Sedar atau tidak media adalah suatu yang tidak harus
dipandang sepi kerana media mampu untuk mengubah dunia…bukan saja tangan yang
hayun buaian buleh goncang dunia…bukan saja pena mampu ubah dunia…tapi media
juga yang ada sangkut paut dengan pena juga mampu ubah dunia…klu setakat nak
ubah orang tu sekejap saja masa diperlukan…itulah kuasa media…
Oleh kerana sedar akan kuasa media ini…sejarah menyaksikan
bahawa ramai pemimpin yang takut hilang kuasa telah coba sedaya upaya dengan
segala kuasa yang masih ada untuk mengawal media…ini kerana orang lebih yakin
apa yang disampaikan oleh media berbanding apa yang keluar dari mulut pemimpin
itu sendiri…malah ada pemimpin yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk
mendapat imej yang baik untuk dipaparkan di dalam media…
Bagi yang kaki filem Hindustan akan memahami keadaan ini…malah
aku teringat lagi dalam satu filem Hindustan dimana wartawan mengugut menteri
dengan berkata…jangan pandang rendah pada media…kamilah yang paling berkuasa
dalam membentuk kerajaan dan kami juga mampu untuk menjatuhkannya…skrip yang
nampak begitu mendalam maksudnya itu bukan diucapkan oleh hero atau pun
penjahat..tapi oleh watak ekstra je…bunyi macam gerun..tapi sebagai umat islam
aku xleh lah nak makan bulat2 kenyataan
tu..ini kerana Allah yang memberi kuasa pemerintahan pada siapa yg Dia
kehendaki dan berkuasa untuk menjatuhkan siapa yang Dia kehendaki…Cuma cara
bagaimana tu adalah sebab musabab je…macam orang yang mati lah…dah sampai
ajal…Cuma sebab musabab je dia tertelan cicak ke kan…nnti klu mati mengejut ada
yang kata tuhan zalim pulak…mcm tu jugak kuasa memerintah…xkanla tiba2 jadi
pemerintah…mestilah ada sebab musababnya…itu semua adalah kuasa tuhan…
Tapi jangan jadi angkuh dan bongkak dengan mengatakan sebab dia jadi pemimpin adalah
pasal dia insan yang terpilih dan disayangi tuhan…ini kenyataan yang amat jahil
dan amat sesat…ini kerana ramai pemimpin paling berkuasa kat dunia hari ini
adalah orang kafir…adakah mereka dipilih dan disayangi tuhan??? Jawapannya
adalah mudah sahaja…itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah ujian dan dugaan
semata2…ada yang diuji dengan kaya, miskin, sihat, sakit dan macam2 lagilah…apa
pun kena ingat yang menang xsemestinya haq dan yang kalah xsemestinya batil…
Nak contoh lagi…buleh..xda hal..sila kaji semula sejarah
perjuangan para nabi dan rasul…hanya beberapa sahaja yang menang dalam dakwah
mereka…malahan ada yang dibunuh…adakah kekalahan para nabi dan rasul itu
bermakna mereka itu batil…jawabnya ialah perjuangan…ada yang menang dan ada
yang kalah…tak kiralah menang atau kalah yang penting perjuangan itu dalam
landasan yang betul…jangan ingat kita menang pasal kita betul…dan yang kalah
pulak xsemestinya tak betul…
Berbalik pada topik yang asal…pada zaman dahulu media ni
cuma berita2 lisan dan bertulis saja..tapi sekarang zaman dah maju…dah ada
gambar, bunyi dan video…kalau dulu setakat tulisan saja dah menang..tapi
sekarang kena ada bukti yang kukuh…kena ada video…itu pun video banyak yang
menipu…gambar pulak banyak yang edit…pasal tulah jarang kita dapat lihat bahan
bukti yang HD punya…HD=bukan hutang dulu tapi high definition atau kualiti
tinggi…teknologi dah maju gila tapi kat gambar cctv asik kabur sokmo..pastu
mulalah buat spekulasi…yang aku heran dalam kabur2 tu…part mengenalpasti no
plat buleh pulak…tapi part nak kesan penjenayah melalui cctv…pergh…xpayah pakai
topeng pun cctv xleh nak cam…
Apa yang aku betul2 nak tulis kali ni adalah perang media
perdana dan bukan perdana…bagi yang belum tahu..media perdana ni adalah yang
dikuasai oleh kerajaan yang memerintah…walau dinafikan macam mana sekalipun
tetap kita dapat nilai mcm mana media perdana menyampaikan mesej kerajaan…media
