Rakan Seperjuangan

Monday, November 15, 2010

Orang Islam Baik=Syurga, Bukan Islam Yang Baik?

Entri ke 262, Ip baru, bilik baru, blok baru, rumet baru, posisi baru, semester baru, tag line blog baru.

Dari kecil kita diajar, sejahat2 orang islam, kalau mati sempat mengucap, sure dapat masuk syurga jugak walau macamna pun, pasal itu lah bila ada orang nazak kita suruh dia mengucap, tapi kita xsebut pulak Laailaahaillallaah...kita sebut, mengucap mak, mengucap pak, mengucap joe, mengucap dik....mmber yg tengah nazak tu dahla tengah nazak, kita duk suruh dia 'MENGUCAP'...kot2lah dia dah lupa camne nak mengucap...pasal orang nazak ni amat sakit...so tau2lah org sakit mcm mana...so next time kita ckaplah...Ashaduallaailaahaillah sampai habis, atau Laailaahaillallah sampai habis, atau ALLAH saje dah memadai kalau dah teruk sangat keadaan. Kerana last penghuni neraka yg dikeluarkan ada mereka yang seumur hidup pernah sekali menyebut ALLAH dengan yakin akan kebesaran ALLAH..

Kalau macam tu tuhan ni macam tak berapa nak adil lah ye?

-Orang islam jahat mcam mana pun, bila mati sempat mengucap, atau pun syahadah dia xterbatal sehingga mati, pada akhirnya akan masuk syurga jugak selepas kena azab neraka.

-Orang kafir pulak yang masa hidupnya baik xpenah berzina, judi, arak dan sebagainya bila mati, tetap di azab di neraka selama2nya...walaupun kat dunia tak pernah buat dosa.

Itu mungkin pertanyaan orang yang kurang ilmu agama kot?

-Jahat macam mana pun orang islam, dia percaya adanya ALLAH dan kekuasaan ALLAH, pasal itu jika dia mati tanpa batal syahadah, dia akan masuk syurga jugak, atas alasan dia percaya ALLAH itu ada, cuma dia tertipu dengan hawa nafsu dan mengingkari perintah ALLAH, tapi dia tidak tetap percaya ALLAH itu ada, dia mengakui dia ada tuhan bernama ALLAH.

-Baik macam mana pun orang bukan islam, katakan dia tidak berzina, tidak minum arak, tidak menindas orang, taat pada ibu bapa, kasih pada binatang, kasih pada orang islam, dan mmg orang kata dia baik, tapi disisi ALLAH, dia adalah termasuk dalam golongan yg kufur terhadap ALLAH, ini kerana dia buat baik bukan kerana ALLAH, dia tidak percaya ALLAH itu tuhannya, dia tidak mengharapkan balasan dari ALLAH, jadi kat mana baiknya? baik dari segi moral ya, tapi dalam sudut akidah, semua amalan baiknya adalah sia2 sahaja, lepas mati, tetap akan dihumban ke dalam api neraka kerana keengganan mereka untuk tunduk pada ALLAH semasa didunia.

Kalau macam tu, tak ada beza lah kafir baik dan kafir jahat?

-Pastinya ada beza, kafir yang baik tu akan diazab atas kekufuran tetapi kafir yang jahat tu akan diazab atas segala kezaliman yang dilakukan ditambah lagi dengan azab kekufuran mereka. Katakan kafir baik itu tidak pernah berzina, maka tak adalah azab zina bagi mereka, tapi azab kekufuran tetap ada, kafir yang berzina, akan diazab lebih2 lagi...kafir yang baik tadi tu juga akan diazab kerana meninggalkan solat, puasa, zakat kerana atas dunia, mereka mmpu melakukannya dengan mengucap dua kalimah syahadah je. Jangan ingat orang islam yang tinggal solat je kena azab, semua manusia wajib solat, termasuk kafir, dan kerana itu mereka turut diazab kerana tidak solat. Bayangkan banyak mana azab jika seumur hidup tidak pernah solat, puasa dan sebagainya. Itu belum masuk memakan benda2 haram dan sebagainya, ingat mereka bukan islam, kita ingat mereka boleh makan bende haram, itu adalah tanggapan yang silap. Segala perbuatan mereka turut dihitung, kebaikan mereka tidak mendatangkan apa2 faedah pun. Jadi bersyukurlah kita jadi orang islam.


