Rakan Seperjuangan

Friday, June 1, 2012

Perang media


Sedar atau tidak media adalah suatu yang tidak harus dipandang sepi kerana media mampu untuk mengubah dunia…bukan saja tangan yang hayun buaian buleh goncang dunia…bukan saja pena mampu ubah dunia…tapi media juga yang ada sangkut paut dengan pena juga mampu ubah dunia…klu setakat nak ubah orang tu sekejap saja masa diperlukan…itulah kuasa media…

Oleh kerana sedar akan kuasa media ini…sejarah menyaksikan bahawa ramai pemimpin yang takut hilang kuasa telah coba sedaya upaya dengan segala kuasa yang masih ada untuk mengawal media…ini kerana orang lebih yakin apa yang disampaikan oleh media berbanding apa yang keluar dari mulut pemimpin itu sendiri…malah ada pemimpin yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mendapat imej yang baik untuk dipaparkan di dalam media…

Bagi yang kaki filem Hindustan akan memahami keadaan ini…malah aku teringat lagi dalam satu filem Hindustan dimana wartawan mengugut menteri dengan berkata…jangan pandang rendah pada media…kamilah yang paling berkuasa dalam membentuk kerajaan dan kami juga mampu untuk menjatuhkannya…skrip yang nampak begitu mendalam maksudnya itu bukan diucapkan oleh hero atau pun penjahat..tapi oleh watak ekstra je…bunyi macam gerun..tapi sebagai umat islam aku xleh lah nak makan  bulat2 kenyataan tu..ini kerana Allah yang memberi kuasa pemerintahan pada siapa yg Dia kehendaki dan berkuasa untuk menjatuhkan siapa yang Dia kehendaki…Cuma cara bagaimana tu adalah sebab musabab je…macam orang yang mati lah…dah sampai ajal…Cuma sebab musabab je dia tertelan cicak ke kan…nnti klu mati mengejut ada yang kata tuhan zalim pulak…mcm tu jugak kuasa memerintah…xkanla tiba2 jadi pemerintah…mestilah ada sebab musababnya…itu semua adalah kuasa tuhan…

Tapi jangan jadi angkuh dan bongkak dengan  mengatakan sebab dia jadi pemimpin adalah pasal dia insan yang terpilih dan disayangi tuhan…ini kenyataan yang amat jahil dan amat sesat…ini kerana ramai pemimpin paling berkuasa kat dunia hari ini adalah orang kafir…adakah mereka dipilih dan disayangi tuhan??? Jawapannya adalah mudah sahaja…itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah ujian dan dugaan semata2…ada yang diuji dengan kaya, miskin, sihat, sakit dan macam2 lagilah…apa pun kena ingat yang menang xsemestinya haq dan yang kalah xsemestinya batil…

Nak contoh lagi…buleh..xda hal..sila kaji semula sejarah perjuangan para nabi dan rasul…hanya beberapa sahaja yang menang dalam dakwah mereka…malahan ada yang dibunuh…adakah kekalahan para nabi dan rasul itu bermakna mereka itu batil…jawabnya ialah perjuangan…ada yang menang dan ada yang kalah…tak kiralah menang atau kalah yang penting perjuangan itu dalam landasan yang betul…jangan ingat kita menang pasal kita betul…dan yang kalah pulak xsemestinya tak betul…

Berbalik pada topik yang asal…pada zaman dahulu media ni cuma berita2 lisan dan bertulis saja..tapi sekarang zaman dah maju…dah ada gambar, bunyi dan video…kalau dulu setakat tulisan saja dah menang..tapi sekarang kena ada bukti yang kukuh…kena ada video…itu pun video banyak yang menipu…gambar pulak banyak yang edit…pasal tulah jarang kita dapat lihat bahan bukti yang HD punya…HD=bukan hutang dulu tapi high definition atau kualiti tinggi…teknologi dah maju gila tapi kat gambar cctv asik kabur sokmo..pastu mulalah buat spekulasi…yang aku heran dalam kabur2 tu…part mengenalpasti no plat buleh pulak…tapi part nak kesan penjenayah melalui cctv…pergh…xpayah pakai topeng pun cctv xleh nak cam…

