Rakan Seperjuangan

Tuesday, December 8, 2009

Agama Traffic Lights@Lampu Isyarat

Jangan salah paham dengan tajuk ni, ia cuma perumpamaan yg aku rasa menarik..tatkala hidup aku seharian, menempuh byk trafik lite..dan baru sebentar tadi..aku tergerak hati nak membuat perbandingan ini...

Satu dunia patuh pada 3 jenis lampu kat trafik lite tu...hijau=teruskan perjalanan jika selamat...kuning=berhati2 dan sedia berhenti...merah=berhenti...

Agama trafik lite ni mmg majoriti pengguna jalan raya mematuhinya...melanggar lampu isyarat bermakna membahayakan diri dan berkemungkinan besar disaman pihak berkuasa...amat pelik sekali hanya 3 jenis lampu mampu mengawal kenderaan...

Berbalik pada agama kita yg sebenar, aku rasa, kita lebih mematuhi trafik lite dari mematuhi peraturan agama, kita sanggup tunggu lama nak tunggu lampu hijau tanpa merungut..tapi klu org nak bagi tazkirah seminit dua pun kita dah xtahan...

Merah tu tanda berhenti, kita berhenti...tapi tuhan kata jgn buat itu dosa, jgn buat ini, haram..tapi kita tetap buat juga...mcm lampu merah tu lagi berkuasa dari tuhan kita...klu lampu merah tu kita patuh...kenapa suruhan tuhan kita xmau patuh...

Lampu kuning tanda hati, dari jauh kita dah waspada...tapi bila agama suruh kita berhati2 agar menjauhkan dari itu ini...kita buat xtahu je...agama pesan jauhi riba, kita ni sanggup melabur kerana riba tinggi...agama pesan jauhi zina...tapi kita ni dekatkan juga...

Lampu hijau tanda jalan jika selamat, kita pun jalan jika xde halangan...tapi dalam perkara tuntutan agama...kita xberebut2 pun nak buat sekalipun begitu byk kemudahan yg ada...surau dan masjid bersepah2 kat tepi jalan...program2 keagamaan pun selalu ada kat masjid2...tapi kita xde pun nak berlumba2 nak buat kebajikan ni...

Idea dah hilang dah...tapi maksud sebenar entri ini adalah utk muhasabah diri aku...adakah lampu isyarat tu lebih berkuasa dari suruhan dan larangan tuhan aku? xpernah aku mengeluh lampu isyarat ni xadil, kecuali time dia rosak...even satu dunia patuh pada peraturan 3 lampu ni...

P/s: Di kesempatan yg ada..sama2 kita berfikir sejenak...adakah taat dan patuh kita pada tuntutan agama menyamai taat dan patuh kita pada trafik lite?

Hukum Kerja Dengan Gomen

Bahaya jugak tajuk aku kali ni...tapi aku xkan puas hati selagi aku xtulis kat sini...blog ini bukan fatwa tapi sekadar teguran atau luahan je...klu ada fatwa pun, bukan aku yg buat...aku cuma nyatakan ape yg telah difatwakan...kali ini pasal isu yg dah lama sangat aku nak cari jalan penyelesaian...gara2 sifat terlalu teliti xbertempat aku...isunya pasal ape hukum keje dengan kerajaan?

Baru2 ni Ustaz Azhar ada komen sket pasal isu ni..katanya telah difatwakan harus kerja dengan kerajaan selagi mana tidak terlibat dengan perkara yg bercanggah dengan syarak...ape dia yg bercanggah dengan syarak tu?paham2 sendirilah...

"Apabila bercampur wang tersebut dgn wang yg halal maka jadilah ia syubhah tetapi tidaklah dikatakan gaji2 mereka itu haram kerana telah difatwakan bahawa kerja makan gaji dgn kerajaan itu harus selama kerja yg dibuat tidak salah disisi syarak".Azhar Idrus, 2009.

Setakat ni xde lagi fatwa kata haram...yg jadi masalahnya ialah pasal hasil kerajaan itu sendiri, ada yg halal, tapi ada juga yg haram seperti cukai arak, cukai judi, hiburan dan sebagainya...duit haram ni bercampur dengan duit halal...bagi org yg cermat dan warak, pasti xkan senang dengan keadaan ni...seperti juga kerja bank yg bukan bank islam...difatwakan harus selagi mana org islam xkeje dibahagian yg terlibat secara langsung dengan riba...hukumnya syubhah atau meragukan...tapi tak jatuh pada haram...tapi perlu diingat bahawa syubhah tu lebih hampir kepada haram berbanding halal...

