Rakan Seperjuangan

Sunday, March 18, 2012

Tatkala kita dihina



Dua minggu yang lepas menyaksikan fenomena yang jarang berlaku dalam sesi khutbah jumaat di tempat aku, nak kata kampung xberapa tepat sangat pasal kampung aku yang betul2 xda masjid…ceritanya bermula bila aku perasan ada sorang jemaah baru yang barangkali berbeza sedikit dari yang biasa…mmg part time aku kat masjid tu tengok sesiapa saja yang masuk melalui pintu tu…

Dipendekkan cerita mmg aku xsangka bahawa orang yang aku rasa agak berbeza tu akan menjadi khatib jemputan pada hari itu…aku pun xpenah nampak dia sebelum itu…dengan imej yang agak pelik sikitla..berjubah berserban tu normal la cuma rambutnya agak panjang sikitla..paras bahu gitu..tapi bila dia start buka mulut…pergh…

Dah jadi kebiasaan utk jemaah untuk tido atau tunduk bila khutbah xberapa menarik dengan isu yang sama ulang2 didengar..tapi aku perasan pada hari itu kebanyakan jemaah memberi perhatian dengan khusyuk tentang apa yang khatib jemputan itu sampaikan…sampai aku pun agak terkesan dengan apa yang aku dengar pada hari itu dan berkeputusan untuk berkongsi apa yang aku dengar…mengikut apa yang aku paham…

Topiknya adalah bila umat Islam pada zaman ini dihina oleh Allah…kita semua umat islam telah dihina oleh Allah..memang panas telinga yang mendengar…suka2 hati ckp umat yang terbaik dan agama yang diterima Allah ini dihina oleh Allah sendiri…

Tapi dia tidak berhenti disitu sahaja…banyak contoh yang diberikan dan dalil2 yang masuk akal Cuma aku ni dah kurang pickup pasal banyak makan tido sejak beberapa bulan ni…itu pasal lepas dua minggu baru nak tulis..dah tentu banyak isi penting dah hilang…

Walaupun kita seringkali dengar hadis tentang nasib umat islam akhir zaman yang menceritakan bahawa pada akhir zaman umat islam akan menerima nasib seperti kambing biri2 yang dihendap oleh serigala2 yang lapar…yang menunggu masa utk diratah dengan lahapnya oleh kawanan serigala yang buas dan liar..dan juga bagaimana para sahabat menjadi hairan kenapa ia boleh berlaku sehingga mereka bertanya adakah umat islam pada akhir zaman itu sedikit jumlahnya…maka dijawab oleh Nabi kita bahawa jumlah umat islam adalah ramai tapi ibarat buih selepas banjir yang tidak ada makna, tidak ada kehebatan sedikit pun…Allah akan mencabut rasa gerun orang bukan islam terhadap islam dan seterusnya dimasukkan kedalam hati orang islam itu penyakit al wahnu…iaitu sayangkan dunia dan takut mati…

Aku percaya khutbah tentang itu pasti ada paling kurang sekali setahun tapi apa yang aku dengar pada dua minggu yang lepas memberi kesan yang lebih terhadap aku dan mudah2an terhadap orang yang mendengarnya…

Memang betul dan tepat sekali apa yang khatib jemputan itu sampaikan…cara dia sampaikan pun bukan main semangat…dia bukan baca teks…sampaikan dia hentak tangannya pada mimbar kerana semangat…mmg boleh tahanla semangat mudanya itu…bukan main berkobar2 lagi..aku rasa klu bukan atas mimbar..mesti lagi dasyhat lagi caranya...tapi aku bukan nak cerita sangat pasal itu..Cuma nak kongsi tentang isi kandungannya sahaja..

Penyakit cintakan dunia dan takut mati adalah virus utama umat islam yang kurang diberi perhatian setelah sekian lama…umat islam dah lupa bagaimana islam itu ditegakkan dan disebarkan…bukan melalui mata pedang…tapi dengan ketiadaan virus al wahnu itu…cobalah(stail lama)  bayangkan bagaimana jika pada zaman nabi dulu para sahabat dan penganut islam ada penyakit ini…tentu dah islam ini berkubur…mana tidaknya…dalam kebanyakan perang yang berlaku pada zaman itu…tentera islam selalunya adalah yang paling sedikit jumlahnya, paling kurang kelengkapan perangnya, paling rendah kewangannya…mana2 individu yang rasional pada zaman ini tidak akan keluar berperang pada ketika itu…ibarat menempah maut la kata orang…

Tapi umat islam dahulu tidak takut mati di medan perang demi islam malah mahu mati di medan perang…meskipun mereka ada keluarga dan harta namun itu tidak menghalang mereka untuk keluar berjihad meskipun tahu besar kemungkinan mereka akan mati…

Cubalah bayangkan dengan umat islam sekarang…kekayaan negara melimpah ruah…tentera pun ramai…tapi apakah yang berlaku bila saudara sesama islam diperangi dan dicerobohi oleh puak2 kafir di negara islam sendiri??? Apakah yang berlaku…yaa betul…biarkan sahaja..umat islam di palestin, Kashmir, pattani, Filipina, Chechnya, Afghanistan, Iraq, iran diratah dan diserang oleh musuh islam…yang penting negara yang kaya tahap gila babi seperti negara2 arab berlumba2 untuk buat bangunan cantik2 agar pelancong asing datang ke negara mereka…lantaklah dengan umat islam negara lain...

