Rakan Seperjuangan

Tuesday, May 29, 2012

Mari membaca dan berfikir



Jemaah haji bakal disekat?

Dah jadi isu pulak dah sekarang ni…pasal ada beberapa orang rakyat negara ini yang mengadakan mini demo kat negara yang xda pilihanraya…kedengaran ura2 yang mengatakan kerajaan yang xpakai sistem pilihanraya dan mengamalkan sistem dinasti atau monarki tu akan menyekat jemaah haji dan umrah dari negara ini…aku pun tertanya2 adakah mereka akan turut berhenti bekerjasama dengan amerika yang menjadi tangkal kebal yahudi untuk menindas orang islam di seluruh dunia…klu xsilap aku kat negara tu ada pengkalan tentera amerika lagi…bukan main kauteem…dan kalau betul lah mereka nak sekat jemaah haji dan umrah negara ni…lantak depa lah…at least satu dunia buleh tahu perangai mereka yang tak mahu sistem pilihanraya ni…

Keganasan didalangi oleh orang islam?

Ini adalah satu perkara yang menjadi momokan dan telah berjaya meracuni pemikiran umat islam sendiri…memang tidak dinafikan wujudnya golongan ekstremis yang membelakangi agama dan bertindak di luar batasan agama…tapi golongan ini tidak mewakili golongan keseluruhan…adakah kerana tindakan seorang paderi kristian yang memulakan hari membakar quran sedunia maka kita harus menganggap bahawa semua paderi bersetuju dengan tindakan sorang paderi tu…

Andainya kita berpatah balik sewaktu perang jerman dan peristiwa diwaktu perang dunia kedua…pihak tentera amerika dan perancis telah bertindak lebih kejam berbanding tentera nazi jerman itu sendiri..malah jauh lebih kejam berbanding tentera jepun…ini kerana tentera amerika dan peranchis tidak memilih mangsa untuk menyerang pihak musuh…mereka membunuh semua dari wanita, orang tua, dan kanak2…lihat sahaja tindakan mereka mengebom pusat bandar jerman yang menyaksikan ratusan ribu orang awam terbunuh dalam masa yang singkat…di ikuti dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang menyaksikan korban yang amat ramai…justeru kalau kita celik sejarah..tentu kita dapat menilai siapakah raja keganasan yang sebenar…mujurlah waktu perang Vietnam rakyat amerika sendiri merusuh menggesa amerika berhenti…klu tidak..aku yakin strategi pembunuhan beramai2 juga akan turut dialami oleh jutaan rakyat Vietnam…

Amerika dan Rusia

Dua negara ini tidak sebulu sejak sekian lama…waktu rakyat Afghanistan memerangi penjajah rusia…amerika yang begitu anti komunis dan anti rusia telah membekalkan senjata pada tentera mujahidin ketika itu…sampaikan sukan olimpik rusia pun diboikot oleh amerika kerana rusia menjajah Afghanistan…sekarang ni yang peliknya amerika sendiri yang menceroboh afghanistan…mujahidin yang disokong amerika dulunya entah apa dah jadi…baru2 ni ada dokumentari pasal penawanan tentera rusia oleh mujahidin…hebat geng2 mujahidin ni…berserban berjubah…paling xleh blah sanggup berbohong depan tentera rusia yang konon ditawan dan masuk islam…sampai tentera rusia tu terpaksa ajak pemberita datang kerumahnya untuk bercerita hal yang sebenar…sekarang ni ni mujahidin masih xsebulu dengan Taliban..boleh jadi rusia yang beri bantuan pada Taliban…apapun bagus juga bila memikirkan bahawa ramai negara yang xsebulu dengan amerika..antaranya china, iran, korea utara, rusia dan sewaktu dengannya…apapun antara amerika dan rusia…kedua2 kuasa besar ini memang tidak menyebelahi islam..jadi bayangkan klu kedua2nya bergabung…satu polis dibarat, satu lagi polis di asia…
Tribunal perang

Tadi dalam berita tv ada melaporkan tentang tribunal perang yang dianjurkan di kuala lumpur…yang menariknya adalah ia adalah satu langkah yang agak berani bagi negara ketiga macam negara ini cuba untuk mendedahkan kesalahan bekas presiden amerika dan pembantunya ketika perang…susulan dari kedegilan amerika untuk tunduk pada mana2 mahkamah dengan menyeksa tahanan perang dengan seksaan yang amat tidak berperikemanusiaan…Cuma aku xpastilah samaada bekas presiden dan kuncu2nya akan didakwa dan dijatuhkan hukuman seperti bekas presiden Serbia atau x…namun tindakan mensabitkan kesalahan itu adalah langkah yang agak berani…harap2 amerika xbuat hal dengan sekat ekonomi Malaysia seperti yang dia buat pada cuba, iran, Iraq yang xsebulu dengannya…

Pendemo diminta serah diri

Nampaknya jumlah pendemo yang diminta serah diri makin meningkat…dulu Cuma dalam 40an saja..tadi dah mencecah ratusan…Cuma aku agak heran pasal mengikut media yang bukan pro kerajaan…banyak kamera yang digunakan utk merakam aksi polis meleraikan rusuhan telah dirampas…namun masih buleh dilihat dalam media pembangkang…mangsa yang dikasari juga melaporkan kamera mereka samaada diambil kad memorinya atau diberi amaran jika terus merakam…ada yang mendakwa diserang oleh lebih 10 orang polis…yang anehnya polis tu hanya pakai seragam je..tapi xda tanda nama…macam pelik kan…tapi dalam berita tadi ada juga melaporkan menteri kdn akan tubuh siasatan bebas untuk menyiasat kekasaran pihak polis…tapi dalam masa yang sama ada lagi ngo yang menyokong kuat tindakan polis…

Pendemo nak buat kecoh

Kalau dalam tv nampaknya jumlah pendemo xsampai 10 ribu orang..tapi media pembangkang menyatakan lebih dari 200 ribu orang..ada yang anggar setengah juta…apapun ia cuma anggaran..dan kalau betul lah pendemo nak buat kecoh…apalah nak heran dengan 10 ribu anggota polis yang rata2 xguna peluru hidup tu berbanding amukan ratusan ribu orang…dah buleh nampak rasional kat situ…aku bukan nak kata apa tapi bila aku tgk antara pendemo yang pakai tutup muka robohkan halangan tu..aku dah syak itu adalah provokasi pihak tertentu…macam kata saksi…polis siap bawak kereta laju2 tengah orang ramai..pastu ada pihak yang konon bekalkan botol air pada pendemo…pastu polis yang dibaling kereta mereka dengan botol air pun xtutup tingkap kereta…dan yang paling menarik..yang sedang makan dalam restoran pun kena tibai gara2 pakai baju kuning…sapa yang buat hal sebenarnya ni…bukan ke cuma dilarang masuk dataran…tapi ramai mangsa yang jadi sasaran walaupun jauh dari dataran…konon polis mengamuk gara kabar angin ada sorang polis mati…klu betul pendemo nak mengamuk...baik pakai topeng gas siap2…bawak senjata siap2…aku pun xyakin pendemo mengamuk…aku rasa ada yang menyamar jadi pendemo yang mengamuk..namun sume tu hanya tuhan yang tahu..buat masa ini…tapi lambat laun akan diketahui juga…ada saksi yang melaporkan golongan yang tutup muka, pakai sarung tangan, pakai gelang kuning kemungkinan adalah pihak yang mulakan provokasi…sume buleh jadi dalam dunia ni…

