Rakan Seperjuangan

Friday, December 30, 2011

Selamat tinggal 2011

Selamat tinggal tahun 2011..harap tahun depan nasib aku akan berubah...dan moga entry kat blog ni pun akan bertambah...tahun ni cuma dapat hasilkan 20 entry saje...dan entry penamat tahun iniaku post menggunakan ipad...bukan ipad2...cuma ipad...baukan aku punya tapi pinjam sat orang punyer...

P/s: still part time winnerand full time looserr...

Sunday, December 18, 2011

Aku vs politik #2



Bertemu lagi kita dalam entry yang agak berbaur politik…bagi sesiapa yang pernah baca entry aku vs politik yang lepas…tentu sudah faham kenapa aku selitkan unsur politik dalam ini blog…bagi yang mula nak membaca…jangan terkejut kerana blog ini bukan hanya tertumpu pada suatu genre sahaja…
Kebelakangan ini umum kita telah mengetahui dan menyedari bahawa negara akan berhadapan dengan satu lagi pilihan raya umum untuk kali ke 13…ada macam2 ramalan dah yang masuk dalam telinga aku…naik menyampah pun ada…mujurlah masa tingkatan enam dulu ada belajar pasal negara semua…jadi tidaklah terbawa2 sangat perasaan tu…ramalan bahawa pilihanraya akan berlaku pada tahun 2011 adalah ternyata karut…

Belum cukup 4 tahun sudah mahu mengundi lagi? Ini pun lagi satu karut dan marut…Cuma orang kampung xsekolah tinggi je tahap spm je yang percaya…hahaha…namun begitu sudah heboh dimana2 bahawa jentera pilihanraya sudah siapsiaga(sediasedia)…buruk benor bunyi jentera pilihanraya tu…bagi aku jentera tu khusus dan sesuai untuk mesin yang xda otak dan hanya mengikut telunjuk je…sorry klu ada yang terasa…blog ini bukan bertujuan mengampu sesiapa…

Dalam perjalanan menuju pilihanraya yang bakal menjelang entah bila…aku sudah dapat menilai beberapa perkara aneh yang biasanya berlaku menjelang pilihanraya…antaranya ialah semua pihak menjadi pemurah nak mampus giler apabila menjelang hari raya puasa baru2 ni…mana tidaknya…berjuta2 duit diagihkan pada segenap rakyat…dengan bonusnya…dengan sumbangannya…dengan saguhatinya…sampaikan ada yang beranggapan pilihanraya akan berlangsung selepas raya…semua negeri berebut2 mengambil hati rakyatnya dengan mengisytiharkan pemberian bonus…sampaikan negeri yang semua anggap miskin dan mundur pun mampu beri bonus… negeri yang kaya dan maju tu apatah lagi…

Hujung tahun pulak heboh dengan bajet yang buat semua rakyat terkejut bila hampir semua orang akan dapat durian runtuh…bermula dengan bantuan persekolahan, bonus separuh gaji dan tidak lupa yang paling mengejutkan adalah bantuan rakyat…wow…ini sudah bagus…dulu yang hanya menerima habuan Cuma pekerja gomen yang makan gaji…sekarang ini yang xmakan gaji pun dapat habuan jugak…

Sebelum membincangkan hal ini dengan lebih lanjut…aku ingin membawa pembaca untuk melebarkan sayap pemikiran tentang apakah yang sedang berlaku dalam dunia sekarang…khususnya tahun 2011 ini…Aku bersyukur kerana ada banyak masa untuk mengikuti keadaan dunia dan ada banyak masa untuk membuat penilaian…

Tahun ini adalah tahun revolusi atau tahun pemberontakan…paling mengejutkan adalah apabila rakyat di negara2 di timur tengah dan arab yang sudah berdekad ditindas oleh pemimpin yang syok sendiri telah bangkit beramai2 bagi menggulingkan kerajaan yang sebelumnya telah banyak menindas mereka…bermula dengan Tunisia, mesir, Syria, yaman, Libya dan beberapa negara lain yang belum lagi dihebohkan…

Kalau sebelum ini kerajaan timur tengah digulingkan dengan bantuan amerika…tapi kali ini kerajaan mereka digulingkan oleh kebangkitan rakyat sendiri yang tidak menghiraukan nyawa dan harta benda…bermula dengan protes aman akhirnya bertukar tragedi apabila berpuluh2 ribu menjadi mangsa korban bagi menuntut kerajaan baru yang lebih efisien…menuntut lebih kebebasan bersuara dan sebagainya…

Aku secara peribadi rasa bertuah kerana dapat melihatnya tatkala aku masih lagi hidup…ku sangkakan bahawa ia akan berlaku dalam ratusan tahun lagi…namun ia sudah pun berlaku…entah dari mana datangnya keberanian rakyat yang lemah itu untuk bangkit dan rela berkorban…

Sejarah membuktikan bahawa rakyat yang sanggup berkorban demi negara akan mencapai kejayaan…seperti pada zaman nabi dulu lagi dimana para tentera pergi berperang untuk mati syahid…lepas tu pada zaman turki dimana tentera diarahkan utk mati di medan perang atas arahan kamal attartuk dan juga pada zaman perang jepun dimana tentera jepun rasa bangga kalau dapat mati dimedan perang…
Jikalau nyawa sudah tidak menjadi halangan…sudah tentu hasilnya amat memeranjatkan…ini kerana nyawa adalah amat berharga…siapa yang mahu mati demi negara?lebih2 lagi pada zaman yang serba materialistik ini…namun kita dapat lihat betapa ramai yang tidak menghiraukan nyawa sendiri agar nasib generasi yang ditinggalkan akan lebih terbela…

Apa kaitan pemberontakan dengan senario politik di sini? Sudah tentu berkaitan…kita dapat lihat sendiri betapa kerajaan sudah mula berjiwa rakyat…pemimpin2 sudah mula berjiwa rakyat…mereka sudah mula mengambil berat tentang generasi muda yang sebelum ini hanya dipandang sambil lewa…lihat sahajalah berapa banyak duit disalurkan untuk membawa balik pelajar Malaysia yang terkandas dinegara bergolak…bila pulang…mereka disambut dengan penuh meriah…yang menyambut pun bukan calang2 orang…

Zaman sebelum merdeka pun kita dapat lihat bahawa kaum2 muda  lah yang turut terlibat menanamkan sifat bencikan penindasan di negara sendiri…mereka terpengaruh dengan gerakan pembebasan yang giat berlaku dinegara2 timur tengah…andainya british ketika itu buat seperti kerajaan kita buat sekarang..aku yakin negara kita masih lagi dalam naungan british…

Pemimpin yang bijak sudah tentu akan melakukan apa sahaja agar perkara yang berlaku di negara lain pada masa ini tidak berlaku dinegara ini…justeru kita dapat lihat bahawa negara ini kelihatan amat pemurah dan perihatin sekali dengan nasib rakyat…bantuan demi bantuan disalurkan pada rakyat…aku bukan nak kata kerajaan takut rakyat memberontak…tapi pemimpin yang bijak sudah pasti bertindak terlebih dahulu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini…

Hartal, mogok, demonstrasi, protes bukanlah suatu yang asing di negara ini…ianya sudah berlaku lama dahulu sebelum merdeka lagi…ada juga suara sumbang buta sejarah yang menyifatkannya sebagai tidak bertamadun tapi sejarah memang membuktikan bahawa ia merupakan cara terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah…malah tidak keterlaluan jika disifatkan bahawa ia lebih berkesan dari pilihanraya…pilihanraya mengambil masa bertahun2 untuk berubah tapi dengan kebangkitan rakyat…tidak perlu mengambil masa yang lama…tapi memang bodoh lah jika ianya dianjurkan untuk hanya memberikan kepentingan pihak tertentu sahaja…

Entri ini tidak sesekali bertujuan untuk mengajak orang bangkit tunjuk perasaan dijalanan…negara ini masih boleh diselamatkan lagi…untuk itu aku ingin mengajak pembaca untuk berfikir sejenak tentang politik, kerajaan dan rakyat…

Rakyat boleh hidup tanpa kerajaan tapi kerajaan tidak mungkin hidup tanpa rakyat…jika pembaca faham hakikat ini…banyak masalah boleh diselesaikan…tidak ada satupun kerajaan yang bertahan di dunia ini…lihatkan kuasa besar seperti mesopotamia, mesir, china, Indus, parsi, rom, monggol, Melaka, majapahit, srivijaya dan sewaktu dengannya…adakah masih bertahan hingga hari ini…sudah tentu tidak kerana setiap kerajaan itu ada tempoh masanya…sehebat dan seagung mana pun ia…tetap tunduk pada peredaran masa dan zaman…

Izinkan aku untuk mengaitkannya dengan negara tercinta ini…sekarang ini mungkin ramai yang sudah menyedari akan tanggungjawab sebenar kerajaan…iaitu dari rakyat kepada rakyat…segala jenis bantuan atau sumbangan itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah hak rakyat kerana ia datang daripada rakyat…walaupun dikatakan terpaksa menanggung berbilion subsidi dan defisit belanjawan…namun masih mampu untuk beri sumbangan pada rakyat…

Bagi yang tidak belajar ekonomi…sudah tentu kurang memahami kenapa kerajaan begitu pemurah untuk mengeluarkan dana yang sangat banyak untuk rakyat…tapi aku yang belajar ekonomi tahap stpm rasanya dah mampu untuk memahaminya…ini kerana perbelanjaan kerajaan adalah suntikan kepada ekonomi…lebih banyak kerajaan mengeluarkan belanja kepada rakyat…maka semakin pulihlah ekonomi sesuatu negara…ini kerana rakyat yang dapat duit akan belanja dan duit tersebut akan kembali semula pada kerajaan…namun jika rakyat hanya simpan di bank atau di bawah bantal rumah…maka sia2 lah usaha kerajaan itu kerana simpanan adalah bocoran pada ekonomi…bila duit xjalan maka ekonomi akan terjejas…

Aku nak terangkan lebih2 pun xmampu pasal aku belum khatam…harap2 rakyat makin sedar bahawa duit yang diterima daripada kerajaan itu adalah duit rakyat…adapun jika kerajaan tidak adil dalam pembahagian duit itu..maka jawablah bila dah mati nanti…tugas kerajaan adalah menolong rakyat tanpa memilih bulu…ini kerana semua rakyat samada rela atau tidak perlu memberi sumbangan kepada kerajaan…contoh yang paling mudah adalah cukai…semua rakyat kena bayar cukai pada kerajaan…tidak kiralah penyokong kerajaan atau pembangkang kerajaan…sebagai contoh…mereka yang membeli kereta import perlu membayar cukai kepada kerajaan…tidak kiralah samada mereka itu dari penyokong kerajaan atau pun pembangkang kerajaan…tidak bererti dia membangkan kerajaan maka dia tidak mahu membayar cukai pada kerajaan….dan tidak bermakna penyokong kerajaan dikecualikan cukai kerana menjadi pengikut setia kerajaan…pendek kata rakyat tanpa mengira ideologi politik perlu membayar cukai pada kerajaan…

Oleh kerana kerajaan menerima hasil daripada segenap rakyat…maka tidak berapa nak cerdiklah jika ada yang anggap kerajaan begitu bermurah hati memberi bantuan kepada mereka yang menentang kerajaan…ini kerana dalam soal ini tidak perlu timbul soal murah hati kerana itu dah memang tanggungjawab kerajaan pada rakyat…tak kisahlah parti mana yang berkuasa sekalipun...sudah jelas termaktub bahawa tanggungjawab kerajaan kepada rakyat adalah menyediakan itu dan ini...kalau ada juga yang ungkit…memang tak tahu nak kata apa…

Sedar xsedar…sengaja atau xsengala…terpaksa atau rela…kita telah banyak menyumbang pada kerajaan…contoh paling mudah…kereta…yang mana kita terpaksa bayar lebih dari harga yang sepatutnya…kerana apa…kerana kerajaan masih memerlukan hasil itu…jika cukai dihapuskan…maka berkuranglah hasil kerajaan yang hendak digunakan untuk membayar itu dan ini…negara ini belum cukup kaya untuk menghapuskan cukai import kereta seperti negara2 maju lain…jika cukai itu dihapuskan…maka tidak akan kelihatan lagi kereta2 nasional kat jalanraya negara ini…

Rakyat cuma mampu mengkritik sesama sendiri betapa teruknya kualiti kereta tempatan…namun tetap menggadai nyawa menggunakannya…kerana tidak mampu membeli kereta import yang lebih berkualiti dan selamat…dari sini kita cuba fikir sejenak…adakah orang2 kenamaan ini memakai kereta myvi, kancil, viva, wira seperti kebanyakan orang kita…yang apabila kemalangan berlaku kerap mengorbankan nyawa…dari sini kita buleh menilai siapa yang bantu siapa…tapi perlu diingatkan punca utama kemalangan adalah kecuaian pemandu…pakai kereta kebal pun kalau cuai…xkemana juga…

Pada pandangan aku…pilihanraya berikutnya adalah yang paling mencabar dalam sejarah negara ini…ini kerana banyak isu yang belum diselesaikan yang mampu menggugat kedudukan pihak kerajaan dan pembangkang…dengan senario politik dunia yang turut memberi kesan..memang agak mencabar juga lah pilihanraya nanti…

Tapi aku cukup tertarik dengan strategi baru yang memberi duit pada rakyat ini…ini kerana rakyat tidak kisah sangat siapa yang berkuasa…janji dapat habuan…bayangkan rakyat mana yang nak sokong pembangkang pada pilihanraya nnti kalau kerajaan sekarang bagi duit dan insentif yang macam2…dan kalau pembangkang menang besar sekalipun pada pilihanraya nanti…mampu kah utk meniru kerajaan sekarang ini yang memberi macam2 duit pada rakyat…dalam masa lima tahun sudah tentu rakyat akan kembali kepada kerajaan yang sekarang ini…

Kerajaan sekarang ini betul2 bijak mengambil hati rakyat…dan jika kalah pada pilihanraya akan datang…memang sukar bagi kerajaan ganti untuk mengulangi apa yang kerajaan sekarang lakukan…utk melaksanakan manifesto pilihanraya…satu penggal sudah tentu tidak mencukupi dan aku pasti rakyat tidak begitu sabar untuk menjadi bahan eksperimen…

Politik di negara ini masih belum matang…kalau betul nak berkhidmat pada rakyat…kenapa stesen tv asik menghentam satu pihak sahaja…kenapa tak beri peluang pada pihak yang dihentam itu untuk menjawab dalam tv yang sama…ibarat baling batu sembunyi tangan…kalau kat negara lain boleh buat kenapa negara ini tak boleh buat…

Sejujurnya aku meluat tengok tv dan baca akhbar…tuduh kat tv jawab kat akhbar…tuduh kat akhbar jawab kat tv…tapi bersua muka belum pernah sekali…bukankah ini tindakan pengecut…rakyat mahukan penjelasan yang bijak…bukan mendengar dari satu pihak sahaja…apa yang jadi agaknya jika ada satu saluran khas untuk kedua2 parti ini berjumpa dan berbincang mcam mana nak bantu rakyat…biar rakyat sendiri menilai…tapi rasanya benda ni xkan berlaku dalam hayat aku ini…hahahaha…aku dah bosan mendengar dan membaca dua2 pihak saling mengutuk sesama sendiri tapi tidak memberi perhatian yang sewajarnya pada nasib rakyat...sampaikan sport toto pun ada taja rancangan kebajikan macam bersamamu beras faiza tu…ini kerana parti politik terlalu sibuk cari salah pihak lawan…macam budak2…at least budak2 pun gaduh xlama…hahahaha….

Akhir kata…tahniahla pada siapa yang baca sampai habis…aku belum penat menulis tapi aku yakin ada yang penat membaca…maklumlah melayu memang malas membaca…aku pun melayu jugak walaupun ada berdarah india sikit…

P/s: Aku vs politik akan bersambung lagi kalau aku ada kesempatan…siapa yang xsuka baca jangan baca...apa yang aku tulis amat terhad berbanding apa yang ada dalam otak aku…jadi jangan buat kesimpulan awal dengan hanya membaca dua entri ini…sekian…

Friday, December 9, 2011

Duit kita yang sebenar2nya

Aku masih teringat pada bulan puasa lalu,dlm satu sesi tazkirah. Salah satu perkara yg dibangkitkan ada sedekah atau derma. Aku masih igt dan masih pegang hujah itu yg menyatakan bahawa duit kita yg sebenar2 milik kita ada yg seringgit dua ringgit yg kita duk bg sedekah tu. Adapun duit yg beribu2 dlm bank tu bukan duit kita yg sebenar2nya. Ini kerana kita belum tentu sempat menggunakannya semasa hidup, dan jika kita mati, org lain yang akan tuntut duit itu.

Aku amat setuju dgn kata2 itu kerana duit yg kita sedekah dgn ikhlas tanpa rasa rugi itulah yg bakal menyenangkan kita lepas kita mati. Duit yg kebanyakan masa kita hulur sebanyak seringgit itulah duit kita. Dengan syarat kita ikhlas menderma pada jalan ALLAH.

Semua tahu ganjaran besar menanti org yg suka bersedekah dimasa hidup dan sesudah mati.

Telah dijamin bahawa tidak akan jatuh papa org yg bersedekah dgn ikhlas.

Oleh itu jgnlah hanya memandang sahaja tabung2 di surau dan masjid. Mula lah hulur dgn ikhlas ke jalan ALLAH...

Thursday, December 8, 2011

Hubungan Dengan Alam

Bertemu lg dlm edisi hujung tahun. Kali ini mau mengomel pasal hubungan kita dgn alam.
Selain dr hubungan kita dgn ALLAH,disamping hubungan dgn manusia,ramai yg alpa tentang hubungan dgn alam.
Alam yg dimaksudkan termasuklah haiwan,tumbuhan,dan alam sekitar. Kali ini akt cuma nak fokuskan dgn haiwan. Kerana aku mmg pencinta haiwan yg sepatutnya dicinta,aku benci haiwan yg sepatutnya dibenci.
Tp benci mcm mana pun tidak halal bg kita menzalimi dgn mengazab seksa.
Ada yg tiap2 hari ke surau masjid tp akhlak dgn alam tidak dijaga. Kaki yg rajin ke surau masjid itu jugalah yg menyepak,memijak, dan menendang haiwan. Tangan yg rajin tadah tangan utk berdoa itu jugalah yg memukul dan mendera haiwan. Dosa dgn ALLAH,insyaALLAH diampunkan,dosa dgn manusia,hanya manusia boleh ampunkan. Tp dosa dengan haiwan?Siapa yg berkuasa mengampunkan?
Aku pun xpaham kenapa akal yg diberi digunakan utk menzalimi haiwan. Semua haiwan mengetahui manusia dikurniakan akal. Kita patut malu kerana mempersia2kannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...