Rakan Seperjuangan

Tuesday, December 8, 2009

Agama Traffic Lights@Lampu Isyarat

Jangan salah paham dengan tajuk ni, ia cuma perumpamaan yg aku rasa menarik..tatkala hidup aku seharian, menempuh byk trafik lite..dan baru sebentar tadi..aku tergerak hati nak membuat perbandingan ini...

Satu dunia patuh pada 3 jenis lampu kat trafik lite tu...hijau=teruskan perjalanan jika selamat...kuning=berhati2 dan sedia berhenti...merah=berhenti...

Agama trafik lite ni mmg majoriti pengguna jalan raya mematuhinya...melanggar lampu isyarat bermakna membahayakan diri dan berkemungkinan besar disaman pihak berkuasa...amat pelik sekali hanya 3 jenis lampu mampu mengawal kenderaan...

Berbalik pada agama kita yg sebenar, aku rasa, kita lebih mematuhi trafik lite dari mematuhi peraturan agama, kita sanggup tunggu lama nak tunggu lampu hijau tanpa merungut..tapi klu org nak bagi tazkirah seminit dua pun kita dah xtahan...

Merah tu tanda berhenti, kita berhenti...tapi tuhan kata jgn buat itu dosa, jgn buat ini, haram..tapi kita tetap buat juga...mcm lampu merah tu lagi berkuasa dari tuhan kita...klu lampu merah tu kita patuh...kenapa suruhan tuhan kita xmau patuh...

Lampu kuning tanda hati, dari jauh kita dah waspada...tapi bila agama suruh kita berhati2 agar menjauhkan dari itu ini...kita buat xtahu je...agama pesan jauhi riba, kita ni sanggup melabur kerana riba tinggi...agama pesan jauhi zina...tapi kita ni dekatkan juga...

Lampu hijau tanda jalan jika selamat, kita pun jalan jika xde halangan...tapi dalam perkara tuntutan agama...kita xberebut2 pun nak buat sekalipun begitu byk kemudahan yg ada...surau dan masjid bersepah2 kat tepi jalan...program2 keagamaan pun selalu ada kat masjid2...tapi kita xde pun nak berlumba2 nak buat kebajikan ni...

Idea dah hilang dah...tapi maksud sebenar entri ini adalah utk muhasabah diri aku...adakah lampu isyarat tu lebih berkuasa dari suruhan dan larangan tuhan aku? xpernah aku mengeluh lampu isyarat ni xadil, kecuali time dia rosak...even satu dunia patuh pada peraturan 3 lampu ni...

P/s: Di kesempatan yg ada..sama2 kita berfikir sejenak...adakah taat dan patuh kita pada tuntutan agama menyamai taat dan patuh kita pada trafik lite?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...