Apa yang aku betul2 nak tulis kali ni adalah perang media perdana dan bukan perdana…bagi yang belum tahu..media perdana ni adalah yang dikuasai oleh kerajaan yang memerintah…walau dinafikan macam mana sekalipun tetap kita dapat nilai mcm mana media perdana menyampaikan mesej kerajaan…media bukan perdana termasuklah media2 swasta yang adakalanya lebih pro kerajaan dari media kerajaan itu sendiri…xleh nak salahkan jugak…maybe dengan cara tu saja ia dapat bertahan dan mampu bersaing…lagipun bukan kita yang bayar…kita Cuma bayar harga tv…bayar bil elektrik…lantak dialah nak pro kerajaan ke ape…klu xsuka xpayah tgk..abih cerita…

Bagi yang banyak masa lapang seperti aku…mereka akan dapat menilai sejauh mana beza antara media perdana dan bukan perdana…yang media perdana dan bukan perdana yang pro kerajaan tu mmg xda kerja lain selain dari memaparkan berita yang bertujuan untuk menjatuhkan pihak yang tak sealiran dengan kerajaan…tapi yang lebih berbulu mata dan telinga adalah laporan yang keluar itu kadang2 amat mengelirukan…ini kerana mereka setakat buat kenyataan sahaja..tuduh pihak tu macam2…tapi jangan sesekali nak harap akan muncul slot dimana pihak yang dituduh itu diberi peluang untuk jawab…

Tapi kalau bab lain buleh pulak..macam masalah rakyat..mereka sanggup bersemuka dengan kedua2 belah pihak..bab pertelingkahan artis pun sama…mereka sanggup bersusah payah melaporkan berita dari kedua2 belah pihak…tapi malangnya bila masuk bab politik…mereka Cuma tuduh sebelah pihak saja…aku kata tuduh pasal pihak yang dituduh itu langsung xberi peluang nak bela diri…klu ada pun xsampai 20 saat..lagi teruk Cuma gambar sahaja dan beberapa patah perkataan…mmg dasar berat sebelah betul la…mujur media ni bukan mahkamah..bayangkan klu mahkamah pun buat begitu…hanya dengar dan siasat sebelah pihak saja…
Tapi xleh nak kata apa lah kan..dah memang itu tugas media perdana…untuk backup kerajaan…kononnya untuk menjamin keharmonian rakyat…ya..hujah itu mungkin buleh dipakai masa zaman jepun atau darurat..tapi pada zaman ini…hujah itu adalah ibarat gali kubur sendiri atau berak dalam periuk nasi sendiri…zaman yang semua orang sedar kepentingan ketelusan dan integriti ni…kalau masih buat cara zaman darurat dulu..maka siap sedialah untuk dicemuh rakyat..masalahnya media perdana tu duit rakyat…kerajaan bayar mereka..kerajaan dari mana dapat duit..adakah kakitangan kerajaan tu semuanya buat bisnes sendiri dan kaya raya…dah tentu mereka pun makan gaji…gaji tu dibayar menggunakan hasil negara…adakah rakyat tak ada hak keatas hasil negara…tentulah tidak…hakikatnya setiap rakyat ada hak keatas hasil negara…tapi demi keharmonian…ia dipertanggungjawabkan pada pihak kerajaan utk mengurus..tapi zaman sekarang dah ramai mula mempertikai cara hasil negara diurus…bukan kat negara ni saja…tapi satu dunia dah bangkit…ungkapan membazir harta rakyat…membazir wang pembayar cukai..dan macam2 lagilah yang sewaktu dengannya…

Kalau nak cerita bab ni…silap haribulan aku buleh ditahan…bayangkan kereta polis dan ambulans…jet pejuang…semua tu harta rakyat..hatta cota yang digunakan utk tibai rakyat tu sebenarnya duit rakyat…kertas saman pun hak milik rakyat…jadi klu nak huraikan panjang lebar…mmg agak kontroversi..silap2 ada yang kurang paham dan tuduh aku nak provoke pulak…aku Cuma bagitau hak rakyat je..agar rakyat bukak mata sket…tapi janganla bila tahu rakyat ada hak..maka rakyat pun naik angin dan merosakkannya pula…contohnya terbalikkan kereta polis…mmg itu harta rakyat…masalahnya bila hantar repair kat workshop…guna duit rakyat juga…dahlah duit rakyat guna nak isi minyak sume..rakyat kat sini xbermakna sorang dua saja…tapi keseluruhan…dah tahu bukan hak mutlak kita..pandai2lah jaga…ini kereta sendiri ayam naik bertelur pun dikejarnya ayam tu…dihancurkan telur2…gara2 kereta calar kena cakar ayam…

