Rakan Seperjuangan

Tuesday, April 27, 2010

Aurat Sesama Manusia

Tujuan pertama aku letak entri ni adalah nak mengelakkan tanggapan masyarakat umum selama ini yg mengganggap aurat lelaki itu adalah antara pusat dengan lutut...xkiralah antara lelaki sama lelaki atau lelaki dengan perempuan...

Ramai yg anggap bahawa lelaki cuma perlu menutup antara pusat dengan lutut sahaja apabila berada dikalangan perempuan...maka hari ini ketahuilah bahawa kenyataan itu hanya separuh benar...mmg betul aurat lelaki sesama lelaki adalah antara pusat dengan lutut...lutut tu pun bukan aurat sebenarnya...cuma sangat dituntut utk ditutup...bermula betul2 aurat adalah pada bahagian atas lutut...xkan nak solat xmau tutup lutut mentang2 ia bukan aurat? Syarak menetapkan klu xtutup lutut, xsempurna perbuatan menutup aurat tu...ala...tutup jelah...nnti pakai aras lutut, terselak dah nampak aurat..klu bawah lutut, terselak pun lambat lagi sampai peha...

Aurat lelaki sesama lelaki adalah antara pusat dengan lutut...aurat lelaki dengan perempuan mahram adalah antara pusat dengan lutut juga...tapi aurat lelaki dengan perempuan ajnabi atau bukan mahram adalah SEMUA ANGGOTA KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN...

Yang ni ramai yg xtau..ramai yg ingat dengan perempuan bukan mahram pun antara pusat dengan lutut juga...yg mana ianya adalah xbetul sama sekali...ada perselisihan dalam perkara ini namun ada yg bagi pendapat..jika lelaki pakai baju lengan pendek, utk permulaannya adalah lebih baik dari langsung xpakai baju...walaupun ia xseberat aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram..namun perkara ini tidak boleh dipandang remeh...

Aurat perempuan sama perempuan adalah antara pusat dengan lutut...aurat perempuan dengan lelaki mahram adalah antara pusat dengan lutut juga, aurat hamba perempuan dengan tuannya adalah antara pusat dengan lutut...aurat perempuan islam dengan bukan islam dibolehkan rambut dan leher jika tinggal bersama...klu kat luar tu...mmg sama dengan aurat perempuan dengan lelaki mahram...iaitu muka dan tapak tangan sahaja...

P/s: Balasan di akhirat bagi mereka yg menayangkan aurat adalah dibakar dengan api neraka yg 70x lebih panas dari api dunia...JIKA PENGHUNI NERAKA DIRENDAM DALAM KOLAM AIR PANAS KAT DUNIA NI, MAKA BERENANG2LAH MEREKA KERANA KESEJUKAN KOLAM AIR PANAS DUNIA..

Kaedah menentukan waktu solat

Paling senang menggunakan takwim solat yg dikeluarkan oleh kerajaan negeri...sekarang ni pulak ada kat astro oasis...periksa kat intenet..e-solat jakim...dan tunggu azan...

Tapi tahukah bahawa kita buleh menentukan waktu solat menggunakan matahari..kerana matahari ada penunjuk yg paling tepat bagi menentukan waktu solat...klu kat kutub utara atau selatan tu aku xsampai ilmu lagi nak hurai...mmg aku xtau pun kerana matahari kat sana pelik sket...

 Waktu Subuh: Apabila terbit fajar siddiq..iaitu cahaya keputihan atau kemerahan dari ufuk timur...yang mana sebelum itu mmg gelap gelita..tiba2 ada cahaya matahari mula kelihatan...jangan keliru dengan terbit matahari kerana itu tandanya waktu syuruk...kalau subuh ni..matahari belum terbit dari ufuk tapi cahayanya sudah kelihatan di ufuk timur...

