Rakan Seperjuangan

Tuesday, November 30, 2010

Macam Mana Nak Jadi Imam?

Entri ke 268: Aku nak kongsi sikit apa yang aku tahu pasal mcm mana nak jadi imam solat...dah puas mengelak kena tolak juga..nak tak nak kenalah jadi ye...

Niat: Macam biasalah..cuma part makmum tu tukar jadi imam...makmuman=>imaman

Bacaan: Eloknya bacalah doa iftitah sebelum al fatihah diikuti dengan surah pendek/ayat lazim selepas al fatihah.

Nada Bacaan: Bagi solat waktu siang, tidak ada masalah sangat kerana bacaan senyap, kalau maghrib, isyak dan subuh, bacaan kena berbunyi pada al fatihah dan dua surah/ayat lazim. Perlu diingatkan bahawa lafaz takbiratul ihram perlu jelas dan kedengaran oleh makmum, begitu juga takbir antara dua perbuatan, seperti takbir antara sujud dan duduk antara dua sujud...Lafaz iktidal pun elok jika kedengaran jelas oleh makmum di belakang.

Kelajuan bacaan: Elok sederhana, tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.

Salam: Elok jika kedengaran oleh makmum dibelakang.

Doa: Elok jika lepas salam, istighfar 3-5 kali, diikuti bacaan al Fatihah. Pastu pusingkan badan kearah makmum..dan mula lah berdoa...

Itu sahaja lah kot yang basic/asasnya...Bukan susah sangat kan?

Kalau rasa bacaan kita tak berapa sempurna, jangan nak offer diri jadi imam solat yang memerlukan kita kuatkan bacaan al fatihah..melainkan kita tahu makmum kita tu bacaan mereka lebih kurang macam kita...Kerana tidak molek jika makmum mengikut imam yang bacaannya kurang betul...ada yang kata tidak sah...

Pertama sekali pastikan bacaan al fatihah kita sempurna dengan sebutan dan makhraj dan tajwidnya..kerana itu merupakan kesempurnaan solat...

P/s: Sesiapa yang ada nak tambah..sila tinggalkan komen..aku pun budak baru belajar..pasti ada salah silap...niat cuma nak kongsi ilmu...bertukar2 pendapat..ikut mazhab syafiee..kalau mazhab lain aku xmau campur..nnti jadi kes lain...hehehe...

Monday, November 29, 2010

Hukum ALLAH vs hukum manusia

Jangan gatal2 nak klik link yang aku bagi kalau jenis kesian...gambar lelaki yang ditikam hingga mati dengan lebih 25 bilah pisau...didakwa atas kesalahan merogol, betul ke tidak itu soal lain...aku sempat bilang pisau yang masih terpacak atas badan dia...ada lebih kurang 25 bilah...

"JANGAN KLIK SINI JIKA LEMAH SEMANGAT" 




Aku baru saja ada kekuatan hati(hati kering) untuk melihat gambar2 kematian...maybe aku tak rasa kesian kerana yang mati bukan orang yang aku kenal. Boleh la kot aku apply kerja kutip mayat lepas ni..kerja kat rumah mayat ke ape...aku dah tengok macam2 gambar kematian..tapi kalau video tu aku belum berani..daripada gambo bunuh diri sampai gambo kena pancung, kena gantung, accident...dan sebagainya...

Aku berdoa agar aku tidak mati dalam keadaan begitu...at least kalau begitu pun...mati syahid dunia akhirat...huhuhu...

Saturday, November 27, 2010

Kenapa Khatib Pegang Tongkat

Setelah beberapa hari melayan kemalasan yang teramat untuk menulis panjang2...aku pun merajinkan diri utk menulis tentang perkara ini...kerana masa khutbah jumaat tadi..aku perhatikan khatib itu tangan sebelah pegang tongkat..sebelah lagi bergerak2 atas bawah macam tengah berpidato..suara juga tinggi rendah..mcm orang pidato jugak..hehehe..

Teringat satu kuliyah yang aku dengar beberapa minggu lepas yang antaranya menyebut kenapa khatib ketika khutbah itu pegang tongkat...jawapannya adalah bagi menghalang khatib menggerakkan tangan macam orang berpidato..kerana khutbah itu bukan pidato...selain ia menjadi sunnah nabi dimana nabi sendiri memegang tongkat ketika berkhutbah...bagi membezakan antara khutbah, ceramah, dan pidato...

