Rakan Seperjuangan

Thursday, November 11, 2010

Bila Islam Tidak Di dalami

Entri ke 261 dan bakal menyusul lagi...
Rasanya aku dah melihat, mendengar,membaca terlalu banyak bila orang islam yang tidak mahu mendalami islam ni apabila mereka ini berbicara, berkelakuan, berfikir, berpendapat dan sebagainya...hingga aku terfikir apa akan jadi jika golongan seperti ini akan memenuhi pelusuk muka bumi ini dengan membawa imej islam yang sebenarnya sorry to say, tidak berapa nak islam tu...

Ada beberapa golongan yang tidak mahu mendalami islam ni, antara yang terkenal adalah anti hadis, anti hadis dhaif, anti mazhab, anti ulamak dan sebagainya...bagi aku tiada lagi yang lebih teruk dari anti hadis kerana mereka ini hanya merujuk al quran sahaja, logik akal pun logik akal jugak, apa gunanya quran diturunkan berperingkat2 dan disebarkan kepada nabi jika orang sekarang cuma rujuk quran semata2...bukan ke lebih senang quran tu turun sekaligus pada nabi, nabi pun xperlu susah2 dakwah kesana kemari menerangkan hukum itu hukum ini....yang perlu nabi kata, kalau ada apa2 masalah, rujuk je quran...kalau dilihat golongan anti hadis, mereka ni sorry to say memang berlagak macam nabi, kerana orang biasa xkan mampu menafsir quran seperti mana nabi menafsir quran...anti hadis ni sorry to say lagi...macam tak boleh nak beza antara terjemahan dengan tafsiran...bulat2 diambil terjemahan dan dijadikan hukum....kalau semudah itu, buat apelah nabi perlu dakwah berpuluh2 tahun ye sedangkan orang cuma perlu baca quran je kalau nak rujuk hukum hakam...

Sorry to say again..anti hadis ni macam anti nabi pun ada...ini kerana, kita perlukan nabi untuk mengajar kita kandungan quran...contoh dalam quran kata "Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat"...tidak ke jadi kekeliruan pada masa akan datang jika tidak ada nabi yang huraikan dengan panjang lebar? Macam mana solat didirikan?bangun ke duduk ke berdiri ke?kena wudhuk ke?cara solat perempuan dan lelaki ada beza ke?buleh duk sebelah2 ke jemaah lelaki perempuan?solat berapa kali sehari?apa nak baca dalam solat?pukul berapa nak kena solat?apa syarat sah solat?-aku pun heran macam mana lah agaknya golongan anti hadis ni solat, so aku andaikan depa ni solat pakai niat je kot..zakat pun aku rasa ikut suke hati bapak tiri laki mak dia je kot...

Lumrah manusia, merasa hebat jika dia berbeza dari kebanyakan orang, dalam beragama pun sama, merasa hebat jika berbeza dari orang ramai, orang ramai guna kedua2 sumber rujukan iaitu quran dan hadis, orang alim sket tambah lagi dua iaitu ijmak dan qias, tapi golongan nak nak tunjuk hebat dengan nak nampak beza dari orang lain cuma guna satu je iaitu quran...tidak ubah macam orang kristian yang hanya baca terjemahan bible aku rasa...aku bukan nak kata quran tu xlengkap, tapi orang yang ada akal perlu faham bahawa quran itu diturunkan kepada seorang nabi akhir zaman, hanya nabi yang betul2 faham quran, tapi kita orang biasa yang bukan nabi ni..kita kena tengok dan tahu cara nabi mengamalkan dan menerangkan kandungan quran...nabi tak kata, nnti bila aku dah wafat, korang rujuklah quran tu semata2...tapi bagi orang islam yang malas nak mendalami agama, depa duk bacalah quran tu sampai lunyai, tapi masih tak faham2 apa rasional quran diturunkan...ayat2 dalam Quran terbahagi pada dua iaitu ayat2 muhkamat(Jelas dan tidak perlu penerangan) dan ayat mutasyaabihat(Kurang jelas dan perlukan penerangan)...siapa yang kena terangkan itu semua kalau bukan nabi? tapi kalau xpercaya sama hadis?macamna nak terima? Masa sekolah dulu tingkatan dua ada belajar ayat2 muhkamat dan mutasyaabihat ni..contoh yang aku ingat sampai sekarang ada ayat tentang TANGAN ALLAH, adakah ia sama macam tangan manusia atau merujuk pada kuasa Allah hanya dapat diterangkan dalam hadis oleh nabi kita.