Beberapa bulan lepas aku ada timbulkan isu keje kat bank...sekarang isu keje dengan gomen pulak...pasal aku selalu duk bangkang mak aku yg suruh aku keje gomen..aku ckp aku xnak...hehe...pasal duit dan pasal prinsip...aku xmau dianggap sebagai bersekongkol dengan gomen...

Tapi sekarang aku dah tahu...hukumnya adalah syubhah selagi keje dengan gomen tu xmenyusahkan org...ada ke patut org jual kuih xde lesen pun kena rampas...org bukak kilang arak ada lesen buleh pulak....kandang babi tanpa lesen buleh je...undang2 ni kadang2 agak kejam pada yg lemah...lemah kat sini maknanya xde duit...hehe...

Peringatan terakhir bagi mereka seperti aku yg masih ragu2...byk lagi keje lain selain dari keje gomen...xdinafikan keje dengan gomen ni terlalu banyak kelebihan...tapi klu rasa xsedap hati, cari je keje lain...bukan nak kata semua duit gaji yg dibayar kerajaan tu haram...tapi dinafikan mmg ada yg haram...ini bukan isu politik tapi kenyataan...pasal tu ada yg bagi fatwa bahawa harus keje jika xterlibat dengan urusan yg menyalahi syarak...andai keje kita tu berdasarkan komisen dari hasil cukai judi, arak dan kelab2 malam...memang jelas haramlah...tapi klu keje cikgu tu...itu syubhah aku rasa...

So, aku harap klu ada pakar2 yg tahu pasal isu ni..sila kemukakan hujah anda dengan cara berhemah...klu x, aku delete saje2 je...kita nak cari kebenaran disini...aku pun masih belum puas dengan jawapan yg aku dapat dalam isu ni...

P/s: Aku harap aku dapat keje yg sure halal punyer...nak bagi makan anak bini...kena sume dari sumber yg halal...nnti xpasal2 anak bini jadi derhaka, xdengar cakap, keras hati...time tu dah xde guna...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian xde guna dah...

Monday, December 7, 2009

Dari Kerana Mata

Ya...tajuk kali ni pasal mata, bukan mata air, bukan mata kucing, bukan mata hati, bukan mata keranjang...tapi mata kita, yg kita gunakan utk melihat...ini bukan tips nak menjaga kesihatan mata...tapi tips nak jaga anugerah mata atau anugerah pengelihatan yg dikurniakan pada kita...deria pengelihatan ni amat penting, klu dengar saja tanpa melihat, xseronok kan?

Tapi awas, jgn disebabkan mata yg dua biji tu, maka habis satu badan kita dihumban ke dalam neraka...aku mmg xde tauliah dari mana2 pihak utk berdakwah pada org...tapi lantaklah...dalil yg aku guna ni bukan rekaan aku....dalil yg berbunyi lebih kurang...

"Mereka yg membuka kedua matanya utk melihat kemungkaran, balasannya kedua mata itu akan dibakar di dalam api neraka"

Dari situ, dapat kita mengerti bahawa kita harus mengelakkan mata kita dari melihat kemungkaran, contohnya adegan org minum arak dalam filem, adegan romantik, lucah, penyembahan berhala dan sewaktu dengannya...yg jelas2 mungkar...

Kalau buleh, palingkan mata anda dari melihat ini sume...aku pun bukan alim sangat...kadang2 terlupa juga...klu tgk pun dengan hati yg sakit...nnti ada pulak yg bangang dengan tanya, klu xleh tgk kemungkaran, mcmna nak jadi saksi penzinaan, pasal saksi 4 org kena tgk dengan jelas, klu x, xsah kesaksian...well, mmg org ni teliti dalam berhujah...tapi jelas sekali org ni xde hidayah dari ALLAH...tujuan hudud bukan nak menghukum, tapi nak menyedarkan...buat org yg begini...baik belajar dulu bab2 hudud dan qisas ni...

Lepas ni harap xde org nak tanya hukum tonton video lucah dan sewaktu dengannya...dosa ttp dosa samaada besar atau kecil...cuma klu dosa besar tu..kena taubat nasuha...dosa kecil yg xsengaja tu...kena mintak ampun juga..klu melibatkan org, kena mintak ampun dengan org...klu dengan tuhan, mintak ampun dengan tuhan...

