Rakan Seperjuangan

Tuesday, August 31, 2010

Penentuan Lailatul Qadar, Satu Cara

Sejak permulaan puasa lagi aku nak kongsi benda yang aku dah dengar sejak bertahun-tahun lamanya ini...yang aku dengar secara tak sengaja melalui satu rancangan slot agama di Radio...ustaz jemputan pada hari itu menerangkan bahawa ulamak2 sufi terdahulu ada satu cara untuk menentukan lailatul qadar melalui hari permulaan puasa...

Ia bagaikan satu formula yang digunapakai namun ia tidak semestinya tepat, tetapi banyak tahun juga formula ini menjadi, tambah ustaz itu disamping menerangkan apakah yang akan berlaku di pagi keesokan harinya jika lailatul qadar berlaku pada malamnya...antaranya ustaz itu menyebut cahaya matahari pagi seolah2 terlindung dengan sesuatu yg kita kaitkan dengan sayap malaikat2...dan kebetulan pada tahun itu...aku dapat melihat sendiri betapa cahaya mentari pagi yang umumnya kemerah2an itu menjadi keputih2an dan matahari seolah2 terlindung dipagi harinya...

Aku ada menyalin formula itu dalam bentuk KAEDAH MOKHDAR, yang aku belajar ketika aku tingkatan 3...aku cuma perlu ingat LUJALMAJAG...LUJALMAJAG...bunyi yang pelik tapi ia membawa makna yang tersendiri bagi aku...

LUJALMAJAG= 9179573...aku cuma tetapkan nombor ganjil sahaja...kerana lailatul qadar berlaku pada 10 malam terakhir dan pada malam yg ganjil...ini bermakna 9179573=29,21,27,29,25,27,23 yang aku susun bermula hari ahad hingga hari sabtu...

Ini bermakna....jika hari permulaan puasa adalah hari ahad, kemungkinan lailatul qadar adalah pada malam yang ke 29 ramadhan..

Jika puasa bermula pada hari AHAD= Kemungkinan besar malam ke 29
Jika puasa bermula pada hari ISNIN= Kemungkinan besar malam ke21
Jika puasa bermula pada hari SELASA= Kemungkinan besar malam ke 27
Jika puasa bermula pada hari RABU= Kemungkinan besar malam ke 29
Jika puasa bermula pada hari KHAMIS= Kemungkinan besar malam ke 25
Jika puasa bermula pada hari JUMAAT= Kemungkinan besar malam ke 27
Jika puasa bermula pada hari SABTU= Kemungkinan besar malam ke 23

Ini bukannya dari hadis nabi atau dari al Quran tapi ini hanya formula yang dicipta oleh ulamak2 sufi terdahulu...mereka mungkin diberikan kelebihan yang istimewa hingga dapat membuat formula seperti ini...tapi sebagai orang Islam yang sempurna...kita tidak sepatutnya menunggu malam2 tertentu sahaja utk beribadat dan mencari lailatul qadar...

Formula ini bukannya 100% betul tapi kebanyakkannya mengena...contohnya tahun 2010 ini hari bermula puasa adalah pada hari rabu, maka kemungkinan lailatul qadar adalah pada malam ke 29 ramadhan...tapi kita tidak perlu tunggu sehingga malam ke 29 baru nak beribadat bersungguh2...ada kemungkinan lailatul qadar berlaku sebelum malam ke 29...kita umat islam cuma harus percaya bahawa lailatul qadar pasti berlaku...nabi pesan agar mencari lailatul qadar pada malam 10 terakhir dan nabi membanyakkan ibadat pada malam2 yang ganjil...ini adalah satu hikmah kepada kita semua agar kita terus beribadat tanpa menunggu satu malam sahaja utk beribadat...

Tujuan aku kongsi formula ini adalah bagi panduan bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana hendak menentukan lailatul qadar...memandangkan ini hanya satu formula...tidak semestinya ia tepat...namun mengikut pengalaman aku...pernah juga formula ini menjadi...aku akan tertunggu2 keesokan paginya dan ternyata dapat lihat perubahan pada cahaya matahari pagi...tapi bukannya tiap2 tahun ia berlaku...ini cuma formula yang dibuat oleh ahli2 sufi terdahulu...

Jangan pulak nak tuduh aku bidaah ke ape...aku cuma kongsikan kat sini...agar aku tak lupa apa yang ada dalam kepala aku ni apabila aku meningkat tua kelak...aku pun tidak paksa agar orang menerimanya...malam ini pun malam 21 ramadhan...kemungkinan malam ni adalah lailatul qadar...tiada siapa yang tahu melainkan setelah ia berlalu, menerusi tanda diawal pagi apabila cahaya matahari seolah2 terhalang...

P/s: Malam yang lebih baik dari 1000 bulan...bagi mereka yang menghabiskan malam itu dengan maksiat..alangkah ruginya...

Wednesday, August 25, 2010

Masalah Buang Bayi

Mengambil kesempatan mata yang masih lagi keras tak mahu tido ni...aku pun nak menulis sedikit pasal isu buang anak ni...dah bosan aku dengar lagu ulang2 kat astero tu pasal buang anak tu...adakah aku ni langsung tak ada sensitiviti bila melihat gambar bayi dibuang?Sudah tentulah ada, cuma aku tak berapa berkenan dengan jalan penyelesaian yang tidak keterlaluan jika aku katakan...cara yang tidak mengikut agama dan ikut suka hati itu tidak akan berjaya...

Dulu dalam satu khutbah jumaat aku penah dengar khatib menyampaikan rasa kurang senang dengan jalan penyelesaian oleh golongan yang mengaku cerdik pandai dalam usaha mencegah pembuangan bayi, penyebaran penyakit aids dan sebagainya...menurut kata khatib tersebut...cara2 yang dicadangkan itu semuanya adalah mengarut dan tidak masuk akal...jauh menyimpang dari ajaran Islam...beliau khuatir jika golongan yang mengaku cerdik pandai itu terus menerus mencadangkan jalan penyelesaian yang lebih mengarut seperti beri jarum percuma, beri kondom percuma dan sebagainya...nama saja cerdik pandai namun tidak mahu merujuk pada hukum syarak bagi mendapatkan penyelesaian...

