sebelum masuk islam sembah berhala...jangan2 ada fahaman anggap sebegini...dengan anggapan tuhan mengetahui segalah yg tersurat dan tersirat dalam hati.

Realiti: Penyakit anggap dalam beragama ni adalah serius dan perlu dibendung...ikut hati rasa nak lempang je kalau bagi alasan anggap2 ni...kita nak halang dia dari buat dosa, dia bagi alasan, dia anggap itu, dia anggap ini yg buat org kurang sabar mcm aku ni rasa bengkek je...bende2 kecik macam nilah yg org kita kurang ambil peduli..pasal mereka nampak bende2 besar je...zina haram dosa besar...tapi sedang bertunang heret tunang kesana kemari, berpeluk berpimpin bercium tu tidak mengapa pulak...siap dpat lampu hijau lagi dari keluarga...kitab sesat mana dia pakai ni...atau dia anggap dah ok pasal dah bertunang...

Kesimpulan: Banyak lagi perkara yang aku malas nak sentuh...sikit2 dahla..bagi org yg berfikir, xperlu kemukakan 1000 dalil...satu dua dalil dah cukup...lagipun niat aku cuma nak perbetulkan persepsi masyarakat yang semakin kronik dan parah dan mementingkan diri ini...yg kerjanya mencari duit siang malam tanpa ada keinginan nak mendalami agama...tambahan pulak ini musim bola...mana2 pergi org sembang bola...sudah xdengar lagi org ckp pasal palestin dan penderitaan saudara sesama islam...

P/s: Terima kasih kerana baca sampai habis.

2 comments:

(One) SiTi* said...

menarik post ni..
banyak juga yang dikongsikan.
Kita tak boleh anggap orang faham apa yang kita dah faham, kan?

Admin said...

Betul tu..dah jadi tugas kita sesama manusia nak bagi org betul2 faham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...