Rakan Seperjuangan

Friday, October 15, 2010

Kahwin vs Zina

Kahwin atau nikah atau get married adalah lumrah bagi manusia...sejak dari syurga lagi ketika Nabi Adam berasa sunyi tanpa teman...pendek kata kahwin tu adalah fitrah manusia, cuma ia berbeza mengikut kaum dan agama...zina pulak adalah jalan pintas bagi kahwin...kahwin amalan terpuji...zina amalan keji...

Kahwin dalam islam adalah bagi menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dan menjaga nasab keturunan...zina pula adalah persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang ikatan, suka sama suka, macam binatang...

Pada zaman moden dan kononnya manusia dah pandai ini...kahwin ada perkara yang sangat merumitkan, menyusahkan dan amat melecehkan jika nak dibandingkan dengan zina...justeru dibarat khususnya..kahwin itu hanya dianggap satu formaliti, satu adat sahaja...bersekedudukan dianggap normal...zina pun normal...

Zaman moden ini juga, di negara islam, pelbagai syarat yang ketat dikenakan bagi mereka yang mahu berkahwin secara sah dari segi undang2(bukan dari segi hukum islam)...antaranya kena pegi kursus supaya dapat sijil kahwin, kena dapatkan borang nikah, ada ujian kesihatan, borang pengesahan dara dan sebagainya...10 tahun kebelakangan ini...semua itu menjadi kewajipan sedangkan dalam islam ianya tidak diwajibkan...jika nak banding dengan berzina...semua itu tidak diperlukan...tiada borang dan kursus pun...

Dari segi perbelanjaan...kahwin pada zaman ini adalah satu cara menunjukkan kemegahan dan status...masing2 berlumba menganjurkan majlis kahwin yang besar, perhiasan yang mewah, tempat yang eksklusif dan dipenuhi dengan pelbagai protokol dan adat2 yang tidak diwajibkan dalam islam...kalau buleh tu, semua adat dalam dunia ni nak dimasukkan dalam perkahwinan org islam...kalau zina, sume itu tidak penting pun...tempat pun xmemilih...dalam kete, atas motor, dalam semak, bawah jambatan pun buleh jadi...

Dari segi perundangan pula...perkahwinan perlu didaftar kepada pendaftar perkahwinan...mak bapak kita dulu2 kawin relax je kan...mana ada sume tu..tapi sampai tua kekal je..xde kursus kawin pun...(zaman dah berubah, dunia makin maju, sume dah cepat) tapi bab kawin ia makin lambat...perlu pengesahan orang itu, org ini...cop situ cop sini...pergh....memang dah maju...bende senang jadi rumit...zina mana ada kena mintak pengesahan ape2...mana ada kena mintak cop sape2..suka sama suka je...buleh jalankan aktiviti...dah terbalik..patutnya kita mudahkan kawin tapi kita dah rumitkan proses nak kawin...zina pulak yang lebih senang...

Dari segi tanggapan masyarakat pulak...kahwin satu buleh terima lagi...tapi klu kahwin dua, tiga, empat...buleh masuk penjara tau pasal xmintak izin isteri pertama...nabi mana yang ajar pun xtahulah peraturan mengarut ini...nama saje islam tapi persis undang2 barat...sampai ada yang terpaksa kawin lari kerana xtahan nak jalani proses poligami yang rumit tahap gaban tu...engkau tak mahu kawin lebih itu kau punya pasal, tapi jangan nak susahkan orang lain yang nak kawin lebih...zina xde masalah dalam hal ini, hari2 tukar pasangan pun tidak ada masalah...benda haram lagi mudah dari benda halal? Masyarakat lebih memandang hina pada yang berpoligami berbanding penzina2 yang bertukar2 pasangan...konon islam agama yang menganiaya wanita..

Pelik sekali kita duk canang satu dunia bahawa islam adalah agama terbaik...namun dalam bab ini..kita ternyata kalah...kita lebih pandang kepada undang2 manusia berbanding undang2 ALLAH...syarat dan rukun kahwin begitu mudah sekali dalam islam...namun sekarang bila berlaku adaptasi dari masyarakat dan agama lain..ia menjadi amat teruk sekali hingga orang islam takut hendak berkahwin...jadi tidak hairan ramai yang memilih jalan mudah iaitu zina...kerana perkahwinan pada zaman ini memerlukan belanja yang besar, adat yg merapu, perundangan yg kompleks dan merumitkan dan kadang kala tidak masuk akal kerana menceduk budaya dan amalan agama lain...

P/s: aku bukan nak galakkan zina kat sini...cuma nak ckp..jgnlah rumitkan lagi proses orang nak kahwin...islam xmembebankan umatnya sampai begitu...takut nnti org salah anggap islam ni agama yang menyusahkan utk kahwin...dan akhirnya mereka memilih utk zina...nauzubillah...

3 comments:

SMART said...

btol3..aku dh share via fb..huhu

keadaan msyrkt telah merumitkan perkara yg baek sehingga trhimpit mencri jln yg mudah...

myonyu said...

serious...orang skang bangang..perempuan yang nak dinikahi tu dibeza2kan hantaran ikut akademik la..pe la..bukan nak balik kat basic islam tu sendiri..yang mak-mak kecoh bena..mak ak pun same..aku tak leh paham la orang skang...

Hady83 said...

Itulah realiti sekarang, bertopengkan kemodenan zaman, materialistik dipandang tinggi, agama dan spiritual tidak ada nila...ibubapa tidak akan teragak2 menyerahkan anak perempuan pada lelaki yang pakai rantai, rambut dye, subang, tindik dan sebagainya asalkan lelaki itu berharta...kalau nak kwinkan anak dengan lelaki alim, takutnya ibarat nak serahkan anak pada penjenayah.

Nilai masyarakat juga telah jatuh hina, hingga salah zina boleh ditutup jika kedua pasangan berkahwin, bab anak luar nikah xjadi masalah...masih buleh dibin atau binti bapa zinanya yang tidak haram dikahwininya bila dah besar...pendek kata, lantaklah nak berzina, janji dah ada isi, kena kawin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...