Rakan Seperjuangan

Sunday, September 13, 2009

Pandangan Islam mengenai ZALIM

Lama berhabuk dah aku xupdate kandungan blog ni...last sekali sebelum raya masa aku tinggalkan tajuk ni...itupun setelah aku mendengar ceramah dari Ustaz Kazim Elias yg berbicara tentang Zalim...

Aku baru tahu bahawa zalim dalam islam ni bermakna MELETAKKAN SESUATU BUKAN PADA TEMPATNYA...contohnya bila kita xbagi bantuan kepada org yg miskin yg betul2 memerlukan, sedangkan kita mmpu mengadakan rumah terbuka dan menjamu rakan2 kita yg bukan dari golongan miskin...apelagi jika org miskin tu adalah jiran kita...

tentu ramai yg berpendapat zalim tu adalah menganiaya org...melakukan kekejaman pada org...tapi berapa ramai yg tahu mengenai ZALIM dari sudut islam...

Tentu kita pernah jumpa ayat ini...Dari Surah HUD ayat 113..

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan"

Justeru tidak keterlaluan jika Ulamak mengatakan bahawa menolak hukum Islam adalah Zalim...kerana telah menganggap hukum lain itu lebih baik, mudah, sistematik, sesuai dari hukum Islam...klu xpercaya, sila tambah ilmu agama anda...

JANGAN sesekali duk anggap apa yg sekolah xpenah ajar tu adalah sesat...ramai yg xmau baca blog aku pasal adakalanya aku bercakap pasal bende2 yg sekolah xpenah ajar...bila org yg rendah ilmu agama baca suatu yg baru ni...xpasal2 depa ckp aku sesat...pasal kat sekolah, ustaz atau ustazah mereka xpenah pun ckp mcm aku ckp ni...

Aku pulak xde masa nak layan golongan yg xmahu mendalami agama ni...kalau mereka ingat setakat belajar agama tahap SPM dah cukup...maka lantak merekalah...

Berbalik pada soal Zalim ni, iaitu tidak meletakkan suatu pada tempatnya...contoh kita paksa budak2 belum mummayyiz jadi imam...segalanyalah yg kita buat atau kita sokong(cenderung)...

P/s: Jangan kita cenderung pada kezaliman...nnti xpasal2 kita disambar api neraka...

Friday, September 11, 2009

Remaja Malaysia Vs Remaja Palestin

Aku telah membaca satu entri dari blog mmber aku iaitu syahbandar87...
dalam entri dia ada menyebut pengalaman dia bertemu warga palestin yg dah berumur datang ke Malaysia dan bersama2 solat bersamanya...namun ape yg menarik perhatian aku adalah, intipati nasihat dan perkara yg dikongsi oleh warga palestine itu...

Antara kandungan ceritanya ada mengisahkan tentang seorang ibu yg sanggup menggadaikan barang kemasnya demi membeli senjata bagi menentang yahudi.

"beliau turut bercerita ttng seorang wanita palestien yang sanggup menggadaikan barangan kemas miliknya untuk membeli senjata kepada anaknya..untuk membolehkan anaknya berjihad di medang perang.kata wanita itu"ambil la senjata ini wahai anakku,jangan engkau balik selagi engkau tidak syahid ataupun tidak membunuh tentera yahudu dan memberi kemenangan kepada umat islam"..lalu anakknya dngn taatnye mendengar perintah ibunya itu..dan beberapa lama menantikan khabar dari anaknya akhirnya si anak ini menelefon ibu yang amat dirinduinya"ibu,saya amat rindukan ibu..saya telah berjaya membunuh 30orang tentera yahudi".."alhamdulillah wahai anakku".."bolehkkah saya balik sekarang ibu?".."tidak boleh,jangan sesekali engkau balik ke rumah ku selagi engkau tidak syahid dan jngn sesekali engkau balik ke rumah selagi engkau tidak dapat membebaskan tahanan2 umat islam oleh tentera yahudi"...lalu si anak ini mendengar lagi perintah ibunya kerana taat pada Allah..dan si anak ini dengan beraninya menyerang skali lagi tempat tentera yahudi untuk membebaskan umat islam yang ditawan..dan akhirnya ahlamdulillah si anak ini syahid di medang perang..apabila berita ini sampai kepada si ibu lalu si ibu ini sujud syurku pd Allah kerana mengambil anaknya di jalan syahid"




Begitu hebat warga palestin ini...mereka sanggup berkorban ape saja...klu warga palestin mcm warga malaysia, pasti dah lama tumbang negara palestin tu..huhu...kat sini senarionya lain...