Projek sisa radioaktif

Dulu kat kedah pun disahkan selamat…sampailah ada kebocoran…dan aku langsung xtahu klu pasal kat tv dah xsiar sekarang ni…sekarang nak buat kat Pahang…pun disahkan selamat…hinggalah ada penduduk mula buat bantahan…barulah nampak ada usaha nak pastikan betul2 selamat…tapi aku tertarik dengan tulisan seorang wartawan yang kata…apa rasional klu Australia sanggup menghabiskan duit hantar kesini kalu betul2 selamat…adakah negara tu sempit mcm singapore…dari situ kita dah buleh nampak betapa xselamatnya projek itu…benda radioaktif ni xleh buat main…kemungkinan berlaku perkara yang tak diingini adalah besar…yang menerima kesan tentulah yang belum lahir lagi…sampaikan ada yang cabar agar dialihkan ke parlimen pm sendiri klu betul2 selamat…tapi tulah…klu betul2 selamat apa kes xbina kat negara sendiri je..ini rela rentas beribu kilometer..merentas laut…bayangkan apa jadi klu on the way tu ada kemalangan…eii…mintak jauhla…

Kuasa radioaktif

Tahukah anda ia adalah tenaga yang paling jimat tapi antara yang paling berisiko…kalau ia dimanfaatkan dengan betul…petronas dan negara arab buleh bangkrap…ini kerana tenaganya buleh tahan beratus2 tahun walaupun saiznya yang amat kecil…contohnya kapal pengangkut pesawat dan kapal selam berkuasa nuklear..saiz reaktornya bukannya besar sangat…tapi ia buleh tahan beratus tahun…bayangkan klu sains dapat jumpa penebat atau penahan nuklear yang lebih selamat…maka lingkuplah tauke2 minyak…bayangkan reactor yang sebesar benda kat dada iron man tu mampu beri tenaga selama berpuluh2 tahun…ia xmustahil…Cuma buat masa ini..amat berisiko untuk digunakan secara domestic…letak dalam rumah misalnya..mmg cari nahas klu berlaku kebocoran…tapi yang pasti…tenaga yang terhasil mmg tahan berpuluh dan beratus tahun…mungkin dalam 30 tahun lagi akan ada kereta yang Cuma gunakan tenaga nuklear yang sebesar ibu jari...tak payah isi minyak…aku pun tak leh nak bayang apa jadi kat petronas dan negara arab yang bergantung pada minyak…

70 ribu graduan menganggur pasal tak ada kemahiran cari kerja

Semalam ada terbaca kat marquee kat bawah tu bila tgk berita…wow…betul ke 70 ribu…ramai tu…yang pasti aku pun termasuk sekali….yaa..memang betul..aku xda kemahiran nak cari kerja…aku pun memilih kerja…aku xrela melakukan kerja yang memenatkan fizikal…aku xnak kerja jauh dari tempat tinggal aku…aku xnak kerja yang xberkait dengan apa yang aku belajar…aku xnak kerja yang offer gaji kurang dari 2k…tapi itu Cuma alasan nak pujuk diri…aku dah berhabis lebih dari seribu ringgit semata2 nak pergi temuduga dan prepare untuk temuduga…bagi yang dah kerja tu..syukurlah mereka xalami apa yang aku alami…tapi aku rasa lebih ramai lagi yang nasibnya lebih buruk dari aku…bagi yang bertimbang rasa..mereka akan cakap pada aku..sabar jelah..belum ada rezeki lagi…tapi bagi yang aku rasa jenis xberapa nak paham keadaan pasal xpernah mengalami seteruk dengan apa yang aku dah alami…bunyinya amat menusuk hati…tapi xmengapa…at least mereka cuba bakar semangat kot…xleh nak salahkan mereka…dulu aku pun pernah memandang rendah pada orang…biasalah bila dah berada diatas…tapi sedarlah kita xselamanya kat atas…sekali dah ada kat bawah macam aku ni…barulah aku tahu bagaimana rasanya berada dibawah..aku yakin masa aku akan tiba…tapi bila ia berlaku…sudah tentu aku akan menjadi orang yang lebih bertimbangrasa dan memahami…

Hutang negara 250 bilion

Ini angka yang kerajaan bagi..aku nak tunggu angka yang pembangkang bagi…maklumlah sebelum ni kerajaan kata hutang ptptn 43 bilion..pembangkang kata xsampai pun 25 bilion..klu 43 buleh bankrapkan negara..aku nak tengok kerajaan baru akan bangkrap ke x kalu mewarisi kerajaan yang mempunyai hutang 250 billion…petronas dapat pun dalam 90 bilion setahun…tu pun sejak harga minyak naik…tapi xperlu risau…mana2 negara mempunyai hutang..negeri2 pun ada hutang…zaman sekarang mmg xleh lari dari hutang…seperti juga xleh lari dari riba…Cuma namanya je yang berbeza…riba tu tetap riba…dulu namanya kos pentadbiran…bila kecoh orang kutuk ianya riba…dah tukar jadi kos upah…dulu namanya bunga…sekarang namanya faedah…lebih canggih sket namanya interest…

Rang undang2 kesalahan pilihanraya ditarik balik

Kecoh beberapa minggu lepas gara2 rang undang yang diluluskan dalam masa yang singkat sampai bersidang pukul 3 pagi, tapi kecoh kat media pembangkang je pun..buleh masuk buku rekod negara tu…justeru malam tadi telah diumumkan bahawa ianya dah ditarik balik…kesan dari bantahan pembangkang dan juga kerajaan sendiri…inilah yang eloknya ada kerajaan dan pembangkang…kedua2nya xleh buat sesuatu yang menindas rakyat..pasti pihak satu lagi akan backup rakyat…macam penasihat atau pengkritik la…kerajaan xleh nak buat sesuka hati..pembangkang pun xleh buat sesuka hati…kedua2nya berlumba2 nak ambil hati rakyat…tapi malangnya susah nak lihat persaingan secara sihat antara kerajaan dan pembangkang kat negara ni…bila lah agaknya kita dapat tgk debat antara pm dengan ketua pembangkang…klu kat amerika ianya adalah perkara normal kot…pasal tu mereka saling tukar2 kerajaan…Cuma xkisahla kerajaan mana yang pegang amerika tu..dasar tindas islam dan pertahan yahudi tetap sama…justeru aku rasa ramai yang harap agar debat antara pemimpin negara dengan pembangkang kerap diadakan…agar rakyat boleh menilai kedua2 belah pihak…

Belah sana belah sini

Istilah ni xasing bagi situasi negara ni yang menunjukkan pemisahan yang disebabkan oleh perbezaan parti politik…belah sana xmau ambil tahu hal belah sini dan belah sini juga xmau ambil tahu hal belah sana…diburukkan lagi oleh media yang xkan mencapai titik keseimbangan…belah sana boikot media belah sini..belah sini boikot media belah sana…ini adalah amat malang sekali bagi rakyat tapi amat menguntungkan sesetengah pihak…aku bagi contoh gambar 10 orang polis sedang belasah sorang peserta demo…itu Cuma kat media pembangkang je…yang kat dalam tv Cuma duk ulang2 pendemo naik kereta polis dan terbalikkan kereta polis…jangan harap nak tgk muka pendemo yang pecah ditibai oleh polis…begitulah media kat negara ni…belah sini Cuma nak dengar belah sini dan xmau percaya kata belah sana..begitulah sebaliknya…justeru dapat aku simpulkan betapa mentahnya politik kat negara ni…mujurlah sekarang ni dunia tanpa sempadan…rakyat dah xmacam dulu..hanya dapat akses pada tv dan paper je…sekarang dah ada blog…laman web…web tv dan sebagainya…rakyat yang celik teknologi dah xbergantung pada media pro kerajaan atau pro pembangkang sahaja…sebaliknya menilai kedua2 dan dari situlah kita dapat membuat keputusan yang lebih bijak…apa yang tak kena dengan belah sini..apa yang kurang dengan belah sana…

