Rakan Seperjuangan

Monday, January 31, 2011

Mencari Jati Diri - Mohd Amir

setelah hati dan fikiran kembali merenung sifat kamalat Allah taala,
hati memandang kebesaran,kemurahan,kasihsyang dan belas kasih Allah,
maka jiwa yang terkongkong kembali terbuka luas,
alam yang sepi kembali berseri di penuhi setiap juzuknye dgn rahmatNYe,

setiap langkah menjadi yakin kerana kemana pun kamu hadap wajahmu dicatu ada DIa tmpt kamu brgntung,
kerana kurang,lemah dan jahil hamba jauh di sisihkan,
dan kerana itu jgak hamba datang kepadaMu,
kerana itu jgak hamba lebih dekat denganMu,
mengharapkan apa yang tiada pada maklukMu,

bertapa DiKau x akan mninggalkan hambaMu berseorangan dalam beramal,
berjuang,dan bertapaku yakin rintihan aku didengari..
walaupun kikhlasanku dustai,kerana hamba dijadikan olehmu,
Engkaulh mnjdkn sgla ap y tlah trjd n lg akn ap y trjadi..ilaahi anta maqsuudii

daripada co-writer chelah

Thursday, January 6, 2011

Sebatikal Kejap

Entri 295: Ternyata tidak sampai target 300 entri sebelum aku sebatikal...hahahah...kenyataan xleh blah...

Aku dah beli tiket balik kampung...kajang-KT= 43 ringgit...sebagaimana aku pokai habis masa tamat degree dulu...sekarang dah tamat master pun sama pokai...harap rezeki lebih baik lepas ini...

Mulai esok..aku sudah tidak mampu selia blog ini 24 jam sehari..sejam seminggu pun payah...aku bukan jenis rajin pegi cc...

Bagi siapa yang nak share apa2 dalam blog ini..silakan...yang nak kutuk..silakan...kalau nak dakwa..hold dulu...hahahaha...

P/s: Blog ini aku buat masa aku penghujung zaman ijazah sarjanamuda..sekarang aku dah tamat sarjana...sebagai pelajar tak banyak aku belajar..tapi sebagai manusia...aku dah banyak belajar tentang hidup...tentang orang...dan tentang keyakinan...

Wednesday, January 5, 2011

Aku dan Politik

Entri 294: Aku bakal kehilangan ramai peminat kerana entri yang agak berat di hati ini...tapi prinsip aku mudah...pendam lama-lama pun tak guna..nanti orang bahagia..aku pulak yang dapat kanser...

Well...memang dari dulu lagi aku dah sentuh pasal politik dalam blog ini...cuma kebelakangan ini aku lebih fokus pada bende lain yang mudah orang nampak dan senang orang nak terima...POLITIK ITU KOTOR...sejujurnya aku tak pernah anggap begitu...kerana aku dibesarkan dalam masyarakat yang berpolitik..keluarga yang berpolitik...aku pun menumpang populariti tokoh politik...aku juga diherdik kerana tokoh politik itu..orang tak suka dia...dengan aku sekali orang tak suka...kalau orang suka dia..dengan aku sekali  orang suka...kenapa? kerana nama aku sama dengan nama dia...dia merupakan adun tempat aku...dia merupakan YB tempat aku...dia merupakan tok guru tempat aku...apa lagi...dia presiden parti pembangkang kerajaan sekarang...dia pernah jadi MB negeri aku...sejak dari sekolah rendah sampai universiti...aku menumpang populariti dia...

POLITIK ITU KOTOR ...ya...itulah yang cuba ditanamkan dalam kepala dan hati sanubari rakyat biasa...politik adalah suatu yang kotor...jangan nak campur politik...belajar saja sudah...politik ni tak payah nak campur...kerja saja...politik jangan main...kerana apa? tidak lain tidak bukan kerana POLITIK ITU KOTOR...


Jijik sangat ke? kotor sangat ke? hina sangat ke? Sejujurnya bagi aku...itu merupakan satu tindakan bagus agar orang biasa tak ambil tahu...kerana jika rakyat ambil tahu...maka susah geng2 politik ni nak buat kerja...nak cari makan...tak lena tidur mereka ni kalau rakyat semua ambil tahu....sehari pegang kerusi...esok lusa pasti dah letak jawatan...jadi kalau dah dididik bahawa POLITIK ITU KOTOR ...senang sikit mereka yang dalam politik ini nak buat kerja...nak buat apa pun ikut suka lah...

Aku memang suke bagi perbandingan...disini aku nak bandingkan politik itu sebagai tangki air atau takungan air atau kolam atau bekas air...kerana apa...kerana politik merupakan peneraju negara...seperti juga tangki atau kolam atau takungan yang membekalkan air...rakyat biasa adalah pengguna air...ahli politik adalah penjaga tangki air...

Agak-agak apa yang jadi kalau pengguna air anggap tangki air adalah kotor dan jijik...dan kerana kotor, jijik, hina...jadi mereka tak mahu ada kaitan dengan tangki air itu...sebut pun tak mahu...apa lagi mahu jenguk dan pergi dekat...benda dah jijik kan...tapi dalam masa yang sama...hari-hari pengguna air tu duk guna air dari tangki yang dianggap kotor itu...tangki air kotor....tapi hari-hari guna air dari tangki yang kotor itu...