Waktu Syuruk: Apabila terbit matahari dari ufuk timur...maknanya kita pergi ke tempat yg xde halangan yg buleh menghalang kita lihat matahari dari ufuk timur...misalnya kita pergi tepi pantai, jika kita lihat matahari dah keluar sket dari laut tu...maka masuklah waktu Syuruk...walaupun time tu dalam takwim dah lepas atau lagi 5 minit.

Waktu Zohor: Apabila tergelincir matahari...maknanya bila matahari dah beredar dari kedudukan tegak atas kepala..maka masuklah waktu zohor...klu kita pacak tiang lurus...pastu ada keluar bayang dari tiang itu menunjukkan matahari telah tergelincir dari kedudukan tegaknya...klu kedudukan matahari tegak pasti xde bayang pada tiang tu kan?

Waktu Asar: Apabila bayang yg terhasil dari objek yg terkena cahaya matahari lebih panjang dari ukuran objek sebenar...contoh tinggi kita 2 meter...tapi bayang kita 2.5 meter...maka dah masuk waktu Asar...bila bayang hasil dari cahaya matahari lebih panjang dari ukuran sebenar...lebih dalam 3-5cm macam tu lah...

Waktu Maghrib: Apabila terbenam matahari dari ufuk barat...terbenam keseluruhan klu kita lihat di tepi pantai, tanah lapang, padang yg tiada halangan utk kita melihat garisan ufuk barat...tapi kena tunggu sedikit lagi supaya cahaya tu agak suram...kalau dari tempat tinggi contohnya dari kapal terbang..ada kaedah lain pula...

Waktu Isyak: Apabila cahaya kemerahan pada langit kesan dari terbenam matahari sudah tidak kelihatan lagi...kerana ketika matahari terbenam keseluruhan...masih ada lagi cahaya pantulannya yg boleh kita lihat pada langit...bila cahaya ini sudah tiada...ketika itulah masuk waktu Isyak.

Perlu diingat bahawa tidak salah disisi syarak jika kita xnak pakai matahari kerana sudah ada takwim solat yg telah dibuat oleh ahli falak...takwim itu walaupun xsemestinya tepat...mgkin ada perbezaan seminit dua, namun tidak salah pada sisi syarak...yg xboleh adalah bila beza amat ketara...10 minit beza contohnya...

Seperti juga arah kiblat...klu beza beberapa darjah tanpa disengajakan mmg dimaafkan syarak..tapi klu beza banyak sangat..mmg xdibenarkan syarak...dalam soal takwim solat ni pun sama...andai kita xde masalah tgk matahari xpe...maklumlah bukan senang nak pegi tepi pantai atau tanah lapang setiap kali nak tentukan subuh, maghrib atau isyak..

P/s: Harap info ni dapat beri manfaat pada kita semua..at least ada basic sket...kalau mahu info yang lebih tepat..kena tanya ahli falak..aku pun baru saja tanya ahli falak dan penerangannya lagi detail...siap kena kira sudut segala...

Tips lembutkan hati dan kebahagian keluarga.

Selamat datang pengunjung semua...terlebih dahulu aku nak tegaskan bahawa tips ini aku ceduk bulat2 dari seorang penceramah yg terkemuka dari utara tanah air...seorang guru besar sekolah pondok moden...penceramah tetap di radio perak dan seorang AL Hafiz...xperlulah nak sebut nama...kat pasar malam banyak VCD dia ada jual...

Tips ni dia jarang kasi tau sama org katanya...tapi dalam ceramah tu kat sebuah sekolah di Kedah..dia ada bagitau tentang cara2 nak bagi anak2 dan suami lembut hati dan terang hati...ini termasuklah bagi anak yg xdengar kata, anak yg xtaat perintah mak bapak, anak yg xtaat perintah agama, suami yg bermasalah dan sebagainya...

Apa yg diperlukan cuma air dan beras...air yg hendak diminum dan juga air yg digunakan utk masak dan beras yg digunakan utk tanak nasi...caranya mudah sahaja...kita cuma perlu baca surah AL Fatihah sebanyak tujuh puluh kali (70x) sehari selama seminggu pada air dan beras tu...dah cukup seminggu...masak beras itu menggunakan air yg telah dibacakan AL Fatihah 70x sehari selama seminggu itu...kemudian bagi makan kat anak2 dan suami...