P/s: Sekarang ni musim orang kawin…tips aku pada pengantin baru…xpayahla nak banding kan majlis kita dengan orang lain…buatla ikut kemampuan…yang penting adalah sesi akad tu berjalan lancar…yang adat2 tu belakang kira...bukannya adat yang menjadikan pernikahan tu sah…yang penting adalah kasih sayang antara anda dan pasangan anda…bagi yang belum hafal doa sebelum bersama tu…hafal lah dan amalkan selalu…

Saturday, May 26, 2012

Isu semasa 2nd Edition


"Ditulis pada 7hb mei 2012"

Terpanggil utk menulis tentang isu semasa utk edisi yang kedua…aku tpaksa tangguhkan slot main game kat pc aku ni…pasal isu tu masih belum reda lagi baik kat media cetak atau kaca tv…kat internet aku xsure macam mana pasal aku kadang2 je pergi cc..itupun atas urusan yang betul2 penting sahaja…
Berbanding dengan bersih kali pertama dan kedua…kali yg ketiga ini betul2 jadi isu yang besar..meskipun kat tv mcm xda apa yang diperbesar atau dikecohkan selain daripada duk mengulang ayat “disokong pembangkang” berulang2 kali…orang xsekolah pun tahu ia disokong pembangkang, klu x, xkanlah ia dihalang begitu rupa…

Petang tadi ada member kepada daddy aku yang bawak akhbar lidah pembangkang ke rumah aku…aku pun heran pasal biasanya ia keluar pada hari jumaat…bukan ke jumaat aritu dah ada…aku bukan ambil port sangat berapa keluaran seminggu…tapi kerana nak tahu…aku pun bacalah…biasalah dalam tu..bertuahla klu ada part yang mendewakan kerajaan seperti kat tv…pendek kata macam yang edisi beberapa hari lepas…kali ni pun pasal kecederaan para pendemo yang sorry to say mmg xberapa nak masuk tv...yang masuk tv Cuma polis yang cedera…

Tapi media pembangkang ni mmg mcm tu…klu sama je dengan apa yang kat tv laporkan..buat apa nak terbitkan media sendiri…gerun juga lah aku baca kejadian dikasari pihak berkuasa tu…siap ada letak status fesbuk pihak berkuasa yang mengaku best belasah pendemo sampai pecah kepala…klu xbetul mmg kena samanla media tu…dalam hati nasib baik ia xberlaku pada aku masa kejadian tahun 2007 dulu…klu x…xtaula mcm mana diri aku sekarang ni…mujur dulu Cuma terkena gas pemedih mata atau aku lebih suka panggil gas panik…dan hampir2 kena air meriam air yang berbuih mcm sabun tu…Cuma beberapa sentimeter je lagi…

Paling menarik ialah tulisan yang memuji pihak berkuasa kat pusat tahanan yang lebih bertimbang rasa…siap tulis kat situ..rata2 kat situ ramai yang ada paku “berpangkat”…mgkin ada ijazah dan lepasan universiti…berbanding yang kat luar yang lepasan spm tu…aku xtaula apa maksud penulis tu tulis tahap spm…adakah dia maksudkan tahap pendidikan atau pemikiran…tapi ikut pengalaman aku…pekerja yang tahap spm tu mmg rajin dan menurut perintah dengan baik…mereka adalah penerima masalah yang baik…tapi dari segi penyelesaian masalah…aku mmg tak berani nak harapkan mereka…

Teringat kes masa aku kat universiti dulu..ada mmber aku sorang ni yang xpuas hati dengan kerani kat pejabat dekan…diikuti dengan pertikaman lidah…kemudian ada pensyarah yang tegur mmber aku tu..katanya buat apa nak bertengkar dengan kerani tu…dia kena paham yang kerani tu Cuma tahap spm je…bukan mcm dia yang tengah buat ijazah tu…daripada kejadian itu aku pun mulai terpikir..ooo…patutla ada kerani2 yang mmg cepat melenting dengan student sume…mcm aku cakap tadilah…mereka ni amat rajin dan menurut perintah…tapi bukannya penyelesai masalah yang baik...klu masalah tu rumit..better terus consult orang atas…pasal kita yang sakit jiwa klu berurusan dengan kerani2…

By the way tulisan ni tidak bertujuan menyinggung perasaan mereka yang tahap spm…pasal mak bapak aku upsr pun xda…ayah aku berhenti masa darjah 4…mak aku langsung xsekolah…bukan kerana dibuang sekolah tapi menjadi mangsa keadaan…terpaksa korbankan sekolah demi adik2 yang masih kecil…tapi mak bapak aku mmg otak pikap…Cuma bab matematik mmg hancur…itu pasal la dengan aku sekali pun hancur matematik ni…aku memberontak bila terpaksa kira benda yang xberkait dengan kehidupan seharian aku…lainlah klu aku mmg kerja engineer ke apa..ini kena suruh kira secara teori semata2…itu yang aku malas tu…xkiralah baik mana pun cikgu tu…aku tetap mental block dengan math…
Berbalik kepada isu semasa, sekarang ni kecoh dengan suruhanjaya diraja…sikit2 suruh tubuh suruhanjaya diraja…baik usul dari kerajaan atau pembangkang…dari satu segi…teruk sangat ke pihak  berkuasa sedia ada…sampai kena ada suruhanjaya diraja…yelah nak dapat keputusan yang lebih telus dan neutral…bagi aku dalam teori bulehla…realiti tak mungkin…mana ada orang yang betul2 neutral…yang terbaru suruh tubuh suruhanjaya siasat penghinaan raja, task force mykad, terhangat dipasaran sekarang ni adalah kekerasan melampau pihak berkuasa menyuraikan demo…smpai ada wartawan tulis polis raja dimalaysia…adoi…mcm2 hal berlaku akhir2 zaman ni…

Berita tadi ada laporkan pasal memorandum…ada dua pihak bertembung, satu sokong polis, satu lagi xsetuju dengan polis…tapi yang emo lebih bukan polis, tapi pihak yang sokong polis…jelas kat tv salah sorang tu naik sheikh…gerenti dia akan terkenal nnti…dulu kat luar negara pun ada jenis begitu..masa oprah winfrey buat slot tentang pesakit aids…tiba2 ada sorang yang bangun dan guna bahasa giler keras dan kaw2 kutuk pesakit aids tu…selepas berpuluh tahun…orang tu pun jadi dj radio lagi…tapi oprah sempat panggil dia utk diwawancara utk kali kedua…orang tu mengaku time tu dia darah panas…masih jahil dan terlalu mengikut perasaan…time tu jugak dia mintak maaf pada keluarga pesakit aids tu…yang selepas kena cerca dengan dia dalam wawancara dulu terus dihalau dan dipulau oleh penduduk setempat…malangnya pesakit aids tu dah lama mati…buleh nampaklah kekesalan orang tu…tadi kat tv bila aku tengok lelaki naik sheikh tu…aku pun teringat kes dalam rancangan oprah tu…tapi masalah lelaki dalam tv tadi bukan muda remaja..patutnya lebih professional la…buat malu anak bini yang menengok…