Samalah dengan politik...yang dianggap kotor...tapi kehidupan seharian kita bergantung pada politik...penetapan harga barang...penetapan dasar itu..dasar ini...bajet itu bajet ini...semua itu adalah dari politik...kerajaan itu terbentuk dari politik...politik tidak semestinya pilihanraya...politik adalah memberi kuasa pada kumpulan kecil untuk menjaga kepentingan kumpulan yang besar..menteri tak sampai 100 orang tapi diberi kuasa untuk menjaga kepentingan berjuta-juta orang...nak jadi menteri..paling tidak kena bergiat dalam politik...politik itu kotor...otomatik menteri pun kotor...tapi kenapa kita bagi kepercayaan pada mereka yang politik ini untuk menentukan kebajikan kita...menentukan harga barang...harga minyak..menetapkan gaji..menetapkan saman...menetapkan waktu kerja...menetapkan cuti...dan segala macam benda yang berkait dengan kehidupan seharian kita...

Sama kes dengan tangki air...pengguna air anggap tangki air kotor..biarkan saja orang yang nak bergelumang dengan tangki itu urus tangki itu...kita orang baik...orang bersih...tak mahu dekat dengan tangki yang kotor itu...lantaklah mereka yang bodoh dan pengotor itu nak dekat dengan tangki yang kotor dan jijik dan hina itu...kita orang baik duk diam...kalau dekat dengan tangki...nnti mengotorkan diri...tapi tak pernah pulak fikir bahawa hari-hari mereka guna air yang puncanya dari tangki itu...untuk makan minum mandi membasuh dan sebagainya...konon dan nampak air itu jernih...tangki kotor pun lantaklah...dari situ tidak kisahlah orang dalam tangki itu nak buat apa sama air dalam tangki tu...itu bukan urusan kita yang pembersih ini..itu urusan pengotor yang bergelumang dengan tangki...

Kita cuma biarkan orang tangki itu buat sesuka hati...langsung tak nak ambil tahu apa yang sebenarnya mereka buat...yang kita tahu...air mesti ada...kalau mereka kencing dalam tangki pun kita apa peduli..mereka berkubang sekali pun kita tak peduli...janji air sampai kat kita...begitulah politik pun...mereka yang politikus2 ini macam orang dalam tangki lah...mereka bebas buat apa saja...bukan rakyat ambil port sangat....setakat marah pun beberapa hari je...macam pengguna air marah air kena catu...atau air kurang bersih...tapi tetap bayar bil...kita rakyat pun tetap bayar cukai...dapat air kurang jernih..kita beli penapis...tak pernah nak ambil tahu kenapa air kurang jernih...sedangkan kita ramai....yang jaga sumber air tu sedikit...rakyat ramai..pemimpin sikit...kalau kita gertak mereka sikit pun...mereka dan kecut...tapi pasal kita dah diajar...POLITIK ITU KOTOR...jadi kita tak kisah apa mereka nak buat...orang baik tak akan masuk politik yang kotor tu...

Oleh sebab tak ada yang berusaha nak bersihkan tangki air...maka tangki air itu lama-kelamaan akan menjadi semakin kotor...orang dalam tangki kalau mula-mula tak berani nak mandi dalam tangki...tapi kerana mereka tahu pengguna bukan ambil tahu apa yang mereka buat...jadi apa salahnya mereka mandi dalam tangki...berak kencing sume dalam tu pun..siapa nak marah...geng2 tangki pun sama jugak...dah orang tak kisah...pengguna cuma nak air tak dihalang...bersih ke kotor air itu tidak penting..janji jernih...kalau tak jernih pun mereka bukan datang jenguk tangki...mereka akan beli penapis...



Dari mata kasar memang susah nak nampak betapa politik yang mengurus negara...cuma aku nak kata...pengurus negara tak ada masalah nak buat apa saja kerana mereka mendapat mandat dari rakyat untuk mengurus hal ehwal rakyat...jadi tak salah kalau nak tetapkan apa saja...kerana rakyat tak mahu tahu...rakyat mahu hasilnya saja...seperti pengguna air...pengguna tak mahu tahu cara pengoperasian tangki air...pengguna cuma mahu bila buka pili..air keluar...air itu mesti jernih...kalau keruh sikit...pakai penapis...macam kalau kerajaan naikkan harga minyak...rakyat terima je...harga naik..bayar lebih...kurangkan berjalan pakai kereta...pakai kenderaan awam...pakai ngv...mcm beli penapis air lah...penyelesaian yang mudah dan bukannya penyelesaian jangka panjang...

Cuba fikir apa akan jadi kalau penguna air semua sepakat nak pantau tangki air...paling tidak pun hantar pemerhati untuk lihat apa sebenarnya yang berlaku dalam tangki air itu...dan kalau didapati kotor...maka kena gotong royong bersihkan...penjaga tangki yang sedia ada...patut diberi amaran...samaada tukar baru atau dikawal ketat...dengan itu...kebersihan tangki adalah lebih terjamin...semua orang tahu tangki adalah bersih...dan kalau tangki dan bersih...tidak perlu lagi pakai penapis...namun begitu...pemerhati tangki perlu sentiasa ada...dalam politik pun sama...kalau kita dah tahu hak kita...dan kita mampu ubah...dan kita tahu bahawa yang kotor perlu dibersihkan...kerana hidup seharian kita berkait dengan politik...