Baru-baru ini dalam satu ceramah, Ustaz bagi contoh kebocoran atap masjid ketika hujan yang hanya diselesaikan dengan cara menadah besen air agar air yang menitik melalui atap yang bocor itu tidak mengena karpet yang menyebabkan karpet berbau...jika hujan makin lebat...air menitik lagi kuat..lalu diambil tuala dan diletakkan dalam besen tadah air tadi agar air tadi dapat diserap oleh tuala dan tidak mengena karpet masjid...masalah sama akan timbul ketika hujan...besen ditadah, lepas tu letak tuala...hujan dah reda, perah tuala dan jemur...simpan besen...nnti hujan lagi..letak besen dan tuala lagi...masalah xkan selesai jika atap yang bocor itu tidak diganti baru...kalau ditampal sekalipun berapa lama boleh bertahan sebelum bocor semula...

Begitulah kita dapat bandingkan cara orang sekarang hendak mencegah pembuangan bayi...tidak keterlaluan jika dikatakan...bukannya nak menghalang pembuangan bayi tapi hendak menghalang kematian bayi yang dibuang...utk pastikan bayi yang dibuang tidak mati...bukannya hendak menghalang pembuangan bayi...ibaratnya boleh nak buang bayi tapi kena buang kat tempat yang disediakan...

Begitu juga ada sekolah atau pusat yang di dirikan khusus untuk ibu yang mengandung anak luar nikah...agar anak yang lahir nnti tidak dibuang merata tempat...mana2 remaja atau ibu yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah, yang malu untuk bersalin kat luar..boleh mendaftar di pusat yang di dirikan khusus untuk golongan ini...

Semua cara itu adalah ibarat menggunakan besen dan tuala bagi mengelakkan air hujan yang menitik dari atap yang bocor terkena karpet masjid...masakan tidak...penekanan diberikan terhadap cara nak buang bayi di tempat yang sepatutnya...cara untuk mengandung ditempat yang dikhaskan...jauh dari mata masyarakat...langsung tidak ada penekanan bagi mengawal punca sebenar mengapa berlakunya pembuangan bayi...

Tidak perlu jadi profesor untuk mengetahui punca orang buang bayi...punca utama bayi dibuang bukan kerana kesempitan hidup...tapi kerana tidak mahu menanggung malu apabila melahirkan anak luar nikah...dan tidak perlu jadi profesor utk tahu mengapa terjadinya anak luar nikah...jawapannya mudah...ZINA...ROGOL...tapi kebanyakannya adalah berpunca dari zina...jarang sekali mangsa rogol berdiam diri apabila dirogol hingga mengandung...tapi yang berzina hingga mengandung ni memang banyak dan paling menyedihkan adalah ia dilakukan oleh orang Islam sendiri...yang masih dibangku sekolah sudah melakukan zina, mengandung anak luar nikah dan buang bayi hingga ada yang menyebabkan kematian bayi...

Kita tidak ambil kisah sangat pasal ZINA ni...kita cuma kutuk orang yg buang bayi....tapi kita tak ambil penekanan tentang cara nak elakkan zina...hingga ada pihak yang kalau boleh tak mahu perkataan zina digunakan...kononnya terlalu sensitif...inilah dunia akhir zaman...zina berlaku di merata tempat...pasangan yang terlanjur melakukan zina diterima baik oleh masyarakat dengan syarat mereka berkahwin sesama sendiri...tak kisahla ketika kahwin tu perut dah buncit ke apa...janji mereka kahwin...dan orang akan tutup mulut...

Islam memandang berat akan zina...hinggakan kita dilarang menghampiri zina...kalau berzina tu jelas haram dan dikenakan hukuman berat...tapi realiti sekarang...ia dianggap soal individu...orang nak berzina itu dia punya pasal...malahan kita bukan main seronok cari video2 lucah dan video2 zina apabila tersebar video lucah yang sensasi...berebut2 orang mencari video tersebut...hahahahaha...

Kalau dah zina tu tidak dianggap perkara besar... perkara yang menghampiri zina tu lagilah tidak dipedulikan langsung...budaya kapel diterima baik oleh masyarakat...malah diberikan sanjungan lagi...hubungan sosial tidak batasan antara lelaki dan perempuan dianggap normal...tiada siapa melarang perempuan keluar berdua2an dengan lelaki bukan mahram...malah ia direstui oleh keluarga masing2...atas nama kemajuan...atas nama trend zaman sekarang...punca2 yang menyebabkan zina tidak dihiraukan...tapi yang peliknya...bila berlaku kes buang bayi akibat zina...baru nak gelabah nak pastikan bayi zina itu selamat...pokok pangkal pada masalah buang bayi iaitu zina langsung tidak diberi perhatian...cuma ada segelintir saja yang berani...itupun menghadapi pelbagai jenis tohmahan dan cabaran kerana dianggap "jaga tepi kain orang"...

P/s: Bersambung lagi...

Tuesday, August 24, 2010

Permasalahan Niat Puasa

Sejak awal ramadhan lagi aku nak tulis pasal ni...tapi asyik dilalaikan dengan macam2 hal...akhirnya dikesempatan yang ada ini...aku akan kongsi sikit apa yang aku tahu...apa yang pernah aku dengar dan aku baca dan pernah aku alami dan bincangkan...tapi penekanan diberikan terhadap apa yang aku dengar dari pakar...terbaru dari Ustaz Ismail Kamus...

Dari kecik sampai besar, isu niat puasa akan timbul apabila bulan puasa datang, baguslah semua peka dengan "Sesungguhnya setiap amalan itu hendaklah disertai dengan niat"...maka kita akan disajikan dengan macam2 cara niat puasa...yang paling terkenal adalah...

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ اَدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
"Sahaja aku berpuasa esok hari  menunaikan fardhu bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

 Tapi bukanlah bermakna kita kena niat sebijik macam ni baru diterima...ini cuma salah satu cadangan niat...ini kerana kita adalah manusia, dan sifat manusia adalah lupa...lupa niat puasa adalah salah satu isu yang diperbesarkan dan akhirnya mendatangkan satu masalah yang sebelum ini jarang sekali kita dengar...

Pada asalnya...niat puasa ramadhan, termasuklah niat puasa ganti buleh dilakukan selepas maghrib hingga sebelum matahari terbit keesokan harinya...maknanya niat hanya sah pada waktu malam saja....seeloknya selepas berbuka hingga selepas sahur...berbeza dengan puasa sunat dimana niatnya masih boleh dilakukan pada pagi keesokan harinya walaupun matahari dah terbit...