Sumenya ketentuan ALLAH...kita cuma usaha saje...klu seminggu xjadi ape..buat seminggu lagi...biarlah berterusan hendaknya...pasti usaha itu akan diberkati...pasti akan dapat lihat perubahan yg lebih baik...

Cuma nak ingatkan...jgnlah duk buat ni saje...solat xhirau langsung...maksiat buat juga..itu bukan caranya...yg penting kita juga kena doa...ustaz ni ckp dia bagi tips ni dan dia amalkan...ramai org yg amalkan cara ni juga melihat ada perubahan katanya...

Selain itu...beliau jg pesan berkenaan doa ketika dalam bacaan yasin...mak aku pun selalu amal iaitu berhenti kat ayat MUBIN dalam surah yasin...sambil berdoa mintak ape yg kita mau..klu xsilap aku ada 7 ayat yg berakhir dengan MUBIN kat surah yasin...so kita buleh doa 7x...xperlu nak jupe bomoh2 khurafat lagi dah sebenarnya...huhu...

P/s:Yg sebenarnya...apa yg kita bagi makan kat seisi keluarga tu turut mempengaruhi...so klu xmau anak isteri gelap hati...jgn bagi makan bende2 yg xelok, dari sumber2 xelok, dari duit yg xelok...

Monday, April 26, 2010

Kewajipan Qadha atau Ganti Solat

Siapa yg xpernah tinggal solat dalam seumur hidup? lebih2 lagi pada zaman moden ni...samaada sengaja atau terlelap atau terlupa...wajib atas kita yg meninggalkan solat dengan sengaja, terlelap, terlupa menggantikannya...bukan saje solat fardhu buleh diganti tapi solat sunat pun buleh diganti..cuma keutamaan atau kewajipan ganti solat fardhu adalah lebih utama...

Isu solat adalah isu berat...yg mana klu kita sentuh isu ni...buleh timbul pergaduhan atau konflik, sekalipun kita ajukan pada org Islam sendiri...namun begitu tetap menjadi kewajipan bagi manusia yg masih berakal utk menunaikan solat...selagi ada akal, selagi tu wajib melainkan dalam keadaan haid dan nifas...

Persoalan mula timbul bila ada antara kita yg sudah menyesal dihari tua dan menyedari bahawa kita dah byk meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa berganti...hinggakan jika dihitung, jumlahnya amat banyak...beribu2 jumlah rakaat...bayangkan umur sekarang dah 60 tahun...sejak dari muda masuk islam...sejak akil baligh xpenah solat...bayangkan jumlah yg perlu digantikan...

Ada yg ambil jalan mudah dengan menganggap "ALLAH FAHAM KEADAAN KITA"...xkanlah dah tua2 kena ganti semua solat yg ditinggalkan sejak akil baligh dulu...MATILAH KLU MACAM TU...hahaha...ini sume adalah golongan yg mengambil jalan mudah...nak senang..mereka pilih utk bertaubat je...tanpa perlu bersusah payah nak ganti balik solat yg berjumlah berpuluh2 ribu rakaat tu...entah fahaman dari mana yg mereka ceduk aku pun kurang pasti...

Kewajipan qadha solat adalah suatu perkara yg tidak perlu dianggap sebagai beban...bukannya kita perlu qadha 100 waktu sekaligus...sebaliknya hendaklah terus menerus ganti solat dengan azam dalam hati agar satu hari nnti kita akan dapat ganti semuanya...

Tidak ada larangan waktu bagi org yg nak ganti solat ni...setiap masa dimana jua...selagi ada kemampuan akal...selagi akal masih berfungsi...maka tetap diwajibkan menunaikan solat...bukannya ada mudarat pun jika qadha solat yg dulu2 punya zaman jahiliah...untung2 kita mati dalam keadaan kita tengah qadha solat...