Aku percaya kalau rakyat dan sedar bahawa politik itu tidak kotor...dan adalah tanggungjawab semua untuk bersihkan imej politik..maka sudah pasti rakyat buleh hidup dengan aman...dan ahli politik pulak akan sentiasa panas punggung kerana tidak lagi buleh buat keputusan sesuka hati...kerana mereka adalah minoriti...kalau tak sanggup...bagi kat orang lain yang sanggup...tapi selagi di benamkan dalam minda rakyat bahawa politik itu kotor dan hina dan jijik...maka selagi itulah ahli politik bebas buat apa sahaja...walaupun jumlah mereka amat ciput, sikit, cenonet...what so ever...mereka kebal kerana mereka bergelumang dengan "kononnya kekotoran"..konon mereka agen pembersihan....

Mentaliti rakyat masih rendah...demi bende kotor..sanggup beratur berjam2 untuk pangkah undi...pastu beratur panjang untuk dapat imbuhan...sedangkan mereka patut goyang kaki dirumah...imbuhan yg datang pada mereka...kerana itu hak mereka...sumber negara adalah hak rakyat...tapi rakyat diajar untuk tidak campur urusan...maka lihatlah rakyat diperbodohkan...

Bila rakyat tak puas hati..rakyat tunjuk perasaan...bukan istihar perang...cuma tunjuk perasaan...cuma adalah yang emo terlebih...tapi yang kelakar...pihak yang cuba menyuraikan itu...uniform, kenderaan, gas, asid, kayu,   penghalang, itu semua adalah hak rakyat...termasuk yang tunjuk perasaan tadi...jadi memang terbaiklah kita bayar pada mereka agar sembur asid dan lepaskan gas bila kita mahukan pembaharuan...bila kita mintak pembaharuan agar lebih telus dan adil...kita akan diancam dengan menggunakan hak kita sendiri...cuba kalau satu negeri bangkit...ini kalau setakat beberapa ribu orang....buat rosak pemandangan jelah...buat malu je...

Macam student jugak..yang demo tak sampai 10 orang...cuba kalau demo tu 10 ribu orang...silap haribulan dapat yuran free...tapi kalau 10 orang...memang bodohla kalau teruskan...macam demo rakyat jugak...kalau dapat kumpul sejuta orang...itu bukan lagi demo namanya...itu baru dikatakan demokrasi...demo jugak....tapi dengan tambah KRASI...demo=negatif....demokrasi=positif... aku tulis ini bukan nak suruh demo... banyak lagi cara lain yang buleh dilakukan...dengan syarat kena bersatu hati dalam menanggani masalah umum...

Masalahnya semua nak air bersih...tapi bila ajak gotong royong bersihkan tangki...berapa kerat je muncul...inilah bagusnya orang kita...tak suke "CARI PASAL"...kita perlu ingat...penjaga tangki pun nnti dah jadi pengguna biasa..baru mereka akan sedar...macam orang besar lah...macam mana mereka ini guna kuasa...tol xpenah bayar..minyak tak pernah bayar..hotel tak pernah bayar..tiket kapal terbang tak pernah bayar...tak pernah bayar tu bukan bermakna ditolak gaji...gaji jalan full...tapi claim tetap claim...cuma kita yang menganggur ni je kena bayar macam-macam...mereka yang gaji puluh-puluh ribu tu semua free...cuma nampak bizi kesana kemari...nanti orang kata goyang kaki pulak...jadi terpaksa lah berkejar kesana kemari....tapi berkejar kesana kemari itu semua free...FREE wa cakap lu...dekat tol..cuma bagi kupon...kat kereta tertulis..HAK KERAJAAN MALAYSIA...kalau kat highway...paham2 jelah...bagi je depa potong...nnti depa lambat sampai ke destinasi...

Macam mana golongan itu nak faham kesusahan rakyat...kita nak bayar tiket bas pun terketar2 tangan...rela tunggu bas walaupun teksi dah 30x kali lalu...rela naik bas yang kerap eksiden kerana tak mampu naik flight...cuba fikir macam mana mereka yang semua free tu nak faham...mereka bukan pernah beli barang kat pasar pun..tahu2 je celik mata makanan dan ready..tunggu suap ke...harga gula naik 10 ringgit pun mereka bukan rasa...kita naik 20 sen dah kecoh...

Sebelum ada balaci report...better aku stop tulis...cuma last aku nak cakap...bagi orang tertentu...kenaikan 20 sen itu tidak mendatangkan apa2.. kerana mereka bukan pengguna mcm kita...mereka tak pernah bayar sewa rumah dan ansuran kereta...sekian...aku bukan nak suruh tukar kerajaan...cuma nak suruh orang faham...bahawa kita semua ada tanggungjawab...kita ada hak...cuma buatlah dengan cara orang bertamadun...tak guna demo situ sini..poster situ sini...boikot situ sini...bukannya ada sambutan pun...buat orang lagi menyampah ada...cakap saja lebih..dalam kes aku..tulis je reti...

P/s: Harap perbandingan guna tangki air itu mudah difahami...agar air untuk generasi seterusnya elok...kita ni dah lama minum air tercemar...dah tak ada chance lagi dah...tapi jangan biarkan generasi seterusnya jadi mcm kita...kita tak mahu generasi seterusnya mengutuk kita dalam buku sejarah mereka...

Yang benar...
Bakal ADUN PRU 13

Tuesday, January 4, 2011

Aku dan Overthinking part 2

Entri 293: Dengan internet yang tak berapa nak stabil dan macam hapa ini...aku tetap mahu update blog ini agar mencapai sasaran 300 entri...aku baru sahaja hantar tesis aku untuk dijilid...jadi aku dah bebas ni...tidak ada lagi kekangan rasa bersalah menulis selain tesis...