Cabaran umat Islam akhir zaman mmg dashyat...kemungkaran ada dimana2...bukak tv ada, surat khabar ada, internet lagilah ada...even bazaar ramadhan pun ada...klu kat shopping kompleks tu mmg sure ada...mmg susah nak elak dari lihat....tapi harapnya kita cepat2 palingkan muka dari melihatnya...jgn naik seronok pulak...nnti xpasal2 mata kita kena bakar dalam api neraka...

P/s: Ada kelebihan rupa2nya jadi org buta kat dunia ni...tapi aku xnak buta didunia mahupun akhirat...huhu...

Saturday, December 5, 2009

Hidayah Itu Paling Penting

Kalau ada org tu yg nak tanpa banyak soal nak baca doa qunut pagi2 waktu solat subuh, samada dalam waktu subuh, atau terlajak subuh, atau qada subuh...pasti xkan lepas dari meminta agar diberikan hidayah kepadanya...dalam ayat pertama doa qunut tu...ALLAHUMMAHDINI/NA= Ya ALLAH berikan hidayah/petunjuk kepada ku/kami...

Mungkin ramai diantara kita tidak menyedari bahawa kita ini sangat memerlukan hidayah atau petunjuk dari ALLAH, kita juga tidak menyedari bahawa kita ni amat beruntung kerana sentiasa berada dalam hidayah ALLAH...perlu kita igt bahawa ALLAH berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yg dikehendaki, bahkan ALLAH juga berkuasa menyesatkan sesiapa sahaja yg dikehendaki...adakah kita terlalu jahil sehingga tidak kisah jika kita termasuk dalam golongan yg sesat itu?

Baru2 ni, ketika aku tengah berchatting dengan mmber aku, seorang guru bahasa inggeris yg penah menuntut ilmu di jurusan yg sama dengan aku merangkap kosmet aku juga...dalam tgh2 rancak chatting guna skype(mcm ym jugak) tu, dia ada bagi satu link kat aku...aku igtkan ia berkait rapat dengan ape yg aku chat(sembang) dengan dia, rupa2nya link tu adalah berkenaan pasal satu website yg menterjemah Quran...

Aku malas nak baca semua, tapi website tu mmg menonjolkan ape yg aku dirasakan sebagai masalah dan percanggahan dalam Quran...ianya ditulis dalam bahasa inggeris...si penulis tu telah cuba menterjemahkan Quran dan mengkritik kandungan Quran...antara perkara yg dikritik adalah berkenaan cara perempuan dilayan dalam islam..berkenaan pembahagian harta pusaka dan juga poligami lelaki yg disebutkan dalam Quran...

Website ni juga mentertawakan amalan org islam ketika menguap dan bersin...dan terang2 ia mentafsirkan hadis2 nabi berkenaan menguap dan bersin ini...mulai saat itu jugak, aku tersedar bahawa itulah yg akan terjadi kepada sesiapa jua yg tidak mendapat hidayah dari ALLAH...

Penulis laman web itu telah mengkritik hadis2 nabi dan mengkritik ayat2 Quran yg dirasakan tidak sesuai pada hematnya yg tidak berapa nak hemat tu...kita jangan sesekali anggap bahawa jika org kafir tu kaji Quran, mereka akan terus tertarik dengan Islam...ini adalah pandangan yg salah...kerana tanpa hidayah dari ALLAH, mereka akan gunakan Quran utk mencari kelemahan umat islam, Quran akan digunakan utk menghancurkan umat Islam itu sendiri...cara yg paling berkesan adalah dengan menghilangkan Quran dari umat Islam...bukan bermakna mereka halang jualan Quran, tapi dengan cara melalaikan umat Islam dari mendekatkan diri dengan Quran...

Contoh paling mudah ialah bola sepak...berapa ramai sanggup berjaga malam utk menonton bola sepak?alangkah baiknya semangat berjaga malam bersengkang mata tu digunakan utk membaca Quran...contoh lain adalah hiburan, permainan, internet dan sebagainya...yg mampu menghadkan masa umat Islam dari dekat dengan Quran...