Bayangkan bila malaikat mula2 sekali duk tanya tentang amalan solat kita, ternyata solat kita xlengkap...maka celakalah org itu sekalipun dia pada masa hidup puasa xpenah tinggal, haji berpuluh2 kali, sedekah jutaan ringgit, zakat bilion ringgit sekalipun...cuma kerana solatnya xlengkap...maka semua pahala dari amalan2 lain tidak akan dihitung...

Jangan nak pelik time tu kerana pada ketika hidup telah datang banyak peringatan tentang kepentingan menjaga solat...tiada guna amalan2 lain jika solatnya xlengkap...silalah fahami betul2...tiada diangkat pahala amalan2 lain hingga sempurna solat kita...iaitu kita perlu ganti yg mana kita tinggalkan pada masa dulu...

Kewajipan solat ni tidak pernah hilang...selagi akal kita masih sedar...selagi itu wajib..selagi akal kita buleh berfikir dengan waras...selagi itu wajib solat...jgn kerana terlantar kena stroke...xleh nak gerakkan badan, kita igt dah xwajib solat...solat ni wajib selagi akal kita waras...klu dah gila, dah xwajib...klu pengsan dua hari...xperlu nak qadha solat selama dua hari tu...kecuali sengaja buat pengsan...

Pendapat mengatakan wajib qadha solat lepas koma kerana koma itu otak masih berfungsi...cuma xleh nak bertindakbalas...justeru lepas dari koma, kita wajib ganti solat selama mana kita koma tu...

Kita ni amat malas...nak menyembah ALLAH pun berkira...yg xperlu keluarkan belanja satu sen pun...hutang kita pada manusia wajib kita bayar...even yg mati syahid pun sangkut jika ada hutang...Solat adalah hutang kita pada ALLAH...perlu dijelaskan..wajib dijelaskan...JANGAN SESEKALI MENGANGGAP ALLAH TU SAUDARA MARA KITA...iaitu dengan berkata...ala, xpe...tuhan faham keadaan kita yg sibuk, tua, xlarat ni...so taubat jela...xperlu nak qadha..hahaha...byk cantik muka...

Antara cara nak qadha solat ialah dengan mengerjakan solat fardu dahulu..diikuti dengan solat ganti...xsemestinya nak ganti solat zohor dalam masa zohor...contohnya kita solat fardu zohor...lepas tu kita nak ganti solat subuh ke asar ke maghrib ke isyak ke xde masalah...tidak ada ketetapan masa utk qadha solat ni...klu solat sunat ada waktu larangannya...tapi solat ganti ini tiada waktu yg dilarang...tapi melampaula org khutbah kita duk solat ganti sampai habis...huhu...

So mmg xde alasan xmau ganti solat melainkan MALAS...

P/s: Sila rujuk BAHRUL MAAZI JILID 3 BAB QADHA SOLAT.

Lebam Di Peha.

Mungkin ramai yg anggap lebam di peha selepas bangun dari tido adalah perkara normal...mengikut ilmu perubatan...ia adalah masalah pengaliran darah...mengikut kata org2 tua...kena gigit hantu...kali ni aku nak huraikan dari sudut agama pulak...so get ready dan bersedia utk buka minda...xrugi pun klu luangkan masa nak baca kejap...

Macam biasa lah..aku dengar ceramah dari seorang ustaz yg menyentuh soal ini...ditujukan terutamanya bagi perempuan yg selalu mengalami lebam di peha ketika bangun tido...ustaz ni dah bagi petua utk mengelakkannya...sekali dengan punca yg menyebabkan ia berlaku...

Pertama sekali, ia buleh berlaku apabila pempuan mandi ketika senja..diwaktu syaitan dan jin berkeliaran dan pempuan itu mandi dalam keadaan tanpa mengenakan sebarang kain basahan...berkemungkinan pempuan yg mandi senja ni...antara pukul 6.30-7.30 dan mandi selamba rock tanpa kain basahan...akan mengalami masalah lebam peha...kerana jin suke pada pempuan ni...itu pasal time tido jin tu gigit pempuan ni...perlu igt bahawa jin2 ni pun suke pada manusia..jgn ingat manusia je ada nafsu pada pempuan...jin pun ada...so time mandi dia mengendap dan time tido dia gigit...

