Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 4, 2011

Aku dan Overthinking part 2

Entri 293: Dengan internet yang tak berapa nak stabil dan macam hapa ini...aku tetap mahu update blog ini agar mencapai sasaran 300 entri...aku baru sahaja hantar tesis aku untuk dijilid...jadi aku dah bebas ni...tidak ada lagi kekangan rasa bersalah menulis selain tesis...

Kali ini aku nak cerita pasal overthinking aku yang agak menjengkelkan bagi kebanyakan orang...tidak lain tidak bukan iaitu aku ini jenis memilih kawan...sejak dari sekolah rendah, menengah, kerja, universiti...jumlah kawan aku tidak ramai sangat...kerana ape? kerana aku overthinking...aku ni perasan bahawa tidak guna ramai kawan tapi kawan itu menyusahkan kita kemudian hari...mostly kawan2 aku...adalah mereka yang mendekati aku..bukan aku yg mendekati mereka...

Aku tidak ada apa2 keistimewaan dari segi harta, pangkat, dan rupa...jadi kalau ada yang masih nak rapat dengan aku itu..maka itulah kawan aku yang pastinya mendekati aku tanpa mengharapkan apa2 dari aku...jadi sebab itu lah walaupun kawan aku tak ramai..tapi mereka ini amat berkualiti...aku pun tak tahu mereka ini nak kawan dengan aku pasal mereka kesian atau apa...tapi yang pasti..aku tidak ada apa2 in return untuk mereka...setakat teman2 borak...bagi pendapat itu siapa pun buleh kan...selain dari itu aku tidak ada apa2 pun...

Orang memang cop aku sombong dan kenyataannya aku memang sombong kerana aku memilih utk bergaul dengan orang yang selesa dengan aku sahaja...aku juga langsung tidak mahu mengubah diri aku ini...aku tidak sekali2 mahu adapt dengan orang bahkan aku yang mahu orang adapt dengan aku...well aku tak kisah pun jika tak dapat adapt dengan aku..aku tak rugi apa2...aku adalah diri aku yang keras kepala dan malas dalam banyak benda...siapa yang rapat dengan aku tahulah betapa teruknya aku ni...hahahaha...

Aku berpendapat bahawa kawan seorang mampu mengalahkan musuh yang seribu...dan musuh seorang mampu mengalahkan kawan yang beribu...jadi buat apa aku nak rapat dengan orang yang lambat laun berpotensi jadi musuh aku kan? dahla dia memang tak berapa suka kat aku..aku pulak terhegeh2 nak berkawan dengan dia...well dengan overthinking aku..itu tak akan berlaku...aku ada pelindung yang kuat yang mampu menghalang orang dari terus suka berkawan dengan aku...aku lebih suke membuka pekung sendiri daripada berpura2 baik semata2 nak rapat dengan orang...bukan ke aku dah kata...aku tidak akan adapt dengan orang..orang akan adapt aku...

Perangai aku sama je sejak dari kecil sampai dah masuk 28 tahun ni...aku tetap keras kepala macam dulu...sampaikan member aku ibaratkan aku sebagai optimus prime...kerana bila aku dah putuskan begitu...jangan harap senang2 nak ubah..bila aku dah pikir begitu...jangan harap senang2 nak ubah cara aku pikir...pilihan ada dua..mengikut atau biarkan...sebab apa aku jadi begitu? kerana aku rasa setiap orang itu berbeza...dan aku memang mati2an pertahankan perbezaan aku...jangan bazir masa nak ubah aku...bazir masa je wa cakap lu..bazir masa...

Bukan aku langsung tak terima pendapat orang...tapi sebelum terima..aku pastikan ianya benda yang memang diterima...selagi ada ruang..selagi itu aku anggap ia pendapat yang lemah...dan aku akan serta merta letak...mereka ini perlu belajar lagi...mereka ini belum tahu sangat...mereka ini belum alami lagi..mereka ini sangat kurang ilmu dan pengalaman...aku tak kata mereka bodoh...cuma aku kata mereka ini cuma berfikir dari satu sudut sahaja..sedangkan aku ini overthinking..semua sudut aku dah nilai...baik buruk semua aku dah fikir...memang hobi aku berfikir...kerana aku ada banyak masa..aku belum dilalaikan dengan dunia lagi...