Pernah aku dengar satu pendapat yg mengatakan bahawa sistem pendidikan moden juga adalah agenda barat yg mahu agar masa muda umat islam dihabiskan di institusi pengajian, dalam tempoh masa tertentu, dengan peringkat tertentu...contohnya aku sendiri yg bakal berumur 27 tahun, tapi masih lagi belum habis belajar...perkara ni xjadi masalah jika aku dalam aliran agama...tapi aku bukan dalam aliran agama...jadi mungkin ada betulnya...sume ni adalah agenda barat...klu ikutkan ulamak2 dulu...mereka ni xde sibuk nak dapatkan sijil, diploma, sarjanamuda, sarjana, doktor falsafah dan sebagainya...tapi org sekarang ni klu xde kelayakan tu sume, maka kononnya masa depan xkan terjamin...jadi bertungkus lumuslah org2 kita termasuk aku sendiri cuba nak menghabiskan pelajaran...dalam masa yg sama, sudah berapa banyak masa aku tergadai? alangkah baiknya jika aku guna masa yg ada itu utk mendalami agama...tapi lumrah org sekarang...kelulusan agama xleh nak cari makan...susah nak dapat keje...org kampung pun xbangga...ibubapa sndiri pun xbangga anak lulusan agama...anak xlulus agama pun depa xheran...tapi klu xlulus english, xlulus matematik, siaplah...

Berbalik kepada pentingnya hidayah tadi, kita kena sedar bahawa tanpa hidayah, Quran itu tidak ada bezanya dengan kitab2 lain...berapa ramai yg hanya baca quran tapi xde usaha nak memahami maksudnya...bukan nak suruh tafsir satu persatu, tapi nak suruh terjemah pun susah...ada yg lagi hebat...hanya pasang audio org baca quran je...buat macam lagu yg hanya dipasang...konon nak ambil berkat...tidak dinafikan dengar org baca quran dapat pahala...tapi sampai bila kita nak pahala ciput tu...bukan ke baca dapat 1 pahala, baca dan paham dapat 2 pahala, baca, paham dan amal dapat lebih lagi...bayangkan jika dengar, baca, paham, dan amalkan...mudah2an ALLAH tidak akan mensia2kan usaha kita...tapi jangan pula ada unsur2 riak...

Ape yg nak ditekankan disini adalah...kita jgn sesekali lalai dari memohon kepada ALLAH agar terus menerus mengurniakan hidayah dan petunjuk kepada kita...jika tidak, jadilah kita mcm penulis yg aku maksudkan tadi...dia ada baca Quran, tapi sekadar baca dan tafsir sendiri satu persatu ayat itu, tanpa ada ilmu tentang sebab turunnya ayat itu...bygkan jika ayat pertama dia baca adalah pasal lelaki dibenarkan kawin 1, 2, 3 dan 4...pasti org yg xde hidayah tu akan menganggap Islam ni agama yg menindas kaum wanita...even umat Islam hari ni pun, berapa ramai yg terikut2 dengan fahaman monogami ni...tanpa ilmu yg cukup...ada sesetengah pendapat mereka itu buleh membawa kepada kekufuran...

Tanda2 kita mendapat hidayah adalah, bila kita dengar ayat2 Quran, hadis2 nabi...kita akan berasa insaf dan semakin dekat dengan ALLAH...bukannya semakin meragui kandungan Quran dan Hadis...konon Quran dan hadis xsesuai nak amalkan pada zaman sekarang...zaman sekarang zaman teknologi...zaman semuanya online...Quran dan hadis dan xrelevan lagi...Quran dan hadis xleh nak jadi rujukan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial zaman sekarang...dan mcm2 lagi alasan org2 yg jelas sudah tidak mendapat hidayah atau kurang hidayah...nak kata xde hidayah terus, xmgkin kot pasal org2 ini xkan mmbiarkan Quran dipijak2...kurang2nya ada juga rasa sayang pada Quran tu..cuma dalam kehidupan seharian je xberapa nak ikut Quran hadis...

Akhir kata, sama2lah kita memohon agar kita dan org2 sekeliling kita sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk oleh ALLAH...agar ditetapkan iman..agar diberikan kekuatan utk menegakkan syiar2 islam...agar xmalu nak tunjuk kita ni islam...

P/s: Hidayah disini xde kena mengena dengan org bernama hidayah, samaada yg masih hidup atau yg dah meninggal dunia...

Thursday, December 3, 2009

Ciri-ciri Orang Zalim

Tajuk macam grand tapi xdelah grand mana pun...Al kisah aku telah mendownload ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus yg satu ketika dulu selalu masuk ehwal islam kat tv1 khamis malam jumaat...sekarang ni dah jarang nampak dia keluar tv...

