Rakan Seperjuangan

Wednesday, December 15, 2010

Ayat Amalan Seharian

Entri 280: Semalam aku dengar ceramah Ustaz Kazim bertajuk Ancaman meninggalkan solat...aku ulang 2x...kerana ada banyak benda yang menarik yang aku baru tahu. Berikut adalah satu satu daripadanya...



"KLIK UNTUK BESARKAN"

1. Surah Ali Imran Ayat 200: Penyelesaian anak-anak dan suami merayau malam.
 
 "200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 
 2. Surah Al A’raaf Ayat 154: Temuduga, mintak kerja, perbicaraan mahkamah, dsb.

"154. Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, Dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu Yang Dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya)."
 
 3. Surah As Syuura Ayat 15: Untuk menghentikan perbalahan dan pertikaian.


"15. Oleh kerana Yang demikian itu, maka serulah (Mereka - Wahai Muhammad - kepada berugama Dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada Segala Kitab Yang diturunkan oleh Allah, dan Aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan Kami dan Tuhan kamu. bagi Kami amal Kami dan bagi kamu amal kamu. tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara Kami Dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
 
 4. Surah Al Hadid Ayat 13: Mengembalikan fitnah dan kejahatan agar kembali pada orang yang memfitnah dan menampakkan kebenaran.

"13. (ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba Dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang Yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan Yang munafik itu) sebuah tembok Yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...