Oleh itu tidak hairanlah jika kita semua dihina oleh Allah…kerana kita telah lupakan persaudaraan islam…kita hanya pandai mengambil hati kuasa2 besar dunia yang rata2nya memerangi islam…kita tidak peduli akan nasib saudara sesama islam kita…justeru adakah layak bagi kita untuk mendapat kasihan belas dari Allah…dah tentulah tidak kan..ibarat orang kaya yang makan sedap setiap hari yang tidak mempedulikan jirannya yang berlapar setiap hari…kerana takut diperli oleh rakan2nya yang kaya kerana mendekati orang miskin…begitulah juga negara2 islam yang kaya sekarang ini…sanggup menutup mata dan telinga untuk membela nasib umat islam negara lain yang ditindas dan dizalimi…hanya kerana risau kuasa besar dunia akan mengambil tindakan terhadap mereka…pelabur akan lari…pelancong akan lari dan sebagainya…bukankah itu penyakit cintakan dunia??? Jika bukan…apakah ia???

Tidak dinafikan mmg ada segelintir yang tampil untuk membela golongan yang ditindas…tapi sedar tak bahawa kebanyakannya adalah golongan yang bergerak sendiri…bukannya mereka yang disokong penuh oleh kerajaan…mana2 kerajaan begitu bangga dan heboh bila menghantar bantuan ke negara lain apabila berlaku bencana alam…tapi mengapa bila sesama umat islam sedang dizalimi tidak ada pun negara2 umat islam yang menghantar bantuan besar2an seperti mana bila menolong negara lain dalam bencana alam???
Yaaa..tepat sekali..kerana takut dikatakan bersekokonglol atau bersubahat atau bersatu hati dengan mereka yang kononnya dicop sebagai pengganas itu…mana2 umat islam yang mahukan kemerdekaan akan dianggap pengganas dan diperangi di seluruh dunia..contoh yang paling dekat adalah selatan thai, Mindanao, acheh dan sebagainya…kita bukan tak tahu tentangnya tapi kita tak merasakan apa2pun…lainlah mereka itu sanak saudara kita...sahabat handai kita…kita seolah2 lupa bahawa mereka itu saudara seagama kita dan wajib dibantu…

Tapi itu tidak akan berlaku kerana kita semua telah dihina oleh Allah…islam yang sinonim dengan keselamatan dan keamanan telah diganti dengan keganasan dan ketinggalan zaman…kalau dulu islam adalah agama yang digeruni…sekarang ia adalah agama yang dihina…jumlah kita yang ramai pun tidak sekali2 membantu…
Cubalah bayangkan puak pelampau zionis dan israel itu…adakah jumlah mereka ramai?...adakah negara palestin yang mereka rebutkan itu besar dan kaya dengan minyak?..dah tentu tidak kerana memang dasar israel itu adalah pengecut dan penuh tipu helah...mereka tidak berani berhadapan dengan umat islam secara terang2an…mereka menggunakan kuasa2 besar dunia untuk menjadi benteng mereka…mmg sejak dahulu lagi mereka mmg begitu…mereka tahu jumlah mereka itu sedikit…kalau negara arab bersatu hati nak perangi mereka…xsampai sehari dah buleh hapuskan mereka…oleh itu mereka ini berselindung dibalik pengaruh dan kuasa2 besar untuk dijadikan kuda tunggangan mereka…mereka tahu umat islam tak akan bagi muka pada mereka…tapi mereka tahu umat islam sanggup bagi muka pada amerika dan sekutu kuat gila babinya iaitu uk…

Mereka tahu umat islam akan boikot produk mereka jadi mereka berselindung dibalik jenama2 besar yang seolah2 tidak ada kaitan dengan mereka…jenama seperti coca cola yang menjadi penyumbang besar kepada dana mereka dan banyak lagi jenama besar lain yang saban hari umat islam gunakan tanpa was-was itu digunakan untuk merampas secara paksa bumi palestin…

Retorik atau perumpamaan yang sesuai adalah…hampir kesemua umat islam pada hari ini pernah menyumbang terhadap ekonomi israel dan tentera israel agar tentera rejim israel dapat menghasilkan peluru untuk menembak dan menghalau saki baki penduduk asal palestin…secara zahir atau PERMUKAANNYA mmg tidak nampak seperti kita beratur untuk beri 30 sen pada tentera israel untuk beli peluru yang akan digunakan utk membunuh rakyat palestin…tapi pada DASARNYA memang itulah yang kita lakukan tanpa was-was...

Kita bukannya tak boleh hidup kalau tak menyokong syarikat2 yang terang2 memberi dana pada tentera zionis dan israel…tapi kita tak ambil peduli sangat…bagi aku pulak..aku lebih suka boikot negara arab terlebih dahulu kerana merekalah musuh umat islam pada zaman ini..mereka kaya tapi langsung tidak mahu tolong jiran mereka…mereka rela bersekongkol dengan sekutu zionis dan israel..sejak dulu mereka itu adalah idola umat islam seluruh dunia…tapi mujurlah sekarang ini nampaknya ada sedikit perubahan dalam tampuk pemerintahan di negara2 arab…ketua2 mereka yang dulunya bersekutu kuat dengan sekutu israel nampaknya dah mula diganti dengan pemimpin baru…dan aku amat berharap pemimpin baru mereka lebih berani bersuara dan lebih proaktif untuk membantu sesama umat islam…

Akhir kata, tidak ada makna jika negara maju dan membangun pesat sekalipun jika masih bergantung sepenuhnya pada ekonomi bukan islam, pelabur bukan islam, pengguna bukan islam..apa guna negara maju dan membangun jika umat islam negara jiran hidup ketakutan setiap hari…justeru marilah kita buang virus cintakan dunia dan takut mati itu…kerana pada akhirnya ia akan menghancurkan kita…jika xkena pada kita…kena pada anak cucu kita…yang pasti akan ada yang menerima padahnya…
P/s: Aku memang tabik siapa yang baca tulisan ini sampai habis



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...