Andai kata sebelah tangan dah pegang tongkat, maka sudah tentu perasaan yang membuak2 itu akan turut lenyap...kerana pasti ada beza jika ckp sambil menggayakan tangan dengan cakap tanpa menggerakkan tangan..lihat sahaja orang yg berpidato yang emo ketika bercakap pasti tangan mereka bergerak2 kesana kemari...macam2 gaya..

Khutbah pula, pergerakan tangan dapat dielak dengan sebelah tangan pegang tongkat...tapi apa yang aku tgk tadi..khatib muda itu begitu lantang...sudah gaya berpidato pun ada...tangan kanannya atas bawah atas bawah...menunjukkan betapa bersemangatnya dia berhujah...selang seli melayu inggeris pulak tu...topik yang amat bagus..tentang umat islam mengikut cara yahudi nasrani...cuma part tangan kanan yang lincah tu lah..aku rasa over sket...

Aku bukan nak kata haram ke apa gerak2 tangan macam org pidato...tapi khutbah sepatutnya lebih berhemah dari pidato...xsemestinya ckp lemah lembut..tapi cuba bayangkan kalau tangan diam je..sure tak kan lebih2 kelantangan suara tu...kot...

P/s: Kebelakangan ini audio kat masjid tu makin mantap...dah banyak kali aku terpaksa tutup telinga..pasal suara khatib macam menjerit nyaring...aku mmg xleh dengar suara nyaring..rasa macam otak diketuk2...huhuhu...kena pindah port lain barang kali...lagipun aku dah nak tamat belajar kat sini...

Friday, November 19, 2010

Kebetulan yang mencurigakan?


Inilah yang kawan aku dapat apabila dia hendak deactivate(nyahaktifkan) akaun fesbuknya...suratan atau kebetulan kah ini? Katanya pasti ada hidden agenda(agenda tersembunyi) ni...

Aku rasakan bahawa ia tidak mustahil, apa yang kita boleh perkatakan tentang fesbuk yang menjadi laman web paling popular di mesia ni...hampir semua orang ada, termasuk aku, cuma aku dah cuba untuk tidak terlalu berkongsi maklumat kat situ kerana aku rasa ia macam satu agenda hendak memantau aktiviti umat islam..membogelkan umat islam, dan juga memecah belahkan umat islam..mmg ada org post video dakwah kat situ tapi lebih ramai yang post lagu2...

P/s: Gunakan internet dengan bijak.

Thursday, November 18, 2010

Jins Bite aka Digigit Jin

Entri 264. Terkejut tengok dalam sehari ada 1000 lebih pengunjung, gara2 sorang blogger popular telah letak link ke salah satu entry aku.... KLIK SINI...

Dari ceramah Ustaz Kazim bertajuk digigit jin.

Dua waktu nabi larang tido= tido lepas subuh dan asar...tido lepas asar itu TANDA GILA(hadis).
-ramai yang mereng akibat tido waktu asar dan maghrib...cukup 40 hari=>mereng...ada tahap sampai berhenti kerja.

Perempuan tidur lepas asar=> peha kena gigit, ada lebam2, kaler biru, itam, cuba buat kalau xcaya.Kalau dilihat bawah mikroskop, pasti ada 5 lubang kat lebam tu. Sekali digigit pasti akan digigit lagi..
UBATNYA= Bacakan 7 kali surah al fatihah pada air mandi, campur 3 biji limau, mandi dan sapu seluruh badan. Insya ALLAH berkesan.

Mandi pada waktu maghrib tanpa kain basahan=>jin skodeng dan jatuh cinta, itu pasal ada love bite kat peha, sekali jin jatuh cinta lebih teruk dari jin yg disihir, jin sihir lebih senang ubat dari jin asyik(jin suke kat manusia). Jin pertahan cinta, sukar dapat jodoh, orang datang risik senyap, minang senyap..pasal jin dah block.

JANGAN BIAR JIN JATUH CINTA. Jangan keluar rumah petang2 ronda2 sambil berpakaian seksi(seluar pendek dan sebagainya), jangan keluar rumah petang2 dan duduk ditempat sunyi seperti kawasan longkang dan sebagainya.