Kali ini aku nak cerita pasal overthinking aku yang agak menjengkelkan bagi kebanyakan orang...tidak lain tidak bukan iaitu aku ini jenis memilih kawan...sejak dari sekolah rendah, menengah, kerja, universiti...jumlah kawan aku tidak ramai sangat...kerana ape? kerana aku overthinking...aku ni perasan bahawa tidak guna ramai kawan tapi kawan itu menyusahkan kita kemudian hari...mostly kawan2 aku...adalah mereka yang mendekati aku..bukan aku yg mendekati mereka...

Aku tidak ada apa2 keistimewaan dari segi harta, pangkat, dan rupa...jadi kalau ada yang masih nak rapat dengan aku itu..maka itulah kawan aku yang pastinya mendekati aku tanpa mengharapkan apa2 dari aku...jadi sebab itu lah walaupun kawan aku tak ramai..tapi mereka ini amat berkualiti...aku pun tak tahu mereka ini nak kawan dengan aku pasal mereka kesian atau apa...tapi yang pasti..aku tidak ada apa2 in return untuk mereka...setakat teman2 borak...bagi pendapat itu siapa pun buleh kan...selain dari itu aku tidak ada apa2 pun...

Orang memang cop aku sombong dan kenyataannya aku memang sombong kerana aku memilih utk bergaul dengan orang yang selesa dengan aku sahaja...aku juga langsung tidak mahu mengubah diri aku ini...aku tidak sekali2 mahu adapt dengan orang bahkan aku yang mahu orang adapt dengan aku...well aku tak kisah pun jika tak dapat adapt dengan aku..aku tak rugi apa2...aku adalah diri aku yang keras kepala dan malas dalam banyak benda...siapa yang rapat dengan aku tahulah betapa teruknya aku ni...hahahaha...

Aku berpendapat bahawa kawan seorang mampu mengalahkan musuh yang seribu...dan musuh seorang mampu mengalahkan kawan yang beribu...jadi buat apa aku nak rapat dengan orang yang lambat laun berpotensi jadi musuh aku kan? dahla dia memang tak berapa suka kat aku..aku pulak terhegeh2 nak berkawan dengan dia...well dengan overthinking aku..itu tak akan berlaku...aku ada pelindung yang kuat yang mampu menghalang orang dari terus suka berkawan dengan aku...aku lebih suke membuka pekung sendiri daripada berpura2 baik semata2 nak rapat dengan orang...bukan ke aku dah kata...aku tidak akan adapt dengan orang..orang akan adapt aku...

Perangai aku sama je sejak dari kecil sampai dah masuk 28 tahun ni...aku tetap keras kepala macam dulu...sampaikan member aku ibaratkan aku sebagai optimus prime...kerana bila aku dah putuskan begitu...jangan harap senang2 nak ubah..bila aku dah pikir begitu...jangan harap senang2 nak ubah cara aku pikir...pilihan ada dua..mengikut atau biarkan...sebab apa aku jadi begitu? kerana aku rasa setiap orang itu berbeza...dan aku memang mati2an pertahankan perbezaan aku...jangan bazir masa nak ubah aku...bazir masa je wa cakap lu..bazir masa...

Bukan aku langsung tak terima pendapat orang...tapi sebelum terima..aku pastikan ianya benda yang memang diterima...selagi ada ruang..selagi itu aku anggap ia pendapat yang lemah...dan aku akan serta merta letak...mereka ini perlu belajar lagi...mereka ini belum tahu sangat...mereka ini belum alami lagi..mereka ini sangat kurang ilmu dan pengalaman...aku tak kata mereka bodoh...cuma aku kata mereka ini cuma berfikir dari satu sudut sahaja..sedangkan aku ini overthinking..semua sudut aku dah nilai...baik buruk semua aku dah fikir...memang hobi aku berfikir...kerana aku ada banyak masa..aku belum dilalaikan dengan dunia lagi...

Aku selalu berfikir tentang apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah sesuatu yang buruk menjadi lebih baik...setidak2nya keburukan itu tidak merebak pada orang lain...lebih2 lagi pada aku...yaa...memang aku saiko...aku terlalu banyak fikir dan ia menyebabkan tindakan menjadi lambat...tapi bukan dalam semua hal...cuma hal2 yg aku rasa penting je aku memang fikir lebih...aku akan jadi positif terhadap benda yang semua orang pikir negatif...dan sebaliknya...jadi memang aku ini saiko...aku rasa aku lebih sesuai membaiki kerosakan dari merosakkan kesempurnaan...kerana aku cuma pikir negatif sahaja..otomatik aku dah standby apa yang patut buat bila negatif itu betul2 terjadi...macam kata orang...kita tak perlu risau kalau hari tak hujan...bawak payung ke tak bawak payung sama je...tapi kalau aku..ibaratnya aku akan sentiasa bawak payung...walaupun kat padang pasir sekalipun...payung itu pun pasti ada guna untuk benda lain..bukan hanya untuk lindungi dari hujan saja...

