Rakan Seperjuangan

Monday, April 26, 2010

Kewajipan Qadha atau Ganti Solat

Siapa yg xpernah tinggal solat dalam seumur hidup? lebih2 lagi pada zaman moden ni...samaada sengaja atau terlelap atau terlupa...wajib atas kita yg meninggalkan solat dengan sengaja, terlelap, terlupa menggantikannya...bukan saje solat fardhu buleh diganti tapi solat sunat pun buleh diganti..cuma keutamaan atau kewajipan ganti solat fardhu adalah lebih utama...

Isu solat adalah isu berat...yg mana klu kita sentuh isu ni...buleh timbul pergaduhan atau konflik, sekalipun kita ajukan pada org Islam sendiri...namun begitu tetap menjadi kewajipan bagi manusia yg masih berakal utk menunaikan solat...selagi ada akal, selagi tu wajib melainkan dalam keadaan haid dan nifas...

Persoalan mula timbul bila ada antara kita yg sudah menyesal dihari tua dan menyedari bahawa kita dah byk meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa berganti...hinggakan jika dihitung, jumlahnya amat banyak...beribu2 jumlah rakaat...bayangkan umur sekarang dah 60 tahun...sejak dari muda masuk islam...sejak akil baligh xpenah solat...bayangkan jumlah yg perlu digantikan...

Ada yg ambil jalan mudah dengan menganggap "ALLAH FAHAM KEADAAN KITA"...xkanlah dah tua2 kena ganti semua solat yg ditinggalkan sejak akil baligh dulu...MATILAH KLU MACAM TU...hahaha...ini sume adalah golongan yg mengambil jalan mudah...nak senang..mereka pilih utk bertaubat je...tanpa perlu bersusah payah nak ganti balik solat yg berjumlah berpuluh2 ribu rakaat tu...entah fahaman dari mana yg mereka ceduk aku pun kurang pasti...

Kewajipan qadha solat adalah suatu perkara yg tidak perlu dianggap sebagai beban...bukannya kita perlu qadha 100 waktu sekaligus...sebaliknya hendaklah terus menerus ganti solat dengan azam dalam hati agar satu hari nnti kita akan dapat ganti semuanya...

Tidak ada larangan waktu bagi org yg nak ganti solat ni...setiap masa dimana jua...selagi ada kemampuan akal...selagi akal masih berfungsi...maka tetap diwajibkan menunaikan solat...bukannya ada mudarat pun jika qadha solat yg dulu2 punya zaman jahiliah...untung2 kita mati dalam keadaan kita tengah qadha solat...

Bayangkan bila malaikat mula2 sekali duk tanya tentang amalan solat kita, ternyata solat kita xlengkap...maka celakalah org itu sekalipun dia pada masa hidup puasa xpenah tinggal, haji berpuluh2 kali, sedekah jutaan ringgit, zakat bilion ringgit sekalipun...cuma kerana solatnya xlengkap...maka semua pahala dari amalan2 lain tidak akan dihitung...

Jangan nak pelik time tu kerana pada ketika hidup telah datang banyak peringatan tentang kepentingan menjaga solat...tiada guna amalan2 lain jika solatnya xlengkap...silalah fahami betul2...tiada diangkat pahala amalan2 lain hingga sempurna solat kita...iaitu kita perlu ganti yg mana kita tinggalkan pada masa dulu...

Kewajipan solat ni tidak pernah hilang...selagi akal kita masih sedar...selagi itu wajib..selagi akal kita buleh berfikir dengan waras...selagi itu wajib solat...jgn kerana terlantar kena stroke...xleh nak gerakkan badan, kita igt dah xwajib solat...solat ni wajib selagi akal kita waras...klu dah gila, dah xwajib...klu pengsan dua hari...xperlu nak qadha solat selama dua hari tu...kecuali sengaja buat pengsan...

Pendapat mengatakan wajib qadha solat lepas koma kerana koma itu otak masih berfungsi...cuma xleh nak bertindakbalas...justeru lepas dari koma, kita wajib ganti solat selama mana kita koma tu...