Akhir2 ini ada satu fahaman baru yang begitu mengambil berat tentang niat puasa sehingga berasa ragu2 samaada kita ni dah niat ke belum, atau dah terlepas niat ke belum...justeru ada yang berasa tidak senang hati apabila terlupa niat pada malam harinya...bukan terlupa niat tapi sebenarnya terlupa nak ucapkan "nawaitu..."

Bagi mereka yang dah tahu, tiada lagi masalah yang perlu dirisaukan...tapi bagi mereka yang belum tahu...ini adalah masalah besar bagi mereka...justeru disini aku mengambil kesempatan untuk berkongsi apa yang aku dengar tentang permasalah dah niat ke belum ni...

YANG SEBENARNYA...tidak disyaratkan kita melafazkan "nawaitu sauma ghodin..." tu utk niat puasa...itu hanyalah satu cara, satu inisiatif untuk berniat...niat sebenar bukan pada mulut tapi niat sebenar adalah mendatangkan dalam hati..."aku berpuasa esok hari kerana ALLAH TAALA"...'esok aku nak puasa kerana ALLAH TAALA"..."esok aku nak puasa"  dan sebagainya...tak guna niat dimulut tapi dalam hati membenci ibadah puasa...

Bagi yang risau dia dah niat puasa atau belum...jawapannya mudah sahaja...menurut kata ulamak yang lebih terer dari aku, kita bangun sahur tu pun dah kira niat...kerana kita xkan bangun sahur kalau xmahu puasa esok hari kan? lebih2 lagi kalau dah makan sahur...sure dah niat esok nak puasa...so xperlu lah layan rasa was2 dalam hati tu...

Tak keterlaluan kot jika aku tambah...set alarm nak bangun sahur pun dah kira niat kot...niat ni datang dalam hati...nak puasa satu bulan penuh, nak puasa esok...cuma lebih afdal la kita niat berlafaz tu....cuma ada ketika kita lupa nak niat berlafaz tu...ulamak kata, bangun sahur pun dah kira niat...bagi yang xbangun sahur pulak...sure dia dah niat dalam hati masa berbuka tu...esok aku nak puasa lagi...cuma dia xlafaz nawaitu je kot...

P/s: Aku nak pelawa siapa2 yang ada pendapat tentang hal ini...yang tahu apa yang aku tidak tahu...nak tambah apa yang kurang..sila bagi komen anda...aku pun budak baru belajar...

Monday, August 23, 2010

Kenapa Puasa Tiada Bantahan?







Seingat aku sejak dari kecil, sejak rumah aku belum ada tv sampai sekarang, suara penyimpan mohor besar raja-raja melayu ni akan kedengaran sebanyak 3x dalam setahun...iaitu utk mengumumkan tarikh permulaan puasa, tarikh hari raya aidilfitri dan tarikh hari raya haji. Dengan nada yang sama dan ekspresi muka yang sama, kita tidak jemu2 menanti tarikh yang akan diumumkan oleh beliau.

Tajuk kali ini adalah lanjutan dari ceramah yang aku dengar, ceramah oleh Ustaz Kazim(harap dapat jumpa bersua muka dengan beliau lepas ni)...tiap kali dengar ceramah dia...ada je bende baru yang aku dapat tahu...bukan sahaja ilmu baru malah cara pemikiran baru...yang kadang2 tu memang aku tidak pernah terpikir langsung...seperti tajuk ini..kenapa bab puasa tiada orang bantah?

Setiap tahun bila tarikh puasa diumumkan, semua orang terima saja tanpa banyak soal...contohnya tahun ni jatuh pada 11 ogos, tiada bantahan yang timbul..tidak ada media atau golongan yang membantah tarikh yang diumumkan itu..tidak ada blog2 atau laman2 web yang mengutuk tarikh 11 ogos itu dengan mengatakan bahawa ia masih awal atau dah lewat dan sebagainya...pendek kata, kita semua setuju bahawa tarikh permulaan puasa di negara ini pada tahun ini adalah pada 11 ogos...

Tidak cukup dengan itu, kita juga tidak bantah kenapa kita perlu berlapar di siang hari selama sebulan sedangkan orang agama lain tidak perlu berlapar pun...kita juga tidak pernah nak melakukan demonstrasi membantah tempoh berpuasa...agar 30 hari dipendekkan menjadi 15 hari...semua itu tidak ada...hinggakan orang yang tidak puasa pun tidak membantah kewajipan puasa ramadhan, cuma mereka malas nak puasa, tapi mereka tidak menafikan kewajipan puasa...

Kenapa bab puasa sahaja kita begitu patuh dan taat pada perintah ALLAH? kenapa bab2 lain kita jadi begitu negatif terhadap perkara2 yang tercatit dalam kitab suci AL Quran? Bukan puasa sahaja termaktub dalam AL Quran tetapi ada banyak lagi perkara wajib seperti menutup aurat, hudud dan qisas, zakat, solat dan macam2 perkara yang kita berbeza pendapat dan ada yang menentang hukum yang jelas termaktub dalam AL Quran itu...tapi dalam bab kewajipan puasa, belum ada lagi kita dengar ibadat puasa ni sudah tidak sesuai diamalkan, ibadat puasa ni adalah amalan kuno, ibadat puasa ni adalah zalim dan sebagainya...rata2 orang tidak mempersoalkan apatah lagi membantah bila sebut pasal puasa...semua patuh dan menurut akan kewajipan puasa hingga sanggup menahan lapar dan dahaga di siang hari...

Aku bagi contoh bab lain, dalam Al Quran ada mewajibkan perempuan Islam menutup aurat dengan sempurna, tutup rambut, leher, telinga dan labuhkan tudung hingga melebihi paras dada...ini bukan perintah dari penyimpan mohor besar raja2...bukan juga perintah dari mahkamah tetapi ini adalah perintah ALLAH S.W.T...tapi lihatlah berapa ramai yang membantah kewajipan itu...tidak cukup dengan membantah malah menghina dan memperlekeh kewajipan menutup aurat dengan mengatakan ia adalah hak individu...what the...ada pulak sampai bawak dalam mahkamah menuntut tidak mahu tutup aurat...kita negara Islam tapi macam negara barat yang tidak membenarkan pemakaian tudung atau headscarf...cuma kat sini perkara tersebut tidak termaktub dalam undang2..patutnya kita ada undang2 melarang perempuan Islam membuka aurat di khalayak ramai...memandangkan kita mengaku kita ni negara Islam dan negara umat Islam...