Jadi itulah overthinking aku yang aku dapat ceritakan serba sedikit..walau seteruk mana pun orang sekeliling aku...aku tetap berfikir macam mana nak jadikan mereka itu kurang teruk...dan untuk itu..ia memerlukan banyak pemerhatian dan kajian...mmg hobi aku juga perhatikan orang...mengkaji orang to be exact...yelah...orang perasan bagus..mestilah mahu kan yang terbaik untuk diri dan orang sekeliling...walaupun nampak sia2 je duk pikir tanpa berbuat sesuatu...mcm bazir masa pun ada...tapi bila dah overthinking...benda tu dah jadi lumrah...

Aku memang dari dulu pendiam dan berseorangan...kena cop sombong tu adalah lumrah...orang yang cop sombong tu bukannya beri aku makan pun...buat apa aku nak kisah...kata aku perasan bagus..bukannya dia yang bagi aku kerja...kata aku suka sakitkan hati orang...well itu tandanya orang itu masih ada hati...kalau dah tak ada hati...xkan terasa punya...betul tak...mcm orang hati mati bila dibacakan ayat quran pasal seksa neraka...adakah dia akan pengsan...berbanding kalau cakap lagi dua minit..bom atom mungkin akan digugurkan dan dia akan mati menjadi debu...aku rasa dia akan pengsan utk berita kedua..berbanding berita pertama...itulah beza orang yang hati mati..well orang kata bahasa aku kasar...adakah aku paksa mereka baca..ini bukan silabus la...siapa yang hati kering silakan baca sampai habis...kalau hati suci murni pemeringkatan dua kali...jangan cuba utk baca blog ini...kerana aku lelaki yang emo dan saiko dan overthinking...pemikiran kita jauh berbeza..nanti mudah disalah ertikan...kalau dah salah ertikan...pastu kutuk aku sewenang2..aku kata bende lain..dia tafsir bende lain...mujur aku ada belas ehsan...kerana aku tahu lambat laun pasti mereka akan paham...bende baru perlukan masa...

Macam kereta petrol mula2 direka....orang anggap itu sebagai menunggang tangki maut...tapi sekarang...berjuta2 penunggang tangki maut..berlumba2 nak buat lesen menunggang tangki maut...macam itu lah cara aku...aku dalam dunia sebenar memang lain dari dunia blog ni...

P/s: Menyampah dengar iklan radio pasal blogger emo...sedangkan blogger gosip yang menghalalkan umpatan yang terang2 sebut nama dan letak gambar itu mendapat sambutan pulak...what the hell is wrong with you people...ini bukan karangan spm...bukan tulisan akademik..ini luahan...tak normal kalau orang tak pernah marah...

Sunday, January 2, 2011

Azam terbaek tahun ini?


Entri 292: Bangun dari tido...cek emel...waa...ada emel dari co-writer...yang ingin berkongsi sesuatu dengan kita semua...walaupun tahun baru dah lepas dua hari...namun semangat tahun baru masih buleh dirasai...Btw...betulkan sambutan tahun baru itu pada asalnya adalah bagi meraikan dewa janus yang bermuka dua...dewa kepercayaan orang rom dahulukala...kalau betul..maka haram semata2 haramlah bagi kita sambut tahun baru 1 Januari tu...kan? Cukup disitu...marilah kita sama2 hayati dengan mendalam apa yang ingin disampaikan oleh co-writer ini...aku mempelawa siapa saja yang rajin menulis untuk berkongsi ilmu kat sini...dengan syarat dia tak copy paste dari awal sampai akhir dan dakwa dia tulis...setakat nak copy paste aku pun buleh la...


Dengan hanya seekor Nyamuk sudah boleh membunuh raja namrud yg jahat lagi angkuh dengan bala tenteranya seramai 700 000 org! So dengan tulisan picisan ini dapat jugak membunuh hati-hati hitam diluar sana yang masih belum mengenal erti kehambaan, kemanusiaan dan erti membela nasib generasi untuk masa akan datang.

Remaja sekarang adalah wajah untuk Pemimpin kita di masa akan datang!

Tiada apa yang indah untuk disambut kedatangan tahun 2011, tapi gua tetap nak sambut jugak dengan hati kelam gua. So gua bagi list azam gua untuk tahun depan, tapi gua harap lu pembaca join gua jgak laa.

1. Gua mau lebih Ramai remaja Buang Anak                                                                                                        
- gua tak kisah lu nak buang bayi or janin or nak gugur ke tapi gua harap kita pertambahkan aktiviti ini. Saya sarankan ditempat-tempat hot! Seperti dalam tong sampah kerana senang sikit anak kita tu kenang tempat lahir beliau di tempat buang sampah lagipun tong sampah kat semua tempat disediakan. Buang di masjid/surau senang ckit anak kita bleh jadi imam masjid, kita semua ada otak jadi kita pilih ikut masa depan anak kita laa. Kita tidur digangu nyamuk pun bleh naik bengang giler kan tapi anak kita buang kat tepi longkang tu takde masalah langsung dengan sakit, lapar, lalat, lemas atau nyamuk gigit laa..bayi kecil tidak mungkin ada masalah untuk kehidupan barunya itu.


2. Gua mau ramai Remaja/Pemuda sekarang bekerja sebagai Peragut                                                                                  
- Peragut adalah  kerja yg paling banyak kekosongan dan kerja yg paling senang tidak memerlukan sijil dan hanya perlu kemahuan yang nekad untuk menendang, mengelar, menetak, mengheret dan memarang kepada sesiapa shj especially nenek sendiri. Apabila semua orang bekerja sbg meragut maka kehidupan kita makin senang tidak perlu memikirkan masalah pendidikan mahupun ekonomi Negara yg sgt membangun skrg nie. Apbila jiran sebelah telah meragut mak kita sampai patah tangan esok kita ragut mak dia plak sampai buta mata. Apa kesah kita semua?ini azam kita!