Yg keduanya...pempuan yg sebelum tido makan dan pegi tido tanpa basuh tangan dan mulut...yg jenis mcm ni pun ada potensi utk mendapat lebam kat peha...oleh itu...elakkan makan kat tempat tido...dan elakkan dari tidak mencuci mulut dan tangan sebelum tido...jin akan gigit pempuan ni ketika tido...

Bukan xde lelaki yg lebam peha tapi jumlahnya xbanyak berbanding dengan pempuan...kerana ia berpunca dari jin yg suke kat pempuan tu dan pempuan tu sendiri yg xmenjaga kebersihan diri...

Bagi org moden...maybe sukar nak percaya jin2 ni...almaklumlah zaman moden...kat sekolah pun xdiajar...itu pasal susah sket nak terima hakikat perkara ni ada kaitan dengan unsur2 ghaib...lebih senang anggap ianya masalah peredaran darah je...

Oleh itu bagi sape2 yg selalu lebam kat peha...igt..jgn mandi ketika senja...lepas senja xpe nak mandi pun..dan klu nak mandi tu..sila pakai kain basahan...sebelum tido cuci mulut dan cuci tangan...bacalah ape yg patut..mudah2an xde lagi lebam kat peha dan kena tindih...

P/s: Selamat mencuba...

Siapa yg boleh kita hina?

Tajuk ni mcm biasa saje nak bagi provoke sket...hahaha...mungkin ada segelintir disana yg tertanya2 ape pandangan Islam tentang hina org ni...sebelum tu aku nak tegaskan aku cuma tulis berdasarkan ilmu aku yg cetek ni...bukan aku reka2 sendiri tapi aku dengar penjelasan dari org yg lebih alim dari aku, yg telah berkecimpung dalam bidang agama lebih dari 20 tahun...bukan aku nak ketepikan hadis2 atau dalil2 Quran...jgn salah anggap..aku xtaksub pada ustaz ni...tapi aku rasa dia punya ilmu lebih tinggi dari aku..dan dia buleh hurai dengan baik...dia pun xreka2 bende ni...bukan ada pekdah pun klu dia saje2 nak reka2...

Pertama sekali...Islam melarang kita menghina dan mengeji seseorang yg belum tentu jahatnya...kita hanya buleh menghina org2 yg telah nyata terkutuk dan terhina sahaja seperti yg telah disebut dlam Al Quran antaranya firaun, hamman, abu lahab, namrud, qarun, kaum ad dan sebagainya...oleh itu kita dilarang mengutuk, menghina, mencerca, mencaci, memaki hamun dan segala jenis mak nenek yg sewaktu dengannya...

Contoh yg senang, kita dilarang menghina kawan kita yg zalim dan xpernah solat...kerana kita tidak tahu satu hari nnti mgkin dia akan bertaubat sebelum dia mati...mgkin sekarang dia xpernah solat tapi kita xdpat bagi jaminan bahawa dia akan mati dalam keadaan meninggalkan solat...

Namun begitu, tiada larangan bagi kita utk menghina atau mencerca golongan zalim secara keseluruhannya...contohnya celaka org yg minum arak, judi, syirik, zina dan sebagainya...tapi kita dilarang mencerca dengan merujuk pada individu tertentu...contohnya dengan mencerca pemerintah yg zalim dengan menyebut namanya...ianya adalah dilarang dalam Islam...kerana bukan kita yg tentukan dia mati dalam beriman atau kufur...

Ape yg boleh kita lakukan ada dengan berdoa agar ALLAH berikan petunjuk dan hidayah pada mereka...bukannya dengan menghina individu itu sekalipun ia jelas dan nyata kezalimannya...

