Rakan Seperjuangan

Thursday, December 3, 2009

Ciri-ciri Orang Zalim

Tajuk macam grand tapi xdelah grand mana pun...Al kisah aku telah mendownload ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus yg satu ketika dulu selalu masuk ehwal islam kat tv1 khamis malam jumaat...sekarang ni dah jarang nampak dia keluar tv...

Ini hanya ringkasan saje yg aku dapat dari ceramah tu, aku bukan ada depan dia time tu yg membolehkan aku nak tanya part2 yg kurang jelas, aku hanya mendengar ape yg telah direkodkan, dan aku rasa ia mmg bermanfaat...

1. Orang yg pandai/reti/tahu/boleh baca Quran tapi tidak membaca Quran sebanyak 100 ayat dalam sehari....konon xde masa, tapi tgk tv berjam2 buleh pulak...

2. Orang yg masuk dalam satu masjid tapi xtunaikan solat tahiyatul masjid...pernah aku dengar, surau yg padanya didirikan solat fardhu berjemaah 5x kali buleh dikira sebagai masjid walaupun tidak didirikan solat jumaat...jadi kita boleh niat tahiyatul masjid kat surau tu, dengan syarat didirikan solat fardhu berjemaah 5 waktu...tapi kalau surau yg buat solat jumaat, tapi xbuat solat jemaah 5 waktu...maka xleh nak masjid, ia tetap surau, mana ada solat tahiyatul surau...sepatutnya semua surau diwakafkan dan diwartakan kepada masjid...masjid ada dua, masjid jamek(buat jumaat) dengan masjid biasa(xbuat jumaat)...

3. Orang yg lalu perkuburan Islam tapi xberi salam pada penghuni kubur...sebaik2 salam adalah seperti berikut...Assalamualaikum pada penghuni kampung ini, tuan-tuan semua dah pergi dulu, InsyaALLAH kami akan menyusul kemudian...berbanding ucapan salam kepada ahli kubur, seolah2 kita ni xkan masuk kubur...

4. Orang yg melalui satu kampung/tempat pada hari Jumaat tapi xmenunaikan solat Jumaat...makruh hukumnya bermusafir pada hari jumaat walaupun kita sempat buat solat jumaat, haram hukumnya bermusafir pada hari jumaat jika kita tahu xsempat nak tunaikan jumaat...bagi yg keluar sebelum subuh, maka xwajib atasnya solat jumaat, tapu yg keluar bermusafir lepas subuh, maka tetap diwajibkan atasnya solat jumaat...(sebagai tambahan, ketika khatib baca khutbah, sunat kita pandang muka khatib, bukan sunat tunduk muka konon khusyuk)

5. Orang yg mana ada org alim datang ke kampung dia nak beri syarahan, dia xmau dengar syarahan org alim tu...zaman sekarang ni org alim yg kena cari pendengar, klu dulu, pendengar yg cari org alim, berbatu2 perjalanan, jalan kaki pulak tu...

6. Dua org yg bertemu tapi tidak bertanya khabar...seelok2nya bagi salam dan tanya nama...bukan setakat jupe angkat2 kening pastu sembang2 kosong tapi xtahu pun nama masing2...

7. Orang yg dijemput ke suatu majlis yg xde unsur2 maksiat tapi sengaja xmau hadir...ada ulamak kata acara bersanding, menyanyi, joget lambak sume tu adalah maksiat, org dulu2 buat pasal depa xtau haram, depa ikut tradisi..sekarang ni dah ramai yg kata haram, tapi masih nak buat lagi...sampai satu tahap jika xbersanding, dianggap bukan anak dara...

8. Orang yg xde urusan ape2 tapi xnak belajar agama...contohnya org2 yg dah pencen daripada duk melepak kat kedai berjam2, main dam tgk tv...baik pegi menadah kitab kat masjid...ada juga faedahnya...

9. Orang yg kenyang tapi xambil tahu org sekelilingnya kelaparan...senario ini adalah perkara biasa, jiran sama jiran pun xpernah bertegur sapa, inikan pula nak tahu dah makan ke belum...

Patutnya ada 10, tapi kenapa aku dengar 9 je...maybe aku terlepas point atau ustaz terlepas point kot...hehe..,nnti aku chek balik...

Zalim yg disebutkan kat atas ni...xsumenya berdosa...zalim disini bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya...bermakna melakukan sesuatu yg tidak patut...contohnya xwajib bagi salam pada org kubur...tapi klu xbuat, dikira zalim lah...zalim ni xsama dengan kejam...

P/s: Kadar update blog aku semakin slow...adoila...xkan aku dah mula penyakit malas nak menulis kot...setahu aku, aku malas mengira je...huhu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...