KAT SINI IBU SANGGUP GADAI DAN JUAL BARANG KEMAS BAGI MEMASTIKAN ANAKNYA MENANG PERTANDINGAN NYANYIAN...hehehe...sanggup buat ape saje bg memastikan sokongan org ramai terhadap anaknya semakin bertambah...agar anaknya dikenali sebagai artis, org kampung setempat pun bangga bagi sokongan agar budak kampung mereka menang...mereka lebih bangga kampung mereka menghasilkan penyanyi...menghasilkan artis...malah ada masyarakat islam sendiri mencemuh pelajar lulusan agama yg baru tamat belajar dari luar negara...hehehehe...aku ckp ni berdasarkan pengalaman org lain yg penah mereka cerita kat aku..betapa mak ayah mereka sendiri malu kerana anak mereka ni lulusan agama...nnti org kampung akan pandang serong pelajar lulusan agama ni...yg panfang serong ni bukan org kafir tapi org islam sendiri...betapa bengongnya masyarakat malaysia...

Berbanding ibu di palestin yg xbagi anak dia balik rumah selagi xmati syahid...kita kat sini anak kena rotan kat sekolah pun dah naik mahkamah...mmber aku pulak pernah didatangi oleh bapa muridnya dengan mmbawa senapang...hehe..cikgu kat malaysia pun dinafikan hak utk mendidik...maybe ada cikgu yg melampaui batas...tapi aku dulu pun kena rotan juga..kena rotan pasal cikgu xmau kita ulangi salah yg sama...hehehe...

Bandingkan betapa bangga ibu yg mendapat tahu anaknya mati syahid...pernah aku dengar kisah serupa ini yg mana seorang ibu yg ketiga2 anak lelakinya gugur syahid di medan perang...ibu itu tidak marah pada ALLAH...xmcm situasi kat malaysia ni..bila anak lelaki mati, ibunya naik gila, meraung2...seperti perlakuan masyarakat arab jahiliyah...ikutkan hati nak je aku sound depan2...tapi dasar melayu mmg kena hormat org tua...tapi kat dlm blog ni..xde masa aku nak hormat2..yg salah tetap salah...



Paling meluat aku penah tgk adalah ibu2 kat malaysia yg menangis kerana anak mereka tersingkir dari pertandingan nyanyian, xkurang juga ada yg menangis kerana anak mereka menang...adakah aku ni anti artis? jawapannya mmg betul..aku mmg anti artis yg mengaku islam tapi tindak tanduk jauh dari landasan islam...klu aku redha dengan perbuatan mereka, aku risau aku akan turut disambar api neraka...bukan sume artis tu xbaik...tapi berapa kerat sangat yg baik?susahlah nak cakap dengan mereka yg xnak ambil tahu halal haram ni...

Nanti aku ckp sket kena cop ekstrem...padahal itu adalah hukum...klu nak pakai logik akal je..baik jadi ateis, freethinker, dan golongan anti agama...klu kita dah mengaku ALLAH itu tuhan kita, Nabi Muhammad itu Rasul kita, maka kita xlehla nak buat sesuatu tanpa memikirkan adakah perbuatan kita itu selari dengan islam atau tidak...yg aku perhatikan, org sekarang jenis redah je...

Orang yg bertudung mengutuk mereka yg pakai skirt pendek...padahal yg bertudung tu bukan tutup aurat dengan sempurna pun...yg xpakai tudung kutuk pempuan pakai seluar ketat baju ketat...padahal diri sendiri xmahu bertudung dan tutup aurat dengan sempurna...kita ni minda dah jauh dari islam...kita xkisah samaada itu aurat dari pandangan islam atau seksi pada pandangan masyarakat..jika xpakai tudung tapi xpakai skirt...masyarakat xpandang serong...yg aku heran, kita ni org islam ke org agama ape? dlm islam, xperlu pakai skirt pendek baru kena pandang serong...pakai baju tshirt lengan pendek atau baju lengan 3 suku dah kira haram...dah tahu dosa tapi masih xsegan nak buat...masih berbangga2 lagi...




Tengoklah aku yg ikut trend ni...xmcm org tu yg berjubah dan bertudung litup, berbaju longgar mcm makcik2...,padahal yg mcm makcik2 tulah yg cuba nak menjaga aurat dan cuba nak mematuhi perintah tuhan...





pasal takut dicop mcm makcik2 jubah pun dah ketat sampai nmpak bentuk badan...bengong punyer org..xtahu ke bentuk badan tu aurat? bukan saja nampak kulit tu aurat tapi bentuk badan, pinggang, peha, dada, punggung itu pun aurat...