Bab aurat memang banyak sangat dah aku sebut dalam blog ini...aku tak pernah jemu menulis tentang itu kerana aku percaya bahawa aku akan diberikan pahala kerana menyeru kearah kebaikan...terpulanglah pada orang nak menilai...yang wajib mereka tahu...menutup aurat, zakat, hudud dan qisas, solat, belajar ilmu fardhu ain adalah sama kewajipannya seperti puasa...kita sanggup tahan makan minum berjam2 sehari tapi kita tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna di khalayak ramai...tidak cukup dengan itu...mengurangkan pahala puasa orang yang melihat aurat kita...perempuan dan lelaki tidak ada beza sekarang ni...perempuan dengan baju ketat tudung singkat seluar singkat ketat baju sekerat dan lelaki dengan seluar pendek dah jadi kebiasaan...dah elok pakai tudung, baju lengan sekerat pulak, tudung jarang pulak, baju ketat pulak, seluar ketat pulak...adoi...ape nak jadi...yang lelaki pulak..dah elok baju lengan panjang, pakai seluar pendek pulak...selamba rock naik motor nampak peha...awek kat belakang elok je pakai tudung...what the....

Jika kita banding ibadat puasa dengan ibadat lain...memang puasa lah yang paling dituruti berbanding solat, zakat, dan perkara2 wajib yang lain...masakan tidak...orang yang tidak solat pun turut sama berpuasa, orang yg tidak tutup aurat pun berpuasa, orang yang buat maksiat pun puasa, orang yang makan riba pun puasa...mungkin puasa ini dianggap sebagai tradisi kot...puasa dianggap sebagai pesta, puasa tidak dianggap sebagai tuntutan agama...pasal tulah kita tak sabar2 nak sambut bulan puasa...semua menahan lapar sampai maghrib dan banyak sekali bazar, restoran, hotel dan kedai makan yang menyediakan pelbagai juadah dan promosi yang tidak terdapat pada bulan2 yang lain kecuali bulan puasa...

Oleh kerana itu, puasa dah jadi mcam pesta atau tradisi...bukan lagi dianggap sebagai tuntutan agama...matlamat puasa yang sebenar sudah tidak lagi menjadi keutamaan...puasa hanya tinggal menahan lapar dan dahaga...sedangkan hati dan mulut, telinga, mata , tangan , kaki masih lagi berterusan melakukan dosa dan maksiat. Makna sebenar puasa sudah makin terhakis, orang hanya menganggap puasa itu hanya tidak makan dan minum sehingga maghrib...matlamat puasa yang sebenar iaitu untuk menyucikan diri dari dosa dan menambah amalan sudah tidak dipedulikan...apa yang berlaku pada bulan lain tetap berlaku pada bulan puasa kecuali satu sahaja, tidak makan minum disiang hari...

Sedarlah kita semua akan hikmah diwajibkan puasa, agar kita yang kaya dapat rasa penderitaan orang miskin yang menahan lapar setiap hari, agar kita dapat melatih anggota kita supaya tidak melakukan maksiat, menjaga mulut dari mengucapkan perkara sia2, menggelakkan telinga dari mendengar perkara sia2, dan banyak lagi perkara lain yang dituntut ketika berpuasa antaranya bersabar dan menahan nafsu...

P/s: Boleh jadi orang tidak bantah puasa kerana menganggap puasa itu cuma menahan lapar dan dahaga disiang hari saja...tidak melibatkan bende2 lain...mengumpat, mengeji dan maksiat lain berjalan seperti biasa, cuma bezanya tidak makan minum je...Nauzubillahimin dzaalik..

Saturday, August 21, 2010

Kecelakaan Paling Besar

Sidang pembaca sekalian, mahukah jika aku kongsi sedikit tentang ilmu yang baru sahaja aku tahu ketika mendengar kuliyah yang aku download dari internet beberapa jam yang lalu? Dalam kuliyah tersebut, bertajuk "Bila Al Quran dipinggirkan" disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Kazim Elias al Hafiz, penceramah yang makin mendapat tempat di kalangan pengguna fesbuk...video ceramahnya pasal kelebihan orang perempuan begitu banyak sekali di paparkan di fesbuk.

Dalam banyak2 perkara yang disebutkan...aku tertarik pada bahagian "Kecelakaan paling besar"...iaitu kecelakaan paling besar pada umat manusia adalah apabila keyakinan kepada makhluk melebihi keyakinan kepada ALLAH...

Contoh diberikan:
1. Dapat duit pencen banyak dan berkata kalau ada sakit ke apa dah xperlu risau...duit dah ada...(percaya pada duit)
2. Tidak risau dengan pembedahan kerana yang buat pembedahan adalah doktor2 pakar dan alatan canggih...(percaya pada doktor dan alatan)
3. Kereta baru, nak jalan jauh xperlu periksa... (percaya pada kereta baru)

Kalau ikut contoh dari aku pulak, memang tidak terkiralah kerana kita jarang sekali yakin dengan janji ALLAH..contohnya ALLAH jamin xkan miskin org yang bersedekah...tapi realiti masyarakat kita tgklah betapa beratnya nak bersedekah...kadang2 budak2 yg datang kutip derma pun ditanya mcm sesi kat lokap polis...punyerlah sayang nak hulur seringgit dua...nampak saja pengemis ke peminta sedekah ke ejen derma ke dari jauh kita dah mula risau...hingga ada restoran lekat notis pengutip derma dilarang masuk...

Itu bab sedekah, belum lagi bab pelajaran...majoriti percaya dengan kelulusan tinggi dapat kerja gaji tinggi...bab kawin pulak, dapat suami gaji tinggi sure senang hidup...makan makanan mahal sure panjang umur..dan banyak lagilah..yang tergolong dalam yakin terhadap makhluk...

Bab agama pulak...jgn tunjuk sangat kita ni alim...nnti susah nak dapat kerja..kalau nak pegi temuduga ke...jgn tunjuk sangat kita ini org Islam...kalau buleh janggut tu kasi potong..kopiah jangan pakai...nnti peluang dapat kerja tu tipis..dan banyak lagi lah perkara yang kita lebih yakin bahawa makhluk akan beri kesenangan pada kita...kalau undi parti tu, susah dpat bantuan, kalau undi parti ni...sure dapat bantuan..

P/s: Bende ni dah sebati dalam jiwa kita...sekali sekala datang org bagi peringatan..kita sedar sekejap..pastu lalai balik...