Pada zaman ni…rakyat kena bijak…bijak disini bermakna pandai2lah menilai berita yang dilaporkan…ada banyak pilihan media yang ada kat pasaran…seeloknya kenalah ikuti media perdana dan bukan perdana…ia ibarat kalau memandu tu..tak lah hanya pandang depan saja…kena juga tgk cermin sisi dan pandang belakang…ini kerana setiap media ada kepentingan sendiri yang harus dijaga…pasal tulah kita kena campurkan semua media yang ada…pastu baru buat penilaian…

Aku nak bagi contoh baru2 ni..gambar para pendemo disiarkan kat media…agar mereka serah diri…itu yang media perdana laporkan…tapi media xperdana pula laporkan…tak payah nak serah diri..pasal ia Cuma gambar semata2…tak ada no ic dan tak ada waran…jadi klu ikut undang2 yang sedia ada…mmg tak wajib pun serah diri…nampak tak apa yang aku maksudkan dengan cermin sisi dan pandang belakang…dengan mengikuti media lain..baru kita tahu macam mana nak menilai...lagi satu gambar tu pun muka saja…bukan gambar tengah belasah polis atau runtuhkan sekatan…pasal yang runtuhkan sekatan tu bukan anak jantan…pakai tutup muka…itu pasal orang buleh cakap itu mungkin kerja provokasi…agar duduk bantah jadi “datang buat kecoh”…kalau betul nk buat kecoh…

Lagi satu klu kat media pembangkang asik sibuk dengan kes perbicaraan pembelian kapal selam kat mahkamah perancis…yang melibatkan orang kuat negara kita…aku yakin ia xkan keluar kat media perdana…seperti mana tribunal perang yang membicarakan bekas presiden amerika yang sampai sekarang belum dilaporkan dalam media pembangkang…mmg elok sangatlah…persaingan memenangi hati pengundi..hanya laporkan yang baik2 sahaja part diri sendiri dan laporkan yang buruk2 sahaja part pihak lawan…bagi aku ini tak ubah seperti persaingan antara syarikat telekomunikasi kat negara ni…dulu satu sms nilainya 10 sen utk syarikat yang sama dan 20 sen utk ke syarikat lain…pastu tiba2 digi umumkan sms 7sen..pastu ada yang offer 5 sen…pastu ada yang kasi free terus…siapa yang untung..mestilah pengguna kan…

Dalam kes media pun sama…masing2 cuba menelanjangkan kebaikan sendiri dan membogelkan keburukan pihak lawan…akhirnya rakyat dapat lihat sejauh mana ia berlarutan…tapi amat malang jika rakyat hanya mendengar dari sebelah pihak saja…contohnya kes nak roboh madrasah…punyalah kena hentam kawan tu…xda chance pun nak explain…tapi bila kita lihat media bukan perdana..barulah tahu rasional tindakan tu..tapi dalam pada tu pun…masih ada yang membodohkan diri konon nak jadi hero…padahal macamlah rakyat tak tahu apa yang berlaku…jadi teruskan membodohkan diri..rakyat pun akan sedar kebodohan mereka tu mmg tradisi sejak dulu lagi…menangguk di air keruh…dulu kecoh roboh masjid kat negeri pantai timur xda pun yang tampil konon nak menjaga kesucian agama…aku pun malas nak ungkit hal lama…orang tu pun dah xberkuasa lagi sekarang…yang bawak jentolak tu pun entah apa cerita…mcm2 berita yang keluar..xtaulah betul ke x…

Dalam media perdana dan pro kerajaan laporkan duduk bantah aritu nak gulingkan kerajaan..konon rakyat nak ikut kat mesir..yang kes medan tahrir tu…tapi yang menariknya…sheikh al azhar pun sokong yang medan tahrir tu…xtaulah dia cakap direct ke macam mana..tapi yang pasti dia keluarkan fatwa bahawa yang gugur kat dataran tu adalah syahid…jadi buleh lihat kat situ betapa berbezanya kedua2 media kan…media pembangkang siap berbangga dengan beberapa tokoh yang turut sama…tokoh dan orang ternama…antaranya seniman negara dan anak bekas perdana menteri…tapi kat media pro Cuma fokus pada ambiga sahaja…xda inisiatif ke nak temubual pak samad..penyanyi aishah, anak bekas pm..dan ramai lagi aktivis…termasuk pakar undang2 yang turut sama terlibat…

Majlis fatwa pun nak ambil peluang dengan keluarkan fatwa haram buat perhimpunan tu…konon nak huru harakan negara, lainlah kalau dalam suasana yang aman…tapi dalam media pembangkang melaporkan…ada lagikah yang lebih aman selain dari duduk dan bantah…klu sebelum ni berarak ke jalan..tapi kali ni Cuma duduk…sampai ada ura2 nak buat baring dan bantah pulak lepas ni...