Iblis tu cuma engkar pada perintah ALLAH cuma sekali...tapi kita engkar berkali2 hingga xterbilang...kita patut malu pada ALLAH...kerana wajah masih elok...xseperti wajah iblis yg terus bertukar buruk ketika dia engkar perintah ALLAH...Iblis BUKAN XMAHU SUJUD PADA ALLAH, tapi dia cuma xmahu sujud(setengah ulamak kata tunduk) pada Nabi ADAM...

Tapi kita lagi teruk dari Iblis...KITA XMAHU SUJUD PADA ALLAH...kita xmahu menurut perintah ALLAH...kita nak buat peraturan sendiri...kita pandai2 buat penilaian sendiri...sedarlah wahai manusia....

Akhir kata, selagi aku hidup...selagi itu aku akan bersuara...aku ni jenis xleh tgk kesalahan dan ketidakadilan org lain...walaupun aku bukan sempurna...tapi aku tetap mahu beri sepatah dua kata bagi menyedarkan mereka yg hanyut dan jauh dari jalan2 Islam...

Dah takdir aku dilahirkan pada akhir zaman...zaman yg nabi sendiri pernah bagi amaran...zaman dimana tanda2 kecil kiamat dah berlaku depan mata aku sendiri...jadi aku kena usaha lebih lagi...zaman dimana islam itu dianggap punca kemunduran...islam punca perpecahan, islam punca keganasan...

P/s: lega sket dapat tulis ape yg terbuku kat hati ni...hehehe...

Tuesday, September 8, 2009

Yang Buatkan Aku Menangis




Siapa kata lelaki susah nak menangis?Sape kata klu lelaki menangis tu xgentlemen? sapa kata lelaki menangis xmacho?hehe...itu terpulang pada keadaan...klu menangis kerana tgk drama kat tv..mmg xmacho lah lelaki tu..hehe..nak2 pulak drama rekaan semata2...dahla kisah cinta..rekaan pulak...

Tajuk kali ini agak sempoi...aku nak ajak pembaca2 blog ni menangis sama...klu xmau menangis pun..sebak dihati cukuplah...hehehe...akhir2 ni aku dapati aku senang sekali mengeluarkan air mata(walaupun aku lelaki)...klu dulu masa kecik2, bila nak tido duk pikir pasal kematian mak ayah aku, aku akan nangis serta merta...selain dari menangis dibuli oleh 3 orang abang aku, menangis kerana disebat mak aku, disebat ayah aku, menangis pasal sakit terjatuh dan menangis bila tgk ayam yg aku suka kena sembelih...itu masa kanak2...dah remaja sket, aku cuma menangis bila aku rasa sakit hati dan marah yg teramat2...dah tua2 ni...aku menangis kerana banyak perkara...

Dah sampai peringkat dewasa ni(umur dah 26 tahun 8 bulan)...aku dapati aku terlalu mudah mengalirkan airmata...terutama ketika berseorangan...aku mmg xkan menangis kerana kematian sape2(melainkan masa kecik2 aku duk bayangkan jika mak ayah aku mati)...dah dewasa ni, aku dengan mudahnya mengalir air mata bila teringat pasal kematian...bila baca artikel atau penulisan pasal alam akhirat, siksaan2, syafaat dan pengorbanan nabi(ini part yg baik la aku rasa)..selain dari itu, aku juga menitiskan airmata bila dengar nasyid pasal kematian, nasyid pasal pengorbanan ibubapa...disamping itu aku juga menangis bila terbaca pasal penderitaan umat2 islam dan anak2 yatim...

Terbaru..beberapa hari lepas, aku ada terbaca pasal kisah seorang anak yatim di masjid Quba'...melalui blog ustazamin.com...



Paling terbaru pulak bila tgk rancangan mcm2 aznil...part dicabar lelaki menangis...dipasang lagu sudirman, ayah dah ibu...aku pun menangis sama...hehehe...

Selain itu...lagu nasyid dari arab iaitu Farshi at-Turab...memang buleh buatkan aku menangis dan sebak( hanya ketika layan sorang)..lagu nasyid selimut putih, kasih ibubapa juga buleh buat aku menangis...huhu...