Tak kan lah tuhan sekejam itu?

-Siapa kita nak kata tuhan kejam?adakah kita tahu apa yang tuhan tahu?adakah kita dapat tahu isi hati orang seperti mana tuhan?kita cuma makhluk yang kerdil jangan sesekali mempersoal hukum dan ketetapan tuhan, sedarlah akal kita terbatas. Jadi jangan sesekali melayan tuhan ibarat kita mengkritik pemimpin dan orang lain. Sedarlah diri sebelum berkata begitu.


Kesian betul kat non muslim yang baik ni kan?


-ALLAH maha pemurah, kat atas dunia ni, semua dapat rezeki, xkira yang sembah atau lawan ALLAH, semua dapat makan minum, malah ada non muslim yang lebih kaya dan lebih bertuah hidupnya dari org islam, tengoklah siapa yang paling kaya didunia?
-Menurut kesepakatan para ulamak, bagi orang bukan islam yang atas dunia ini yang baik moralnya, seperti mengasihi haiwan, tumbuhan, manusia lemah dan sebagainya, dengan rahmat ALLAH, azab mereka ketika nyawa akan dikurangkan. Bukannya tidak merasa sakit, tapi sakitnya akan dikurangkan, kerana kita tahu roh yang orang yang tidak beriman akan dicabut dengan kasar, kerana roh tersebut enggan keluar, begitu juga halnya dengan orang bukan islam, dah pasti sakitnya adalah berkali2 ganda lebih berbanding orang islam yang tidak beriman, malahan nabi pun turut merasa sakit, yang diibaratkan seperti ditetak dengan 300 bilah pedang sekaligus, itu nabi, kalau kita yang banyak dosa ni lebih2 lagi. Kalau non muslim surelah lebih2 lagi, tapi ulamak sepakat mengatakan azab bagi non muslim yang "baik" akan dikurangkan sedikit ketika dicabut nyawanya. Itulah rahmat terakhir dari ALLAH untuk mereka.

Tapi mereka ni baik sangat dengan kita.

-Usah fikir dengan logik akal kita, ada hikmahnya disebalik semua itu, kenapa kita jadi muslim, kenapa mereka non muslim, itu bukan urusan kita, kerana tidak mampu kita nilai dengan akal kita, kita cuma mampu dakwah pada mereka, namun yang sampaikan ke hati mereka bukan kita. Usah keliru dengan baik secara moral dengan baik secara hukumnya. Baik2 mereka pun, berapa kali mereka bersyukur pada ALLAH?Jadi tak payah bazir masa dengan memikirkan perkara tersebut, kita cuma perlu berdoa agar iman kita tetap hingga akhir hayat. Jangan lahir islam tapi mati kufur.

P/s: Berapa ramai yang mengaku Islam tapi bertuhankan akal, bertuhan logik, bertuhan nafsu?

4 comments:

AmenoWorld said...

Allah swt lagi baik dengan kita, tak pernah pula kita fikir.

Hady83 said...

Persoalan ini pernah dihuraikan dengan panjang lebar oleh para ulamak...huhu...

Unknown said...

nak tanya, segala penulisan ni memang originally by u or ada ambik sikit kat mana2? sangat bagus. :)

Hady83 said...

Hehehe...Kandungan mostly dari ceramah yang didengar dari internet...kalau yang entri ini...ceramah dari Ustaz Azhar Idrus...cuma gaya bahasa tu diubah...hukum tak berani nak ubah...awal2 dulu beliau dah bagi izin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...