Taik Judi

Sorilah tajuk agak kasar sikit...mood tiba2 datang untuk tulis blog selepas menikmati juadah sahur yang agak simple tapi pada aku oklah...xboleh nak harap lebih dikala diperantauan ni...hehehe...

Citernya bermula pada ketika aku dalam kalut2 bersiap nak pergi masjid demi menunaikan solat jumaat...walaupun aku ni bukan mastautin tetap...tapi aku ni termasuk dalam golongan bermukim yang diwajibkan untuk mengerjakan solat fardu jumaat...dalam kalut2 kerana dibuat mimpi hingga terpisat2 bangun dan mandi express...takut tertinggal bas...biasanya aku tumpang member naik kete..bulehla lengah2 sket..

Pendek cerita memang aku sempatla naik bas tu...lewat 2 minit sure aku kena tinggal dah...bukan nak cerita pasal bas tapi nak cerita pasal pemandu bas...bukan berniat nak menghina tapi kebetulan dia mencetuskan idea dalam kepala aku untuk menulis pasal tajuk ni..drebar bas tadi pun sure dapat pahala besar kerana bawak org pegi masjid...xkurang dari 20 org naik bas tu sama2 dengan aku utk pegi masjid tadi...moga2 drebar bas tu dikurniakan kesihatan agar dapat bawak bas...jadi tokei bas lagi baik kan...

Kebetulan tadi aku duduk seat depan tepi pak arab, universiti ni buleh tahan jumlah pak arabnya..hahaha...dalam pada duk depan tu..aku terlihatla gelagat pemandu bas ni...sambil pulas2 stereng, sambil tulah duk belek buku kecik...ala buku 555 tu tapi yg tertulis kat situ bukan 555 tapi TOTO...maaasyarakaaat...aku xmaulah nak sangka buruk walaupun ada terpampang tulisan TOTO kat situ...dalam tu pun ada nombor2..kat tangan dia pun aku tgk macam kertas cabutan TOTO...ish3...tapi xjelasla kan..maybe aku ni perasangka lebih...dia bukan org islam kot..dengar dia ckp tu loghat utara...lantak dia lah...

Itu cuma secebis kisah yang dapat aku petik tentang tajuk kat atas tu...judi adalah tabiat buruk orang melayu yang susah nak dihapuskan...even kat kampung aku pun...ada beberapa orang yg dikenalpasti mmg taik judi...xkiralah judi toto ke judi terup ke...pendek kata mmg dari muda sampai tua..mmg masih berjudi...dulu masa aku nak tunggu bas nak pegi sekolah pun...kat area aku tunggu bas bawah pokok atas gerai..bersepah no toto yg xmengena...tanpa segan silu duk tayang depan budak2...tapi la ni dah ok kot...pasal tempat tu mcm dah islamik sket..dah ada org mengajar agama tiap2 pagi jumaat..

Yang hairannya...mengikut kata mak aku...org kaki judi ni disayangi oleh isteri...masakan tidak...kalau suami dia menang...balik dan campak duit depan isteri...dalam jumlah yang banyak...isteri mana tak gembira bila tgk duit...tambahan pula kita dapat lihat rata2 taik judi ni...mana ada yang hidup senang...dah duit pun sumber xberkat..dapat sejuta sekalipun xkan senang punye...percayalah...kerjalah kuat mcm mana pun..tapi kalau xdapat tinggal tabiat judi...mmg xsenang hidup...kalau dapat duit beli kete pun..tgklah berapa lama kete tu bertahan...xperlu lah nak tunjuk contoh satu persatu...

Di bulan yg mulia penuh berkat ini...aku pohon sangat2lah pada pembaca blog ini..khususnya entri ini sampai sini...marilah kita sama2 berdoa agar umat Islam diberikan petunjuk dan hidayah daripada ALLAH...ini kerana tanpa petunjuk dan hidayah...tidak mustahil kita pun sama level dengan orang2 luar sana kaki maksiat kaki judi kaki botol kaki pempuan kaki pukul kaki ape lagi...segala mcm kaki yang tak eloklah..

Marilah kita sama2 berdoa...doa agar kita semua diberikan kekuatan iman...diberikan kekuatan utk mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuh hati..diberikan kekuatan utk menghindar perkara maksiat dan sebagainya...sempena bulan ini dimana syaitan2 dibelenggu...marilah kita berdoa...kalau ada kuasa..marilah kita sama2 mencegah kemungkaran...tunjukkan sokongan anda pada usaha2 memartabatkan ajaran Islam...

Luangkan masa untuk dengar hal ehwal agama...sambil2 sesak dalam kereta menuju bazar ramadhan...jom kita tukar chanel radio kepada radio islamik seperti ikim.fm ke...sambil tunggu tv azan bukakla chanel oasis...di bulan puasa ini...marilah kita sama2 mendalami dan ambil berat tentang agama kita...nak harapkan siapa lagi utk menjaga agama kita...dah tiba masanya kita mula kembali pada Islam...sebelum buat sesuatu, at least fikirkan adakah ia selari dengan hukum islam...marilah kita sama2 mengkaji apekah hukum buat mcam tu...apekah hukum buat mcam ni...apekah hukum klu jadi begitu, bagaimana hukum klu jadi begini...masih belum terlambat utk kita belajar agama...bahkan diwajibkan atas semua org islam belajar ilmu fardu ain...

P/s: Content agak off topik...tapi aku harap mesejnya jelas...aku pun budak baru belajar...huhu...

Saturday, August 14, 2010

Tinggal Yang Haram Dapat Pahala

Maka semakin rancak dan rajinlah aku menulis blog kerana aku suka melakukannya...kerana aku tengok trend di bulan puasa ini ramai yang menggoogle tentang agama...jadi aku pun tidak mahu ketinggalan nak kongsi sedikit sebanyak tentang apa yang aku baru pelajari...

Kali ini aku baru dapat tahu bahawa orang Islam yang beriman ada banyak kelebihan...antara kelebihannya adalah mendapat ganjaran pahala apabila meninggalkan perkara2 yg haram atau perkara2 yg ditegah dalam agama...bukan sahaja mengerjakan perintah agama mendapat ganjaran pahala bahkan meninggalkan perkara haram pun dapat pahala...