Antara lain, yg buatkan aku menangis adalah ketika aku berseorangan mengenang anugerah dan nikmat ALLAH yg tidak terhingga kepada aku sejak aku lahir hingga ke hari ni..aku ni mmg bukan hamba yg bersyukur, dan kerana itu, ketika aku igt akan nikmat2 ALLAH pada aku...aku akan menangis...ketika dalam kesusahan, aku hanya mengadu pada ALLAH dan pada masa itulah aku akan menangis kerana aku malu dengan dosa2 aku pada ALLAH...tapi ALLAH tidak pernah mengabaikan permintaan dan doa2 aku...cepat atau lambat...segala doa2 aku telahpun tertunai...hati mana tidak menangis bila mengenangkan diri aku yg penuh dosa dan noda ini selalu sahaja disedarkan...ketika mana aku terlalu asyik dengan dunia...maka pasti aku akan ditimpakan kesusahan bagi mengingatkan aku pada ALLAH...justeru aku malu pada ALLAH dan ketika itu...aku akan menangis...(tapi hanya jika aku keseorangan)

Paling bodoh dalam dunia adalah menangis kerana makwe(walaupun aku pernah menangis kerana makwe) tapi aku berasa amat bodoh bila mengenangkannya...baik menangis mengenangkan susah payah mak kita mengandungkan kita selama 9 bulan...xleh tinggal walaupun satu saat...kemana2 saja duk bawak kita dengan perut membusung itu...kita dah besar ni pulak xtahu nak hargai jasa mereka...kita patut menangis bila kenangkan itu..bukan menangis bila baca novel rekaan tu...

Sebelum terlupa..aku juga menangis bila teringatkan kematian aku sendiri...aku sedih jika aku mati dalam keadaan tercabut iman...aku risau jika berlaku apa2 selepas aku mati...risau jika mayat aku bertukar jadi hitam ke, kepala binatang ke, kubur xmau terima ke..dan macam2 lagilah...aku sedih bila mengenangkan jika aku mati, aku belum cukup amal...kadang2 datang lintasan dalam hati bahawa aku cintakan dunia dan benci mati...tapi itu adalah lintasan dari syaitan...buang masa aku layan...yg hidup pasti mati...cuma harap2 aku mati dlam keadaan yg suci dari segala dosa...alangkah malunya jika aku mati dalam keadaan berbuat maksiat...huhu...

Tuhan dan Artis?

Kita kat Malaysia negara yg dihuni oleh umat islam yg majoriti umat islamnya adalah melayu ni pasti selalu sangat mendengar ungkapan ini dari artis2 atau org2 kenamaan...tapi kali ni aku cuma nak fokus pasal artis je...aku bukan xsuke artis, tapi part yg mana perlu aku kritik, aku akan kritik, pasal depa2 ni adalah golongan yg elit...segala perlakuan mereka akan memberi impak yg besar kepada mereka yg kurang jatidiri dan kurang imannya...

"InsyaALLAH album/filem/teater/konsert/drama/show saya akan diadakan pada...."

"Syukur pada ALLAH S.W.T kerana telah memberi kemenangan pada saya..."

"Walaupun saya dicemuh oleh pelbagai pihak, namum ALLAH TAALA masih lagi beri rezeki kepada saya..."

"Terlebih dahulu syukur pada ALLAH kerana saya telah berjaya menyiapkan filem/album...."

"Rezeki dan tawaran yg tidak putus2 ni adalah petanda ALLAH masih beri rezeki pada saya utk terus..."


Pasti telinga kita ni dah jemu dengan ungkapan2 sebegitu dari artis2 malaysia...mereka ni suka2 je guna nama ALLAH sebagai "pelengkap" kenyataan mereka...kenapa aku panggil "pelengkap"?

Ini kerana ada antara mereka ni tidak layak utk meletakkan nama ALLAH dalam kenyataan mereka, seolah2 ALLAH merestui tindakan mereka itu...padahal jika dirujuk kembali pada hukum syarak...mereka ni majoritinya terlibat dlm perlakuan2 yg buleh jatuh pada haram....ANTARANYA:

1.Penyanyi perempuan mmg dah terang2 haram disisi Islam- hanya dibenarkan menyanyi dihadapan lelaki mahram sahaja.

2. Penyanyi atau pelakon yg tidak menutup aurat semasa menyanyi atau berlakon- dah berbuih mulut nasihat depa ni xmau dengar.