Kita ni amat malas...nak menyembah ALLAH pun berkira...yg xperlu keluarkan belanja satu sen pun...hutang kita pada manusia wajib kita bayar...even yg mati syahid pun sangkut jika ada hutang...Solat adalah hutang kita pada ALLAH...perlu dijelaskan..wajib dijelaskan...JANGAN SESEKALI MENGANGGAP ALLAH TU SAUDARA MARA KITA...iaitu dengan berkata...ala, xpe...tuhan faham keadaan kita yg sibuk, tua, xlarat ni...so taubat jela...xperlu nak qadha..hahaha...byk cantik muka...

Antara cara nak qadha solat ialah dengan mengerjakan solat fardu dahulu..diikuti dengan solat ganti...xsemestinya nak ganti solat zohor dalam masa zohor...contohnya kita solat fardu zohor...lepas tu kita nak ganti solat subuh ke asar ke maghrib ke isyak ke xde masalah...tidak ada ketetapan masa utk qadha solat ni...klu solat sunat ada waktu larangannya...tapi solat ganti ini tiada waktu yg dilarang...tapi melampaula org khutbah kita duk solat ganti sampai habis...huhu...

So mmg xde alasan xmau ganti solat melainkan MALAS...

P/s: Sila rujuk BAHRUL MAAZI JILID 3 BAB QADHA SOLAT.

6 comments:

Anonymous said...

macam mane pulak niat nak ganti solat ek?? saye mmg nak sgt gnti solat ni.. tapi takot salah niat plak

Admin said...

terima kasih kerana sudi bertanya...sebenarnya niat dalam bahasa melayu pun buleh..yang kita kena igt...sah niat bukan lafaz niat yang usolli tu..tapi yang dalam hati tu..jadi xda hal la lafaz usolli zohor tapi kita niat dalam hati asar..pasal dah asar..cuma tersasul zohor..klu nak layan..13x takbir pun xmasuk..hehehe..

Bab niat qada' solat ni pun senang je..sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat qada' kerana ALLAH taala" yang itu lah kena hadir dalam hati masa takbiratul ihram..

adapun klu nak yang lafaz arab tu..
usolli fardol zuhri arbaa rokaatin qodho an lillahi taala..lebih kurang camtulah bunyi dia..tapi klu nak senang..niat dalam bahasa melayu je..bukan wajib pun dalam bahasa arab tu..

waktu untuk qadha solat ni xda limit..anytime..contoh lepas kita solat zohor..kita nak qadha solat subuh..jumlah pun xda had..selagi mampu..nak qadha 100 waktu sehari pun xpa..direct je qadha subuh dari pagi sampai malam..huhu..itu contoh je..selamat beramal ye..moga solat kita diterima...amin...

Anonymous said...

Kalau kita z ingat dah berapa banyak solat yang kita tinggal macam mana??

Admin said...

Terima kasih atas soalan tersebut...Memangla kita akan lupa atau xpasti berapakah jumlah sebenar solat yang kita telah tinggal...walaupun ada perbezaan pendapat...namun kita harus tahu bahawa solat itu tiang agama...kalau solat tak cukup...ibadat lain tidak membawa apa2 makna...haji sejuta kali pun kalau tidak pernah solat maka xada pahala yang akan dicacat dalam buku amalan...

Berbalik pada soalan...kita harus ganti solat yang kita tinggal dengan sengaja, malas, atau tertinggal...ada ulamak kata kena ganti sampai kita rasa dah cukup dengan solat ganti kita...kerana bagi solat ganti tidak ada had masa..bila2 masa sahaja...tidak pula disyaratkan jumlah minima atau maksima..terpulang pada kemampuan kita...

Anonymous said...

Boleh ke lepas solat subuh , kita qhada solat subuh 10 kali . Dan Semasa zohor . Kita solat zohor n lepas tu solat qhada zohor 10 kali . Dan seterusnya .. boleh ke ????

Hady83 said...

Tidak ada masalah hatta 20 kali pun..sekiranya mampu dan tidak membebankan...cuma tidaklah sampai langsung tidak keluar rumah, tidak makan minum hingga memudaratkan diri..Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...