Aku selalu berfikir tentang apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah sesuatu yang buruk menjadi lebih baik...setidak2nya keburukan itu tidak merebak pada orang lain...lebih2 lagi pada aku...yaa...memang aku saiko...aku terlalu banyak fikir dan ia menyebabkan tindakan menjadi lambat...tapi bukan dalam semua hal...cuma hal2 yg aku rasa penting je aku memang fikir lebih...aku akan jadi positif terhadap benda yang semua orang pikir negatif...dan sebaliknya...jadi memang aku ini saiko...aku rasa aku lebih sesuai membaiki kerosakan dari merosakkan kesempurnaan...kerana aku cuma pikir negatif sahaja..otomatik aku dah standby apa yang patut buat bila negatif itu betul2 terjadi...macam kata orang...kita tak perlu risau kalau hari tak hujan...bawak payung ke tak bawak payung sama je...tapi kalau aku..ibaratnya aku akan sentiasa bawak payung...walaupun kat padang pasir sekalipun...payung itu pun pasti ada guna untuk benda lain..bukan hanya untuk lindungi dari hujan saja...

Jadi itulah overthinking aku yang aku dapat ceritakan serba sedikit..walau seteruk mana pun orang sekeliling aku...aku tetap berfikir macam mana nak jadikan mereka itu kurang teruk...dan untuk itu..ia memerlukan banyak pemerhatian dan kajian...mmg hobi aku juga perhatikan orang...mengkaji orang to be exact...yelah...orang perasan bagus..mestilah mahu kan yang terbaik untuk diri dan orang sekeliling...walaupun nampak sia2 je duk pikir tanpa berbuat sesuatu...mcm bazir masa pun ada...tapi bila dah overthinking...benda tu dah jadi lumrah...

Aku memang dari dulu pendiam dan berseorangan...kena cop sombong tu adalah lumrah...orang yang cop sombong tu bukannya beri aku makan pun...buat apa aku nak kisah...kata aku perasan bagus..bukannya dia yang bagi aku kerja...kata aku suka sakitkan hati orang...well itu tandanya orang itu masih ada hati...kalau dah tak ada hati...xkan terasa punya...betul tak...mcm orang hati mati bila dibacakan ayat quran pasal seksa neraka...adakah dia akan pengsan...berbanding kalau cakap lagi dua minit..bom atom mungkin akan digugurkan dan dia akan mati menjadi debu...aku rasa dia akan pengsan utk berita kedua..berbanding berita pertama...itulah beza orang yang hati mati..well orang kata bahasa aku kasar...adakah aku paksa mereka baca..ini bukan silabus la...siapa yang hati kering silakan baca sampai habis...kalau hati suci murni pemeringkatan dua kali...jangan cuba utk baca blog ini...kerana aku lelaki yang emo dan saiko dan overthinking...pemikiran kita jauh berbeza..nanti mudah disalah ertikan...kalau dah salah ertikan...pastu kutuk aku sewenang2..aku kata bende lain..dia tafsir bende lain...mujur aku ada belas ehsan...kerana aku tahu lambat laun pasti mereka akan paham...bende baru perlukan masa...

Macam kereta petrol mula2 direka....orang anggap itu sebagai menunggang tangki maut...tapi sekarang...berjuta2 penunggang tangki maut..berlumba2 nak buat lesen menunggang tangki maut...macam itu lah cara aku...aku dalam dunia sebenar memang lain dari dunia blog ni...

P/s: Menyampah dengar iklan radio pasal blogger emo...sedangkan blogger gosip yang menghalalkan umpatan yang terang2 sebut nama dan letak gambar itu mendapat sambutan pulak...what the hell is wrong with you people...ini bukan karangan spm...bukan tulisan akademik..ini luahan...tak normal kalau orang tak pernah marah...

2 comments:

~hAKim ZaiLAn~ said...

ada kuar dalam radio betul2 ke blogger emo?

Admin said...

Iklan kat radio era kalau tak silap...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...