Rakan Seperjuangan

Thursday, December 2, 2010

Iman dan Takwa

Entri ke 270: Iman dan takwa...iman tu maknanya percaya pada ALLAH..takwa tu maknanya takut pada ALLAH...orang yang beriman ramai yang masuk neraka...tapi orang yang bertakwa sudah pasti tidak akan masuk neraka...kerana tiket untuk masuk syurga adalah takwa...

Orang beriman sahaja tidak terlepas dari azab neraka..kerana tanpa takwa, orang beriman tidak segan silu dan tidak takut untuk melakukan maksiat...ramai orang sekarang hanya beriman pada ALLAH..percaya ALLAH itu ada, percaya malaikat, percaya kitab, percaya rasul, percaya akhirat, percaya qada' dan qadar..tapi itu tidak menghalang mereka dari berbuat dosa...mereka hanya ada iman..tetapi tidak ada takwa iaitu takut pada ALLAH...

Perbandingan yang mudah, antara iman dan takwa...orang yang tinggal solat..dia tahu solat itu wajib, kalau tinggal solat, azab yang pedih, tapi dia masih tidak menunaikan solat...tapi kalau orang bertakwa, dia akan takut utk meninggalkan solat, kerana takut balasan ALLAH akan menimpa dia serta merta atau akan dibalas CASH atas dunia ni..adapun org beriman sahaja, dia anggap azab tu nnti dalam kubur, kat neraka, sempat lagi kot bertaubat sebelum mati...manakala orang bertakwa, dia sentiasa ingat mati, sentiasa ingat ALLAH, mana mungkin orang yang selalu ingat akan balasan ALLAH akan berbuat maksiat...

Ibarat kita yang bekerja di awasi oleh cctv...nak korek hidung pun segan, lebih2 lagi nak berchatting...kerana sentiasa ada cctv yang merakam...begitulah dengan orang bertakwa..yang sentiasa tersemat dalam hatinya...ALLAH tahu apa yg dia lakukan, tahu apa yg tersurat dan tersirat dihati...mana mungkin dia berani buat maksiat...

Kerana itulah orang yang bertakwa tidak akan masuk neraka...neraka pun ada tiket..tiketnya adalah melanggar perintah ALLAH..mana buleh orang yang xpernah langgar perintah ALLAH masuk neraka..macam penjara lah..cuma orang disabitkan salah baru buleh masuk...mana buleh saja2 nak masuk penjara pasal nak makan free..dah buat salah, kena ditangkap dulu, pastu bicara, pastu disabitkan salah, baru buleh masuk penjara...itu pun ada had masa..mana buleh masuk dan keluar sesuka hati...

P/s: Marilah kita berhibur dengan lagu retro yang menusuk kalbu ini..hayati liriknya..bukan melodi atau suaranya...

Ahmad Jais

Taqwa Dan Iman

Selagi hayat dikandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah rasul dan perintah Tuhan
Itulah tugas setiap insan
( 2X )

( 1 )
Jika kita melupakan
Perintah Tuhan kau abaikan
Jangan sekali kau harapkan
Bahagia di dunia yang fana
Apa erti hidup ini
Jika tiada taqwa dan iman

Selagi hayat dikandung badan
Berbuat baik sesama insan
Jangan lupakan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan

( ulang dari 1 )

Selagi hayat dikandung badan

Sumbangan Budak Comel


2 comments:

zalizalu said...

lirik yang bergitu mendalam.... mungkin sesuai kalau dinasyidkan..
:)

Hady83 said...

Orang dulu xpikir pasal sale sangat kot...xpun pikir sangat2 pasal sale..

Itu pasal lirik mendalam...bukan pendapat akademik..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...