3.  Gua mau ramai Remaja kita Mengacukkan keturunan kita                                                                                           
- Gua gembira bila tengok ramai isteri-isteri mula dah jadi high taste bila suami tiada kat rumah mula memanggil si Hitam untuk bersekedudukan, ini pencapaian yang kita amat suka dapat “Tanning” anak-anak kita tanpa pergi berjemur. Anak remaja kita pulak sangat berani dah tinggal ibu bapa yg tak pernah mengeluh mengandung beranak n jaga sampai belasan tahun pastu korang pergi jer ikut mana-mana jantan kau suka n kawin. Disini aku sarankan jadi-jadi lah pergi ke Lombok, sila pergi ke tempat yang lebih glamour sikit.  Setakat lari ikut suami hensem ke Lombok tak best laa, why tak pergi jer bali ke, phuket ke hawai ke..bukan ke lebih berbaloi jika lari ikut bakal suami ke sana? Lagipun bile lagi nak tengok mak bapak kita menangis rindu kan kita?

4.  Azam gua paling last 

 - lu orang sibuk bace-bace nie lu orang beriman tak? Klu lu beriman lu rasa sumthing..klu tak rasa pe-pe? Lu takyah beribadat lagi laa..coz blom beriman lagi..kn? brape kali kita melihat sesuatu n kita bersyukur kita tidak buta? Brape kali kita dapat makan sedap n kita bersyukur dapat makan? Teringat ke kita pada pencipta yang sediakan udara untuk kita bernafas? Pastikah kita bahawa ini semua akan kekal, dah tau takkan kekal knape masih duk leka? Kalau esok dicatatkan kematian mu..apekah kita perlu lakukan sekarang, sempat ke nak setel semua dosa kita semua? Dapat duit 1 juta belom tentu kau dapat habiskan 1 hari kerana nak proses duit pun 23 hari kan? inikan dosa kau yang berbillion-billion tuuu….

Walaupun Raja Namrud sudah lama mati, walaupun kaum nabi Luth jugak dah lama mati..tapi pewaris kesinambungan kemegahan dan keangkuhan mereka masih ramai yang agung-agungkan dalam diri kita…


P/s: Aku pun hairan dengan bertambahnya pendidikan semakin teruk perangai orang...perlu dikaji semula kot pendidikan kat negara ini...well..aku bukan menteri...sapa nak dengar cakap aku ni kan?

Segmen Mengira Hukuman Baca Horoskop/Ramalan

Entri 291: Susulan dari entri hukuman tinggal solat, tayang rambut, minum arak...kali ini pulak dengan izin, (macam bahasa undang2 pulak) aku nak sentuh pasal hukuman baca ramalan atau pun horoskop...

“Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”


“Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”

Dua dalil itu sudah cukup bagi orang yang betul2 beriman...melainkan jenis kurang iman..mesti akan cuba cari dalil yang kurang jelas yang menyokong tindakan baca horoskop...

Berkenaan jumlah satu hari diakhirat...ada dua pendapat...pendapat pertama mengatakan bahawa sehari akhirat bersamaan 50 000 (50 ribu) tahun dunia..tapi pendapat kedua yang agak mashyur adalah sehari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia...disini bukan nak gaduh ke apa...satu saat dunia pun kita tak mahu kena siksa...apatah lagi beribu2 tahun akhirat...

Aku cuma nak fokus pada golongan yang baca horoskop kategori pertama...iaitu baca untuk suka2..baca tapi tak percaya sangat...kerana kalau percaya...maka time tu jugak dah jadi syirik dan wajib taubat...kerana dosa syirik paling besar...

Golongan yang baca horoskop namun tidak percaya ini...tetap tidak diterima ibadat selama 40 hari...kalau dia baca akhir bulan syaban...maka solat puasa sepanjang ramadhan tidak diterima dan dia berdosa....kalau bulan2 biasa..maka solat dan ibadat lain tidak diterima...

Maka dengan otak bebal matematik aku ni...formula yang aku dapat buat adalah seperti berikut...

1 kali baca= 40 hari ibadat tak diterima
1x baca= 40 hari jumlah solat dalam 40 hari= 40 X 5= 200 solat
1x baca= 200x tinggal solat

x=KALI=DARAB


1 waktu solat= 80 tahun seksa akhirat
1 hari akhirat= 1000 tahun dunia

40 hari=200 waktu solat= 200 X 80 tahun=  16 000 tahun seksaan akhirat
1 tahun akhirat= 365 X 1000 = 365 000 tahun dunia
16 000 tahun akhirat= 16 000 X 365 X 1000= 5 840 000 000 (5.84 billion tahun dunia)


1000 ribu=1 juta= 1 mega
1000 juta= 1 billion= 1 giga
1000 billion= 1 trillion= 1 tera

Oleh yang demikian...ingat2lah bahawa sekali baca horoskop tanpa mempercayainya...untuk suka2 tanpa motif...maka tidak diterima solatnya 40 hari...ibarat tinggal solat 40 hari...dan hukuman bagi tinggal solat 40 hari adalah 5.84 billion tahun dunia...