bukan perdana termasuklah media2 swasta yang adakalanya lebih pro kerajaan dari
media kerajaan itu sendiri…xleh nak salahkan jugak…maybe dengan cara tu saja ia
dapat bertahan dan mampu bersaing…lagipun bukan kita yang bayar…kita Cuma bayar
harga tv…bayar bil elektrik…lantak dialah nak pro kerajaan ke ape…klu xsuka
xpayah tgk..abih cerita…
Bagi yang banyak masa lapang seperti aku…mereka akan dapat
menilai sejauh mana beza antara media perdana dan bukan perdana…yang media
perdana dan bukan perdana yang pro kerajaan tu mmg xda kerja lain selain dari
memaparkan berita yang bertujuan untuk menjatuhkan pihak yang tak sealiran
dengan kerajaan…tapi yang lebih berbulu mata dan telinga adalah laporan yang
keluar itu kadang2 amat mengelirukan…ini kerana mereka setakat buat kenyataan
sahaja..tuduh pihak tu macam2…tapi jangan sesekali nak harap akan muncul slot
dimana pihak yang dituduh itu diberi peluang untuk jawab…
Tapi kalau bab lain buleh pulak..macam masalah
rakyat..mereka sanggup bersemuka dengan kedua2 belah pihak..bab pertelingkahan
artis pun sama…mereka sanggup bersusah payah melaporkan berita dari kedua2
belah pihak…tapi malangnya bila masuk bab politik…mereka Cuma tuduh sebelah
pihak saja…aku kata tuduh pasal pihak yang dituduh itu langsung xberi peluang
nak bela diri…klu ada pun xsampai 20 saat..lagi teruk Cuma gambar sahaja dan
beberapa patah perkataan…mmg dasar berat sebelah betul la…mujur media ni bukan
mahkamah..bayangkan klu mahkamah pun buat begitu…hanya dengar dan siasat
sebelah pihak saja…
Tapi xleh nak kata apa lah kan..dah memang itu tugas media
perdana…untuk backup kerajaan…kononnya untuk menjamin keharmonian
rakyat…ya..hujah itu mungkin buleh dipakai masa zaman jepun atau darurat..tapi
pada zaman ini…hujah itu adalah ibarat gali kubur sendiri atau berak dalam
periuk nasi sendiri…zaman yang semua orang sedar kepentingan ketelusan dan
integriti ni…kalau masih buat cara zaman darurat dulu..maka siap sedialah untuk
dicemuh rakyat..masalahnya media perdana tu duit rakyat…kerajaan bayar
mereka..kerajaan dari mana dapat duit..adakah kakitangan kerajaan tu semuanya
buat bisnes sendiri dan kaya raya…dah tentu mereka pun makan gaji…gaji tu
dibayar menggunakan hasil negara…adakah rakyat tak ada hak keatas hasil
negara…tentulah tidak…hakikatnya setiap rakyat ada hak keatas hasil negara…tapi
demi keharmonian…ia dipertanggungjawabkan pada pihak kerajaan utk
mengurus..tapi zaman sekarang dah ramai mula mempertikai cara hasil negara
diurus…bukan kat negara ni saja…tapi satu dunia dah bangkit…ungkapan membazir
harta rakyat…membazir wang pembayar cukai..dan macam2 lagilah yang sewaktu
dengannya…
Kalau nak cerita bab ni…silap haribulan aku buleh
ditahan…bayangkan kereta polis dan ambulans…jet pejuang…semua tu harta
rakyat..hatta cota yang digunakan utk tibai rakyat tu sebenarnya duit
rakyat…kertas saman pun hak milik rakyat…jadi klu nak huraikan panjang
lebar…mmg agak kontroversi..silap2 ada yang kurang paham dan tuduh aku nak
provoke pulak…aku Cuma bagitau hak rakyat je..agar rakyat bukak mata sket…tapi
janganla bila tahu rakyat ada hak..maka rakyat pun naik angin dan merosakkannya
pula…contohnya terbalikkan kereta polis…mmg itu harta rakyat…masalahnya bila
hantar repair kat workshop…guna duit rakyat juga…dahlah duit rakyat guna nak
isi minyak sume..rakyat kat sini xbermakna sorang dua saja…tapi keseluruhan…dah
tahu bukan hak mutlak kita..pandai2lah jaga…ini kereta sendiri ayam naik
bertelur pun dikejarnya ayam tu…dihancurkan telur2…gara2 kereta calar kena
cakar ayam…
Pada zaman ni…rakyat kena bijak…bijak disini bermakna
pandai2lah menilai berita yang dilaporkan…ada banyak pilihan media yang ada kat
pasaran…seeloknya kenalah ikuti media perdana dan bukan perdana…ia ibarat kalau