Sementara itu kat negeri aku ni…yang tiap2 hari keluar berita pesalah yang kena hadap kat mahkamah…kes dadahla yang paling banyak…klu xcaya..cubalah tgk berita tv9…mesti ada kes dari tganu punya…suatu pencapaian yang amat memalukan bagi negeri yang darul iman ni…tiap2 malam ada je pesalah dari negeri ni…xpadan dengan tu..tadi kat berita ada ngo kat negeri ni yang mendesak agar dilucutkan warganegara penganjur program yang agak popular sekarang ni..sapa lagi klu bukan ambiga…dikecam hebat lepas nak anjuran seksualiti merdeka…hmm…dah xda isu ke…ambiga tu bukan islam…kenapa tak fokus pasal orang islam warganegara kita yang terang2 mengaku gay kat youtube…dan sorang lagi yang pakai baju melayu masa kawin sejenis…dah xda isu sangat ke…ish2…
Ambiga tu bekas orang besar majlis peguam…ternyata dia lebih tahu undang2 negara ni…kat mana ada lompang yang bolehkan dia bertindak macam tu…klu x…tentu dia dah kena tangkap…orang macam ambiga tulah petanda bahawa undang2 manusia mmg xboleh pakai..lebih2 lagi klu bukan undang2 islam…sedangkan mamat yang pernah hina negara dan islam dulu pun buleh jadi pengarah filem sekarang ni…dulu bukan main berapi orang duk marahkan dia…sekarang dah cool down nampak…

Mungkin ada yang tertanya2 kenapa aku bazir masa tulis sume ni..kenapa aku xbuat macam orang lain…duk diam2 sudah…buat apa nak ambil tahu pasal benda2 berbaur politik ni…well…aku buat sume ni pasal aku ada banyak masa…aku jugak xsenang hati dengan keadaan negara…meskipun aku xda jawatan penting dalam negara…tapi aku buat sume ni demi orang ramai…aku nak sedarkan orang ramai..betapa negara kita ni sebenarnya dalam tahap berjaga2…satu contoh aku bagi…kita berbangga dengan dunia bahawa negara kita adalah negara yang berjaya menarik pelajar antarabangsa datang…tapi lihatlah kesan pada masyarakat setempat…kajang dah jadi port pak arab, serdang dan cyberjaya dah jadi port pak parsi, nilai dan jadi port afrika..gombak pun port afrika…bila berjalan2 kat tempat ni…rakyat asing ni dah berleluasa sangat…kita sendiri jadi macam terasing dibumi sendiri..klu pergi kat bukit bintang tu lagilah…rasa mcm kita dah jadi menumpang kat negara sendiri…dalam tv pun asik buat serbuan dan tangkapan pada pelajar asing yang xda permit dan tinggal lebih masa…ditambah lagi dengan sindiket dadah yang dipelopori oleh golongan2 ni…

Pasal pekerja asing pulak…lagilah satu isu…tapi suara rakyat kita Cuma dalam hati je…klu ada rasa xpuas hati pun Cuma dalam hati je…sindiket pecah rumah, samun, curi..kacau anak dara orang…bawak lari anak orang..goda orang kita dan sebagainya…rusuhan kat pusat tahanan lagi…adoi…aku mmg tak boleh pejam mata dan pekakkan telinga je…at least aku kena tulis agar ada yang baca…ada yang paham…pasal sume masalah tu lambat laun akan sampai kat kita…klu xkena kat kita…mgkin pada anak cucu kita…apa yang aku nampak…masalah kebanjiran warga asing akan jadi isu yang besar suatu hari nnti…pembangkang dakwa mereka ni dibawa masuk kesini untuk jadi pengundi…aku xambil port sangat pasal tu, klu betul lambat laun akan terbongkar juga...Cuma aku xsenang hati bila mereka datang buat jenayah…tgk saja bila imigresen buat operasi…mereka xberi kerjasama..klu dah datang negara orang tu..buatlah mcm kat negara orang…

Isu melupuskan pinjaman memufliskan negara pun dah reda…sekarang ni dah ada inisiatif kad diskaun pelajar…masa mula2 aku dengar pasal tu..aku masih lagi pelajar…sekarang dah hampir dua tahun aku tamat belajar..baru nak buat…mmg sah pilihanraya dah nak dekat…macam2 cara dah keluar untuk memancing rakyat…yang miskin diberi duit…yang belajar diberi diskaun…mcm2 lagilah…tiba2 je kerajaan mcm ada banyak duit…itulah tandanya dah dekat  mengundi…harga minyak pun dah lama xnaik…tunggu jelah apa akan jadi lepas pilihanraya nanti…aku Cuma dapat ramalkan inflasi yang teramat je..klu kerajaan yang ada sekarang tumbang…alamatnya kerajaan baru pasti akan mewarisi negara yang hampir2 muflis…dalam pada tu..rakyat pun mintak mcm2…mintak agar dikekalkan bantuan yang Cuma beberapa bulan ni mereka dapat…aku dapat ramalkan betapa seksanya kerajaan baru jika menang dalam pilihanraya akan datang…

Tapi apa susah…pengerusi dap pun dah kata..klu kerajaan baru terbukti  xefisien…rakyat buleh saja singkirkan mereka pada pilihanraya seterusnya…itu baru politik namanya…macam xnormal je bila kerajaan berkuasa begitu lama…lebih dari 50 tahun…apa kata bagi chance kat pihak satu lagi…klu betul mereka mmg teruk…bukan kata 50 tahun…500 tahun pun kita sanggup bagi kerajaan sekarang memerintah…tapi sejarah membuktikan…tak ada kerajaan yang akan kekal…bila agama ditolak tepi…tunggu jelah saat kehancurannya…

P/s: Merapu banyak2 pun xguna…ini ada sedikit tips…klu kita betul2 nak kan sesuatu…berdoa saja xcukup…perlu di ikuti dengan amalan lain..antaranya solat hajat dan baca surah yasin…pasti akan dapat hasilnya…dengan syarat itu adalah hajat yang baik…klu setakat doa je…mmg xnampak kesungguhan kita tu…itu pasal kena top up dengan amalan2 lain…yang penting solat 5 waktu kena jaga…

Monday, May 7, 2012

Sesi kenegaraan for dummies…


Dah lama nak tulis pasal ni…malam ni baru berkesempatan…maybe mood hari pekerja kot…meskipun aku tak ada pekerjaan lagi buat masa ni…tapi menulis pun satu pekerjaan..Cuma tak dibayar dengan wang ringgit…hanya dapat kepuasan bila lihat ada orang baca…sorang pun jadilah…at least ada yang baca…

Kali ini nak kongsi pasal kenegaraan…bukan kewarganegaraan tapi pasal kenegaraan…ini adalah rentetan dari apa yang aku belajar masa ambil stpm dulu…tahun 2002 dan 2003…ya…aku ambil stpm dua kali…so what??? Tapi subjek pengajian am tu mmg aku minat…terutama bab kenegaraan…10 tahun dulu aku mmg tererlah bab2 tu…aku dapat A utk pengajian am stpm 2002 dan b+ utk stpm 2003…sayang sekali pengajian am ni hanya diajar pada peringkat stpm dan pada peringkat universiti juga ada diajar bab kenegaraan tapi tidaklah secara terperinci seperti stpm…

Oleh kerana itu…ramai yang tidak berapa nak paham tentang kenegaraan pasal xramai yang ambil stpm…bukan nak kata ambil stpm tu dah jadi terer bab kenegaraan…tapi nak kata masa stpm tu…ia diajar secara terperinci…tentang prinsip kenegaraan terutamanya negara kita sendiri…kita akan tahu betapa bezanya kerajaan jenis persekutuan, kesatuan dan konfederasi…kita juga akan sedar bahawa negara ini mengamalkan kerajaan jenis persekutuan…dimana terdapat satu kerajaan pusat yang ditugaskan untuk memberi khidmat kepada semua penduduk negara ini tanpa memilih negeri yang tertentu sahaja…wajib bagi kerajaan pusat untuk memberi peruntukan tahunan bagi semua negeri dalam Malaysia ini…tidak kira negeri itu dibawah pimpinan pro kerajaan atau pembangkang kerajaan…

Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang lebih berbanding kerajaan negeri…antaranya dalam kuasa ketenteraan, perundangan, kewangan, pendidikan dan banyak lagi kuasa yang diberikan kepada kerajaan pusat…kerajaan pusat adalah diterajui oleh parti yang mendapat kerusi majoriti dalam dewan rakyat…ahli dewan rakyat mewakili parlimen masing2…sekarang ini parti yang mendapat kerusi majoriti dalam dewan rakyat adalah barisan nasional..justeru parti inilah yang diberi kuasa untu membentuk kerajaan pusat...Dalam kerajaan pusat ada kabinet yang terdiri daripada menteri2 yang dilantik melalui proses2 tertentu…yang memegang portfolio masing2…

Kerajaan negeri pula mempunyai kuasa yang agak terhad berbanding kerajaan pusat…antaranya kuasa kerajaan negeri adalah hal ehwal agama islam, air, sumber alam dan tanah…kerajaan negeri diterajui oleh parti yang mendapat kerusi majoriti dalam dewan undangan negeri…ahli dewan undangan negeri mewakili dewan undangan negeri masing2…dalam kerajaan negeri ada exco2 yang dilantik untuk memegang portfolio2 tertentu…

Tujuan aku tulis ni adalah kerana aku dapati masih ramai rakyat yang tidak begitu arif tentang fungsi dan tugas kerajaan di negara ini…kalau betul dah arif…masakan tiap kali masuk tv…ada saja yang menuntut kerajaan negeri membuat sesuatu yang berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri…setiap kali aku melihatnya, aku rasa amat kecewa dan kesian dengan mereka yang seolah2 diperbodohkan ini…sorry to say tapi mereka yang belajar tahap spm mmg tak diajar tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri..xtaulah kalau sekrang dah ada…tapi zaman aku dulu belum ada…dan kalau ada cikgu yang buat hal dengan buat soalan pasal kuasa kerajaan…terus dicop sebagai soalan politik dan diberi amaran serta merta..cikgu tu pun satu…dah tahu xda dalam silibus pun nak tanya…lainlah kalau soalan tu untuk pelajar stpm…

Apa yang kita lihat hari ini adalah agak bercanggah dengan konsep kerajaan persekutuan yang sepatutnya diamalkan dinegara ini…kita dapat melihat dengan jelas betapa negeri yang berada dibawah kuasa pembangkang dihina dan dikatakan mundur dan tidak membangun…sedangkan kerajaan pusat jugalah yang bertanggungjawab untuk membantu negeri tersebut…bantuan diberikan mengikut aturan tertentu antaranya mengikut jarak jalan raya yang terdapat dalam negeri tersebut…makin panjang jalan raya…makin tinggilah peruntukan yang diberikan setiap tahun…

Kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk membuat jalan tetapi yang perlu membayar pampasan kepada pemilik tanah adalah kerajaan negeri…begitu juga jika kerajaan pusat nak buat sekolah…kerajaan negeri dikehendaki membayar pampasan kepada pemilik tanah andainya tapak sekolah itu dimiliki oleh penduduk dan bukannya tanah kerajaan…tapi kita biasa lihat papan tanda “projek kerajaan barisan nasional” pada hampir kesemua projek yang dibiayai oleh kerajaan pusat…itu adalah bagus, tapi buat apa nak bermegah dan berbangga kerana itu sememangnya tugas kerajaan pusat…mereka yang menawarkan diri untuk berkhidmat pada rakyat…tapi bila dah berkuasa…dibuatnya mcm mereka itu menjadi kerajaan dengan sendirinya…pelik bukan…ibarat pak guard yang mengungkit berjaga malam sedangkan itu mmg tugas pak guard…

Kerajaan negeri juga ada kuasa untuk membuat  undang2 yang dipanggil enakmen..yang dibahaskan di dewan undangan negeri…akan tetapi undang2 itu akan terbatal dengan sendirinya jika ia bercanggah dengan perlembagaan persekutuan…sebagai contoh…meskipun undang2 hudud telah diluluskan oleh negeri Kelantan…tapi hakikatnya ia terbatal dengan sendirinya kerana undang2 itu sememangnya tidak selari dengan perlembagaan persekutuan…justeru kenapa sibuk nak gubal dan bahas jika dah tahu ia akan terbatal dengan sendirinya??? Bagi aku…itu lebih baik dari langsung tidak cuba nak gubal dan bahas…lebih baik dari mengelak untuk melaksanakan…lebih baik dari menghina undang2 yang ada jelas dalam quran dan hadis…tapi saban tahun mesti ada suara sumbang yang mengutuk kenapa undang2 tu belum dibuat atau dilaksanakan…bagi aku…orang itu mmg kurang reti atau buat2 xreti…

Beralih pada perlembagaan negara…ia  merupakan suatu syarat yang dikenakan oleh pihak penjajah sebelum negara ini diberikan kemerdekaan…perlembagaan negara ini telah dibuat oleh seorang warga british yang berketurunan yahudi…lord reid namanya..sedar atau tidak…perlembagaan itulah yang kita pakai sekarang…ia bukan dibuat oleh mufti mesir, sheikh arab, tok imam atau tok lebai…tapi seorang warga british yang xda kena mengena dengan islam dan melayu…Cuma yang buat orang kita xkisah ialah pasal dia tulis islam adalah agama rasmi, bahasa melayu adalah bahasa rasmi, melayu dan bumiputra ada hak istimewa…tapi perlembagaan itu jugalah yang begitu berkuasa sehingga undang2 hudud pun buleh terbatal dengan sendirinya…walau tidak disebut dengan terperinci, kita sepatutnya sudah dapat memahami bahawa hukuman potong tangan untuk pencuri yang disabitkan kesalahan tidak mungkin dapat dilaksanakan selagi ia belum dipinda, ini kerana mencuri adalah dibawah kesalahan jenayah dan tidak boleh dibicara mengikut mahkamah syariah…untuk meminda perlembagaan, ia memerlukan sokongan 2/3 dewan rakyat dan mendapat perkenan raja2 melayu…

Jadi pada yang tak sabar nak tengok undang2 potong tangan dijalankan di negara ini, tunggulah bila parti pas mendapat majority 2/3 dewan rakyat dan diperkenan oleh raja2 melayu…yang mengikut hemat aku, hampir mustahil kerana orang islam sendiri ramai yang tak mahu undang2 itu dijalankan…cubalah kalau yang dicuri tu harta mereka, bukan potong tangan, potong kepala pun mereka sanggup…mereka yang xmau undang2 tu barangkali belum pernah mengalami kejadian dimana barang2 berharga mereka dicuri…betapa susah payah nak dapat…senang2 je orang curi…mujur potong tangan je..itu pun pergelangan je…bukan habis sampai bahu..tapi apa nak buat…ramai umat islam belum cukup diberi kefahaman tentang undang2 islam…paling sedih adalah ilmuan islam sendiri yang menakut2kan orang islam…mereka sendiri  yang mempersoal keberkesanan undang2 yang termaktub dalam quran tu..ada yang kata mereka yang mencuri ni xpatut dipotong tangan, tapi patut diberi kerja, bila dah ada kerja..baru mereka xmencuri lagi…kalau xpercaya…buleh tengok kat yutube…tentu dah ramai yang tahu siapa yang aku maksudkan…