Sebagai contoh, kita tidak minum arak yang dihidangkan pada kita, sedangkan tidak ada siapa pun ketika itu yg boleh menghalang kita dari minum arak tersebut...cuma kita tidak minum kerana takut akan balasan ALLAH...maka disitu kita sudah mendapat pahala...mudah sekali bukan?

Contoh lain, kita tidak melakukan zina sedangkan di negara ini begitu banyak sekali tempat2 pelacuran dan tidak ada sesiapapun yang mampu halang kita dari berbuat demikian melainkan kita takut akan balasan ALLAH yang amat pedih akibat dosa berzina( keluar nanah yang amat busuk dari kemaluan penzina di dalam neraka nanti yang menyebabkan ahli neraka lain tidak tahan akan bau busuknya).

Contoh lain adalah kita memilih utk tidak memakan riba sedangkan zaman sekarang ni riba itu ada dimana2 dan hampir sukar utk dielakkan...dalam era dimana masyarakat seolah2 menghalalkan riba...kita memilih utk tidak memakan riba dan terlibat dengan riba...justeru kita akan dapat pahala kerana mengelak diri dari melakukan riba yang merupakan salah satu dari dosa besar...

Begitu indah sekali agama Islam ini...bukan sahaja dapat pahala kerana menunaikan perintah agama, malah dapat pahala apabila meninggalkan perkara yang haram yang jelas dilarang dalam agama...

Seperti juga kita memilih utk tidak mendedahkan aurat, sedangkan pada masa ini, org yg menutup aurat dipandang serong dan dilabelkan sebagai kolot...kita yang takut dengan seksaan pedih akibat mendedahkan aurat akan diberi ganjaran pahala...bahkan kita tahu menutup aurat itu adalah wajib terhadap org Islam yang mukalaf...

Jadi kita tidak perlu berasa rugi kerana tindakan kita utk tidak melakukan perkara2 yang haram itu tidaklah sia2...para ulamak mencadangkan bahawa kita hendaklah sentiasa berniat bahawa kita tidak mahu melakukan perkara2 haram adalah kerana kita takutkan balasan ALLAH...bukan kerana kita segan atau malu dengan manusia...atau nak menunjuk2 kebaikan kita...

P/s: Rebutlah peluang terutama di bulan ramadhan yang penuh berkat ini...

Thursday, August 12, 2010

Korek Hidung Korek Telinga Batal Puasa?

Sejak dari kecil lagi org dah ckp...jangan korek hidung ketika puasa, nnti batal puasa...jgn korek telinga siang hari dibulan puasa nnti batal puasa...betul ke korek hidung dan korek telinga yg gatal dengan jari tergolong dalam perkara yg membatalkan puasa iaitu memasukkan sesuatu kedalam rongga badan?

Semasa tahun2 akhir pengajian di universiti aku ada terbaca satu pamplet tentang puasa, kat situ ada tulis korek hidung dan telinga dengan jari tidak menyebabkan batal puasa...aku yg masih cetek ilmu ketika itu terus membuang risalah itu kerana takut ia adalah agenda utk menyesatkan umat Islam...

Lama kelamaan, atas dasar ingin tahu, ada jugak bertanya pada kawan2 yg lebih arif, tapi masih belum jelas...hinggalah baru2 ini...minggu lepas rasanya aku dengar satu ceramah yg aku donlod dari internet yg menceritakan agak jelas makna memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan...

Kat sini aku nak kongsi bahawa maksud memasukkan sesuatu kedalam rongga badan(hidung, mulut, telinga, qubul dan dubur) adalah membatalkan puasa...tapi dengan syarat bende yg kita masukkan itu adalah dalam...contohnya kita memasukkan air kedalam hidung hingga kita dapat rasa kat otak kita...kita masukkan objek dalam telinga hingga kena pada otak kita...

Maknanya kalau setakat guna jari kelingking utk korek telinga yg gatal, ia tidak membatalkan puasa kerana ia hanya sampai pada luaran sahaja....bukan sampai kat otak...yg jadi batal jika jari tu sampai boleh menyentuh otak...korek hidung sampai kena otak...kalau setakat 2 3 inci tu tidaklah membatalkan....itupun mana ada org korek sampai 3 inci...

Tapi ustaz tu ada pesan, mentang2 kita ni org yg belajar dan tahu, janganlah sampai nak menunjuk2 dengan korek hidung depan org ramai....kerana majoriti org belum tahu bahawa ia tidak membatalkan puasa...mentang2 kita ni dah tahu, suka2 je nak korek hidung depan org...agar tidak menimbulkan rasa riak...dan mengelakkan salah faham...

Tiba2 pergi korek hidung depan org2 tua yg dah pegang bahawa korek hidung batal puasa selama berpuluh2 tahun...bukan ke tak manis...dari segi adab pun tak elok korek hidung depan org ramai...huhuh..

Sekali lagi aku jelaskan...kalau rasa gatal telinga, jgn malu jgn segan nak korek guna jari...mmg kesianla kalau xdpat jolok telinga yg gatal kerana takut batal puasa...kerana yg jadi batal puasa adalah bila jolok atau korek lubang telinga hingga sampai ke otak atau bahagian dalam kepala...

Perkara ini bukan aku yg putuskan tapi ulamak2 yg lebih arif dari aku...aku cuma tumpang tulis kat sini je...hehehe...

P/s: Berapa ramai yg takut batal puasa tetapi tidak takut batal PAHALA puasa?

Tuesday, August 10, 2010

Perihal Anak Bulan

Petang esok adalah hari yang ditetapkan utk melihat anak bulan ramadhan utk menentukan sama ada puasa pada lusa atau tulat...bagi yg xtahu, ia dinamakan sebagai Rukyah(melihat), iaitu proses melihat anak bulan pada akhir bulan syaban iaitu pada 29hb syaban, jika nampak anak bulan, maka akan diumumkan hari berikutnya adalah 1hb ramadhan, jika tidak kelihatan anak bulan, maka perlu dicukupkan 30 syaban dan lusa adalah 1hb ramadhan.

Persoalan kerap timbul apabila ada negara umat islam yg berpuasa awal sehari atau lewat sehari dari negara lain...selalunya negara kita lewat sehari puasa dari arab saudi...mereka dah raya kita masih puasa...aku pun hairan juga kenapa ia berlaku..namun persoalan itu rupanya begitu mudah...bila aku mendengar ceramah tentang puasa oleh Ustaz Azhar Idrus...