memandu tu..tak lah hanya pandang depan saja…kena juga tgk cermin sisi dan
pandang belakang…ini kerana setiap media ada kepentingan sendiri yang harus
dijaga…pasal tulah kita kena campurkan semua media yang ada…pastu baru buat
penilaian…
Aku nak bagi contoh baru2 ni..gambar para pendemo disiarkan
kat media…agar mereka serah diri…itu yang media perdana laporkan…tapi media
xperdana pula laporkan…tak payah nak serah diri..pasal ia Cuma gambar
semata2…tak ada no ic dan tak ada waran…jadi klu ikut undang2 yang sedia
ada…mmg tak wajib pun serah diri…nampak tak apa yang aku maksudkan dengan
cermin sisi dan pandang belakang…dengan mengikuti media lain..baru kita tahu
macam mana nak menilai...lagi satu gambar tu pun muka saja…bukan gambar tengah
belasah polis atau runtuhkan sekatan…pasal yang runtuhkan sekatan tu bukan anak
jantan…pakai tutup muka…itu pasal orang buleh cakap itu mungkin kerja
provokasi…agar duduk bantah jadi “datang buat kecoh”…kalau betul nk buat kecoh…
Lagi satu klu kat media pembangkang asik sibuk dengan kes
perbicaraan pembelian kapal selam kat mahkamah perancis…yang melibatkan orang
kuat negara kita…aku yakin ia xkan keluar kat media perdana…seperti mana
tribunal perang yang membicarakan bekas presiden amerika yang sampai sekarang
belum dilaporkan dalam media pembangkang…mmg elok sangatlah…persaingan
memenangi hati pengundi..hanya laporkan yang baik2 sahaja part diri sendiri dan
laporkan yang buruk2 sahaja part pihak lawan…bagi aku ini tak ubah seperti
persaingan antara syarikat telekomunikasi kat negara ni…dulu satu sms nilainya
10 sen utk syarikat yang sama dan 20 sen utk ke syarikat lain…pastu tiba2 digi
umumkan sms 7sen..pastu ada yang offer 5 sen…pastu ada yang kasi free
terus…siapa yang untung..mestilah pengguna kan…
Dalam kes media pun sama…masing2 cuba menelanjangkan
kebaikan sendiri dan membogelkan keburukan pihak lawan…akhirnya rakyat dapat
lihat sejauh mana ia berlarutan…tapi amat malang jika rakyat hanya mendengar
dari sebelah pihak saja…contohnya kes nak roboh madrasah…punyalah kena hentam
kawan tu…xda chance pun nak explain…tapi bila kita lihat media bukan
perdana..barulah tahu rasional tindakan tu..tapi dalam pada tu pun…masih ada
yang membodohkan diri konon nak jadi hero…padahal macamlah rakyat tak tahu apa
yang berlaku…jadi teruskan membodohkan diri..rakyat pun akan sedar kebodohan
mereka tu mmg tradisi sejak dulu lagi…menangguk di air keruh…dulu kecoh roboh
masjid kat negeri pantai timur xda pun yang tampil konon nak menjaga kesucian
agama…aku pun malas nak ungkit hal lama…orang tu pun dah xberkuasa lagi
sekarang…yang bawak jentolak tu pun entah apa cerita…mcm2 berita yang
keluar..xtaulah betul ke x…
Dalam media perdana dan pro kerajaan laporkan duduk bantah
aritu nak gulingkan kerajaan..konon rakyat nak ikut kat mesir..yang kes medan
tahrir tu…tapi yang menariknya…sheikh al azhar pun sokong yang medan tahrir
tu…xtaulah dia cakap direct ke macam mana..tapi yang pasti dia keluarkan fatwa
bahawa yang gugur kat dataran tu adalah syahid…jadi buleh lihat kat situ betapa
berbezanya kedua2 media kan…media pembangkang siap berbangga dengan beberapa
tokoh yang turut sama…tokoh dan orang ternama…antaranya seniman negara dan anak
bekas perdana menteri…tapi kat media pro Cuma fokus pada ambiga sahaja…xda
inisiatif ke nak temubual pak samad..penyanyi aishah, anak bekas pm..dan ramai
lagi aktivis…termasuk pakar undang2 yang turut sama terlibat…
Majlis fatwa pun nak ambil peluang dengan keluarkan fatwa
haram buat perhimpunan tu…konon nak huru harakan negara, lainlah kalau dalam
suasana yang aman…tapi dalam media pembangkang melaporkan…ada lagikah yang
lebih aman selain dari duduk dan bantah…klu sebelum ni berarak ke jalan..tapi
kali ni Cuma duduk…sampai ada ura2 nak buat baring dan bantah pulak lepas ni...