Berbalik pada bidang kuasa kerajaan…kerajaan pusat mempunyai lebih kuasa dan diberi kuasa untuk menguruskan harta dan pendapatan negara contohnya hasil petroleum yang menjadi hasil utama pendapatan negara dan juga hasil utama dana bagi kerajaan persekutuan…sektor2 lain juga menyumbang tetapi tidaklah setinggi petronas yang sekarang ini mencecah lebih 80 bilion setahun…cukai pendapatan dan cukai2 lain juga penyumbang pada dana kerajaan pusat…justeru secara mudahnya ialah kerajaan pusat Cuma diberi kuasa untuk mengurus hasil negara untuk mentadbir dan mengurus negara ini…contoh yang paling senang, baru2 ni heboh satu negara dapat bantuan rakyat yang 500 tu…cara media utama laporkan perkara itu dan cara menteri2 dan cara penerima2 bantuan cakap seolah2 duit itu adalah dari poket menteri, seolah2 duit itu dipotong dari gaji2 menteri dan elaun wakil rakyat…

Sedangkan rakyat perlu tahu itu adalah duit rakyat…kerajaan Cuma tukang agih saja…tapi kerana ilmu kenegaraan rakyat negara ini rendah…dan rata2 yang dapat bantuan tu memang jenis xbelajar tinggi…maka tidak hairanlah mereka amat berbangga bila kerajaan bagi 500 ringgit..kita dah merdeka selama 55 tahun…klu diukur secara relatif…nilainya adalah lebih kurang 10 ringgit setahun…itulah nilainya…lainlah kalau setiap tahun sejak merdeka dapat 500…tapi bagi mereka yang dapat bantuan tu…itu dah cukup dari langsung xdapat…beberapa tahun lepas, mereka yang ada kenderaan bermotor dapat imbuhan…tahun ni…isi rumah yang berpendapatan kurang 3000 sebulan pulak yang dapat…

Mujurlah kebanyakan rakyat negara ini diajar bersyukur…kalau tidak…dah lama kerajaan yang ada sekarang tumbang…dengan pelbagai kejadian kebocoran dan ketirisan sumber negara yang hampir tidak digembar-gemburkan oleh media utama…rakyat masih lagi setia dengan kerajaan yang sama sejak dari merdeka…kononnya orang yang berumur 50 tahun lebih sudah tentu tidak dapat lari dari berbuat silap..berbanding yang baru 4 tahun tapi dah banyak buat silap...

Andainya rakyat negara ini kebanyakannya seperti aku…mesti ramai dah naik bosan dengan kes penangkapan warga asing tanpa izin…berjuta2 duit melayang untuk mereka ini…adakah rakyat negara kita juga buat hal mcm tu kat negara luar…sampai negara luar keluarkan jutaan ringgit untuk tangkap, tahan dan hantar rakyat kita. Macam mana dengan pusat serenti dan penjara..berapa juta duit kesitu..secara kasar mcm bazir duit…tapi jangan risau pasal duit tu xkemana…ia akan kembali pada rakyat…pusat tahanan, pusat serenti, penjara…semua tu ada kantin…kantin tu sediakan makanan, bahan nak masak tu beli pasar…yang penjual kat pasar tu orang kita…mcm tulah duit itu masuk pasaran semula…Cuma xpuas hati pasal mereka makan percuma dan dilayan dengan baik..at least arahkan mereka yang salah tu berkhidmat utk masyarakat…barulah orang macam aku xungkit sangat…

Bila masuk soal duit rakyat…rakyat kena sedar…kereta peronda polis, motor polis, pistol dan peluru polis, malah pakaian seragam polis…itu semua adalah duit rakyat…bukan nak kata kita tak patut hormat polis…tapi sekurang2nya kita tahu hak kita sebagai rakyat…apa2 sahaja milik kerajaan adalah milik rakyat…Cuma kerajaan diberi kuasa untuk mengurus…yang mana bila dah mati nanti…mereka akan ditanya tentang tugas mereka…bagaimana kenderaan rasmi digunakan…adakah untuk kegunaan peribadi seperti pergi hantar anak kesekolah guna kenderaan rasmi kerajaan atau sebaliknya…semua itu pasti ditanya bila dah mati nanti…justeru bagi yang kerja kerajaan atau yang sewaktu dengannya…hati2 kerana kebanyakan aset yang tersedia tu adalah milik rakyat…bukan milik peribadi…cukuplah guna sekadar perlu…sepadan dengan tugas dan khidmat kita…kalau melampaui batas…siap sedialah nak jawab…

Dalam media utama, kita sering mendengar tentang kemiskinan dan kemunduran sebuah negeri di pantai timur yang telah diterajui oleh pembangkang sejak 20 tahun dahulu…bagi yang tidak reti kenegaraan…semestinya memandang hina pada kerajaan negeri yang konon tak mampu nak tadbir negeri…tapi bagi yang reti…sudah pasti memandang serong pada kerajaan pusat yang nampaknya memilih bulu, nampak macam nak balas dendam kat negeri itu kerana rakyat negeri itu memilih pembangkang setiap kali pilihanraya…seperti yang aku hurai panjang lebar kat atas tadi…kerajaan pusat patutnya rasa malu kerana ada negeri yang mundur dan kurang membangun…ini kerana kerajaan pusat sepatutnya memberi dana kepada negeri itu…akan tetapi menurut menteri besar negeri itu…dana yang dihulurkan oleh kerajaan pusat tidaklah diterima secara langsung oleh kerajaan negeri..sebaliknya melalui pihak ketiga, beliau dan pasukannya telah bertungkus lumus untuk melunaskan hutang  yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum itu sejak mula diberi kuasa pada awal 80an…lebih mendukacitakan lagi…negeri itu turut dinafikan hak apabila saluran minyaknya dilencongkan ke negara jiran…negeri yang sepatutnya mendapat royalti minyak itu dinafikan haknya…ternyata rakyat negeri itu tidak begitu bodoh utk menyokong mereka yang menafikan hak mereka…

Kes lebih kurang sama bila kerajaan yang hasil minyaknya dinafikan apabila dimenangi oleh pembangkang pada hujung millennium yang lalu…royalti ditukar menjadi wang ihsan yang mana begitu hina sekali bunyinya..tidak cukup dengan itu…royalty itu turut dihulurkan kepada pihak lain dan bukannya kepada kerajaan negeri…tetapi apabila negeri itu ditawan kembali, royalti dikembalikan dan rakyat negeri itu dapat melihat sendiri pembaziran yang maha hebat telah berlaku…tapi rakyat negeri ini agak bertuah kerana sejak ditawan oleh pembangkang…barulah rakyat dapat merasa hasil minyak…kalau sebelum itu…Cuma dengar sahajalah bahawa negeri itu ada minyak..lihatlah betapa mundurnya ibu negeri itu walaupun dah lama diberi royalty minyak…dan lihatlah berapa banyak hutang negeri itu pada kerajaan persekutuan meskipun ada royalty…

Pergh…betapa kuatnya berbaur politik entry kali ini…apa nak buat…aku dah bosan dengan hasutan demi hasutan kat kaca tv tu…ibarat kata seorang penulis tu…jangan takut nak hasut pasal tv dan paper pro kerajaan hari2 duk hasut rakyat agar menolak pembangkang…sampai aku pun nak muntah bila tgk strategi sama dan kebudak2an diamalkan walaupun sekarang dan era dunia tanpa sempadan…debat antara presiden dap dan mca pun tidak dimuatkan dalam saluran utama…dahla pakai bahasa cina, sari kata pula English, masa pulak hampir tengah malam, orang yang bekerja gerenti dah lelap pukul 11 malam…pengerusi dap kata dia rela guna bahasa melayu, tapi apa nak buat kehendak penganjur…mcm mana aku nak hormat media utama kalau masih macam tu…aku tgk debat tu sampai habis…mujurlah aku faham English..dalam debat tu…orang pro mca bukan main kutuk islam…dia kata dap ikut telunjuk pas…tapi dalam berita utama kita dengar pas ikut telunjuk dap…mana satu betul ni…org pro mca begitu takut dengan hukum islam…tapi presiden dap jawab selamba je…tak perlu takut, setakat ini belum ada lagi orang pas yang mengapa2kan orang cina…debat tu agak kecoh…bila ada hadirin yang menjerit…yang diberi peluang tanya soalan sumenya pro mca…xda yang pro dap…tapi kalau diamati soalan2 tu..kebanyakannya pro mca tu amat takut jika negara ini jadi negara islam…kalau dalam tv bukan main lagi mcm hormat negara islam…tapi masa debat tu baru aku tau..rupa2nya mereka ni pura2 je…mereka takut negara ni jadi negara islam…