3. Berlaku adegan2 yg haram seperti sentuhan dan pelukan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram semasa berlakon- konon nak menjiwai watak tapi ia jelas haram dari segi syarak kerana bukan darurat.

4. Mempersendakan hukum syarak semasa melakukan adegan lakonan- dalam lakonan jadi isteri solehah, tapi kat luar hancus.

5. Pergaulan bebas sesama artis hingga melebihi batasan syarak boleh dilihat melalui gambar2 ketika mereka "berparti sosial".


Cukuplah 5 hujah ni...cuma perlu diingatkan bukan sume artis ni xelok...mcm artis2 lelaki kumpulan nasyid tu, mmg diharuskan oleh syarak..cuma part penyanyi nasyid wanita tu yg jadi persoalan...bila masa Islam ni benarkan penyanyi perempuan cari nafkah dengan cara menyanyi utk didengar oleh lelaki bukan mahram?

Amat malang sekali nasib umat Islam dimalaysia ni yg masih terlalu mengagung2kan artis yg jika dilihat, mmg tidak mengikut peraturan syarak, tapi masih berselindung dibawah ungkapan2 seperti syukur ALHAMDULILLAH, saya baru saje mengeluarkan album/filem terbaru pada....

Rata2 filem kat malaysia ni tidak akan lepas dari perlakuan tidak menutup aurat dan adegan berpeluk dan berpegangan tangan...kedua2 perlakuan ini adalah haram...maka hasil yg diperolehi pun haram...kita yg tgk dan bagi sokongan pun xkan terlepas dari mendapat habuan...klu xbanyak, sedikit...jika kita redha dengan perlakuan mereka...maka kita sendiri akan termasuk dlam golongan yg dimurkai oleh ALLAH...

Perlu diingat, penggunaan nama ALLAH sebagai "pelengkap" kenyataan adalah satu perbuatan yg amat memalukan umat islam...seperti kata pencuri...Syukur pada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, saya masih belum ditangkap polis...yg beza antara mencuri dengan artis2 yg tidak mengikut peraturan syarak ialah, artis2 ini dipuja dan disanjung, manakala pencuri dihina dan dikeji...padahal kedua2nya adalah tetap salah dari segi syarak.


P/s: hairan macam mana umat islam lebih taksub pada artis berbanding ajaran2 Islam sendiri...tidak kah kita sedar akan seksaan kubur dan hari pengadilan? siapa yg baik amalnya, maka baiklah balasannya...siapa yg mensia2kan hidupnya, maka termasuklah di kalangan orang2 yg rugi...Wallahua'lam...

10 Golongan Yang Tiada Diterima Solatnya

Dari ceramah Ustaz Kazim, menggunakan kitab Muhimmah...

Mereka ini tidak diterima solat sehingga mereka tidak bertaubat....tetapi solat mereka itu sah...cuma pahala xdikira sehingga mereka bertaubat...




1. Mereka yg tidak solat berjemaah bila mendengar azan dari bilal. Azan suara asli dan bukannya dengan dengan pembesar suara...hehe..utk lelaki sahaja...perempuan boleh datang jika menimbulkan fitnah...ORANG YG DENGAR AZAN DAN IQAMAH TAPI XHADIR SOLAT BERJEMAAH.

2. Mereka yg tidak mengeluarkan zakat harta...zakat bayar, tidak solat, maka zakatnya ditolak...TUNAIKAN SOLAT DAN KELUARKAN ZAKAT...

3. Mereka yg berbuat zina...mereka yg berzina telah hilang imannya..seperti org yg pakai baju menanggalkan bajunya...abih sume parut dan panau, kurap dan semuanya terlihat...cantiknya manusia kerana iman...berzina menyebabkan iman tertanggal.

4. Mereka yg memakan riba...dosa makan riba ibarat dosa bunuh nabi...beli kereta secara islam tapi INSURANS cara konvensional..huhu..

5. Mereka yg menyamun dan mencuri...imam yg kerjanya penyamun pun sah solatnya..cuma pahala xditerima sehingga dia bertaubat dan memulangkan semula barang curiannya...

6. Mereka yg minum benda yg haram...setitik arak 40 hari xditerima solat...klu satu tin? satu botol? satu gelen?

7. Mereka yg makan benda yg haram...haram mutlak=babi, harimau, katak, arak...haram kerana bukan hak= rambutan curi dan sebagainya...

8. Mereka yg menjual makanan/benda yg haram...contoh bela katak utk dijual utk makanan org bukan islam...jual babi utk dijual sebagai makanan org bukan islam...ternak lintah harus, asalkan utk perubatan...