Berikut adalah video yang aku maksudkan...

KLIK TANG SINI OK



P/s: Perempuan, sama ada dara, janda, balu, bini orang, JANGAN TIDUR PETANG, JANGAN MANDI BOGEL, JANGAN KELUAR PETANG2 PAKAI SEKSI2...

Tuesday, November 16, 2010

Apa yang kita tahu tentang sakaratul maut?

Entri ke 263, target nak capai 300 entri sebelum aku balik rumah yang tak ada internet. Tak kan nak pegi CC untuk update blog, rasa semacam je, budak2 riuh main game, aku update blog, budak2 tgk aku print resume pun aku dah rasa okwed momento.

Setiap manusia yang pernah hidup sudah pasti merasai mati, cuma lambat atau cepat. Dan yang nak mati tu pasti ada mengalami proses yang dinamakan sakaraatul maut, diambang kematian, ketika nyawa hampir dicabut. Tak usah jadi bengong dengan tanya, yang mati pancung tu mcm mana?mati hancur macam mana, mati terhempap macam mana, jawapan mudah aku, ALLAH berkuasa menjadikan satu milisaat itu bagaikan setahun, dan juga berkuasa menjadikan seribu tahun itu bagaikan satu milisaat.

Macam soalan seksa kubur lah, dulu masa kecik2 aku selalu tertanya2, sure orang yang mati kena bakar, terbakar, dibakar lepas mati tu tak ada seksa kubur. Kerana dah mati jadi abu, kubur pun tak ada, mati dimakan binatang, pun tak ada kubur. Logik akal memang kadang2 buat kita sesat seperti mempertikai tentang kewujudan seksa kubur. Well, usah khuatir, kalau percaya pada hidup lepas mati, sure percaya ada seksa kubur kerana ia adalah alam lain, tak usah kita pertikai kelogikannya. ALLAH kata ada, maknanya ada, nabi kata ada maknanya ada, tapi last jawapan aku dapat tentang seksa kubur ni adalah ulamak mengatakan seksa kubur ini adalah umpama mimpi ngeri. Cuma ianya tersangat2 mengerikan, ibarat kita mimpi ngeri, mimpi kena tikam, dalam mimpi sure rasa takut dan sakit, tapi bangun tido xde luka ke ape. Begitulah halnya dengan seksa kubur, ia adalah ibarat mimpi yang menyeksa roh kita, dan kita pun tahu seksaan mental dan rohani lebih dasyhat dari seksaan fizikal. Jangan kata, ooo macam mimpi je rupanya, bukan betul2 dalam kubur hidup balik. Cuma yang cetek ilmu je cakap macam tu kot.

Kali ini aku nak cerita pasal sakaratul maut, dalam dunia ni, hanya ada beberapa orang je yang menceritakan tentang sakitnya sakaratul maut, antaranya adalah Nabi kita Muhammad S.A.W. , tengkorak yang dihidupkan pada zaman nabi musa, dan seorang lagi nabi yang mahu merasa mati dan kemudian dihidupkan kembali. Kesemuanya menceritakan betapa sakitnya sakaratul maut, antaranya tengkorak yang dihidupkan pada zaman nabi Musa mengakui bahawa dia masih merasai sakitnya nyawa dicabut walaupun sudah beratus tahun dia mati. Tapi yang kita paling biasa dengar adalah ibarat ditetak dengan 300 bilah pedang yang tajam.

Pada kali ini aku bukan nak cerita pasal sakitnya sakaratul maut, tapi lebih kepada tanda2 yang kita boleh lihat pada orang yang menghadapi sakaratul maut, dari situ kita boleh lihat samaada matinya itu adalah "mati yang baik aka Husnul Khootimah" atau sebaliknya. Nabi kita telah memberitahu ada beberapa tanda orang mati baik dan mati kurang baik.

Mati Baik:
-Keluar keringat di dahi
-Seolah tersenyum
-Muka berseri


Mati Buruk:
-Mata terbeliak seolah2 melihat sesuatu yang menggerunkan
-Dada berombak seolah2 mengalami suatu yang menakutkan
-Kulit mengerepot ibarat menahan sakit yang amat, mcm dahi berkerut menahan sakit.
-Jari yang menggengam dengan kuat ibarat menahan sakit yang amat.