Dalam Islam dibenarkan kita mendoakan kematian seseorang itu dengan syarat niat kita adalah utk menghentikan kezaliman dan bukannya kerana kita benci pada org itu...bukan kerana kita benci org tu dan nak suruh dia mati cepat...itu bukan cara islam...klu niat dengan matinya org tu maka kezaliman dapat dihentikan..tiada masalah...klu nak tahu lebih lanjut...sila rujuk pakar yg betul2 pakar...aku cuma nyatakan disini berdasarkan ape yg aku dengar dari pakar...

Baru2 ni kecoh dlm negara apabila ada org menghina raja...ini adalah suatu yg bukan dari ajaran islam kerana islam melarang kita menghina pemimpin apatah lagi pemimpin bagi org islam...sekalipun raja itu buat silap semasa hidup, tapi kita dilarang utk menghina raja...kerana ape? kerana raja adalah ketua, pasti ada hikmah kenapa dia diangkat menjadi raja...dan Islam adalah agama yg paling baik, jika org islam sendiri menghina pemimpin, maka sudah tentu org bukan islam pun menghina pemimpin2 islam...

Bak kata ustaz tu...sejahat2 org islam...xkan sanggup nak makan babi...walaupun seumur hidup xpenah solat...klu org hidang babi...pasti dia xmakan..kerana masih ada nilai2 islam padanya...dan bila mati pun dia nak ditanam di perkuburan islam...bukan nak kata kita perlu sanjung org2 yg melakukan kezaliman...tapi Islam menetapkan caranya...utk mengelakkan perpecahan sesama umat islam adalah salah satu dari matlamat ini...

Tidak bermakna kita xleh tegur pemimpin, tapi biarlah kena dengan caranya...selagi pemimpin tu xmenyeru kepada kezaliman, kita semua wajib taat...sekalipun pemimpin itu xpenah solat...tapi kerana dia xpenah suruh kita buat maksiat...maka kita wajib taat pada perintahnya...inilah ramai org Islam xtahu...

P/s: Doa adalah senjata org mukmin...jgn sesekali berhenti dari mendoakan agar mereka kembali ke pangkal jalan...tugas kita adalah utk memakmurkan bumi ini...bukannya nak memecahbelahkan bumi ini...so jangan putus asa...teruskan berdoa...

Ketika Takbiratul Ihram

Apekah itu takbiratul ihram? bagi yg dah tau tu oklah...tapi bagi yg belum tahu apa itu takbiratul ihram...ianya adalah ketika kita mula2 nak solat...selepas berdiri tegak dan tidak bergerak...kita mula nak niat tu...sambil angkat tangan nak niat dalam hati...itulah takbiratul ihram...

Kenapa penting sangat sampai aku nak post pasal ni...pertama sekali ianya adalah salah satu rukun solat...klu xbuat takbiratul ihram ni maka tidak sah solat itu...yg keduanya yg aku nak tegaskan dan kongsi disini adalah tentang lafaz ALLAHUAKBAR ketika takbiratul ihram itu...

Bagi yg belum tahu...lafaz ALLAHUAKBAR ketika takbiratul ihram yg disertai dengan niat solat dalam hati tu adalah perlu jelas dan didengari..klu kita sendiri xdengar lafaz ALLAHUAKBAR tu..maka xsah solat tu...perlu igt bukan lafaz SAHAJA AKU SOLAT FARDHU itu yg perlu didengar tapi lafaz ALLAHUAKBAR sambil mengangkat tangan hingga ibu jari mencecah cuping telinga bagi lelaki dan hingga hujung jari mencecah bahu bagi perempuan...

Jangan nak sibuk persoal klu kudung mcmna klu cedera camne...pasal yg rukunnya adalah melafazkan ucapan takbir itu sekurang2nya kita dengar...xcukup klu setakat gerak bibir sahaja atau lafaz dalam hati...