9. Mereka yg lari dari tuan...hamba yg lari dari tuan...termasuk suami yg meninggalkan anak isterinya tanpa beri nafkah...

10. Perempuan yg masam muka, lawan cakap, dan derhaka pada suami...ini yg ramai pempuan tidak ambil peduli...tidak diterima solat mereka selagi bermasam muka pada suami...juga PEREMPUAN YG KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI...kecuali datang kuliah ilmu fardhu ain...kerana belajar ilmu fardhu ain tu wajib..adapun ziarah org sakit dan sebagainya, klu suami larang pergi, isteri pun pergi jugak, selama perempuan tu keluar juga, maka selama itu perempuan itu dalam murka ALLAH dan para malaikat dan setiap yg terbang diudara melainkan jin dan manusia...hingga dia balik kerumah dan minta maaf pada suaminya dan suaminya ampunkan...



Diriwayatkan juga bg perempuan2 yg memakai wangi2an dan pergi kepada kaum lelaki utk dihidu wangiannya...maka dosanya seperti melakukan zina...haram perempuan pakai minyak wangi pergi masjid dan surau...HILANGKAN BAU BUSUK...DAN BUKAN DENGAN PAKAI WANGI2AN...bayangkan betapa jahilnya perempuan kita sekarang, 100 meter dah boleh bau wangi...lelaki yg mengejar perempuan kerana bau wangi perempuan itu juga dapat dosa seperti berzina...

Tapi klu pakai wangi2an utk suami dirumah dapat pahala...asalkan bukan utk org lain...tapi pempuan kat umah ni baunya xberapa nak wangi..huhu...

Bagi perempuan yg kutuk suaminya, perli suami, contoh ajak suami pergi TESCO, suami xmau teman, pastu isteri kata, ABG NI AJAK PEGI MANA PUN XMAU PERGI!!!!...maka dengan itu, terbatal lah amalan isteri itu...termasuklah isteri yg merendah2kan suaminya...ABG NI DARI MUDA SAMPAI TUA, HARTA XPERNAH CUKUP...BERBASIKAL DARI MUDA SAMPAI TUA..yg ni pun buleh menyebabkan terbatal amalan isteri tu..melainkan lepas dimaafkan oleh suami...ini adalah perkara biasa bg perempuan yg TIDAK TAKUT PADA ALLAH...

Mana2 perempuan yg MINTAK CERAI dengan suami tanpa sebab munasabah, tanpa sebab yg dibenarkan syarak, maka diharamkan mencium bau syurga...kecuali bg suami yg dah tiga bulan xberi sebarang nafkah pada isteri...suami yg ada kat umah tapi xmmpu bagi nafkah kerana malas, suami yg dah lama "tak sentuh" isterinya...suami xbertanggungjwab sperti menagih dadah...suami berpenyakit berbahaya seperti AIDS, gila, separa gila..ataupun suami kaki pukul, ataupun suami halang dia beribadat dan menyuruh isteri berbuat maksiat...

TAPI xleh mintak cerai bila suami nak kawin lagi satu...kerana poligami dibenarkan oleh syarak...jika mintak cerai semata2 suami kawin lain...MAKA DIHARAMKAN BAU SYURGA BAGINYA...juga bagi perempuan yg minta cerai kerana nak kawin dengan lelaki lain...dan juga mintak cerai tanpa sebab...

P/s: aku patut buat dua tajuk berbeza..tapi xpelah terbabas sket..pasal kuliyah ni mmg duk sebut pasal dua isu ni...kitab MUHIMMAH...penting bagi keharmonian rumahtangga...

Sunday, September 6, 2009

Hukum Pakai Gelang Kaki






Dalam salah satu kuliyah Ustaz Azhar yg baru sahaja aku dengar...ada persoalan tentang hukum perempuan yg memakai gelang kaki...

Jawapan yg diberi adalah ringkas sahaja tapi bagi aku ia dah cukup...jawapannya adalah harus bagi kanak2 perempuan dan perempuan2 yg telah bersuami...dengan syarat, perempuan bersuami pakai gelang tu atau tunjuk gelang tu utk suami sahaja...

Tapi pempuan sekarang ni pakai redah je..yg belum kawin pun "gedik" nak pakai gelang kaki...pastu tayang kat lelaki2 pulak..maka itu adalah haram hukumnya..walaupun xtermasuk dalam dosa besar..tapi ia tetap haram jika perhiasan itu dilihat oleh lelaki bukan mahram...