Bagi yang mati baik tu tak ada masalah, sebelum mati pun dah diperlihatkan syurga pada mereka, rupa malaikat yang cabut nyawa pun baik, pendek kata sakit tu tetap ada, namun tidaklah seteruk golongan yang mati buruk, atau mati dalam keadaan banyak dosa ni.

Bagi mati buruk, ketika sakaratul maut, matanya terbeliak kerana akan diperlihatkan segala perbuatan maksiat yang pernah dilakukan semasa hidup, juga diperlihatkan tempatnya dineraka dan azab2 pedih yang bakal menanti, justeru tidak hairan jika mata terbeliak dan dada berombak kencang kerana waktu itu, hanya mereka je yang tahu, mulut dah terkunci dah, taubat tak ada guna lagi dah...andai kata mereka boleh berkata2 lagi, maka semua orang masuk syurga kot.

Kulit mereka dan jari mereka seolah2 sedang menahan kesakitan yang amat, malangnya ia bukan seolah2 kerana mereka betul2 mengalaminya, cuma sudah tidak mampu berkata apa2, kerana waktu itu nyawa berada di hujung halkum, waktu itu dah sakaraatul maut, diambang kematian, roh mereka dicabut dengan kasar, rupa malaikat yang cabut nyawa pun amat mengerikan, dan bau pun busuk yang amat. Waktu itu lah baru mereka tahu bahawa benarlah janji2 ALLAH, baru lah mereka sedar sudah terlambat untuk bertaubat, ditambah lagi dengan penyesalan dan kesakitan ketika roh dicabut, tidak hairan jika kita dapat melihat ke empat2 tanda yang nabi ceritakan.

Dalam cerita orang putih, konon mereka dapat berkomunikasi dengan roh orang yang dah lama mati, usahlah percaya itu semua karut, andai roh orang dah mati berkomunikasi dengan orang hidup, sudah pasti roh itu akan menceritakan tentang azab ketika hendak mati, sudah pasti akan bagi amaran tentang azab lepas mati. Kalau betul lah berlaku, sudah pasti semua orang masuk syurga kot. Jadi yang ada suara atau imej kabur tu, itu adalah jin dan syaitan, bukan roh orang yang dah mati.

P/s: Jangan percaya dengan babak drama dan filem yang menunjukkan babak sakaraatul maut, senang2 je mati, sempat lagi cium2 klu omputih, yang melayu sempat lagi pegang2 tangan, yang hindi sempat lagi pegang muka orang, itu semua pembohong. Ingat senang ke mahu mati, melainkan orang2 yang beriman, mati ketika khutbah, solat, sujud dan sebagainya. Ingatkan tido, rupanya dah meninggal. Senang je matinya.

Monday, November 15, 2010

Orang Islam Baik=Syurga, Bukan Islam Yang Baik?

Entri ke 262, Ip baru, bilik baru, blok baru, rumet baru, posisi baru, semester baru, tag line blog baru.

Dari kecil kita diajar, sejahat2 orang islam, kalau mati sempat mengucap, sure dapat masuk syurga jugak walau macamna pun, pasal itu lah bila ada orang nazak kita suruh dia mengucap, tapi kita xsebut pulak Laailaahaillallaah...kita sebut, mengucap mak, mengucap pak, mengucap joe, mengucap dik....mmber yg tengah nazak tu dahla tengah nazak, kita duk suruh dia 'MENGUCAP'...kot2lah dia dah lupa camne nak mengucap...pasal orang nazak ni amat sakit...so tau2lah org sakit mcm mana...so next time kita ckaplah...Ashaduallaailaahaillah sampai habis, atau Laailaahaillallah sampai habis, atau ALLAH saje dah memadai kalau dah teruk sangat keadaan. Kerana last penghuni neraka yg dikeluarkan ada mereka yang seumur hidup pernah sekali menyebut ALLAH dengan yakin akan kebesaran ALLAH..

Kalau macam tu tuhan ni macam tak berapa nak adil lah ye?

-Orang islam jahat mcam mana pun, bila mati sempat mengucap, atau pun syahadah dia xterbatal sehingga mati, pada akhirnya akan masuk syurga jugak selepas kena azab neraka.