So lepas ni bagi siapa yg bajet lafaz takbir dia xjelas..bulehla mula nak perelokkan...xperlulah terlalu kuat hingga menggangu org lain...cukupla kita yg dengar...klu dalam suasana bising...kita xperlu nak jerit ...cukuplah dengan lafaz yg pada kebiasaannya telinga kita buleh dengar...

Begitu juga bacaan2 lain dalam solat seperti AL FATIHAH dan TAHIYAT AKHIR dan SALAM...yg lain aku xnak hurai lebih2 pasal ia hanya sunat...xbermakna klu sunat tu kita buleh baca slow atau tunggang langgang...cuma aku nak sentuh yg rukun dulu...

Perlu diingatkan bahawa kita WAJIB belajar tentang ilmu solat ni...klu x, kita akan berdosa...kerana ini termasuk dalam ilmu fardhu ain iaitu setiap org wajib mempelajarinya...xckup rasanya klu sekadar dengar2 sahaja tanpa merujuk pada yg lebih alim...aku post kat sini pun agar yg baca ni buleh tanya pada org yg lebih alim...

P/s: Bukan xde idea nak tulis panjang2 tapi masa xmengizinkan...harap kita sama2 dapat manfaat...

Sunday, April 11, 2010

Malas tutup aurat?Berita baik utk anda.

Ewah2...mcm iklan je entri ini...bukan ape...itu adalah trick supaya google senang menghalakan search pada blog yg makin lama makin kurang update ni...bukan xde idea cuma perasaan nak menulis tu dikawal agar blog dan kerja2 lain dapat diseimbangkan...malam tadi aku amat tertarik dengan satu kuliyah yg bertajuk keajaiban al Quran yg disampaikan oleh seorang penceramah terkemuka yg vcdnya boleh didapati dengan mudah di mana2 pasar malam ditempat majoriti melayu...aku cuma mampu jeling je vcd2 penceramah ini pasal aku donlod dari intenet je...huhu...itu pun aku dah minta izin dari penceramah ni sendiri utk menulis balik ringkasan2 dari ceramah2 beliau utk aku muatkan dalam blog aku yg xseberapa ini...waaa...panjang betol mukadimah maklumlah dah lama xmemblog....

Aku amat tertarik dalam satu bahagian dalam ceramah ini dimana penceramah telah memberi contoh dia telah melihat seorang pemuda yg ditemui kat surau RnR tapah yg berseluar pendek masuk dalam surau sambil membawa kain pelikat utk solat...pastu pemuda tu pun solat dengan memakai kain pelikat...sejurus lepas solat...pemuda tu pakai balik seluar pendek yg mendedahkan aurat...

Mungkin perkara ini tidak diajar semasa kat sekolah...guru2 agama cuma ckp kita hendaklah memakai pakaian yg menutup aurat...klu x, kita akan berdosa...tapi aku yakin guru agama tu xcakap bahawa org yg selalu membuka aurat pada org ramai...maka sembahyang dan puasa dan ibadat2 lain seperti haji dan sedekah itu adalah sia2...

Dulu aku selalu ckp bahawa jika solat xckup..maka pahala bagi ibadat2 lain akan tergantung dan xkan dikira sehingga sempurna solatnya dan diganti solat2 yg sengaja ditinggalkan dari akil baligh...xkiralah beribu2 rakaat pun...melainkan baru je masuk islam selepas berumur 70 tahun...maka xperlu nak ganti solat pasal baru je memeluk islam...bagi kita yg dari kecil memeluk islam ni...wajib gantilah sekadar yg termampu...bukannya mati pun klu qadha solat...memandu dijalan raya lebih bahaya dari ganti solat...klu mati sambil bersolat...mmg bertuahla...