Buat apelah nak buat klu berdosa kan? Bagi perempuan yg telah bersuami pulak..klu kat luar rumah..hendaklah menutup gelang kaki itu..ada banyak cara seperti tutup dengan stokin...pakai kain labuh yg menutup gelang kaki itu..

Islam agama yg xlarang umatnya nak mengikut fesyen...tapi fesyen tu hendaklah selari dengan hukum syarak...hidup kat dunia ni bukan lama sangat pun..xpayahla nak berlagak sombong dengan cuba nak "mencabar" hukum2 syarak...

P/s: sape yg makan cili, dia yg rasa pedas...sape dia ustaz azhar ni yg berani ckp haram pakai gelang kaki bagi pempuan belum kawin..ni aku nak bgtau, dia ni bukan ulamak besar..dia pun xpenah buat fatwa, tapi dia cuma cakap berdasarkan ape yg telah difatwakan oleh para ulamak sebelum ni...aku pulak cuma ringkaskan kandungan dia..pasal dia ckp dlm bahasa terengganu...takut2 ada yg kurang paham...

Wednesday, September 2, 2009

Permasalah Terawih: 8 ke 20?






Setiap tahun ketika ramadhan...pasti akan timbul masalah ni...8 rakaat ke 20? yg 8 ni ckp 20 xbetul..yg 20 rakaat kat 8 ni xbetul...aku pun sehingga aku belum post entri ni pun menghadapi masalah yg sama...sehingga aku dgr ceramah dari ustaz Kazim...dia ni agak terer nak explain bende2 cam ni...hehehe...

Dia huraikan dengan mudah saja...yg buat 8 pun betul, buat 20 pun betul, yg xbetulnya buat 2 rakaat sahaja dan yg xbuat langsung...yg 8 duk marah kat 20 pasal bidaah...hujah nabi buat 8 je...tapi tahukah kita bahawa 8 rakaat nabi tu ambil masa berjam2..bukan 8 rakaat nabi tu cuma 10 minit mcm kita buat...Nabi baca AL Baqarah, AN Nisak dan ALI Imran...tiga surah ni mmg paling panjang...makan masa berjam2...klu ada yg dakwa buat 8 tu nak ikut nabi..xmau buat 20 pasal nabi buat 8..persilakanlah buat 8, tapi silakanlah baca 3 surah tu...alang2 nak ikut nabi..ikutlah semua..ini tidak..pandai cari helah nak buat 8 pasal pendek...surah pun pendek2..inna a'toina dan Al Ikhlas...

Yang buat 20 pun betul..8 pun betul..pasal terawih ni paling kurang 8 rakaat...klu mmpu buat sampai 60 pun buatla...pada zaman Umar, dia buat 20..zaman Uthman, terawih ni 60 rakaat...persoalannya? adakah kita ni lebih ALIM dari Umar? lebih Alim dari Uthman...dua org ni adalah sahabat nabi yg dijanjikan syurga...kita ni apa taraf? tapi nak memandai2 kata 20 ni bidaah..SETIAP BIDAAH TU SESAT?

Cuba g kat Imam besar masjidil haram tu...kata kat depan dia...pasal kat Masjidil haram buat 20 rakaat...cubalah komplen depan dia..ckp 20 ni bidaah..dan setiap bidaah tu sesat...setakat ckp kat org melayu yg lemah lembut ni bulehla...hehehe...

paling pelik kenapa yg buat 20 je kena tuduh bidaah? yg buat 10 ke 12 ke xde pulak kena tuduh teruk2..inilah org melayu kita...hanya nak ikut nabi pasal nabi buat 8 rakaat...tapi kita xtahu 8 rakaat nabi tu lebih lama dari kita terawih 20 rakaat...

Kesimpulannya..jgn nak tunjuk terer kerana tanpa kita sedar...KEJAHILAN kita terserlah pada pandangan ALIM ULAMAK...

Benda HARAM mmg Tidak ada pilihan lain:

Tidak pakai tudung tapi xmemaki hamun org...
Pakai tudung tapi nampak leher
Pakai tudung tapi nmpak lengan

sama je haram pasal tutup aurat tu wajib

Puasa penuh tapi solat xpenah buat..
Saya xsolat tapi saya xmaki hamun org.
Saya xpuasa tapi saya bazar zakat.

mmg haram jika tinggal solat

Saya xminum arak, cuma tuang atau hidang je
Saya xpenah masuk kelab, saya cuma drebar bawak arak je
Saya xminum arak, saya cuma keje angkat bekas berisi arak je

Tetap haram kerana arak itu haram beserta golongan2 yg bersekongkol dgn urusan berkaitan arak.