-Orang kafir pulak yang masa hidupnya baik xpenah berzina, judi, arak dan sebagainya bila mati, tetap di azab di neraka selama2nya...walaupun kat dunia tak pernah buat dosa.

Itu mungkin pertanyaan orang yang kurang ilmu agama kot?

-Jahat macam mana pun orang islam, dia percaya adanya ALLAH dan kekuasaan ALLAH, pasal itu jika dia mati tanpa batal syahadah, dia akan masuk syurga jugak, atas alasan dia percaya ALLAH itu ada, cuma dia tertipu dengan hawa nafsu dan mengingkari perintah ALLAH, tapi dia tidak tetap percaya ALLAH itu ada, dia mengakui dia ada tuhan bernama ALLAH.

-Baik macam mana pun orang bukan islam, katakan dia tidak berzina, tidak minum arak, tidak menindas orang, taat pada ibu bapa, kasih pada binatang, kasih pada orang islam, dan mmg orang kata dia baik, tapi disisi ALLAH, dia adalah termasuk dalam golongan yg kufur terhadap ALLAH, ini kerana dia buat baik bukan kerana ALLAH, dia tidak percaya ALLAH itu tuhannya, dia tidak mengharapkan balasan dari ALLAH, jadi kat mana baiknya? baik dari segi moral ya, tapi dalam sudut akidah, semua amalan baiknya adalah sia2 sahaja, lepas mati, tetap akan dihumban ke dalam api neraka kerana keengganan mereka untuk tunduk pada ALLAH semasa didunia.

Kalau macam tu, tak ada beza lah kafir baik dan kafir jahat?

-Pastinya ada beza, kafir yang baik tu akan diazab atas kekufuran tetapi kafir yang jahat tu akan diazab atas segala kezaliman yang dilakukan ditambah lagi dengan azab kekufuran mereka. Katakan kafir baik itu tidak pernah berzina, maka tak adalah azab zina bagi mereka, tapi azab kekufuran tetap ada, kafir yang berzina, akan diazab lebih2 lagi...kafir yang baik tadi tu juga akan diazab kerana meninggalkan solat, puasa, zakat kerana atas dunia, mereka mmpu melakukannya dengan mengucap dua kalimah syahadah je. Jangan ingat orang islam yang tinggal solat je kena azab, semua manusia wajib solat, termasuk kafir, dan kerana itu mereka turut diazab kerana tidak solat. Bayangkan banyak mana azab jika seumur hidup tidak pernah solat, puasa dan sebagainya. Itu belum masuk memakan benda2 haram dan sebagainya, ingat mereka bukan islam, kita ingat mereka boleh makan bende haram, itu adalah tanggapan yang silap. Segala perbuatan mereka turut dihitung, kebaikan mereka tidak mendatangkan apa2 faedah pun. Jadi bersyukurlah kita jadi orang islam.


Tak kan lah tuhan sekejam itu?

-Siapa kita nak kata tuhan kejam?adakah kita tahu apa yang tuhan tahu?adakah kita dapat tahu isi hati orang seperti mana tuhan?kita cuma makhluk yang kerdil jangan sesekali mempersoal hukum dan ketetapan tuhan, sedarlah akal kita terbatas. Jadi jangan sesekali melayan tuhan ibarat kita mengkritik pemimpin dan orang lain. Sedarlah diri sebelum berkata begitu.


Kesian betul kat non muslim yang baik ni kan?


-ALLAH maha pemurah, kat atas dunia ni, semua dapat rezeki, xkira yang sembah atau lawan ALLAH, semua dapat makan minum, malah ada non muslim yang lebih kaya dan lebih bertuah hidupnya dari org islam, tengoklah siapa yang paling kaya didunia?
-Menurut kesepakatan para ulamak, bagi orang bukan islam yang atas dunia ini yang baik moralnya, seperti mengasihi haiwan, tumbuhan, manusia lemah dan sebagainya, dengan rahmat ALLAH, azab mereka ketika nyawa akan dikurangkan. Bukannya tidak merasa sakit, tapi sakitnya akan dikurangkan, kerana kita tahu roh yang orang yang tidak beriman akan dicabut dengan kasar, kerana roh tersebut enggan keluar, begitu juga halnya dengan orang bukan islam, dah pasti sakitnya adalah berkali2 ganda lebih berbanding orang islam yang tidak beriman, malahan nabi pun turut merasa sakit, yang diibaratkan seperti ditetak dengan 300 bilah pedang sekaligus, itu nabi, kalau kita yang banyak dosa ni lebih2 lagi. Kalau non muslim surelah lebih2 lagi, tapi ulamak sepakat mengatakan azab bagi non muslim yang "baik" akan dikurangkan sedikit ketika dicabut nyawanya. Itulah rahmat terakhir dari ALLAH untuk mereka.