Berbalik pada isu sebenar...org yg tidak menutup aurat dengan sempurna...jika dia melakukan solat...maka ketahuilah bahawa solat mereka itu tidak diterima...siapa aku nak tentukan samaada solat mereka diterima atau tidak?hehehehe...ini bukan keputusan aku...aku cuma nyatakan apa yg ALLAH telah nyatakan dalam AL Quran...bukannya aku copy dari wikipedia atau aku search kat gugel...perkara ini aku dengar dari huraian seorang penceramah yg tinggi ilmunya dari aku...dia pun bukan kata ikut suka hati dia...tapi kenyataan ini amat selari dengan AL Quran...Wajib kita tahu...Antara org yg ditolak sembahyangnya adalah org yg tidak menutup aurat...walaupun dalam solat kita tutup aurat, tapi luar solat kita buka aurat, ALLAH tetap menolak solatnya...dengan sebab apa solat kita tu ditolak...sebab tidak TAAT pada perintah ALLAH...iaitu tidak menutup aurat...yg orang paham...diterima solat jika xtutup aurat dlam solat...itu bukan xditerima tapi itu TIDAK SAH...TIDAK SAH dan TIDAK DITERIMA tu lain...

Aku xkan paksa org agar percaya pada sume ni...yg pasti kalau masih beranggapan bahawa ALLAH masih terima pahala amalan kita walaupun kita xmau taat pada perintah dan masih lagi melakukan larangan ALLAH...maka silakanlah sediakan jawapan didepan ALLAH pada hari akhirat nnti...klu kat dunia pandailah jawab...hati baik ke ape...itu dengan manusia bulehla...agak2 ALLAH terima ke jawapan kita tu..kerana ALLAH lebih mengetahui hati kita...sila jawab kenapa org lain buleh patuh, kita masih berdegil xmau patuh...

P/s: I love You.

Thursday, April 1, 2010

Ada apa dengan nama?

Apa ada pada nama pun buleh jugak...ini bukan ruangan belajar bahasa melayu...cuma aku makin terpanggil utk menulis berkenaan panggilan nama utk masyarakat melayu ni khususnya...aku bukan nak persoal dari segi adab tapi nak dedahkan makna nama dalam bahasa melayu yg dianggap sebagai perkara biasa...tapi mmbawa makna yg teruk sekali...

Kita kan biasa dengar...nama itu doa...nama itu doa...nama itu doa...so kalau nama itu doa...kenapa tidak panggil org dengan nama penuh aje...agar ia betul2 membawa makna sekaligus mendoakan org itu...rata2 nama org sekarang kalau lelaki mesti ada Mohd atau Muhammad atau Mohamed yg membawa maksud terpuji...tapi jarang sekali atau langsung xpenah kita dengar dalam perbualan nama muhammad ini disebut penuh...kecuali masa cikgu sebut nama..pensyarah catat kedatangan dan seumpamanya...hanya kadang2 je nama penuh disebut..

Kalau org dulu lagi teruk..nama dah elok Muhammad=terpuji...tapi dipanggil dengan mamat=mati...yaa...mamat tu dalam bahasa arab bermaksud mati...xpun nama Muhammad dipanggil Mat saje...kemana pergi dengan nama itu doa...huhu...

Ada nama lain seperti Mas=dirasuk jin...wohnen=kesusahan...yaaa...Mas atau Maas bermakna dirasuk jin...wohnen pula bermaksud kesusahan...mamat bermaksud mati...nama itu doa kan...so, kalau nak lagi molek...janganla duk pendekkan nama...khatijah panggil kathy...puteri panggil put...dan seangkatan dengannya...mak bapak susah payah beri nama elok2...tapi kawan2 kita panggil kita dengan nama singkat yg kebanyakannya tidak memberi makna...doa yg sia2 kata org tu...Nadiah=pemurah dipanggil Nad saje...bukan nak kata kat sape2...tapi mostly parent akan panggil nama penuh anak2 mereka...cuma kadang2 kita atau kawan2 kita ni panggil nama singkatan...

Konon nama2 klasik mcam siti, nor, nurul dan seumpamanya itu tidak berapa cool...tapi kesannya...kadang2 amat tidak disangka...

Akhir kata...nama itu doa...nama yg baik adalah satu kelebihan...cuba elakkan guna nama singkatan yg xde makna atau membawa makna yg tidak baik dalam bahasa arab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...