Dah agak panjang aku menulis ni…tapi aku tau ada pembaca tegar sanggup baca sampai habis…aku akui isinya xberapa nak teratur…maklumlah…sejak dari upsr, pmr, spm, stpm…bahasa melayu aku terutama karangan sentiasa dapat A…jadi jgn risau..walau kat sini aku tulis teruk…tapi itu kerana aku Cuma fokus pada isi…aku xda masa nak fikir soal penyampaian…matlamat aku agar dapat sampaikan info ini pada siapa2 saja yang open minded…percayalah bahawa aku mempunyai terlalu banyak masa lapang hingga aku mampu membuat penilaian dengan lebih mendalam…pada siapa yang nak lawan hujah2 ni…aku nasihatkan agar jangan bazir masa…

P/s: Ini ada satu tip bagi mereka yang susah nak bangun pagi walaupun dah ada alarm yang kuat…sebelum tido…niat dulu nak bangun pukul berapa..lepas tu bacalah surah al kausar yang pendek tu..innaa a’toinaa kal kau tsar sampai habis…pastu mengucap dan baca doa tido…mudah2an terjagalah pada waktu yang diniatkan…xsalah nak harapkan alarm..tapi kena ingat roh kita yang keluar masa kita tido tu siapa yang jaga…aku pun dah banyak kali kes alarm xbunyi..gara2 harapkan alarm…terlalai dengan dunia…so next time jangan lupa setkan alarm dan amalkan tip kat atas tu…insyaALLAH…kita tentu xmau hari kita dimulakan dengan terbabas solat subuh kan? Kita begitu takut miss punch kad on time…kita perlu lebih takut jika termiss atau terbabas solat subuh…dok gitu?

Thursday, May 3, 2012

Isu semasa


Bertemu kembali dalam entri terbaru…aku sudah tidak berapa aktif nak update blog setiap minggu mcm dulu…hidup hanya tertumpu depan tv sahaja…menambah ilmu dan mengasah ilmu…mengikuti perkembangan semasa dan juga berhibur…

Sebenarnya tujuan aku teruja sangat nak menulis entri ni adalah untuk berkongsi apa yang terlintas dalam minda aku…sorrylah jika blog ni makin lama dah makin personal…tapi aku tetap lagi dengan tema iaitu berkongsi apa yang aku tahu, harap dan rasa…bukan hanya terhad pada agama dan politik serta kesihatan semata2…biarlah apa orang nak kata…klu dah xsuka tu aku xleh nak paksa…maybe ada yang anggap blog ni dah jadi rojak ke ape..aku akui mmg blog ni mcm rojak dan hilang fokus sket sejak aku tamat belajar…

Cukuplah dengan dua perenggan intro…tulisan kali ini Cuma nak ulas pasal demonstrasi yang telah berlaku baru2 ni…yang masih lagi hangat diperkatakan di tv..di surat khabar aku xberapa sure pasal aku xcukup duit nak beli paper…dalam hidup aku yang dah nak cecah 30 tahun ni buleh dibilang dengan jari sahaja berapa kali aku beli paper…bukan anti paper tapi memang serius aku xbrapa nak ada duit nak beli…
Beberapa hari lepas aku awal2 pagi dah terlentang depan tv nak tahu perkembangan tapi malangnya tiada apa2 yang dapat disaksikan di kaca tv…aku tunggu sampai malam baru dapat tgk apa yang berlaku…barulah dapat lihat dua butir kete pulis kena vandalism…siap kena terbalikkan lagi…lebih dahsyat dari dalam filem kongsi lagi…dapat lihat bagaimana budak2 muda yang kebanyakannya berpakaian kuning sedang mengamuk dan membuat kacau dengan kerete polis…ada juga polis dan wartawan yang turut menjadi mangsa…

Tapi itu akan dibincangkan kemudian, yang aku betul2 nak katakana dahulu adalah pasal perniagaan yang tutup kedai pada hari berkenaan…dapat dilihat dengan jelas hanya beberapa gerai kecik je yang bukak bisnes pada hari berkenaan dan bila diwawancara oleh tv…peniaga menyalahkan para pendemo…berjuta2 ringgit kerugian dianggarkan gara2 pendemo…

Aku xtaulah bagaimana orang lain melihat keadaan itu…bagi aku…tindakan menyalahkan pendemo adalah satu tindakan yang amat bodoh sekali…aku tidak paham bagaimana kebanjiran ribuan orang buleh menyebabkan mereka rugi dan tutup kedai…adakah pendemo itu akan merompak kedai2 mereka…merosakkan kedai mereka…mengambil barang tanpa bayar…makan xbayar…adakah pendemo yang ugut mereka agar tutup kedai…setahu aku kalau makin ramai orang datang…makin untunglah berniaga…pasal yang datang tu mesti bawak duit, mesti nak makan dan beli barang….Cuma tujuan utama mereka datang bukan nak beli belah…mereka bukan pergi ekspo atau karnival jualan murah…tapi yang pasti mereka akan singgah makan di gerai2 dan restoran dan juga beli barang2 lepas mereka berdemo…

Di sini juga ingin aku bawa pembaca untuk mengimbas kembali insiden pada tahun 2007, pada masa itu aku merupakan salah sorang yang terperangkap dalam insiden tu…pada demo kali pertama itu…kedai2 dan gerai2 dan gedung2 tidak ditutup malah dibukak macam biasa…maybe masa tu para peniaga beranggapan kebanjiran umat manusia akan membawa keuntungan lebih dari biasa…jadi memang aku tidak nampak ada gerai atau kedai yang tutup…mungkin ada tapi aku xperasan…kalau xperasan tu maknanya sikitlah yang tutup…itu baru betul…makin ramai yang datang…makin besar peluang nak kaut untung…

Tapi semua itu berubah bila tiba2 sahaja aku dan manusia sekeliling yang jadi pemerhati dari jauh terhidu gas pemedih mata…walaupun asapnya xberapa nampak…tapi buleh dirasa kesannya dari jauh…apa lagi…aku dan yang lain terus panik dan bertempiaran lari…susah nak gambarkan kesan gas tu…bukan mata je yang pedih tapi otak pun jadi bingung dan panik xtentu hala…yang paling dekat masa tu adalah burger king…jadi aku pun meluru masuk ke  burger king…kru burger king pun tutup pintu…beberapa minit jugak lah terkurung dalam tu…mujur ada aircon…bila dah reda..barulah keluar dari premis tu..mujur xkena halau macam anjing kurap...