"Masa Israk Mikraj Nabi lihat ade manusia yang menghantukkan kepala dia kat batu sampai pecah, then kepala tu ok balik, then hantuk lagi sampai pecah dan begitulah seterusnya..Nabi tanya pada malaikat Jibril dan Jibril jelaskan bahawa itu adalah seksa atau balasan bg org yang meninggalkan solat masa kat dunia"

Jadi jangan jadi bodoh dengan sengaja mencari pasal...yang lepas2 tu taubatlah..mudah2an kita diampunkan kerana kita belum mengetahui...aku cukup menyampah dengan sesetengah orang yang guna aplikasi fesbuk yang berkait dengan ramalan atau horoskop...aku dah lama berdiam diri...sekarang aku dah nasihat...

Kenapa aku susah payah nasihat macam orang perasan bagus? adakah aku tak pernah baca...jawapannya..aku pernah baca dan pernah mempercayainya...itu zaman aku jahiliah...dan sekarang aku dah taubat tak nak baca...jadi adakah aku perasan bagus lah kerana aku tulis kat sini...kan lebih baik aku berdiam diri je..kerana berdiam diri itu menunjukkan kematangan...dan menunjukkan aku orang baik..tak kacau orang...tak jaga tepi kain orang...

Well...nanti hari kiamat...masing2 terdesak nak lepaskan diri...tidak mustahil bagi aku dan siapa saja akan cari orang untuk turut disabitkan kesalahan...nanti tuhan tanya...kenapa baca walaupun dah larang? aku mungkin jawab...tapi kawan aku yang tahu haram itu tak pernah larang aku...tak pernah nasihat...dia cuma berdiam diri...tak ke kesian kat kawan aku tu...dan kalau aku yang tahu haram ini berdiam diri...tak mustahil nanti ada yang cari aku untuk dipersalahkan...atas dunia bulehlah...kat akhirat nanti jangan main2...tak ada kesian2...tak pasal2 aku pun akan kena pasal tidak melarang...tidak menegur...kerana takut dikatakan sombong dan perasan bagus kalau menegur...agak2 ALLAH terima ke alasan aku? mana dia menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Lagi pun aku cuma ulang balik apa yang dilarang oleh syarak..cuma bahasa aku ni je tak boleh blah kata orang...well...pergilah tempat lain yang mana bahasanya lembut..tapi pointnya sama je...tetap haram...aku dalam ni je pong pang pong pang...kat luar aku diam je...kerana aku tahu tabiat manusia...kalau tegur depan2 memang gaduh...dan lebih susah nak tegur mereka yang lebih rapat berbanding mereka yang kita tak rapat...

P/s: Buat kengkawan semua...hentikanla baca dan percaya ramalan...walaupun untuk suka2...kerana jelas haram...dan kalau percaya..jadi syirik...syirik tersembunyi...kerana percaya ramalan...kalau syirik terang tu ramai orang tahu..macam sembah berhala..tapi syirik percaya ramalan ni...syirik khafi...
 

Saturday, January 1, 2011

Aku dan Overthinking

Entri 290: Memang sejak dulu aku memang overthinking (pikir berlebihan) dalam banyak perkara...ada baik dan buruknya...bukan semua orang mempunyai masalah overthinking ini...kerana kebanyakan ia menjurus pada pemikiran negatif...

Antara contoh overthinking yang aku lihat pada masyarakat sekarang adalah melibatkan isu yang remeh seolah-olah ianya mengalahkan isu yang besar...antaranya, mengikut salah seorang ustaz yang sedang buat PhD...hebat sangat ke PhD sampai ustaz pun umum nak habiskan PhD...katanya...yang mana aku sendiri setuju...adalah larangan penggunaan BYE, AKUM, ASKUM...Aku memang dari awal MENYAMPAH dengan orang yang konon tahu bahasa yahudi...Semua dah pakai salah, as salam...pasal bagi aku..orang yahudi guna SHALOM, makna lebih kurang salam...kita ni konon nak islamik..guna salam...dah tak ada KUM=kamu... Islam assalamualaikum...yahudi shalom...mana ada orang baca AKUM dengan sebutan AKUM melainkan dengan sebutan atau dibaca dengan ASSALAMUALAIKUM...aku lebih menekankan KUM=kamu...pasal kalau SALAM=selamat...dah tak ada KUM...ini lagi betul2 dekat dengan cara yahudi...

Orang nak hentam aku lantaklah...aku memang budak bahasa, walaupun aku bukan prof...sampaikan sekarang ni.. MOHD yang kita baca Muhammad pun dah tak boleh nak guna...kerana overthinking...MOHD dilihat sebagai ikon ANJING BERMULUT BESAR...lihatlah betapa kreatif dan berseninya orang kita...


Yang aku heran...duk hina sunnah nabi ok pulak...tapi dalam perkara remeh dan tak jelas cepat je tersebar...konon GOOD BYE ada makna lagi...AKUM makna lain, ASKUM makna lain MOHD simbol lain...lepas ini kena wujudkan satu bahasa saja kat dunia kot...kerana kat dunia ni ada berapa ribu bahasa...
Lepas ni apa lagi yang muncul apabila orang semakin overthinking dan semakin kreatif...aku rasa nanti generasi baru kena belajar tulisan baru kot...agar neutral dan tidak mengikut bahasa lain... nanti FESBUK pun akan ada orang kaji...makna itu ini..semua bende akan ada orang kaji...memang bagus lah kerana umat islam mmg mudah sensitif bila agama islam KONON dipermainkan...kenapa aku kata konon...kerana orang islam lebih mudah percaya dari mengkaji sedikit..tak payah ada ijazah dalam bahasa yahudi utk tahu AKUM tu tak ada makna dalam bahasa yahudi...

