Entri 271: Takziah atas keluarga salah seorang member aku yang baru sahaja kehilangan ibunya yang tercinta, aku doakan agar roh ibunya ditempatkan bersama2 dikalangan orang2 yang bertakwa.
Sempena dengan itu, aku dengan rasa penuh rendah diri dan penuh keinsafan ingin berkongsi intipati ceramah yang baru saje aku dengar dua hari lepas..tajuk memang grand..dari penceramah Ustaz Azhar Idrus yg baru ni masuk icu kerana serangan jantung, dengar cerita dah ok...harap ustaz kembali aktif berdakwah..tajuk ceramah itu adalah Bela Pelesit...pelesit yg dimaksudkan adalah duit..dimana katanya org yg cuma ada 6 ringgit dalam poketnya pasti berjalan dengan lemah dan tidak bermaya..berbanding dengan orang yg ada 6 ribu ringgit dalam poket..pastinya berjalan dengan begitu bangga dan sihat bertenaga...
Berbalik pada tajuk diatas..ada juga beliau selitkan tentang perbezaan anak yang baik dengan anak yang soleh...perbezaan antara ibubapa yang baik dengan ibubapa yang soleh...iaitu perkara yang membezakan penganut agama islam yang sebenar dengan orang lain...
Menurutnya, tugas ibubapa orang bukan islam adalah lebih kurang sama dengan ibubapa yang islam..iaitu, cari duit bagi makan, sekolah, ubat, perlindungan, pakaian dan sebagainya...tetapi apa yang membezakan antara keduanya ialah didikan agama...iaitu ibubapa yg islam wajib beri didikan islam pada anak2 mereka..AKU ULANG, WAAAJIB!!!!! samaada ajar sendiri atau mintak orang lain ajar...kerana ibubapa akan dipertanggungjawabkan dalam kubur dan hari akhirat jika anak2 mereka jahil agama...
Maknanya, jika kat atas dunia, ibubapa tak larang anak dia buat maksiat, xlarang anak dia dedah aurat, xlarang anak tinggal solat dan sebagainya..maka lepas ibubapa mereka mati, jika anak mereka terus buat maksiat, kerana kurang didikan agama dari mak bapak..maka mak bapak dalam kubur tu akan turut diseksa atas perbuatan anaknya kat dunia...meaning, kalau anak dia tak solat, mak ayah dia dalam kubur gerenti dapat azab jugak, kerana masa kat dunia..xpenah larang anak tak solat...adapun kalau dah nasihat berbuih mulut, dah hukum mcm2 hukuman, anak masih degil xmau solat..mak bapak xtanggung lagi dah..dengan syarat mak bapak dah usaha sedaya upaya...
Beza anak baik dan anak soleh adalah..anak yang baik menjaga kebajikan ibubapa ketika ibubapa masih hidup..bagi makan pakai, ubat, hantar klinik, bawak jalan2 dan sebagainya...tapi ia terhenti bila mak bapak dah meninggal...TAPI bagi anak soleh, mereka terus menerus memberikan sumbangan pada mak bapak mereka walaupun mak bapak dah mati...dengan cara ape?Ya...dengan cara bersedekah, baca quran, doa, buat amal dan niatkan pahala pada ibubapa yang dah mati...upah haji dan sebagainya..sentiasa berdoa siang malam mintak keampunan utk makbapak yang dah mati...kalau xada duit nak sedekah atas nama makbapak..mereka sedekahkan bacaan ayat suci Quran, jika ada buat amal kebajikan..pahala diniatkan pada mak bapak yg dah mati..TAPI dengan syarat SOLAT MESTI CUKUP..kerana kalau solat xcukup..pahala amalan tergantung dan tidak dikira...
Beza anak baik dengan anak soleh..secara kasarnya adalah..anak baik hanya berbakti kepada ibubapa mereka selama mana ibubapa mereka masih hidup..yang mana kebanyakan agama didunia memang suruh buat begitu..kecuali ada satu kaum yang aku dengar(entah betul ke x) yang dia kasi makan mak bapak mereka yang dah tua...bagi gemuk2..dan mereka pun makan mak bapak mereka..kannibal..huhuhu...
Tapi bagi kita orang Islam..kita wajib berbakti kepada ibubapa kita selagi mana kita masih hidup..walaupun makbapak kita dah lama mati...Inilah yang dikatakan anak soleh..yang mana kita orang islam tahu..bila matinya anak adam..ada 3 perkara yang buleh beri manfaat pada kita..antaranya adalah anak soleh yang sentiasa mendoakan makbapak mereka...
Tapi itu budak spm punya ilmu...dah betul tu doa, tapi kita juga buleh sedekahkan pahala kita, jika diterima amalan, pada mak bapak kita..sedekahkan yasin ke, fatihah ke, buat tahlil ke, wakaf ke, derma ke, yang kita niat dengan ikhlas nak bagi pahala amalan2 tersebut pada makbapak yang dah mati...INGAT, jangan nak tambah lagi seksa makbapak dalam kubur dengan kita yg hidup ni buat maksiat...kita xsolat, makbapak pun kena tibai dalam kubur, kita bukak aurat, makbapak kena lagi, kita berzina, makbapak pun kena...
Justeru sebagai anak yg baik saje tak cukup, kerana ia tidak ada beza dengan agama lain, yg hanya berbakti pada mak bapak semasa mak bapak hidup je...sebaliknya..kita kena jadi anak soleh..yg tetap berbakti pada mak bapak selagi mana kita masih hidup...andai kata mak bapak ada ilmu yg bagus..kita share lah..lepas kita mati, org amal, kita dapat pahala..mak bapak kita pun dapat pahala...tak susah nak jadi anak soleh...
Selain itu, jika kelalaian mak bapak semasa dunia..yg tak beri kita didikan agama yang cukup..kita yang masih hidup ni masih ada peluang nak tolong mereka...jgn nak tambah lagi azab mereka..kita anak yg soleh kena sentiasa buat amal yang baik dan jauhkan maksiat...sekalipun masa hidup..makbapak kita marah kita tutup aurat..makbapak perli kita solat...kita sebagai anak soleh tidak perlu berdendam...kerana tanpa mereka, siapalah kita..jadi...tambahlah ilmu agama, dalami ilmu agama..tingkatkan amal..tingkatkan iman...bukan saja utk manfaat kita, tapi untuk kedua mak bapak kita yang dah mati...
Kita hanya sedih mak bapak kita mati tinggalkan kita, itupun kerana dah ajal...tapi berapa ramai yang sedih jika mak bapak kita diseksa dalam kubur kerana dosa kita...dah penat aku ckp..dirikanlah solat, tutuplah aurat...kerana ape?kerana ini je yg paling jelas...xsolat itu jelas..xtutup aurat pun jelas...ni aku nak speaking...IF YOU LOVE YOUR PARENT, PLEASE STOP IT...DONT STOP PRAYING...AND PLEASE(x100000- to infinity)..COVER YOURSELF UP WILL YOU...I DO NOT PITY ON YOU...BUT I DO PITY YOUR PARENT...YOU ARE NOT ONLY BRING THEM TROUBLE IN THIS WORLD..BUT YOU ALSO BRING THEM TROUBLE IN AFTERLIFE...
P/s: Sekian..selamat hari jumaat...JANGAN TAMBAH SEKSA MAK BAPAK YANG DAH MATI..
No comments:
Post a Comment