Tidak perlu panik dan tidak perlu hairan katanya...perkara ini sudah lama diselesaikan oleh para ulamak terdahulu...cuma kita je malas nak mengaji tinggi, itu pasal kalut semacam bila ada negara yg dah mula puasa tapi negara kita belum puasa...

Pernah berlaku pada zaman Nabi kita peristiwa dimana umat islam di Syam telah melihat anak bulan dan mula berpuasa sedangkan di Madinah anak bulan tidak kelihatan dan Nabi mencukupkan 30 syaban...benda ni dah lama berlaku, kerana bumi ini bulat, kerana awan dan cuaca xmenentu, ada negara yg anak bulan xdpat dilihat, ada negara yg dapat lihat...

Jika seseorang yg boleh diterima kesaksiannya telah melihat anak bulan, maka dia perlu memberitahu kepada kadi bahawa dia telah melihat anak bulan dan kadi pula perlu menghebohkan bahawa anak bulan telah kelihatan...antara syarat sah saksi adalah lelaki dan tidak fasik...

Bagi mereka yg sebelum ini keliru kenapa negara kita asyik mula puasa lambat sehari dari negara2 jiran, lepas ni xperlu lagi nak risau, kerana syaratnya adalah perlu nampak anak bulan, jika anak bulan dah ada tapi terlindung oleh sebab awan tebal, maka perlu dicukupkan 30 hari syaban...jadi akan berlaku peristiwa dimana negara jiran nampak anak bulan tapi negara kita xnampak kerana cuaca atau kedudukan negara kita sendiri...tidak perlu was2 kerana syarat puasa adalah nampak anak bulan ramadhan, klu xnampak, perlu genapkan 30 hari syaban...begitu juga hari raya puasa dan raya haji...

Cuma kat negara kita ni, pelik sket..nak tentukan puasa atau raya kena dapat perkenan raja2 melayu dulu...nak hormat sebagai ketua agama islam kot...klu ikut hukum, xperlu itu semua, klu dah nampak anak bulan kenalah puasa atau raya xkiralah dapat perkenan atau tidak...tapi jangan risaulah...raja2 kita ni ada penasihat agama sendiri...kita sebagai rakyat pasrah jelah...huhuhu...

P/s: dengar kata rabu ni puasa...selamat berpuasa...

Menjelang Ramadhan

Beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan puasa, ada yg sebut bulan Ramadhan, kalau melayu malaysia umumnya sebut bulan puasa(hingga ada golongan yg xpuasa kerana bulan dah puasa katanya)...apa pun mengikut kalendar hijrah, setiap tahun pada bulan ramadhan, umat islam yg mampu berpuasa diwajibkan berpuasa.

Aku tidak menyangka sekali entri aku sebelum ini...kira2 setahun lepas bertajuk fidyah dan puasa ganti mendapat hits yg tinggi...kiranya ini adalah tambahan terhadap apa yg aku tidak cover dalam entry tersebut...kali ini aku nak menulis pasal menjelang ramadhan atau menjelang bulan puasa...

Bukan niat nak mengutuk tapi ada perempuan akan kalut nak ganti puasa menjelang ramadhan, cuma mereka ini perlu berhati2 dan perlu mempunyai ilmu yg cukup utk berbuat begitu...aku ni lelaki, apelah yg aku tahu pasal perempuan...cuma aku menulis ni pasal nak berkongsi ape yg aku tahu tentang puasa menjelang ramadhan ni...

Bagi mereka yg berpuasa wajib, seperti puasa nazar, puasa ganti, dan puasa kaffarah, tidak ada halangan bagi mereka untuk berpuasa setelah 15 syaban, bahkan pada 30 syaban pun mereka boleh berpuasa ganti sekiranya cukup 30 syaban...tidak ada halangan bagi yg puasa wajib ni...

Persoalan adalah tentang org puasa sunat selepas 15 syaban, ada syarat2 yg agak ketat, antaranya ialah tidak ada halangan bagi mereka yg selalu puasa sunat isnin khamis, puasa selang sehari utk berpuasa selepas 15 syaban hingga 30 syaban...

Tapi awas jika org yg nak puasa sunat pada bulan syaban yg bukan tergolong dalam org yg biasa berpuasa isnin khamis atau selang sehari,hendaklah dia berpuasa sepenuhnya bulan Syaban ataupun sekurang-kurangnya dia berpuasa pada 15 haribulan Syaban dan meneruskan puasanya itu tanpa berbuka,Bagaimanapun jika dia berbuka (tidak berpuasa) pada separuh kedua bulan Syaban, sekalipun kerana keuzuran, maka dia tidak lagi boleh meneruskan puasa sunatnya itu melainkan jika dia mempunyai sebab-sebab yang mengharuskan dia puasa.(rujuk pada link ini)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Apabila sudah berlalu separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Hadis ini ditujukan kepada mereka yg bukan dari golongan yg berpuasa sunat isnin khamis dan puasa selang sehari(pandangan mazhab syafie)...so bagi mereka yg nak meneman kawan2 mereka ganti puasa dengan niat puasa sunat..berhati2lah apabila sudah lebih 15 syaban kerana ada kemungkinan kita telah melanggar hadis nabi yg melarang puasa sunat suka2 atau nak biasakan diri berpuasa...

P/s: kepada kenalan2 perempuanku sekalian...harap anda dapat sedikit info dari entry ini...

Thursday, August 5, 2010

Upah Artis vs Upah Ustaz

Realiti dunia akhir zaman...org2 agama cuma diperlukan bila ada orang mati...ketika nak berseronok...org agama akan disisihkan...cuma sekali sekala dipanggil utk mengetua bacaan tahlil, yasin, uruskan jenazah dan sebagainya...

Nak ckp kat org, aku pun xtahu nak ketuai bacaan tahlil, uruskan mayat dan sebagainya...cuma tiap kali aku tgk cerita2 dalam tv yg melibatkan ahli keluarga tidak reti nak menguruskan jenazah..aku pun terasa sama...

Sebelum mati, kita akan menikmati hidup, malangnya ketika hidup kita jarang sekali mencari bekalan untuk mati...dunia ini sering menipu kita dengan pelbagai agenda..hingga buatkan kita berasa kita lambat lagi mahu mati...

Justeru tidak hairanlah jika disini aku nak sentuh sedikit soal upah artis dan upah ustaz...setakat yang aku tahu, seorang artis terkenal akan dibayar minimum 10 ribu ringgit utk menyampaikan 3 buah lagu yg mengambil masa kurang dari 30 minit...pendek kata satu lagu yg lebih kurang 5 minit itu bernilai ribuan ringgit...