Menyentuh pasal overthinking aku...aku memang overthinking...tapi dalam bab lain...bab2 reka bentuk atau corak atau pattern aku memang tak ambil port...tapi dalam bab ritual dan perlakuan...memang aku overthinking...kali ini pasal BOLA SEPAK...

Aku overthinking pasal bola sepak kerana aku rasa ianya lebih dari sekadar sukan...kerana ia dah jadi kebanggaan negara kalau menang...meskipun negara huru-hara dengan jenayah..tapi kalau menang bola...soal negara akan dilupakan...brazil tu negara maju ke? adakah ia menjadi maju kerana menang bola, ramai pemain handalan dari sana...adakah negara itu menjadi maju? adakah jenayah dan kemiskinan kat negara itu berkurang apabila menang piala dunia?

Aku beranggapan bola ini merupakan DADAH paling besar...kerana bola membuat orang lupa dan lalai...menang bola ibarat menang perang...siap umumkan cuti...siap bagi macam2 insentif...adakah kerana mesia baru menang bola baru ni..peluang pekerjaan bertambah, harga minyak jadi turun, harga barang menurun? Itu pasal aku kata dadah...seronok ketika stim...bila dah hilang stim..baru tahu dia kat bawah kolong...ditemani lipas...time dia stim dadah..dia rasa macam dalam istana...macam syurga dah...

Bola pun apa kurangnya...bangga negara menang? apa yang rakyat miskin kat kampung tu dapat? duit bantuan bulanan bertambah ke? gaji pekerja swasta naik ke? pekerja gomen dapat bonus ke? apa faedahnya selain dari rasa bangga yang langsung tak buleh mengisi perut...setakat dapat cuti sehari...agar dapat sambung tido lepas subuh...lainlah kalau menang..semua rakyat dapat 10 ringgit sorang...itu lain cerita...ini sampai berhabisan duit, solat entah kemana punyalah hardcore...bola start malam..sebelum asar dah cat muka cat rambut...

Orang semangat datang dari jauh nak tengok match bola...bukan dapat pahala pun...duk maki hamun sama sendiri je...tapi sanggup bersesak berpanas...berhabis duit...demi bola(DADAH)...bukan dapat makan free pun pegi tgk bola...tapi kalau ada kuliah maghrib, tak payah kata kuliah subuh pasal berapa kerat je bangun subuh on time...kalau kuliah maghrib tepi rumah...siap ada makan free...bawah kipas...kadang2 dalam ekon..siap buleh duk atas karpet tebal..xsesak..tak ada sapa yang nak pegi...majlis yang malaikat duk lindung tak ada orang...majlis yang bercampur laki pempuan dan dilaknat itu sanggup pergi...sanggup drive beratus2 kilometer...traffic jam berjam2..berpanas berjam2...demi bola...semangat bola...bukan dpat pahala pun...dosa duk ada...

Itulah part dimana aku jadi overthinking...aku lihat bola itu agenda bagi menyebabkan umat islam kembali ke zaman jahiliah...zaman dimana sifat asabiah atau berpuak2 atau perkauman atau kenegaraan yang melampau2...walaupun katanya musuh dalam permainan sahaja...tapi bagi aku..ia juga boleh melarat ke luar permainan...baru2 ini mesia dan indon..dua negara islam...tapi kerana bola...saling mencaci dan memaki sesama sendiri kat fesbuk, kat tv, kat paper, kat blog...dan segala macam media lagi...mana dia serumpun?mana dia persaudaraan islam..what the...setakat nak rebut piala suzuki...suzuki tu jepun..bukan islam...kita negara islam nak rebut pemberian orang bukan islam..kita gadaikan persaudaraan islam kita...terbaik lah...

Tak kurang juga orang kita lebih kenal bintang bola yang bukan islam berbanding para sahabat nabi...para isteri dan anak2 nabi...banyak lagi lah aku nak cerita...cuma penat nak tulis...aku kan overthinking..pikir lebih..itu pasal aku nampak negatif je pasal bola sepak ni..smpai aku gelarkan ia sebagai dadah...kerana penyokong bola pun bangun malam, kunci jam...kul 3 pagi..padahal subuh selalu babas...tapi demi bola sanggup usaha agar tidak terlepas match...pastu bersorak ganggu orang nak tido lagi...

Bintang bola disanjung dan diberi macam2 kelebihan...sedangkan para ustaz yang siang malam duk seru orang agar tambah bekal akhirat..dari muda sampai tua...tak pernah nak dapat penghargaan...penghinaan banyak...ancaman pun banyak...nak bagi kuliah kena ada tauliah...kalau nak menyanyi tak ada tauliah pun tak mengapa...nk berkumpul dalam kuliah agama tanpa permit susah nak dapat...tapi kalau match bola...pernah ada yang kena tangkap??? yg kita dengar...ditangkap kerana berceramah...dah terbalik...kerana ceramah mengancam keselamatan...bola tak mengancam..cuma duit pembayar cukai je yang jadi mangsa...maka banggalah orang yang bayar cukai... "Islam kata, tidak masuk syurga orang yang mengutip cukai"...

P/s: Aku patut stop sebelum aku kena dakwa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...