Tapi mereka ni baik sangat dengan kita.

-Usah fikir dengan logik akal kita, ada hikmahnya disebalik semua itu, kenapa kita jadi muslim, kenapa mereka non muslim, itu bukan urusan kita, kerana tidak mampu kita nilai dengan akal kita, kita cuma mampu dakwah pada mereka, namun yang sampaikan ke hati mereka bukan kita. Usah keliru dengan baik secara moral dengan baik secara hukumnya. Baik2 mereka pun, berapa kali mereka bersyukur pada ALLAH?Jadi tak payah bazir masa dengan memikirkan perkara tersebut, kita cuma perlu berdoa agar iman kita tetap hingga akhir hayat. Jangan lahir islam tapi mati kufur.

P/s: Berapa ramai yang mengaku Islam tapi bertuhankan akal, bertuhan logik, bertuhan nafsu?

Thursday, November 11, 2010

Bila Islam Tidak Di dalami

Entri ke 261 dan bakal menyusul lagi...
Rasanya aku dah melihat, mendengar,membaca terlalu banyak bila orang islam yang tidak mahu mendalami islam ni apabila mereka ini berbicara, berkelakuan, berfikir, berpendapat dan sebagainya...hingga aku terfikir apa akan jadi jika golongan seperti ini akan memenuhi pelusuk muka bumi ini dengan membawa imej islam yang sebenarnya sorry to say, tidak berapa nak islam tu...

Ada beberapa golongan yang tidak mahu mendalami islam ni, antara yang terkenal adalah anti hadis, anti hadis dhaif, anti mazhab, anti ulamak dan sebagainya...bagi aku tiada lagi yang lebih teruk dari anti hadis kerana mereka ini hanya merujuk al quran sahaja, logik akal pun logik akal jugak, apa gunanya quran diturunkan berperingkat2 dan disebarkan kepada nabi jika orang sekarang cuma rujuk quran semata2...bukan ke lebih senang quran tu turun sekaligus pada nabi, nabi pun xperlu susah2 dakwah kesana kemari menerangkan hukum itu hukum ini....yang perlu nabi kata, kalau ada apa2 masalah, rujuk je quran...kalau dilihat golongan anti hadis, mereka ni sorry to say memang berlagak macam nabi, kerana orang biasa xkan mampu menafsir quran seperti mana nabi menafsir quran...anti hadis ni sorry to say lagi...macam tak boleh nak beza antara terjemahan dengan tafsiran...bulat2 diambil terjemahan dan dijadikan hukum....kalau semudah itu, buat apelah nabi perlu dakwah berpuluh2 tahun ye sedangkan orang cuma perlu baca quran je kalau nak rujuk hukum hakam...

Sorry to say again..anti hadis ni macam anti nabi pun ada...ini kerana, kita perlukan nabi untuk mengajar kita kandungan quran...contoh dalam quran kata "Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat"...tidak ke jadi kekeliruan pada masa akan datang jika tidak ada nabi yang huraikan dengan panjang lebar? Macam mana solat didirikan?bangun ke duduk ke berdiri ke?kena wudhuk ke?cara solat perempuan dan lelaki ada beza ke?buleh duk sebelah2 ke jemaah lelaki perempuan?solat berapa kali sehari?apa nak baca dalam solat?pukul berapa nak kena solat?apa syarat sah solat?-aku pun heran macam mana lah agaknya golongan anti hadis ni solat, so aku andaikan depa ni solat pakai niat je kot..zakat pun aku rasa ikut suke hati bapak tiri laki mak dia je kot...