Tapi kalau difikirkan, berapakah bayaran ustaz2 yg mengajar agama selama berjam2 non stop itu?kalau dapat 200 ringgit sekali mengajar pun dah kira hebat...teringat cerita seorang ustaz yg mengajar agama di Singapura, yg dibayar dengan lumayan sekali...hingga dia mengatakan, sekali mengajar kat sana, berbulan2 xperlu kerja...maknanya upah sekali mengajar kat sana menyamai upah berbulan2 mengajar kat sini...

Mana lebih penting lepas mati?agama ke hiburan ke?kenapa bayar mahal untuk bende yg tidak penting malah kadang2 tu sampai jatuh haram...siapakah aku utk mengkritik keadaan ini?aku bukan sesiapa...cuma aku pelik dengan dunia sekarang...agama dipandang sepi...ulamak dipandang sepi dan dicemuh2 lebih dari penjenayah...masakan tidak, artis yg berulang kali ditangkap kerana dadah pun disanjung tinggi dan diminati dan digilai...

Aku xkisahla kalau org yg melakukan semua itu adalah org yg bukan islam...yg menyedihkan adalah ia berlaku pada org Islam...yang bila ditanya lepas mati nak masuk syurga ke neraka, mereka jawab tentulah syurga...tapi kalau kat dunia dah mcam tu...layak ke nak masuk syurga? pandai2lah sendiri jawab...

P/s: Jawab dengan amalan kita dalam kubur nnti...bukan dengan lisan...

Monday, August 2, 2010

Adil Dalam Kasih Sayang?



Situasi: Tengah risau dan mengalami kesukaran untuk tidur kerana baru sahaja mendapat berita yang kurang menyenangkan. Biasiswa aku mungkin akan ditamatkan!!!mana aku nak cekau duit ni…(Artikel ditulis pada 30 jun 2010, biasiswa aku masih ada lagi...tapi dah dikurangkan...tapi masih ada.. )
Intro: Pernahkan kita mendengar percakapan ibubapa yg berbunyi lebih kurang macam ini? Emak ada 5 orang anak dan emak saying pada kelima2 org anak emak ni…kasih sayang emak tidak pernah berbelah bagi, mak sayang kamu semua sama rata, atau percakapan lelaki yg kahwin lebih dari satu yg lebih kurang macam ni. Aku sayang semua isteri aku, sama rata, tidak ada berbelah bagi, sama sahaja, tidak ada lebih tidak ada kurang antara satu sama lain.
Realiti: Kenapa aku mengungkit tajuk ini?kerana aku juga mencari2 akan jawapan kepada persoalan ini sejak beberapa ketika, baru2 ini aku mendengar satu ceramah berkenaan giliran isteri…banyak sekali info yg aku dapat namun pada kali ini aku cuma hendak menyentuh tentang isu ini…keadilan dalam kasih sayang..aku selalu menetapkan bahawa sifat adil hanya layak pada ALLAH…manusia hanya mampu berusaha untuk menjadi adil tapi keadilan yg betul2 sempurna hanya dari ALLAH.
Permasalahan: Dalam Quran ada menyebutkan bahawa manusia tidak akan mampu berlaku adil dalam bab kasih sayang…ini kerana kasih sayang ini adalah perasaan yg semulajadi…ia bukan paksaan, ia adalah antara keunikan sifat manusia itu sendiri. Sebagai bukti, Nabi kita sendiri lebih sayang akan Siti Khadijah, lebih dari isteri2 lain, lebih sayang akan Siti Aishah lebih dari isteri2 lain, lebih sayang Hasan dan Husin lebih dari cucu2 lain, lebih sayang akan Abu Bakar dan Umar dari sahabat2 lain. Nabi Yaakub juga lebih sayang Nabi Yusuf dari anak2nya yg lain. Ia adalah lumrah, ia bukan bermakna tidak adil tapi hanya itu sahaja yg kita manusia ini dapat capai…Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Huraian: Adil dalam kasih sayang ini adalah agak mustahil kerana manusia setiap seorang adalah berbeza dari segi perangai dan tingkahlaku. Contohnya ibu akan lebih menyayangi anaknya yg selalu mengambil berat akan kebajikan ibunya berbanding anaknya yg hanya tahu menyusahkan ibunya…pada percakapan mmg ibu itu boleh ckp dia sayang sama rata, tapi dari segi hakikat sebenar, ia bukanlah sebegitu, dan perlu diketahui bahawa ia bukannya satu dosa…melainkan ibu lebih sayang akan anaknya yg meninggalkan perintah agama dan membenci anaknya yg mengamalkan perintah agama..kerana kita tidak boleh cenderung kepada kezaliman.
Perbincangan: Dalam berguru pun sama, ada guru yg kita suka dan ada guru yg kita tidak suka…misalnya kita amat minat dengar ceramah dari ustaz A, hingga kita berasa tidak seronok mendengar ceramah ustaz B meskipun perkara yg diperkatakan adalah sama. Jadi kita tidak perlu hairan bila ada sesetengah dari kita yg agak taksub pada satu2 guru atau ustaz…selagi guru dan ustaz yg dia taksub itu tidak menyeleweng dari syariat Islam, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dia tidak mahu datang ke masjid atau kuliyah yg dianjurkan oleh guru atau ustaz yg kurang digemarinya.
Kesimpulan: Manusia hanya mampu mencuba untuk menjadi lebih adil, manusia hanya dapat buktikan dengan lidah atau perbuatan, tapi hakikat sebenar keadilan dalam kasih sayang ini adalah mustahil, kerana setiap org adalah berbeza, tidak mungkin rasa kasih sayang itu adalah sama rata, namun begitu, janganlah mempamerkan dengan jelas bahawa kita lebih sayang si A dari si B, terutama sesama anak2 atau sesama isteri kerana dikhuatiri akan mengundang masalah lain…biarlah ia tersimpan dalam hati kita sahaja bahawa kita sayang si A lebih dari si B…tidak perlu kita nak tunjuk, cukuplah sekadar kita dan ALLAH sahaja yg mengetahui.
P/s: harap lepas ini tak ada orang nak Tanya soalan2 seperti, dalam anak2 emak, anak mana yg mak paling sayang?, dalam isteri2 abang, yg mana abang paling sayang?, dalam pelajar2 cikgu, yg mana cikgu lebih sayang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...