Media pembangkang melaporkan bahawa klu betul nak buat
kecoh…kenapa pada malam sebelum tu buleh je duduk aman..polis pun Cuma berkawal
je…tak ada sapa2 pun yang kacau polis..polis pun xkacau orang…jadi mmg ada
kemungkinan pihak yang tak senang hati cuba buat kecoh agar jadi huru
hara..yelah…aku dapat bayangkan kalau ia berjalan lancar seperti mana
dirancangkan…duduk dalam 2 -3 jam..pastu bersurai dan round2 area KL…alamatnya
musnah dan hancurlah segala tohmahan sebelum ni…jadi tak heranlah benda yang
patut aman akhirnya jadi kecoh…menurut peguam..halangan yang diletakkan polis
pun tak salah kalau dialihkan…kerana dbkl hanya larang peserta masuk dataran
merdeka…halangan tu pun jauh dari dataran merdeka…sampaikan ada yang buat
spekulasi…dah nampak tanda2 agar yang aman bertukar kecoh..klu xnampak
kecoh…lain kali jutaan pulak yang datang…kali ni ratusan ribu je…
Apa yang dapat aku simpulkan pada masa ini..kerajaan
sekarang seakan2 dapat tahu betapa mereka dah terlalu lama pegang kuasa..dalam
masa tu mereka telah abaikan rakyat…jadi sebelum menerima tamparan yang lebih
hebat dalam pru akan datang…mereka mengambil peluang yang ada untuk mengambil
hati rakyat dengan cara yang tak pernah pun mereka buat sepanjang 50 tahun
lebih berkuasa…dalam setahun ni saja macam2 bantuan di hulurkan pada
rakyat…maka rakyat yang termakan umpan pun ada yang menangis terharu…ibarat
negara ni di kawal pembangkang selama berpuluh2 tahun dan baru sahaja di tawan
kembali oleh kerajaan pada tahun lepas…ini kerana rakyat yang dah makan saman
mengucapkan terima kasih pohon keladi tahun depan undi lagi pada
kerajaan…ibarat duit yang ciput itu telah mematikan sel2 otak mereka yang
selama ini hidup menderita…ibarat mereka dah kena brainwash..ibaratnya mereka
telah diberi bantuan macam tu sejak merdeka…tapi oklah…ada jugak dapat walaupun
sikit…
Tapi bagi yang sedar dan reti berfikir…mana dia kenyataan
kerajaan sebelum ni yang dah tak sanggup nak beri subsidi yang menjadi beban
negara…tiba2 ada banyak duit pulak nak umpan rakyat…ooo…mungkin duit tu hasil
dari pengurangan subsidi kot…pi mai pi mai tang tu je…harga barang tetap
naik…tapi ditutup dengan beri bantuan…tuhan saja tahu bagaimana harga barang
akan melambung lepas pilihanraya nanti…yelah…sekarang ni mmg cari nahas kalau
naikkan harga barang…jadi xmengapalah melabur sikit untuk memastikan sesi
seterusnya masih berkuasa lagi…sekarang ni ibarat penjaja yang terdesak…macam2
cara diguna utk tawan hati rakyat…jadi rakyat patut berasa untung kerana ianya
akan berterusan hingga pilihanraya seterusnya…selama 50 tahun lebih mereka tak
pernah buat macam ni…tiba2 sekarang ni buat macam ni…ada udang disebalik batu
lah…orang tak sekolah pun buleh paham…dalam dunia ni tak ada apa yang free…
P/s: Baru2 ni tgk pakej kawin beramai2…bayar 5 ribu je..aku
tertunggu2 bila kerajaan negeri aku ni nak ikut macam tu..kerajaan yang kaya ni
mesti buat kurang dari 5 ribu punya..masjid pun banyak yang comel2…tapi rasanya
susah jugak nak buat…pasal kat negeri ni susah nak dapat kerja yang
lumayan..xda kilang2 besar…yang ada Cuma masjid2 besar…stadium2 besar…pusat2
sukan yang besar…so klu kawin murah pun…lepas kawin susah juga nak tanggung
keluarga…nak keje kelaut..ikang kurang..kerja buruh…dah dimonopoli warga asing…kerja
kerajaan…pergh..kalau xda kabel jgn harap…kerja apa lagi ya..yang cukup untuk
tamping keluarga…kerja untuk tampung kos sara hidup sorang diri tu mmg banyak
ada…nak merantau negeri orang nnti kang ada isu pulak…lagipun mak bapak dah
tua… xsedap hati nak duk jauh2..