Hari ini aku cuma nak sentuh pasal anti hadis je...pasal aku baru je baca komen2 mereka pasal hudud part rejam sampai mati yang kata mereka tidak ada disebut dalam quran...masa aku mula2 blog pasal agama dulu, pernah aku share satu link pasal orang kritik hudud sekarang kerana dianggap kejam, dan orang tu cuma gunakan dalil dalam quran semata2...memang terbaik punye lah...siapa yang berhak jatuhkan hukuman kalau terbukti salah?macam mana nak sebat?apa yg digunakan utk sebat?bahagian mana yang perlu disebat?apa posisi ketika disebat?apa pakaian ketika disebat?siapa yang menyebat?sebat tempat tertutup ke tempat umum?-aku rasa anti hadis pun macam anti hudud jugak pasal dalam quran sebut sebat je pada penzina...xpun mereka ni kalau ada kuasa, pakai hentam je sebat macam mana kot...

Hairan betul macam mana mengaku islam tapi tolak hadis, rasa macam tak ubah kristian sekarang yg rujuk bible je...bagi orang yang berfikir, sudah pasti mereka tidak hanya mengharapkan quran untuk menjelaskan hukum hakam tanpa merujuk pada hadis dan sunnah nabi...kerana islam itu adalah cara hidup...cara solat, cara makan, cara minum, semua cara ada diajarkan oleh nabi hatta cara potong kuku pun diajar...tanpa hadis yang menerangkan isi kandungan quran, pasti dah lama umat islam berpecah belah, masing2 tafsir quran ikut suka hati...dalam kerja pun ada peraturan,contohnya kita pergi kerja hari pertama, kalau bos cuma kata,MULAKAN KERJA, tapi boss tu tak cakap pun kerja apa perlu dibuat?bila tamat kerja?mcm mana nak buat kerja?dah pasti rosak syarikat tu...untuk itu, pasti boss akan melantik orang tertentu yang akan terangkan skop kerja dan sebagainya...begitu juga contohnya dengan mereka yang anti hadis ni...macamna solat jika quran cuma sebut Dirikanlah solat...tanpa ada orang yang menunjukkan cara menunaikan solat...yang hanya terdapat dalam hadis2 nabi...andainya nabi masih hidup, tentu orang tanya nabi terus, tak perlu nak berbalah pasal hadis...

Dalam khutbah jumaat selalu ada sebut hadis nabi yg tersohor...."Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang pada KEDUANYA, kitab ALLAH dan sunnah nabi"..makna kata, percaya quran tolak hadis itu sesat, percaya hadis tolak quran pun sesat.

P/s: Nak tengok mcm mana sesatnya anti hadis? Sila tinggalkan komen...aku akan bagi link...

12 comments:

*adie* said...

salam hadi, boleh share link dengan kak adie?

Hady83 said...

wsalam...xberani nak share kat sini...pasal blog tu blog terkemuka...kalau xkeberatan..please emel me at hady83@gmail.com...i will sent u the link...huhuhu...

tim'scollection said...

nak link...email kt saye muarasetiakawan@yahoo.com

Hady83 said...

Dah emel kat emel berkenaan...huhuhu...

AnWaRnAiM said...

salam hadi..maw link,huhu
naim_sabar@y.c

y.c = yahoo.com

syukran..

Hady83 said...

Waalaikumussalam saudara AnwarNaim...baru je forward kat emel yg dinyatakan...sorry tak boleh dedah blog berikut secara open...cuba tengok kat bahagian komen...

AnWaRnAiM said...

tape2..sy faham..btw, thx ye..

Hady83 said...

No problem, ramai kat luar sana tu tak nak ambil tahu betapa Islam dah amat kritikal, kerana kita diajar bahawa agama adalah sensitif. Oleh itu, ada pihak yang ambil kesempatan mengeluarkan ajaran2 yg pelik2 menggunakan nama islam...

Ayuh kita bangkit menentang cubaan melaga2kan umat Islam...

AmenoWorld said...

okey bro mind share with me plak? neh my email add orderonline2010@gmail.com tq

Hady83 said...

Orait, baru saje forward link kat emel berikut...thanks tau...

anah nik mahmood said...

forward to me please
anahkuneng@gmail.com :)

Hady83 said...

Okay...dah bagi dua link...harap jangan pening kalau baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...