Media pembangkang melaporkan bahawa klu betul nak buat kecoh…kenapa pada malam sebelum tu buleh je duduk aman..polis pun Cuma berkawal je…tak ada sapa2 pun yang kacau polis..polis pun xkacau orang…jadi mmg ada kemungkinan pihak yang tak senang hati cuba buat kecoh agar jadi huru hara..yelah…aku dapat bayangkan kalau ia berjalan lancar seperti mana dirancangkan…duduk dalam 2 -3 jam..pastu bersurai dan round2 area KL…alamatnya musnah dan hancurlah segala tohmahan sebelum ni…jadi tak heranlah benda yang patut aman akhirnya jadi kecoh…menurut peguam..halangan yang diletakkan polis pun tak salah kalau dialihkan…kerana dbkl hanya larang peserta masuk dataran merdeka…halangan tu pun jauh dari dataran merdeka…sampaikan ada yang buat spekulasi…dah nampak tanda2 agar yang aman bertukar kecoh..klu xnampak kecoh…lain kali jutaan pulak yang datang…kali ni ratusan ribu je…

Apa yang dapat aku simpulkan pada masa ini..kerajaan sekarang seakan2 dapat tahu betapa mereka dah terlalu lama pegang kuasa..dalam masa tu mereka telah abaikan rakyat…jadi sebelum menerima tamparan yang lebih hebat dalam pru akan datang…mereka mengambil peluang yang ada untuk mengambil hati rakyat dengan cara yang tak pernah pun mereka buat sepanjang 50 tahun lebih berkuasa…dalam setahun ni saja macam2 bantuan di hulurkan pada rakyat…maka rakyat yang termakan umpan pun ada yang menangis terharu…ibarat negara ni di kawal pembangkang selama berpuluh2 tahun dan baru sahaja di tawan kembali oleh kerajaan pada tahun lepas…ini kerana rakyat yang dah makan saman mengucapkan terima kasih pohon keladi tahun depan undi lagi pada kerajaan…ibarat duit yang ciput itu telah mematikan sel2 otak mereka yang selama ini hidup menderita…ibarat mereka dah kena brainwash..ibaratnya mereka telah diberi bantuan macam tu sejak merdeka…tapi oklah…ada jugak dapat walaupun sikit…

Tapi bagi yang sedar dan reti berfikir…mana dia kenyataan kerajaan sebelum ni yang dah tak sanggup nak beri subsidi yang menjadi beban negara…tiba2 ada banyak duit pulak nak umpan rakyat…ooo…mungkin duit tu hasil dari pengurangan subsidi kot…pi mai pi mai tang tu je…harga barang tetap naik…tapi ditutup dengan beri bantuan…tuhan saja tahu bagaimana harga barang akan melambung lepas pilihanraya nanti…yelah…sekarang ni mmg cari nahas kalau naikkan harga barang…jadi xmengapalah melabur sikit untuk memastikan sesi seterusnya masih berkuasa lagi…sekarang ni ibarat penjaja yang terdesak…macam2 cara diguna utk tawan hati rakyat…jadi rakyat patut berasa untung kerana ianya akan berterusan hingga pilihanraya seterusnya…selama 50 tahun lebih mereka tak pernah buat macam ni…tiba2 sekarang ni buat macam ni…ada udang disebalik batu lah…orang tak sekolah pun buleh paham…dalam dunia ni tak ada apa yang free…

P/s: Baru2 ni tgk pakej kawin beramai2…bayar 5 ribu je..aku tertunggu2 bila kerajaan negeri aku ni nak ikut macam tu..kerajaan yang kaya ni mesti buat kurang dari 5 ribu punya..masjid pun banyak yang comel2…tapi rasanya susah jugak nak buat…pasal kat negeri ni susah nak dapat kerja yang lumayan..xda kilang2 besar…yang ada Cuma masjid2 besar…stadium2 besar…pusat2 sukan yang besar…so klu kawin murah pun…lepas kawin susah juga nak tanggung keluarga…nak keje kelaut..ikang kurang..kerja buruh…dah dimonopoli warga asing…kerja kerajaan…pergh..kalau xda kabel jgn harap…kerja apa lagi ya..yang cukup untuk tamping keluarga…kerja untuk tampung kos sara hidup sorang diri tu mmg banyak ada…nak merantau negeri orang nnti kang ada isu pulak…lagipun mak bapak dah tua… xsedap hati nak duk jauh2..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...