Rakan Seperjuangan

Sunday, October 31, 2010

Tutup aurat buat maksiat Vs Dedah aurat xbuat maksiat

Entri ke 260...sebenarnya aku simpan nak tulis pasal ni bila dah siap tesis...tapi memandangkan inilah masa yg paling sesuai...tesis pun dah nak siap...so here it goes...

"Tak padan dengan bertudung berjubah tapi buat maksiat" vs "walaupun xbertudung berjubah tapi solat xtinggal"

Dua golongan ni adalah sama je sebenarnya...yang menutup aurat tapi buat maksiat adalah sama dengan yang tidak menutup aurat tetapi solat..kedua2 golongan ini..solatnya tidak diterima...bukannya solat tidak sah, tetapi pahala solat itu tergantung dan tidak dihitung sehingga kedua2 golongan ini bertaubat...

Rasanya mcm tak adil kalau aku duk attack org yang dedah aurat saje tapi membutakan mata pada satu golongan lagi..menutup aurat adalah wajib...meninggalkan maksiat juga wajib...menunaikan solat juga wajib...ada org yg menutup aurat tapi meninggalkan solat, ada pula yg tidak menutup aurat tapi rajin solat...ketahuilah bahawa antara tanda2 solat tidak diterima adalah kita masih lagi melakukan maksiat...termasuk dalam golongan celaka adalah barangsiapa yang solatnya tidak mampu mencegah ia dari berbuat perkara mungkar...

Nampak tak disini jika solat tidak tinggal tapi masih enggan menutup aurat kat luar rumah tu adalah petanda bahawa solat tidak diterima...org yg bodoh akan kata terima atau tidak itu urusan tuhan tapi pasal dia kurang tahu(sopan sket) dia xdapat fikir bahawa tuhan dah bagi peringatan...bahawa celakalah org yg solatnya tidak mencegah ia dari berbuat mungkar...mcm org yg solat tapi kerjanya merompak...solatnya adalah sah jika cukup sempurna semua rukun tapi pahala solatnya itu tidak dikira kerana masih berbuat maksiat dan mencuri...pahala itu tergantung...mmg kalau mati xsempat bertaubat...sia2 saje kalau dia solat xtinggal...kerana amalan pertama yg dihitung adalah solat..jika tidak ada pahala untuk dihitung...maka tidak terselamatlah dia dari seksa kubur...

Aku heran org sekarang, yg menutup aurat berasa bangga dan memandang hina pada yg xtutup aurat...begitulah sebaliknya...yg xtutup aurat bangga pasal dia xtutup aurat...sedangkan nasib yang sama bakal menimpa golongan yang menutup aurat tapi masih berbuat maksiat dengan golongan yang xmenutup aurat tapi tidak buat maksiat(xtutup aurat tu dah kira maksiat)...

Kat sini tak perlu lah aku nyatakan azab ke balasan pedih ke ape...cuma aku nak ckp guna logik akal...xpenat ke kalau buat amalan yang sia2?

"kau ingat dah tutup aurat tu dah lepas dari dosa ke?selamba rock je berkepit dengan jantan2...siap ada video lucah lagi sambil tudung masih utuh kat kepala...pasal org macam kaulah kerana kerana nila setitik, rosak susu satu baldi...mmg kau akan lepas dari azab mendedahkan aurat, tapi itu xbermakna kau lepas dari azab maksiat2 lain yg kau buat"

"kau ingat cukup dengan HATI YANG SUCI je...xperlu tutup aurat...tuhan tahu hati budi kau?piiirah...isteri2 nabi dan anak2 nabi pun tidak terlepas dari tuntutan menutup aurat, ape kau igt hati kau lebih murni dan suci dari mereka?"

Pada pandangan aku, aku AMAT KESIAN melihat dua golongan ini...iaitu yang tutup aurat tapi buat maksiat dengan golongan yang xtutup aurat tapi baik...baik dalam erti kata tidak sosial sangatlah..time solat dia solat...bajet baiklah tu...mungkin kat sekolah, kat rumah...tidak pernah diajar tentang ni...andai kata dah diajar..pasti dah lupa kot..

Kecewa bila aku tgk kau pergi solat, tapi lepas solat kau kembali dedah aurat...kecewa aku tgk dah elok kau tutup aurat, tapi lepas solat kau mcm pempuan murahan dengan boipren kau...aku mengaku aku tidak sempurna...tapi sebagai org islam yang diutus menjadi khalifah kat muka bumi ini...aku perlu beri peringatan...semua org dalam dunia ni tidak lepas dari berbuat dosa kecuali para rasul dan nabi2...


Selagi pintu taubat masih terbuka, selagi mentari masih terbit dari timur, selagi nyawa belum dihujung halkum, selagi itulah ada peluang bertaubat...andai kata dah taubat...maka pahala2 solat dan amalan2 lain akan diterima oleh ALLAH...mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di dunia dan akhirat...

P/s: Di inspirasikan dari ceramah bertajuk 6 jahanam oleh Ustaz Kazim...siapa nak link ceramah tu...sila tinggalkan komen...

5 comments:

*adie* said...

boleh share link ceramah tu dengan kak adie ker?

Hady83 said...

Ini dia ceramahnya...hehehe...

http://www.mediafire.com/?w5sxkuyqn8pdx1a

SMART said...

nice 1!

Hady83 said...

Thanks my co-writer...

AnWaRnAiM said...

huh! nice sharing,,thx!~ aku suka la post2 dalam blog ko ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...