Kita kat Malaysia negara yg dihuni oleh umat islam yg majoriti umat islamnya adalah melayu ni pasti selalu sangat mendengar ungkapan ini dari artis2 atau org2 kenamaan...tapi kali ni aku cuma nak fokus pasal artis je...aku bukan xsuke artis, tapi part yg mana perlu aku kritik, aku akan kritik, pasal depa2 ni adalah golongan yg elit...segala perlakuan mereka akan memberi impak yg besar kepada mereka yg kurang jatidiri dan kurang imannya...
"InsyaALLAH album/filem/teater/konsert/drama/show saya akan diadakan pada...."
"Syukur pada ALLAH S.W.T kerana telah memberi kemenangan pada saya..."
"Walaupun saya dicemuh oleh pelbagai pihak, namum ALLAH TAALA masih lagi beri rezeki kepada saya..."
"Terlebih dahulu syukur pada ALLAH kerana saya telah berjaya menyiapkan filem/album...."
"Rezeki dan tawaran yg tidak putus2 ni adalah petanda ALLAH masih beri rezeki pada saya utk terus..."
Pasti telinga kita ni dah jemu dengan ungkapan2 sebegitu dari artis2 malaysia...mereka ni suka2 je guna nama ALLAH sebagai "pelengkap" kenyataan mereka...kenapa aku panggil "pelengkap"?
Ini kerana ada antara mereka ni tidak layak utk meletakkan nama ALLAH dalam kenyataan mereka, seolah2 ALLAH merestui tindakan mereka itu...padahal jika dirujuk kembali pada hukum syarak...mereka ni majoritinya terlibat dlm perlakuan2 yg buleh jatuh pada haram....ANTARANYA:
1.Penyanyi perempuan mmg dah terang2 haram disisi Islam- hanya dibenarkan menyanyi dihadapan lelaki mahram sahaja.
2. Penyanyi atau pelakon yg tidak menutup aurat semasa menyanyi atau berlakon- dah berbuih mulut nasihat depa ni xmau dengar.
3. Berlaku adegan2 yg haram seperti sentuhan dan pelukan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram semasa berlakon- konon nak menjiwai watak tapi ia jelas haram dari segi syarak kerana bukan darurat.
4. Mempersendakan hukum syarak semasa melakukan adegan lakonan- dalam lakonan jadi isteri solehah, tapi kat luar hancus.
5. Pergaulan bebas sesama artis hingga melebihi batasan syarak boleh dilihat melalui gambar2 ketika mereka "berparti sosial".
Cukuplah 5 hujah ni...cuma perlu diingatkan bukan sume artis ni xelok...mcm artis2 lelaki kumpulan nasyid tu, mmg diharuskan oleh syarak..cuma part penyanyi nasyid wanita tu yg jadi persoalan...bila masa Islam ni benarkan penyanyi perempuan cari nafkah dengan cara menyanyi utk didengar oleh lelaki bukan mahram?
Amat malang sekali nasib umat Islam dimalaysia ni yg masih terlalu mengagung2kan artis yg jika dilihat, mmg tidak mengikut peraturan syarak, tapi masih berselindung dibawah ungkapan2 seperti syukur ALHAMDULILLAH, saya baru saje mengeluarkan album/filem terbaru pada....
Rata2 filem kat malaysia ni tidak akan lepas dari perlakuan tidak menutup aurat dan adegan berpeluk dan berpegangan tangan...kedua2 perlakuan ini adalah haram...maka hasil yg diperolehi pun haram...kita yg tgk dan bagi sokongan pun xkan terlepas dari mendapat habuan...klu xbanyak, sedikit...jika kita redha dengan perlakuan mereka...maka kita sendiri akan termasuk dlam golongan yg dimurkai oleh ALLAH...
Perlu diingat, penggunaan nama ALLAH sebagai "pelengkap" kenyataan adalah satu perbuatan yg amat memalukan umat islam...seperti kata pencuri...Syukur pada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, saya masih belum ditangkap polis...yg beza antara mencuri dengan artis2 yg tidak mengikut peraturan syarak ialah, artis2 ini dipuja dan disanjung, manakala pencuri dihina dan dikeji...padahal kedua2nya adalah tetap salah dari segi syarak.
P/s: hairan macam mana umat islam lebih taksub pada artis berbanding ajaran2 Islam sendiri...tidak kah kita sedar akan seksaan kubur dan hari pengadilan? siapa yg baik amalnya, maka baiklah balasannya...siapa yg mensia2kan hidupnya, maka termasuklah di kalangan orang2 yg rugi...Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment