Rakan Seperjuangan

Friday, December 31, 2010

Segmen Mengira Hukuman Minum Arak

Entri 289: Susulan dari entri mengira hukuman tinggal solat dan tayang rambut...masa khutbah yang agak slow dan mendayu2 tadi...aku ada terpikir untuk memajukan segmen mengira hukuman ini...kali ini tentang mengira hukuman minum arak...disini dimaksudkan adalah dengan sengaja...kalau tak tahu itu arak..atau dipaksa minum dengan diberi pilihan hidup atau mati..

Minum arak termasuk dalam kategori dosa besar, orang yang sekali minum arak, terus jadi fasik dan tak sah jadi saksi dan juga tidak sah menjadi wali, sehingga dia bertaubat.....semasa Islam mula diasaskan...arak belum diharamkan sepenuhnya...inilah Islam dan Quran...kalau suatu ayat mahu diturunkan...mesti ada peristiwa yang menyebabkan...dalam contoh pengharaman arak ini apabila orang yang tengah mabuk minum arak turut serta solat tetapi tidak dapat fokus bacaan dalam solat...dalam erti kata lain...memang dah tak betul baca...dan mungkin berterabur bacaan..tunggang-langgang...dah mabuk kan...

"Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya khamar (minuman keras), judi, patung-patung dan bertenun tilik itu adalah pekerjaan yang keji dari pekerjaan syaitan, jauhilah oleh kamu, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan."
(Surah al-Maidah-ayat 90)

Aku malas nak letak dalil banyak2...arak adalah benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal...dan memang memudaratkan...termasuklah segala macam minuman keras dan juga dadah dalam bentuk pil, serbuk dan sebagainya...

Tapi yang senang orang nak lihat adalah jika sengaja minum walau setitik arak...maka ibadat tak akan diterima selama 40 hari...

Jadi dengan otak aku yang belum bertaraf profesor matematik ni...aku tetap cuba nak buat formula agar orang yang bebal matematik macam aku pun boleh paham...

1 titik= 40 hari tidak diterima amalan
1 gelas= 3000 titik(lebih kurang-pasal aku dah search kat gugel)
1 gelas 8oz=4000++ titik...16oz=Cup slurpee 7e medium.

Jadi...kat situ kita buleh buat kesimpulan...segelas yang medium itu lebih kurang 3000 titik....


1 gelas=3000 X 40 hari = 120 000 hari
1 hari= 5 waktu solat
120 000 hari X 5 waktu solat= 600 000 waktu solat

1 waktu solat= 80 tahun seksa akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia


1 gelas= 600 000 waktu solat X 80 tahun akhirat= 48 000 000 (48 juta tahun akhirat)
1 tahun akhirat= 365 X 1000 = 365 000 tahun dunia
48 juta tahun akhirat= 48 juta X 365 X 1000= 17 520 000 000 000  (17.52 trillion tahun dunia)


 1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera

"Sesungguhnya syaitan itu mengkehendaki supaya kamu bermusuh-musuhan dan berbenci-bencian sesama kamu oleh kerana minuman keras (memabukkan) dan berjudi itu, serta menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Tidakkah patut kamu berhenti daripada yang sedemikian?" 
(Surah al-Maidah - ayat 91)

Antara azabnya di hari akhirat adalah...boleh baca selebihnya kat sini...

"Pada Hari Mahsyar, sewaktu berbangkit, mereka keluar dari kubur dengan bauan yang sangat-sangat busuk lebih dari bangkai, dan botol-botol arak itu digantung di leher dan gelas-gelas di tangan. Tubuhnya penuh dengan ular dan kala jengking dan kasutnya diperbuat dari neraka. Neraka bagi peminum arak adalah Hawiyah, disatukan dengan Firaun dan Haman."

Namun begitu...jika mereka sempat taubat sebelum mati..dan diterima taubat mereka dengan izin ALLAH, nescaya akan dihapuskan dosa2 walaupun pada awalnya dia menempah beribu billion tahun seksa akhirat...walaupun mati dengan botol arak ditangan (mana tahu dia nak pergi buang tiba2 sakit jantung dan mati)... kecuali dia minum depan kita dan mati time tu jugak...barulah kita kata kesiannya dia tu...huhuhu...

P/s: Kita yang tak minum jangan lupa akan 10 golongan yang turut dilaknat apabila berkaitan dengan arak...

Wednesday, December 29, 2010

Segmen Mengira Hukuman Tayang Rambut

Entri 288: Sebelum ini dalam segmen mengira hukum tinggal solat, aku telah secara kasarnya mengira jumlah hukuman yang bakal diterima bagi orang yang ketika hidupnya sengaja meninggalkan solat dan tidak sempat taubat atau ganti sebelum mati...jumlahnya amat menggerunkan...

Kali ini aku ingin mengajak pembaca semua mengira jumlah hukuman yang bakal diterima oleh mereka yang masa kat dunia ini keras kepala tak mahu dengar suruhan tuhan, tak mahu endah suruhan nabi, tak mahu ambil port nasihat orang agar menutup KESEMUA rambut apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi atau bukan mahram atau bahasa panjangnya..lelaki  yang boleh dikahwini...termasuk lelaki Islam dan bukan Islam...

Lelaki jangan nak mengada2...kerana lelaki tidak wajib tutup rambut..yang dimaksudkan kat sini ada perempuan yang sengaja mendedahkan rambut pada lelaki...baik secara langsung, secara tak langsung seperti video dan gambar...gambar ketika belum baligh tidak dikira ye...

Berikut adalah formula yang aku buat...aku pun benci matematik tapi formula ini ringkas sahaja...

Bagi SEURAT@SEHELAI@SEUTAS rambut yang ditayangkan secara sengaja pada lelaki ajnabi, akan diseksa dengan digantung badan pada rambutnya dalam neraka sehingga mendidih otak selama 40 tahun.

1 urat rambut= 40 tahun akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia
40 tahun akhirat= 14 600 000 dunia

1 utas, urat, helai=14 600 000 (14 juta 600 ribu tahun)

Dengan menggunakan carian internet, aku tidak perlu menghabiskan masa mengira jumlah rambut yang ada pada manusia...sumber2 internet menyatakan bahawa purata rambut bagi manusia dewasa adalah 100 000 urat, helai, utas...pergh..banyak siot...aku ingat dalam 10 ribu je...rupanya2 seratus ribu...dan purata rambut gugur adalah 100 helai sehari...

Oleh yang demikian...formula kita bersambung lagi...

1 kali tayang= 100 000 helai rambut
1 helai rambut= 14 600 000 tahun kena seksa
100 000 helai rambut= (14 600 000x100 0000)= 1 460 000 000 000 tahun kena seksa

 1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera


Jadi cuba bayangkan dari akil baligh sampai mati tak pernah tutup rambut...aku rasa aku pun pengsan tengok jumlah tahun...tak reti dah nak sebut...huhuhu...

Sebab aku tulis kat sini adalah kerana umat Islam itu bersaudara...jadi aku tak sanggup kalau saudara sendiri terpaksa tanggung azab seksa...aku pun belum tentu lepas dari azab seksa...bukannya aku tak pernah buat dosa...aku bukan nabi...tapi itu bukan jadi penghalang untuk sama2 mengingatkan...

Ayuhlah para muslimat dan mukminat sekalian...selagi pintu taubat masih terbuka...bertaubatlah..masih ada masa lagi hendak berubah...aku sayang korang semua...itu pasal aku tak sanggup biarkan korang terus menerus menempah jumlah hukuman kat akhirat nanti...tapi kalau korang sendiri tak sayang diri...aku tak rugi apa-apa pun...cuma jelas kat situ iman aku belum sempurna kerana tidak menyayangi saudara seagama aku sebagaimana aku sayang diri aku sendiri...

Sepertimana aku nak elak diri aku dari kena azab seksa kat neraka dan azab kubur...seperti itulah aku tak mahu saudara seagama aku kena azab dan seksa...banyak lagi kesempurnaan iman seperti sabar, bersih dan sebagainya...tapi menyayangi saudara seagama adalah tanda-tanda orang beriman...

"Tidak sempurna iman kamu jika tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."


P/s: Aku sayang korang dunia akhirat...walaupun kat dunia korang tak pernah belanja aku makan...tapi aku tetap prihatin...kat akhirat pun kalau korang masuk syurga, terlepas dari seksa...aku yang tulis ini belum tentu lepas dari seksa...hari ini aku macam ni..10 tahun akan datang..aku tak tahu aku ni macam mana...cuma aku berdoa agar ditetapkan iman aku dan iman korang semua...

Tuesday, December 28, 2010

Tuhan Maha Pengampun Vs Umat Islam Maha Menghukum

Entri 287: Hari ini baru aku terdetik nak menulis pasal isu ini yang aku rasa telah diputar belitkan dan mendapat sambutan hangat bagi mereka yang sorry to say...agak kurang penghayatan dalam agama Islam...tidak keterlaluan kalau aku katakan mereka ini mempunyai pandangan yang sempit tentang Islam tetapi tidak mahu mengembangkan dan mendalami Islam..justeru dari kecik sampai tua..masih lagi guna hujah dangkal yang sama...

Memang betul dalam Islam ada sebut ALLAH maha pengampun...maha penerima taubat...maha mengasihani...itu memang tidak dinafikan...akan tetapi, berapa ramai yang fikir ALLAH juga maha berat seksaannya...malah hukuman yang ditetapkan kat dunia pun dah buat orang takut dan tak mahu ikut...inikan pula balasan kat akhirat yang kita sendiri telah sedia maklum betapa keras, pedih, seksa yang amat...

Apa yang aku perhatikan trend sekarang ini..ia tidak menjurus kepada trend amar makruf nahi mungkar...SERU PADA KEBAIKAN DAN CEGAH KEMUNGKARAN...bab seru pada kebaikan itu memang patut dipuji lah...tapi bila masuk bab cegah kemungkaran...bab ini ramai yang dah kena putar belit...

Macam2 alasan diberi, jaga tepi kain orang, hak individu, hak asasi, hak itu hak ini, yang semuanya menjurus kepada JANGAN CEGAH KEMUNGKARAN atau pejam mata sudah, lantaklah mereka, kubur masing2, tak ganggu orang lain dan sebagainya...sampai satu tahap dimana seolah2 berserah saja pada tuhan, biar tuhan sendiri yang uruskan...

Aku yang kurang ilmu agama ini memang tidak setuju langsung bab berdiam diri bila kita ada kuasa nak cegah kemungkaran...zaman sekarang punyalah banyak medium yang boleh digunakan, macam aku, aku fokus kepada menulis kat blog ni...kalau aku cakap depan2..pasti aku kena boikot...blog ini merupakan salah satu cara aku mencegah kemungkaran...walaupun dengan ilmu aku yang tidak seberapa ini..

Berbalik pada tajuk, dakwaan umat Islam maha menghukum itu adalah langsung tidak menepati ciri2 Islam..ia seolah2 mereka ini bertindak menghukum sesuka hati...padahal dalam Islam sudah lengkap tentang cara pelaksanaan hukuman...dan kalau betul2 mengaji pasal Islam...pasti tahu bahawa bukan senang mahu jatuhkan hukuman dalam Islam...kalau undang2 manusia, gambar sekeping pun boleh jadi bukti yang kuat dan boleh sebabkan hukuman mati..tapi dalam Islam, dalam hukuman zina misalnya..kena ada 4 orang saksi yg cukup syarat...

Aku cukup menyampah dengan mereka yang malas nak mendalami Islam tapi mahu mengutuk islam...mereka ini cuma mahukan yang indah2 dari islam..bila bab larangan keras...mereka tak mahu terima..ibarat kata mereka ini hanya mengikut apa yang difikirkan berfaedah tapi meninggalkan apa yang mereka rasakan tidak sesuai...sebagai contoh...zakat, bukan main giat aktiviti kutip zakat...bukan main rancak dalil2 yg mewajibkan zakat...beribu2 kaunter zakat dibuka...tapi bab lain? bab solat misalnya...aku malas lah nak ulas bab solat ni...nanti 100 entri pun tak cukup...

Orang yang jahil tentang islam akan anggap umat islam maha menghukum..itu tak boleh..ini tak boleh...ada yang kata ALLAH tu tidak perlukan bantuan manusia..makna kata..kalau ALLAH dihina..biarkan saja...ALLAH maha berkuasa dan tak perlu dibela...Islam pun agama ALLAH, jadi tak perlu umat Islam lebih...ALLAH akan jaga Islam...aku cukup geram dengan kenyataan bengong seperti ini...

Nanti akan ada hujah manusia diutuskan untuk memakmurkan bumi...bukan untuk merosakkan bumi...persoalan disini..macam mana nak jadi makmur kalau tidak mahu ikut perintah ALLAH...memang orang bukan Islam tu moralnya lebih baik, tapi mereka kufur pada ALLAH...tiada yang lebih teruk seksanya dari kufur kepada ALLAH...selama2nya kat neraka...kat dunia memang baik..tapi baik dari segi moral sahaja..dari segi akidah..hancus...

Ada orang marah pasal hukuman murtad yang dikatakan kejam...padahal dalam islam bukannya jumpa org murtad terus bunuh...sebaliknya diberikan masa untuk bertaubat...dan jika enggan...barulah dibunuh...kerana kat utube ramai je orang murtad yang aku rasa bunuh 10x kali pun tak setimpal dengan perbuatan mereka yang memburuk2an islam..sedangkan mereka baru tahu sedikit tentang islam...sudah berlagak macam dah tahu semua...duk kata islam ni kejam dan segala bende yang langsung tak tepat...pasal tu orang murtad ni layaknya dibunuh saje..memang pengacau...tapi orang yg liberal akan kata..apa hak kita nak bunuh..jawapan aku...bukan hak kita rakyat biasa utk bunuh..tapi itu adalah tanggungjawab pemerintah...dan kita yang bertanggungjawab melantik pemerintah..jika kita dah tau pemerintah itu tak akan laksana hukuman itu...kita pun sokong bagi dia naik...kita pun dapat share..aku buat tesis pasal kes lina joy..yang murtad tu...sampai kecoh satu negara dibuatnya..perabis duit rakyat je...

Tiada paksaan dalam agama..ini pun satu hujah yg orang guna...tanpa merujuk pada maksud sebenar ayat ini...bagi kamu agama kamu...pun dalil yg dimanipulasi oleh mereka yang malas nak kaji islam...mereka ingat islam ni agama main2...buleh keluar masuk sesuka hati...buleh ikut separuh tinggal separuh camtu..yg xkena dengan akal dangkal mereka tinggal..yang mereka rasa menguntungkan mereka ikut...kalau macam tu apa beza islam dengan agama2 sebelum ni..yahudi nasrani sume tu...kerana mereka semua tu telah beriman dengan sebahagian dan kufur pada sebahagian yang lain..

Kita Islam pun nak buat itu macam ke? yg kena dengan citarasa kita, ada kepentingan, kita amal..yang kita tak berkenan, kita tinggal...macam tu? Bila ada orang bagi peringatan, dikata membebel, perasan bagus, perasan alim, bajet alim dan segala macam lagi kata2 yang aku rasa akan MENGHALANG proses CEGAH MUNGKAR...aku tak ada mood nak ulas panjang...tapi aku cuma nak kata...pergi mampus dengan CERMIN DIRI SEBELUM DAKWAH...kalau nak tunggu jadi alim ulamak dulu baru buleh dakwah orang...mmg JAHANAM dunia ni..sedangkan dakwah nabi pun orang tolak..inikan alim ulamak...orang biasa yang nak dakwah tu silakan...pastikan kena dengan cara...Pegi mampus dengan OOO..AKU TAK NAK MASUK CAMPUR, AKU PUN JAHIL...OOO..AKU TAK YAKINLAH...

ALLAH dah tau itu semua...Nabi pun tak mampu nak ubah hati bapa saudara yang paling menyayangi dan disayangi...betul lah ALLAH nyatakan...tugas kita hanya sampaikan...tapi bab sampaikan kehati..itu bukan urusan kita...

Bab jatuh hukuman, dalam Quran ada tetap hukuman sekian2...sebagai panduan kepada manusia..itulah ketentuan dari ALLAH...siapa kita nak kata hukuman tersebut kejam dan sebagainya...dan siapa kita nak persoal tindakan ALLAH, dengan logik akal semata2...dah terang nyata jangan fikir tentang zat ALLAH..tapi ada yang degil nak pikir jugak..itu pasal jadi sesat...diibaratkan tuhan macam manusia pulak...sampai kata tuhan tu tak betul, kejam, zalim dan sebagainya...konon tuhan bagi otak supaya pikir...ya betul mmg suruh pikir...tapi tuhan dah larang dari pikir zat ALLAH..bende lain nak pikir silakan...tapi kalau dah jenis sesat tu...tak hairan lah..

P/s: Umat Islam bukan maha menghukum...cuma orang yang jahil dan melampaui batas je buat begitu...Islam dah sempurna..tidak ada soal hidup ini yg tak ada jawapan dalam Islam...cuma pasal bebal dan bodoh sombong tak mahu mengaji..itu pasal dianggapnya Islam ini mundur...orang yang amalkan Islam jadi mundur..negara Islam jadi mundur..dan sebagainya...

Monday, December 27, 2010

Bahasa Arab Untuk STAM, Awam, Terjemahan, Ceramah, Tusyen

Entri 286: Ini merupakan hebahan berupa iklan bagi mereka yang memerlukan khidmat dan bantuan dalam bahasa Arab...kat negara ini tidak ramai kaum bumiputera yang terer dalam bahasa arab...kerana bahasa arab kurang diberi penekanan dalam pembelajaran berbanding bahasa inggeris...

Perkhidmatan yang ingin ditawarkan adalah termasuk:

1. Pengajaran Bahasa Arab khususnya untuk calon yg bakal menduduki STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia.

2. Pengajaran Bahasa Arab awam.

3. Terjemahan Bahasa Melayu-Bahasa Arab dan Bahasa Arab-Bahasa Melayu.

4. Mengajar Bahasa Arab dari rumah ke rumah.

5. Ceramah dalam Bahasa Arab.

Sedikit info atau maklumat berkenaan beliau yang ingin menawarkan khidmat-khidmat diatas:

1. Graduan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar, Mesir.

2. Graduan Bahasa Arab Universiti Malaya.

3. Sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (Phd) Bahasa Arab,  Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang dimaksudkan adalah Hashim bin Mat Zin, dan khidmat-khidmat yang ditawarkan adalah terhad bagi mereka yang berada di jajahan Machang, dan yang berdekatan dengan jajahan Machang, Kelantan.

Siapa yang berminat, atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang khidmat yang ditawarkan oleh beliau...boleh menghubungi beliau sendiri:

Telefon: 019-9869022
E-mel: hashimbes@yahoo.com.my

P/s: Beliau merupakan salah seorang teman sebilik aku dan ingin aku katakan bahawa beliau memang pakar bab-bab bahasa arab ni....banyak lagi kelayakan dan kredibiliti beliau yang ingin aku lampirkan tetapi beliau mengatakan ia adalah rahsia yang tidak boleh sewenang2nya ditulis kat sini...atas alasan yang tertentu...

Friday, December 24, 2010

Haram Talak Ketika?

Entri yang ke 285: Berkenaan talak, aku belum kawin, nikah pun belum, tapi itu tidak menghalang aku dari mempelajari hukum hakam yang berkait dengan alam perkahwinan.

Hukum bagi suami yang menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid adalah haram dan berdosa...walaupun haram, talak tetap jatuh, cuma kalau tidak dirujuk semula, suami akan menanggung dosa sampai hari kiamat...perlu ingat bahawa bukannya dah tak boleh nak cerai lepas itu, cuma sunat bagi suami rujuk balik isteri yang diceraikan ketika haid tadi...kena tunggu sampai isteri tersebut suci dari haid...kemudian baru lah boleh diceraikan kembali...namun begitu ia tidak menambah bilangan talak kerana itu hanya pengulangan talak..makna kata andainya suami menceraikan isteri yang sedang haid dengan dua talak...maka dirujuk kembali...tunggu isteri suci dari haid..kemudian diulangi talak...kerana haram mentalakkan isteri ketika isteri sedang haid...maka pengulangan talak tadi tidak menjadikan talak itu menjadi tiga talak...seperti mana mahkamah mahukan suami menceraikan isteri di depan kadi..setelah menceraikannya diluar mahkamah..ia tidak menambah jumlah talak kerana ia merupakan pengulangan semata2...

Hukum bagi suami yang menjatuhkan talak kepada isteri yang suci dari haid tetapi baru sahaja dijimak olehnya juga haram dan berdosa...makna kata...suami baru sahaja menjimak isterinya beberapa hari lepas tapi hari ini sudah mentalakkan isterinya...hukumnya adalah haram dan berdosa...namun begitu talak tetap jatuh dan dikira...dalam hal ini suami juga sunat rujuk balik dengan isteri...tunggu hingga isteri keluar haid...kerana nak pastikan rahim isteri suci dan isteri tidak mengandung...maklumlah sebelum tu pernah dijimak suami...kemungkinan mengandung...itu pasal haram dan berdosa bagi suami yang menjatuhkan talak pada isteri yang baru dijimaknya...oleh itu suami perlu rujuk balik dengan isteri dan tunggu sehingga isterinya itu keluar haid...lepas dah suci dari haid...baru lah dibenarkan menjatuhkan talak dan tidak dikira berdosa..andai isteri tadi mengandung..maka suami terpaksa tunggu hingga isterinya bersalin...baru lah boleh menjatuhkan talak...

Maksud haram dalam kedua2 kes tersebut adalah suami akan terus menanggung dosa jika tidak mahu merujuk kembali isteri yang ditalaknya dalam keadaan yang dimaksudkan di atas iaitu ketika haid, atau baru dijimaknya...bagi isteri yang dah putus haid tu aku tidak tahu apa hukumnya...tapi rasanya tidak lah termaktub dalam kes2 diatas kerana sudah tidak ada haid...

Terpulang pada suami jika masih berdegil dan tidak mahu rujuk dengan isteri yang diceraikan dalam keadaan haid dan dalam keadaan suci tapi baru dijimaknya...tapi perlu ingat...kerana keengganan dia untuk rujuk balik isterinya itu..menyebabkan dia menanggung dosa sampai bila2..jadi untuk hapuskan dosa itu...perlu dia rujuk balik isterinya...andai isterinya dah kawin lain...maka taubat nasuha lah wahai suami yang dimaksudkan...moga ALLAH mengampunkan dosa kalian dek kerana kejahilan kalian...

Kesimpulannya...walaupun perbuatan menceraikan ketika dua keadaan tersebut adalah haram dan berdosa, suami yang berdosa, isteri tak berdosa...namun status talak adalah gugur...jatuh talak walaupun haram bagi suami melafazkannya pada kedua keadaan itu...sunat rujuk balik...ada mazhab kata wajib..tunggu isteri dan suci dari haid...kalau lepas tu disetubuhi...maka kena tunggu lepas isteri suci dari haid...masa tu lah baru tidak berdosa jika dijatuhkan talak...kerana berlaku pada sahabat nabi yang menceraikan isteri ketika isteri dalam haid..dia bertanya pada nabi...nabi suruh rujuk balik isterinya...kalau dah nabi suruh rujuk itu..maknanya talak dah jatuh la tu...cuma lepas dah rujuk...isteri dah suci...bolehla kalau dah nak cerai sangat2...ketika itu suami tak dikira berdosa dah...jumlah talak pun tak bertambah...kerana ia merupakan pengulangan talak semata2...

P/s: Bagi yang kompius..buleh beli atau donlod ceramah Ustaz Kazim berkenaan talak ini...atau tanya beliau sendiri dekat ruangan tanya ustaz dekat laman web beliau...kerana apa yang aku tulis kat atas tu adalah intipati dari ceramah beliau...

Thursday, December 23, 2010

Hukum...bermacam hukum...

Entri 284: Aku cuba nak letak link saje pada gambar2 ngeri yang bakal dipaparkan...tengok apa jadi...heheheh..

Tajuk hukuman mati di serata dunia...aku ambil dari forum kat gempak.org...



Kat siam hukuman matinya ini macam

Kat vietnam
Kat arab saudi (sebelum)
Selepas

Kat Yaman pulak begini.

Sementara itu di negara Iran (sebelum)

Selepas


Kat Amerika pulak

Selepas.(kerusi karan)

Hukum rejam dengan batu.

Rejam lagi...

Kat India pulak begini caranya

Semasa Taliban

Afghanistan

Afghanistan lagi...

Kat negara cina

cina lagi

Life over...


P/s: Semua kematian tak kira cara pun adalah sakit, cuma bezanya seksa sebelum nak mati tu...apa komen anda terhadap gambo2 yang buat kita bersyukur masih dapat hidup ni..siap pelan apa nak buat 30 tahun akan datang?





Monday, December 20, 2010

Punca Mendapat Anak Cacat-Jgn melenting dulu.

Entri yang ke 283: Persoalan tentang anak cacat sudah lama aku nak tanya mereka yang lebih arif tentang ilmu agama, kerana masa sekolah dulu aku pernah dengan Ustazah bahasa arab aku ketika memberi taklim(masa sekolah menengah sebelum mula kelas kul 7.40 tu, kena beratur kat luar kelas dulu, dengan ceramah agama yang pendek dalam 5-10 minit), beliau ada menyebut tentang punca mendapat anak cacat. Aku buat dek jelah, bende sensitif, dan memang sensitif, ibarat mengata anak luar nikah, kerana anak terpaksa tanggung kesalahan mak bapak.

Sejauh mana dakwaan mendapat anak yang cacat itu ada kaitan dengan agama pulak? Ustaz yang mak aku selalu pergi menadah kitab pun pernah sebut tentang hal ini, mak aku dengan serta merta mematikan ckp ustaz dia itu, bukan kerana dia xcaya, cuma bende ini sensitif, tersangat sensitif, sensitif yang amat.. Blog aku ni pun bakal kena banned je nnti kot kalau aku asik dengan isu ni...

Untuk tidak membuang masa, aku sempat bertanyakan soalan pada Ustaz Azhar Idrus, bukan tanya face to face tapi tanya kat forum beliau sahaja, kalau jumpa face to face, memang banyak sangat aku mahu tanya...huhuhu..

Aku telah membuka satu thread baru kat forum itu, bawah kategori soal jawab agama, lain-lain, punca mendapat anak cacat. KLIK KAT SINI KALAU TAK CAYA.

Bagi yang malas nak klik, jangan risau, macam biasa aku akan kopi pes kat sini.

Soalan:

Author Message

Ahli Baru Lompat Parti
User avatar

Joined: Sat May 16, 2009 3:24 pm
Posts: 41
Post Punca Mendapat Anak Cacat
Assalamualaikum pada Ustaz dan forumer2 sekalian.

Di sini saya ingin meminta pandangan Ustaz berkenaan dakwaan:

1. Anak yang dilahirkan juling dan cacat adalah kerana berlaku percampuran benih jin dan manusia kerana suami tidak membaca sebarang doa sebelum melakukan hubungan intim. (Ustaz dan ustazah ckp)

2. Anak yang bila besar menjadi bapok atau pondan kerana suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid.(ceramah berkenaan jin oleh Ustaz Ismail Kamus)

Isu ini amat sensitif bagi ramai pihak, harap ustaz dapat ulas sikit sejauh mana dakwaan tersebut.

Sekian terima kasih... :ymhug:

_________________
My Blog 1 :http://hady-83.blogspot.com/
My Blog 2 :http://scholars-83.blogspot.com/
I boy new learn, if wrong please show.

Jawapan:
Sat Dec 18, 2010 9:22 pm

  

Perdana Menteri
User avatar

Joined: Sat Jan 03, 2009 12:58 pm
Posts: 7528
Post Re: Punca Mendapat Anak Cacat
1. Banyak teori menyebut punca anak menjadi juling.
Diantaranya kerana gangguan syaitan ketika bersetubuh. Sebab itu Nabi saw menyuruh kita membaca doa ketika bersetubuh.
Ada juga yg mengtakan punca juling ialah ibu merokok ketika hamil. Tak sedikit yg menentang fakta ini.

2. Ada kemungkinan dari kerana sengaja melanggar larangan agama tapi tidak semestinya dapat anak demikian rupa.

Sebaiknya pergaulilah isteri dengan cara yg diajar dan dihalalkan olih agama yaitu dengan memulakan bacaan bismillah dan berdoa agar syaitan tidak mengganggu dan dapat anak yg sihat.

_________________
my gallery : http://www.digitalmukmin.com/
my website : http://ustazazhar.com
The quickest way to make money at photography is to sell your camera



Jadi, sama-samalah kita beringat2 dan saling berpesan2 sesama kita, yang lepas tu lepas lah. Maybe orang kata aku ni kolot pasal  semua bende nak kaitkan dengan agama, bab anak cacat pun nak kaitkan dengan doa, tapi bab makan babi patuh pulak, bab arak patuh, bab kena akad kawin pun patuh, tapi kenapa bab anak ni kita buat sambil lewa?

Betul lah anak cacat tu ujian pada ibu bapa, macam orang miskin kata miskin tu ujian, tapi sudah pasti kita akan cemuh kerana tak mahu usaha, dalam hal ini, usaha agar tidak dapat anak yg cacat, Ustaz2 ramai yang sebut tentang kemungkinan bercampurnya benih jin dan manusia. Pasni ada orang tanya, kenapa org bukan Islam xbaca doa pun tapi anak normal? Dah tu kenapa tak tanya kenapa orang bukan Islam yang tak percaya tuhan itu kaya raya hidup sihat dan bahagia?

Sebelum blog aku disalah anggap, better aku stop dulu kat sini, bagi yang nak kawin dan dah kawin, bacalah doa sebelum bergaul dengan isteri, kalau tak reti arab, baca melayu sudah, mula dengan bismilah, akhir dengan amin. Kalau tak tahu doa sebelum bersetubuh dengan isteri yang sah, sila tanya yang tahu, pasal malu tanya tulah jahil sampai tua. Tidak ada siapa mahu anak yang cacat, ingatlah bahawa di dunia ini, ada lagi makhluk lain yang kita tidak nampak, yang selalu dengki dengan orang islam, contohnya histeria wajib ada kat sekolah agama, dan kes histeria hanya berlaku kat skolah2 melayu, pernah dengar sekolah cina, sekolah tamil kena histeria?

Ustaz Ismail kamus kata dalam satu ceramahnya, jin tidak suka anak adam lahir ramai, ada jin yang tutup saluran peranakan, dah kawin lama pun xde anak, dr pun xtau apa masalah, jadi beringatlah sebelum kena, andai kita dah baca doa betul2 mintak lindung dari gangguan syaitan, tapi masih dpat anak cacat, itu baru dikira ujian, lepas ni jangan bila tgk anak cacat or juling, kita mula kata ooo, ini salah mak bapak dia lah ni...tak baca doa apa terus terkam bini...pasal tu aku kata isu ni sensitif...ibarat kita dah tau org tu tak solat, pastu kita mengata dia depan2, dia pun bengang, walaupun solat tu wajib buat..dah memang tabiat manusia...

P/s: Terpanjang tulis lah pulak, anak itu amanah ALLAH, anak cacat tu maybe ujian bagi kita, ALLAH nak bagi kita pahala lebih untuk cover dosa dan salah kita, Ustaz Kazim kata, bela anak cacat ni, sampai tua kita duk jaga makan minum dia, so kita akan sentiasa dapat pahala, berbanding anak normal, 10 tahun pun dah jaga diri, tapi kalau anak cacat ini, setiap masa kita diperlukan, itu juga pahala, dengan syarat redha dan tidak salahkan tuhan, tuhan xpernah salah, yang salah tu kita...










Sunday, December 19, 2010

Solat Duduk Atas Kerusi

Entri 282: Aku dengar dalam ceramah Ustaz Kazim Elias, kakak beliau cedera kena api, bengkak muka, paatu ada blogger hentam dia. Blogger itu bukan aku dan aku dah baca entri blogger yg dimaksudkan.

Balik pada tajuk..Menurut beliau, didapati ramai antara kita yg belum betul2 paham tentang solat yang sempurna dan diterima, beliau menyentuh tentang mereka yang solat duduk atas kerusi, alasan sakit sendi, sakit belakang, sakit kaki atau apa sajalah..yang menyakitkan kalau berdiri lama, xleh rukuk sujud dan sebagainya..

Beliau kata, ramai yang mampu jalan kaki, mampu naik tangga, mampu melangkah, mampu berdiri, tapi bila nak solat, duduk atas kerusi dan angkat takbir...itu menyebabkan solat tidak sah...kerana mampu angkat takbir berdiri, tapi tidak melakukannya...elok je jalan tak pakai kerusi roda, elok je naik tangga, elok je melangkah walaupun slow, elok je berdiri, tapi time nak solat, terus duduk atas kerusi dan angkat takbir ketika duduk, itu menyebabkan solat tersebut menjadi tidak sah...

Apa yang perlu dibuat adalah, berdiri dulu, angkat takbir sambil berdiri, habiskan bacaan, pastu time rukuk, bulehla duduk atas kerusi, tunduk lah sikit, lepas tu time sujud, tunduk lebih dari tunduk rukuk tadi...dan kalau buleh berdiri, bangunlah semula dan baca fatihah...tapi kalau bangun tu buatkan jatuh, xpayahlah bangun...cuma time angkat takbir tu pastikan berdiri...kerana ape? kerana tadi masuk masjid elok je jalan, naik tangga semua..cuma sakit ketika rukuk dan sujud..maka dibolehkan duduk ketika rukuk dan sujud saja..ini tidak..mampu berdiri tapi terus duduk dari awal sampai akhir..pasal itu solat tidak sah..

Baru ini pun aku ada perhati sorang jemaah kat masjid kat sini..dia jalan masuk dalam masjid menggunakan tongkat yang siap ada kerusi tu..dia bukak tongkat tu, jadi kerusi...dia berdiri tegak, angkat takbir, aku igt dia nak duduk terus lepas takbir...rupanya dia habiskan al fatihah dulu..time rukuk baru dia duduk kat kerusi sambil tunduk badan sket, time sujud dia tunduk juga...igtkan dah lepas, rupanya dia kembali berdiri lepas tu dan baca fatihah sampai habis, time rukuk  baru dia duduk...aku tgk macam org jakun je..itu pertama kali aku perasan org buat begitu..sbelum ni biasanya aku tgk elok je bawak motor, naik tangga masjid, tongkat pun xde..jalan hinjut2 sket...pastu cari kerusi terus duduk dan angkat takbir ketika duduk...rupanya itu menyebabkan solat tidak sah...kerana mampu berdiri..bukan sejam pun angkat takbir tu...3 saat je kot..kalau tak tahan berdiri lama sangat, baru buleh duduk, tapi pastikan takbir tu ketika berdiri..melainkan dari awal lagi mmg dah xleh berdiri..

Sebelum aku terlupa, ini untuk solat fardhu je tau, kalau solat sunat, ikut lah nak duduk ke baring ke walaupun sihat..bagi solat sunat, duduk tu separuh pahala dari berdiri, baring separuh dari duduk...kerana kita mampu berdiri, tapi kerana malas sangat..kita solat sambil baring je..penuh perut ketika berbuka, terawih sambil baring..ianya sah..cuma pahala kurang...

P/s: Ada banyak lagi info solat ni..yang mana org xmau ambil tahu, itu pasal solat xpenah tinggal tapi masih buat dosa besar dan buat maksiat...rupa2nya kalau diselidik, solat tidak sempurna, tomakninah xde, bacaan xbetul apa sume tu..ilmu solat ni fardhu ain..wajib kita belajar, itu pasal kalau solat tak sempurna, kita solat pun masih berdosa, kerana solat tak betul dan kita tak mahu betulkan, atau tanya pakar, solat kita ni dah sempurna ke?

Saturday, December 18, 2010

Perang Komen

 Entri 281: Bila aku kembali gian nak perang2 komen...inilah hasilnya..KLIK KAT SINI!!!


Ini adalah kali pertama aku komen kat blog tu memandangkan aku dah lama xperang2 komen...keyboard warriors is it?

Hady83 said...
Beastiality lagi ok kot, gay ni kaco orang, beastiality kaco hewan je, hewan tu siap buleh sembelih lagi dan hewan tak mendakwa orang.
December 17, 2010 8:02 PM

Hady83 said...
igt ni blog alumni budak2 agama ke nak bagi komen2 pasal agama. Adil la sket..org pakai hujah akal, dia kasi hujah agama...kalau terer..kasi lah hujah akal balik..mcm kalau gay ni diterima, lesbo diterima, makin pupuslah manusia, tapi lagi teruk orang yang buang bayi dalam jamban dan tong sampah...
December 17, 2010 8:58 PM

Hady83 said...
kat arab ada budak mati lepas pendarahan teruk, you know lah arab kan...budak pempuan baru akil baligh kawin lelaki dewasa...ibarat unta masuk lubang jarum...err..itu contoh ape ye..
December 17, 2010 9:17 PM

Hady83 said...
orang gay ni sure xde masalah buasir kan?
December 17, 2010 9:46 PM

Hady83 said...
koran says its is ok to BEAT UR your wife= pernah nabi tampar isteri?

its is ok to OWN SLAVES= pernah dengar kafarah memerdekakan hamba?

its ok to fuck that slave= anak yang terhasil adalah merdeka.

Female cannot go out WITHOUT mahram= memang bahaya pun kalau sorang2.

when with kafir women, you as a muslim woman must cover your aurat like infront of a muslim men. Meaing u must cover= cukup lah cover pusat dan lutut bila sama2 kat tempat tertutup.

it is ok to marry a 15 year old because the prophet did the same= nenek moyang kita dulu belum 15 dah kawin.

Ini jawapan skema SPM KBSM.
December 17, 2010 10:30 PM

Hady83 said...
so then, animals that commit homosexual activities will be condemn to hell or not?= unlike humans, all animal will be resurrected to received their misconduct towards other animals and also to pay back what have men did to them. If we kick them, they will kick us, and their size is definitely bigger, as during their life, they bullied their own kind or other animals, the bullied will have the chance to have pay back time. After all that have been equally judged. All of them shall be perished. Except for certain animals. U cant get info in SPM syllabus I guess.
December 17, 2010 10:53 PM

Hady83 said...
the aurat that you were mentioned are when muslim woman with muslim woman. but in this case, obe said, muslim woman with KAFIR woman. so, it is a MUST to cover like infront of a muslim men= WRONG AGAIN

non muslim women can see muslim woman hair provided that no man around...its good if they can cover all, but it is allowed to show hair, hands, legs and all that...Its a khilaf thing, when its khilaf, its up to the muslim woman to choose..but to say that MUST cover all body...it clearly shows that many of us still lack of adequate knowledges...like i said..SPM level..
December 18, 2010 12:03 AM

Hady83 said...
But the problem we face now is, we can't own the slaves in the first place. What happened to God's law!!!! Why have you people corrupted it!!!!! = daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya pada tuhan. ramai hamba yg dimerdekakan dan ditebus.

Islam at the very beginning= arak belum jatuh haram. so was the slavery, cannot just vanished it just like that, the system itself, if we could just really understand, it leads to reduction of slavery, kafarah memerdekakan hamba is one thing.

The problem is, we dont want to study Islam from the credible source, if one could just read book, read tafsir, and claims that they know all about Islam, then we have so many ulamak lah. Dont need to spend entire life facing the guru, just spend some time reading book and online articles, then, made 'syok sendiri' judgment...and boasting around and condemn others who are not in the same view as you and claim, this is "Islam". What is wrong with those people.
December 18, 2010 12:22 AM

Hady83 said...
Lumrah hidup, masa senang tak ada siapa nak rapat dengan agama, nak mati susah baru sibuk cari orang surau masjid bacakan baca itu ini, urus itu ini, patut time nak mati tu, pasang je lagu yg dia suke dengar masa hidup, baca buku yg dia suka baca ketika hidup, panggil idola dia masa dia hidup, klu dah mati, ambil poster pacak pun jadi...

Nak lagi senang, dah tau rasa semacam nak mati tu, gali kubur siap2, pastu duk tepi liang tu sorang2, pasal masa hidup mmg xsuke campur hal orang, dah mati jangan susahkan orang mandikan, kafankan, sembahyangkan, usung, gali kubur, tanam ape sume tu...tak perlu panggil tok2 imam atau mana ustaz2 pun...panggil je kawan2 rapat yang slalu teman lepak tu suruh uruskan...

Kalau mampu buat itu macam, memang aku tabik...masa hidup tak mahu campur agama, dah mati pun tak mahu susahkan masyarakat...ini tidak, hidup xpenah solat pun "penuh" satu rumah tolong sembahyang jenazah...orang lain sibuk xmau kasi dia masuk neraka, padahal masa dia hidup, dia memang rela masuk neraka dari bertuhankan apa yg dia katakan "tuhan yang tidak bermoral"
December 18, 2010 12:47 AM

Hady83 said...
Alangkah bagus kata2 selantang itu dapat jawab soalan bila dah mati. Too bad yang jawab hanyalah amalan, bukan kata2. Wow, kerana orang macam effi inilah serbanistas buleh berkenal2 antara satu sama lain. This blog is blessing in disguise dont you think so. It make those yang kurang agama lebih semangat nak dalami agama, motif untuk lawan hujah.

I hate and condemn liwat, tapi bab kutuk peliwat kaw2 tu aku tak setuju kerana kita belum tentu mati dalam iman dan mereka belum tentu mati sebagai peliwat. Boleh jadi sebelum mati mereka sempat taubat nasuha ke, kita yang perasan bagus ni habis pahala duk bagi kat dia bila kita kutuk dan umpat dia. Orang boleh berubah, tapi perbuatan itu tetap perlu dikutuk kerana dalam agama samawi semua mengutuk hubungan jenis.

Hope this is not trolling. Peace no war.
December 18, 2010 2:29 AM

Hady83 said...
Aiseh man, kalau Islam dinilai dari tindak tanduk penganutnya, maka aku yakin dah lama Islam berkubur atas muka bumi ini. Kemonlah, aku dulu pun macam tu, khalifah yang dijamin syurga itu semua mati kena bunuh, cucu kesayangan nabi pun dibunuh, apa kejadahnya orang arab ni, dah hidup zaman nabi pun masih jahat lagi, dah dijamin syurga pun orang bunuh lagi.

Kita yang dah beribu tahun selepas kewafatan nabi ini tak payah nak katalah, memang jahil sejahil2nya lah.

Iblis jadi iblis bukan kerana dia tak mahu tunduk pada ALLAH, tapi dia cuma anggap dia lebih mulia dari manusia, tapi kita manusia yang tak sedar diuntung ni, tuhan kasi chance, sejahat2 iblis, dia tak pernah ingkar dari sujud pada tuhan, tapi manusia ni seumur hidup tak pernah sujud pada tuhan pun tak bertukar rupa macam iblis.

Siapa yg tahu kisah nabi ketika hendak wafat, nabi kita mintak agar balasan bagi umatnya ditangguh hingga kiamat. Justeru, perlekeh lah tuhan sesuka hati, nothing will happen, at least not in this world i guess.
December 18, 2010 2:43 AM

Hady83 said...
Itulah mau cakap, jangan nilai Islam berdasarkan penganutnya sahaja. Nabi pesan ikut Quran dan sunnah, dan cara sahabat2. Cakap banyak pun tak guna dengan orang yang tak ada schemata ni. Yang jelas nampak orang islam ramai yang jahat, so what? Kena lantik nabi baru ke? Kena ada kitab baru ke? Islam tu dah lengkap, cuma salah kita tak mahu mengaji, bila dah dah tak tahu mula merapu, hujah hukum dengan hujah akal sampai bila pun tak akan menang. Pasal manusia ini memang sifatnya begitu, dah ada nabi depan mata, demand nak tengok tuhan pulak. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu cari helah nak lari dari ketetapan hukum.

Semua itu hidayah, bapa saudara nabi pun mati dalam kekufuran, apa jaminan kita mati dalam iman? Kita ni cuma sempat tgk apa yang didakwa peninggalan nabi saja, lagi lah tipis peluang nak mati dalam iman, sedangkan yang bela nabi sejak kecil pun mati dalam kekufuran. Tugas kita cuma sampaikan, tapi yang tentukan ia sampai ke hati, itu adalah tugas tuhan. Dia nak kata tuhan tak adil ke apa lantak dia lah, dia nak sembang dengan tuhan sebelum dia kena timbang amalan tu pun lantak dia. Nabi semua menangis dan menggigil ketakutan, dia pulak ada hati mahu sembang dengan tuhan. Lawak ke ape ni?
December 18, 2010 3:10 AM

Hady83 said...
Nak hamba juga? Zaman melayu melaka dulu banyak kot, situ hamba sini hamba, tapi as pronoun je kot...as far as i know, hamba ni wujud sebelum islam lagi, islam datang, tapi tak mansuhkan terus sistem perhambaan, seperti mana tak haramkan terus minum arak...arak dah jelas haram dalam Quran, tapi bab perhambaan ini, kurang jelas, tuhan tu bodoh ke? tentulah tidak...dah jelas sebut kewajipan solat dan puasa pun orang masih tak ikut...bagi yang kaji islam betul2, pasti akan jumpa macam mana islam tidak menyokong perhambaan, again i said, its not clearly stated in the Holy Quran, so kena kaji sikit, gunakan otak dengan bijak. Arak, judi, zina, syirik tu jelas haram dalam quran, tak perlu kaji pun dah boleh tahu haram tapi masih diteruskan. Lebih2 lagi pasal perhambaan yang kurang jelas ini, lagilah senang bagi orang yang kurang faham mengeksploitasi dan putar belit fakta. Well im not falling for that.

Hamba bukan dilahirkan hamba, tapi manusia yang jadikan hamba, slave traders, tawanan perang, tak mampu bayar hutang, dan kerana melanggar perjanjian dan sebagainya. Islam tak menghalang perhambaan secara mutlak, kenapa? tak lain tak bukan demi membezakan perhambaan dalam islam berbanding bukan islam, nak sentuh pasal boleh setubuhi hamba tanpa nikah? silakan, kalau ada 500 hamba, kalau mampu, setubuhi jelah, go on then. tapi ingat, hamba ada hak2 yg telah ditetapkan oleh Islam dan jangan melanggar hukum syarak. Lepas ini jangan suka2 mengaku jadi hamba pada bf kerana nak buat seks tanpa nikah pulak. bab aurat hamba dengan tuan tu hanya pusat dan lutut, kejam ke islam ni? bagi yang cetek agama mmg kata kejam.
December 18, 2010 3:33 AM

Hady83 said...
To gays penah buat hubungan jenis, taubatlah...solat pun tak guna bro...kerana tidak diangkat amalan mereka yang solatnya tidak mampu mencegahnya dari melakukan kemungkaran...maksudnya adalah...walau lu solat 5 waktu xpenah tinggal, baca quran tiap2 hari, haji selang 5 tahun, puasa xpernah tinggal, zakat selalu bayar...sia2 je bro...pahala tu ada, kalau dibuat dengan betul, sah memang sah jika ikut semua hukum fekah, tapi pahala itu di kiv dulu bro...hinggalah lu taubat nasuha...taubat tu bukan ckap je aku nak taubat, tapi taubat adalah berhenti serta merta dan berazam tak mahu buat lagi bro...

Maybe orang luar respek lu bro, waa..gay ini solat puasa mantap beb...well, sorry to say, pahala itu tidak dikira dalam catatan lu bro...tergantung jelah semua amalan tu...seperti tidak diterima solat orang yang pada masa yang sama suka berzina...solatnya sah, cuma pahala tidak masuk buku...what im saying here is...i dont condemn you as a person but i condemn your decision to become gay.

Gathers all gays in the world, give them a kingdom consisting of all gays...in 60-70 years after that, you only see old gays, no wife, no children, and they will be perished due to no more newborn babies as they all cant produce childrens...thats why it is called luar tabii..sex orientation that leads to the extinction of the mankind...
December 18, 2010 3:57 AM

Hady83 said...
Dah baca kat tuiter dia, betapa dia heran kenapa orang ramai komen. Well, dah nak sampai 200 komen per entri tu...well done commenters...
December 18, 2010 4:09 AM
  
Hady83 said...
Liwat mmg dosa besar, tapi ada lagi lebih besar, iaitu riba, seringan2 dosa riba adalah ibarat bersetubuh dengan ibu kandung sendiri. So jauhi riba...sedap mengata orang itu ini, riba buat jugak tapi xsedar dosa pun xkurang hebat.

Btw, pasal solat tu, sekali tinggal dengan sengaja, 80 tahun kena siksa dalam neraka. Sehari akhirat=1000 tahun dunia. 80 tahun akhirat= 29 200 000 tahun dunia, masalahnya adakah setahun akhirat itu juga 365 hari?

Jangan perlekeh solat, satu waktu tinggal dengan sengaja, dekat 30 juta tahun kena azab tu...kalau setahun xpenah solat langsung? 53. 29 trillion tahun dunia.
December 18, 2010 4:32 AM

Hady83 said...
Effi bukan gay, dia pun tak mahu jadi gay, cuma dia nak kata dia tak suka orang kondemn gay dan diskriminasi gay...mentang2 orang tu gay, semua pandang buruk, patutnya pandang buruk pada perangai gay itu cukuplah, tapi bab lain mereka sama macam orang normal...tapi mmg susahlah mereka nak paham orang benci perbuatan itu, dan kadang2 terover sampai benci segenap aspek orang itu...effi kata dia ramai kawan gay yg lebih baik dari yg straight..baik dalam erti kata, tak kutuk org, tak kacau orang, tak maki orang...ok fine!!! itu antara definisi baik bagi dia...baik bermakna hidup tak menyusahkan orang...aku buat hal aku, ngko buat hal ngko...

Sama jugak macam orang tak solat tapi baik..baik dalam erti kata sesama manusia...tapi dengan ALLAH..paham2 sajalah..then ada orang kata, hal dia dengan tuhan itu hal dia...tuhan maha pengampun...ya mmg betul...dosa penuh langit dan bumi pun tuhan buleh ampun..selagi mana dosa itu tidak dibangga2kan...dan dia betul2 menyesal dan berazam tak nak buat lagi..

Sorry bro kaco blog ini, pasal aku suke blog ini..banyak info menarik yang ngko kongsi..dengan ayat dan komen yang mantop..mmg rugi sapa yang tak baca...aritu lu post video pasal mujahidin mati tu...serbanistas like this...aku tgk ulang2 sampai nangis...hahahaha...klu lu terok, lu xkan post bende itu aku rasa...
December 18, 2010 5:32 PM

Hady83 said...
Ajaran mana yang kata kena jadi baik dulu baru boleh seru orang buat baik? Inilah yang tertanam kat minda orang islam sekarang...bila nampak kemungkaran, ooo...aku xberani masuk campur, pasal aku pun jahat. Dalam islam, ianya ini macam, tak kira siapa bagi nasihat, selagi ianya betul dan kearah kebaikan, tetap dapat pahala..even gay tegar yang suruh orang solat pun dapat pahala..cuma perlu tahulah antara punca amalan tidak diterima, tak diterima kat sini bukan bermaksud pahala tak dicatat, cuma kena KIV dulu hingga kita bertaubat dari maksiat...

Mereka yang dah tahu haram, tapi diam, kerana anggap dia belum cukup baik untuk tegur..itulah sebodoh2 orang...semua orang buat dosa, kalau ikutkan, sampai mati pun kita tak boleh dakwah orang...kena jadi nabi dulu lah baru betul2 ada tauliah dakwah orang kot...nabi tak kata jangan percaya orang fasik, cuma nabi suruh selidik dulu...jangan terus percaya bulat2...tapi tak kan lah orang fasik kata mencuri itu dosa, liwat itu dosa, kita pun nak selidik, pasal itu dah jelas terang lagi bersuluh...

Kalau semua ambil sikap tak mahu tegur dan cegah kemungkaran...maka jadilah syaitan bisu.
December 18, 2010 5:53 PM

P/s: Aku dah agak dia xkan layan komen2 aku, pasal itu aku tak risau komen ala2 serbanistas... well, aku bukan nak dakwah dia, tapi nak kongsi pendapat dengan pembaca saja...

Wednesday, December 15, 2010

Ayat Amalan Seharian

Entri 280: Semalam aku dengar ceramah Ustaz Kazim bertajuk Ancaman meninggalkan solat...aku ulang 2x...kerana ada banyak benda yang menarik yang aku baru tahu. Berikut adalah satu satu daripadanya...



"KLIK UNTUK BESARKAN"

1. Surah Ali Imran Ayat 200: Penyelesaian anak-anak dan suami merayau malam.
 
 "200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 
 2. Surah Al A’raaf Ayat 154: Temuduga, mintak kerja, perbicaraan mahkamah, dsb.

"154. Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, Dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu Yang Dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya)."
 
 3. Surah As Syuura Ayat 15: Untuk menghentikan perbalahan dan pertikaian.


"15. Oleh kerana Yang demikian itu, maka serulah (Mereka - Wahai Muhammad - kepada berugama Dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada Segala Kitab Yang diturunkan oleh Allah, dan Aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan Kami dan Tuhan kamu. bagi Kami amal Kami dan bagi kamu amal kamu. tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara Kami Dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
 
 4. Surah Al Hadid Ayat 13: Mengembalikan fitnah dan kejahatan agar kembali pada orang yang memfitnah dan menampakkan kebenaran.

"13. (ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba Dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang Yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan Yang munafik itu) sebuah tembok Yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."

Segmen Mengira Hukuman Tinggal Solat

Entri 278: Nak kata aku ni bebal sangat, tak mungkin, bebal dalam nombor dan kira2 tu adalah, tapi dalam kira2 yang mengarut dan tak tahu nak kira apa tu yang buat aku mental block. Tapi bab jumlah hari dunia bersamaan berapa hari diakhirat ini, dah berpuluh2 kali dengar pun masih lupa...adakah aku bebal atau ada benda dalam otak aku yang sengaja nak bagi aku lupa.

Sehari di akhirat bersamaan seribu tahun didunia, bukan seribu bulan tau...seribu tahun...

Surah Al-Hajj (22) Ayat 47:

"22:47. Dan mereka meminta kepadamu (Wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjinya; dan (Katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari Yang kamu hitung."


1 hari akhirat= 1000 tahun dunia.

Apa kaitan pulak? Ooo..maybe ada juga orang bebal nombor yang lupa dan mungkin berkata:

"alaa..relaxlah...kita buat dosa pun kena azab beberapa tahun je kat neraka...pastu masuklah syurga kerana kita orang Islam"..

Bengong ke bebal ke ape? Sanggup nak duduk neraka bertahun2..sedangkan kena panas terik sikit pun dah mengadu panas, bas tak ada air cond pun dah menyumpah2..itu belum lagi suruh duduk dekat api...neraka tu duduk dalam api terus...api yang 70x lebih panas dari api kat dunia...buleh dia cakap "xpe...mmg kita kena siksa dulu, tapi last2 masuk syurga jugak"...sah bebal atau tertipu dengan helah setonirojim ni...termasuk aku sekali kena tipu kadang2...aku pun mcm xde hal kena siksa kot..janji akhirnya masuk syurga...kadang2 memang ada terlintas itu macam...macamlah neraka tu tempat yang kurang selesa sikit berbanding syurga..padahal ia adalah seburuk2 tempat balasan..kita dah tau teruk...tapi kenapa kita tak rasa takut?jawapan mudah ialah kita tidak ada iman...

Dah bersedia nak belajar kira2 hukuman tinggal solat semasa hidup? Maksud aku yang tinggal secara sengaja, ketika jahil, terlupa, tertidur, terlalai dan sebagainya yang boleh masuk dalam kategori sengaja tinggal, termasuk yang tidak mahu kunci jam waktu subuh, meskipun dah tahu jenis tidur mati punya orang....

Satu waktu solat kita sengaja tinggal, maka kita akan diazab di neraka selama 80 tahun....

"ANDAIAN SETAHUN AKHIRAT ADA 365 HARI"

1 waktu solat= 80 tahun akhirat= 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat= 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat= 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat= 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat= 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)


Sekali tidak solat dah dekat 30  juta tahun kena azab!!!! 
Sehari tidak solat dah dekat 150 juta  tahun kena azab!!!
Setahun tidak solat dah berapa??? 53 290 000 000 (53.29 billion tahun dunia)


 1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera




Pergh...usah kata sejuta tahun kena api...pergi dapur..panaskan dapur gas...kasi besi tu merah..kita tutup api..pastu kita try duduk atas dapur tu..xpayah duk lama2...5 SAAT DAH CUKUP, agaknya apa akan jadi kat punggung kita ye...itu pun bukan api..cuma besi yang dah panas je...bukan cairan besi yang menjadi minuman kita sepanjang jutaan tahun kat neraka tu...yang sentiasa lapar dan dahaga tu...

Jadi apakah yang menyebabkan kita masih memandang rendah pada solat? Ada juga sesetengah dari kita yang risau untuk tinggal solat kerana risau rezeki akan menjadi sempit dan sebagainya. Solat itu wajib pada yang mampu, supaya ia dapat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar...tapi kenapa ada orang yang solat tak pernah tinggal tapi masih melakukan perbuatan keji dan mungkar? Jawapan pun senang saja, sama ada solat tidak sempurna, atau solat tak diterima...Aku ni tuhan ke sedap2 nak kata solat orang xditerima???

Well tuhan dah ajar kat nabi kita tentang solat yang tidak sempurna dan solat yang tak diterima, apa ke bebal sangat? bukan aku berlagak tuhan, tapi aku cuma ulang balik apa yang nabi sampaikan...nabi yang kita tahu setiap percakapan dan tindakannya adalah wahyu dari ALLAH...nabi ada cakap, terang panjang lebar..meskipun zaman dulu tak ada perakam video, perakam suara...tapi ada sahabat2 yang catat dan ingat...

Kembali pada kelas mengira kita, bagaimana pula dengan mereka yang sudah bertahun2 tidak solat?

Setahun 365 hari, pastu darab dengan 5x waktu solat sehari = 1825 waktu solat.


1825 waktu, darab dengan 80 tahun akhirat = 146 000 (146 ribu) tahun akhirat
146 000 tahun akhirat = 53 290 000 000 (53.29 billion tahun dunia)

P/s: Aku dah bengong kepala duk kira...rasa macam tak betul je...betul ke tak ni pengiraan aku... sehari akhirat=seribu tahun dunia..setahun akhirat=365x1000=365 000 tahun dunia...80 tahun akhirat= 29 200 000 tahun dunia?

Tuesday, December 14, 2010

Cinta Berbeza Budaya dan Agama

Entri 278: Satu lagi artikel sumbangan co-writer blog ini berkenaan cinta antara dua budaya dan agam yang berbeza.


KRITIK N KRITIS HUBUNGAN CINTA 2 BUDAYA DAN AGAMA BERBEZA

Semalam aku tengok tv..satu citer indon pukul 3 ptg..memang masa cuti2 ni hobi aku tengok tv memanjang..tp aku ni jenis selected..bukan main tengok apa yang ditayangkan..memula tgok citer allisa..sinetron cintan indon…ok la ugak..skurang2nya leh layan blues..haha…pastu da habis citer tu 2.58 aku konon nk gerak la sbb aku tau lepas citer indon ni satu citer indon lg menjelma…yela..tengok tajuk da tau ‘Lagenda Cap Goh Mei di Pulau Kurau (Pelembang)’..ceh, x habis2 dengn tahyul..tp bila tgok awal2 tayangan tu aku rasa cam best je..citer tu dimulai dengan visual 2 buah family sdg melakukan ritual sembahyang..satu keluarga muslim..satu lg keluarga buddha..aku seakan2 tertarik untuk nk tau ape bende la citer ni…apa hubungan antara kedua2 family tu…oleh sbb masa tu aku x tau nk wat ape maka x salah la mata aku tertancap kat tv tu…

Tengok punye tengok mula la aku paham, citer ni mengisahkan si cowok dari family buddha ni berkenan dgn si cewek dr keluarga Islam ni..kedua2 mereka berasal da keluarga yg berpegang teguh dgn agama dan budaya masing2..waa…mcm best je…yela..biasanya aku tgok citer2 cinta antara pasangan yg berbeza ni kat siaran Malaysia..x pon slalu jugak jumpa dalam novel. Tp kali ni dr versi Indonesia diketengahkan polemic cinta 2 hati berlainan budaya…aku nk tengok sejaumana garapan pengarahnya untuk tidak menyelerakkan tepung semasa menarik rambut agar rambut x putus. Lg pula aku kate menarik sbb aku nk lihat bagaimana cerita indon yg satu ni boleh ‘selamat’ padahal 90% masyarakatnya adalah muslim. Sedangan juga perkara2 semacam ini kelihatan menyentuh sensitivity agama dan budaya kedua2 belah pihak. 

Sebab masa si cowok bilang yg die da suke bangat dan cinta sama si cewek itu, minda aku da mula berputar..selain mempersoalkan bagaimana penerimaan keluarga2 mereka, apakah pengakhirannya? Adakah cinta mereka kesampaian atau sebaliknya?

Beberapa asumsi(tanggapan) awal yg aku highlightkan kat kepala ni…mungkin menjadi ending kepada citer ni..
-            1. Cinta mereka dihalang keluarga lalu x jadi bersama… biasala..kat mana2 dan siapa2 yg Islam itu mmg jadi halangan la untuk bersama…lagi2 yg melayu ni…

-          2. Cinta mereka dihalang keluarga tp diorang tega meneruskan hubungan.. waa..ni baru namanya berkorban demi cinta…mmg biasanya akal org bercinta ni letak kat lutut..x pikir rasionalnya..

-          3. Cinta mereka diterima keluarga dgn yg so cowok tu convert muslim…haa..ni normal n seharusnya berlaku..Islam kan agama yg mulia n tertinggi berbanding agama lain..

-          4. Cinta mereka diterima keluarga tanpa adanya convert2 bduaya n agama..yg ni biasalah kat indonesia..pluralisme dlm beragama menjadi kebiasaan..x kisah pasangan tu beragama apa even die muslim..

Daripada jalanan citer yg seterusnya kelihatannya hubungan mereka ditentang oleh kedua2 belah pihak… yg si cowok telah dihalau keluargnya… sementara si cewek telah ditampar2 oleh ayahnya yg mmg berprinsip tegas dalam agama.. ops..mereka ni jugak adalah dari kalangan org2 kaya n berpangkat tinggi…kirenye kalu menolak hal2 budaya n agama mmg sekufu la…tp sbb budaya n agama jd tunjang kehidupan maka ia jd satu halangan buat mereka..

Masa aku tgok ni x habis2 aku menyumpah2..apsal la si cewek yg berjilbab ni suke sagt ngan cowok tu..pelek sgt2..kirenye mudah sgt la jatuh cinta…tp xpe..cinta itu kan mmg buta… sedangkan si cowok pon sama…ramai amoi2 yg minat kat die tp die tetap menyukai si cewek bernama mutiah ni… salah sorg amoi yg minat kat si cowok ni namanya mei fang merangkap rakan sekerja..tp bwah sikit la sbb si cowok ni boss kat restoren die tu.. macam2 usaha si amoi tu nk pikat hati si cowok tp x jadi2..malah cinta si cowok kepada ceweknya makin menjadi2..

Pada masa sama setelah dihalau keluarga si cowok ni amat2 sedih n tertekan..selalu jumpa si ceweknya mengadu nasib…si cewek pon sama 2x5..mengadu ayahnye mengahalang die bertemu dgn lelaki pujaannya..lagi bertambah derita mereka tu.. atas dasar masih menaruh harapan si cowok ni menghubungi keluarganya minta direstui..tp mcm biasalah..mmg gagal…lalu bertambah2 sedih la die..

Berbalik pada si amoi tu..aku pk mesti die suke bende ni berlaku..konon leh la die kacau daun…tp lain plak jadinya…bila slalu tgok si cowok ni sedih n muram amoi ni plak jd baik hati…die p jumpa family si cowok tu n nasihatkan agar terima smula anak lelaki mereka tu… pong pang pong pang..last2 mereka ok dan merestui hubungan anaknya dgn wanita muslim tu…dgn syarat..mereka x mau bertemu kelurga pompuan tu dan melamar bg pihak anaknya…ha..time ni aku rasakan betapa bagusnya citer ni kerana mggambarkan budaya kekeluargaan yg utuh bilamana keluarga lelaki dtg melamar pompuan di rumah keluarga pompuan…mmg bagus..tp dlm masa sama mereka berjanji akan support sume perbelanjaan n mas kawen anaknye tu…kirenye si cowok kene p minang sendiri la..

Bila dah macam tu..terpaksa lah si cowok ni be gentle jumpa kelurga pompuan tu…ah, mcm yg aku agak..mmg kene balun la lelaki tu dek ayah pompuan tu…menangis2 si cewek mempersoalkan tindakan ayahnye yg x mahu menerima kekasihnya tu..lebih2 lg bila ayahnye x trime sbb namanya Tan Bon Liong. Eh..aku pikir bapaknye akan sebut x terime sbb lelaki tu x sama agama..atau x Islam tapi die sebut atas sbb nama..pelik tol..pada aku nama xde apa2 makne melainkan aqidahnya..mmg indon ni betul2 x betol la..

Tp lama2 aku mula pk..pengarah citer ni x mahu wujudkan kontroversi dgn menyebut scara terang2ngan pasal agama n budaya..so aku pikir nama Tan Bon Liong tu membawa erti lelaki tu kafir..x sama dgn Mutiah yg Islam..mmg rasional la tu n bagus juga jawpan ayahnye tu..tp, anaknye tu yg bengap2..x paham2 maksud tersirat anaknye… 

Lalu bermula la episode si cewek mogok lapar berhari2 sbb ayahnye keras kepala…si cowok plak makin menderita…tp si amoi ni jenis berkorban demi cintanya pada si cowok ni maka die berusaha pujuk n tolong la si lelaki tu…last2 dengan smangat yg berbaki dan dorongan kelurganya (even pada masa sama kelurganya tetap x mahu jumpa keluarga si pompuan atas sebab maruah) si cowok tu buat kali kedua bertemu la dgn si ayah pompuan ni…masa tu aku pk bodohnye die ni…da tau ko tu kafir patot tukar la agama kalu da sayang sgt sama ceweknye tu…tp slumber je macam tu…mcm la hebat sgt..

Last2 mmg teruk la lelaki tu kene..masih x paham2 lg la tu…masa ni die kene pukul n tumbuk langsung x balas2..saje dibiarkan diri die kene pukul..tp dalam msa sama ceweknya menghalangnya…mmg konflik btol la masa tu…last2….

Ya, last2…ayahnye stop. Pastu sume pon cool..last2 lg ayah pompuan tu kate..die merestui hubungan anaknya dgn lelaki tu plak sbb kononnya dah terbukti lelaki tu cinta giler slama anaknya..tp ada syaratnya…  masa ni aku tertunggu2 sangat kot2 ayahnye kate kene masuk islam b4 kawen…tp bukan..! ayahnye kate syaratnye adalah mas kawen nye 8 keping emas sahaja!

…ishk..giler ke ape citer ni..nampak sgt pengarah ni nk menerapkan budaya plurasme dalam agama…mmg gile la.. last2 aku rasa cam nk tutup tv je..bengang betol. Patot citer ni x boleh lepas di Malaysia. Tp sebelum sempat aku nk tutup tv aku tertengok lagi la sambungannya…secara kesimpulannya aku tgok sampai hari diorg nk kawen tu…kedua2nya mati lemas kat sungai…sbb si cowok nk kutip kepingan2 emas mas kahwennya yg diletakkan dalam tempayan dibuang di sungai sbb salah paham yg mana die pikir keluargnya menipunya dgn mengirimkan garam or gula (dan sewaktu dengannya) sedangkan die minta kepingan emas. Lalu die buang..tp lepas buang si amoi yg suke kat die bgtau yg itu sbenranye kepingan emas yg dikirm buatnya…huh..dgn cepat die terjun sungai nk amik balik..dan yg bodohnye..si cewek yg mmg berbaju pengantin dah turut sama ikut terjun…bodoh! Kat dasar sungai tu si cowok kakinya tersangkut kat tali dan si cewek plak kepalanya tersangkut kat tali jugak masa nk lepaskan ikatan kaki cowoknya..namun gagal..dan lemas kedua2nya…

Huh, kesimpulannya kat sini..aku menyesal tgok sampai habis citer tu…mmg diorg x kawen pon..sbb da mati dulu..cume aku sbg penonton ni nak tau la degn jelas apakah si lelaki tu da bertukar pegangan agamanya? Tp sebagai pengarah citer tu aku rasa mereka tlh mempersembahkan satu garapan cerita yg baik tp x sesuai untuk diketengahkan dalam budaya melayu Malaysia ni..sbb endingnya menimbulkan persoalan berkaitan akidah yg x terjawab…

Cume yg aku bole kate ok sbb tema cerita boleh la kate kontroversi tp bende2 yg boleh bikin kontroversi tu x disebut secara jelas…mmg harmoni la tp harus diingat Islam adalah agama yg suci dan tinggi yg tiada taranya dgn yg lain..dan asumsi yg aku statekan kat atas tu nampaknye meleset kesemuanya…huh!

ARTIKEL INI DITULIS OLEH PENULIS JEMPUTAN MERANGKAP RAKAN SEPERJUANGAN AKU:Emi Nizam

P/s: Aku pernah tengok sinetron dimana lelaki bunuh diri kat kubur perempuan pastu mereka dapat bersama bahagia...dialam roh..adoi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...