P/s: Nabi buat terawih secara sendiri kerana risau umatnya sangka terawih tu wajib...pasal tu pada akhir2 ramadhan, nabi buat terawih kat rumah, kerana xmahu org lain sangka terawih ni wajib...bukan yg buat jemaah tu bidaah...kita ni lagi hebat dari UMAR? Wallahua'lam..

Tuesday, September 1, 2009

Akibat Jahil






Antara kelebihan bulan ramadhan adalah ditangguhkan dulu azab kubur sehingga berakhirnya bulan ramadhan...bg sape yg xmau percaya akan azab kubur, lantaklah...maybe dia igt yg mati jadi abu tu akan lepas dari azab kubur pasal xde kubur..yg mati dimakan harimau dan buaya dan jaws pun xkan kena azab jugak..pasal org yg jahil ni bawak marilah 10 kitab pun depa xkan terima...klu yg beriman, satu perkataan pun dah cukup...satu perkataan sahaja tau...berbanding org yg jahil yg mintak dikemukakan pelbagai dalil baru nak percaya...huhu...mintak2 kita ni dijauhkan dari golongan yg jahil...

Sebenarnya aku pun xde tajuk yg sesuai bagi entry kali ni...tapi aku nak ceritakan pasal ibubapa yg setelah mati pun masih diazab oleh ALLAH didalam kubur KERANA PERBUATAN ANAK DAN ISTERI mereka yg masih hidup....siapakah golongan malang ni..dahla atas dunia susah payah nak besarkan anak dan sara isteri...dah mati kena azab pulak atas perbuatan anak dan isteri...

Golongan yg dimaksudkan adalah ibubapa yg tidak menegur atau membimbing anak dan para suami yg tidak menegur dan membimbing anak2 dan isteri2nya kearah kebaikan semasa hidupnya...contohnya isteri atau anak dia yg dah baligh tidak menutup aurat di depan mahram, tapi si bapa atau suaminya diam saja...suruh pun x, larang pun x...contoh satu lagi adalah para ibubapa dan suami yg penah nak didik anak dan isteri agar mendekati ajaran Islam dan menunaikan perintah agama seperti solat lima waktu...anak dia solat ke x, isteri dia solat ke x, dia xpenah nak ambil tahu...yg dia ambil tahu jika anak atau isterinya cukup duit atau x...

Maka khabarkanlah berita malang bagi golongan yg xmenegur dan membimbing anak dan isteri mereka ini semasa mereka hidup...maka lepas ibubapa atau suami ni mati...dan pada ketika itu anak2nya tidak menunaikan tuntutan agama seperti xmenutup aurat, tidak solat dan sebagainya, hasil dari kurangnya didikan dan teguran dari ibubapa atau suaminya...maka menderitalah mereka didalam kubur..ditambahkan bagi mereka azab setiap kali anak dan isteri mereka berbuat kejahatan...bukan sahaja kena azab dikubur..malah diakhirat akan menerima azab yg lebih pedih dan dasyhat...

So..bg mereka yg terlibat...xkiralah siapa2 pun...tolonglah jgn ditambah lagi azab pada ibubapa atau suami yg telah meninggal dunia..dosa mereka pun dah xlarat nak tanggung..ditambah pulak dengan dosa kita yg masih hidup ni...setiap kali kita mendedahkan aurat, tidak solat, tidak puasa..maka bertambah2 la azab ibubapa atau suami kat dlm kubur tu...

Bagi bakal suami, bakal ibubapa...jgn ambil mudah amanah mendidik anak dan isteri...jika kita xreti nak ajar, kita buleh upah org ajar...yg penting kita dah melaksanakan tugas kita menegur dan membimbing mereka ke jalan yg benar..andai selepas kematian kita, mereka ni tidak menunaikan tuntutan agama...maka kita dah xperlu nak tanggung dosa mereka...

P/s: Fuhh..penatla nak sentuh pasal aurat dan solat ni...lain entri aku xde..aurat solat aurat solat...ape nak buat..tugas dakwah adalah fardhu kifayah...dan aku pun kasih pada saudara seagama...jadi aku xsampai hati nak simpan ilmu yg ada pada aku ni utk aku sorang tanpa berkongsi dengan org lain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...