Yang aku nak cerita…pada masa tu memang premis perniagaan bukak seperti biasa…penjual kuih dan penjaja air tepi jalan pun bukak bisnes macam biasa…lepas keluar dari burger king, aku pun pergi masjid india..sempat juga aku tanya polis kat situ camne nak ke mesjid india…aku xtau jalan…polis tu pun jawab dia pun xtau pasal dia pun bukan dari situ…jalan punya jalan..sampailah jugak…bila sampai je..pergh….bau dan kesan gas pemedih mata mmg memenuhi masjid india tu…kat situ sempat juga aku sembang dengan salah sorang pendemo yang balut muka dengan kain…katanya nak atasi kesan gas pemedih mata ialah dengan “kemam” garam dalam mulut…

Lepas tu aku pun menuju ke tempat dimana aku bakal bertemu bekas rumet aku..dia sekeluarga datang dari kampung dan itulah tujuan utama aku pergi..bukan nak join demo….tapi nak jupe bekas rumet..jumpa kat area kamdar yang pada masa tu masih lagi bukak macam biasa…lepas sembang2 dan pau duit dia…aku pergi ke kfc yang berdekatan….lepas dan kenyang makan…ingat nak balik lah..tapi rupa2nya keadaan belum betul2 aman…walaupun aku lalu jalan yang xda kena mengena dengan jalan yang pendemo gunakan…tapi tetap menghadapi masalah…

Masa tu aku kat tepi jalan…aku tengok ramai pemerhati dan juga pelancong yang mengeluarkan kamera dan telefon bimbit nak ambil gambar…maklumlah benda ni bukan senang nak tengok…ambil gambar fru dengan trak dan anggota yang pakai perisai tu berkawad di jalan…ingatkan selamat lah…pasal jalan tu bukannya digunakan oleh pendemo…sedang elok melihat kawad tu…tiba2 kena sembur meriam air…bertempiaran lari orang2 awam dan pelancong asing…aku ingat lagi ramai yang lari nak masuk satu gedung perniagaan tu…tapi guard kat situ punyalah panic…dia tutup pintu xbagi orang masuk…hanya beberapa orang je sempat masuk…air tu hanya beberapa sentimeter je nak kena aku…mujur xkena…aku terpinga2…duk tepi jalan pun kena sembur…bila mereka dah berlalu…aku pun balik…

Tapi dalam perjalanan balik tu aku melihat banyak kuih2 dan makanan bersepah di tepi jalan…para peniaga yang menjaja kuih dan air banyak yang rugi pasal gerai mereka kena sembur dengan air berbuih…kesian pulak aku tengok…yelah…mereka ingat makin untung bila orang ramai datang…sekali rugi pasal gerai mereka kena sembur…aku pun lihat banyak premis termasuk kamdar yang terus tutup kedai selepas kejadian sembur tu…mereka tentu xsangka ini akan terjadi…igtkan dapat untung…rupa2nya padah yang menanti….

Tentu ada yang hairan bila aku tulis macam tu…apa kaitannya…kaitannya yang aku nak cakap kat sini adalah bukan pendemo yang sebabkan mereka terpaksa tutup kedai…tapi tindakan mereka yang nak menyuraikan pendemo tu yang buat mereka tutup kedai…pasal bukan baju kuning je yang kena sembur…semua baju hatta yang xpakai baju pun kena sembur…jadi xhairanlah bila demo kali kedua dan ketiga diadakan…mereka telah tutup kedai awal2 lagi…tutup bukan kerana ramai yang nak datang…tapi tutup kerana risau tindakan yang akan dilakukan oleh pihak yang nak halang orang datang…

Pihak berkuasa Cuma jalankan tugas…mereka menurut perintah…apa cara pun ia mesti dihalang…pasal perhimpunan tak ada permit…tuntutan pun xmunasabah…tapi walaubagaimanapun semua dapat lihat peti undi lutsinar pada pru 12…yang mana masa dituntut dulu..ia dianggap xmunasabah…dakwat kekal pun akan dilaksanakan pada pru 13 nanti…itu pun dianggap xmunasabah pada satu ketika dulu…

Bagi orang yang rasional…mereka tidak hanya menyalahkan satu pihak…aku ni xtaulah nak kata rasional ke x…aku Cuma rasa biarkan saja pendemo tu duduk bantah…dah mereka kata perhimpunan aman…nanti klu mereka buat hal barulah kita tuding jari sepenuhnya pada depa ni…tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya…maklumlah manusia ni kalau dah kena pressure…kita dapat saksikan mereka ni mula bertindak liar…bagi mereka..kenapa nak halang dari berkumpul ditempat awam…mereka bukan nak buat maksiat…tapi awal2 lagi dah dihalang…itulah kita lihat budak2 muda yang darah masih panas tu bertindak liar…tapi aku rasa itu buleh dielakkan jika mereka tidak dihalang oleh kawat…dan juga buleh dihalang jika mereka sanggup tukar tempat...menteri kata ia langsung xganggu gugat keselamatan negara…tapi kita lihat macam bercanggah dengan apa yang terjadi…kenapa dihalang begitu rupa kalau betul xganggu keselamatan negara…

Bagi aku yang masih mentah ni…mmg xganggu keselamatan negara…yang datang tu bukan bawak senjata…malah bawak keluarga lagi, siap bawak anak bini lagi, kalau betul nak buat hal…xkanla sanggup bawak anak2 kecil kot…tapi tulah…rasa hairan bila mereka ni dihalang lebih2..macam ada sesuatu yang xkena…berani kerana benar..takut kerana salah…ibarat kita rasa ada sebuah rumah tu ada buat benda xelok…tiba2 jiran2 datang nak tengok apa sebenarnya berlaku…tiba2 ada pihak yang halang…kemungkinan besar memang betul dalam rumah tu ada buat benda xelok…kalau x..masakan nak halang pulak…begitulah perumpamaan senario yang berlaku…rakyat macam dah hilang kepercayaan…bukan semua tapi sebahagian…

Apa2pun yang telah dan bakal berlaku…ia menunjukkan betapa pru dah makin dekat…bagi aku…aku memang xhalal dan xredha jika pihak yang uruskan pru itu menipu…bukan senang nak ketempat mengundi dan beratur panjang untuk pangkah undi…tiba2 kena tipu…penipuan dalam pilihanraya ada dimana2…malah ada negara yang langsung xendah keputusan pilihanraya…ada negara yang langsung xda pilihanraya…justeru dapat aku katakan bahawa pilihanraya bukan salah satu cara yang efektif dalam mempamerkan demokrasi…terlalu banyak ruang dan peluang dimana penipuan boleh berlaku…tapi ingatlah bahawa mereka yang menipu…samaada yang tuduh atau tertuduh…mereka akan mendapat balasan yang setimpal…mungkin terselamat didunia…tapi belum tentu selamat dialam seterusnya…

Bilalah agaknya hak sama rata akan diberikan kepada pihak2 yang bertanding pada pilihanraya…yang kena tuduh kat tv xda peluang nak jawab kat tv…yang kena tuduh kat paper xda peluang nak jawab kat paper…mungkin majoriti xnak tahu..tapi aku betul2 nak tahu…sudah tentu yang kawal tv ada kuasa lebih…contohnya hari2 aku tgk berita tv…tapi aku xtahu pun bahawa ada  9 rang undang undang berkaitan pilihanraya diluluskan dalam masa sehari dan berakhir pada jam 3 pagi…betul ke dakwaan ini…betul ke ada pihak yang batalkan kuasa untuk pihak lain untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi…semua itu aku baca dari lidah pembangkang…hairan jugak benda yang macam tu xmendapat liputan meluas kat tv…bersidang sampai 3 pagi tu…rekod tu…adakah berita gadis jatuh lubang kat negara luar lebih utama dari itu…makin lama makin tawar hati nak tengok berita kat tv…taulah kena pro kerajaan…tapi nampak sangat ke pro an nya tu…langsung xbagi chance..

P/s: Antara amalan yang buatkan kita murah rezeki adalah mendoakan kesejahteraan pada mak bapak pada setiap hari…rezeki tu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja…ketenangan, kelapangan dan kesihatan juga adalah rezeki…jadi jgnlah berhenti dari berdoa agar murah rezeki…ia pasti akan datang…kalau bukan dalam bentuk kebendaan…semestinya dlam bentuk yang tak dapat dibeli oleh harta benda…renung2kan dan selamat beramal…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...