Lumrah manusia, merasa hebat jika dia berbeza dari kebanyakan orang, dalam beragama pun sama, merasa hebat jika berbeza dari orang ramai, orang ramai guna kedua2 sumber rujukan iaitu quran dan hadis, orang alim sket tambah lagi dua iaitu ijmak dan qias, tapi golongan nak nak tunjuk hebat dengan nak nampak beza dari orang lain cuma guna satu je iaitu quran...tidak ubah macam orang kristian yang hanya baca terjemahan bible aku rasa...aku bukan nak kata quran tu xlengkap, tapi orang yang ada akal perlu faham bahawa quran itu diturunkan kepada seorang nabi akhir zaman, hanya nabi yang betul2 faham quran, tapi kita orang biasa yang bukan nabi ni..kita kena tengok dan tahu cara nabi mengamalkan dan menerangkan kandungan quran...nabi tak kata, nnti bila aku dah wafat, korang rujuklah quran tu semata2...tapi bagi orang islam yang malas nak mendalami agama, depa duk bacalah quran tu sampai lunyai, tapi masih tak faham2 apa rasional quran diturunkan...ayat2 dalam Quran terbahagi pada dua iaitu ayat2 muhkamat(Jelas dan tidak perlu penerangan) dan ayat mutasyaabihat(Kurang jelas dan perlukan penerangan)...siapa yang kena terangkan itu semua kalau bukan nabi? tapi kalau xpercaya sama hadis?macamna nak terima? Masa sekolah dulu tingkatan dua ada belajar ayat2 muhkamat dan mutasyaabihat ni..contoh yang aku ingat sampai sekarang ada ayat tentang TANGAN ALLAH, adakah ia sama macam tangan manusia atau merujuk pada kuasa Allah hanya dapat diterangkan dalam hadis oleh nabi kita.

Hari ini aku cuma nak sentuh pasal anti hadis je...pasal aku baru je baca komen2 mereka pasal hudud part rejam sampai mati yang kata mereka tidak ada disebut dalam quran...masa aku mula2 blog pasal agama dulu, pernah aku share satu link pasal orang kritik hudud sekarang kerana dianggap kejam, dan orang tu cuma gunakan dalil dalam quran semata2...memang terbaik punye lah...siapa yang berhak jatuhkan hukuman kalau terbukti salah?macam mana nak sebat?apa yg digunakan utk sebat?bahagian mana yang perlu disebat?apa posisi ketika disebat?apa pakaian ketika disebat?siapa yang menyebat?sebat tempat tertutup ke tempat umum?-aku rasa anti hadis pun macam anti hudud jugak pasal dalam quran sebut sebat je pada penzina...xpun mereka ni kalau ada kuasa, pakai hentam je sebat macam mana kot...

Hairan betul macam mana mengaku islam tapi tolak hadis, rasa macam tak ubah kristian sekarang yg rujuk bible je...bagi orang yang berfikir, sudah pasti mereka tidak hanya mengharapkan quran untuk menjelaskan hukum hakam tanpa merujuk pada hadis dan sunnah nabi...kerana islam itu adalah cara hidup...cara solat, cara makan, cara minum, semua cara ada diajarkan oleh nabi hatta cara potong kuku pun diajar...tanpa hadis yang menerangkan isi kandungan quran, pasti dah lama umat islam berpecah belah, masing2 tafsir quran ikut suka hati...dalam kerja pun ada peraturan,contohnya kita pergi kerja hari pertama, kalau bos cuma kata,MULAKAN KERJA, tapi boss tu tak cakap pun kerja apa perlu dibuat?bila tamat kerja?mcm mana nak buat kerja?dah pasti rosak syarikat tu...untuk itu, pasti boss akan melantik orang tertentu yang akan terangkan skop kerja dan sebagainya...begitu juga contohnya dengan mereka yang anti hadis ni...macamna solat jika quran cuma sebut Dirikanlah solat...tanpa ada orang yang menunjukkan cara menunaikan solat...yang hanya terdapat dalam hadis2 nabi...andainya nabi masih hidup, tentu orang tanya nabi terus, tak perlu nak berbalah pasal hadis...

Dalam khutbah jumaat selalu ada sebut hadis nabi yg tersohor...."Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang pada KEDUANYA, kitab ALLAH dan sunnah nabi"..makna kata, percaya quran tolak hadis itu sesat, percaya hadis tolak quran pun sesat.

P/s: Nak tengok mcm mana sesatnya anti hadis? Sila tinggalkan komen...aku akan bagi link...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...