Ini hanya ringkasan saje yg aku dapat dari ceramah tu, aku bukan ada depan dia time tu yg membolehkan aku nak tanya part2 yg kurang jelas, aku hanya mendengar ape yg telah direkodkan, dan aku rasa ia mmg bermanfaat...

1. Orang yg pandai/reti/tahu/boleh baca Quran tapi tidak membaca Quran sebanyak 100 ayat dalam sehari....konon xde masa, tapi tgk tv berjam2 buleh pulak...

2. Orang yg masuk dalam satu masjid tapi xtunaikan solat tahiyatul masjid...pernah aku dengar, surau yg padanya didirikan solat fardhu berjemaah 5x kali buleh dikira sebagai masjid walaupun tidak didirikan solat jumaat...jadi kita boleh niat tahiyatul masjid kat surau tu, dengan syarat didirikan solat fardhu berjemaah 5 waktu...tapi kalau surau yg buat solat jumaat, tapi xbuat solat jemaah 5 waktu...maka xleh nak masjid, ia tetap surau, mana ada solat tahiyatul surau...sepatutnya semua surau diwakafkan dan diwartakan kepada masjid...masjid ada dua, masjid jamek(buat jumaat) dengan masjid biasa(xbuat jumaat)...

3. Orang yg lalu perkuburan Islam tapi xberi salam pada penghuni kubur...sebaik2 salam adalah seperti berikut...Assalamualaikum pada penghuni kampung ini, tuan-tuan semua dah pergi dulu, InsyaALLAH kami akan menyusul kemudian...berbanding ucapan salam kepada ahli kubur, seolah2 kita ni xkan masuk kubur...

4. Orang yg melalui satu kampung/tempat pada hari Jumaat tapi xmenunaikan solat Jumaat...makruh hukumnya bermusafir pada hari jumaat walaupun kita sempat buat solat jumaat, haram hukumnya bermusafir pada hari jumaat jika kita tahu xsempat nak tunaikan jumaat...bagi yg keluar sebelum subuh, maka xwajib atasnya solat jumaat, tapu yg keluar bermusafir lepas subuh, maka tetap diwajibkan atasnya solat jumaat...(sebagai tambahan, ketika khatib baca khutbah, sunat kita pandang muka khatib, bukan sunat tunduk muka konon khusyuk)

5. Orang yg mana ada org alim datang ke kampung dia nak beri syarahan, dia xmau dengar syarahan org alim tu...zaman sekarang ni org alim yg kena cari pendengar, klu dulu, pendengar yg cari org alim, berbatu2 perjalanan, jalan kaki pulak tu...

6. Dua org yg bertemu tapi tidak bertanya khabar...seelok2nya bagi salam dan tanya nama...bukan setakat jupe angkat2 kening pastu sembang2 kosong tapi xtahu pun nama masing2...

7. Orang yg dijemput ke suatu majlis yg xde unsur2 maksiat tapi sengaja xmau hadir...ada ulamak kata acara bersanding, menyanyi, joget lambak sume tu adalah maksiat, org dulu2 buat pasal depa xtau haram, depa ikut tradisi..sekarang ni dah ramai yg kata haram, tapi masih nak buat lagi...sampai satu tahap jika xbersanding, dianggap bukan anak dara...

8. Orang yg xde urusan ape2 tapi xnak belajar agama...contohnya org2 yg dah pencen daripada duk melepak kat kedai berjam2, main dam tgk tv...baik pegi menadah kitab kat masjid...ada juga faedahnya...

9. Orang yg kenyang tapi xambil tahu org sekelilingnya kelaparan...senario ini adalah perkara biasa, jiran sama jiran pun xpernah bertegur sapa, inikan pula nak tahu dah makan ke belum...

Patutnya ada 10, tapi kenapa aku dengar 9 je...maybe aku terlepas point atau ustaz terlepas point kot...hehe..,nnti aku chek balik...

Zalim yg disebutkan kat atas ni...xsumenya berdosa...zalim disini bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya...bermakna melakukan sesuatu yg tidak patut...contohnya xwajib bagi salam pada org kubur...tapi klu xbuat, dikira zalim lah...zalim ni xsama dengan kejam...

P/s: Kadar update blog aku semakin slow...adoila...xkan aku dah mula penyakit malas nak menulis kot...setahu aku, aku malas mengira je...huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...